iklim di bayan lepas @ kajiiklim

Download iklim di bayan lepas @ kajiiklim

If you can't read please download the document

Upload: dhea-ct

Post on 18-Jun-2015

557 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Malaysia mempunyai banyak tempat yang menjadi balai cerap bagi sistem kaji cuacanegara. Antaranya ialah sistem kaji cuaca tanah rata yang terletak di Cameron Highland, KualaTerengganu, Bayang Lepas dan sebagainya. Terdapat 38 buah sistem kaji cuaca, 22 buah sistem pencemaran udara, 8 buah sistem udara atas, 10 buah sistem radar kaji cuaca, 6 buah sistem kajicuaca satelit dan 8 buah pejabat ramalan yang terdapat diseluruh negara bagi merekod danmeramal cuaca dan iklim negara kita. Sistem-sistem tersebut dilengkapi dengan sistem pencerapcuaca automatik dan manual. Elemen-elemen cuaca yang dicerap adalah tekanan udara, hujan,suhu, kelembapan udara, arah angin, halaju angin, sinaran suria, sejatan dan keadaan awan.Antara alatan meterologi yang digunakan untuk mencerap cuaca adalah Digital Barometer, Platinum Resistance Temperature, Wind anemometer danwind vane, Tipping Bucket Rain Gauge, Evaporation Pan US Class A, Pyranometer Kipps ZonendanSunshine Recorder Campbell-Strokes.Definisi cuaca pula bermaksud keadaan atmosfera pada suatu masa dantempat tertentu manakala iklim pula bermaksud himpunan keadaan cuaca harian dan musim bagisatu tempoh masa yang panjang dan akan melebihi masa selama 30 tahun.Malaysia terletak di Asia Tenggara iaitu antara garis lintang 1°U - 7°U dan garis bujur 100°T - 119°T. Semenanjung Malaysia dipisahkan dari Sabah dan Sarawak oleh Laut ChinaSelatan. Kedudukan Malaysia adalah strategik kerana terletak di antara barat dan timur danterletak dalam lingkungan iklim Khatulistiwa. Mengikut statistic pengelasan iklim Koppen,Malaysia berada dalam kelas Aw iaitu iklim tropika. Stesen kaji cuaca di Bayang lepas jugamengalami iklim yang sama dengan iklim di tempat lain dalam Malaysia, Cuma yangmembezakan setiap tempat ini adalah keadaan cuacanya saja yang sentiasa berubah-ubah.

TRANSCRIPT

LGF 2063 KAJI IKLIM

Iklim dan Cuaca di Bayang lepas

Nama ahli

: Siti Zubaidah binti Ibrahim (D20091035632) : Ruzaini binti Abdul Kadir (D20091035658)

Kumpulan Semester Pensyarah

:A : Dua : En. Azmi Baharon

Pengenalan Malaysia mempunyai banyak tempat yang menjadi balai cerap bagi sistem kaji cuaca negara. Antaranya ialah sistem kaji cuaca tanah rata yang terletak di Cameron Highland, Kuala Terengganu, Bayang Lepas dan sebagainya. Terdapat 38 buah sistem kaji cuaca, 22 buah sistem pencemaran udara, 8 buah sistem udara atas, 10 buah sistem radar kaji cuaca, 6 buah sistem kaji cuaca satelit dan 8 buah pejabat ramalan yang terdapat diseluruh negara bagi merekod dan meramal cuaca dan iklim negara kita. Sistem-sistem tersebut dilengkapi dengan sistem pencerap cuaca automatik dan manual. Elemen-elemen cuaca yang dicerap adalah tekanan udara, hujan, suhu, kelembapan udara, arah angin, halaju angin, sinaran suria, sejatan dan keadaan awan. Antara alatan meterologi yang digunakan untuk mencerap cuaca adalah Digital Barometer, Platinum Resistance Temperature, Wind anemometer dan wind vane, Tipping Bucket Rain Gauge, Evaporation Pan US Class A, Pyranometer Kipps Zonen dan Sunshine Recorder Campbell-Strokes. Definisi cuaca pula bermaksud keadaan atmosfera pada suatu masa dan tempat tertentu manakala iklim pula bermaksud himpunan keadaan cuaca harian dan musim bagi satu tempoh masa yang panjang dan akan melebihi masa selama 30 tahun.

Malaysia terletak di Asia Tenggara iaitu antara garis lintang 1U - 7U dan garis bujur 100T - 119T. Semenanjung Malaysia dipisahkan dari Sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan. Kedudukan Malaysia adalah strategik kerana terletak di antara barat dan timur dan terletak dalam lingkungan iklim Khatulistiwa. Mengikut statistic pengelasan iklim Koppen, Malaysia berada dalam kelas Aw iaitu iklim tropika. Stesen kaji cuaca di Bayang lepas juga mengalami iklim yang sama dengan iklim di tempat lain dalam Malaysia, Cuma yang membezakan setiap tempat ini adalah keadaan cuacanya saja yang sentiasa berubah-ubah.

