al-bayan 6 : tawassul

52
1 BERTAWASSUL BID’AH DHALALAH? Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari 1429H / 2008M

Upload: buikhanh

Post on 08-Dec-2016

295 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Al-Bayan 6 : Tawassul

1

BERTAWASSULBID’AH

DHALALAH?

Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari

1429H / 2008M

Page 2: Al-Bayan 6 : Tawassul

2

Tajuk:

BERTAWASSUL BID’AH DHALALAH?

Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari

Cetakan Pertama2008M / 1429H

Hakcipta terpelihara.

ISBN 978-983-3343-47-8

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isikandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara

sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak

penerbit iaituSekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,

Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Disemak dan ditashih oleh:Lujnah Penyemakan dan Pentashih Penerbitan Agama Johor

Majlis Agama Islam Negeri Johor

PenyuntingMohd. Hafiz bin Mansor

Diterbitkan oleh:Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,

Majlis Agama Islam Negeri Johor.Pusat Islam Iskandar Johor,

Jalan Masjid Abu Bakar,Karung Berkunci 725,80990 Johor Bahru.

Dicetak oleh:Master Gifts Sdn. Bhd.

019-7777662

Page 3: Al-Bayan 6 : Tawassul

3

INTISARI

Kandungan Hal

BAB - 1 Tawassul – Definisi ................. ........ ...... ..... 5 Bertawassul dengan para nabi dan para wali 7 Dalil tawassul daripada Al-Quran ........ ... ....... - Dalil harus bertawassul mengikut sunnah ...... 12 Contoh bertawassul dengan Rasulullah ......... 16 Contoh bertawassul dengan para anbiya’ ...... 20 Contoh bertawassul dengan orang-orang

yang mulia ........ ............ ........ ........ .............. - Contoh bertawassul dengan amal saleh ......... 21 Perbezaan antara ibadat dengan tawassul 24 Tanggapan golongan Wahhabi mengenai

tawassul ........ ........ ................ ........ ........ .... 26 Menolak tanggapan Wahhabi ........................ 29

Menafikan tawassul atau wasilah ........ .......... 32 Tanggungjawab kita ........ ......... ........ ........ .... 35 Kesimpulan ................ ........ ......... ..... ........... 37

BAB – 2 Istighathah – Mukadimah ........ ........ ...... ...... 39 Dalil daripada sunnah ........ ........ ........ ......... . 42 Nabi s.a.w menyeru roh orang yang telah

meninggal dunia - Memberi salam kepada ahli kubur ................. 43 Mengucap salam dan selawat kepada Nabi

s.a.w. dalam solat lima waktu,. ...... ........... .... 44 Memberi salam kepada Nabi s.a.w ........ ........ 45 Mohonkan keampunan kepada Allah, si mati

mendengar hentakan tapak kaki ....... . - Si mati mendengar hentakan tapak kaki ....... 46 Istighathah kepada nabi-nabi supaya

memintakan kepada Allah disegerakan hisab-47

Istighathah di kubur Nabi - Kesimpulan ........ ........ ........ ........ ........ ........ 49 Rujukan ........ ......... ........ ........ ......... ........ ... 50 Nota ........ ........ ........ ........ ......... ........ ......... 52

Page 4: Al-Bayan 6 : Tawassul

4

Page 5: Al-Bayan 6 : Tawassul

5

TAWASSUL

Definisi

At-Tawassul () berasal dari kata dasar Wasala (),Wasilah ( ٌ). Mengikut bahasa maknanya martabat atau

kedudukan di sisi raja. Ia juga bermakna darjat, pangkat dan jugakedekatan. Jika seseorang bertawassul kepada Allah dengansuatu wasilah, maka ertinya dia melakukan suatu amalan yangmendekatkan diri kepadaNya. Dia bertawassul kepadanya denganini, maknanya, dia mendekatkan diri kepadanya dengankehormatan ikatan yang menghubungkan diri dengannya. Wasilahjuga bererti kesampaian dan kedudukan yang dekat. Bentuk jama'

(banyaknya) adalah wasa’il ( ).1

Imam Syed Izuddin Madhi Abi al-'Aza'im pula menjelaskanbahawa Tawassul dari segi bahasa ertinya setiap perkara yangdengannya dapat mendekatkan kepada yang lain. Bertawassul

Page 6: Al-Bayan 6 : Tawassul

6

kepada Allah maknanya mengerjakan sesuatu amalan yang dapatmendekatkan diri kepadaNya.

Bertawassul kepada Allah dalam bentuk ini katanya, tidakdinamakan beribadat, ia hanya dinamakan wasilah (perantara)sahaja. Contohnya, kita lihat sejak sekian lama orang memberikanpenghormatan kepada para pemimpin dan raja-raja, tidak pernahada orang yang menamakannya sebagai qurbah dan juga tidakdinamakan sebagai ibadat, ini hanyalah sebagai cara orangberadab. Apa yang dilakukan oleh orang itu hanyalah sebagaimemberi penghormatan, bukanlah sampai ke peringkat ibadat danpenyembahan.2

Seseorang yang mahu mengadap raja, maka ia perlumelalui setiausaha sulit atau Dato' Perdana Dalam (di Johor) bagimenyembah maklum tentang hasrat tujuannya. Maka setiausahaitulah yang menyembah maklumkan mengenai tujuan kita. Di sinisetiausaha sulit hanyalah sebagai pengantara di antara kitadengan raja, bukan sebagai orang yang diminta sesuatu hajatatau tujuan kita itu.

Makna wasilah mengikut syarak pula tidak jauh bezanyadengan makna dari segi bahasa, kerana matlamat utamakehidupan seorang muslim itu adalah bagaimana caramendekatkan diri kepada Allah, mencapai keredhaan, danmemperoleh pahala dariNya. Sebagai satu rahmat daripada AllahS.W.T kepada kita yang menetapkan bahawa ibadah-ibadahkepadaNya itu sebagai pintu mendekatkan diri kepadaNya. Makaorang Islam sentiasa mendekatkan diri kepada Allah melaluiberbagai cara dan bermacam ibadat yang telah disyariatkanNya.

Dalam konteks pengertian Tawassul yang umum, kita lihatketika seorang muslim melaksanakan solat umpamanya, makasesungguhnya ia sedang mendekatkan diri kepada Allah dengansolat, yakni bertawassul kepada Allah dengan solatnya. Olehkerana itu, kandungan Al-Quran seluruhnya memerintahkan kitaberwasilah (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T.

Page 7: Al-Bayan 6 : Tawassul

7

BERTAWASSUL DENGAN PARA NABI DAN PARA WALI

Bertawassul dengan para nabi dan para wali adalah harus dandikira amalan yang baik. Ini merupakan antara perkara yanglumrah di kalangan orang yang mengamalkan agama yangdiambil daripada perbuatan para nabi dan para rasul, jugaperjalanan hidup para ulama' dan golongan orang-orang yangsoleh. Tidak ada seorang pun yang menolak amalan bertawassulsehinggalah datang Ibnu Taimiyyah yang mempersoalkan perkaratersebut sehingga mengelirukan orang ramai. Beliau menolaksuatu yang telah menjadi pegangan kukuh ulama' silam. Ingatlahbahawa penolakan Ibn Taimiyyah mengenai amalan Tawassuldan Istighathah tidak pernah diperkatakan oleh para ulama'sebelumnya.3

DALIL TAWASSUL DARIPADA AL-QURAN

1. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 35:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, Bertaqwalah kepadaAllah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya(dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkanlaranganNya)....

Dalam ayat ini ada tiga hukum yang boleh dikeluarkaniaitu:

1. Kita wajib patuh (taat) kepada Allah.2. Kita disuruh mencari jalan yang mendekatkan diri

kita kepada Allah.3. Kita disuruh berjuang (perang) di jalan Allah.

Sekiranya yang tiga ini kita kerjakan, maka kita adajaminan untuk mendapat kemenangan di dunia dan akhirat. 4

Page 8: Al-Bayan 6 : Tawassul

8

2. FirmanNya lagi dalam surah Al-Isra' ayat 57:

Ertinya: Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masingmencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (denganberbuat ibadat), sekalipun orang yang lebih dekat kepadaTuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dangerun takut akan azabNya.

Wasilah ialah sesuatu yang boleh mendekatkan kepadayang lain (perantara).

Wasilah juga: Setiap perkara yang dijadikan oleh Allahsebagai sebab menghampirkan diri kepadaNya, dan sebagai talipenghubung untuk menunaikan hajat-hajat daripadaNya,seterusnya hendaklah yang dijadikan wasilah itu mempunyaikedudukan dan kehormatan di sisi orang yang mengharapkanwasilah tersebut.

Lafaz al-Wasilah dalam kedua-dua ayat di atas adalahumum, ia mencakup bertawassul dengan para nabi dan orang-orang soleh yang mempunyai pelbagai kelebihan semasa hayatdan selepas meninggal dunia, dan mereka melakukan amal-amalsoleh sebagaimana yang dituntut melakukannya.

3. Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 15:

Ertinya: Maka orang yang dari golongannya meminta tolongkepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya.

Dalam ayat ini Allah S.W.T menisbahkan istighathah(minta pertolongan) kepada yang lain daripadaNya daripadakalangan makhluk. Mengikut Abi Al-Aza’im: cukuplah keyataan inimenjadi dalil keharusan bertawassul.5

Page 9: Al-Bayan 6 : Tawassul

9

Sebenarnya bertawassul adalah diharuskan kepada orangyang masih hidup dan juga orang yang telah meninggal dunia.Kerana permohonan kita yang sebenar adalah dirafa'kan kepadaAllah S.W.T, sekadarkan kita melalui orang yang masih hidup danorang telah meninggal dunia sahaja. Ini bermakna bertawassulkepada orang yang telah meninggal dunia juga sama denganbertawassul kepada orang yang masih hidup. Ini menolakdakwaan golongan Wahhabi yang mendakwa hanya bolehbertawassul dengan orang yang masih hidup dan tidak bolehbertawassul dengan orang yang telah meninggal dunia.

4. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 89:

Ertinya: sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepadaAllah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatanganseorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada merekaapa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (NabiMuhammad dan Al-Qur'an), mereka mengingkarinya; maka(dengan yang demikian), la'nat Allah menimpa orang-orang yangkafir ingkar itu.

Ahli Tafsir sepakat bahawa ayat ini diturunkan kepadaorang Yahudi Khaibar. Ibn Abas mengatakan: Bahawa YahudiKhaibar berperang dengan puak Yahudi Ghotfan, apabila berlakupeperangan puak Yahudi Ghatfan telah mengalami kekalahan,lalu orang-orang Yahudi Ghotfan meminta perlindungan dengandoa ini:

Page 10: Al-Bayan 6 : Tawassul

10

Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya kami berdoa kepadaMu dengankebenaran Nabi yang Engkau telah janjikan untuk dikeluarkankepada kami pada akhir zaman maka berilah kemenangankepada kami.

Selepas itu apabila mereka bertempur mereka berdoa

dengan doa tersebut lalu menanglah puak Yahudi Ghotfan ().

Namun apabila diutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul,mereka pula mengingkari kerasulannya, lalu Allah S.W.Tmenurunkan ayat tersebut.

Cuba kita teliti bagaimana kedudukan Nabi Muhammads.a.w di sisi Allah. Bagaimana Allah mengkabulkan doa YahudiGhotfan mereka yang ingkar dengan Allah? Sedangkan Allahmengetahui golongan Yahudi merupakan golongan yang palingmenentang dan memusuhi Nabi s.a.w.

Orang Yahudi Ghotfan telah bertawassul dengan Nabis.a.w sebelum kelahiran nabi di alam wujud. Bagaimana halnyakini Nabi s.a.w telah diutus sebagai rahmat kepada sekalianalam? Maka sesiapa yang menolak keharusan bertawassuldengan Nabi s.a.w, bermakna menolak suatu yang telah terangkeharusannya melalui nas Al-Quran.

5. Firman Allah S.W.T dalam surah an-Naml ayat 38:

.Ertinya: Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijakpandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamuyang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelummereka datang mengadapku dalam keadaan berserah dirimemeluk Islam?

Nabi Sulaiman telah meminta (kepada golongan bijakpandainya) daripada kalangan jin dan manusia. Ini bermaknameminta pertolongan daripada makhluk yang tidak ada kudratkecuali daripada Allah. Dalam perkara ini Allah tidak menegurNabi Sulaiman dengan katanya: Kenapa engkau meminta

Page 11: Al-Bayan 6 : Tawassul

11

pertolongan dengan yang lain daripadaKu sedangkan Aku lebihdekat kepadamu, sedangkan mereka semua tidak mempunyaikemampuan mengenai soal ini selain daripadaKu. Dalam soal ini,Nabi Sulaiman mengetahui bahawa apa yang diminta itu hanyalahsebagai sebab dan karamah, sedangkan hakikatnya adalahperbuatan Allah jua.

6. Firman Allah dalam surah a-Nisa' ayat 64:

Ertinya: Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri merekasendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohonampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untukmereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.

Allah kaitkan penerimaan permohonan ampun merekayang zalim itu dengan permohonan ampun yang dipohon olehNabi s.a.w dan permohonan ampun Nabi s.a.w kepada umatnyaitu tidak terikat hanya semasa hayat Baginda sahaja. 6

Page 12: Al-Bayan 6 : Tawassul

12

DALIL HARUS BERTAWASSUL MENGIKUT SUNNAH

1. Diriwayatkan oleh Al-Hakim Abu Abdullah dengan sanadyang hasan daripada al-Ba'i dalam kitab al-Mustadrak di manasanadnya daripada Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda:

Ertinya: Manakala Nabi Adam melakukan kesilapan (dosa)baginda berkata: Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMudengan kelebihan Nabi Muhammad adakah Engkaumengampunkanku? Lalu Allah berfirman: Wahai Adam!Bagaimana engkau mengetahui Nabi Muhammad sedangkan akumasih belum menjadikannya? Nabi Adam menjawab: WahaiTuhanku, Sesungguhnya tatakala Engkau menjadikan aku, akumengangkat kepalaku, lalu aku terlihat ditiang arasy tertulis: TiadaTuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allahdan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maklumlah aku bahawaEngkau tidak akan menggandingkan bersama dengan namaMumelainkan makhluk yang paling Engkau sayangi. Lalu Allah

Page 13: Al-Bayan 6 : Tawassul

13

berfirman: Betul wahai Adam, sesunggunya beliau adalahmakhluk yang paling aku sayangi, dan andainya Engkau berdoadengan hak namanya, nescaya aku ampunkan dosamu, dansekiranya bukan kerana Muhammad nescaya Aku tidak jadikanengkau.7

Maksud ‘Haq’ di sini ialah darjatnya di sisi Allah. Dalamhadis ini Nabi Adam berdoa dengan bertawassul kepada NabiMuhammad s.a.w yang belum lahir pada ketika itu.

Cara Nabi Adam berdoa dijelaskan oleh Nabi s.a.wkepada umatnya supaya umat Islam mengambil contoh danmeneladaninya, kerana doa sedemikian dimakbulkan oleh Allah.

2. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahih al-Bukhari,hadis daripada Ibn Abbas bahawa Nabi s.a.w menyebutkan kisahHajar bonda kepada Nabi Ismail a.s bahawa beliau apabilamendapati anaknya kehausan, beliau berusaha mencari air lalumendengar suara malaaikat berkata: "Mintalah pertolongan jikasekiranya kamu boleh meminta pertolongan" sedangkan beliautidak melihat sesiapapun di situ. Jika sekiranya istighathahdengan yang lain daripada Allah S.W.T itu syirik nescaya Hajartidak akan meminta sebarang pertolongan daripada sesiapapun.

3. Sabit daripada hadis sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain dimana Nabi s.a.w menceritakan mengenai kisah tiga orang yangmasuk ke dalam sebuah gua lalu berlaku runtuhan batumenyebabkan batu menyumbat pintu gua, lalu mereka tidak dapatkeluar daripada gua tersebut. (Al-Bukhari (3465) Abdul Baqi)dalam kisah ini mereka berkata:

Page 14: Al-Bayan 6 : Tawassul

14

Ertinya: Wahai kamu bertiga, sesungguhnya tidak ada yangdapat melepaskan kamu daripada apa yang kamu hadapi, kecualikamu berdoa kepada Allah S.W.T melalui amal-amal soleh yangkamu telah lakukan, lalu setiap daripada mereka berdoa denganmenyebutkan amal-amal soleh yang dilakukan semogaamalannya itu diterima, lalu Allah mengkabulkan doa mereka danmereka pun berjaya keluar daripada gua tersebut.

Dalam hadis ini menunjukkan harus bertawassul denganamal-amal soleh. Jika sekiranya bertawassul dengan amalan-amalan yang baik tidak boleh atau menjadi syirik, nescaya Allahtidak akan mengkabulkan doa mereka dan Rasulullah s.a.wsendiri tidak akan mengakuinya.

Dalam kitab Ma'rad al-Thana', Imam al-Nawawi r.hmenyebutkan: Sahabat-sahabat kami menjadikan hadis inisebagai dalil di mana seseorang itu dibolehkan berdoa semasaditimpa musibah, doa semasa solat meminta hujan dansebagainya dengan amalan-amalan solehnya dan bertawassuldengan amalan itu kepada Allah. Kerana apabila mereka bertigaberbuat demikian dikabulkan doanya oleh Allah S.W.T.

