refleksi 2

7
REFLEKSI HURAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH Aktiviti kokurikulum sekolah dijalankan pada waktu persekolahan ya ditetapkan oleh pihak sekolah. Pada setiap hari Rabu, aktiviti untuk unit beruniform dijalankan secara s pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi sebel bermulanya kelas seperti biasa. Pada setiaphari Khamis pula dijalankan secara serentakaktiviti untuk persatuan/kelab atau permainan secara berselang seli.Aktiviti untuk persatuan/kelab dijalankan pada sebelah petang iaitu pada pukul 12.35 pet hingga pukul 1.35 petang iaitu waktu sebelum pulang dari sekolah. Aktivit permainan pula dijalankan pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hi pukul 8.45 pagi. Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktivit persatuan/kelab, maka pada minggu hadapan pula dijalankan aktiviti permainan. Setiap guru penasihat hendaklah mencatatkan setiap aktiviti yang pada setiap minggu membuat laporan mingguan dan tahunan. Setiap persatuan/kelab dan unit beruniform mempunyai perancangan t masing-masing. Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu keran pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan digalakan memakai pakaian seragam pada hari tersebut.

Upload: maryam-mustafa

Post on 22-Jul-2015

576 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REFLEKSIHURAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH

Aktiviti kokurikulum sekolah dijalankan pada waktu persekolahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Pada setiap hari Rabu, aktiviti untuk unit beruniform dijalankan secara serentak pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi sebelum bermulanya kelas seperti biasa.

Pada setiap hari Khamis pula dijalankan secara serentak aktiviti untuk persatuan/kelab atau permainan secara berselang seli. Aktiviti untuk

persatuan/kelab dijalankan pada sebelah petang iaitu pada pukul 12.35 petang hingga pukul 1.35 petang iaitu waktu sebelum pulang dari sekolah. Aktiviti untuk permainan pula dijalankan pada sebelah pagi iaitu pada pukul 7.45 pagi hingga pukul 8.45 pagi. Jika pada hari Khamis minggu tersebut dijalankan aktiviti untuk persatuan/kelab, maka pada minggu hadapan pula dijalankan aktiviti untuk permainan.

Setiap guru penasihat hendaklah mencatatkan setiap aktiviti yang dijalankan pada setiap minggu membuat laporan mingguan dan tahunan.

Setiap persatuan/kelab dan unit beruniform mempunyai perancangan tahunan masing-masing.

Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu kerana pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan guru-guru juga digalakan memakai pakaian seragam pada hari tersebut.

Pada hari Khamis pula, murid-murid dan guru yang terlibat hendaklah memakai pakaian sukan pada sebelah pagi jika pada hari tersebut dijalankan aktiviti untuk permainan.

Setiap murid hendaklah mencatat perkara-perkara penting yang diberikan oleh guru pada setiap kali dijalankan aktiviti untuk unit beruniform dan

persatuan/kelab.

Murid yang terlibat dengan persatuan/kelab dan unit beruniform hendaklah menyertai setiap aktiviti yang dijalankan contohnya perkhemahan atau pertandingan.

KELEBIHAN

Guru-guru tidak akan menghadapi masalah kehadiran dikalangan murid kerana semua murid hadir sewaktu hari persekolahan. Tetapi jika aktiviti dijalankan pada sebelah petang kehadiran murid-murid merosot dan guruguru juga menghadapi masalah kerana sesetengah guru perlu mengajar untuk kelas tuisyen sekolah pada waktu petang.

Guru-guru dan murid-murid tidak perlu datang kesekolah pada waktu petang kerana semua aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum dijalankan pada waktu persekolahan. Murid-murid dapat melakukan sebarang aktiviti contohnya menghadiri kelas tuisyen, kelas KAFA dan sebagainya pada sebelah petang tanpa sebarang gangguan.

Ini kerana pihak sekolah berpendapat bahawa mereka tidak mahu membebankan murid-murid kerana kebanyakan murid-murid perlu

menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA pada sebelah petang, tetapi aktiviti untuk Gerak Kerja Kokurikulum juga perlu dijalankan untuk melatih atau mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk memperluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan menjalankan aktiviti persatuan/ kelab atau permainan. Melalui aktiviti untuk unit beruniform pula murid-murid dapat meningkatkan disiplin melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.

