refleksi

1
REFLEKSI Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya yang telah mempermudahkan urusan saya, maka tugasan ini telah Berjaya disiapkan. Tugasan PSV3063 ini telah meminta untuk menghasilkan karya mengikut bidang menggambar, membuat corak dan rekaan dengan pertimbangan estetik melalui proses kreativiti dan artistik. Manakala tema yang telah ditetapkan adalah tema persekitaran Oleh itu, melalui kehendak soalan tesebut, saya telah memperoleh banyak kemaslahatan. Antara kebaikan yang saya peroleh ialah saya berupaya mengakji keempat-empat bidang dengan lebih mendalam dengan bertemakan persekirtaran. Melalui tema ini, saya telah menghasilkan karya yang bertajuk ‘kita lupa’. Selain itu, pelbagai teknik yang saya telah pelajari iaitu antaranya seni guntingan kertas di samping mengaplikasikan beberapa teknik lukisan. Selain beroleh kebaikan, setiap tugasan pasti datangnya beberapa kekangan. Antara kekangan yang saya alami ialah kekangan masa dan kewangan. Walaupun begitu, kekangan ini berjaya saya atasi dengan adanya rakan-rakan yang sedia membantu dan juga kedua orang tua saya yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada saya.sehubungan dengan itu, kelemahan yang telah saya alami sepanjang penghasilan karya ialah kesukaran saya dalam menyusun atur corak pada karya. Tetapi kelemahan ini saya telah atasi dengan mengkaji beberapa corak yang sesuai yang boleh diaplikasikan dalam penghasilan karya saya ini. Akhir kata, tugasan kali ini telah memberi manfaat dan telah memberi peluang kepada saya mengaplikasikan 4 bidang seni visual berdasarkan tema persekitaran yang telah ditetapkan.

Upload: dayang-nur-zawani

Post on 27-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

....

TRANSCRIPT

REFLEKSISyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya yang telah mempermudahkan urusan saya, maka tugasan ini telah Berjaya disiapkan. Tugasan PSV3063 ini telah meminta untuk menghasilkan karya mengikut bidang menggambar, membuat corak dan rekaan dengan pertimbangan estetik melalui proses kreativiti dan artistik. Manakala tema yang telah ditetapkan adalah tema persekitaranOleh itu, melalui kehendak soalan tesebut, saya telah memperoleh banyak kemaslahatan. Antara kebaikan yang saya peroleh ialah saya berupaya mengakji keempat-empat bidang dengan lebih mendalam dengan bertemakan persekirtaran. Melalui tema ini, saya telah menghasilkan karya yang bertajuk kita lupa. Selain itu, pelbagai teknik yang saya telah pelajari iaitu antaranya seni guntingan kertas di samping mengaplikasikan beberapa teknik lukisan.Selain beroleh kebaikan, setiap tugasan pasti datangnya beberapa kekangan. Antara kekangan yang saya alami ialah kekangan masa dan kewangan. Walaupun begitu, kekangan ini berjaya saya atasi dengan adanya rakan-rakan yang sedia membantu dan juga kedua orang tua saya yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada saya.sehubungan dengan itu, kelemahan yang telah saya alami sepanjang penghasilan karya ialah kesukaran saya dalam menyusun atur corak pada karya. Tetapi kelemahan ini saya telah atasi dengan mengkaji beberapa corak yang sesuai yang boleh diaplikasikan dalam penghasilan karya saya ini.Akhir kata, tugasan kali ini telah memberi manfaat dan telah memberi peluang kepada saya mengaplikasikan 4 bidang seni visual berdasarkan tema persekitaran yang telah ditetapkan.