prosa tradisional tingkatan 3 raja bersiung

20

Upload: shankri-jayaraman

Post on 18-Jun-2015

1.697 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

SINOPSISRaja Ong Maha Perita Deria ditumbuhi siung kerana baginda gemar makan gulai lecek sayur bayam. Gulai lecek sayur bayam itu bertambah lazat apabila darah di jari tukang masak yang luka tertitik masuk ke dalamnya. Sejak itu, Raja Bersiung sendiri menuangkan secawan darah ke dalam sayur bayam yang sedang dimasak.

Maka banyaklah orang yang mati dibunuh. Hati orang tersebut dibuat gulai dan dipanggang, manakala darahnya dibuat kuah. Tabiat pemakanan Raja Bersiung ini menyebabkanrakyat yang tidak berdosa mati dibunuh. Pesalah di dalam penjara semuanya telah dibunuh. Rakyat dan menteri berdukacita berikutan daripada tabiat buruk raja mereka itu.

Kampar, seorang yang jahat sengaja melakukan kesalahan

supaya ditangkap. Kampar menegur perbuatan Raja

Bersiung yang menjatuhkan hukuman bunuh kepadanya

kerana hendak memakan darah dan hatinya. Raja

Bersiung murka lalu memarang Kampar. Kampar

mempermain-mainkan Raja Bersiung. Kampar ditikam

oleh orang ramai tetapi badannya tidak lut oleh senjata.

Kampar menjelmakan dirinya menjadi babi tunggal dan

menyondol- nyondol Raja Bersiung. Kampar menjelma

pula sebagai ular tedung selar dan harimau. Menteri

keempat menembak harimau dan harimau itu melarikan

diri ke dalam hutan.

Menteri keempat menasihati Raja Bersiung supaya

berhenti memakan hati dan darah manusia. Raja Bersiung

tetap berdegil.

Menteri keempat terpaksa bertindak demi menyelamatkan rakyat yang tidak berdosa. Menteri keempat mendapat sokongan rakyat kerana rakyat sememangnya benci akan Raja Bersiung. Raja

perempuan juga menyebelahi menteri keempat. Peperangan pun berlaku dan Raja Bersiung melarikan diri ke dalam hutan. Menteri keempat meminta Raja Siam mencari seorang raja kerana Raja Bersiung tidak mempunyai waris. Raja Bersiung pula menumpang di rumah seorang petaniberhampiran dengan negeri Patani.

TEMA DAN PERSOALANTema:-Kezaliman seorang raja.Raja Ong Maha Perita Deria yang dikenali sebagai RajaBersiung bertindak membunuh rakyat sesukahati semata-mata inginkan darah dan hati manusia. Ini berpunca daripada masakan yang dimasak oleh tukang gerau yang dianggap

sedap selepas secara tidak sengaja darah tukang gerau itu masuk ke dalam masakan tersebut.

Persoalan:-Tanggungjawab terhadap negara dan rakyat.Tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan rakyat.Contoh-Menteri Keempat menasihati Raja Bersiung agar tidak bertindak zalim ke atas rakyat.

Kejahatan dibalas dengan kejahatanBalasan terhadap perbuatan jahat.Contoh-Raja Bersiung terpaksa melarikan diri akibat ditentang oleh rakyat dan pembesar negeri baginda.

KerjasamaKerjasama membanteras kezalimanContoh- Menteri keempat dan rakyat berkerjasama membanteras kezaliman Raja Bersiung.

PLOT

Permulaan CeritaRaja Ong Maha Perita Deria memerintah negeri Kedah.

Mula ditumbuhi siung dan dinasihati oleh pembesar negeri

supaya menghentikan tabiatnya makan gulai lecek. Baginda

digelar Raja Bersiung.

Perkembangan CeritaRaja Bersiung termakan masakan yang bercampur

darah.Baginda mula membunuh rakyat untuk mendapatkan darah dan hati.

Perumitan CeritaKampar menduga kehandalan Raja Bersiung. Kampar gagal ditewaskan oleh Raja Bersiung.

Puncak CeritaMenteri keempat dan rakyat menyerang Raja

Bersiung. Raja Bersiung tidak dapat bertahan dan melarikan

diri.

PeleraianRaja Bersiung sampai di sempadan negeri Patani dan bekerja dengan orang dusun di sana.

Watak dan perwatakan

Watak UtamaRaja Ong Maha Perita Deria @ Raja Bersiung

Zalim Tidak memperlihat sikap berperikemanusiaan terhadap rakyat.Mengorbankan rakyat semata-mata untuk mendapatkan darah dan hati manusia. TegasTegas menjalankan tugasMeneruskan tabiatnya iaitu membunuh manusia walaupun ditegah oleh Menteri keempat.

BeraniBerani menyahut cabaran Tidak takut akan serangan yang akan dilakukan oleh Menteri keempat dan rakyat baginda.

Pentingkan diriTidak memikirkan kepentingan orang lainMengorbankan manusia semata mata untuk kepuasan dirinya sahaja.

Watak sampingan

Menteri KeempatBertanggungjawabBertanggungjawab terhadap negara dan rakyatMenasihati Raja Bersiung agar menghentikan tabiat baginda membunuh manusia.

BeraniBerani menentang kezalimanMenentang Raja Bersiung yang zalim terhadap negara.

Latar

Latar tempat

Tempat Peristiwa

Istana Raja Bersiung Perbualan antara Raja Bersiung dengan tukang gerau mengenai rahsia keenakan masakan yang dimasak oleh tukang masak.

