contoh rancangan harian 1

Upload: rosmawati-mohamad-yusof

Post on 14-Jul-2015

2.075 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 2 PEMARKAHAN 1. 2. 3. BAHAN PP ESEI FORUM JUMLAH

RIS

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1TAJUK

PORTFOLIOKUMPULAN

EL-P02DISEDIAKAN OLEH NAMA ROSMAWATI BT. MOHAMAD YUSOF NO. ID D20111049924 NO. TELEFON 019-4706863

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE ABDULLAH TARIKH SERAH: 16 DISEMBER 2011

ISI KANDUNGAN

LAMPIRAN 3 Halaman

1.0

BAHAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN: 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Hierarki struktur pengetahuan. Jadual Penentu Kandungan. Esei faktor mempengaruhi pilihan kaedah pengajaran. Rancangan Pengajaran Harian Set bahan penilaian.

2.0

ESEI ILMIAH 2.1 Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, buat refleksi dan jelaskan tentang konsep pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru (PPIK).

3.0

FORUM E-LEARNING 3.1 Bincangkan perkara utama yang perlu diambil kira dalam penentuan objektif/hasil pembelajaran. Kaedah pengajaran pembelajaran berasaskan konstruktivisme amat berkesan bagi semua mata pelajaran. Bincangkan. Kemudahan komputer adalah asas kepada penyediaan bahan bantu mengajar/bahan bantu belajar. Bincangkan. Penilaian berbentuk formatif lebih baik daripada penilaian sumatif. Bincangkan. Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran pembelajaran. Bincangkan.

3.2

3.3

3.4

3.5

1.1 Hierarki Struktur Pengetahuan

Generalisasi

HASIL TANI MENINGKATKAN EKONOMI

KELAPA SAWITPELBAGAI BARANGAN

LAWATAN KILANG-KILANG HASIL PERTANIAN

KILANG TEHMAKANAN

PERABOT KILANG KELAPA SAWIT

SABUN

MINYAK MASAK

KILANG NANAS

BAJA ORGANIK

HASIL PERTANIANPROSES MENGETIN

NANAS DIBUANG KULIT

NANAS DAN AIR GULA DIMASUKKAN KE DALAM TIN ISI NANAS DIPOTONG TIN DISTERIL

TIN DIPATERI

1.2 Jadual Penentu kandungan MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU TOPIK : HASIL TANI MENINGKATKAN EKONOMI

Unit Fakta Unit 1: Peristiwa di Ladang Kelapa Sawit -Meneliti Maklumat Meneliti maklumat Membuat dan menyatakan pilihan Memberi alasan

Pengetahuan Konsep/Istilah Lawatan ke Kilang -lokasi, jarak,calet, resort, penginapan, pengangkutan

Generalisasi Memilih untuk melawat ke Kilang Kelapa Sawit atau Kilang Nanas

Kognitif

Kemahiran Psikomotor

Sosial

Menyena rai maklumat yang diminta

Menampal Gambar aktiviti di kilang

berkomu nikasi

Unit 2: Kelapa Sawit

Pokok kelapa sawit banyak kegunaan kepada manusia: -Minyak isirung dapat digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan,sabu n, asid lemak dan minyak untuk menggerakkan enjin -Tandan kelapa sawit diproses untuk dijadikan makanan haiwan, bahan api, baja dan bahan semaian untuk cendawan -Batang kelapa

Kelapa Sawit Isirung, baja organik,marjerin, lemak makanan, asid lemak, manfaat

Kelapa sawit sejenis tumbuhan yang banyak kegunaannya . Bahagian pokok kelapa sawit boleh menghasilka n pelbagai barang

Menyena rai hasil daripada kelapa sawit

Melukis gambar hasil barangan kelapa sawit

Melakon aksi pekerja kilang sawit

sawit dijadikan perabot dan baja organik. -Daun dijadikan penyapu lidi -Pelepah dijadikan bahan api

Unit 3: Hasil Pertanian

Proses mengetin nanas: -Nanas dikupas kulitnya -Isi nanas dipotong kecil, berbentuk kiub atau bulat -Air gula dan sirap dimasukkan ke dalan tin -Tin dipateri -Tin disteril -Tin dilabel

Hasil Pertanian Ditinkan, digemari, kiub, sirap, dipateri, disteril, dilabel

Buah-buahan yang ditinkan merupakan sebahagian daripada hasil pertanian.

Menyena rai hasil pertanian lain yang ditinkan

Memadan kan hasil pertanian dengan hasil kilang

Bekerja sama

1.3 Esei Faktor Mempengaruhi Pilihan Kaedah Pengajaran. Pengenalan: Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai kaedah telah diperkenalkan dan terpulanglah kepada guru untuk memilih mana-mana satu yang difikirkan paling sesuai dan berkesan digunakan untuk pengajaran ketika itu. Kaedah pengajaran merujuk kepada cara menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran. Kaedah juga ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan. Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan. Dalam erti kata lain kaedah merujuk kepada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Terdapat pelbagai kaedah yang telah diwujudkan sekian lama untuk membolehkan guru-guru mengajar bahasa mengikut cara-cara yang betul. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah-kaedah yang telah disarankan dalam bidang bahasa.Walaupun pedagogi tidak menentukan potensi kaedah-kaedah tertentu, namun kepakaran guru menggunakannya boleh menjadikan sesuatu sesi pengajaran itu menarik, bermakna dan menghiburkan. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar Sebagai seorang guru, saya perlu bijak memilih kaedah yang tepat dan sesuai agar penyampaian saya lebih berkesan dan menarik. Terdapat pelbagai kaedah yang diketengahkan sebagai alternatif, namun untuk memilih kaedah yang boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik,beberapa faktor perlu saya pertimbangkan dan diubahsuaikan agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar. 1.Objektif pelajaran yang hendak dicapai. Sebelum memulakan sesi pengajaran, saya akan memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.Setelah objektif dipastikan barulah saya menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif mestilah berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut. Selain itu, jumlah objektif bergantung kepada kelas yang diajar. Jika kelas itu terdiri daripada murid yang pandai, bilangan objektif mungkin

lebih daripada kelas yang lemah. Begitu juga jika taraf penguasaan murid berbeza memerlukan saya merancang dua atau tiga objektif serta memilih aras pembelajaran mengikut pengetahuan. Penilaian akan dibuat di akhir pengajaran untuk menentukan impak kepada pengajaran atau pembelajaran sama ada tercapai atau tidak. Guru perlu mengulang semula tajuk tersebut sekiranya objektif tidak tercapai. 2.Jangka Masa Pengajaran Di sekolah rendah, peruntukan waktu Bahasa Melayu bagi Tahap 1 ialah 12 waktu (360 minit) seminggu manakala Tahap 2 ialah 10 waktu (300 minit). Selalunya waktu Bahasa Melayu diberikan dua atau tiga waktu yang berturutan. Oleh itu, saya akan memilih kaedah yang sesuai berdasarkan jangka masa yang ditetapkan agar tidak melebihi masa atau tidak cukup masa. Guru boleh mengambil lima minit yang pertama dan lima minit yang terakhir untuk memula dan menutup pengajaran. Guru sewajarnya memulakankan pengajaran dengan induksi set yang dapat menarik perhatian dan konsentrasi pelajar serta menyediakan hala tuju pembelajaran yang betul. Induksi set mestilah mempunyai hubungan dengan isi, kemahiran dan objektif pelajaran yang hendak disampaikan. Permulaan pelajaran ini mestilah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada, iaitu mengaitkan apa yang telah diketahui atau yang ada dalam pengalaman dengan apa yang akan dipelajari. Selain itu guru juga boleh memulakan induksi set menggunakan alat bantu mengajar yang menarik seperti persembahan power point atau guru sendiri boleh melakukannya dengan cara menggunakan dan mengawal suara, gerak isyarat, pertembungan mata serta menggunakan satu siri soalan yang telah disediakan terlebih dahulu. Seterusnya guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran mengikut agihan masa yang difikirkan sesuai. 3.Bahan Pengajaran Selain isi pelajaran, alat-alat bantu mengajar juga termasuk dalam bahan pengajaran. Sekiranya isi pelajaran berbentuk kemahiran mendengar atau bertutur dalam pelajaran bahasa, saya akan memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Selain itu, alat bantu mengajar juga akan disesuaikan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Penggunaan alat bantu seperti gambar, carta, jadual,tayangan slaid, dan benda-benda maujud boleh digunakan dengan pelbagai kaedah, cuma perlu diubahsuai sama ada hendak digunakan di awal, pertengahan atau di akhir pengajaran. Seterusnya, saya juga akan meninjau alat kelengkapan yang ada di sekolah supaya dalam keadaan baik contohnya alatan ICT,CD, gambar, carta dan sebagainya.

