pss3114 wacana dan masyarakat dalam pengajian sosial

18
PSS3114 PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENGAJIAN SOSIAL KULIAH 4 MINGGU 10 UNIT 8 PISMP PS 1

Upload: cormac

Post on 21-Jan-2016

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL. KULIAH 4 MINGGU 10 UNIT 8 PISMP PS 1. Objektif :. Menghuraikan aspek bahasa media. Menjelaskan maksud metafora dalam bahasa media. Menjelaskan maksud retorik dalam bahasa media. Menjelaskan maksud sensasi dalam bahasa media. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

PSS3114PSS3114WACANA DAN WACANA DAN

MASYARAKAT DALAM MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIALPENGAJIAN SOSIAL

KULIAH 4 MINGGU 10 UNIT 8 PISMP PS 1

Objektif:Objektif:Menghuraikan aspek bahasa media.Menjelaskan maksud metafora dalam

bahasa media.Menjelaskan maksud retorik dalam

bahasa media.Menjelaskan maksud sensasi dalam

bahasa media.Memberikan contoh metafora, retorik

dan sensasi dalam media.Menganalisiskan penggunaan setiap

bahasa media dalam setiap artikel media.

MetaforaMetafora

(métafora) pemakaian kata kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan); memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg metafora.

-Kamus Dewan, Edisi Ke-4

MetaforaMetafora

Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras sastera yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti simile.

Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpamakannya.

Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat. Contoh:◦ Perempuan itu burung murai, kuat berleter

….◦ Perasaannya api yang menyala ….◦ Kata adalah pedang tajam

RetorikRetorik

1. Kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertuturan;

2. Seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato;

3. Pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar;

-Kamus Dewan, Edisi Ke-4

RetorikRetorik

4. Berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar:

Kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya bercakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput;

Dia menyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg digunakan;

-Kamus Dewan, Edisi Ke-4

RetorikRetorik

Soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar:

Pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~;

Kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat.

-Kamus Dewan, Edisi Ke-4

DEFINISI RETORIKRetorik ialah teknik penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan yang mengandung aspek tatabahasa yang betul,selain penggunaan bahasa yang baik dalam penyampaian idea. Menurut Kamus Dewan (1996: 1135), retorik ialah seni penggunaan bahasa indah untuk menarik pemikiran pendengar. Justeru, ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai cara untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca.

JENIS-JENIS RETORIKi. Pemerian Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk

penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.

ii. Pemujukan Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi

pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan.

iii. Penerangan Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara

dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.

iv. Penceritaan Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama

ada dalam penulisan mahupun lisan. v. Pendedahan Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap

atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan.

vi. Penghujahan Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek.

Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan yang bersifat akademik.

PRINSIP-PRINSIP RETORIKi. Pemerian Dilakukan secara objektif, tepat dan jelas. Menghasilkan gambaran yang realistik. Bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun. Lazimnya, mengandung tiga bahagian, iaitu

pendahuluan, huraian dan kesimpulan. Bersifat deskriptif dan informatif.ii.Pemujukan Menggunakan bahasa yang manis, menarik dan

mementingkan kehalusan bahasa. Menggunakan aspek bahasa psikologi. Wujud pemujukan rasional (melibatkan penghujahan)

dan tidak rasional (melibatkan emosi).iii. Penerangan Penggunaan gaya bahasa, intonasi dan nada menarik. Penggunaan bahasa formal dengan pemilihan diksi yang

tepat dan makna yang jelas dan bernas supaya pembaca atau pendengar memahami maklumat yang disampaikan.

Maklumat boleh disampaikan secara lisan ataupun tulisan.

iv. PenceritaanMengandung pendahuluan, perkembangan dan

peleraian.Bersifat imaginatif.Wujud sedikit kebebasan tatabahasa kerana

bercirikan ekspresi.v. PendedahanAda takrifan yang disertai contoh dan

perbandingan.Penghuraian sesuatu topik adalah secara

objektif.Menggunakan teknik pentakrifan dan

pencerakinan.vi. PenghujahanMemerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan

pendapat yang dikemukakan.Pendapat dikemukakan dengan bukti konkrit

dan jelas.Teknik penyampaian adalah secara deduksi dan

induksi.

