pss3114 wacana dan masyarakat dalam pengajian sosial

28
PSS3114 PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL DALAM PENGAJIAN SOSIAL KULIAH 6 MINGGU 12 UNIT 8 PISMP PS 1

Upload: sophia-strong

Post on 04-Jan-2016

58 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL. KULIAH 6 MINGGU 12 UNIT 8 PISMP PS 1. Objektif :. Memahami asas pemikiran dan analisis logik. Menyatakan perbezaan pernyataan induktif dan pernyataan deduktif. Memahami kegunaan analisis wacana. Pemikiran Logik. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

PSS3114PSS3114WACANA DAN WACANA DAN

MASYARAKAT DALAM MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIALPENGAJIAN SOSIAL

KULIAH 6 MINGGU 12 UNIT 8 PISMP PS 1

Page 2: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Objektif:Objektif:Memahami asas pemikiran dan

analisis logik.Menyatakan perbezaan

pernyataan induktif dan pernyataan deduktif.

Memahami kegunaan analisis wacana.

Page 3: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Pemikiran LogikPemikiran Logik1.Pemikiran logik adalah berfikir mencari jawapan

kepada apa saja masalah/persoalan dengan menggunakan otak yang perlu membuat penaakulan (ilmu logik iaitu sains penaakulan ='science of reasoning').

2.Salah satu definisi pemikiran adalah satu proses penyelesaian masalah.Pemikiran logik adalah berfikir bagi menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat yang ada,diproses,disimpulkan dan diambil berdasarkan bukti yang betul untuk diputuskan.

3.Pemikiran logik banyak diajar di sekolah dimana guru banyak mengaitkan sesuatu alasan dalam menulis karangan,soalan matematik,membuktikan kajian dalam eksperimen dimakmal dll

Page 4: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Pemikiran LogikPemikiran Logik4.Kaedah menanamkan pemikiran logik diperingkat

persekolahan rendah dan menengah ini memberi gambaran bahawa logikal itu betul dan masyarakat menghargai logik sehingga tidak mengetahui bahawa logik itu ada kalanya ianya mempunyai kelemahan dan kecacatan.

5.Menurut sejarah,tiga orang ahli pemikir Yunanai iaitu Socrates,Plato dan Aristotle mempunyai pemikiran logik dan membawa hala tuju pemikiran iaitu mencari kebenaran dimana penilaian menjadi asas penting bagi menentukan apa yang boleh diterima ataupun yang patut ditolak.

Page 5: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Pemikiran LogikPemikiran Logik6.Menurut Irving M Copi (1986) dalam bukunya

'Introduction to Logic',pemikiran logik ialah keseluruhan proses membawa kepada keputusan melalui penaakulan yang berdasarkan bukti-bukti yang jelas dan konkrit.

7.Semua keputusan muktamad melalui pemikiran logik mesti dan hanya boleh dilakukan berdasarkan bukti yang tidak boleh dipersoalkan yang mesti membantu otak membuat penaakulan yang betul.Penaakulan yan betul adalah mustahak kerana hasilnya adalah keputusan yang tepat dan baik.

Page 6: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Konsep Asas Pemikiran LogikKonsep Asas Pemikiran Logik 1.ANDAIAN

Andaian adalah satu keputusan atau pendapat yang dibuat oleh seseorang yang dianggap sebagai benar sungguhpun tidak pasti ianya benar.Andaian adalah permulaan untuk mencari fakta atau meletak satu asas untuk mengarah otak berfikir ke suatu arah.Andaian ini tidak semestinya betul,namun ianya perlu dan penting.

2.PREMISPremis adalah permulaan atau asas membicarakan sesuatu.Ia menjadi titik tolak dalam sebarang hujahan.Premis merupakan sesuatu yang telah pun ada dalam pemikiran seseorang sebagai tajuk besar atau perkara pokok bila mula membicara sesuatu perkara.Premis kadang kala disokong dan ada masanya ditolak.Ianya bergantung kepada kekuatan bukti dan relevannya dengan situasi.Premis memainkan peranan penting dalam permulaan bicara.

