rancangan pengajaran harian psv

11
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual SK Pekan Tamparuli Sesi Pagi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tarikh 18 Februari 2015 Hari Rabu Masa 9.10a.m-10.10 a.m (60 minit) Tahun 5 Bakti Bilangan Murid 34 orang (26 lelaki, 8 Perempuan) Modul Membentuk dan membuat binaan Aktiviti Lipatan Tema Objek Buatan Manusia Tajuk Bunga Kipas Media : Alat Bahan - Kertas warna, pin,glue gun, gam plastic Bahan Bantu Belajar a) Contoh hasil bunga kipas EMK Kreativiti dan inovatif Nilai Teliti, kekemasan, kebersihan, disiplin Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBKK, Kecerdasan pelbagai Hasil Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid

Upload: mis-sheila

Post on 28-Sep-2015

24 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

psv kssr tahun 5

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran HarianPendidikan Seni VisualSK Pekan TamparuliSesi PagiMata PelajaranPendidikan Seni Visual

Tarikh 18 Februari 2015

HariRabu

Masa9.10a.m-10.10 a.m (60 minit)

Tahun 5 Bakti

Bilangan Murid34 orang (26 lelaki, 8 Perempuan)

Modul Membentuk dan membuat binaan

AktivitiLipatan

TemaObjek Buatan Manusia

Tajuk Bunga Kipas

Media :

Alat Bahan

-Kertas warna, pin,glue gun, gam plastic

Bahan Bantu Belajara) Contoh hasil bunga kipas

EMK Kreativiti dan inovatif

Nilai Teliti, kekemasan, kebersihan, disiplin

Strategi Pengajaran dan PembelajaranKBKK, Kecerdasan pelbagai

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:a) Menghasilkan bunga kipas menggunakan teknik lipatan dan cantuman.b) Membuat apresiasi terhadap karya.

Standard Kandungan1. Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya bunga kipas.2. Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan karya bunga kipas.3. Perzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan catan.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rekaan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

Standard Pembelajaran:3.1 Persepsi Estetik

Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada binaan bunga kipas.

1.1.1 Unsur Seni3.1.1.1 Jalinan-sentuh3.1.1.2 Bentuk-Konkrit3.1.1.3 Warna-warna sekunder atau tertier

3.1.2 Prinsip Rekaan3.2.1.1 Imbangan-simetri3.2.1.2 Kepelbagaian-rupa

3.2 Aplikasi Seni

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses teknik dalam penghasilan binaan bunga kipas.

3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

3.2.1.1 Alat- glue gun3.2.1.1 Bahan-kertas warna, pin, gam plastik.

3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan binaan bunga kipas.

3.3.2.1 Teknik-Lipatan

3.3 Ekspresi Kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan media secara kreatif.

1.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya catan1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan Karya catan.3.4 Apresiasi seni

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rekaan dengan menumpukan aspek bahasa seni visual.1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya1.4.3 Membuat ulasan karya sendiri dan rekaan secara lisanStandard Pembelajaran Illustrasi aktivitiCatatan

Set induksi 1) Guru menunjukkan gambar bilik yang dipenuhi hiasan bunga kipas.2) Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar tersebut.3) Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Soalan :1) Namakan jenis bunga yang telah kamu lihat di dalam gambar tersebut.2) Mahukah kamu sekiranya bunga tersebut dibuat dan diletakkan di dalam kelas sebagai hiasan?

Teknik: Soal JawabBBM: Kad GambarKP: Mengubungkait

Persepsi Estetik

1. Guru menunjukkan contoh hasil bunga kipas yang telah siap.2. Guru dan murid bersoal jawab tentang:a) Unsur seni Jalinan-sentuh Bentuk-konkrit Warna-warna sekunder

b) Prinsip rekaanImbangan-simetriKepelbagaian-rupa

.

Soalan :1. Nyatakan jenis jalinan yang terdapat pada hasil bunga kipas ini?2. Apakah jenis bentuk yang terhasil melalui hasil bunga kipasini?3. Sebutkan kategori imbangan yang terhasil dalam hasil catan ini?

BBM: Contoh bunga kipas yang telah siap

Teknik: Soal Jawab

KB: Menjana Idea

Aplikasi Seni1. Guru menerangkan kepada murid tentang alat dan media untuk menghasilkan bunga kipas.

Bahan- kertas warna, gam plastic, pin

2. Guru menerangkan penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan bunga kipas.

Ekspresi Kreatif.1. Guru dan murid bersama-sama membuat aplikasi alat dan bahan serta teknik dalam proses menghasilkan bunga kipas seperti langkah-langkah berikut:

a) Langkah 1Potong dua kertas tersebut secara memanjang

b) Langkah 2Lipatkan bahagian kertas sehingga menjadi seperti kipas.

c) Langkah 3Bahagian tersebut hendaklah berjumlah empat kesemuanya untuk membentuk bunga kipas yang sempurna.

d) Langkah 4Gamkan kertas sehingga menjadi bentuk bulatan

e) Langkah 5Terbalikkan kertas untuk membentuk bulatan kecil pada bahagian tapak

f) Langkah 6Kemaskan sehinggan terbentuk bulatan sempurna di bahagian kertas tersebut.

g) Letakkan hiasan pada bahagian tengah dan seterusnya pinkan atau gam menggunakan glue gun supaya tidak tertanggal.

Nilai : Teliti Kekemasan Disiplin

Apresiasi seni1. Murid mempamerkan hasil karya di hadapan bilik darjah2. Beberapa murid menceritakan hasil karya sendiri dan rakan.TKP: Verbal linguistikNilai: Menghargai

Penutup1. Guru meminta murid mempamerkan hasil karya masing-masing di sudut seni kelas.2. Guru meminta murid melekatkan bunga kipas tersebut pada sudut kelas yang kosong sebagai hiasan.