prosa tradisional anak laut cerita bayan

7
Prosa Tradisional Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya

Upload: abdul-manaf-bin-mohd-yasir

Post on 18-Jul-2015

1.913 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prosa tradisional anak laut   cerita bayan

Prosa Tradisional

Cerita Bayan Tiada MenurutKata Ibu Bapanya

Page 2: Prosa tradisional anak laut   cerita bayan

Sinopsis

Anak-anak burung bayan bersahabat baik dengan anak cerpelai. Hal ini tidak disenangi oleh ibu bapa mereka. Mereka bimbang, anak-anak mereka akan ditimpa kesusahan kelak.

Bapa bayan pun menceritakan kisah anak kera yang berkawan dengan seorang anak saudagar yang berkesudahan dibunuh oleh saudagar kerana mahu mengubati anaknya yang sakit. Dengan bercerita demikian, bayan berharap anak-anaknya tidak berkawan dengan anak cerpelai.

Page 3: Prosa tradisional anak laut   cerita bayan

Sinopsis

Namun demikian, larangan bapa bayan itu tidak diendahkan oleh anak-anaknya. Pada suatu hari, anak cerpelai telah diambil oleh seorang kanak-kanak pergi. Bapa cerpelai mengadukan hal kehilangan anaknya itu kepada serigala. Serigala menyuruh bapa cerpelai mengalihkan perhatian kanak-kanak itu ke arah sarang burung bayan.

Page 4: Prosa tradisional anak laut   cerita bayan

Sinopsis

Bapa cerpelai menuruti arahan serigala itu. Kanak-kanak yang cuba menangkap cerpelai itu telah menutup lubang sarang burung bayan. Bapa bayan yang menyedari akan hal itu mengarahkan keluarganya dengan segera berpura-pura mati. Apabila kanak-kanak itu tiba dan mendapati bayan-bayan tersebut sudah tidak bernyawa telah mencampakkan burung-burung bayan itu ke tanah. Sebaik-baik di tanah, burung-burung bayan itu telah terbang ke udara dengan segera menyelamatkan diri mereka masing-masing. Tinggallah bapa bayan di dalam sarang itu.

Page 5: Prosa tradisional anak laut   cerita bayan

Sinopsis

Tindakan burung bayan dan keluarganya itu membuat kanak-kanak itu menjadi marah. Kanak-kanak itu mahu membunuh bapa bayan itu yang masih berada di dalam sarang itu. Bayan tua itu merayu agar kanak-kanak itu tidak membunuhnya. Sebaliknya, dimintanya kanak-kanak itu menjualnya kepada raja yang menghidap penyakit sopak. Kanak-kanak itu lalu menjual burung bayan tua itu kepada raja. Apabila bayan tua itu dapat mengubati penyakit raja hingga sembuh, bapa bayan dapat bebas pulang ke pangkuan keluarganya setelah dia merayu kepada baginda raja.

Page 6: Prosa tradisional anak laut   cerita bayan

Sinopsis

Seluruh kisah itu diceritakan oleh burung bayan kepada isteri Khoja Maimun, iaitu Bibi Zainab. Bibi Zainab yang asyik mendengar cerita burung bayan itu telah membatalkan niatnya untuk bertemu kekasihnya.

Page 7: Prosa tradisional anak laut   cerita bayan

PermulaanAnak bayan tidak mahu menurut kata-kata ibu bapanya yang melarang merekaberkawan dengan anak cerpelai.

PerkembanganBayan bercerita tentang kisah anak kera yang berkawan dengan anak saudagar.

KonflikPergaduhan antara anak kera dan anak saudagar. Ibu bapa cerpelai mintabantuan serigala. Keluarga bayan mendapat masalah.

KlimaksAnak kera dibunuh untuk mengubati anak saudagar. Bayan berpura-puramati lalu dibuang. Bapa bayan tertangkap.

PeleraianBapa bayan dijual kepada raja, dibebaskan setelah berjaya mengubatisopak raja. Bibi Zainab leka mendengar cerita bayan.