Lokasi Bayang Lepas

Gambarajah : Peta kedudukan Bayang Lepas

Sumber : http://www.tageo.com/index-e-my-v-09-d-m3317575.htm

Gambarajah : Kedudukan Bayang Lepas melalui satelit Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:PEN_airport_satellite.jpg

Stesen kaji cuaca di Bayan Lepas merupakan salah satu tapak kaji cuaca yang dibuat dalam kawasan lapangan terbang. Bayan Lepas terletak dalam negeri Pulau Pinang. Kedudukan Bayan Lepas di garisan latitud iaitu 5 18 dan di garisan longitud iaitu 100 16. Ketinggian sistem kaji cuaca ini dari aras laut iaitu sebanyak 3.0 meter dari paras laut. Bayan Lepas terletak hampir dengan laut kerana Bayan Lepas berada dalam kawasan sebuah pulau dan banyak mendapat arus kelautan dalam memyederhanakan suhu setempat. Jarak antara Bayan Lepas dengan pusat Bandar (George Town) iaitu sebanyak 16 kilometer. Keluasan bagi bandar Bayan Lepas iaitu kira-kira 200 km2.

Aspek penduduk di Bayan Lepas Keluasan kawasan bandar Bayan Lepas adalah seluas 200 kilometer per segi. Jumlah penduduk Bayan Lepas adalah seramai 141,000 orang pada tahun 2007 dan kepadatan penduduk pada tahun ini adalah sebanyak 1,500 kilimeter per segi. Secara keseluruhannya, Pulau Pinang mempunyai kapasiti penduduk seramai 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau dan seramai 865.99 orang penduduk di Seberang Prai. Kaum Cina mendomenasi bilangan penduduk di kawasan ini iaitu sebanyak 635,500 (42.5%) diikuti oleh kaum Melayu iaitu sebanyak 612,300 (41.0%), kaum India seramai 148,00 (9%) dan lain-lain kaum seramai 968,000 (6.48%).

Aspek fizikal dan budaya di Bayan Lepas Bayan Lepas merupakan satu kawasan yang dikelilingi oleh laut. Bayan Lepas berada di kepulauan Pulau Pinang yang dipisahkan oleh laut dari tanah besar Seberang Prai. Bayan Lepas terletak di tenggara Pulau Pinang dan berhampiran dengan pulau Jerejak. merupakan satu kawasan tanah rata yang berketinggian 3.0 meter dari paras laut. Pandang darat budaya di Bayan Lepas pula mempunyai satu susunan atau pandangan yang agak menarik. Hal ini adalah kerana, tapak stesen kaji cuaca ini merupakan kawasan lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang dan diguna pakai untuk mencerap data cuaca. Salah satu kebaikan yang diperolehi di sini adalah dengan adanya stesen kaji cuaca ini maka ramalan cuaca akan dibuat untuk memudahkan sesi penerbangan udaranya. Selain daripada itu juga, Bayang Lepas merupakan satu kawasan yang menjadi subperindustrian di Pulau Pinang. Selain daripada itu juga, Bayan Lepas merupakan kawasan perdagangan bebas dan telah menyebabkan banyak pelabur asing melabur di kawasan ini. Banyak bangunan dan kilang-kilang antarabangsa dibina di kawasan sekitar Bayan Lepas. Contohnya ialah pusat membeli-belah terbesar di Pulau Pinang terdapat di sini iaitu Queensbay Mall, Kompleks Bukit Jambul dan Giant Hypermarket. Hal ini akan menyebabkan peningkatan dari segi ekonomi penduduk dengan adanya peluang pekerjaan yang banyak. Pandang darat seterusnya yang terdapat di Bayang Lepas ialah jaringan pengangkutan yang mampu menghubungkan bandar dengan Bayan Lepas melalui Lebuh Raya Bayan Lepas. Kadar mobiliti penduduk kian bertambah dengan adanya jaringan pengangkutan yang sistematik. Kawasan Bayan Lepas ini juga terdapat satu kawasan tarikan pelancong iaitu dengan adanya Tokong Ular di kawasan ini. Bayan Lepas

Gambarajah : Tokong Ular di Bayan Lepas Sumber : http://images.google.com.my/imglanding?q=tokong%20ular%20penang&imgurl=http://farm4.static.flickr.com/3442/3232254373_784fdb4530.jp g&imgrefurl=http://andalasadnan.wordpress.com/2009/01/&usg=__hW8_FMzr4E9mYr318kD9QUFEp5s=&h=313&w=470&sz=112&hl=en&it bs=1&tbnid=x_Vq3jRDFcaNrM:&tbnh=86&tbnw=129&prev=/images%3Fq%3Dtokong%2Bular%2Bpenang%26gbv%3D2%26ndsp%3D21%2 6hl%3Den%26sa%3DN&gbv=2&ndsp=21&sa=N&start=0#tbnid=x_Vq3jRDFcaNrM&start=1

