pt3 sivik

14
BAHAGIAN A Arahan : Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat. 1 Apakah kepentingan perkembangan potensi diri? A Membolehkan seseorang mencapai kejayaan dan kecemerlangan B Membuatkan seseorang individu dihormati dan disegani C Meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan hidup seseorang D Meningkatkan taraf hidup seseorang 2 Apakah kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah? I Dapat memupuk semangat bekerjasama II Dapat melatih diri menghadapi cabaran III Dapat membina hubungan sosial yang positif IV Dapat mengetahui kelemahan rakan-rakan A I, II dan III C I, III dan IV B I, II dan IV D II, III dan IV 3 Mengapakah kita perlu memberikan sokongan kepada pasukan sekolah yang menyertai sesuatu pertandingan? A Untuk memeriahkan suasana pertandingan B Untuk meniupkan semangat pasukan sekolah agar bermain dengan lebih baik C Untuk memberi komen yang negatif selepas permainan D Untuk membawa rakan-rakan ke tempat pertandingan 4 Halim tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam. Apakah tindakan yang sewajarnya Halim ambil? A Memberitahu rakan karib B Tidak memaklumkan kepada pihak sekolah C Memaklumkan kepada pihak sekolah dan memberikan surat akuan doktor

Upload: suhainiza

Post on 25-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: pt3 sivik

BAHAGIAN A

Arahan :Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Apakah kepentingan perkembangan potensi diri?A Membolehkan seseorang mencapai kejayaan dan kecemerlanganB Membuatkan seseorang individu dihormati dan diseganiC Meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan hidup seseorangD Meningkatkan taraf hidup seseorang

2 Apakah kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah?I Dapat memupuk semangat bekerjasamaII Dapat melatih diri menghadapi cabaranIII Dapat membina hubungan sosial yang positif IV Dapat mengetahui kelemahan rakan-rakanA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

3 Mengapakah kita perlu memberikan sokongan kepada pasukan sekolah yang menyertai sesuatu pertandingan?A Untuk memeriahkan suasana pertandinganB Untuk meniupkan semangat pasukan sekolah agar bermain dengan lebih baikC Untuk memberi komen yang negatif selepas permainanD Untuk membawa rakan-rakan ke tempat pertandingan

4 Halim tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam. Apakah tindakan yang sewajarnya Halim ambil?A Memberitahu rakan karibB Tidak memaklumkan kepada pihak sekolahC Memaklumkan kepada pihak sekolah dan memberikan surat akuan doktorD Mendiamkan diri sehingga ditanya oleh guru

5 Antara berikut menerangkan kebaikan sikap sahsiah positif pelajar kepada sekolah, kecualiA sekolah menjadi tempat yang selesa untuk belajarB dapat memupuk budaya penyayang C menaikkan imej sekolahD budaya ilmu dapat dikekalkan dalam kalangan pelajar

Page 2: pt3 sivik

6 Amalan memelihara dan memulihara alam sekitar bertujuan untukA menjaga kesihatan diri manusiaB mengekalkan keseimbangan ekosistemC mencantikkan sesuatu kawasanD menyokong kempen memelihara alam

sekitar yang dianjurkan oleh kerajaan

7 Antara berikut, yang manakah merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh pelajar yang ingin menjaga dan menaikkan imej sekolah?A Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolahB Mengamalkan nilai-nilai murniC Menghormati bakat dan pendapat pelajar lainD Merosakkan harta benda sekolah

8 Seseorang itu boleh menunjukkan perasaan sayang terhadap anggota keluarga mereka dengan caraI cuba memenuhi keperluan merekaII meraikan hari-hari istimewa bersama-samaIII mengucapkan kata-kata yang menunjukkan perasaan sayang IV memanggil ahli keluarga dengan panggilan yang tidak sopanA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

Kita mestilah bertindak positif apabila menghadapi masalah

9 Yang manakah tindakan positif yang boleh kita ambil?A Memendam masalah di dalam hatiB Meluahkan masalah kepada guru kaunselingC Menceritakan masalah yang dihadapi kepada semua rakanD Tidur sepanjang hari

10 Antara berikut, yang manakah menunjukkan sikap kasih sayang terhadap keluarga?

I Memasang radio dengan kuat ketika ibu sedang sembahyangII Menutup suis kipas di bilik kakak selepas menggunakannyaIII Menolong ibu menyediakan hidangan makan malam IV Membantu adik menyiapkan projek GeografiA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