Al-Thobarani dan lainya meriwayatkan hadis daripadaAnas, beliau berkata: Manakala Fatimah binti Asad, bondaSaiyidina Ali meninggal dunia, Rasulullah s.a.w menziarahinya ...Manakala telah selesai menggali kuburnya lalu Rasulullah s.a.wmasuk dan duduk bersimpuh lalu bersabda:

Ertinya: Allah yang menghidupkan dan mematikan dan Dia hiduptidak mati, ampunkanlah dosa Ummi Fatimah binti Asad,mudahkanlah beliau menjawab pertanyaan para malaikat yang

Page 15: Al-Bayan 6 : Tawassul

15

menyoalnya dan luaskanlah ke atasnya tempat tinggalnya denganberkat doa nabiMu dan para nabi sebelumku keranasesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik yang memberi rahmat.8

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w bertawassul kepada Allahdengan dirinya sendiri, yang ia merupakan semulia-mulia rasuldan para sahabatnya dari kalangan nabi-nabi yang telahmeninggal dunia, mudah-mudahan dirahmeninggal dunia olehAllah kesemuanya.

Cuba kita perhatikan! Dengan siapa kita ingin berpandu?Dengan baginda Rasulullah s.a.w yang bertawassul dengan paranabi yang hidup dan yang telah meninggal dunia sebagaimanayang dijelaskan sendiri oleh Baginda sa.w; atau dengan merekayang mereka-reka pelbagai bid'ah yang melampau sikapnya dimana menolak bertawassul dengan orang yang telah meninggaldunia dari kalangan para nabi dan orang-orang yang soleh.Mereka mendakwa bahawa cara ini tidak disyariatkan atau bolehmenjadi syirik.

Peristewa Isra' dan Mikraj juga menjadi bukti bahawabertawassul dengan mereka yang telah meninggal dunia ituadalah diharuskan. Peristewa Nabi Muhammad s.a.w berulangalik menemui Nabi Musa yang telah wafat di mana menggalakkanRasulullah s.a.w untuk mohon diringankan fardhu solat daripadalima puluh waktu kepada lima waktu sahaja.

Dalam surah Al-Zuhruf ayat 45 Allah berfirman:

Ertinya: Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yangKami telah utuskan sebelummu; pernahkan Kami memberi hukummenetapkan sebarang Tuhan untuk disembah, selain dari AllahYang Maha Pemurah.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie:

Page 16: Al-Bayan 6 : Tawassul

16

Ertinya: Bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Padamalam Isra’ saya melalui Nabi s.a.w. di Kaaibil Ahmar, bagindaberdiri solat di kuburnya.

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa rasul-rasulsebelum Nabi Muhammad s.a.w walaupun mereka telah wafatlebih awal, namun masih boleh dihubungi dan berkomunikasidengan mereka dan ini berlaku semasa peristewa Isra' Mikraj dimana mereka telah menunaikan solat secara berjamaah denganNabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa a.s.

CONTOH BERTAWASUL

Untuk menjelaskan lagi persoalan ini, Ahli Sunnah wal Jamaahberhujah melalui dalil Al-Quran dan sunnah mengenai bolehnyaberdoa dengan bertawassul, iaitu:

Contoh bertawassul dengan Rasulullah s.a.w

1. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 64:

Ertinya: Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri merekasendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohonampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untukmereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.

Page 17: Al-Bayan 6 : Tawassul

17

Ayat ini dapat diertikan, bahawa setiap orang yang telahmelakukan dosa, kalau mereka datang kepada Nabi Muhammads.a.w (pada ketika masih hidup atau sesudah baginda wafat) danmeminta ampun ia kepada Allah di hadapan Nabi dan Nabimeminta ampunkan pula untuk orang itu nescaya pemohonannyadikabulkan Allah.

Mengikut K.H. Sirajuddin Abas, inilah yang dikatakanberdoa dengan bertawassul, iaitu datang kepada Nabi dan berdoadi hadapan Nabi, sedang Nabi meminta ampunkan ia pula, sudahpasti Allah menerima doanya itu.

Mungkin timbul persoalan, kalau kita minta doa kepadabaginda semasa baginda masih hidup dan baginda mendoakan,itu tidak timbul masalah, tetapi persoalannya ialah kini bagindasudah wafat, apakah baginda masih dapat mendoakan kita?Dalam soal ini Ahli Sunnah wal Jamaah menjawab dengan tegasbaginda dapat mendoakan kita kerana nabi hidup di alamkuburnya.

Pertanyaan lain mungkin timbul, apa salahnya kalau kitaberdoa terus kepada Allah tanpa melalui Nabi terlebih dahulu,apakah doa kita tidak diterima Allah?

Berdoa secara langsung boleh dan diterima oleh Allahdoanya, tetapi berdoa di hadapan Nabi lebih yakin untukdikabulkan sesuai dengan ayat 64 surah al-Nisa’ di atas.

Sebenarnya ayat ini mempunyai hikmah yang tinggi iaitusupaya orang beramai-ramai datang menziarahi Nabi supayamereka lebih mencintai Nabi, supaya mereka bertambah gigihmengikuti perjuangan Nabi dan supaya mereka bertauhidsedalam-dalamnya sebagaimana tauhid Nabi.

Persoalannya, adakah orang yang berdoa seperti inimenyembah Nabi? Sudah tentulah tidak, tidak sama sekali. Kalausemacam ini dinamakan menyembah Nabi sudah tentu tidakdianjurkan oleh Al-Quran berbuat sedemikian.9

Page 18: Al-Bayan 6 : Tawassul

18

2. Dalam kitab Fath Al-Bari disebutkan:

.Ertinya: Daripada Anas bin Malik berkata: Bahawasanya SaiyidinaOmar bin al-Khattab r.a. apabila berlaku kemarau beliau berdoabertawassul dengan Abas bin Abdul Muttalib (bapa saudara nabi).Omar bin al-Khattab berdoa: Ya Allah, bahawasanya kami pernahberdoa dengan bertawassul kepada Engkau dengan Nabi, makaEngkau turunkan hujan, dan sekarang kami bertawassul denganbapa saudara Nabi kami, maka turunkanlah hujan ya Allah, makaturunlah hujan kepada kami.10

Hadis ini memberikan pertunjuk kepada kita beberapa perkaraseperti berikut:

1. Saiyidina Omar al-Khattab adalah sahabat Nabi dan khalifahal-Rasyidin yang kedua, beliau pernah berdoa bertawassulkepada Nabi s.a.w untuk mohon diturunkan hujan pada musimkemarau. Beliau juga pernah berdoa dengan bapa saudara Nabi,Abas ibn Abdul Muttalib untuk mohon hujan dan doanyadikabulkan oleh Allah dan turunlah hujan sebagaimana yangdiminta.

3. Saiyidina Omar al-Khattab sebenarnya berdoa kepadaAllah, bukan meminta kepada Nabi atau kepada bapa saudaranabi iaitu Abas ibn Abdul Muttalib, tetapi melalui nama-namabeliau itu dirafa'kan kepada Allah.

4. Saiyidina Omar al-Khattab berdoa dengan bertawassulkepada bapa saudara Nabi bukan kepada Nabi s.a.w sendiriyang membuktikan bertawassul kepada orang yang lebih rendah

Page 19: Al-Bayan 6 : Tawassul

19

kedudukannya itu dibolehkan walaupun ada orang yang lebihtinggi darjatnya.

Adakah berdoa dengan bertawassul semacam ini syirik,kafir atau bid’ah? Sudah tentulah tidak, kerana kalau perlakuansedemikian dihukumkan syirik, kafir atau bid’ah sudah tentulahsahabat-sahabat Nabi khususnya Saiyidina Omar al-Khattab tidakakan berbuat demikian. Apa yang dapat disimpulkan ialah bahawaorang yang memfatwakan berdoa dengan bertawassul itu bid’ah,maka mereka itulah yang membuat bid’ah dalam iktiqad.

(

Ertinya: Daripada Uthman bin Hunaif, bahawasanya seorang laki-laki cacat pengelihatan datang kepada Nabi Muhammad s.a.w,maka ia berkata: Wahai Rasulullah, tolonglah mintakan kepadaAllah agar Ia menyembuhkan aku. Maka Nabi s.a.w. menjawab:Kalau engkau suka engkau boleh berdoa, dan kalau engkau sukaengkau boleh bersabar dan itulah yang terbaik bagimu. Orang itumendesak supaya didoakan, lalu Nabi s.a.w. menyuruh diamengambil air sembahyang dengan sempurna dan berdoadengan doa ini: “Ya Allah aku mohon kepadaMu dan akumengharap kepadaMu dengan NabiMu Muhammad s.a.w, nabipembawa rahmat. Sesungguhnya aku mengharapkan

Page 20: Al-Bayan 6 : Tawassul

20

pertolonganmu untuk menyampaikan kepada Tuhanku supayamenerima permohonan dan memperkenankan hajatku. Ya Allahjadikanlah baginda syafaat bagiku”.11

Dalam hadis ini berdoa dengan bertawassul lebih dekatdikabulkan Allah. Sekiranya perkara ini tidak diharuskan sudahtentu dilarang oleh nabi s.a.w, tetapi yang berlaku sebaliknya iaitubaginda menganjur dan mengajarkan doa yang perlu dibaca olehlelaki tersebut.

Contoh bertawassul dengan para anbiya’ (nabi-nabi).