MAKNA DALAM RETORIKPemerian Contoh: Harga asal buku itu ialah RM50.00. Harga selepas diskaun

ialah RM25.00. Paparan retorik pada ayat berkenaan adalah objektif dan jelas.Pemujukan Contoh: Kami menawarkan diskaun paling hebat dan perkhidmatan

mesra pembeli. Silalah berkunjung ke kedai kami. Retorik tersebut menunjukkan kehalusan bahasa.Penerangan Contoh: Salam bahagia kepada semua penumpang penerbangan

AA4444. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda kerana memilih Syarikat Penerbangan Cepat. Kami akan memaklumkan masa penerbangan yang baharu sebentar lagi. Sesungguhnya, kami menghargai kesabaran anda. Sekian untuk makluman dan terima kasih.

Retorik tersebut yang menggunakan penerangan berasaskan nada yang menarik dan berintonasi supaya dapat mengelak atau mengurangkan kemarahan para penumpang kerana perubahan pada jadual penerbangan.

Penceritaan Contoh: Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi. Tiba-

tiba-tiba sahaja aku ternampak bayangan yang menyeramkan. Retorik berkenaan menarik pembaca untuk mengikuti kisah

seterusnya.Pendedahan Contoh: Mungkin rakan-rakan atau anggota keluarga anda tidak dapat

melakukan sesuatu pekerjaan tanpa membaca surat khabar terlebih dahulu. Mengapakah berlaku hal sedemikian?

Retorik berkenaan berdasarkan sesuatu bahan berita dalam akhbar boleh merangsang pembacaan. Sebelum melakukan sebarang pekerjaan, daripada pembacaan akhbar mungkin bermakna lega.

Penghujahan Contoh: Dalam pengajian peringkat universiti, perkiraan wang dan kos

menjadi keutamaan perlu. Antara perkara yang berlaku, kita tidak dapat lari daripada pelaksanaan penswastaan bagi sesebuah universiti. Walaupun begitu banyak wang perbelanjaan untuk tujuan tersebut, negara masih beruntung jika anak-anak memperoleh pendidikan di dalam negara, berbanding dengan langkah menghantar mereka ke universiti-universiti di luar negara.

Hujah daripada retorik tersebut menjurus kepada keutamaan supaya ibu bapa memilih universiti di dalam negara untuk pengajian anak-anak.

SensasiSensasi

1. sesuatu (kejadian, keadaan, dll) yg menggemparkan atau yg membangkitkan perasaan (menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu yg kuat, dsb):

~ dicarinya, ~ dilakukannya dan disebarkan-nya ke seluruh masyarakat;

-Kamus Dewan, Edisi Ke-4

SensasiSensasi

2. menimbulkan kegemparan (menjolok atau membangkitkan perasaan dll):

Berita-berita itu kebanyakan-nya tersiar di kota Medan oleh beberapa buah majalah yg ingin menyiarkan berita-berita ~;

mensensasikan menyebabkan sesuatu per-kara (keadaan, peristiwa dsb) terutama laporan akhbar menjadi sensasi:

Akhbar memang gemar ~ tajuk sesuatu berita.

-Kamus Dewan, Edisi Ke-4

Fikir dan buat….Fikir dan buat….

Buat satu jadual ringkas tentang perbezaan ketiga-tiga aspek bahasa media (metafora, retorik dan sensasi).

Berikan contoh yang sesuai dalam media yang dapat mewakili setiap aspek bahasa media tersebut.

ISL dan TutorialISL dan TutorialBerdasarkan kumpulan yang

ditetapkan, pilih dua artikel/berita yang sesuai dalam media yang dapat mewakili setiap aspek bahasa media (metafora, retorik dan sensasi).- Berdasarkan artikel dan berita yang dipilih, justifikasikan kenapakah penulis menggunakannya dalam penulisan beliau.

Sekian,Sekian,Terima KasihTerima Kasih