4.Latar Belakang Pelajar Kaedah atau teknik yang digunakan hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar yang berbeza-beza iaitu dari segi umur, jantina dan peringkat keupayaan pelajar. Sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran, saya akan memikirkan pengetahuan sedia ada murid agar objektif yang saya rancang tercapai. Pengetahuan sedia ada murid saya adalah berbeza-beza antara satu lain mengikut tempat,pengalaman mereka , pembacaan , latar belakang keluarga dan pengetahuan sedia ada. Seterusnya sebelum pengajaran, saya akan merancang sama ada pengajaran secara kelas, syarahan, perbincangan ataupun secara kumpulan. Oleh itu, kumpulan yang cerdas akan diberi pengayaan, manakala kumpulan yang lemah akan diberi bimbingan dan pemulihan di dalam kelas. Selalunya kaedah yang rumit seperti kaedah penyelesaian masalah tidak digalakkan kerana tidak sesuai untuk pelajar sekolah rendah. Seterusnya, saya akan mengadakan ujian atau bertanya kepada guru kelas untuk mengetahui tentang latar belakang pelajar. 5.Jumlah dan Susunan Pelajar Kelas yang mempunyai bilangan murid yang agak ramai jumlahnya, biasanya akan menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas, disiplin dan keberkesanan pengajaran. Oleh itu, guru perlu mengubahsuai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi masalah bagi memilih kaedah. Contohnya, jika saya memilih kaedah permainan atau perbincangan, pelajar boleh dipecah-pecahkan menjadi kumpulan kecil dan setiap kumpulan menjalankan permainan dan perbincangan masing-masing. Di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian pelajar ini, kaedah mengajar berpusatkan pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru. Sebaliknya kaedah pengajaran yang berpusatkan guru dan bahan adalah tidak digalakkan diguna oleh guru. Seterusnya tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu pemilihan kaedah mengajar, seperti di dalam dewan, Pusat Sumber atau di persekitaran sekolah seperti di padang, di kantin selain di dalam bilik darjah. Kaedah Mengajar Bahasa Melayu Sewajarnya setiap orang guru Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan, memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. i.Pendekatan pengajaran

Terdapat banyak pendekatan yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan oleh para guru ialah pendekatan induktif, deduktif, masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, komunikatif,penggabungjalinan pelbagai disiplin ilmu,pembelajaran berasaskan masalah dan sebagainya. ii) Kaedah Pengajaran Pengajaran bahasa akan lebih berkesan jika guru-guru mampu menggunakan kaedah-kaedah yang disarankan dalam bidang pengajaran bahasa. Selalunya kaedah pengajaran berpusatkan pelajar ditekankan kepada guru menggunakannya. Kaedah berpusatkan kepada guru yang banyak menggunakan kaedah talk and chalktidak digalakkan. Antara kaedah tersebut ialah kaedah perbincangan, main peranan, projek, menyelesaikan masalah, dapatan, permainan, koperatif, pembelajaran atas talian, syarahan, inkuiri,sumbang saran dan pembelajaran secara kelas. iii)Teknik Pengajaran Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan bertujuan untuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera.Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik yang selalu digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi,soaljawab,main peranan, menghafaz dan latih tubi, sumbang saran, menyanyi dan permainan.Tujuan menggunakan teknik mengajar adalah untuk menarik minat pelajar, supaya mereka dapat menumpukan perhatian dan menimbulkan rasa ingin tahu pelajar supaya tercapai objektif yang dirancang. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. iv) Strategi Pengajaran Kaedah pengajaran yang baik mempunyai langkah-langkah, strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Langkah-langkah pengajaran perlu dirancang bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang. Untuk mengajar murid yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat, maka guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan yang berbeza tersebut. Guru perlu bijak menyusun kaedah-kaedah untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Selain itu suasana bilik darjah perlu diberi perhatian. Guru

perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, meja dan kerusi sesuai dan tersusun kemas, ada sudut pembelajaran dan ada alat bantu mengajar yang menarik, cantik dan mudah dibawa ke kelas. Kesimpulan: Pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen yang penting untuk

menyampaikan ilmu pengetahuan. Sewaktu mengajar Bahasa Melayu, guru-guru perlu menggunakan pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar atau kompleks, atau daripada konkrit kepada abstrak. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru Bahasa Melayu perlu bijak memilih kaedah yang sesuai. Selepas itu barulah merancang teknik yang sesuai dan komplemen dengan kaedah yang dipilih. Usaha memilih kaedah dan teknik yang sesuai ini dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut strategi. Pengajaran yang berkesan akan mengubah tingkah laku pelajar secara kekal. Perubahan tingkah laku seseorang pelajar itu dapat dilihat dari segi aspek kefahaman dan kemahiran yang mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku ataupun semasa membuat latihan yang diberi oleh guru.

1.4 Rancangan Pelajaran Harian

LAMPIRAN 1 CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TOPIK 1- BAHASA MELAYU TAHUN 4

Tarikh/Hari: Kelas: Mata pelajaran: Tema: Tajuk: Objektif:

ISNIN 4 Mutiara Bahasa Melayu Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi Kelapa Sawit Pada akhir pelajaran murid dapat:

Masa : 8.40 -9.40 (1 jam) Bil Pelajar : 27 orang

1. Membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul 2. Menyatakan isi-isi penting teks 3. Mengenal pasti maklumat dan menulis nota dalam bentuk grafik Pengetahuan Sedia Ada: i. Murid pernah melihat pokok kelapa sawit ii. Murid mengetahui minyak masak dan marjerin dihasilkan daripada kelapa sawit Konsep: Bahan Pokok kelapa sawit banyak kegunaan kepada manusia Gambar pokok kelapa sawit, gambar barangan daripada kelapa sawit, marjerin, sabun, minyak masak, lilin, slide power point, lembaran kerja,buku teks Nilai Kemahiran Kebersihan, patriotism, bekerjasama Fokus utama Fokus sampingan Tatabahasa Kosa kata 6.3 aras 2(i) 9.2 aras 2(i)

Imbuhan awalan, imbuhan apitan, sinonim Isirung, menggerakkan, diproses, reput, unik, manfaat, pelaksanaan

Ilmu KBT

Geografi, Ekonomi Kecerdasan pelbagai- interpersonal

Isi pelajaran Langkah/ Masa Set Induksi 5 minit

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid 1. Menayangkan gambar slaid sebahagian daripada pokok kelapa sawit . 2. Bertanya kepada murid tentang gambar yang dilihat 2. Mendengar dan menilai bacaan mekanis murid dari segi kelancaran, sebutan dan intonasi 1. Murid melihat dan cuba meneka gambar yang ditunjukkan.

Catatan

Tema: Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi Melihat gambar dan slaid pokok kelapa sawit

BBM : slaid Teknik : soal jawab

Langkah 1 10 minit

Kelapa Sawit 1. Membaca petikan Kelapa Sawit daripada slaid yang ditayangkan dan juga buku teks.

1

Membaca petikan teks secara beramai-ramai dan kemudian secara individu dengan nada dan intonasi yang betul.

BBM slaid, buku teks

Langkah 2 20 minit 1

Kelapa Sawit Mengesan isiisi penting teks yang dibaca. 2. Menggariskan isi penting 3. Menjalankan aktiviti perbincangan dalam kumpulan. 4. Mencatat maklumat di dalam kertas.

1. Menyoal murid 1. Murid tentang teks yang menyatakan dibaca fakta-fakta 2. Menyoal makna penting tentang perkataan yang teks yang bercetak warna. dibaca. 3. Menjelaskan cara 2. Murid mencari mendapatkan makna maklumat umum perkataan daripada teks. daripada 4. Membahagikan kamus. murid kepada 3. Murid beberapa kumpulan menggarisi isikecil isi penting teks 5. Membimbing murid 4. Murid mencatat dan menjalankan membina ayat. aktiviti perbincangan dalam kumpulan untuk mendapatkan

BBM- buku teks, kamus Guru membuat penilaian aktiviti kumpulan

maklumat penting daripada teks. 5. Mencatat maklumat pada kertas yang disediakan. Langkah 3 (10 minit) 1. Pembentangan hasil perbincangan kumpulan 2. Memberi pendapat 3. Komen dan ulasan guru tentang laporan kumpulan 1. Gerakerja bertulis 2. Membuat latihan dalam lembaran kerja yang diedarkan. 4. Memberi ulasan dan komen terhadap maklumat yang dilaporkan. 5. Meminta pendapat daripada murid lain. 1 Wakil kumpulan melaporkan maklumat yang diperolehi. Murid memberi pendapat masingmasing Membuat laporan perbincangan

2

Langkah 4 (10 minit)

Penutup (5 minit)

Rumusan

3. Memberi latihan bertulis menulis maksud perkataan 4. Menyuruh murid melengkapkan peta minda kegunaan bahagianbahagian kelapa sawit. Guru merumuskan isi pelajaran dan menyenaraikan nilai murni.

1. Menulis makna perkataan/sino nim 2. Melengkapkan peta minda dan mencatat kegunaan bahagian kelapa sawit 1. Menyenaraikan pengajaran yang diperolehi.

Lembaran kerja: Peta minda kegunaan kelapa sawit

Refleksi:

LAMPIRAN 2 CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TOPIK 2- BAHASA MELAYU TAHUN 4

Hari: Kelas: Mata pelajaran: Tema: Tajuk: Objektif:

SELASA 4 Mutiara Bahasa Melayu Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi Hasil Pertanian Pada akhir pelajaran murid dapat:

Masa : 9.40 -10.40 (1 jam) Bil Pelajar : 27 orang

1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik 2. Menulis maklumat mengikut prosedur yang betul 3. Mengambil imlak perkataan dan ayat dengan ejaaan dan tanda baca yang betul Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid pernah melihat nanas dan buah-buahan dalam tin. 2.Murid pernah memakan buah-buahan dalam tin, jem dan jus buahbuahan Konsep: Hasil pertanian seperti buah nanas boleh ditinkan atau boleh dijadikan jem. Bahan: Nanas dalam tin, jem, buah-buahan dalam tin, gambar, slaid power point,buku teks, lembaran kerja Nilai: Kemahiran: Patriotism, kebersihan Fokus utama Fokus sampingan Tatabahasa: Kosa kata Nilai Ilmu 9.1 Aras 1(i), 9.3 Aras 1(i) 5.1 Aras 3 (i)

Tanda baca, kata sendi di, imbuhandi Disteril, dipateri, kiub, air sirap Kebersihan fizikal dan mental Geografi

Langkah/Masa Set Induksi 5 minit

Isi pelajaran Tema: Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi Hasil Pertanian -nanas dalam tin

