harga sebuah lukisan prosa tradisional

Upload: eric-swa

Post on 30-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 1

    MODUL KECEMERLANGAN

    BAHASA MELAYU

    PENILAIAN MENENGAH RENDAH

    KAJIAN ANTOLOGI

    HARGA SEBUAH LUKISAN

    TINGKATAN 3

    (PROSA TRADISIONAL)

    CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM

    PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,

    KELANTAN.

    ULI SAPA LET IT

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 2

    HIKAYAT SERI KELANTAN Sinopsis: Prosa tradisional ini mengisahkan negeri Kelantan Purba yang juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung di bawah pemerintahan seorang raja perempuan bernama Encik Siti Wan Kembang. Encik Siti tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. Apabila mengetahui bahawa anak raja Jembal mempunyai anak perempuan yang terlalu cantik bernama Tuan Puteri Sadung, Encik Siti telah menjadikan Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat. Semakin lama dipelihara, semakin cantik rupa Tuan Puteri Sadung sehingga banyak orang yang tergila-gila akannya. Apabila Tuan Puteri Sadung dewasa, Encik Siti telah mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan anak raja Jembal bernama Raja Abdullah bertujuan mencari pewaris tahta. Setelah berkahwin, Raja Abdullah bergelar Sultan Abdullah dan memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Encik Siti menitahkan Sultan Abdullah mendirikan Kota Jelasin dan Sultan Abdullah memerintah di situ manakala Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ.

    Raja Siam di benua Siam yang besar kerajaannya, telah mendengar berita Tuan Puteri Sadung berkahwin dengan Sultan Abdullah, lalu memerintahkan segala raja dan menteri hulubalang di bawah takluk baginda supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. Raja Siam juga menitahkan ahli nujum bernama Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri tersebut, utusan raja Siam telah menghadap Sultan Abdullah dan menyampaikan hasrat Raja Siam untuk memiliki Tuan Puteri Sadung. Hal ini telah menyebabkan Sultan Abdullah marah lalu menghalau keluar utusan Raja Siam. Ekoran daripada itu, pasukan tentera Siam telah menyerang Kota Jelasin. Namun, tentera Siam telah tewas kerana kesaktian yang dimiliki oleh Tuan Puteri Sadung.

    Dengan takdir Tuhan, negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ditimpa bala kebuluran.

    Akibatnya, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya melarikan diri. Pada ketika itu, Tuan Puteri Sadung berseru sekiranya dia berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya sehingga jatuh di dalam hutan. Setelah itu, seluruh kota dan istana ghaib lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana. Tuan Puteri Sadung dan rakyatnya membuat negeri di dalam hutan itu yang diberi nama Mahligai. Apabila Kota Jelasin ghaib, raja dan pegawai Siam menaiki perahu untuk berjumpa dengan ahli nujum Tuk Ca. Tuk Ca dengan ilmu nujumnya dapat mengesan pergerakan Tuan Puteri Sadung dan melihat mahligai Tuan Puteri Sadung dan Sultan Abdullah berada di dalam cerang. Kemudian, Tuk Ca memerintahkan mereka terus mengikuti Tuan Puteri Sadung menuju ke arah selatan.

    Rombongan Raja Siam tiba di cerang besar lalu mengepung mahligai Tuan Puteri Sadung. Tuan

    Puteri Sadung tidak dapat melepaskan diri dan semua rakyat telah berpecah-belah, maka baginda mencadangkan agar Sultan Abdullah bertanya kepada Tuk Ca hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Tuk Ca memberitahu bahawa Raja Siam sebenarnya tidak berniat untuk menakluk negeri baginda tetapi mahu memiliki Tuan Puteri Sadung. Akhirnya, Sultan Abdullah menitahkan isteri kesayangan baginda supaya menurut kehendak Raja Siam kerana mereka tidak mampu menentang Raja Siam dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sadung yang berasa serba salah kerana ingin menjaga maruahnya serta takut dimurkai Sultan Abdullah akhirnya bersetuju dengan kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca ke Siam. Sultan Abdullah akhirnya kembali ke mahligai baginda manakala Tuk Ca

