refleksi

2
Refleksi Setelah menyiapkan tugasan ini saya berasa sangat lega dan pada masa yang sama saya sangat gembira kerana bagi saya tugasan ini sangat mencabar namun secara jujurnya ianya merupakan suatu tugas yang sangat menyeronokkan bagi saya. Saya sangat berbangga kerana dapat melaksanakan atau mentadbir ujian yang mana soalan yang disediakan itu adalah hasil rancangan dan kerja saya sendiri. Saya secara sendirinya merasakan dan melaksanakan setiap langkah penyediaan soalan dan proses mentadbirnya yang mana sangat mencabar tetapi menyeronokkan. Daripada mulanya iaitu menyediakan JSU, saya menghadapi kesulitan untuk memahami cara membinanya kerana ini merupakan kali pertama saya berdepan denga situasi ini namun hal ini saya berjaya atasi dengan bimbingan pensyarah subjek dan rakan-rakan sekelas. Tambahan pula perkongsian yang dijalankan di dalam kelas sewaktu kuliah dan apabila mendengar pembentangan daripada rakan-rakan, sangat memberi input yang cukup membimbing saya untuk pembinaan JSU. Seterusnya kesulitan demi kesulitan saya tempuhi iaitu ketika menyusun dan mendapatkan soalan merujuk kepada JSU yang telah disediakan. Bagi saya secara keseluruhannya, bahagian mencari dan mendapat serta menyusun soalan ini merupakan bahagian yang paling mencabar dalam melaksanakan tugasan ini kerana saya harus merujuk kepada JSU dan memastikan soalan yang dipilih itu bersesuaian dengan tahap murid.Hal ini bagaimanapun dapat diselesaikan dimana saya banyak merujuk dengan rakan-rakan sekelas dan saling berkongsi idea dan pendapat sama ada soalan yang dipilih itu baik atau tidak dari segi tahap kesukarannya dan sebagainya. Setelah itu, gelombang kesulitan seterusnya yang saya alami ialah ketika memeriksa dan menganalisis hasil daripada dapatan ujian yang ditadbir. Dalam hal ini saya kurang memahami langkah-langkah yang perlu diambil dalam proses analisis. Walau bagaimanapun, saya dapat juga atasi kesulitan ini dengan cara membuat bacaan tambahan daripada nota yang diedarkan oleh pensyarah subjek dan merujuk kepada kerja rakan sekelas yang lain yang juga melaksanakan tugasan yang sama. Hal ini banyak membantu saya menjayakan tugasan ini. Bukan itu sahaja, kesulitan seterusnya ialah apabila saya perlu untuk membina soalan baharu bagi beberapa item soalan yang perlu diperbaiki dan diubah mengikut indeks diskriminasi. Namu demikian saya dapat melihat di mana

Upload: selutan-brnadus

Post on 01-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Refleksi

Setelah menyiapkan tugasan ini saya berasa sangat lega dan pada masa yang sama saya sangat gembira kerana bagi saya tugasan ini sangat mencabar namun secara jujurnya ianya merupakan suatu tugas yang sangat menyeronokkan bagi saya. Saya sangat berbangga kerana dapat melaksanakan atau mentadbir ujian yang mana soalan yang disediakan itu adalah hasil rancangan dan kerja saya sendiri. Saya secara sendirinya merasakan dan melaksanakan setiap langkah penyediaan soalan dan proses mentadbirnya yang mana sangat mencabar tetapi menyeronokkan.Daripada mulanya iaitu menyediakan JSU, saya menghadapi kesulitan untuk memahami cara membinanya kerana ini merupakan kali pertama saya berdepan denga situasi ini namun hal ini saya berjaya atasi dengan bimbingan pensyarah subjek dan rakan-rakan sekelas. Tambahan pula perkongsian yang dijalankan di dalam kelas sewaktu kuliah dan apabila mendengar pembentangan daripada rakan-rakan, sangat memberi input yang cukup membimbing saya untuk pembinaan JSU. Seterusnya kesulitan demi kesulitan saya tempuhi iaitu ketika menyusun dan mendapatkan soalan merujuk kepada JSU yang telah disediakan. Bagi saya secara keseluruhannya, bahagian mencari dan mendapat serta menyusun soalan ini merupakan bahagian yang paling mencabar dalam melaksanakan tugasan ini kerana saya harus merujuk kepada JSU dan memastikan soalan yang dipilih itu bersesuaian dengan tahap murid.Hal ini bagaimanapun dapat diselesaikan dimana saya banyak merujuk dengan rakan-rakan sekelas dan saling berkongsi idea dan pendapat sama ada soalan yang dipilih itu baik atau tidak dari segi tahap kesukarannya dan sebagainya. Setelah itu, gelombang kesulitan seterusnya yang saya alami ialah ketika memeriksa dan menganalisis hasil daripada dapatan ujian yang ditadbir. Dalam hal ini saya kurang memahami langkah-langkah yang perlu diambil dalam proses analisis. Walau bagaimanapun, saya dapat juga atasi kesulitan ini dengan cara membuat bacaan tambahan daripada nota yang diedarkan oleh pensyarah subjek dan merujuk kepada kerja rakan sekelas yang lain yang juga melaksanakan tugasan yang sama. Hal ini banyak membantu saya menjayakan tugasan ini. Bukan itu sahaja, kesulitan seterusnya ialah apabila saya perlu untuk membina soalan baharu bagi beberapa item soalan yang perlu diperbaiki dan diubah mengikut indeks diskriminasi. Namu demikian saya dapat melihat di mana kelemahan saya apabila saya dapat bandingkan antara soalan asal dengan soalan baharu yang diperbaiki. Dengan ini saya lebih memahami cara bagaimana untuk membina soalan yang baik. Selain itu saya juga agak sukar untuk membina graf menggunakan microsoft excel kerana jarang menggunakannya. Namun demikian saya telah mencuba untuk membina jadual dan graf menggunakan microsoft excel ini dan akhirnya saya berjaya dan sekaligus memberikan saya satu pengalaman dan pengetahuan baharu yang mungkin dapat saya aplikasikan pada tugasan yang lain.Ketika melakukan analisis soalan, saya dapat mengesan tahap murid saya daripada yang bijak sehinggalah yang lemah. Sekaligus memeriksa semula tahap item yang saya sediakan sama ada bersesuaian atau tidak. Bahagian in sangat membantu saya untuk lebih memahami apakah ciri-ciri soalan yang baik yang boleh ditadbir di sekolah.Bagi saya kekuatan yang ada pada saya dalam melaksanakan tugasan ini ialah minat saya yang mendalam terhadap subjek ini dan semangat saya untuk mempelajari benda baharu yang mana merupakan satu perkara asas yang perlu diketahui oleh semua bakal guru. Secara keseluruhannya saya sangat bersyukur dapat melaksanakan tugasan ini kerana ianya sangat memberi pengalaman dan pengetahuan baharu yang tidak mungkin saya perolehi di mana-mana.