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid 1. Guru menunjukkan 1. Murid melihat buah nanas, nanas nanas dalam dan buah-buahan tin dan yang ditinkan dan menjawab jem nanas. soalan yang 2. Bersoal jawab dikemukakan dengan murid oleh guru tentang proses tentang proses penghasilan bahan penghasilan tersebut. bahan tersebut. 1. Guru mendengar bacaan mekanis oleh murid dan membuat penilaian tentang intonasi dan sebutan. 2. Guru menyoal murid tentang teks yang dibaca iaitu proses mengetin nanas. 3. Guru meminta murid menutup buku dan menulis perkataan yang disebut oleh guru. 4. Guru meminta murid menyenaraikan perkataan berwarna dan mencari perkataan berlawan bagi perkataan tersebut. 1. Murid membaca petikan teks secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang baik dan betul secara bergilirgilir. 2. Murid memahami teks yang dibaca dan menjawab soalan guru. 3. Murid menulis perkataan yang dibaca oleh guru dengan tanda baca yang betul. 4. Murid menyenaraikan perkataan yang dicetak berwarna dan mencari perkataan berlawanan bagi perkataan tersebut. . 1. Bercerita semula tentang cara

Catatan Kaedah Lisan Teknik Bersoaljawab

Langkah 1 15 minit

Hasil tani Meningkatkan Ekonomi -Hasil Pertanian 1. Murid membaca secara mekanis 2. Memahami teks 3. Mengambil imlak 4. Menyenaraika n perkataan berwarna dan mencari perkataan berlawan

Membaca rencana Kaedah Terus Teknik Lisan Teknik Bacaan

Langkah 2 15 15 minit

1. Bercerita menggunakan ayat sendiri

4. Guru merangsang murid bercerita dan menjelaskan

Carta alir nanas diproses

tentang proses mengetin nanas. 2. Membina ayat tunggal dan majmuk 3. Menulis proses mengetin nanas dalam bentuk carta alir. Langkah 3 (10 minit) Latihan bertulis -tanda baca

cara nanas ditinkan. 5. Membimbing murid membina ayat. 6. Meminta murid menulis proses mengetin nanas dalam bentuk carta alir .

nanas ditinkan. 2. Murid membina ayat tunggal dan majmuk. 3. Murid menulis dalam bentuk carta alir dalam lembaran kerja.

Guru membuat penilaian aktiviti Kaedah Oral Aural

Membimbing penggunaan tanda baca.

Penutup (5 minit)

Rumusan

Guru merumuskan isi pelajaran dan menyenaraikan nilai murni.

Menyalin ayat yang disediakan dengan meletakkan tanda baca yang sesuai. Menyenaraikan pengajaran yang diperolehi.

Kata nama khas, tanda baca.

Refleksi:

LAMPIRAN 3

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TOPIK 3- BAHASA MELAYU TAHUN 4

Hari: Kelas: Mata pelajaran: Tema: Tajuk: Objektif:

RABU 4 Mutiara Bahasa Melayu Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi Lawatan ke Kilang Pada akhir pelajaran murid dapat:

Masa : 11.00 -12.00 (1 jam) Bil Pelajar : 27 orang

1. Mengemukakan alasan untuk menerima atau menolak sesuatu pendapat 2. Menulis ringkasan berdasarkan tajuk yang diberikan 3. Meneliti tawaran untuk membuat pilihan Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid pernah melawat ke tempat-tempat menarik. 2.Murid pernah mengikuti lawatan sambil belajar anjuran sekolah Konsep: Bahan: Lawatan untuk menambahkan pengetahuan dan menyeronokkan. 1. Slaid gambar-gambar menarik untuk dijadikan tempat melawat, lembaran kerja, buku teks. Nilai: Kemahiran: Patriotisme, baik hati Fokus utama 10.3 Aras 3(i), Fokus sampingan Tatabahasa Kosa kata Nilai Ilmu KBT 4.4 Aras 3 (i), 4.4 Aras 3(ii)

ayat tunggal, ayat majmuk, kata nama khas syarikat, lokasi, pengangkutan, mengetin, penginapan kerjasama, kebersihan fizikal dan mental Kajian Tempatan Kemahiran berfikir- membuat analogi

Langkah/Masa Set Induksi 5 minit

Isi pelajaran Tema: Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi Tajuk : Peristiwa di Kilang 1.Menayangkan gambar slaid tentang tempattempat menarik yang boleh dilawati. 2. Berbual dan bersoal jawab tentang gambar. Lawatan ke Kilang Kelapa Sawit atau Kilang Mengetin Nanas

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid 1. Guru 1. Murid melihat menayangkan slaid gambar dan dan mempamerkan menjawab gambar-gambar soalan yang menarik untuk berkaitan dijadikan tempat gambar. membuat lawatan 2. Murid sambil belajar memberikan -gambar kilang pendapat kelapa sawit tentang gambar -gambar kilang yang dilihat. mengetin nanas -gambar kilang teh Berbual-bual dan bersoal jawab tentang gambar dengan murid.

Catatan Kaedah Oral Aural Teknik Bersoal jawab

Langkah 1 15 minit

1. Guru meminta 1. Murid meneliti murid meneliti maklumat dan maklumat butiran tentang tentang lawatan lawatan ke yang disediakan kilang yang dalam teks. disediakan. 2. Meminta murid 2. Murid berpasangan berpasangan dan meminta dan membuat mereka memilih pilihan tempat tempat yang yang ingin ingin dilawati dilawati berdasarkan berdasarkan maklumat yang maklumat yang disediakan. diberi. 3. Merangsang murid memberi alasan dan pendapat mengenai tempat yang dipilih 3. Merangsang murid memberilkan alasan untuk menerima atau menolak 1. Murid berpasangan dan memberi pendapat dan alasan sebab memilih tempat

Membaca dan meneliti maklumat

Langkah 2 20 minIt

1. Murid memberikan alasan sama ada untuk menerima

Carta maklumat

atau menolak sesuatu pendapat 2. Membina ayat tanya berdasarkan maklumat yang diberi

sesuatu pendapat. 4. Guru meminta murid membina ayat tanya berdasarkan maklumat tentang lawatan. 5. Guru membimbing murid membina ayat tanya.

tersebut. 2. Murid menuliskan ayat tanya berdasarkan maklumat yang diberi dalam buku teks. .

Bilakah, Dimanakah, Siapakah, Berapakah, Bagaimanakah ,

Langkah 3 (15 minit)

1. Menulis karangan ringkas tentang pengalaman manis semasa melawat ke kilang yang menjadi pilihan.

2. Guru meminta murid menulis karangan ringkas tentang pengalaman manis semasa melawat ke kilang tersebut. 3. Guru membimbing murid membina ayat tunggal dan majmuk. .

1. Berdasarkan jadual maklumat yang diberi, murid menulis karangan tentang pengalaman manis semasa melawat ke kilang yang menjadi pilihan. Menyenaraikan pengajaran yang diperolehi.

Kilang Nanas atau Kilang Kelapa Sawit Teknik Menulis

Penutup (5 minit)

Rumusan

Guru merumuskan isi pelajaran dan menyenaraikan nilai murni.

Refleksi:

1.5 Set Bahan Penilaian Contoh Lembaran Kerja Nama : --------------------------------------------Kelas:------------------------Arahan: Tuliskan makna bagi perkataan di bawah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. menghasilkan isirung menggerakkandiproses bermutu unik reput manfaat pelaksanaan ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arahan: Catatkan kegunaan bahagian pokok kelapa sawit berdasarkan peta minda di bawah.

Daun

Pelepah Buah

Batang

Tandan

Bahan Penilaian 2

Arahan : Pilih salah satu tempat lawatan yang kamu ingin lawati dan tuliskan karangan ringkas tentang tempat tersebut berdasarkan jadual di bawah Sekolah Kebangsaan _______________________ _______________________

Lawatan ke Kilang Kelapa Sawit

Cadangan lawatan

Lawatan ke Kilang Nanas

Tarikh

Lokasi utama

Jarak

Tempoh perjalanan

Pengangkutan

Jumlah anggota rombongan

Guru pengiring

Tempat penginapan

Aktiviti sampingan

Nama :_________________________________ Kelas : ________________ Arahan A: Lengkapkan kotak kosong di bawah ini dengan perkataan berlawanan yang paling sesuai.

sebahagian digemari tempatan dimasukkan akhirnya dijual

dibenci dikeluarkan

luar dibeli

mulanya seluruh

Arahan B: Bina 3 ayat berdasarkan perkataan di atas . 1. _________________________________________________________ ________________________________________________________. 2. _________________________________________________________ ________________________________________________________. 3. _________________________________________________________ ________________________________________________________.

Set Penilaian 3 Arahan A: Lengkapkan carta alir proses mengetin nanas.

Arahan B: Lengkapkan ayat dengan meletakkan tanda baca yang betul. Tahukan kamu cara nanas ditinkan Tanya Azman kepada Ali.

Wah besar betul kilang mengetin nanas itu kata Aishah.

Kata Zaini kepada kawan-kawannya Nah ambillah cenderamata ini

Potong nanas itu. Kemudian masukkan ke dalam tin kata Razak kepada Rosni.