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 3

    mengarahkan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Siam kembali ke bahtera untuk belayar pulang ke benua Siam. Tema: Tema prosa tradisional ini adalah keistimewaan seorang puteri yang mempunyai kelebihan luar biasa. Tuan Puteri Sadung mempunyai kelebihan, iaitu rupa paras yang terlalu cantik sehingga Raja Siam ingin memilikinya walaupun sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah. Tuan Puteri Sadung juga mempunyai ilmu kesaktian, iaitu boleh menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu terjatuh ke dalam hutan. Persoalan: i. Merampas hak orang.

    Contohnya: Raja Siam sanggup merampas Tuan Puteri Sadung walaupun Tuan Puteri Sadung sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah.

    ii. Kasih sayang antara suami dengan isteri.

    Contoh:Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung berasa sangat sedih ketika mereka hendak berpisah.

    iii. Kepentingan perpaduan dalam mempertahankan negara.

    Contoh: Akibat tiada perpaduan Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya berpecah-belah setelah dilanda bala kebuluran.

    iv. Semangat bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Contoh: Utusan Siam bermuafakat dalam merancang strategi bagi menyerang Kota Jelasin.

    v. Taat setia rakyat kepada raja. Contoh: Rakyat Siam patuh pada perintah rajanya supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sadung yang merupakan isteri Sultan Abdullah.

    vi. Kepentingan diplomasi dalam menyelesaikan persengketaan.

    Contoh: Sultan Abdullah sanggup mengadakan rundingan secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negeri baginda daripada dimusnahkan oleh tentera Siam.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 4

    Watak dan Perwatakan: Watak Utama Tuan Puteri Sadung i. Anak perempuan raja Jembal.

    ii. Dijadikan anak angkat oleh Encik Siti Wan Kembang.

    iii. Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal.

    iv. Mempunyai rupa paras yang sangat cantik.

    Contoh: Kecantikannya banyak menyebabkan orang tergila-gilakannya sehingga Raja Siam terlalu ingin memilikinya.

    v. Memiliki kesaktian yang luar biasa. Contoh: Dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu jatuh ke dalam hutan ketika hendak menyelamatkan diri daripada pasukan tentera Siam.

    vi. Sangat sayang akan suaminya. Contoh: Tuan puteri Sadung berasa sangat sedih serta serba salah ketika hendak berpisah dengan Sultan Abdullah kerana sangat sayang akan baginda.

    vii. Sanggup berkorban. Contoh: Tuan Puteri Sadung sanggup mengikut Tuk Ca dan menjadi milik Raja Siam demi menyelamatkan negerinya daripada dimusnahkan oleh tentera Siam.

    viii. Taat setia akan suaminya. Contoh: Tuan Puteri tidak membantah cadangan Sultan Abdullah untuk menjadi milik Raja Siam kerana taat akan suaminya itu.

    ix. Bijaksana. Contoh: Tuan Puteri Sadung mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca untuk bertanya tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin.

    x. Memelihara kehormatan diri. Contoh: Tuan Puteri Sadung tidak sanggup menjadi milik Raja Siam kerana mahu menjaga maruah dan kehormatannya sebagai seorang isteri.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 5

    Watak Sampingan Sultan Abdullah i. Anak raja Jembal. ii. Nama asal Raja Abdullah. iii. Berkahwin dengan Tuan Puteri Sadung. iv. Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

    Contoh: Membina Kota Jelasin atas arahan ibu mentuanya, Encik Siti Wan Kembang.

    v. Berpendirian tegas. Contoh: Sultan Abdullah berasa marah apabila mengetahui Raja Siam ingin memiliki isterinya lalu terus menghalau keluar utusan Siam.

