refleksi 2

8
1.0 ANALISIS PELAKSANAAN MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA Model-model pembangunan kurikulum yang dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia boleh boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu model objektif dan model proses. Model objektif terdiri daripada Model Taba dan Model Tyler. Pelopor-pelopor bidang model objektif terdiri daripada Hilda Taba dan Ralph Tyler. Model objektif ini memberi penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan asal proses pendidikan. Kurikulum yang dirancang perlu membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah. Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teori kurikulum dan praktis ialah amat bersistematik dan mempunyai kekuatan untuk mengurus dengan membentuk objektif tingkah laku, menyediakan idea yang jelas terhadap hasilan agar kandungan dan tatacara dapat disepadukan serta dapat dinilai hasilan tersebut. Model proses memberi penekanan kepada kurikulum sebagai satu proses dan bukannya bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan. Kurikulum merupakan perkara yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai. Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar. Pelajar perlu bersama- sama menentukan bagaimana sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya ialah

Upload: sitihashidah

Post on 03-Oct-2015

196 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

1.0 ANALISIS PELAKSANAAN MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIAModel-model pembangunan kurikulum yang dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia boleh boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu model objektif dan model proses. Model objektif terdiri daripada Model Taba dan Model Tyler. Pelopor-pelopor bidang model objektif terdiri daripada Hilda Taba dan Ralph Tyler. Model objektif ini memberi penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan asal proses pendidikan. Kurikulum yang dirancang perlu membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah. Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teori kurikulum dan praktis ialah amat bersistematik dan mempunyai kekuatan untuk mengurus dengan membentuk objektif tingkah laku, menyediakan idea yang jelas terhadap hasilan agar kandungan dan tatacara dapat disepadukan serta dapat dinilai hasilan tersebut.Model proses memberi penekanan kepada kurikulum sebagai satu proses dan bukannya bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan. Kurikulum merupakan perkara yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai. Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar. Pelajar perlu bersama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya ialah terhadap proses interaksi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran kepada pembelajaran.

1.1 Analisis Perbezaan Antara Model Proses dan Model ObjektifSecara keseluruhan analisis perbezaan antara kedua-dua jenis model ini dapat dirumuskan dalam jadual berikut. Jenis ModelModel ObjektifModel Proses

PengasasRalph TylerHilda TabaLawrence Stenhouse

Objektif1. Merujuk kepada objektif hasil pembelajaran1. Berdasarkan keperluan murid.1. Kenalpasti keperluan murid.1. Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid dan guru dengan bahan.

KandunganKandungan1. Spesifik1. Bersifat eskplisit1. Boleh diukur1. Berdasarkan falsafah pendidikan1. Berdasarkan pengetahuan sedia ada muridKandungan1. Berpadanan dengan objektif1. Relevan1. SignifikanPengurusan kandungan1. Urutan1. Tahap kematangan murid1. Kebolehan murid1. Tahap pencapaian murid bersesuaian

Pemilihan pengalaman pendidikan1. Bersesuaian dengan kandungan yang disampaikan.1. Melibatkan murid secara menyeluruh Ciri-ciri kandungan1. Aktif1. Dinamik1. Bukan setakat yang berbentuk fizikal1. Melibatkan interaksi antara guru dengan murid

Pengurusan1. Melibatkan pemilihan isi kandungan dan pengalaman.1. Pembelajaran yang sejajar dengan tujuan pendidikan1. Dirancang dengan teliti1. Relevan dengan kandungan yang diajar1. Bersesuaian dengan jenis murid

1. Guru masuk ke kelas untuk mengajar, mereka membawa satu perancangan pengajaran yang akan disampaikan1. Ciri-ciri personaliti serta sistem kepercayaan,nilai dan jangkaan masing-masing terhadap pencapaian murid.

Penilaian1. Bentuk formatif dan sumatif1. Model penilaian yang digunakan1. Jenis instrumen untuk mengutip data.Perhatian diberi kepada kepada1. Tujuan1. Bentuk1. Jenis

1. Penilaian kandungan (apa yang diajar)1. Pemilihan strategi mengajar, bagaimana diajar, bagaimana mempelajari sesuatu1. Buat keputusan mengenai urutan kandungan yang akan diajar1. Pelaksanaan kurikulum dalam konteks sekolah, murid dan persekitaran yang berbeza-beza.

