rancangan mengajar bahasa melayu (pembelajaran masteri)

7
RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU Tarikh: 10 Februari 2009 Masa: 60 minit Tahun: 6 Mutiara Bilangan murid: 30 orang Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema/Tajuk: Guru Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 : i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca. Fokus Sampingan: 10.1 Menghasikan pelbagai genre (prosa dan puisi ) termasuk e-mel yang mudah ,menarik dan bermakna. Aras 3 : i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan 1

Upload: siti-nurdiyana

Post on 24-Jun-2015

1.508 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Mengajar Bahasa Melayu (Pembelajaran Masteri)

RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Tarikh: 10 Februari 2009

Masa: 60 minit

Tahun: 6 Mutiara

Bilangan murid: 30 orang

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tema/Tajuk: Guru

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara

yang dibaca.

Aras 2 :

i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang

betul.

ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.

Fokus Sampingan:

10.1 Menghasikan pelbagai genre (prosa dan puisi ) termasuk

e-mel yang mudah ,menarik dan bermakna.

Aras 3 :

i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan

kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan

menarik.

Objektif:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang

betul.

2. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca

dengan tepat.

1

Page 2: Rancangan Mengajar Bahasa Melayu (Pembelajaran Masteri)

3. Menghasilkan puisi dengan menggunakan bahasa yang

tepat dan menarik.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa : sintaksis – susunan ayat, iaitu susunan ayat biasa

dan songsang.

Sebutan dan intonasi

Kosa kata: keringat, bergema, cemerlang.

Pengisian Kurikulum:

Ilmu - muzik

Nilai - kepatuhan, kerjasama, berdikari.

Teknik - perbincangan kumpulan, bacaan mekanis.

Kemahiran Berfikir - menjana idea

Kecerdasan Pelbagai - interpersonal, intrapersonal, verbal

linguistik, muzik, kinestatik.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Pembelajaran Konstruktivisme - bina pemahaman dan

pengetahuan berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman

sedia ada

Bahan Bantu Mengajar:

Video klip lagu guru, teks sajak, lembaran kerja, lirik lagu, kertas

sebak, pen marker, komputer riba, LCD, layar skrin.

Pengetahuan Sedia Ada Murid:

Murid pernah mendengar atau membaca teks prosa dan puisi

menerusi media cetak atau elektronik.

2

Page 3: Rancangan Mengajar Bahasa Melayu (Pembelajaran Masteri)

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi(5 minit)

Tayangan video klip lagu “Lilin Seorang Guru” :

Soalan :1. Apakah yang

dimaksudkan lilin membakar diri?

2. Apakah jasa dan pengorbanan guru yang cuba disampaikan melalui lagu tersebut?

1. Murid mendengar dan membaca lirik lagu berjudul “Lilin Seorang Guru” nyanyian kumpulan In-Team.

2. Murid melihat video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti dan menyanyikan lagu tersebut bersama-sama beserta gaya.

3. Murid bersoal jawab dengan guru tentang perkataan-perkataan yang tidak difahami daripada klip video yang dipertontonkan.

4. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang disampaikan melalui lagu tersebut.

Bahan bantu:Video, lirik lagu, laptop, LCD, layar skrin.

KBT :1)kecerdasan pelbagai: muzik, kinestatik.2)kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Langkah 1(20minit)

Kemahiran membaca sajak ”Terima Kasih Cikgu” mengikut sebutan dan intonasi yang betul.

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

2. Murid merujuk dan meneliti sajak ‘Terima Kasih Cikgu’ yang diedarkan oleh guru.

3. Murid diminta membaca sajak tersebut secara senyap (individu).

4. Setiap kumpulan akan membacakan rangkap sajak yang berbeza mengikut turutan.

5. Wakil daripada setiap kumpulan diminta mendeklamasikan sajak di hadapan kelas dengan menggunakan sebutan dan intonasi

Bahan bantu:Teks sajak bertajuk “Terima Kasih Cikgu”

Teknik:Bacaan mekanis

Nilai:Kepatuhan

KBT:Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik, intrapersonal

3

Page 4: Rancangan Mengajar Bahasa Melayu (Pembelajaran Masteri)

yang betul.6. Guru memberi bimbingan dan

membetulkan kesilapan (jika ada).

Langkah 2(15 minit)

Perbincangan kumpulan: mengenal pasti maklumat penting yang terdapat dalam teks sajak.

1. Dalam kumpulan yang sama, murid diminta berbincang untuk mengenal pasti maklumat penting yang terdapat dalam teks sajak tersebut.

2. Guru mengedarkan kertas sebak dan pen marker kepada setiap kumpulan.

3. Setiap kumpulan diminta menulis maklumat yang diperolehi pada kertas sebak tersebut.

4. Apabila tamat perbincangan, setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

BBM: kertas sebak dan pen marker

Nilai: kerjasama

Teknik: perbincangan kumpulan

KBT: 1)kemahiran berfikir2)kemahiran belajar cara belajar

Langkah 3(15 minit)

Tatabahasa: susunan ayat (biasa dan songsang)

Struktur sajak

1. Guru menjelaskan secara ringkas mengenai susunan ayat (biasa dan songsang) yang telah dipelajari sebelum ini untuk diaplikasikan dalam penulisan sajak.

2. Struktur sajak turut diperjelas secara ringkas.

3. Murid diminta menghasilkan sajak pendek berdasarkan tema guru menggunakan susunan ayat dan struktur sajak yang telah diterangkan tadi.

4. Secara rawak, beberapa orang

nilai-berdikari

KBT: 1)kemahiran berfikir-Menjana idea2)kecerdasan pelbagai3)pembelajaran konstruktivisme

4

Page 5: Rancangan Mengajar Bahasa Melayu (Pembelajaran Masteri)

murid dipilih untuk mendeklamasikan sajak mereka dihadapan rakan-rakan.

5. Guru memberi bimbingan dan membetulkan kesilapan (jika ada).

Penutup(5 minit)

Rumusan: Kognitif dan sosial.

Aktiviti susulan: latihan

1. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk dilaksanakan di rumah.

3. Sebelum mengakhiri pembelajaran, murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ”Lilin Seorang Guru”.

BBM: Lembaran kerja

Refleksi:

5