Murid dapat meneliti atau mengulangkaji kembali setiap aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan/kelab dan unit beruniform kerana mereka perlu mencatat perkara penting setiap kali aktiviti dijalankan.

Murid akan mendapat faedah yang banyak contohnya keyakinan diri yang tinggi, melahirkan jiwa yang tabah dan berdikari apabila menyertai

perkhemahan atau merentas desa. Bagi murid yang menyertai pertandingan pula akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan martabat persatuan/kelab atau sekolah jika murid tersebut menyertai pertandingan diperingkat yang tinggi.

Apabila semua aktiviti berlaku pada masa yang serentak, murid-murid tidak menghadapi masalah semasa pulang dari sekolah kerana ini akan memudahkan urusan ibubapa untuk menjemput anak masing-masing.

KELEMAHAN

Bagi murid yang tidak mempunyai aktiviti pada sebelah petang seperti mereka perlu menghadiri kelas tuisyen atau kelas KAFA, mereka selalunya akan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti bermain-main, menonton tv, melepak dan sebagainya jika tiada sebarang aktiviti dijalankan di sekolah. Ini menyebabkan masa yang terluang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada mereka.

Jika aktiviti dijalankan pada waktu persekolahan, selalunya murid tidak dapat memberi tumpuan yang penuh terhadap aktiviti yang dijalankan kerana mereka telah keletihan dan kepenatan belajar sepanjang hari.

Murid tidak berada dalam keadaan yang selesa semasa aktiviti dijalankan kerana mereka terpaksa memakai pakaian seragam sekolah. Selalunya aktiviti untuk kokurikulum dijalankan pada sebelah petang dan murid dibenarkan memakai pakaian yang bebas tetapi sopan.

Selalunya, selepas aktiviti untuk permainan dijalankan, terdapat bau yang sangat kurang menyenangkan untuk dikalangan murid-murid. semasa Ini akan menyebabkan dan

gangguan

memberi

tumpuan

proses

pengajaran

pembelajaran di dalam kelas.

Apabila aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform dimasukkan kedalam jadual waktu persekolahan akan menyebabkan murid pulang terlalu lewat iaitu 1.35 petang. Kebanyakan murid tidak dapat menumpukan perhatian kerana mungkin mereka keletihan, kelaparan dan sebagainya.

Perjumpaan

untuk

persatuan/kelab

dan

unit

beruniform

terlalu

kerap

menyebabkan guru-guru kekeringan idea untuk melakukan aktiviti.

Jika aktiviti Kokurikulum dijalankan pada waktu persekolahan khususnya untuk unit beruniform akan menyebabkan murid rasa tidak selesa untuk belajar atau sesetengahnya merasa terlalu bebas kerana tidak memakai seragam sekolah dan tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang akan disampaikan oleh gurunya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya mencadangkan supaya pada tahun hadapan, aktiviti kokurikulum dijalankan pada sebelah petang atau pada setiap hari Sabtu minggu pertama atau ketiga kerana murid-murid dan guru-guru dapat memberikan tumpuan yang penuh semasa aktiviti dijalankan dan peruntukan masa juga lebih panjang.

Jika aktiviti untuk persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform pada sebelah petang, murid-murid akan merasa lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu aktiviti kerana mereka telah mendapatkan rehat yang cukup selepas pulang dari sekolah.

Bagi aktiviti untuk persatuan/kelab guru digalakan memberi kebebasan kepada murid untuk memakai pakaian yang kasual, tetapi pakaian tersebut mestilah sopan supaya murid-murid berasa selesa apabila hendak melakukan sesuatu aktiviti.

Saya mencadang supaya Gerak Kerja Kokurikulum tidak dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan kerana untuk membolehkan murid-murid memberi tumpuan yang penuh terhadap pangajaran yang akan disampaikan oleh gurunya. Tumpuan semasa pengajaran amat penting kerana, apabila murid tidak faham pengajaran yang disampaikan gurunya mungkin ini akan mengakibatkan mereka tidak berminat matapelajaran tersebut pada masa akan datang. Apabila masalah ini berlarutan, maka pencapaian murid tersebut akan merosot dan boleh melemahkan semangatnya untuk belajar.