Page 7: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Konsep Asas Pemikiran LogikKonsep Asas Pemikiran Logik 3.PERNYATAAN UMUM

Pernyataan umum selalunya bersifat terbuka dengan kesimpulan yang mungkin tidak tepat.Pernyataan umum selalu digunakan walau pun tidak salah tetapi ianya tidak kukuh dan boleh dipertikaikan.

4.PERNYATAAN KHUSUSPernyataan khusus merujuk kepada usaha memberi fakta untuk menjelaskan apa yang diperkatakan.Pernyataan khusus dapat mengelak daripada menjadi terbuka dan boleh dipertikaikan.Pernyataan khusus adalah lebih spesifik.Membuat pernyataan khusus kurang disukai kerana ianya memerlukan ketelitian supaya tidak tertinggal fakta penting.Namun dengan pernyataan khusus ini pendengar/pembaca akan selesa kerana butirannya lengkap dan tidak sangsi lagi.

Page 8: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Konsep Asas Pemikiran LogikKonsep Asas Pemikiran Logik 5.KUALIFIKASI

Kualifikasi ialah frasa atau perkataan yang boleh membendung sesuatu pertanyaan menjadi terlalu umum.Frasa 'dalam keadaan tertentu','dalam kebanyakan keadaan', dan perkataan seperti 'seringkali','kebanyakan' dll boleh menyelamatkan pernyataan umum dipertikaikan/dicabar.Ringkasnya,kualifikasi adalah satu pernyataan yang menghadkan makna pernyataan yang lain.

6.REFUTASI

Konsep refutasi adalah bagi menyanggah suatu pernyataan yang telah diterima dengan memberi pernyataan lain dengan mengganti fakta dan ianya diterima dalam logik kerana pembuktian yang dibuat.Refutasi tentang sesuatu pernyataan tidak kekal kerana ia akan diganti dengan pernyataan yang lain pula.

Page 9: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Ciri-Ciri Pemikiran LogikCiri-Ciri Pemikiran Logik1.Pemikiran logik adalah bentuk pemikiran

yang bukan sahaja penting tetapi juga melatih otak membuat taakulan (mencari alasan) setiap kali membuat keputusan.

2.Pemikiran logik mengajar otak proses rasional dan meletak bukti, asas dan data sebagai pra-kualifikasi untuk sesuatu keputusan / kesimpulan. Proses membuat kesimpulan adalah penting dan menjadi perjara terakhir dakam aktuviti berfikir.

Page 10: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Ciri-Ciri Pemikiran LogikCiri-Ciri Pemikiran Logik Antara ciri-ciri pemikiran logik yang dapat membezakannya

dengan cara pemikiran lain adalah seperti berikut:-

>>>1.Pemikiran logik bersifat satu sistem urutanSistem urutan bermaksud satu perkara bermula dengan satu premis kemudian diikuti oleh urutan berikutnya satu demi satu tanpa ada percanggahan atau mengalih kepada yang lain.Urutan itu bergerak langkah-demi langkah dan tiap-tiap satunya mesti betul.Pemikiran logik adalah suatu yang tersusun satu persatu.

>>>2.Pemikiran logik perlu mencari dan membuat penilaianSistem pemikiran logik merupakan sistem yang menitik beratkan penilaian,maka ia tidak berupaya mencipta/menerbitkan idea.Pemikiran logik memberi perhatian kepada salah atau betul.Jika ia salah,maka ia tidak betul.Jika betul,maka ia tidak salah.Setiap pernyataan mesti dinilai.Pemikiran logik perlu membuat pilihan yang manakah dikatakan salah dan yang manakah betul.

Page 11: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Ciri-Ciri Pemikiran LogikCiri-Ciri Pemikiran Logik.Antara ciri-ciri pemikiran logik yang dapat

membezakannya dengan cara pemikiran lain adalah seperti berikut:-

>>>3.Pemikiran logik memberi penekanan kepada analisis dan nencari kebenaran.

