latihtubi prosa klasik

Click here to load reader

Post on 30-Nov-2015

1.612 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

  • CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

    1

    MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

    2012

    LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA

    SOALAN 2(c) : PROSA KLASIK

    (KOMPILASI SOALAN PERCUBAAN SPM KERTAS DUA TAHUN 2011)

    SAZALI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

    SMK LALOH, KUALA KRAI KELANTAN

    http://cikgusazali.blogspot.com

    ULI SAPA LET IT

  • CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

    2

    LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH

    Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah.

    Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang.

    Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan.

    Khabar Raja Kedah, Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara.

    Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.

    (Dipetik daripada

    Hikayat Opu Daeng Menambun dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

    Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah]

    (ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah]

    (iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian. Berikan tiga sebab. [3 markah]

  • CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

    3

    SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (i) Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah: - supaya dapat membantu Raja Kedah menjauhkan/mengalahkan saudara - supaya Raja Kedah dapat memerintah negeri Kedah (ii) Perjanjian :

    - Janji Raja Kedah : memberikan Opu Daeng dan saudara-saudaranya lima belas bahara setiap seorang sekiranya berjaya dalam perebutan kuasa tersebut.

    - Janji Opu Daeng : meminta pengesahannya/persetujuannya orang dagang dari Timur seperti orang Bugis, Mengkasar dan Madura di bawah pemerintahannya.

    (iii) Kepentingan:

    - Supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang janji yang telah dibuat - Memperoleh ganjaran/pulangan sebagaimana yang ditetapkan - Tidak mendatangkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari - Untuk mengelakkan penipuan/penindasan/penyalahgunaan kuasa

  • CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

    4

    LATIHAN 2 : MRSM

    Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Maka Tuan Bujang bermohonlah kepada Sultan Palembang hendak mudik. Maka dilepaskan baginda Sultan Palembang dengan kasih sayangnya, dibekalkan dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Maka Tuan Bujang mudik ke Rawas. Maka Tuan Bujang berbini dengan anak Dipati Batu Kucing. Dan tiada berapa lamanya Tuan Bujang duduk di Rawas itu, maka beranak seorang laki-laki, dinamakan Raja Alam.

    Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya.

    Maka Tuan Bujang pun naik ke Minangkabau, lalu ke Pagaruyung. Maka Tuan Bujang menghadap baginda. Maka terkejut ia melihat Tuan Bujang, lalu baginda bertitah, "Mengapa engkau lama di lahut?" Maka sembah Tuan Bujang, "Patik menengok cupak gantang orang." Maka baginda pun tersenyum, "Akan sekarang ini, apakah kehendak engkau?" Sembah Tuan Bujang, "Lebih-lebih maklum duli tuanku sahaja, mana titah." Maka kata Puteri Jilan, "Kutahu kehendak engkau. Baiklah engkau turun ke lahut, ke Siak. Ambil olehmu Negeri Johor. Tuntut kematian ayahandamu."

    (Dipetik daripada 'Hikayat Siak'

    dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Apakah maksud rangkai kata berebut kebesaran? [2 markah] (ii) Nyatakan peristiwa yang berlaku sebelum Tuan Bujang mudik ke Rawas.

    [3 markah]

    (iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Bujang menuntut bela atas kematian ayahandanya? [3 markah]

  • CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

    5

    SKEMA MRSM (i) Maksud rangkai kata berebut kebesaran ...

    - berperang/bertarung untuk mendapatkan/ merampas kuasa/tampuk pemerintahan

    (ii) Peristiwa yang berlaku sebelum Tuan Bujang mudik ke Rawas ...

    - Tuan Bujang memohon kebenaran/izin Sultan Palembang untuk belayar/mudik

    - Sultan memberi keizinan/ melepaskan Tuan Bujang (dengan kasih sayang) - Tuan Bujang dianugerahkan pakaian keemasan - Tuan Bujang dianugerahkan keris kebesaran

    (iii) Pendapat (Wajar)

    - Ayahandanya mati dibunuh - Mendapatkan negeri Johor kembali/mendapatkan hak - Mengangkat martabat Tuan Bujang sebagai pemerintah Johor sebenar - merapatkan/menyatukan hubungan keluarga (Tidak wajar) - Mengakibatkan pertumpahan darah - Mengganggu ketenteraman negeri Johor - Membangkitkan pertelingkahan lama semula - Menjatuhkan imej Tuan Bujang/institusi diraja

  • CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

    6

    LATIHAN 3 : MELAKA Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.

    Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali. Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

    Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku'I-Nasar di Rimba

    Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bemuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar. "Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya."

    (Dipetik daripada Merah Silu'

    dalam antologi Harga Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka)

    (i) Berikan maksud rangkai kata ia pun sedia raja berdasarkan petikan.

    [2 markah]

    (ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah kelebihan-kelebihan bersabung ayam dengan Merah Silu? [3 markah]

    (iii) Sekiranya anda Merah Silu. bagaimanakah caranya anda memanfaatkan harta yang banyak itu? [3 markah]

  • CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

    7

    SKEMA MELAKA (i) Maksud: - Merah Silu berdarah/berketurunan raja (ii) Kelebihan: - Orang yang kalah dibayar taruhannya

    - Merah Silu memberi orang yang bersabung dengannya seekor kerbau seorang. - Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

    (iii) Cara: - membantu rakyat yang susah - menternak kerbau secara komersial - mengadakan pertandingan sabung ayam di setiap daerah dengan hadiah yang lumayan - mewakafkan harta untuk kepentingan awam

  • CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

    8

    LATIHAN 4 : JOHOR Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, rnasuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, "Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua rnakin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!"

    Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, "Hal anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?'

    "Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?

    Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai pumama empat belas hari bulan. Baginda tertegun kaum lalu kembaii bertanya kepada puterinya. "Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?"

    "Dialah budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi telah ayahanda nyahkan dia."

    "Siapa namanya?" "ltulah Awang Sulung Merah Muda, anak Tuanku Si Helang Laut, cucu kepada Tuanku Si Helang