Hadis riwayat Al-Thobarani, dikatakan hadis ini hadis hasan:

Ertinya: Bahawasanya Nabi s.a.w pernah berdoa denganmengatakan: Dengan hak nabiMu dan nabi-nabi sebelum aku.

Ini bermakna bahawa Nabi s.a.w pernah bertawassuldengan nabi-nabi sebelum baginda. Ini adalah tawassul kepadaorang-orang yang mulia pada sisi Allah yang telah meninggaldunia.

Contoh bertawassul dengan orang-orang yang mulia

Hadis daripada Abi Said Al-Khudri:

Page 21: Al-Bayan 6 : Tawassul

21

Ertinya: Daripada Abi Said al-Khudri daripada Nabi s.a.wbersabda: Barang siapa keluar daripada rumahnya hendak pergisolat, lalu ia berdoa: Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dengan‘hak’ semua orang yang berdoa kepadaMu, dan saya mohon doadengan ‘hak’ perjalanan aku ini kepadaMu. Aku tidak keluarkerana bermegah-megah, tidak pula kerana sombong, tidak pulakerana hendak menunjuk-nunjuk dan hendak dipuji, aku keluarkerana takut kepada kemurkaanMu dan hendak menuntutkeredhaanMu, aku mohon dijauhkan daripada neraka dandimasukkan ke dalam syurga serta diampuni dosa-dosaku, keranatidak ada yang mampu mengampuni dosaku melainkan Engkau.Lalu Nabi mengatakan: Bahawa Tuhan mengatakan Aku ampunibaginya.

Doa yang diajarkan oleh nabi s.a.w ini mengajar kita untukbertawassul dengan doa semua orang yang berdoa kepada Allahdan dengan perjalanannya ke tempat solat. Ini tawassul denganamal ibadat namanya.

Contoh bertawassul dengan amal soleh yang telah dilakukan.

Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar:

Page 22: Al-Bayan 6 : Tawassul

22

Ertinya: Daripada Ibn Omar, daripa Nabi s.a.w. bersabda: Padazaman dahulu kala ada tiga orang dalam perjalanan, tiba-tibaturunlah hujan, lalu mereka berteduh ke dalam sebuah gua padasuatu bukit. Kebetulan runtuhlah batu-batu dan menutupi pintugua tersebut. Salah seorang daripada mereka berkata kepadakawannya: Berdoalah kepada Allah dengan berkat amal solehyang pernah engkau lakukan. Lalu salah seorang itu berdoa: YaAllah sesungguhnya aku mempunyai dua orang ibu bapa yangsudah tua. Saya keluar mengembala dan saya perah susugembalaanku, lalu aku bawa susu itu pulang untuk minuman ibubapaku, anak-anak dan isteriku dengan susu itu. Pada suatu hariaku terlambat pulang, aku dapati ibu bapaku sudah tidur, akutidak mahu menganggu mereka, padahal anak-anak sudahbertangisan meminta susu di bawah kakiku, begitulah aku tunggusampai pagi. Ya Allah, kalau Engkau tahu bahawa aku melakukanamal itu kerana semata-mata menuntut keredhaanMu, makabukakanlah pintu gua ini sehingga kami dapat keluar semula. Nabis.a.w menjelaskan lebih lanjut bahawa pintu gua itu dibuka olehAllah. Yang berdua lagi berdoa dengan bertawassul dengan amalsoleh mereka masing-masing.12

Hadis ini mengajar kita supaya umatnya melakukanamalan yang serupa sebagaimana yang dilakukan oleh mereka

Page 23: Al-Bayan 6 : Tawassul

23

yang terperangkap di dalam gua itu apabila menghadapi sebarangkesusahan iaitu bertawassul dengan amal soleh.

Mereka bertawassul dengan amal soleh yang telah merekakerjakan tanpa menyebut: ya Allah bukalah pintu gua ini, tetapidengan mengatakan: Ya Allah berkat amal soleh yang telah akulakukan, bukalah pintu gua ini.

Page 24: Al-Bayan 6 : Tawassul

24

PERBEZAAN ANTARA IBADAT DENGAN TAWASSUL

Imam al-Syed Izzuddin Madhi Abi al-Aza'im mengatakan,bahawa sujud tidak dikira ibadat dan tidak dianggap kufur kecualibergantung kepada niatnya. Sujud para malaikat kepada Adamadalah ibadah kepada Allah S.W.T. bukan kepada Adam keranamalaikat mematuhi perintah Allah dan mengagungkanNya. Sujudkerana memberi penghormatan adalah diamalkan pada syariat-syariat yang lalu sebelum daripada Islam. Ini dibuktikan melaluisujudnya Nabi Yaakob dan anak-anaknya kepada Nabi Yusofsebagaimana termaktub dalam surah Yusof ayat 100:

...

Ertinya: Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya)di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanyatunduk memberi hormat kepada Yusuf.

Ibadat mengikut bahasa dan syarak maknanya tunduk danpatuh mengabdikan diri kepada yang disembah, justeru itu bukanbererti setiap memberi hormat itu bererti ibadah.

Ada pendapat yang mengatakan: Bahawa bertawassuldan Istighasah dengan para nabi dan wali-wali merupakanberibadat kepada selain daripada Allah S.W.T pada anggapanmereka dikiaskan kepada penyembahan kepada api (authan), iniadalah kias yang tidak betul berdasarkan dalil-dalil berikut:

1. Golongan ini kurang memahami hakikat ibadat. Ibadatialah kepatuhan yang mutlak dengan niat menghampirkan dirikepada Allah, ini tidak berlaku kecuali kepada yang paling agung.Lantaran itu golongan salaf ada mengatakan: Sesiapa yangmenyembah Allah kerana inginkan syurga atau takutkan neraka,mereka masih lagi belum menyembah Allah dalam erti kata yangsebenar-benarnya, kerana mereka menjadikan balasan tersebutsebagai matlamat dan amalan itu sebagai wasilah. Contohnyatujuan solat adalah untuk mengharapkan keredhaan Allah bukanuntuk mendapatkan syurga atau mengelakkan neraka. Jika solathanya kerana syurga atau menjauhkan daripada neraka,bermakna ia masih tidak memenuhi tuntutan solat dalam erti kata

Page 25: Al-Bayan 6 : Tawassul

25

yang sebenar iaitu mematuhi titah perintah Allah yang diertikansebagai ibadat.

2. Perbezaan antaran ibadat dengan tawassul. Bahawaibadat kepada selain daripada Allah S.W.T mencakupi menentangperintah Allah, menetapkan yang layak disembah selain daripadaAllah, dan menjadikan selain daripada Allah S.W.T itu sebagaipenyembahan dan memberikan kepatuhan sedangkan ia tidaklayak disembah dan dipatuhi.

3. Kejahilan golongan ini mengenai hakikat ibadat membawamereka kepada kias atau perbandingan yang tidak tepat, iaitumereka mengkiaskan sesuatu perkara yang tidak boleh dikatakanibadat sebagai ibadat seperti melakukan nazar danpenyembelihan bukan kerana Allah seperti yang dilakukan dizaman jahiliah.

4. Keseluruhan para ulama' mensyaratkan mengenai sahnyakias (perbandingan) hendaklah apa yang dikiaskan itu tidakdinaskan dalam al-Quran dan sunnah. Yang dikiaskan disini ialahTawassul, ia dinaskan di dalam al-Quran dan sunnah, maka kiaspada perkara yang ada nas adalah batal mengikut ijmak.13

Page 26: Al-Bayan 6 : Tawassul

26

TANGGAPAN GOLONGAN WAHHABI MENGENAI TAWASSUL

Tawassul dengan para nabi dan wali-wali pada pandangangolongan ini dianggap sebagai syirik seperti golongan penyembahapi. Ia berhujah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran yangditurunkan kepada golongan musyrikin di mana diturunkan ke atasumat Muhammad yang mengesakan Allah S.W.T, antaranyafirman Allah dalam surah al-Jin ayat 18:

18Ertinya: maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapunbersama-sama Allah.

FirmanNya dalam surah al-Ahqaf ayat 5:

5Ertinya: Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitungamalnya pada hari akhirat), menjadilah segala yang disembah itumusuh kepada orang-orang yang menyembahnya, dan segalayang disembah itu juga tidak mengakui serta mendustakanpenyembahan mereka kepadanya.

FirmanNya lagi dalam surah Yunus ayat 106:

106Ertinya: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembahatau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkanmanfa'at kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudaratkepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yangdemikian, maka pada sa'at itu menjadilah engkau dari orang-

Page 27: Al-Bayan 6 : Tawassul

27

orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatansyirik itu).

FirmanNya lagi dalam surah Fatir ayat 13-14:

1314Ertinya: Allah jua yang memasukkan malam pada siang danmemasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia yangmemudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu darikeduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yangmelakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu bagiNyalahkuasa pemerintah; sedang mereka yang kamu sembah - yang laindari Allah - tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaputbiji korma.

Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamusembah itu): mereka tidak mendengar permohonan kamu, dankalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapatmemberikan apa yang kamu pohonkan itu; dan pada hari kiamatpula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah)tidak ada yang dapat memberitahu kepadamu (wahai Muhammadakan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah YangMaha Mendalam PengetahuanNya.

FirmanNya lagi dalam surah al-Syu’ara’ ayat 213:

.213Ertinya: Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembahtuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akanmenjadi dari golongan yang di kenakan azab seksa.

FirmanNya lagi dalam surah al-Ra’du ayat 14:

Page 28: Al-Bayan 6 : Tawassul

28

14Ertinya: Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagiAllah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dariAllah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupunkepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkankedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya,padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dantiadalah ibadat dan do'a permohonan orang-orang kafir itumelainkan dalam kesesatan.

FirmanNya lagi dalam surah al-Isra’ ayat 56-57:

5657Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik):"Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberipertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidakberkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapatmemindahkannya".

Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masingmencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (denganberbuat ibadat), sekalipun orang yang lebih dekat kepadaTuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan

Page 29: Al-Bayan 6 : Tawassul

29

gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu,adalah (perkara yang semestinya) ditakuti.

Dan lain-lain ayat lagi yang diturunkan kepada orangmusyrikin. Golongan Wahhabi menyangka bahawa setiap orangyang bertawassul dengan Nabi s.a.w dan lainnya daripadakalangan para nabi dan wali-wali adalah dikatigorikan dalamgolongan orang musyrikin. Yang menyebabkan mereka keliruialah bahawa pengajarannya berdasarkan lafaz yang umumbukan kerana sebab yang khusus.14

MENOLAK TANGGAPAN WAHHABI

1. Ayat-ayat yang didakwa oleh golongan Wahhabi sebagaiperilaku orang-orang kafir tidak ada kaitan langsung denganorang-orang Islam yang bertawassul itu, kerana doa yang tersebutdi dalam ayat-ayat itu mempunyai berbagai makna, antaranyadinamakan nisbah iaitu menisbahkan mereka kepada golonganmusyrikin. Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 5:

5Ertinya: maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamuyang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu.

FirmanNya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 23:

23Ertinya: dan panggillah orang-orang yang akan percaya bolehmenolong kamu selain dari Allah.

FirmanNya lagi dalam surah Ghafir ayat 60:

60Ertinya: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankandoa permohonan kamu.

Page 30: Al-Bayan 6 : Tawassul

30

FirmanNya lagi dalam surah al-nahl ayat 125:

125Ertinya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) denganhikmat kebijaksanaan

FirmanNya lagi dalam surah Yasiin ayat 57:

57Ertinya: dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

FirmanNya lagi dalam surah Yunus ayat 10:

10Ertinya: Do'a ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah: (MahaSuci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan).

2. Adapun mengikut ayat-ayat yang dipetik oleh golonganWahhabi itu, kesemuanya dianggap sebagai ibadah, sedangkanorang Islam tidak menyembah selain daripada Allah. Tidak adaorang-orang Islam daripada kalangan Ahli Sunnah wal Jamaahyang mengambil atau menjadikan nabi-nabi dan wali-wali sebagaiTuhan dan menjadikannya sebagai sekutu Allah sehingga merekamerangkumkan kesemua ayat-ayat tersebut. Orang Islam tidakmengiktiqadkan para nabi dan wali layak disembah, keranamereka (para nabi dan wali) tidak menjadikan sesuatupun,mereka juga tidak boleh memberi manfaat dan mudharat,malahan mereka hanyalah hamba Allah. Apa yang dimintakepada mereka dengan cara bertawassul kepada Allah ituhanyalah sebagai tabarruk atau mengambil berkat disebabkanmereka itu sebagai kekasih Allah yang paling hampir dan denganberkat mereka dapatlah rahmat para hamba Allah itu.

Golongan Wahhabi mendakwa bahawa alasan orang yangbertawassul itu samalah dengan alasan orang-orang musyrikinyang Allah jelaskan mengenai alasan mereka menyembahberhala, seperti firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 3, iaitu:

Page 31: Al-Bayan 6 : Tawassul

31

:3

Ertinya: Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dariAllah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata):"Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supayamereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya".

Untuk menolak dakwaan tersebut dapat dijelaskan sepertiberikut:

1. Orang-orang musyrik menjadikan berhala-berhala itusebagai Tuhan mereka, sedangkan orang Islam tidakmengiktiqadkan kecuali Tuhan yang satu, pada mereka para nabiadalah nabi dan wali-wali itu adalah wali, mereka tidakmenyembah nabi dan wali sebagai Tuhan seperti orang musyrikin.

2. Orang musyrikin mengiktiqadkan Tuhan mereka (berhala)layak untuk mengabdikan diri (ibadah), berbeza dengan orangIslam, mereka tidak mengiktiqadkan sesiapa pun yang dijadikanperantara dalam bertawassul itu layak dipatuhi dan di disembahmelainkan Allah S.W.T jua.

3. Orang-orang musyrikin betul-betul menyembah tuhan(berhala) sebagaimana dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Zumar ayat 3 yang ertinya: Kami tidak menyembah ataumemujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kamikepada Allah sedamping-dampingnya. Sedangkan orang Islamtidak menyembah nabi-nabi dan wali-wali dalam tawassul merekakepada Allah S.W.T.

4. Orang-orang musyrikin bertujuan dengan penyembahanberhala-berhala mereka itu sebagai cara mendampingkan dirikepada Allah S.W.T. Sedangkan orang Islam tidak bertujuandengan bertawassul melalui para nabi dan wali itu untukmenyembahnya, malahan ia hanya mengambil berkat danmengharapkan syafa'at melalui mereka. Mengambil berkatdengan sesuatu adalah berbeza sama sekali denganmenghampirkan diri sebagai penyembahan.15

Page 32: Al-Bayan 6 : Tawassul

32

MENAFIKAN TAWASSUL ATAU WASILAH

Imam al-Syed Izzuddin Madhi Abi al-Aza'im dalam "AiyuhalQarniyyuna Halla Faqihtum" menjelaskan bahawa orang yangmenolak bertawassul atau menggunakan wasilah adalahmelakukan suatu dosa dan mendapat kemurkaan Allah S.W.Tkerana beberapa sebab:

1. Golongan ini telah melakukan pembohongan terhadapAllah S.W.T dengan mengingkari penggunaan wasilah,sedangkan mengingkari Allah itu adalah melakukan dosa besar,kerana perkara ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Maidah ayat 35:

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, Bertaqwalah kepadaAllah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya(dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya).

FirmanNya lagi dalam surah Al-Isra' ayat 57:

…Ertinya: Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masingmencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (denganberbuat ibadat), sekalipun orang yang lebih dekat kepadaTuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dangerun takut akan azabNya.

2. Bercanggah dengan firman Allah dalam surah al-Nahl ayat125:

Page 33: Al-Bayan 6 : Tawassul

33

...

Ertinya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) denganhikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, danberbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengancara yang lebih baik.

Adalah menjadi kewajipan seorang pendakwah untukmelaksanakan tuntuan ayat ini, kerana apabila dalam diriseseorang pendakwah itu mempunyai perasaan dengki dansangka buruk kepada orang lain, ia akan membuka ruangberlakunya tuduhan yang membuta tuli atau melulu terhadapmereka yang diserunya, mereka akan terjebak melakukan dosabesar disebabkan usahanya untuk menolak sesuatu yangdianggapnya sebagai bid'ah, seterusnya akan menjerumuskandirinya dan orang lain dalam melakukan dosa yang dijanjikan olehAllah ke atasnya dengan neraka jahanam sebagaimana dijelaskandalam surah al-Anfal ayat 46:

Ertinya: dan .janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidaknescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatankamu.

3. Perkara ini telah menimbulkan prasangka buruk kepadaorang awam di mana dengan iktiqad tersebut mereka telahmenghina kewibawaan Rasulullah s.a.w sebagai seorang rasuldengan menghukumkan sunnah nabi itu sendiri sebagai bid'ahyang menyesatkan disebabkan kejahilan mereka sehinggamereka tidak beramal dengan sunnah tersebut. MenghinaRasulullah s.a.w merupakan suatu dosa besar sebagaimanadijelaskan oleh Allah dalam surah al-Nisa' ayat 65:

Page 34: Al-Bayan 6 : Tawassul

34

Ertinya: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad), Mereka tidakdisifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakimdalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka,kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatukeberatan dari apa yang telah dihukumkan, dan merekamenerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

4. Mereka dengan angkuh dan mendabik dada menganggapdiri mereka sahaja yang sempurna dan samapi ke tahap ulama'dan pendakwah tulin, sedangkan inilah yang dibenci dan dilarangoleh Allah sebagaimana dijelaskan dalam surah al-Kahf ayat 103-104:

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah, Kamikhabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya? "(Iaitu) orang-orang yang telahsia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang merekamenyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apasahaja yang mereka lakukan.