Pemikiran logik berlaku bilamana setiap perkara perlu dianalusa dan ducari yang mana atau salah.Pemikuran logik itu tidak menerima kemungkinan,dimana ia tidak bersifat generatif.Jika ada unsur kemungkinan,maka pemikiran logik akan rosak.Pemikiran logik semuanya bertitik tolak kepada proses menilai,mrnganalisa bagi memastikan apa yang betul dan salah.Pemikiran logik entiasa mencari kebenaran.

Page 12: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Aplikasi Pemikiran LogikAplikasi Pemikiran Logik Terdapat dua aplikasi ;

>>>1.LOGIK INDUKSI

Dalam logik induksi selalunya keputusan dibuat dengan mengambil contoh atau kejadian yang khusus dan di aplikasikan kepada kejadian umum ('reasoning from specific to general')

Logik induksi mempunyai banyak aplikasi di antaranya dalam proses ubat dsg.Misalnya paracetamol adalah ubat untuk melegakan sakit kepala.Apabila seseorang didapati sakit kepala dan diberi ubat tersebut dan sakit kepalanya pun hilang,maka doktor akan memberi paracetamol kepada pesakit-pesakit lain walaupun tidak pasti ianya berkesan.

Contoh lain adalah pengiklan menggunakan logik induksi dalam menawarkan barangannya.....iklan memaparkan seseorang bertubuh gembal,tapi bila mengambil barangan jenama tertentu maka tubuh gempal boleh jadi langsing.Ini akan mempengaruhi pengguna lain.Inilah logik induksi yang keputusannya selau berbentuk umum.

Page 13: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

InduktifInduktifDaripada pernyataan khusus

kepada pernyataan umum.Contoh;

◦- Saya sudah melihat 300 ekor burung gagak yang hitam. (khusus)

◦- Jadi , kemungkinan bahawa semua burung gagak hitam. (umum)

◦ **Hujah yg tidak beri kepastian mutlak tetapi kemungkinan besar sahaja. Premis tidak menjamin kebenaran kesimpulan 100 %.

◦ Kemungkinan ada burung gagak seterusnya berwarna putih.

Page 14: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Aplikasi Pemikiran LogikAplikasi Pemikiran Logik >>>2.LOGIK DEDUKSI

Dalam logik deduksi selalunya penakulan dari yang umum kepada yang khusus ('reasoning from the general to the specific')

ini bermakna bahawa kejadian atau aktiviti yang umum dijadikan sebagai asas kepada kesimpulan yang spesifik.Ianya memperkukuhkan sesuatu dapatan/hasil kajian sains dan teknologi kerana proses penelitian yang banyak membawa kepada kesimpulan yang mantap.Logik deduksi digunakan oleh saintis dalam usaha mencari sesuatu.

KEBOLEHAN MENGGUNAKAN INDUKSI DAN DEDUKSI DALAM LOGIK AKAN MENJADIKAN SEORANG ITU MAMPU MENEROKA BERBAGAI KHAZANAH YANG DICIPTA TUHAN DAN SETERUSNYA MENJADIKANNYA BERILMU BAGI MENGUASAI DUNIA

Page 15: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

DeduktifDeduktifDaripada pernyataan umum

kepada pernyataan khusus.Daripada premis yang umum

kepada kesimpulan yang khusus.Contoh;

◦- Semua burung gagak hitam. (umum)◦- X seekor burung gagak (khusus)◦- Jadi X mestilah hitam (khusus)**Hujah yang meyakinkan 100%.

**Hujah dalam premis memberi kepastian mutlak untuk kebenaran.

**Kesimpulan mesti diterima untuk semua kes X.

Page 16: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Logik SilogismeLogik SilogismeIalah andaian deduktif yang

mengandungi dua premis dan satu kesimpulan.

Premis 1 : Pelajar rajin akan berjaya.

Premis 2 : Halim seorang pelajar yang rajin

Kesimpulan : Halim akan berjaya.

Page 17: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

FalasiFalasiFalasi : kesilapan pada cara kita berfikir.Lebih tepat lagi 'falasi' boleh bermaksud : SATU

HURAIAN,ALASAN,PENDAPAT, atau KESIMPULAN YANG KELIRU AKIBAT DARIPADA PENYALAHGUNAAN PROSES TAAKULAN.

