refleksi 17

2
Refleksi Mingguan Interaksi minggu ini telah diadakan di dewan angsana. Cik Joyce telah memberikan penerangan mengenai perkhemahan yang bakal dijalankan oleh ahli-ahli Pandu Puteri Kadet. Penerangan beliau merangkumi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, persediaan sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan dijalankan, lagu-lagu yang akan dinyanyi serta pengagihan tugas. Beliau juga telah menerangkan setiap aktiviti yang akan dijalankan pada hari perkhemahan dengan mempaparkan gambar-gambar yang berkenaan. Saya menyedari bahawa penyediaan untuk sesuatu kem bukan senang. Semasa Miss. Joyce memberi penerangan tentang penyediaan tugas, barang-barang dan lain –lain perkara, saya sangat terkejut akan kerja yang begitu banyak kami akan lakukan semasa perkhemahan tersebut. Bukan itu sahaja, saya juga sedar bahawa ini bukan suatu kerja perseorangan tetapi kumpulan-kumpulan yang terlibat perlu memberi kerjasama yang penuh bagi menjayakan perkhemahan ini yang akan diadakan dalam beberapa minggu lagi. Selain itu, semasa perbincangan tentang penyediaan untuk perkhemahan, saya mempelajari cara saya boleh membawa keluar anak murid saya untuk perkhemahan pada masa yang akan datang. Sesi ini merupakan satu sesi yang amat berguna terutamanya kepada bakal guru sekolah seperti kami dimana kami perlu membawa keluar anak murid kami untuk perkhemahan seperti ini pada masa yang akan datang. Bukan itu sahaja, sebagai seorang ahli Pandu Puteri Kadet

Upload: hegan22

Post on 02-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ref

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi 17

Refleksi Mingguan

Interaksi minggu ini telah diadakan di dewan angsana. Cik Joyce telah

memberikan penerangan mengenai perkhemahan yang bakal dijalankan oleh ahli-ahli

Pandu Puteri Kadet. Penerangan beliau merangkumi peraturan-peraturan yang perlu

dipatuhi, persediaan sebelum, semasa dan selepas aktiviti perkhemahan dijalankan,

lagu-lagu yang akan dinyanyi serta pengagihan tugas. Beliau juga telah menerangkan

setiap aktiviti yang akan dijalankan pada hari perkhemahan dengan mempaparkan

gambar-gambar yang berkenaan.

Saya menyedari bahawa penyediaan untuk sesuatu kem bukan senang. Semasa

Miss. Joyce memberi penerangan tentang penyediaan tugas, barang-barang dan lain –

lain perkara, saya sangat terkejut akan kerja yang begitu banyak kami akan lakukan

semasa perkhemahan tersebut. Bukan itu sahaja, saya juga sedar bahawa ini bukan

suatu kerja perseorangan tetapi kumpulan-kumpulan yang terlibat perlu memberi

kerjasama yang penuh bagi menjayakan perkhemahan ini yang akan diadakan dalam

beberapa minggu lagi.

Selain itu, semasa perbincangan tentang penyediaan untuk perkhemahan, saya

mempelajari cara saya boleh membawa keluar anak murid saya untuk perkhemahan

pada masa yang akan datang. Sesi ini merupakan satu sesi yang amat berguna

terutamanya kepada bakal guru sekolah seperti kami dimana kami perlu membawa

keluar anak murid kami untuk perkhemahan seperti ini pada masa yang akan datang.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang ahli Pandu Puteri Kadet kita perlu mengetahui

perkara-perkara asas perkhemahan seperti ini supaya ia membantu kita dan juga dapat

berkongsi bersama rakan kita yang lain.

Interaksi minggu ini amat berat dari segi pengetahuan tetapi ia merupakan salah

satu pengetahuan yang wajib setiap ahli Pandu Puteri ketahui. Sebelum nyanyian lagu

Taps, Cik Joyce telah membincangkan tarikh interaksi yang seterusnya. Pada

keseluruhannya, interaksi berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.