2.0 Esei Ilmiah 2.1 BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA SEBAGAI GURU, BUAT REFLEKSI DAN JELASKAN TENTANG KONSEP PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL ISI KANDUNGAN GURU Pengenalan. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Di peringkat kementerian pelajaran, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah, institut perguruan, pusat pengajian tinggi dan sebagainya. Selain menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga merupakan bahasa penting bagi penyaluran pemikiran dan budaya. Bahasa Melayu berupaya menjalin ikatan masyarakat sepanjang zaman. Oleh yang demikian, kesinambungan penggunaan bahasa penting bagi mengekalkan jati diri masyarakat. Ini sesuai dengan slogan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dalam usaha mendukung hasrat negara untuk menjadikan pendidikan sentiasa relevan dalam era globalisasi, semakan kurikulum dan pedagogi Bahasa Melayu telah dilaksanakan dan wujudlah kensep pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PPIK) yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan mata pelajaran lain di negara ini. Berpandukan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan, kurikulum Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah bertujuan membina literasi murid dalam berbahasa. Sukatan Pelajaran yang mendasari matlamat dan objektif ini memberikan tumpuan terhadap kemahiran berbahasa, mementingkan pembelajaran yang berkesan dan menekankan penglibatan murid secara aktif serta mengutamakan keupayaan dan keperluan setiap murid. Pemerolehan kemahiran mendengar dan bertutur diberikan penekanan khususnya pada peringkat awal sekolah rendah untuk membolehkan murid bertutur dengan fasih dan yakin. Seterusnya, kemahiran-kemahiran asas ini akan dikembangkan untuk menyokong pemerolehan kemahiran membaca dan menulis pada peringkat selanjutnya. Dalam proses menguasai bahasa, muridmurid akan dilatih agar mempunyai keupayaan untuk menerima informasi, menjana idea dan berkongsi pengetahuan. Hal ini dapat dilakukan melalui konteks komunikasi yang berkesan. Isi kandungan sukatan pelajaran ini juga menegaskan penerapan aspek nilai dan budaya. Selain itu, terdapat juga penerapan kemahiran berkir, teknologi maklumat, pembelajaran sosial dan emosi, serta inovasi dan keusahawanan.

Sukatan Pelajaran ini memberikan gambaran menyeluruh tentang pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu yang merangkumi matlamat, objektif, kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, pengisian kurikulum, pedagogi dan penilaian. Semoga penerangan dan panduan yang diberikan dapat membantu guru menyediakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berkualiti. Pendidikan berkualiti memerlukan guru yang berkualiti (Mohamad Sani, Mohd Izham & Jainabee 2008). Sungguhpun banyak pemboleh ubah yang menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti keadaan fizikal sekolah dan bilik darjah, kemudahan resos pengajaranpembelajaran, tetapi yang paling penting ialah kualiti interaksi yang wujud antara guru dan pelajar. Guru-guru perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan daya cipta, kemantapan idealisme dan kekuatan diri. Profesionalisme dan disiplin kendiri yang positif menjadi paksi utama kepada budaya kecermerlangan kerjaya seorang guru (Mohd. Najib 1999). Guru pada masa kini mempunyai beban tugas yang sangat mencabar. Beban tugas yang banyak ini turut dihadapi oleh setiap guru Bahasa Melayu. Guru yang baik dan prihatin akan menunjukkan rasa tanggungjawabnya dan mengambil berat terhadap apa yang pelajarpelajarnya mempelajari. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pasti setiap guru harus dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran, nilai, motivasi, psikologi, dan lain-lain. Demikian juga latihan dan pendidikan guru perlu dimantapkan dari segi kurikulum yang dipelajari, kokurikulum, latihan mengajar dan pelbagai kemahiran generik dalam menghasilkan seorang guru yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan (bidang), kemahiran pedagogi (kemahiran mengajar) di samping dilengkapi dengan pelbagai kemahiran generik. Hal ini amat penting dalam mendidik pelajar-pelajar yang diketahui mempunyai banyak kemahiran yang dipelajari secara pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan pergaulan seharian. Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Untuk menghasilkan guru Bahasa Melayu yang dapat menangani dan mendepani pendidikan Bahasa Melayu , empat aspek perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu. Berdasarkan pendapat Shulman (1987) yang memperkenalkan empat komponen atau konsep Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan ( PPIK) jika mahu menghasilkan guru yang cemerlang, berkesan, inovatif dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Empat komponen utama itu ialah pengetahuan tentang isi kandungan,

pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks. Hal ini sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh guru, termasuk guru-guru Bahasa Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan PPIK? PPIK diilhamkan oleh Shulman sebagai gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. PPIK adalah bentuk pengetahuan yang membezakan antara seorang guru yang pakar dalam bidangnya dengan seorang yang bukan guru tetapi pakar dalam bidang tersebut(contohnya seorang seorang saintis). Shulman (1987) juga mendefinisikan PPIK kepada pengetahuan guru menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan pengetahuan guru terhadap pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap pelajarnya, dan pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Shulman juga menyatakan bahawa pengetahuan yang mantap tentang sesuatu subjek diperlukan oleh guru semasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran dan strategi instruksional berkaitan dalam menangani keperluan belajar murid. PPIK banyak melibatkan cara penyampaian guru secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran itu dapat difahami oleh pelajar dengan mudah. Bagaimanakah penggunaan Melayu? PPIK dapat membantu dan memperkasa guru-guru Bahasa

PPIK dapat memperkasa pengajaran guru Bahasa Melayu dari segi membimbing

pelajar untuk memahami mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih bermakna seperti dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, pertuturan yang lancar dan sistematik, perwatakan yang ceria dan meyakinkan ketika kelas Bahasa Melayu, penjelasan topik yang disusun, diolah, diubah suai dan disampaikan berdasarkan pelbagai kebolehan pelajar. Dengan adanya PPIK ini, guru-guru Bahasa Melayu dapat menyampaikan isi pengajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Dalam konteks ini seorang guru perlulah meningkatkan pengetahuan profesional mereka sendiri untuk pengajaran. Seorang guru itu perlu tahu topik yang sukar untuk murid memahaminya dan tahu pengetahuan sedia ada murid sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mengetahui aspek pengajaran bilik darjah secara umum, teknik pengajaran, dan kaedah yang akan digunakan untuk sesuatu topik. Oleh itu, adalah pengetahuan isi

kandungan

dibina bersama pengetahuan untuk menyampaikan mata pelajaran tersebut

kepada murid sehingga terhasilnya kefahaman yang bermakna. PPIK membolehkan guru mempersembahkan sesuatu topik atau konsep dengan menggunakan analogi, ilustrasi, contoh, penerangan dan demonstrasi yang paling berkesan atau mempersembahkan dan memformulasi sesuatu subjek itu supaya boleh difahami oleh orang lain.Mengikut Shulman lagi, PPIK termasuk kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan pembelajaran topik itu senang atau susah, miskonsepi murid tentang topik dan pengetahuan tentang strategi pengajaran yang efektif. Oleh itu, seseorang guru haruslah mempunyai kemahiran dalam pelbagai kaedah, strategi dan teknik pengajaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid dengan berkesan. Pembinaan PPIK PPIK biasanya dibina daripada dua mekanisme iaitu yang pertama melalui kebijaksanaan pelaksananya iaitu guru menerusi pemerhatian sebagai seorang guru dan murid tentang karier mereka dalam satu jangka masa yang panjang. Kedua ialah melalui kajian tentang situasi yang terkawal oleh penyelidik dalam bidang pendidikan (Kastens 2004). PPIK berkembang melalui pembelajaran guru,pelaksanaan dan refleksi, dan kolaborasi dengan guru lain. Proses pembinaan PPIK menurut Shulman(1987) melibatkan beberapa langkah iaitu: 1. Kefahaman 2. Tranformasi 3. Pengajaran 4. Penilaian 5. Refleksi 6. Kefahaman baru Matlamat dan Objektif Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu di negara ini ialah bertujuan untuk membentuk setiap pelajar menjadi insan yang seimbang yang mempunyai ciri-ciri JERIS iaitu sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah. Pelajar-pelajar ini akan membentuk diri mereka sendiri sebagai insan yang dapat membina negara menerusi pendidikan. Pengajaran Bahasa Melayu berperanan untuk melengkapkan setiap pelajar dengan ilmu, kemahiran dan sikap untuk menjadi insan sedemikian. Matlamat dan objektif ini menyediakan satu hala tuju bagi guru dan pelajar untuk membina kefasihan berbahasa dan penghayatan budaya.

Berikut ialah objektif Bahasa Melayu dan perkara-perkara yang diutamakan dalam pengajaran bahasa dan budaya Melayu pada setiap peringkat pendidikan. Pada akhir pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat: y Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti dalam situasi formal dan tidak formal dan memberikan tindak balas atau respons yang wajar.

y

Bertutur dengan petah menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan diri dan sekitarnya.

y

Membaca pelbagai bahan bercetak dan bahan media elektronik dan digital dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh maklumat, idea dan pengetahuan serta memberikan respons yang sesuai.

y

Menulis pelbagai jenis teks berdasarkan pelbagai tajuk dan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi.

y

Berkir secara kritis dan kreatif untuk meneroka, mereka cipta, menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan bersama dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara melalui penggunaan bahasa secara kritis dan kreatif.

y

Mengenali dan memahami budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Melayu serta budaya dan nilai-nilai murni negara dan kaum-kaum lain.

y

Memupuk minat membaca dan menjadikannya amalan ke arah membina budaya belajar sepanjang hayat.