Ada Falasi Formal dan Falasi Tidak FormalFalasi Formal

- terdapat dalam pemikiran deduktif.- Punca kesilapan ialah struktur deduksi yang salah.

Falasi Tidak Formal- kesilapan berpunca daripada isi kandungan andaian kita seperti: andaian yang tidak meyakinkan, andaian tidak masuk akal, kesimpulan yang tidak teliti dan juga punca-punca yang boleh dipertikaikan.

Page 18: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

FalasiFalasi .Cuba lihat pernyataan dibawah:

"Saya betul-betul yakin bahawa dengan mengundi parti PAS dalam mana-mana pilihanraya boleh jamin masuk syurga.Semua manusia seperti saya memang biasa berbuat dosa sama ada kecil atau besar selama hidup ini. Namun sejak kami yakin dengan cuma mengundi PAS dapat masuk syurga maka kami tidak risau lagi tentang kehidupan selepas mati sebab syurga sudah pasti dikecapi."

Pernyataan di atas adalah satu falasi kerana beberapa sebab :-

Page 19: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

FalasiFalasi . Pertama : Premis/asas membicarakan sesuatu yang difikirkan adalah tidak

berkaitan kerana mengundi ( dalam sistem demokrasi tajaan barat/kafir/Yahudi itu bukannya Islamik) dan balasan syurga adalah untuk perkara/kerja/ibadat niat kerana Allah saja.Kaitan antara alasan mengundi PAS saja dapat masuk syurga tidak kena mengena kerana PAS bukannya agama Islam(PAS cuma parti politik yang ditubuhkan dengan adanya sistem demokrasi sesat itu).Jadi,tidak boleh dibuat kesimpulan bahawa dapat masuk syurga dengan mengundi PAS.

Kedua : Premis tentang dapat masuk syurga dengan mengundi PAS tidak dapat diterima kerana syurga adalah hak Allah yang menentukannya dimana tidak terdapat syarat dari ajaran Islam bila undi PAS dapat masuk syurga.

Ketiga : Alasan yang dikemukan tidak memadai kerana tidak dapat dibuktikan (tiada nas dari al-Quran dll) bahawa dengan satu peristiwa saja (mengundi PAS) maka kesimpulan boleh diambil.Mungkin boleh masuk syurga dengan cara lain yang ditunjukkan melalui ajaran Islam sebenar.Mengatakan bahawa dengan mengundi PAS boleh masuk syurga adalah keputusan/kesimpulan yang tidak tepat langsung.

Keempat : Terdapat kegagalan dalam hujahan menyokong atau menyangkal yang efektif bagi kesimpulan dibuat.Bagi contoh ini hujahan menyokong adalah tidak kukuh bila nas/bukti sahih tidak dinyatakan dengan tepat(cuma dibuat untuk pancing undi).

Page 20: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

FalasiFalasi . Pertama : Premis/asas membicarakan sesuatu yang difikirkan adalah tidak

berkaitan kerana mengundi ( dalam sistem demokrasi tajaan barat/kafir/Yahudi itu bukannya Islamik) dan balasan syurga adalah untuk perkara/kerja/ibadat niat kerana Allah saja.Kaitan antara alasan mengundi PAS saja dapat masuk syurga tidak kena mengena kerana PAS bukannya agama Islam(PAS cuma parti politik yang ditubuhkan dengan adanya sistem demokrasi sesat itu).Jadi,tidak boleh dibuat kesimpulan bahawa dapat masuk syurga dengan mengundi PAS.

Kedua : Premis tentang dapat masuk syurga dengan mengundi PAS tidak dapat diterima kerana syurga adalah hak Allah yang menentukannya dimana tidak terdapat syarat dari ajaran Islam bila undi PAS dapat masuk syurga.