Allah telah memberikan cubaan kepada mereka dan orangyang seumpamanya sekalipun mereka telah terlebih dahuluberiman, kerana ini merupakan antara dosa besar sebagaimanafirman Allah dalam surah al-A'raf ayat 37:

Ertinya: Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yangberdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya.

Page 35: Al-Bayan 6 : Tawassul

35

Hingga kepada firman Allah seterusnya dalam surah al-A'raf ayat38:

Ertinya: Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akansaudaranya (golongannya sendiri).

Mengikut Imam Abi Al-Aza'im lagi: "Aku mengatakansedemikian kerana pada tanggapanku bahawa golongan ini belumlagi sampai ke tahap mujtahid yang mendapat satu ganjaranwalaupun mereka tersilap".

Mengapa tidak? Orang yang berijtihad itu merupakanorang yang paling sempurna dari segi cara mereka beradabdengan Nabi s.a.w, orang yang ilmunya mendalam mengenaisesuatu perkara dan permasalahan di mana dalam persoalan ini,ia akan meletakkan seseorang yang bertawassul di satu tempatdan orang yang dikira beribadat di satu tempat yang lain bukandihukum secara melulu tanpa usul periksa. Mereka mempunyaimaklumat yang betul dalam sesuatu perkara dan tahu bagaimanacara mengatasi sesuatu permasalahan dalam masa yang sama.Ini semua merupakan wasilah untuk mendekatkan diri kepadaAllah S.W.T. Mereka yang menghukum seseorang Islam danberiman itu dengan hukuman kafir, syirik atau melakukan maksiatdi sebabkan kejahilan mereka sendiri mengenai sesuatu perkara,adalah merupakan orang yang dilaknat oleh Allah S.W.T kerana iamembohongi Allah, sebagaimana dijelaskan dalam surah AliImran ayat 61:

Ertinya: Kita meminta supaya la'nat Allah ditimpakan kepadaorang-orang yang berdusta.

Tanggungjawab Kita

Kewajipan kita sekarang ialah menutup ruang yang bolehmenimbulkan fitnah atau menyebarkan sesuatu yang sensasiserta menyerahkan urusan yang berkaitan itu kepada pentadbiran

Page 36: Al-Bayan 6 : Tawassul

36

agama dan pegawai-pegawai yang ahli dalam persoalan inisupaya kita dapat mengetahui mana yang benar dan mana yangsalah dari apa yang kita lakukan itu. Bila kita sudah mengetahuikeadaan sedemikian, marilah kita selesaikan permasalahan yangtimbul dengan kembali kepada nas-nas syarak iaitu al-Quran dansunnah.

Dalam hubungan ini, persoalan mengenai tawassul atauwasilah itu sebenarnya ialah menghampirkan diri kepada Allahdengan sesuatu yang dikasihiNya melalui penerapan akidah,ibadah, muamalah dan akhlak. Antara pendekatan yang bolehmenyampaikan hajat kita kepada Allah ialah melalui mereka yangdikasihiNya iaitu para nabi dan orang-orang yang soleh darikalangan wali-wali dan lainnya.

Ahli Sunnah wal Jamaah mengharuskan kita bertawassuldengan orang yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.Kerana mereka adalah hidup di alam barzah yang bolehmenyampaikan hajat kita kepada Allah S.W.T.

Kita perlu bertawassul kepada Allah S.W.T dengan amalanyang dilakukan oleh Nabi s.a.w, percakapan, perilaku danpengakuan Baginda s.a.w . Ini semua tidak akan tercapai kecualimengikut apa yang disunnahkan oleh Nabi s.a.w. Maka orangyang menolak bertawassul atau wasilah dengan Nabi s.a.wbermakna ia menolak sebab atau kaedah yang telah ditetapkanoleh Allah untuk diamalkan oleh hamba-hambaNya.

Di dalam surah al-Israk ayat 57 Allah berfirman:

...

Ertinya: Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masingmencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (denganberbuat ibadat), sekalipun orang yang lebih dekat kepadaTuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dangerun takut akan azabNya.

Page 37: Al-Bayan 6 : Tawassul

37

Manakala rahmat yang diharapkan itu jelas sebagaimanafirman Allah dalam surah al-Anbiak ayat 107:

Ertinya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahaiMuhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalianalam.16

KESIMPULAN

Syeikh Syed Zaini Dahlan, seorang bekas Mufti bermazhab Syafiedi Makkah al-Mukarramah pada abad yang lalu mengungkapkanmengenai bertawassul itu dengan katanya:

Kesimpulannya, menurut fahaman Ahli Sunnah walJamaah adalah harus dan sah bertawassul dengan NabiMuhammad s.a.w, baik ketika baginda masih hidup mahu punsesudah baginda wafat. Begitu juga boleh bertawassul dengannabi-nabi dan rasul-rasul yang lain, dengan para wali dan orang-orang yang soleh sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis-hadisyang telah kami terangkan terdahulu.

Kami kaum Ahli Sunnah wal Jamaah mengiktiqadkanbahawa tiada seorang pun yang dapat memberi bekas,mengadakan, menjadikan, meniadakan, memberi manfaat danmemberi mudharat kecuali hanya Allah S.W.T yang Maha Esayang tiada sekutu bagiNya.

Kita tidak mempercayai nabi boleh memberi bekas, nabiboleh memberi manfaat dan mudharat pada hakikatnya, demikianjuga dengan nabi-nabi yang lain, baik orang yang telah meninggaldunia mahu pun yang masih hidup.

Dalam soal ini tidak ada perbezaan bertawassul denganNabi s.a.w dan nabi-nabi yang lain, rasul-rasul, wali-wali danorang-orang soleh, juga tidak ada perbezaan antara bertawassuldengan mereka yang hidup atau yang telah meninggal dunia,

Page 38: Al-Bayan 6 : Tawassul

38

kerana mereka tidak menciptakan sesuatu, mereka tidakberkuasa sama sekali, hanya berkat mereka diambil keranamereka kekasih Allah, yang mencipta dan mengadakan hanyalahAllah, yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Orang-orang yangmembezakan antara orang yang hidup dengan orang meninggaldunia, maka orang itu mengiktiqadkan bahawa orang hidup bolehmencipta sesuatu dan orang meninggal dunia tidak boleh berbuatsesuatu.

Kita berkeyakinan dan beriktiqad bahawa yang menjadikantiap-tiap sesuatu adalah Allah dan Allah itu menjadikan kita danmenjadikan pekerjaan orang-orang yang membolehkanbertawassul dengan orang yang masih hidup, tetapi melarangbertawassul dengan orang yang telah meninggal dunia, makaorang itu pada hakikatnya telah masuk syirik dalam iktiqad dantauhid mereka, kerana mereka mengiktiqadkan bahawa yanghidup boleh mencipta, sedang orang telah meninggal dunia tidakboleh lagi.

Orang-orang yang beriktiqad sedemikian, bagaimana pulamereka mengatakan bahawa mereka memelihara tauhid, danorang dikatakannya pula telah masuk pada syirik, sedang padahakikatnya merekalah yang kemasukan syirik. Maha Suci Engkauwahai Tuhan, itulah pembohongan mereka yang besar.17

Page 39: Al-Bayan 6 : Tawassul

39

ISTIGHATHAH

Mukadimah

Al-Istighathah () maknanya minta disampaikan permohonan

melalui seseorang kepada Allah S.W.T untuk menunaikanhajatnya. Kerana tiada siapa bersama-sama Allah S.W.T dari segimelakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu, dan orang yangdiminta pertolongan itu hanyalah sebagai sebabuntukmendapatkan syafaat, doa dan menyempurnakan hajat.

Antara Tawassul dengan Istighathah itu maknanya hampirsama iaitu minta pertolongan melalui perantara. Tawassul lebihumum kerana ia boleh dilakukan kepada mereka yang masihhidup dan mereka yang telah meninggal dunia. ManakalaIstighathah lebih khusus kepada mereka yang telah meninggaldunia.

K.H. Sirajuddin Abbas dalam Iktiqad Ahli Sunnah walJamaah, 1996, (409-411) mengatakan: Golongan Wahhabimenghukumkan syirik orang yang meminta tolong selain daripadaAllah S.W.T. Dalam kitab Al-Hidayah al-Sunniyah wa al-Tuhfah al-Wahhabiyyah karangan ulama' Wahhabi, hal. 66 mengatakan:

Page 40: Al-Bayan 6 : Tawassul

40

"Barang siapa menjadikan malaikat, nabi-nabi, Ibn Abbas, Ibn AbiTalib atau mahjub perantaraan antara mereka dengan Allah,kerana mereka dekat kepada Allah, seperti yang banyak diperbuatorang di hadapan raja-raja, maka orang itu kafir, musyrik, halaldarahnya dan hartanya, walaupun ia mengucap dua kalimahsyahadah, walaupun ia sembahyang, puasa dan mendakwakandirinya muslim."