Pengetahuan Isi Kandungan Guru Guru-guru Bahasa Melayu perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah: y Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu, topik, peraturan, struktur bagi disiplin tertentu dan teori merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.

y

Pengetahuan atau struktur substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep dan rangka atau paradigma yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Ini bermaksud setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.

y

Pengetahuan atau struktur sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran diterima dan pengetahuan baru dapat dibina. Oleh itu setiap guru Bahasa Melayu perlulah mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar. Ia juga melibatkan falsafah, bukti sesuatu ilmu itu diperolehi dan kesahan sesuatu ilmu itu.

y

Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Guru yang mempunyai pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. yang dipelajari. Dalam erti kata lain, tanpa menguasai ilmu

Bahasa Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk

Rumusannya, pengetahuan isi kandungan mata pelajaran merupakan aspek penting dalam pengajaran bagi semua disiplin ilmu dan pengetahuan isi kandungan guru memainkan peranan penting terhadap pencapaian murid. Tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan Pedagogi Guru Pengetahuan isi

kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian,

Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar . Oleh itu komponen pengetahuan pedagogi adalah merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedah mengajar, merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti pendekatan, kaedah, teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran, pengujian dan penilaian, pemulihan dan pengayaan. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sepatutnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar atau pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, sebaiknya pelajar mengetahui bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir, pintar dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Perkara ini boleh dilihat melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan. y Pendekatan pengajaran: Pada masa kini , terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakan mana-mana pendekatan yang sesuai dengan isi kandungan. Pada masa dahulu ,selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Sekarang dalam zaman era sains dan teknologi ini, sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.

y

Kaedah pengajaran: Sebagai seorang guru Bahasa Melayu sewajarnya mengetahui dan menguasai pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Di dalam kelas yang mempunyai latar belakang dan aras pengetahuan yang berbeza, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran, kajian kes, projek dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan kepada guru dan bahan, tidak digalakkan digunakan oleh guru.

y

Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan dan lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dijalankan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

y

Strategi pengajaran: Di dalam satu kelas, terdapat kepelbagaian murid dan latar belakang mereka adalah berbeza-beza. Oleh itu, strategi pengajaran memainkan peranan yang penting kerana guru mengajar pelajar-pelajar yang pelbagai dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang akan digunakan untuk mengajar kumpulankumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Rajah 1 jelas memperlihatkan keempat-empat konsep tersebut iaitu pendekatan, kaedah, teknikdan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran sebenarnya berlaku serentak sewaktu menentukan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya sewaktu mengajar, guru Bahasa Melayu perlu menggunakan pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar, atau daripada konkrit kepada abstrak. Hal ini kerana otak manusia berkembang secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, adalah penting memperkenalkan perkara yang mudah-mudah kepada kanak-kanak terlebih dahulu sebelum mengajarkan konsep-konsep yang abstrak. Kesimpulannya, dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah praktis, perbincangan, soal jawab dan sebagainya. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh komplemen dengan kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi. Pengetahuan Guru Tentang Ciri Pelajar Salah satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh guru untuk memastikan pengajaran yang disampaikan dapat memberi kefahaman kepada murid ialah pengetahuan tentang murid. Guru Bahasa Melayu yang baik ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian kemahiran mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap anak pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya. Pengetahuan berkaitan ciri pelajar adalah amat diperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap ciri pelajarnya (Zamri 2011, Wood 2002). Pengetahuan guru tentang ciri pelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek: y Maklumat umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud tugas setiap guru Bahasa Melayu bukan hanya untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat akan hal-hal berkaitan dengan pelajar yang diasuhnya dan mengetahui serba sedikit tentang latar belakangnya. Jika guru Bahasa Melayu tersebut menjadi guru kelasnya memang wajar mengambil berat tentang pelajar tersebut.

y

Pengetahuan tentang tahap kognitif pelajar: Setiap pelajar adalah berbeza tahap kognitifnya. Begitu juga pelajar yang belajar Bahasa Melayu. Tahap kognitif pelajar mempengaruhi tahap penguasaan bahasa dan kemahiran berbahasa pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai guru Bahasa Melayu perlulah memahami setiap pelajarnya itu adalah berbeza tahap kognitifnya. Sudah tentu apabila menyoal (aras soalan), memberi tugasan (mudah atau sukar), memberi arahan main peranan (sebagai ketua, pembentang, pencatat) dan sebagainya, maka guru-guru Bahasa Melayu perlu mengambil kira keupayaan pelajar tersebut untuk menjawab soalan, menyiapkan tugasan, kemampuan bertindak ketika main peranan dan sebagainya.

y

Pengetahuan tentang tahap sosioemosi pelajar: Kemampuan pelajar mempelajari Bahasa Melayu juga ada kaitan dengannya dengan tahap sosioemosi pelajar. Dalam hal ini, guru-guru Bahasa Melayu perlu kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajarannya. Guru Bahasa Melayu perlu kira bahawa tahap sosioemosi pelajar Bahasa Melayu boleh mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya.

y

Pengetahuan tentang masalah pembelajaran pelajar: Hal ini berkaitan dengan pembelajaran pelajar. Ada pelajar Bahasa Melayu yang tidak berminat untuk belajar Bahasa Melayu, atau mengambil mudah pembelajaran Bahasa Melayu, dan sebaliknya. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu perlu mengenal pasti setiap masalah pembelajaran pelajar Bahasa Melayunya. Melalui kaedah ini, guru Bahasa Melayu dapat merancang aktiviti pengajarannya, bahan pembelajaran, kaedah pengajaran dan aktiviti pengukuhan dan penilaian yang sesuai dengan kemampuan pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu ini.

y

Pengetahuan tentang sikap pelajar: Faktor sikap amat penting dalam menentukan sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat mempelajari sesuatu mata pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah pengajaran yang digunakan dan sebagainya. Justeru, setiap guru Bahasa Melayu perlu memastikan pengajarannya menyeronokkan, menarik dan mudah difahami

pelajar. Kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

y

Pengetahuan tentang tahap kemahiran bahasa pelajar: Empat kemahiran setiap pelajar juga perlu diambil berat oleh setiap guru Bahasa Melayu. Demikian juga aspek tatabahasa, kosa kata, pemahaman dan komponen sastera. Apabila guru-guru Bahasa Melayu mengetahui tahap kemampuan setiap pelajarnya tentang kecekapan kemahiran bahasa dan aspek-aspek bahasa yang lain, maka guru dapat merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan berbahasa pelajar-pelajarnya itu.

Rumusannya, pengetahuan yang mendalam tentang setiap pelajar amat penting bagi setiap guru Bahasa Melayu supaya prose pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang bersesuaian dengan keperluan, kehendak dan kemampuan murid. Pengetahuan yang baik tentang pelajarpelajarnya membolehkan guru Bahasa Melayu menyalurkan semua pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi kandungan dapat diterapkan secara penyebatian. Pengetahuan Tentang Konteks Pengetahuan tentang konteks membincangkan tentang pengetahuan tentang komuniti, persekitaran sekolah dan budayanya yang berkaitan pengajaran topik yang diajar. Proses pengajaran dan pembelajaran guru akan menjadi lebih menarik, berkesan dan releven dengan kehidupan pelajar jika guru menggunakan pengetahuan tentang konteks. Dalam hal ini, guru perlu mengaitkan kehidupan sebenar pelajar dengan sesuatu topik yang diajar. Pengetahuan tentang konteks menjadikan pengajaran guru di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan atau membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan mereka di dalam bilik darjah. Selain itu, guru boleh menggunakan kemudahan dan persekitaran yang ada untuk pengajaran. Contohnya, seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahun 3, topik Penanaman Padi di kawasan kampung yang dikelilingi dengan sawah padi, boleh membawa murid-muridnya belajar di luar bilik darjah untuk melihat proses penanaman padi dengan lebih dekat lagi. Begitu juga dengan guru yang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual, tajuk Proses Membuat Batik . Guru- guru yang mengajar di negeri Kelantan dan Terengganu boleh membawa murid-muridnya keluar kelas membuat lawatan sambil belajar ke kilang-kilang memproses batik untuk melihat dengan lebih jelas proses mencanting dan mengecop batik. Dengan berbuat demikian, iaitu guru menggunakan sumber yang ada di sekitarnya , menjadikan pengajaran lebih bermakna dan relevan. isi

Pengetahuan Kurikulum Selain daripada empat komponen di atas , para guru juga mesti mempunyai pengetahuan kurikulum iaitu maksudnya guru-guru Bahasa Melayu perlu memahami, mengetahui dan Antara elemen dalam pengetahuan menguasai bagaimana kurikulum Bahasa Melayu itu dibina dan direka bentuk menjadi satu kurikulum yang sesuai untuk tahap kognitif pelajar. kurikulum Bahasa Melayu itu ialah: y Kesinambungan kurikulum: Hal ini bermaksud setiap kurikulum Bahasa Melayu yang dibina perlu saling berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, kurikulum Bahasa Melayu menengah rendah ada kesinambungan dengan kurikulum Bahasa Melayu menengah atas. Tajuk tatabahasa misalnya, jika di peringkat sekolah rendah, penekanannya diberikan kepada tatabahasa yang mudah, pembinaan ayat-ayat yang mudah, maka sebaliknya di peringkat menengah rendah dan atas, sudah pasti tatabahasa yang digunakan jauh lebih sukar berbanding tatabahasa pelajar pembinaan ayat dan sebagainya. sekolah rendah. Begitu juga dengan

y

Orientasi kurikulum: Penekanan kurikulum Bahasa Melayu yang beroerintasikan peperiksaan perlu dikurangkan. Hal ini bermaksud, apabila kurikulum Bahasa Melayu lebih berfokus

kepada peperiksaan, maka matlamat utama untuk membantu pelajar menguasai kesemua kemahiran bahasa, kemahiran berkomunikasi dan lain-lain tidak tercapai. Pelajar hanya menguasai Bahasa Melayu untuk tujuan peperiksaan sahaja.

y

Pelaksanaan kurikulum: Guru-guru perlu memiliki pengetahuan bagaimana hendak melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu dengan menyeluruh untuk membolehkan guru-guru membuat perancangan dan pelaksanaan pengajarannya mengikut tahap perkembangan dan kematangan pelajar. Apabila guru Bahasa Melayu memahami pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu tersebut, maka guru-guru dapat merancang pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu secara menyeluruh, terutamanya menangani perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan bahasa. Hal ini penting diketahui dan dikuasai setiap guru agar pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu yang dibuat dapat disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan semasa seperti keperluan kemahiran abad ke-21.

y

Kandungan sukatan pelajaran: Kandungan sukatan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga perlu berubah mengikut perubahan semasa yang berlaku. Perkara-perkara berkaitan dengan ICT, penilaian dan pentaksiran, kemahiran abad ke-21, kepelbagaian kecerdasan dan sebagainya perlu dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu selain mengekalkan perkaraperkara sedia ada seperti kemahiran bahasa, penerapan nilai dan lain-lain. Sebaikbaiknya kesemua perkara ini disebatikan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