Ketiga : Alasan yang dikemukan tidak memadai kerana tidak dapat dibuktikan (tiada nas dari al-Quran dll) bahawa dengan satu peristiwa saja (mengundi PAS) maka kesimpulan boleh diambil.Mungkin boleh masuk syurga dengan cara lain yang ditunjukkan melalui ajaran Islam sebenar.Mengatakan bahawa dengan mengundi PAS boleh masuk syurga adalah keputusan/kesimpulan yang tidak tepat langsung.

Keempat : Terdapat kegagalan dalam hujahan menyokong atau menyangkal yang efektif bagi kesimpulan dibuat.Bagi contoh ini hujahan menyokong adalah tidak kukuh bila nas/bukti sahih tidak dinyatakan dengan tepat(cuma dibuat untuk pancing undi).

Page 21: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

FalasiFalasi 4.Seperti yang dinyatakan di atas,kesilapan cara berfikir

menyebabkan berlakunya falasi.Mengamalkan berfikir secara logik boleh mengelak dari berlakunya falasi.

5.Para ahli pemikir logik menganggap falasi sebagai AMAT BERBAHAYA kerana sukar dikesan dan kerap meyakinkan jika tidak teliti.Dengan mengelak berlakunya falasi maka pernyataan menjadi lebih kukuh dan membina hujahan yang baik.

6.Kesilapan dalam berfkir berlaku akibat dari salah satu perkara berikut:-

>>>1. Berfikir secara terburu-buru

>>>2. Fikiran yang sempit

>>>3. Fikiran bercelaru

>>>4. Fikiran kabur

Page 22: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Jenis FalasiJenis FalasiBegging the Question (Circular Logic)(Mengemis soalan / Bulatan Logik)Berlaku apabila penulis membentangkan satu

fakta diperdebatkan sebagai fakta yang menyokong hujah.

kesilapan ini membawa kepada perdebatan yang berlaku di sekeliling dan sekitar, dengan bukti-bukti yang membuat tuntutan yang sama sebagai dalil kerana ia adalah lebih mudah untuk membuat tuntutan daripada menyokongnya, ramai penulis terperangkap dalam falasi ini.

Page 23: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Jenis FalasiJenis FalasiBegging the Question (Circular Logic)(Mengemis soalan / Bulatan Logik)Filem-filem yang popular kerana mereka

membuat begitu banyak wang. Mereka membuat banyak wang kerana orang menyukainya. Orang-orang menyukainya kerana ia begitu popular.

Hujah ini terus di dalam bulatan logik kerana sokongan menganggap bahawa tuntutan itu adalah benar dan bukannya membuktikan kebenarannya.

Page 24: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Jenis FalasiJenis FalasiNon Sequitur Arguments (Hujah Bukan

Sequitur)Hujah-hujah ini tidak mengikut urutan yang logik.

Kesimpulannya tidak logik mengikuti penerangan. Ini kesilapan boleh didapati di kedua-dua peringkat ayat dan tahap hujah itu sendiri.

Hujan turun begitu lebat dan Ana menelefon saya.

Hujan dan panggilan telefon tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan satu sama lain. Situasi hujan tidak menjejaskan keputusan Ana untuk mengambil telefon.

Page 25: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Jenis FalasiJenis FalasiAd-HaminemKesilapan berlaku apabila kita bukan

mengkritik idea seseorang tetapi mengkritik atau menghentam peribadinya.

Tujuan menghentam peribadinya supaya kita dapat kurangkan wibawa diri dan ideanya.

Contoh;

Page 26: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Jenis FalasiJenis FalasiAd-PopulumMenentang apa yang popular.Kesilapan dilakukan jika kita

menggunakan apa-apa yang popular waktu itu sebagai hujah kita.

Contoh;

Page 27: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Jenis FalasiJenis FalasiHoc Ergo Propter Hoc (selepas itu maka

oleh sebab itu)Kesilapan berfikir yang paling kerap dilakukan

seharian.Contoh;Seorang lelaki berkenalan dengan seorang

wanita. Tidak lama kemudian lelaki itu dan isterinya bercerai.

Maka orang berpendapat bahawa wanita itu adalah sebab penceraian tersebut.

Page 28: PSS3114 WACANA DAN MASYARAKAT DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Sekian,Sekian,Terima KasihTerima Kasih