Jelas K.H. Sirajuddin Abbas lagi: Terang menurut bukuWahhabi ini bahawa kaum Wahhabi mengkafirkan sekalian orangIslam yang sudah membaca syahadah kalau orang Islam itumenjadikan malaikat, nabi-nabi, Ibnu Abi Talib (maksudnyaSaiyidina Ali) atau mahjub menjadi perantaraan mereka denganAllah.

Erti "menjadi perantara" yang dilarang itu – menurutfahaman Wahhabi ialah beristighathah dengan mereka.Tegasnya: "Siapa yang beristighathah menjadi syirik".

Contoh Istighathah ialah: Seorang muslim datangmenziarahi kuburan (makam) Nabi di Madinah, lantas di situ iaberdoa kepada Nabi: "Wahai Rasulullah (pesuruh Allah), wahaihabibullah (kekasih Allah), wahai saiyiduna (penghulu kami) nabiMuhammad nabi akhir zaman, berilah kami syafaatmu di akhiratnanti, mintakanlah kepada Allah supaya kami selamat di duniadan akhirat". Inilah ucapan orang yang beristighathah.

Cara ini syirik menurut golongan Wahhabi, kerana terdapatbeberapa unsur berikut:

1. Memanggil dan berdoa kepada orang yang telahmeninggal dunia, sedang orang itu sudah menjadibangkai.

2. Meminta atau memohon pertolongan kepada orangmeninggal dunia, kepada makhluk, sedang yang bolehdijadikan tempat memohon pertolongan itu hanyalah Allahsahaja.

Page 41: Al-Bayan 6 : Tawassul

41

3. Menjadikan nabi itu sebagai perantaraan, antara diadengan Allah, padahal setiap orang Islam boleh berdoasecara langsung kepada Allah, sedangkan Allah itu dekatkepada sekalian hambaNya.

Inilah unsur-unsur kemusyrikan dalam istighathah itu dankerananya orang itu menjadi syirik kalau mengamalkannya. 18

Ahli Sunnah wal Jamaah yang beriktiqad sebagaimanaiktiqad Nabi Muhammad s.a.w yang diketuai oleh Imam AbuHassan al-Asy'ari tidak sefahaman dengan fahaman Wahhabidalam soal ini. Mereka berpendapat:

1. Dibolehkan memanggil dan berdoa ataumenghadapkan permohonan kepada orang yangtelah meninggal dunia. Ia tidak dilarang, malahandilakukan oleh Nabi dan para sahabat serta umatIslam di seluruh dunia.

2. Nabi Muhammad s.a.w walaupun Baginda sudahwafat, tetapi baginda hidup dalam kubur danmendengar semua ucapan salam dan semuapermintaan orang seperti keadaan bagindasewaktu hidup di dunia.

3. Dibolehkan meminta pertolongan melalui nabi danorang-orang yang soleh untuk dikabulkan hajatseseorang oleh Allah, Ia tidak dilarang dalamagama.

Inilah perbezaan fahaman antara Ahli Sunnah wal Jamaahdengan Wahhabiyah. Fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah iniberdasarkan dalil-dalil berikut, antaranya:

Page 42: Al-Bayan 6 : Tawassul

42

DALIL DARIPADA SUNNAH

1. Nabi menyeru roh orang yang telah meninggal dunia.

Dalam Sunan al-Nasa'i terdapat hadis yang diriwayatkanoleh al-Nasa'i daripada Anas r.a:

Ertinya: "Daripada Anas r.a berkata: Pada suatu malam, orang-orang Islam mendengar Rasulullah s.a.w menyeru dekat telagaBadr: Wahai Abu Jahal ibnu Hisyam, Syaibah ibnu Rabi'ah danUmaiyah ibnu Khalaf! Adakah kamu menerima ganjaran siksayang telah dijanjikan Allah kepadamu sekalian? Saya sudahmenerima apa yang dijanjikan Allah kepada saya. Sahabat-sahabat ketika itu bertanya kepada Nabi: Kenapakah Nabimemanggil orang-orang yang sudah menjadi bangkai? MakaNabi menjawab: Mereka mendengar apa yang aku ucapkanmelebihi daripada pendengaran kamu, tetapi mereka tidak mampumenjawabnya".19

Dalam hadis ini jelas bahawa Nabi pernah dan adamemanggil orang-orang yang sudah meninggal dunia, yang sudah

Page 43: Al-Bayan 6 : Tawassul

43

menjadi mayat. Kejadian yang diterangkan dalam hadis ini ialahsesudah peperangan Badr, di mana ramai orang-orang Quraisyyang meninggal dunia bergelimpangan mayatnya di dalam telagaBadr yang mana namanya antara yang dipanggil oleh Nabi itu.Tidak berapa lama sesudah peperangan Badr, Nabi Muhammads.a.w bersama sahabat baginda s.a.w datang ke telaga itu danmengucapkan perkataan tersebut di atas.

Apa yang dapat dipetik daripada hadis ini ialah:

Nabi ada memanggil dan menghadapkanpecakapan kepada orang-orang yang telahmeninggal dunia.

Orang-orang yang telah meninggal dunia,walaupun dia sudah meninggal dan dikuburkan,mereka dihidupkan kembali secara hidup di alambarzah, sehingga mereka mendengar kembaliseruan orang hidup yang menyerunya.

Menyeru orang yang telah meninggal duniatidaklah dilarang. Kerana Nabi sendiri menyeruorang kafir yang sudah meninggal dunia di sebuahtelaga selepas peperangan Badar berakhir.20

2. Memberi salam kepada ahli kubur.

Dalam kitab Syarah Muslim (7/45) disebutkan bahawaNabi Muhammad s.a.w mengajarkan umatnya apabila menziarahikubur supaya membaca salam:

Ertinya: Selamat sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur ini darikalangan orang-orang mukmin dan muslim, sesungguhnya kami

Page 44: Al-Bayan 6 : Tawassul

44

dengan izin Allah akan menuruti kamu dan kami bermohonkepada Allah semoga mengurniakan kesejahteraan untuk kamidan untuk kamu. (Hadis riwayat Muslim).

Daripada hadis ini jelas menunjukkan bahawa dalamsyariat Islam boleh menghadapkan percakapan kepada orangyang telah meninggal dunia seolah-olah kita berbicara denganorang-orang yang masih hdup.

Dalam hadis ini ada kalimah "salam untukmu" kami akanmengikuti kamu, dan kami mohon afiat untuk kami dan untukkamu.

Jadi, kalau dilihat dari kenyataan ini bermakna bahawafahaman yang mengharamkan pembicaraan kepada orang yangtelah meninggal dunia, adalah pendapat yang bertentangandengan hadis di atas.

3. Mengucap salam dan selawat kepada Nabi s.a.w dalamsolat lima waktu.

Disebutkan dalam Fath al-Bari, Syarah Bukhari (2/456-458), Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya: Sekiranya ada di antara kamu sembahyang, makahendaklah membaca: Tahiyat itu untuk Allah, juga sembahyangdan sekalian ucapan yang baik. Salam ke atasmu wahai NabiMuhammad dan rahmat Allah dan berkatNya.

Hadis ini menjelaskan bahawa setiap orang yangmenunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam tetapmencucapkan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w denganmenghadapkan perkataan secara langsung, iaitu dengan ucapan"salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi (Nabi Muhammad s.a.w)".

Page 45: Al-Bayan 6 : Tawassul

45

Ini membuktikan bahawa Nabi itu hidup dalam kubur dan kitaboleh menghadapkan pembicaraan kepada baginda s.a.w.

4. Memberi salam kepada Nabi.

Dalam kitab Sunan Abi Daud (2/218) disebutkan hadiskhusus di mana Baginda s.a.w bersabda tentang dirinya sendiriiaitu daripada Abu Hurairah:

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.wbersabda: Sesiapa sahaja yang mengucapkan salam kepadakunescaya Allah akan mengembalikan rohku sehingga aku bolehmenjawab salamnya.

Imam Zarqani dalam kitab Syarah al-Mawahibmentafsirkan hadis ini, bahawa hadis ini suatu bukti bahawa Nabiterus menerus hidup dalam kubur Baginda s.a.w kerana padasetiap saat ada orang yang selawat kepada Nabi Muhammads.a.w di atas dunia yang luas ini.21

5. Mohonkan keampunan kepada Allah.

Dalam hadis riwayat Abu Daud menjelaskan:

Page 46: Al-Bayan 6 : Tawassul

46

Ertinya: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w apabila selesaimengkebumikan si mati, Baginda s.a.w berhenti sejenak danberkata kepada sahabat-sahabat Baginda s.a.w: Mintaampunkanlah saudara kamu ini kerana ia sekarang sedang disoal.(Riwayat Abu Daud).

Ini bermakna bahawa orang yang telah meninggal duniadihidupkan dalam kuburnya dan ditanya itu dan ini oleh malaikatMunkar dan Nakir.

6. Si Mati mendengar hentakan tapak kaki

Hadis daripada Anas:

Ertinya: Daripada Anas bin Malik daripada nabi s.a.w bagindabersabda: Hamba-hamba Allah apabila diletakkan dalamkuburnya dan orang-orang yang menghantarnya sudah mulaikembali, maka mayat itu mendengar bunyi hentakan kasutmereka. (Sohih Bukhari : (1/169).