Aplikasi PPIK pada peringkat perancangan pengajaran Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan mencapai objektif, guru boleh menggunakan pelbagai model pengajaran mengikut kesesuaian isi kandungan yang hendak diajar. Terdapat lapan komponen utama yang perlu diambilkira dalam merancang pengajaran sesuatu topik iaitu: 1. Analisis keperluan dan kesediaan murid Guru boleh membuat analisis kesediaan murid dari segi pengetahuan sedia ada atau miskonsepi murid dengan memberi ujian ringkas atau pra ujian mengenai topik, contohnya menyoal secara lisan, melihat rekod dan buku latihan, kerja rumah serta maklumat daripada guru. 2. Analisis isi kandungan topik yang hendak diajar Guru membuat analisis tentang pengetahuan isi kandungan topik iaitu konsep, fakta, klasifikasi, prosedur, prinsip, dan teori. Contohnya analisis kemahiran seperti melukis peta, rajah, graf menulis laporan, membuat ujikaji dan projek. 3. Hasil pembelajaran Untuk menentukan hasil pembelajaran, guru mestilah mengenal pasti objektif spesifik berdasarkan Taksonomi Bloom yang mempunyai 6 aras, pemikiran induktif dan deduktif, objektif domain afektif(sikap) dan objektif kemahiran: domain psikomotor 4. Susun unit-unit pengajaran Supaya sesuatu pengajaran itu berkesan, guru haruslah menyusun unit pengajaran agar terdapat kesinambungan dan turutan antara satu topik dengan topik yang lain. Guru boleh membina jadual penentu kandungan untuk sesuatu unit pengajaran dan topik yang hendak diajar. 5. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai

Dalam konteks ini, guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan straetegi yang sesuai dengan isi kandungan berdasarkan tahap, kemampuan dan minat murid seperti yang telah diterangkan sebelum ini. 6. Pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai Guru boleh menggunakan apa-apa sahaja alat bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang diajar, pelajar dan konteks pembelajaran. Guru juga boleh menggunakan alat bantu multimedia dan bukan multimedia dan bahan-bahan yang terdapat di sekitar sekolah dan tempat tinggal murid. 7. Latihan yang sesuai dan mencukupi Guru boleh menguji kefahaman murid dengan memberi latihan atau ujian sebagai satu cara penilaian untuk memastikan pengajaran guru berkesan, difahami dan mencapai objektif penilaian atau tidak. Latihan juga boleh diberi kepada murid sebagai satu cara pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Latihan atau ujian boleh diberi pada setiap sesi pengajaran atau di akhir sesuatu unit pengajaran, (ujian formatif),dan 8. Kaedah penaksiran yang sesuai Penaksiran dilakukan untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai. Ia juga boleh digunakan sebagai refleksi kepada guru itu sendiri untuk menguji keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penaksiran boleh dijalankan secara formatif atau sumatif. Penutup Rumusannya, Pengetahuan Pedagogi Kandungan ( PPIK) perlu dikuasai oleh setiap guru Bahasa Melayu. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini pada akhir semester (ujian sumatif) Ia juga boleh dijalankan secara individu mahupun kumpulan.

banyak mencabar keupayaan dan kebolehan guru Bahasa Melayu untuk mengajar dengan baik dan berkesan. Keadaan ini ditambah pula dengan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan pelajarnya. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu perlu bersedia dan lebih maju ke hadapan dalam banyak perkara agar proses pengajarannya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan pelajar.

3.0 Forum E-Learning 3.1 General

View Message Back Course ID : KPD3016 < Group Name : Group EL-P02 < Full Name : ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF Title General Message Date posted Full Name

Betui tu.....jangan pening2.....senyum je selalu 09 Oct 2011 12:34:15 PM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF Tugasan dah mula buat ke? Harap Kita berbincang dan berkongsi idea ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF 15 Oct 2011

General 06:40:40 AM General

Perbezaan antara hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran Hasil pembelajaran merupakan satu pernyataan yang menetapkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap serta nilai yang diingini hasil daripada aktiviti pembelajaran. Hasil pembelajaran menyatakan apa yang pelajar tahu dan boleh buat atau jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh buat setelah mengikuti atau selesai aktiviti pembelajaran mereka. Objektif pembelajaran pula menyatakan apa yang perlu guru buat, yang perlu diajar dan apa yang perlu dirancang untuk pengajaran.Objektif juga merupakan pencapaian konkrit yang mampu dicapai dengan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendek, lebih berstruktur dan konkrit serta boleh diukur. Oleh itu objektif boleh diketahui dengan yakin ia telah dicapai. 15 Oct 2011 07:36:25 AM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF General Saya juga setuju dengan pendapat anda. Penentuan hasil pembelajaran memang penting kerana penentuannya dapat membantu guru membuat penilaian terhadap murid serta membina ujian formatif dan sumatif. Hasil pembelajaran adalah dibina untuk menilai prestasi pelajar sama ada pelajar tahu dan boleh buat di akhir pengajaran dan pembelajaran, serta memastikan pelajar dapat menguruskan pembelajaran mereka. Selain itu pelajar juga harus tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh memberi tumpuan untuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki. Bagi guru pula hasil pembelajaran yang dibina dapat memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti pembelajaran serta dapat merancang ke arah memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran,

manakala objektif pembelajaran pula dibina untuk memastikan perubahan perlakuan dalam diri pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 17 Oct 2011 02:10:03 AM General Ya, saya setuju dengan pendapat anda.Memang terdapat perbezaan antara keduanya. Hasil pembelajaran adalah kemampuan yang dimiliki oleh pelajar setelah ia menerima pengalaman belajarnya atau apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. Hasil pembelajaran mempunyai peranan penting dalam proses pembelajaran. Proses penilaian terhadap hasil belajar dapat memberikan maklumat kepada guru tentang kemajuan pelajar dalam usaha mencapai tujuan belajarnya. Selanjutnya hasil daripada maklumat tersebut guru dapat menyusun dan membina kegiatan-kegiatan untuk pelajar selanjutnya, baik untuk keseluruhan kelas mahupun individu. ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Objektif pengajaran pula adalah suatu pernyataan yang menjelaskan hasil atau produk pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir unit suatu pelajaran. Hasil atau produk ini perlu dapat diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajaran telah berlaku kepada pelajar-pelajar. Objektif pengajaran tidak memberitahu atau menerangkan kepada guru bagaimana hendak mengajar, apa kaedah dan strategi pengajaran yang hendak digunakan atau apa-apa alat bantu mengajar yang patut digunakan. Objektif pengajaran juga tidak memberitahu atau menerangkan kepada pelajar bagaimana hendak belajar. 20 Oct 2011 10:50:35 PM General Assalammualaikum. Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan yang lain. Pada pendapat saya, P&P berasaskan Konstruktivisme sesuai dan berkesan digunakan dalam seluruh tajuk dan mata pelajaran . Sebagai contoh konsep konstruktivisme merujuk kepada penggunaan pengalaman lalu sebagai media mencetuskan ilmu baru. Peranan guru sebagai pembimbing merupakan pemangkin yang membantu pelajar atau murid-murid dalam mengembangkan ilmu sedia ada. P&P berkonsepkan konstruktivisme ini merujuk kepada P&P berpusatkan murid. Sebagai contoh, P&P Bahasa Malaysia dalam tajuk membina karangaan (berasaskan konsep konstruktivisme ). Guru berperanan menjadi pembimbing dan penggalak kepada murid-murid. Menghuraikan dan meminta murid menceritakan semula pengalaman yang pernah dilalui. Berdasarkan teori ini, murid sedaya upaya mengimbau setiap detik yang penah dilalui untuk diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan. Begitu juga dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Sains. Murid menjalani amali melalui pengalaman kehidupan dan pemerhatian yang dilakukan. ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Lain pula jika bagi mata pelajaran Sejarah atau Pendidikan Agama Islam, murid akan diberikan pendedahan terlebih dahulu kerana murid sukar dalam mengetahui dan memahami sesuatu perkara yang lampau dan bersifat fakta. Gandingan cetusan yang dilakukan oleh guru sedikit sebanyak mampu menjadikan murid terbuka untuk melanjutkan pembelajaran yang dilalui. Jika diperhatikan konsep konstruktivisme masih digunakan di sini. Merujuk tokoh Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. Melalui apa yang telah diperkatakan oleh tokoh-tokoh ini, pengalaman yang dilalui murid-murid sememangnya perlu diterjemahkan dan diawasi oleh guru agar kefahaman yang dibina merupakan fakta dan berlandaskan ajaran yang betul (benar) agar tidak menjadi kesilapan di kemudian hari. 23 Oct 2011 01:20:04 PM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

General Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada pendapat saya kaedah P & P berasaskan konsep Konstruktivisme amat berkesan bagi semua mata pelajaran kerana ia telah menjadi salah satu kaedah pengajaran yang sering diterapkan supaya muridmurid menjadi lebih berpengalaman dan bijak mencari ilmu. Berdasarkan konsep konstruktivisme ini, murid sebagai pelajar menjana ilmu pengetahuan melalui pengalaman yang dilalui. Perkara ini telah menjadi salah satu cara mendidik para murid supaya menjadi lebih berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Di dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pembimbing. Sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara berpusatkan murid. Murid secara individu atau kumpulan memainkan peranan mencari bahan dan mengembangkan idea masing-masing. Keberkesanan P&P melalui konsep konstuktivisme terbukti dalam mengukuhkan pengetahuan murid melalui pembelajaran kendiri. Antara kelebihan yang boleh diperolehi oleh murid ialah wujudnya pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat mereka serta menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Seterusnya memberi pelajar kebebasan untuk membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. 23 Oct 2011 11:20:21 PM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

General Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban untuk Dr. Mohd Faizal Nizam Lee bin Abdullah serta rakan -rakan seperjuangan. Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, Indah Aidil Fitrti kerana kemaafan, Indah Aidil Adha kerana pengorbanan. 07 Nov 2011 08:39:26 AM General Saya bersetuju dengan pendapat yang anda kemukakan dan izinkan saya menambah sedikit idea. Pendekatan konstruktivisme ini amat berkesan untuk semua mata pelajaran. Pendekatan ini boleh dipraktikkan di dalam kelas di mana murid berpeluang mengemukakan pandangan mereka tentang sesuatu konsep dan berkongsi persepsi antara satu sama lain. Selain itu, murid juga patut menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka dan semua pandangan yang rakan murid kemukakan itu tidak dipandang rendah. Murid bekerja dan belajar dalam kumpulan. Paling penting pembelajaran adalah berpusatkan murid. Contohnya dalam mata pelajaran Sains, guru cuma perlu menyediakan alat atau bahan yang sesuai dan mengemukakan soalan yang boleh merangsang murid mencari jawapan. Dalam perkara ini guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Murid digalakkan mencari hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori. 07 Nov 2011 09:21:29 AM General Betul seperti apa yang anda perkatakan dan saya menyokong idea anda. Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses inilah yang dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 07 Nov 2011 12:26:45 PM General Memang betul dengan apa yang anda perkatakan. Pembelajaran konstruktivisme amat berkesan kerana setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Murid diberi peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan. Murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menentukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid berusaha menggunakan pelbagai cara bagi memproses maklumat , menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, yakin, aktif, berani mengeluarkan pendapat, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.Suasana pembelajaran pula akan lebih menyeronokkan dan murid tidak akan cepat berasa bosan. 07 Nov 2011 01:03:59 PM General Assalamualaikum Dr. Faizal, Masalah saya sama seperti En. Mohamad Zahidi (Forum 3). Untuk menghantar respon untuk Forum 4 tidak ada perkataan add new topic. Bagaimanakah caranya untuk saya menghantar respon untuk Forum 4?. Terima kasih. 29 Nov 2011 01:16:39 AM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

3.2 Selamat datang Back Course ID : KPD3016 < Group Name : Group EL-P02 < Full Name : ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF Title Message Date posted Full Name

Selamat Datang Betul tu, lepas ni kerja dan program kat sekolah memang banyak, Hari Kokurikulum,Hari Anugerah, dan jangan lupa bagi kita guru media......Kem Membaca 1 Malaysia 15 Oct 2011 06:49:32 AM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Selamat Datang Saya bersetuju dengan pendapat anda. Memang terdapat perbezaan antara keduanya. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. Hasil pembelajaran khusus boleh dinilai dengan mudah dan harus dibezakan dengan hasil pembelajaran umum atau kenyataan lain yang merupakan isi kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran. Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk, bidang, dan aras. Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif menegaskan hasil intelek dan boleh dikategorikan mengikut Taksonomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Hasil pembelajaran dalam bidang afektif pula menegaskan hasil rohani dan emosi termasuk sikap dan nilai dan perlu diserapkan walaupun susah untuk dinilai dalam jangkamasa yang pendek manakala hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor menegaskan kemahian gerakan. Untuk menulis hasil pembelajaran guru perlu merujuk kepada pelbagai dokumen kurikulum khasnya huraian sukatan pelajaran .. 23 Oct 2011 10:03:22 AM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Selamat Datang Saya bersetuju dengan pendapat anda. Memang p&p berkonsepkan konstruktivistisme amat sesuai dengan semua mata pelajaran. Melalui pendekatan ini dapat menggalakkan pelajar merenung kembali dan mengingati proses pembelajaran yang telah dilalui oleh mereka. Selain itu mereka dapat menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina. Pendekatan ini juga mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Oleh itu menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. Paling penting dapat memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain serta menggalakkan mereka bekerja dalam kumpulan dan saling bekerjasama. 05 Dec 2011 06:34:41 PM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Selamat Datang Assalammualikum dan salam sejahtera. Saya menyokong pendapat yang diutarakan oleh rakan-rakan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan kontruktivisme amat berkesan. Mengenai konsep ini, ia menekankan kepada pengalaman sedia ada murid dalam melahirkan pendapat dan idea. Ia lebih tertumpu kepada pengetahuan yang bersifat konkrit atau asas. Melalui konsep ini, murid belajar secara perkongsian idea bersama rakan-rakan murid yang lain. Wujudnya kaedah ini akan tercetusnya nilai -nilai murni secara tidak langsung seperti bekerjasama, tolong-menolong dan bertanggungjawab. Contoh situasi yang berlaku apabila guru menggunakan kaedah ini dalam tugasan membina karangan , murid-murid akan menggunakan pengalaman sedia ada dan kefahaman dalam diri untuk membina karangan yang terbaik berdasarkan pengalaman yang dilalui. Kaedah ini berkesan membantu murid meningkatkan pencapaian diri dan membantu guru (memudahkan) dalam P&P. 12 Dec 2011 12:25:53 AM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Selamat Datang Saya bersetuju dengan pendapat anda. Selain sesuai digunakan dalam P&P pelbagai matapelajaran (mengikut kesesuaian tajuk dan sub topik) , kaedah ini dapat merangsang murid-murid untuk belajar dengan mencungkil pengalaman sedia ada murid. Kaedah ini menjurus kepada pemikiran dan pengalaman konkrit yang dimiliki murid. Contohnya, murid menggunakan pengalaman dan imaginasi dalam membina karangan (matapelajaran Bahasa), murid menggunakan alatan tangan dalam bengkel Kemahiran (berasaskan pengalaman lalu melihat orang bertukang), atau membuat pengiraan (menggunakan logik akal dan pengalaman lalu dalam membuat latihan Matematik). Kaedah kontruktivisme juga berkesan secara langsung dalam penerapan nilai-nilai murni dalam bilik darjah atau kelas. Murid akan bekerjasama, berkongsi pendapat, tolong-menolong dan belajar bertanggungjawab. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang berpusatkan murid dan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di mana guru perlu mengembangkan potensi setiap individu iaitu anak didik. 12 Dec 2011 12:38:01 AM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Selamat Datang

Saya setuju dengan anda. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas proses pembelajaran atau selepas sesuatu perkara diajar. Penentuan hasil pembelajaran penting untuk mengetahui apa yang perlu dikuasai oleh pelajar. Seterusnya guru dapat memberi tumpuan kepada tahap penguasaannya, merancang kaedahkaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar yang sesuai dan seterusnya membina ujian formatif dan sumatif untuk penilaian ke atas murid. Objektif pula menyatakan apa yang guru perlu buat iaitu apa yang perlu diajar, dan apa yang perlu dirancang untuk mengajar. 16 Dec 2011 02:14:42 PM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

3.3 Minggu Pertama Course ID : KPD3016 < Group Name : Group EL-P02 < Full Name : ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF Title Message Date posted Full Name

minggu pertama Terima kasih atas maklumat yang diberi. Senanglah membuat pengiraan. Selama ini kami tertanya-tanya...masa tutorial yang lalu dah masuk minggu yang ke berapa., takut terlepas tarikh hantar tugasan. 17 Oct 2011 02:20:38 AM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

minggu pertama Saya bersetuju dengan huraian anda. Objektif pengajaran adalah satu penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik yang boleh diukur dan dilakukan oleh pelajar setelah mengikuti sesuatu pengajaran. Dalam erti kata lain, apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Manakala hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar atau jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh buat setelah mengikuti atau tamat proses pengajaran dan pembelajaran. 16 Dec 2011 02:41:46 PM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

3.4 Forum 3 Back Course ID : KPD3016 < Group Name : Group EL-P02 < Full Name : ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF Title Message Date posted Full Name