Hutan di sempadan negeri Patani

Raja Bersiung melarikan diri ke sini dan tinggal bersama-sama orang dusun.

Latar Masa

Latar Masa Peristiwa

Tengah hari Tukang gerau menyediakan makanan untuk Raja Bersiung. Raja Bersiung bertanyakan tukang gerau mengenai rahsia keenakan masakan yang dimasaknya.

Malam Raja Bersiung bekerja dengan orang dusun

Latar Masyarakat

Latar Masyarakat Peristiwa

Golongan Masyarakat Terdiri daripada golongan raja, pembesar dan juga rakyat. Raja Bersiung adalah pemerintah, pembesar diwakili oleh Menteri keempat manakala rakyat termasuk tukang gerau dan rakyat Raja Bersiung yang menentang baginda.

Pekerjaan Masyarakat Pelbagai pekerjaan termasuk pemerintah,pembesar negeri,tukang masak dan pahlawan.

Corak hidup Bekerjasama membanteras kezalimanHidup dalam keadaan kucar- kacir kerana pemerintah yang zalim.

GAYA BAHASA

DiksiA) Pemilihan kata dialek Kedah. Contohnya, lalu

(berselera), tiada sangga (tidak terhingga), nyiur (kelapa) dan penggodam (pemukul).

B) Pemilihan kata istana. Contohnya, tuanku, patik, sembah, biduanda, santap dan beta.

C) Pemilihan kata klasik. Contohnya, kemasyghulan(kesedihan), dusun (kampung) dan keluaran (asing).Ayat

A) Penggunaan struktur ayat lama(laras bahasa klasik). Contohnya, permulaan ayat menggunakan kata Hatta, Maka, Adapun, Bermula dan Tatkala.

B) Ayat yang panjang. Contohnya, Demi dilihat oleh ular itu orang makin datang itu,….tiada sangga bunyi lagi dengan suara manusia.(40 patah perkataan)

Simile Contohnya, besarnya seperti nyiur; bergemuruh

bunyinya bagaikan kiamat suaranya itu; seperti akan tercabut kota; dan licin seperti minyak.

NILAI a)Nasihat – menasihati. Contohnya, Menteri keempat

menasihati Raja Bersiung supaya menghentikan tabiatnya memakan hati dan darah manusia.

b)Bekerjasama. Contohnya,Raja perempuan bekerjasama dengan Menteri keempat dan rakyat pula memberikan sokongan kepada Menteri keempat.

c)Penyayang. Contohnya, Menteri keempat sayang akan rakyat jelata dan tidak mahu rakyat mati akibat daripada kekejaman Raja Bersiung.

PENGAJARANa)Pemerintah tidak harus bertindak zalim terhadap

golongan rakyat. Contohnya, Raja Bersiung membunuh rakyat untuk mendapatkan darah dan hati.

b)Seseorang raja hendaklah mendengar nasihat daripada menteri-menterinya. Contohnya, Raja Bersiung tidak mahu mendengar nasihat Menteri keempat walaupun nasihat baik maksudnya.

c)Kita hendaklah berani bertindak demi menjaga keselamatan bersama. Contohnya, Menteri keempat menentang Raja Bersiung kerana Raja Bersiung telah membunuh rakyat yang tidak berdosa.

d)Kita hendaklah bekerjasama melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, Menteri keempat bekerjasama dengan Raja perempuan dan rakyat hingga berjaya menghalau Raja Bersiung keluar dari istana.

SOALAN1.Tujuan Menteri keempat bertemu dengan Raja Bersiung

ialah… A. untuk meminta Raja Bersiung membantu rakyat yang

susah B. untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh rakyat C. untuk meminta Raja Bersiung berhenti membunuh orang D. untuk meminta Raja Bersiung menghapuskan kekejaman terhadap rakyat

2.Yang berikut merupakan alasan Menteri keempat meminta Raja Bersiung berhenti amalan buruknya itu, kecuali…. A. banyak rakyat telah berpindah ke negeri lain B. rakyat di negeri itu akan habis kerana dibunuh C. Raja Bersiung tidak mempunyai teman D. kesihatan Raja Bersiung akan terjejas

3.Nilai murni yang tergambar dalam petikan cerita ini ialah….

A. bekerjasama B. nasihat-menasihati C. penyayang D. simpati

4.Apakah gambaran masyarakat yang terpapar dalam petikan cerita ini?

A. Masyarakat yang berani menyatakan kebenaran demi

kepentingan rakyat. B. Masyarakat yang hidup dalam suasana yang

harmoni C. Masyarakat pemerintah yang bersedia

mendengar nasihat menterinya.

D. Masyarakat yang berhijrah untuk mencari rezeki.

5.Pengajaran yang tersirat dalam cerita Raja Bersiung ialah…. A. seorang pemimpin boleh melakukan perkara yang

disukainya. B. sebagai pemerintah janganlah menharapkan orang lain membuat sesuatu keputusan. C. sebagai pemerintah janganlah bertindak zalim terhadap

rakyat. D. pembesar hendaklah membunuh raja yang enggan menurut nasihat demi melindungi rakyat.

6.Apakah peristiwa yang menunjukan klimaks dalam cerita ini? A. Menteri keempat dan rakyat bergabung untuk menentang

Raja Bersiung. B. Menteri keempat dapat dikalahkan dan baginda melarikan

diri ke hutan. C. Raja Bersiung berjaya menangkis serangan menteri

keempat. D. Raja Bersiung berjaya membunuh menteri keempat yang membunuhnya.