    vi. Sangat sayang akan isterinya. Contoh: Sultan Abdullah berasa sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan isterinya.

    vii. Berani. Contoh: Sultan Abdullah berani bersemuka dengan tentera Siam yang mahu menyerang Kota Jelasin untuk mengetahui sebab mereka mahu menyerang kota itu.

    viii. Sanggup berkorban. Contoh: Sultan Abdullah sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi milik Raja Siam demi menyelamatkan negerinya.

    ix. Bijak dalam mengambil tindakan. Contoh: Sultan Abdullah sanggup berunding dengan Tuk Ca setelah mahligainya dikepung oleh tentera Siam untuk mengelakkan Kota Jelasin musnah.

    Tuk Ca i. Ahli nujum kepada Raja Siam. ii. Taat setia kepada raja.

    Contoh: Tuk Ca turut belayar bersama-sama dengan raja, menteri dan pegawai Siam setelah diperintahkan oleh Raja Siam.

    iii. Memiliki kesaktian. Contoh: Tuk Ca dapat mengetahui tempat persembunyian Tuan Puteri Sadung dan Sultan Abdullah berdasarkan ilmu nujum yang dimilikinya.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 6

    iv. Bijak dalam mengatur strategi. Contoh: Tuk Ca mencadangkan pasukan Siam bersiap sedia menuju ke arah selatan agar Tuan Puteri Sadung dapat ditangkap.

    v. Tenang dalam menyelesaikan masalah. Contoh: Tuk Ca meminta raja-raja, pegawai dan hulubalang Siam bertenang setelah Tuan Puteri Sadung, Sultan Abdullah, dan mahligai ghaib.

    vi. Bertolak ansur. Contoh: Tuk Ca berunding secara damai dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan Tuan Puteri Sadung yang ingin dimiliki oleh Raja Siam.

    Encik Siti Wan Kembang i. Raja Perempuan. Memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. ii. Belum berkahwin dan mempunyai anak. Mengambil Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat. iii. Sangat sayang akan anak angkatnya.

    Contoh: Encik Siti terlalu mengasihi anak angkatnya sehingga tidak membenarkan orang lain mendekati Tuan Puteri Sadung.

    iv. Bijaksana. Contoh: Encik Siti Wan Kembang mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan Raja Abdullah, kerana ingin mencari pewaris kepada kerajaannya.

    v. Bertolak ansur. Contoh: Encik Siti Wan Kembang berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ setelah menantunya, Sultan Abdullah menjadi raja di Kota Jelasin.

    Latar: Latar Masa i. Zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba.

    ii. 40 hari 40 malam.

    Contoh: Persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sadung dengan Sultan Abdullah diadakan selama 40 hari 40 malam.

    iii. Waktu malam. Contoh: Utusan Siam bermuafakat dengan orang Siam mahu menyerang kota Jelasin kerana Sultan Abdullah tidak mahu menyerahkan Tuan Puteri Sadung.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 7

    vi. Waktu siang. Contoh: Raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa Istana Kota Jelasin telah ghaib.

    Latar Tempat i. Negeri Kelantan Purba yang dikenali sebagai negeri Tanah Serendah Kebun Bunga

    Cerangtegayung. Contoh: Negeri Kelantan Purba diperintah oleh Encik Siti Wan Kembang yang kemudiannya diwariskan kepada Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung.

    ii. Kota Jelasin.

    Contoh: Kota ini dibina oleh Sultan Abdullah atas perintah Encik Siti. iii. Cerang Bahana.

    Contoh: Tempat dipindahkan Tuan Puteri Sadung, Sultan Abdullah, Kota dan istana baginda, dari Kota Jelasin ke Cerang Bahana setelah ghaib akibat doa Tuan Puteri Sadung.

    iv. Gunung Ayam.

    Contoh: Tempat tinggal Encik Siti Wan Kembang setelah Sultan Abdullah menjadi raja di Kota Jelasin.

    v. Istana/mahligai.

