rancangan pengajaran harian prasekolah

Upload: jac

Post on 03-Mar-2016

55 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

rancangan pengajaran harian prasekolah tema Perayaan Hari Raya

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH / HARI : 31 Julai 2015 (Jumaat) TEMA : Hari Raya Aidilfitri SUB TEMA : Kad Ucapan Hari RayaMASA / SLOT DAN MODUL (TERAS / BERTEMA)Nyatakan bahasaTUNJANG DAN STANDARD KANDUNGANSP DAN OBJEKTIF ISI / AKTIVITI / STRATEGI(Gunakan aktiviti kumpulan di mana sesuai)BAHAN / CATATAN

0730 0740 (10 MINIT)RUTIN PAGI (BM) Berkumpul, merekod kehadiran, menyanyikan lagu kebangsaan (Lagu Negaraku & Lagu Ibu Pertiwiku) Melafazkan ikrar, menyatakan hari dan tarikh serta cuaca.BAHAN : CD lagu.

0740 0800 (20 MINIT)PERBUALAN PAGI (BM)Bahasa Malaysia Standard kandungan :BM 1.1Mendengar dengan penuh perhatian

Standard Pembelajaran BM 1.1.13 Mendengar dan memberi respons terhadap perbualan, permintaan, cerita, lagu

Objektif : Beberapa orang kanak-kanak dapat mendengar dan memberi respon dalam perbualan pagi bersama guru. PERMULAAN : Guru menunjukkan gambar sebagai bahan rangsangan perbualan dan soal jawab. PERKEMBANGAN (LANGKAH PENGAJARAN) :1. Kanak-kanak memberi respon terhadap gambar yang ditunjukkan. 2. Kanak-kanak mendengar dengan baik soal yang diberikan guru. 3. Guru menyoal kanak-kanak berdasarkan gambar yang ditunjukkan. PENUTUP : Kanak-kanak dibimbing membuat kesimpulan akan topik perbualan mereka iaitu mengenai Hari Raya. TRANSISI : Kanak-kanak menyanyi lagu 1 labah-labah. KESEPADUAN TUNJANG : Pendidikan Moral Kemanusiaan PSA : Perayaan hari raya KEMAHIRAN BERFIKIR : Mengenal pasti FOKUS MI : Bahasa NILAI : Hormat menghormati BAHAN BANTU : Kad bergambar KOSA KATA : Hari raya aidilfitri

0800 0840 (40 MINIT)MODUL ASAS AKTIVITI LUAR (BM)Perkembangan Fizikal dan Estetika Standard kandungan :PFK 1.2 Melakukan kemahiran kordinasi mata tangan adalam perkembangan kemahiran motor halus.Standard Pembelajaran :PFK 1.2.12Menuang air dari jug ke dalam bekas pelbagai bentuk.

Objektif :Beberapa orang kanak-kanak dapat menuang air dari jug ke dalam bekas dengan baik. PERMULAAN : Guru memberi penerangan kepada kanak-kanak akan aktiviti yang akan mereka jalani. PERKEMBANGAN (LANGKAH PENGAJARAN) :1. Kanak-kanak berdiri dalam kumpulan di tempat yang telah ditetapkan oleh guru. 2. Kanak-kanak akan membawa jag ke bahagian yang guru tetapkan. 3. Di tempat tersebut, kanak-kanak akan menuang air dari jag ke dalam beberapa bekas seperti mangkuk dan botol air mineral. 4. Kanak-kanak bergilir mengisi air mengikut ahli kumpulan masing-masing sehingga bekas penuh. PENUTUP : Guru dan murid membuat rumusan aktiviti mereka pada hari tersebut. Rumusan dari aktiviti tersebut ialah, permukaan bekas yang besar lebih mudah dituang air iaitu mangkuk berbanding permukaan bekas yang kecil iaitu botol. TRANSISI : Kanak-kanak menyanyi lagu 1 labah-labah. KESEPADUAN TUNJANG : Pendidikan Moral Ketrampilan diri Sains dan teknologi Komunikasi bahasa Malaysia PSA : Menuang air KEMAHIRAN BERFIKIR : Membanding bezaFOKUS MI : Kinestetik NILAI : Kerjasama BAHAN BANTU : Baldi Jug air Botol mineral kecil Mangkuk KOSA KATA : Hari raya aidilfitri

0840 0920 (40 MINIT)MODUL BERTEMA SOSIOEMOSI (BM)Sosioemosi Standard Kandungan :PSE 3.1 Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain

Standard Pembelajaran :PSE 3.1.6 Menyatakan kelainan dan kepelbagaian keperluan dalam masyarakat seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain

Objektif : Beberapa kanak-kanak dapat menyatakan makanan dan pakaian dalam masyarakat melayu yang menyambut Hari Raya Aidilfitri PERMULAAN : Guru menunjukkan video kepada kanak-kanak, Upin Ipin : Raya yang bermakna. PERKEMBANGAN (LANGKAH PENGAJARAN) :1. Berdasarkan video tersebut, guru bersoal jawab dengan kanak-kanak. 2. Kanak-kanak menyatakan makanan dan pakaian yang mereka tengok melalui video tersebut. 3. Kanak-kanak menamakan pakaian dan makanan yang dilihat. PENUTUP : Kanak-kanak dibimbing membuat rumusan berdasarkan perbincangan yang dibuat. TRANSISI : Kanak-kanak menyanyi lagu 1 Labah-labah. KESEPADUAN TUNJANG : Pendidikan Moral Kemanusiaan Komunikasi bahasa Malaysia PSA : Perayaan hari raya KEMAHIRAN BERFIKIR : Mengenal pasti FOKUS MI : Bahasa NILAI : Hormat menghormati BAHAN BANTU : Video KOSA KATA : Baju kurung, Baju melayu, Ketupat, Serunding, Rendang.

0920 0950 (30 MINIT)MODUL ASAS BAHASA MALAYSIA (BM)Bahasa Malaysia Standard Kandungan :BM 3.8Membaca ayat dalam konteks.

Standard Pembelajaran :BM 3.8.1 Membaca ayat-ayat dalam konteks dengan intonasi yang betul dengan bimbingan.

Objektif : Beberapa orang kanak-kanak dapat membaca ayat yang ditunjukkan dengan betul dengan bimbingan guru.

PERMULAAN : Guru menunjukkan kad perkataan kepada kanak-kanak. PERKEMBANGAN (LANGKAH PENGAJARAN) :1. Kanak-kanak dibimbing membaca ayat dengan bimbingan guru. 2. Kanak-kanak membaca ayat dengan bimbingan guru. 3. Kanak-kanak membaca tanpa bimbingan guru. PENUTUP : Beberapa kanak-kanak diuji untuk membaca sendirian. TRANSISI : Kanak-kanak menyanyi lagu 1 Labah-labah. KESEPADUAN TUNJANG : Pendidikan moral Kemanusiaan PSA :Mengeja suku kata KEMAHIRAN BERFIKIR : Pemerhatian FOKUS MI : Linguistik PENERAPAN NILAI : Hormat-menghormati BAHAN BANTU : Kad perkataan KOSA KATA : Hari Raya Aidilfitri, zahir, batin

0950 1020(30 MINIT)REHAT CUCI TANGAN / BERGERAK TERTIB KE TEMPAT SARAPAN / MENGAMBIL SARAPAN / BACAAN DOA / MEMPELAWA GURU DAN RAKAN MAKAN BERSAMA / MAKAN DENGAN TERTIB / DOA SELEPAS MAKAN / MENYIMPAN ALATAN MAKAN / MENCUCI TANGAN / MEMBERUS GIGI / AKTIVITI BEBAS.

1020 1120(60 MINIT)MODUL ASAS (BM)Bahasa Malaysia Standard kandungan :BM 4.2 Menguasai kemahiran menulis.Standard Pembelajaran :BM 4.2.7 Menyalin ayat dengan cara yang betul Objektif :Beberapa orang kanak-kanak dapat menyalin ayat yang ditunjukkan oleh guru dengan betul. PERMULAAN : Guru menyusun kad perkataan yang dibaca sebelum rehat di papan putih. PERKEMBANGAN (LANGKAH PENGAJARAN) :1. Kanak-kanak membaca kad perkataan tersebut sekali lagi. 2. Guru memberikan lembaran kerja kepada kanak-kanak. 3. Dalam lembaran kerja diberikan, kanak-kanak akan menyalin ayat yang mereka baca. 4. Kanak-kanak mewarnakan gambar yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut selepas selesai menyalin perkataan. PENUTUP : Kanak-kanak menghantar lembaran kerja kepada guru dan kanak-kanak membaca sekali lagi ayat yang mereka salin tanpa bimbingan. TRANSISI : Kanak-kanak menyanyikan lagu 1 Labah-labah. KESEPADUAN TUNJANG : Pendidikan Moral Kemanusiaan Komunikasi bahasa Malaysia PSA : Menyalin suku kata KEMAHIRAN BERFIKIR : Pemerhatian FOKUS MI : LinguistikNILAI : Hormat menghormati BAHAN BANTU : Video KOSA KATA : Hari Raya Aidilfitri, zahir, batin

1120 11300 (10 MINIT)REFLEKSI REFLEKSI PEMBELAJARAN : Murid mengimbas kembali aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut. Murid menyatakan perasaan mereka dalam melaksanakan aktiviti.RUMUSAN : Murid dibimbing membuat rumusan pembelajaran mereka pada hari tersebut. Kesimpulan, perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat islam dengan penuh kemeriahan.

REFLEKSI KENDIRI

ULASAN GURU / PENSYARAH PEMBIMBING

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DILAKSANAKAN SECARA BERPASANGAN