sekolah saya sivik

24
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI SiviK Tajuk: Sekolah Saya Nama: Siti Nor Shafiqah Binti Abu Bakar. Tingkatan: 1 Elite 3. Nama Guru: Encik Mazlan.

Upload: fathi-idraki

Post on 26-Jun-2015

5.386 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sekolah saya sivik

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI

SiviK

Tajuk: Sekolah SayaNama: Siti Nor Shafiqah Binti Abu Bakar.

Tingkatan: 1 Elite 3.

Nama Guru: Encik Mazlan.

Page 2: sekolah saya sivik

Sejarah penubuhan.

Sekolah ini dimulakan pada tahun 1963 di sebuah banggunan dua tingkat yang sekarang digunakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2.Kelas aliran Melayu ini sebenarnya bermula di Sekolah Menengah Ibrahim,Sungai Petani pada tahun 1959.Pemindahan separuhnya berlaku pada tahun 1964 dengan pelajar-pelajar seramai 400 orang dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dengan 21 orang guru.

Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petani sehingga dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari,Menteri Pendidikan ketika itu,6hb Mei 1965 ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari.

Pada tahun 1969,2 kelas Tingkatan 4 aliran Sains diadakan.Pada tahun 1970, bilangan pelajar Sains bertambah, masalah tempat tinggal pelajar timbul.Ini dapat diatasi dengan kerjasama Sekolah Menengah Ibrahim dan Sekolah Menengah Che Tom yang telah dapat menampung seramai 80 orang pelajar.Pada tahun 1971,bilangannya meningkat dengan keadan yang mendesak,asrama sementara dibuka bertempat di sebuah banggunan yang asalnya Sekolah Melayu Sungai Petani dengan penghuninya seramai 40 orang.

Banggunan Asrama Puteri yang ada sekarang digunakan pada tahun 1972. Penghuni perempuan di tingkatan atas, manakala penghuni lelaki di tingkatan tengah dan bawah. Jumlahnya ialah 130 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan yang terdiri daripada tingkatan 4, 5 dan 6. Pelajar-pelajar lelaki dipindahkan ke blok 3 tingkat yang baru pada tahun 1986. Kelas tingkatan 6 Rendah Sastera bermula pada tahun 1971 manakala aliran Sains pula diwujudkan pada tahun 1973.

Page 3: sekolah saya sivik

Lokasi

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari,

08000 Jalan Pengkalan,

Sungai Petani,Kedah.

Pelan Sekolah.

Page 4: sekolah saya sivik

Perkembangan Fizikal dan Infrastruktur.

Sekolah ini sebagai institusi pendidikan memperlihatkan perkembangan yang pesat sejak penubuhannya.Sehingga tahun 2008 banggunan-banggunan sekolah terdiri daripada 63 bilik darjah,Bilik Pusat Sumber,Perpustakaan,Kantin,Bengkel Kemahiran Hidup,11 buah makmal Sains,Surau,Bilik Komputer,Bilik Gerakan,Bilik Bimbingan dan Kaunseling,Kedai Koperasi Sekolah,bilik Pengawas Sekolah dan Asrama Putera dan Puteri.

Kita juga mempunyai kemudahan-kemudahan padang permainan yang lengkap dengan sebuah astaka,gelanggang permainan dan Dewan Besar bagi memenuhi keperluan kegiatan-kegiatan ko-kurikulum.Sehingga kini terdapat seramai 2263 pelajar Tingktan Satu hingga Pra-Universiti yang belajar pada sesi pagi.Bagi menampung keperluan pelajar-pelajar dari kawasan luar bandar,sekolah ini dilengkapkan dengan dua buah banggunan asrama untuk lelaki dan perempuan secara berasingan.

Page 5: sekolah saya sivik

Jumlah Guru,Staf Sokongan dan Murid

Jumlah Guru : 125 orang

Jumlah Staf Sokongan : 19 orang

Jumlah Murid : Kira-kira 2500 orang

Page 6: sekolah saya sivik
Page 7: sekolah saya sivik

Visi Sekolah.

Menjadikan SMKKJ gemilang dengan jati diri

menjelang 2010.

Page 8: sekolah saya sivik

Misi Sekolah.

Beriltizam untuk mencapai kegemilangan dalam pengurusan,kurikulum,ko-

kurikulum,sahsiah pelajar,keceriaan,perpaduan dan kemesraan

antara kaum dan masyarakat melalui pemantapn pengurusan dan kepimpinan

sekolah bagi memenuhi aspirasi pelajar,agama dan negara.

Page 9: sekolah saya sivik
Page 10: sekolah saya sivik

Peraturan Sekolah.

1.Kehadiran adalah diwajibkan untuk semua murid.

2.Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah atas alasan tertentu hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah melalui surat ibu bapa/penjaga atau surat akuan doktor.

3.Bagi murid yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut tanpa apa-apa kenyataan,surat tunjuk sebabakan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga.

4.Murid yang tidak dapat mengikuti aktiviti sukan hendaklah membuktikannya dengan mengemukakan surat akuan doktor atau penjaga.

5.Seseorang murid yang keluar kelas hendaklah mendapatkan kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu.

Page 11: sekolah saya sivik

Pencapaian Sekolah Dalam Bidang Akademik

Page 12: sekolah saya sivik
Page 13: sekolah saya sivik
Page 14: sekolah saya sivik

Pencapaian Sekolah Dalam Aktiviti Ko-kurikulum

Page 15: sekolah saya sivik
Page 16: sekolah saya sivik
Page 17: sekolah saya sivik
Page 18: sekolah saya sivik

Sumbangan Saya Untuk Merealisasikan Hasrat Sekolah

Mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Khir

Johari dengan mencapai prestasi yang baik dalam ko-kurikulum

dan kurikulum.

Page 19: sekolah saya sivik

Harapan Saya Terhadap Sekolah SMKKJ

Semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari menjadi sekolah contoh di Kedah dan seterusnya di Malaysia.

Page 20: sekolah saya sivik
Page 21: sekolah saya sivik

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT

Tajuk Folio 0

Isi Kandungan 1

Latar Belakang Sekolah 2,3,4,5,6&7

Visi Dan Misi Sekolah 8,9&10

Peraturan Sekolah 11&12

Pencapaian Sekolah Dalam Bidang Akademik

13,14&15

Pencapaian Sekolah Dalam Aktiviti Ko-kurikulum

16,17&18

Harapan Saya Terhadap Sekolah 19&20

Sumbangan Saya Untuk Merealisasikan Hasrat Sekolah

21&22

Page 22: sekolah saya sivik
Page 23: sekolah saya sivik