Page 3: pt3 sivik

11 Mengapakah cerita rakyat amat berguna kepada golongan remaja?A Ceritanya banyak berkaitan dengan kehidupan golongan remajaB Mengandungi banyak nasihat dan pengajaran yang dapat dijadikan tauladanC Ceritanya dapat menghiburkan merekaD Terdapat banyak isu-isu semasa yang dipaparkan

• Menyayangi alam sekitar

• Mengekalkan keaslian alam sekitar

12 Apakah yang boleh dikaitkan dengan sikap di atas?A Program pokokB Menceriakan kawasan sekolahC Kelestarian alam sekitarD Program gotong-royong di peringkat kampung

13 Apakah prinsip-prinsip yang menjadi dasar dalam pembentukan kerajaan demokrasi?I Ketelusan dalam pemerintahanII Warganegara yang patriotikIII Hak asasi individu termaktub dalam Perlembagaan Negara IV Amalan kepelbagaian kaum dalam masyarakatA I dan II C I, II dan IIIB II dan III D Semua di atas

14 Kesedaran sivik dalam kalangan remaja dapat diterapkan melaluiI bacaan yang meluasII pendidikan ibu bapa di rumahIII pemerhatian dan kesedaran dalam diri IV proses pembelajaran di sekolahA I dan II C I, II dan IIIB II dan III D Semua di atas

15 Semua yang berikut menggambarkan sikap menghormati golongan kurang upaya, kecualiA Ravi membawa abangnya yang buta bersiar- siar di pantaiB Kelvin meletakkan keretanya di kawasan yang dikhaskan untuk orang kurang upayaC SMK Jelawat mengadakan lawatan sambil beramal ke rumah orang-orang tuaD Tania mengambil makanan untuk diberikan kepada rakannya yang buta

Page 4: pt3 sivik

16 Antara berikut, yang manakah merupakan cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi oleh generasi muda dalam mengekalkan kesejahteraan rakyat?I Kesedaran sivikII Kelestarian alam sekitarIII Empati kepada golongan kurang upaya IV Jati diriA I dan II C I, II dan III B II dan III D Semua di atas

• Bersatu padu• Hormat-menghormati• Persekitaran yang bersih dan selamat

17 Pilih pernyataan yang berkaitan dengan nilai di atas?A Masyarakat akan bersaing antara satu sama lainB Nilai di atas tidak berkaitan dengan golongan remajaC Dapat mewujudkan masyarakat yang sejahteraD Nilai di atas sukar diamalkan

18 Yang berikut merupakan contoh perbuatan yang menggambarkan semangat kejiranan, kecualiA Haris tidak bertegur sapa dengan Encik Lim yang tinggal berjiran dengannyaB Rasyid melibatkan diri dalam kegiatan

gotong-royong yang diadakan di kawasan perumahannyaC Puan Zainab menziarahi jirannya yang sakit di hospitalD Liyana menyertai hari keluarga yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan

tamannya 19 Antara berikut, yang manakah menunjukkan kesedaran sivik yang kurang dalam kalangan

masyarakat? I Merokok di tempat awamII Merosakkan peralatan di taman rekreasiIII Membuang sampah di merata-rata tempat IV Meletakkan gagang telefon awam dengan baik selepas menggunakannyaA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

20 Hasrat untuk mewujudkan budaya sekolah dalam taman boleh dicapai sekiranya

Page 5: pt3 sivik

I Program Mentor-mentee diwujudkanII kempen warga sekolah penyayang diadakanIII program kitar semula dijalankan IV persekitaran sekolah bersih dan ceriaA I dan II C I, II dan IIIB III dan IV D Semua di atas

21 Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengetengahkan cerita rakyat kepada masyarakat umum?I Membukukan cerita-cerita rakyat pelbagai kaumII Memfilemkan cerita rakyat pelbagai kaumIII Memaksa ibu bapa membelikan sebuah buku cerita rakyat kepada anak-anak mereka IV Mengadakan pertandingan menyampaikan cerita rakyat di sekolahA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

22 Antara berikut merupakan tanggungjawab ibu bapa, kecuali A memberikan kasih sayang dan tauladan yang baik kepada anak-anakB memberikan pendidikan kepada anak-anakC menyediakan tempat tinggal untuk keluargaD menuruti semua kehendak anak-anak walaupun tidak berkemampuan

23 Apakah faktor utama yang mempengaruhi kesihatan mental?I Persekitaran

II Ciri-ciri khusus individuIII Disiplin diri IV Peristiwa dalam hidupA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

Pelajar Tingkatan 1 Jingga mengadakan kutipan derma bagi membeli sepasang kaki palsu untuk Azlan yang baru ditimpa kemalangan.