    Contoh: Tempat bersemayam Sultan Abdullah yang dikepung oleh pasukan tentera Siam. vi. Perahu jong.

    Contoh: Sultan Abdullah dengan Tuk Ca mengadakan rundingan dalam perahu jong untuk mengetahui punca sebenar Raja Siam menyerang Kota Jelasin.

    Latar Masyarakat i. Masyarakat feudal.

    Contoh: Rakyat Kelantan mengamalkan sistem pemerintahan beraja. ii. Masyarakat penyayang.

    Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung saling menyayangi dan berasa sangat sedih apabila mereka terpaksa berpisah.

    iii. Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.

    Contoh: Tuk Ca serta pasukan Siam yang terdiri daripada raja-raja, menteri dan hulubalang sanggup belayar ke negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana menunaikan hasrat Raja Siam yang ingin memiliki Tuan Puteri Sadung.

    iv. Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.

    Contoh: Sultan Abdullah dan rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung berperang menentang tentera Siam yang menyerang Kota Jelasin.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 8

    v. Masyarakat yang bijak dalam mengambil tindakan. Contoh: Tuk Ca meminta pasukan Siam bertenang apabila Kota Jelasin ghaib lalu mencadangkan mereka bersiap sedia menuju ke arah selatan agar Tuan Puteri Sadung dapat ditangkap.

    vi. Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa. Contoh: Tuan Puteri Sadung dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu berada di dalam hutan.

    vii. Masyarakat yang tidak bersatu padu. Contoh: Rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung berpecah-belah apabila ditimpa bala kebuluran sehingga menyebabkan Kota Jelasin dikepung oleh tentera Siam.

    viii. Masyarakat yang bertolak ansur dalam menyelesaikan persengketaan. Contoh: Sultan Abdullah sanggup berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan kota Jelasin daripada musnah.

    Gaya Bahasa: i. Bahasa Istana Contoh: sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda ii. Bahasa Melayu Klasik Contoh: jemelah, suak, cerang, cetera iii. Bahasa Arab Contoh: mustaib, Allah subhanahu wa taala iv. Dialek Kelantan Contoh: beroyat v. Kata Pangkal Ayat Contoh: maka, alkisah, hatta, sebermula Nilai Murni: i. Nilai kasih sayang

    Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung saling menyayangi dan berasa sangat sedih apabila baginda berdua terpaksa berpisah.

    ii. Nilai taat setia

    Contoh: Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sadung.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 9

    iii. Nilai bertolak ansur Contoh: Sultan Abdullah berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negeri baginda daripada musnah.

    iv. Nilai berani

    Contoh: Sultan Abdullah berani berperang dengan tentera Siam yang menyerang Kota Jelasin. v. Nilai cinta akan tanah air

    Contoh: Sultan Abdullah sanggup berpisah dengan Tuan Puteri Sadung demi menyelamatkan tanah air baginda daripada serangan tentera Siam.

    vi. Nilai bermuafakat

    Contoh: Sultan Abdullah bermuafakat bersama-sama dengan pegawai baginda dalam membina Kota Jelasin.

    Pengajaran: i. Kita hendaklah taat setia kepada raja.

    Contoh: Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sadung

    ii. Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara.

    Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung sanggup berpisah agar negeri mereka tidak musnah oleh serangan tentera Siam.

    iii. Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

    Contoh: Tuan Puteri Sadung mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca untuk mengetahui hajat Raja Siam setelah Kota Jelasin diserang oleh tentera Siam.

    iv. Kita hendaklah bersatu padu untuk menjaga kedaulatan negara.

    Contoh: Akibat rakyat berpecah-belah apabila ditimpa bala kebuluran, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam.

    v. Janganlah kita merampas hak orang lain.