Forum 3 Pada zaman era globalisasi sekarang, saya pasti kebanyakan daripada kita kaum guru semua memiliki sebuah komputer masing-masing. Terdapat pelbagai jenis komputer di dunia ini, yang jelasnya komputer telah banyak berjasa kepada kita kerana ia boleh mengurangkan beban kerja kita yang akan mengambil lebih masa dan tenaga tanpa kehadirannya. Penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam proses p & p telah mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan ianya semakin ketara pada tahun 2001, apabila penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah dilaksanakan. Perisian multimedia pendidikan yang dibekalkan membantu para guru dan juga para pelajar. Berbekalkan komputer riba atau notebook dan projector LCD , para guru boleh memanfaatkan ianya secara optimum dalam proses p & p. Dengan menggunakan komputer sebagai bahan alat bantu mengajar guru dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat alat. Guru tidak perlu bersusah payah melukis, mewarna, mengecat dan menulis carta atas kad manila atau kertas majong. Guru boleh membuat persembahan multimedia power point dan pastinya pembelajaran lebih menyeronokkan dan murid akan lebih faham. 24 Nov 2011 10:11:30 PM Forum 3 Memang betul. Dalam zaman serba canggih sekarang, alat-alat elektonik memainkan peranan penting dalam semua aspek. Alat-alat seperti teknologi multimedia ini telah menjadi salah satu keperluan asas dalam hidup kita. Teknologi ICT ini juga menjadi bahan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer boleh digunakan untuk mendapatkan segala maklumat dan bahan rujukan melalui internet. Penggunaan buku teks semata-mata di dalam kelas kadang-kala menimbulkan masalah apabila terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami. Dengan adanya komputer sebagai alat bantu, guru dapat mengatasi masalah ini. Gambar, imej atau grafik sama ada berbentuk statik atau mahupun dinamik boleh ditunjukkan dengan jelas kepada murid dan ini boleh meningkatkan kefahaman murid. Komputer juga berupaya menangani permasalahan buku teks dengan menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti audio, video, animasi, teks, dan grafik ke dalam satu medium komunikasi. Buku teks yang ada sekarang masih tidak mampu mengatasi kelebihan yang ditawarkan dalam sesuatu sistem multimedia. Jelaslah komputer boleh dijadikan alat bantu yang berkesan kepada semua guru. 24 Nov 2011 10:42:43 PM Forum 3 ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Ya, saya setuju dengan pendapat anda. Dalam zaman ledakan ICT, pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan-bahan daripada CD-CD interaktif dan perisian yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, BTP, Smart School, dan KPM. Murid-murid akan lebih berminat belajar dengan menggunakan kaedah ICT ini. Oleh itu guru perlulah menyediakan diri agar mahir menggunakan bahan ICT tersebut untuk P & P. 24 Nov 2011 11:01:49 PM Forum 3 Ya, saya setuju dengan pendapat anda. Pada masa kini sistem pendidikan di negara kita mengalami perubahan yang pesat sekali dan sedang menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran diperkenalkan agar pengajaran guru menjadi lebih menarik. Pada masa dahulu, dalam sistem pengajaran tradisi murid akan duduk mendengar apa sahaja yang disampaikan oleh guru dan menyalin nota yang ditulis di papan tulis yang berikan oleh guru. Kaedah chalk and talk banyak digunakan. Komunikasi berlaku sehala sahaja. Sumber pendidikan hanyalah berdasarkan buku teks yang dibekalkan. Namun kini segalanya berubah. Dalam dunia IT penggunaan komputer dalam pengajaran menjadi alat bantu yang sangat penting. Kini guru boleh membawa ke mana sahaja komputer dan LCD masuk ke kelas-kelas yang hendak diajar. Guru juga tidak perlu lagi bersusah payah melukis di papan tulis kerana gambar di dalam komputer lebih cantik, jelas dan boleh bergerak. Guru juga boleh melayari Eduwebtv yang dibangunkan oleh kementerian dan memilih subjek dan latihan yang dikehendaki untuk memudahkan pengajaran guru. Jelaslah bahawa kini komputer menjadi alat bantu yang utama oleh para guru. 28 Nov 2011 10:51:03 PM Forum 3 Ya, betul pendapat anda. Tidak dapat dinafikan teknologi maklumat masa kini banyak memberi kemudahan kepada guru dan juga para pelajar dalam menimba ilmu. Dengan adanya kemudahan ICT pembelajaran murid menjadi lebih menarik dan berkesan. Guru boleh mencari maklumat dan bahanbahan rujukan dengan lebih banyak, mudah dan cepat dengan melayari internet. Dengan kemudahan internet, dunia seolah-olah tiada sempadan. Kita boleh mencari maklumat tentang apa sahaja di internet yang berkaitan dengan pelajaran yang akan kita ajar dengan pantas. Negara yang maju dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, sudah lama mengguna dan menjadikan ICT atau komputer sebagai alat bantu mengajar atau sumber rujukan utama dalam pendidikan mereka. 28 Nov 2011 11:17:45 PM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Forum 3 Saya juga bersetuju. Pengajaran berbantukan komputer multimedia dalam arena pendidikan masa kini memudahkan guru menyampaikan pengajaran yang menarik dan berkesan.

Sebaliknya kaedah tradisional yang biasa digunakan dalam bilik darjah menyediakan sumber dan suasana yang tidak dapat menarik dan merangsang minat murid. Guru menghadapi masalah kekurangan sumber dan masa dalam penyediaan ABM/BBM. Selain itu, guru juga akan menghadapi masalah untuk menggunakan ABM dalam p & p terutama dalam subjek seperti Sains, Kajian Tempatan, PSK, Geografi dan sebagainya. Komputer akan dapat menyelesaikan masalah ini kerana murid akan dapat melihat dengan lebih jelas video, animasi, dan gambar yang ditayangkan. P & P akan jadi lebih mudah dan murid lebih faham. 06 Dec 2011 10:47:22 AM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF Forum 3 Ya, saya bersetuju dengan anda. Penggunaan komputer dapat memudahkan kerja, menjimatkan masa dan tenaga guru kerana kerja dapat dibuat dalam masa yang singkat. Dengan melayari internet, guru boleh mencari pelbagai maklumat untuk dijadikan bahan bantu mengajar supaya murid lebih faham apa yang diajar. Selain itu pelajar juga boleh dididik mencari maklumat sendiri melalui internet. Contohnya di sekolah ada peruntukan waktu untuk belajar ICTL.Pembelajaran akan lebih berkesan dan menambah minat pelajar. Seterusnya dengan penggunaan komputer mengelakkan pembaziran kerana kita tidak perlu lagi membeli gambar-gambar yang kita perlukan atau buku-buku bergambar kerana ada terdapat dalam komputer.Kita hanya perlu mencetak yang mana kita perlukan sahaja. 17 ec 2011 12:44:24 PM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

3.5.Forum 4

Title

Message

Date posted

Full Name

Forum 4 Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti penilaian akan digunakan untuk menentukan sama ada segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan akan dapat mencapai objektif yang ditentukan atau tidak. Menurut Gay (1985) , penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai . Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid bagi setiap tajuk yang diajar. Ianya sejenis ujian tak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran murid di dalam kelas semasa waktu pelajaran secara individu, kumpulan atau kelas. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, kuiz, latihan yang diberikan oleh guru dan ujian mingguan. Melalui penilaian formatif, guru

dapat mengesan penguasaan dan kemajuan muridnya dan dapat membaiki kelemahan murid dengan serta-merta. Penilaian sumatif pula ialah suatu jenis ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan. Biasanya ujian sumatif dibuat selepas guru mengajar beberapa unit pembelajaran, pada akhir pengajaran, akhir penggal dan akhir tahun. Contoh ujian sumatif ialah peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM yang dijalankan secara formal dan mengikut masa yang ditetapkan. Tujuannya ialah untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Pada pendapat saya, penilaian berbentuk formatif adalah lebih berkesan kerana ia dinilai sepanjang proses pembelajaran murid dan kita dapat melihat dan memantau kefahaman murid pada masa itu juga atau serta-merta. Kita juga dapat mengetahui sama ada objektif yang ditentukan tercapai atau tidak dan guru boleh mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahan murid. 29 Nov 2011 09:07:52 PM Forum 4 Saya bersetuju dengan pendapat anda bahawa ujian formatif lebih baik daripada ujian sumatif. Ujian formatif adalah ujian yang dijalankan sepanjang masa. Setelah selesai sesuatu topik atau kemahiran yang diajar , penilaian boleh dibuat melalui latihan-latihan yang diberikan dengan serta-merta.Guru dapat mengesan pencapaian dan kelemahan murid dengan lebih cepat.Murid yang tidak menguasai atau lemah akan diberi bimbingan dan pemulihan oleh guru dengan segera.Guru juga boleh mengubahsuai atau menukar teknik pengajaran sekiranya murid tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dalam tajuk yang diajar. Ujian formatif dijalankan secara tidak formal melibatkan individu atau berkumpulan. Keadaan ini berbeza bagi ujian sumatif yang dijalankan secara formal dan selaras. Penilaian formatif lebih mudah dan tidak memerlukan kos dan boleh dijalankan pada bila-bila masa. Penilaian sumatif memerlukan kos yang tinggi kerana soalan yang selaras perlu disediakan atau dibeli. Penilaian formatif ini juga boleh menjadi pengukur tahap penguasaan murid sebelum menjalani ujian sumatif contohnya peperiksaan setengah dan akhir tahun, UPSR dan sebagainya 02 Dec 2011 12:08:29 AM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF

Forum 4 Pada setiap akhir pelajaran, penilaian perlu dijalankan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan murid serta keberkesanan pengajaran guru . Pada pendapat saya kedua-dua penilaian ini mempunyai matlamatnya tersendiri. Ujian formatif dijalankan secara berterusan dan sepanjang masa P&P dijalankan. Jika murid mengalami masalah guru perlu membaiki kelemahan murid serta-merta dengan mengulang semula topik yang menimbulkan kesulitan kepada murid.Contoh ujian formatif adalah ujian ringkas,kuiz, dan kerja rumah bagi mengetahui kebolehan murid.Ujian sumatif pula dijalankan pada hujung bulan, setengah dan akhir tahun.Ujian ini bertujuan mengenal pasti pencapaian murid untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian atau pensijilan.Contohnya ialah peperiksaan akhir tahun atau UPSR,PMR,SPM dan STPM. Ujian sumatif tidak perlu diketepikan kerana ujian ini juga penting kerana akan digunakan untuk pemilihan ke sekolah berasrama penuh dan pusat pengajian tinggi. Ibu bapa masa kini juga lebih mementingkan ujian sumatif

daripada formatif. Justeru,kedua-dua ujian ini diperlukan,kerana kedua-duanya memberi impak yang berbeza. 02 Dec 2011 12:33:44 AM ROSMAWATI BINTI MOHAMAD YUSOF Forum 4 Saya amat bersetuju dengan penjelasan dan huraian yang anda berikan tentang tujuan ujian formatif dan sumatif diadakan. Pada pendapat saya , ujian formatif adalah lebih baik kerana penilaian yang dibuat adalah untuk mengetahui maklumbalas daripada apa yang diajar dan dipelajari untuk menentukan tahap kefahaman dan pencapaian murid terhadap sesuatu topik yang dipelajari.Ujian ini dapat mengesan kelemahan dan kekuatan murid serta keberkesanan pengajaran guru dengan cepat dan serta-merta. Ujian ini dijalankan sepanjang masa dan berterusan di dalam kelas secara individu atau kumpulan. Ujian boleh berbentuk ujian ringkas, soal-jawab, kuiz, latihan bertulis, latihan membaca, congak, ataupun kerja rumah.Setelah mendapat maklumbalas, guru boleh membuat penambahbaikan dan mengatur strategi baru untuk membaiki kelemahan murid tanpa menunggu sesuatu pembelajaran itu selesai. Melalui ujian ini, guru dapat memastikan murid akan dapat menguasai tajuk dan kemahiran yang diajar sebelum beralih kepada tajuk berikutnya. Seterusnya, guru dapat merancang objektif yang akan dicapai dan stra