1.2 Kekuatan dan Kelemahan Model Pembangunan KurikulumSetiap model kurikulum tidak kira model objektif mahupun model proses mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri dalam aspek pelaksanaan dan penerapannya ke dalam kurikulum pendidikan. Analisis kekuatan dan kelemahan ini dapat dilihat secara jelas melalui jadual di bawah.JENIS MODELKEKUATANKELEMAHAN

Model Taba Menunjukkan bahawa kurikulum dan pengajaran adalah saling berkaitan dan tidak wujud secara berasingan Memberi guru peranan yang lebih besar dengan tidak hanya membuat mereka pelaksana kurikulum semata-mata tetapi juga pemaju dalam menjayakan matlamat kurikulum. Penggunaan kaedah induktif mewujudkan suasana lebih fleksibel apabila tidak terikat dengan pihak atasan. Memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada guru apabila menggunakan guru sebagai pendekatan bagi mencapai matlamat kurikulum. Menghasilkan produk iaitu pelajar mampu meningkatkan pemikiran secara produktif dan kreatif, apabila pelajar meneroka di sebalik data yang diberikan. Memberi kepentingan kepada objektif dalam usaha untuk mewujudkan tujuan untuk memutuskan perkara penekanan dalam kurikulum Proses pelaksanaannya memakan masa yang panjang. Proses mengumpul dan memilih maklumat harus dilakukan terus menerus sebelum dapat membina idea (terutama kategori) dan membina konsep. Sukar menentukan tujuan kerana perlu menilai latar belakang pelajar yang berbeza-beza. Lebih membebankan guru selaku pendidik dan guru perlu lebih bekerja keras dalam proses pelaksanaan model ini.

Model Tyler Sistematik dalam mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran Penetapan objektif dan matlamat yang jelas di awal perancangan pengajaran membolehkan idea dan gambaran yang jelas berkaitan hasil yang diharapkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran Penyusunan aras kurikulum yang dimulakan dengan penetapan matlamat dan objektif pengajaran menjadikan model ini mudah diterima dan praktik Pelajar dapat berinteraksi dengan persekitaran luaran melalui pengalaman pembelajaran secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Berorientasikan penilaian untuk keberkesanan pengajaran dalam usaha menambah baik sesuatu kurikulum Menentukan hala tuju organisasi dengan membuat pengesahan tentang keberkesanan organisasi.

Terlalu tertakluk kepada objektif pengajaran pada peringkat awal ternyata mengehadkan objektif kurikulum Menghalang para pendidik untuk menyerlahkan kreativiti Terlalu linear kerana kurikulum terlalu terikat dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan Terdedah dengan unsur-unsur politik yang mudah memanipulasikan pendidikan. Impaknya ialah, individu dan pihak yang bertanggungjawab dalam pendidikan kehilangan kuasa untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju pembangunan pendidikan negara. Terlalu terikat dengan mata pelajaran dan peperiksaan kerana terlalu memberi tumpuan kepada kurikulum sesuatu mata pelajaran dan peperiksaan untuk tujuan penilaian

Model Stenhouse Menekankan peranan yang aktif oleh kedua-dua guru dan pelajar Menekankan kemahiran belajar Menekankan kepada beberapa aktiviti yang penting dan berguna untuk kehidupan Mengabaikan pertimbangan kandungan yang sesuai Susah mengaplikasikan pendekatan ini pada sesetengah bidang

2.0 PENUTUPKesimpulannya pelbagai model yang telah dicipta bagi mengembangkan lagi kurikulum pendidikan di Malaysia sehingga hari ini. Pengguna khususnya pihak-pihak yang terlibat dalam bidag perancangan dan penyusunan kurikulum pendidikan perlu memilih model mana yang sesuai dengan program yang ingin dilaksanakan. Model Tyler dilihat mempunyai banyak kelebihan. Walaupun model ini juga mempunyai kelemahan namun masih lagi model yang terkenal dan popular digunakan di Malaysia. Model Tyler lebih jelas arah tujuannya dengan pembinaan objektif yang jelas dengan matlamat pengajaran. Sementara itu, Model Hilda Taba juga pada asasnya sama dengan Model Tyler iaitu menekankan pembinaan objektif namun prosesnya sahaja yang terbalik. Model Tyler bersifat deduktif iaitu arahan atau format kurikulum diturunkan dari pihak atasan dan dikatakan terlalu rigid kerana guru perlu mengikut skema yang diberikan. Berbeza dengan Model Hilda Taba, objektif kurikulum adalah secara induktif iaitu bermula dari bawah iaitu guru, pelajar dan masyarakat. Walau bagaimanapun model Taba dikatakan memakan masa yang lama bagi melihat keberkesana model tersebut. Oleh itu, dengan adanya penulisan tentang model-model ini diharapkan pihak yang berkepentingan dapat membuat penilaian berlandaskan kelemahan dan kekuatan model-model tersebut dan diacukan dengan tujuan program masing-masing.