Unsur-unsur cuaca di Bayan Lepas

Purata suhu tahunan ( C) dan jumlah kerpasan tahunan (mm) selama 30 tahun(1980-2009)Tahun 1980 1981 1982 1983 1984 1085 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 Purata Suhu ( C ) 26.93 27 27.04 29.7 24.44 26.91 27.07 27.4 27.32 27.03 27.33 27.4 27.3 27.2 24.94 27.56 27.38 27.78 28.15 27.29 27.4 27.73 28.39 28.09 25.73 28.01 27.78 27.72 27.62 20.93 Jumlah Kerpasan (mm) 227.77 154.99 199.89 161.03 175.76 217.3 224.51 180.97 181.97 174.33 163.38 172.63 162.13 276.79 167.53 210.5 195.66 123.02 248.75 269.3 221.1 194.56 156.35 240.63 165.14 172.63 171.42 193.83 214.15 245.33

C) dan hujan (mm)300

250

200

150

100

Jumlah Kerpasan (mm) Purata Suhu ( C )

50

0

Purata Suhu ( C) dan jumlah kerpasan hujan (mm) bulanan bagi tempoh 30 tahun (1980-2009)Bulan Jan Feb Mac Aprl Mei Jun July Ogos Sep Okt Nov Dis Purata Suhu ( C) 27.48 28.72 27.95 28.97 28.04 27.88 27.43 29.07 26.94 27.7 27.86 28.07 Jumlah hu an (mm) 64.42 75.32 104.31 193.69 231.95 153.82 182.87 228.61 294.25 339.08 225.6 122.03

C) dan jumlah kerpasan (mm) selama 30 tahun (1980-2009) B ila n ga n400 350 300

250 200 150 100 50 0 Jan Feb Mac Aprl Mei Jun July Ogos Sep Okt Nov Dis

Jumlah hu an (mm) Purata Suhu ( C)

Bulan

Suhu maksimum dan minimum ( C) bagi tempoh 30 tahun (1980-2009)Bulan Jan Feb Mac April Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Suhu Maksimum Suhu Minimum ( C) ( C) 31.68 24.07 32.02 24.15 32.1 24.32 30.92 24.66 31.7 24.8 31.63 24.54 31.16 23.87 30.94 24.09 30.63 23.99 30.51 23.85 30.8 23.83 31.07 24.11

C) bagi tempoh 30 tahun (1980-2009)Suhu ( C)35 30 25 20 15 10 5 0 Jan Feb Mac April Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Suhu Maksimum ( C) Suhu Minimum ( C)

Bulan

Analisis klimografData tahunan bagi stesen Bayan Lepas selama 30 tahun bermula dari tahun 1980 hingga 2009 menunjukkan jumlah kerpasan adalah paling tinggi pada tahun 1998 (248.75mm), manakala jumlah kerpasan paling rendah adalah pada tahun 1997 (123.02mm). Bagi purata suhu pula, suhu maksimum adalah pada tahun 2002 (28.39 C) dan suhu yang paling rendah adalah pada tahun 2009 (20.93 C).

Antara penyebab kepada berlakunya kadar kerpasan yang tinggi pada tahun 1998 adalah disebabkan oleh kejadian El Nino yang melanda Malaysia pada tahun tersebut. merupakan satu proses pemanasan permukaan laut. El Nino

Setiap tiga hingga tujuh tahun, suatu arus

laut yang panas akan menggantikan suatu arus laut yang sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempattempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan misalnya di Bayan Lepas. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya

menghasilkan corak iklim yang sama. Oleh sebab itu, fenomena ini telah membawa lembapan yang tinggi di kawasan Bayan Lepas dan seterusnya menghasilkan kerpasan yang banyak pada tahun 1998.

Gambarajah: Proses kejadian el nino

Sumber: http://blueseafer.files.wordpress.com/2009/12/hal61.jpg

Data bulanan bagi stesen Bayan Lepas selama 30 tahun bermula dari tahun 1980 hingga 2009 pula menunjukkan jumlah kerpasan adalah paling tinggi pada bulan Oktober (339.08 mm), manakala jumlah kerpasan paling rendah adalah pada bulan Januari (66.42 mm). Bagi purata suhu pula, suhu maksimum adalah pada bulan Ogos (29.07 C) dan suhu yang paling rendah adalah pada bulan September (26.94 C).

Faktor penyebab berlakunya peningkatan suhu yang ketara pada bulan Ogos dan peningkatan jumlah kerpasan pada bulan Oktober adalah disebabkan oleh faktor Monsun Barat Daya. Angin monsoon ini bermula pada bulan Jun hingga Ogos pada setiap tahun. Angin

bertiup dari benua Australia yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah di kebenuaan China. Pembiasan angin ini berlaku di kawasan khatulistiwa menyebabkan Bayan Lepas menerima tiupan angin Monsun Barat Daya yang membawa hujan lebat ke kawasan tersebut. Oleh sebab itu, hujan lebat berlaku pada bulan Oktober dan suhu tinggi pada bulan Ogos.