rph prosa tradisional hikayat patani

Upload: md-saad-man

Post on 15-Jul-2015

2.621 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Modul Pengajaran KOMSAS Tingkatan 3 Prosa Tradisional (Hikayat Patani)

Tingkatan : 3 Amanah Masa : 8.05 hingga 9.15 pagi Tajuk : Hikayat Patani Genre : Prosa Tradisional Fokus Utama : 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan. Aras 2 (iv) Menganalisis watak dan perwatakan serta latar : 2.5 Mengambil giliran dan mengemukakan respon yang sesuai dalam perbincangan yang aktif. Aras 2 (ii) mengambil giliran dan mengemukakan respon yang sesuai dalam perbincangan yang aktif

Fokus Sampingan

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat 1) Menyatakan tiga perwatakan watak utama, tiga latar tempat,tiga latar masa dan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam Hikayat Patani. 2) Mengemukakan idea secara spontan dalam perbincangan meja bulat yang bertajuk Kepentingan Memulihara Warisan Sejarah. 3) Menyenaraikan lima kata kerja dan menulis satu ayat daripada setiap kata kerja yang disenaraikan. Sistem Bahasa Tatabahasa : Binaan ayat berdasarkan kata kerja. Kosa kata : Bahasa istana mangkat, singgahsana, titah, balairung, murka KBT : Kemahiran berfikir, belajar cara belajar Ilmu : Sejarah, Geografi Nilai : Patriotik.

Modul Pengajaran KOMSAS Tingkatan 3 Prosa Tradisional (Hikayat Patani)

Modul Pengajaran KOMSAS Tingkatan 3 Prosa Tradisional (Hikayat Patani)

LANGKAH Set induksi

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru menampalkan peta negara Thailand. Pelajar diminta mengesan kedudukan daerah Patani. Guru mengaitkan pembelajaran pada hari ini dengan peta yang dilihat. WATAK DAN PERWATAKAN/ LATAR TEMPAT,LATAR MASA DAN LATAR MASYARAKAT - Guru meminta seorang murid untuk melagukan syair Hikayat Patani yang diadaptasikan daripada prosa tradisional . - Murid lain diminta mengisi LPG watak perwatakan utama dan aspek latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. - Guru memberikan komen terhadap tugasan murid

CATATAN Peta negara Thailand Lampiran (i) LPG

1.

Lampiran 1 (a) Lampiran 1 (b)

2.

KEPENTINGAN MEMULIHARA WARISAN SEJARAH - Guru membimbing murid menjayakan aktiviti Persidangan Meja Bulat. - Murid menjayakan aktiviti Persidangan Meja Bulat dalam beberapa kumpulan - Guru meminta murid melaporkan hasil persidangan mengikut kumpulan. - Guru membuat teguran dan memberikan komen terhadap laporan murid. Lampiran 2 (a) LPG

Modul Pengajaran KOMSAS Tingkatan 3 Prosa Tradisional (Hikayat Patani)

LANGKAH 3

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOSA KATA -Guru meminta murid mencari lima kata kerja dalam karya prosa tradisional Hikayat Patani. -Guru meminta murid membina ayat daripada lima kata kerja tersebut.

CATATAN Lampiran 3 (a) (teks Prosa Hikayat Patani)

PENILAIAN

-Semua pelajar dapat menyebutkan semula tiga perwatakan watak utama, latar masa, latar tempat dan latar masyarakat.

Modul Pengajaran KOMSAS Tingkatan 3 Prosa Tradisional (Hikayat Patani) Lampiran (i)

Modul Pengajaran KOMSAS Tingkatan 3 Prosa Tradisional (Hikayat Patani) Lampiran (i)

Modul Pengajaran KOMSAS Tingkatan 3 Prosa Tradisional (Hikayat Patani) Lampiran 1(a) Syair Hikayat Patani (Adaptasi Hikayat Patani) Tersebutlah kisah seorang raja Patani nama asal negerinya Diberi nama PhayaTu Antara Gelarannya pula Phaya Tu Naqpa Mungkir janji badannya derita Mendapat penyakit kali ketiga Akhirnya Islam diterima dalam dirinya Ismail Syah Zillullah Fil-Alam namanya Berburu kesukaan baginda Pelanduk putih sungguh ajaibnya Lalu berkenan jadilah negerinya Dikurniakan Ilahi tiga cahaya mata Jambatan Kedi Encik Tani bersua Berkenan baginda akan namanya Lalu negeri Patani diberi nama Terkenal negara seluruh nusantara Pedagang Syeikh Gambak namanya Malam hari tembaga dilarang dijualnya Baginda sultan teramatlah murka Di Pintu Gajah hukuman dilaksana Terkilan hatinya tidak berbedil jua Lalu diperintah segala bentara Dititah membina meriam segala Bulan Ramadan tiga meriam tercipta

Modul Pengajaran KOMSAS Tingkatan 3 Prosa Tradisional (Hikayat Patani) Lampiran 1 (b)

Tuliskan latar dalam rajah berikut berdasarkan syair yang dilagukanLatar Tempat

LATAR

Latar Masyarakat

Latar Masa

Lampiran 1(b)

Tuliskan latar dalam rajah berikut berdasarkan syair yang dilagukanLatar Tempat Pintu Gajah Patani Jambatan Kedi

LATAR

Latar Masyarakat Islam Pedagang Feudal

Latar Masa Bulan Ramadan Malam

Lampiran 2(a) Berdasarkan gambar di bawah. Nyatakan kepentingan memulihara warisan sejarah di negara kita.

Hujah/Ulasan Hujah / Ulasan

Hujah / Ulasan

Hujah / Ulasan

Lampiran 3(a)

Senaraikan lima kata kerja yang terdapat dalam Prosa Hikayat Patani dan nyatakan maksud perkataan tersebut dengan merujuk Kamus Dewan. Bil 1 2 3 4. 5. Kata kerja Ayat

Lampiran 3(a) Jawapan

Bil 1 2 3 4 5

Kata Kerja Berburu Berangkat Mengubati Menghalau Memeluk

Ayat Pada hujung minggu Pak Busu gemar pergi berburu di hutan. Ayah dan ibu akan berangkat ke Mekah pada minggu hadapan. Doktor telah berusaha sedaya upaya untuk mengubati penyakit datuk. Pak Ali cuba menghalau kawanan lembu yang telah merosakkan tanamannya di kebun itu. Adik ketakutan lalu memeluk ibu dengan eratnya.