24 Pernyataan di atas berkaitan denganA jati diriB kesedaran sivikC perasaan empatiD kelestarian alam sekitar

25 Kita boleh menjaga kelestarian alam sekitar dengan cara

Page 6: pt3 sivik

I mengitar semula bahan buangan seperti kaca, kertas dan plastikII membuang sampah di tempat yang disediakanIII menggunakan barangan yang mengandungi klorofluorokarbon (CFC) IV menjalankan proses penghutanan semulaA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

Kita tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah

26 Apakah tajuk cerita rakyat berdasarkan pengajaran di atas?A Nakhoda TanggangB Burung Layang-layangC Sang Kancil Menjadi HakimD Ahli Sihir yang Angkuh

27 Potensi diri boleh didefinisikan sebagaiA gambaran fizikal seseorangB identiti diri yang sukar dicapaiC bakat, kebolehan dan kekuatan yang ada dalam diri seseorangD gambaran keseluruhan tentang seseorang dan matlamat hidup yang ingin dicapainya

28 Antara hak-hak golongan kurang upaya ialahI mengundiII bersuaraIII mendapatkan pendidikan IV hidup aman dan damaiA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D Semua di atas

29 Antara berikut, manakah merupakan pernyataan yang menggambarkan masyarakat yang

sejahtera? A Kemudahan infrastruktur hanya tertumpu di kawasan bandarB Bantuan kemanusiaan untuk mangsa bencana alam sukar diperoleh di kawasan luar

bandarC Kemudahan awam diberikan kepada kaum tertentu sahajaD Setiap kaum bebas menganut agama masing-masing

30 Antara berikut, yang manakah merupakan amalan nilai-nilai murni bagi membentuk masyarakat yang sejahtera?

Page 7: pt3 sivik

I BekerjasamaII Bersatu paduIII Hormat-menghormati IV Mementingkan diri sendiriA I, II dan III C I, III dan IVB I, II dan IV D II, III dan IV

BAHAGIAN B

1 Jawab soalan-soalan di bawah ini.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat lestari? _____________________________________________________________________

(2 markah)(b) Apakah perkara-perkara untuk membentuk masyarakat lestari alam?

______________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(2 markah)(c) Nyatakan dua kepentingan melestarikan alam sekitar.

(i)

______________________________________________________________________

(ii)

______________________________________________________________________

Page 8: pt3 sivik

(4 markah)(d) Senaraikan dua cabaran tentang alam sekitar pada masa kini.

(i)

______________________________________________________________________(ii)

______________________________________________________________________

(4 markah)

2 Lengkapkan jadual di bawah dengan kesan dan langkah mengatasi pencemaran alam sekitar yang berikut.

(12 markah)

3 Baca situasi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Page 9: pt3 sivik

(a) Ayah Amira lumpuh setelah terlibat dalam satu kemalangan. Meskipun tidak

berupaya melakukan kerja, namun Amira tetap melayan ayahnya dengan baik.

(i) Apakah nilai yang ada pada Amira?

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

(2 markah

(ii) Mengapakah kita perlu menghormati golongan kurang upaya?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________ (3

markah)

(b) Hasrul berasal daripada keluarga miskin. Walaupun begitu, dia tidak pernah

menjadikan perkara tersebut sebagai alasan untuk dia berjaya dengan cemerlang

dalam pelajaran. Kini dia telah menjadi seorang usahawan yang berjaya.

(i) Apakah nilai yang dimiliki oleh Hasrul?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

(2 markah)

(ii) Nyatakan satu halangan yang mungkin dialami oleh Hasrul sebelum dia berjaya

mencapai kejayaan dan cara Hasrul mengatasi halangan tersebut.

______________________________________________________________________

Page 10: pt3 sivik

______________________________________________________________________

(3 markah)

4 Nyatakan sekiranya pernyataan berikut menunjukkan amalan

demokrasi dan nyatakan sekiranya pernyataan berikut tidak

menunjukkan amalan demokrasi.

(a) Azman menampar Siva kerana menyangkal pendapatnya tanpa

memberi peluang kepada Siva menyatakan alasannya.

(b) Pemilihan Razil sebagai ketua pelajar telah dirancang oleh

rakan-rakan rapatnya terlebih dahulu.

(c) Mesyuarat Agong Persatuan Sejarah dibuat untuk memilih ahli

jawatankuasa mengikut suara majoriti.

(d) Ramesh berkawan rapat dengan Fazly dan Chee Kiat walaupun

mereka berlainan kaum.

(e) Ketua pelajar dipilih daripada kaum tertentu sahaja.

(f) Sebagai Pengerusi Persatuan Geografi, Danial menerima

pendapat rakan-rakannya dalam mesyuarat itu.

(6 markah)