Hadis ini menjelaskan bahawa orang yang sudahmeninggal dunia itu mendengar sampai kepada hentakan kasut,apa lagi kalau dipanggil. Ini menolak sama sekali dakwaansetengah orang yang mendakwa orang yang sudah meninggaldunia tidak mendengar apa-apa lagi.

Page 47: Al-Bayan 6 : Tawassul

47

7. Istighathah kepada nabi-nabi supaya nabi-nabimemintakan kepada Allah disegerakan hisab.

Hadis riwayat Al-Bukhari dalam (Sohih al-Bukhari (4/98).

Ertinya: Rasulullah bersabda: Allah menghimpunkan manusiapada hari kiamat, maka manusia itu berkata sesama mereka:Kiranya kita minta syafaat, minta bantuan untuk menyampaikanpermohonan kita kepada Allah supaya kita dapat kesenangan,maka mereka datang kepada Nabi Adam ... dan lain-lain.

8. Istighathah di kubur Nabi.

Dalam kitab Syawahid al-Haq karangan Syeikh Yusof ibnIsmail al-Nabhani hal. 138, menjelaskan:

Ertinya: Menurut hadis sahih yang panjang, bahawasanyakemarau telah menimpa manusia di zaman pemerintahan Umar

Page 48: Al-Bayan 6 : Tawassul

48

ibnu al-Khattab, maka datang seorang lelaki ke makam NabiMuhammad s.a.w, dan ia berkata: Wahai Rasulullah! Mintakanlahhujan untuk umatmu kerana mereka hampir binasa. Kemudianlelaki itu bermimpi kedatangan Nabi dan Nabi mengatakan:Bahawa Hujan akan turun. Memang sesudah itu hujah pun turun.

Dalam hadis ini disebutkan juga suruhan Nabi kepadalelaki itu supaya ia menyampaikan salam Nabi kepada SaiyidinaUmar dan mengkhabarkannya bahawa hujan akan turun.22

Page 49: Al-Bayan 6 : Tawassul

49

Kesimpulan

Mengikut fahaman Ahli Sunah wal Jamaah, bahawaberistighathah dengan mereka yang sudah meninggal duniaadalah dibolehkan, umpama dikatakan: Ya Rasulullah! Keranabaginda s.a.w itu hidup dalam kuburnya.

Kita juga boleh meminta pertolongan kepada rasulullahyang sudah wafat, kerana baginda itu hidup dalam kuburnya,sembahyang dan berdoa.

Kita juga boleh meminta pertolongan kepada makhlukkalau diperlukan pertolongan itu seperti berjumpa dengan paradoktor apabila kita sakit untuk mendapatkan rawatan dan ubat.

Yang syirik dan kafir hanyalah menyembah makhluk ataumengiktiqadkan makhluk itu Tuhan yang disembah atau manusiayang berkuasa menciptakan sesuatu seperti Allah.

Wallahu a'lam bissawab.

Page 50: Al-Bayan 6 : Tawassul

50

RUJUKAN

1. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Bahagian HalEhwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1995.

2. Sahih Al-Bukhari, Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

3. Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi, Dar al-Fikr Birut 1978.

4. Sunan al-Nasa’i Bi Syarh al-Imamain al-Suyuti wa al-Sindi, Dar al-hadisal-Qahirah, 1999.

5. Sunan al-Tirmizi, Abi Isa Muhammad bin Isa bin Saurah, cetakan GagriYayinlari, Istanbul Turki.

6. Sunan Abi Daud, Imam al-Hafiz Abi Daud Sulaiman bin al-Asy’as al-Sajastani al-Azadi, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

7. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, cetakan Gagri Yayinlari, Istanbul Turki.

8. K.H. Sirajuddin Abbas dalam Iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah,Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Kota Bahru, Kelantan, 1996.

9. Imam al-Zurqani dalam Syarah al-Mawahib.

10. Sulaiman ibn Abdul Wahab, (abang Muhamad ibn Abdul Wahhab) kitaShowa'iq al-Ilahiyyah fi al-Raddi 'ala al-Wahhabiyyah.

11. Syed Ahmad Zaini Dahlan, kitab Al-Durru al-Sunniyyah fi al-Raddi 'alaal-Wahhabiyyah.

12. Dr. Ali Jumaat, (Mufti al-Diyar al-Masriyah) dalam kitabnya al-BayanLima Yasyghalu al-Azhan (huraian mengenai perkara yang menggangupemikiran) cetakan al-Muqattam li al-Nasyr wa al-Tauzi' tahun 2005,

13. Al-Syeikh Yusof Khattar Muhammad, Al-Mausu’ah al-Yusofiyah FiBayani Adillati al-Sufiyah, cetakan Dar al-Taqwa, Surya. Tahun 2003.

14. Imam al-Syed Izzuddin Madhi Abi al-Aza'im, Aiyuhal QarniyyunaHalla Faqihtum: Dar al-Kitab al-Shufi, 1995.

15. Al-Mausu’ah al-Yusufiyah Fi Bayan Adillati al-Sufiyah, Al-SyeikhYusof Khattar Muhammad, Cetakan Dar al-Taqwa, Syeria,Dansyik, halbuni, tahah, 2003.

Page 51: Al-Bayan 6 : Tawassul

51

16. Syawahid al-Haq: Syeikh Yusof bin Ismail al-Nabni.

17. Fitnah al-Wahhabiyyah min al-Futuhat al-Islamiah oleh al-SyeikhAhmad .Al-Zaini Dahlan al-Syafi'e.

18. Minhaj al-Salimin fi Toriqati al-Mutaqaddimin, Ismail bin Ahmadbin Muhammad Soleh al-Tatani al-Langguri, cetakan al-Anwar,Mesir, tahun 1381H.

19. Muqaddimah Hadi-ah fi Al-Hayat al-Barzakhiyyah oleh Dr. UmarAbdullah Kamil, Dar al-Mustafa, tahun 2005.

20. Tahzib Misykat al-Masobih, Imam Muhammad ibn Abdullah al-Khatib al-Tabrizi, Dar al-Quds, tahun 2004.

Page 52: Al-Bayan 6 : Tawassul

52

Nota

1 Ibnu Manzhur, Lisan al-Arab, Bulaq, al-Matba'ah al-Mahmudiyah, Mesr, 1920H, (11/724).

2 Imam Syed Izzuddin Madhi Abi al-Aza'im, Aiyuha al-QarniyyunaHalla Faqihtum? 1995, hal 67.

3 Ibid, 67.4 K.H. Sirajuddin Abas, Iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah, 1996

hal.369.5 Imam Syed Izzuddin Madhi Abi al-Aza'im, Aiyuha al-Qarniyyuna

Halla Faqihtum? 1995, hal 68.6 Ibid, hal. 68-69.7 Ibid, hal. 69. Hakim dalam kitab Al-Mustadrak (2/615). Al-Baihaqi

dalam Dala'il al-Nubuwwah (5/489) dan Al-Ithafat al-Sunniyah(hal. 256). AlIbn Kathir dalam Bidayah wa al-Nihayah (1/81 dan2/322). Al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanzul Ummal 32138. Ibn'Asakir dalam Tahzib Tarikh Damsyik (2/147).

8 Al-Thobarani dalam Al-Kabir (24/351) dan Al-Aushat (1/76).9 K.H. Sirajuddin Abas, Iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah, 1996

hal. 374-375.10 Syeikh al-Hafiz Ibn Rejab al-Hanbali, Fath Al-Bari, 3/150.11 Sunan al-Tirmizi (13/80-81. Sunan Ibn Majah 1/418-419.12 Sohih al-Bukhari (2/488), lafaz hadis dinukil daripada kitab al-

Lu’lu’ wa al-marjan fima ittafaqa 'alaihi al-Syaikhan 3/305-306).13 Imam al-Syed Izzuddin Madhi Abi al-Aza'im, 1995, hal. 72.14 Ibid, hal. 73.15 Ibid, hal. 74.16 Ibid, 75-76.17 Syeikh Yusof ibn Ismail al-Nabhani, Syawahid al-Haqfi al-

Istighathah bi Saiyidi al-Khalq, Dar al-Fikr, 1990, hal. 159.18 Iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah, 1996, hal.409-410.19 Al-Nasa'I dalam Sunan al-Nasa'i (2/110). Hadis ini juga

diriwayatkan oleh Imam Bukhari (lihat Sahih Bukhari pada kitabAl-maghazi dan Fath al-Bari (8/302-305).

20 Iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah, 1996, hal. 411-412.21 Al-Zarqani, Syarah al-Mawahib al-Ladunniyah, Dar al-Ma'rifah,

Beirut, (5/335).22

Syeikh Yusof ibn Ismail al-Nabhani, Syawahid al-Haqfi al-Istighathah bi Saiyidi al-Khalq, Dar al-Fikr, 1990, hal. 138.