    Contoh: Raja Siam sanggup menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana ingin memiliki Tuan Puteri Sadung yang sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah.

    vi. Kita hendaklah bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

    Contoh: Tuan Puteri Sadung bermuafakat dengan segala hamba suruhannya untuk membina sebuah negeri di dalam hutan yang diberi nama Mahligai.

    vii. Kita hendaklah berunding secara damai untuk menyelesaikan sebarang persengketaan.

    Contoh: Sultan Abdullah berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negerinya.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 10

    HIKAYAT PATANI Sinopsis: Prosa tradisional ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Maligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana. Baginda mempunyai seorang putera bernama Phaya Tu Antara. Phaya Tu Antara menjadi raja selepas kemangkatan ayahandanya dengan gelaran Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan meminta rakyatnya untuk menjejaki rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam perburuan, anjing itu menyalak dengan kuat dan mengejar seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut dapat menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa berangkat ke tepi pantai dan bertemu sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan mereka rakyat Kota Maligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Setelah beberapa lama memerintah, baginda dikurniakan tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang.

    Beberapa lama selepas itu Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada sesiapapun yang dapat mengubati baginda, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji. Selepas dua tahun baginda mendapat sakit kembali dan meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Menurutnya, jika berulang lagi, beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikut-pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

    Sebuah kapal Cina berlabuh di Patani Dar al- Salam. Sultan Ismail dihadiahkan sebuah peluru besar oleh nakhoda kapal dari negara China sedangkan negeri baginda tidak mempunyai meriam. Hal ini telah mengaibkan baginda, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak seorang pedagang Patani menyuruh anak muridnya, Abdul Mukmin menjual tembaga yang mereka kumpul kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa membawa tembaga. Hal ini dikhabarkan kepada baginda sultan. Baginda murka lalu mengarahkan Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh dan mayatnya dihanyutkan ke sungai. Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta keizinan raja bagi mengebumikan mayat tersebut. Semasa upacara pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.

    Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah

    siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 11

    tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam diberi nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu. Tema: Tema prosa tradisional ini ialah peristiwa pembukaan Negeri Patani. Phaya Tu Naqpa berasa kagum akan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi pelanduk tersebut berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, baginda berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Setelah itu raja juga bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Persoalan: i. Kerjasama dalam membina sebuah kerajaan.

    Contoh: Semua pengikut Phaya Tu Naqpa bekerjasamana dalam usaha membina sebuah kerajaan baru bernama Patani Dar al-Salam.

    ii. Keberanian dalam menegakkan kebenaran.

    Contoh: Syeikh Said berani menuntut janjinya dengan Phaya Tu Naqpa agar memeluk Islam kerana dia berjaya mengubati penyakit raja. Sekiranya baginda masih mungkir janji dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.

    iii. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.

    Contoh: Syeikh Said mampu mengubati penyakit dengan kelebihan yang ada pada dirinya.

    iv. Menunaikan janji yang telah dibuat. Contoh: Phaya Tu Naqpa menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam setelah sembuh daripada penyakitnya sebanyak tiga kali.

    v. Peristiwa pengislaman seorang pemerintah.

    Contoh: Phaya Tu Naqpa telah memeluk agama Islam dengan bimbingan Syeikh Said.

    Watak dan Perwatakan:

    Watak Utama

    Phaya Tu Naqpa

    i. Nama asalnya Phaya Tu Antara. ii. Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa. iii. Nama Islamnya ialah Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 12

    iv. Seorang raja yang tidak berpegang pada janji. Contoh: Phaya Tu Antara tidak memegang janjinya untuk memeluk agama Islam setelah diubati oleh Syeikh Said pada kali pertama.

    v. Akur kepada janji setelah ditimpa musibah. Contoh: Phaya Tu Naqpa memeluk agama Islam setelah diserang penyakit buat kali ketiga.

    vi. Mempunyai tiga cahaya mata. Contoh: Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.

    Watak Sampingan

    Syeikh Said

    i. Berkebolehan mengubati penyakit. Contoh: Syeikh Said berkebolehan mengubati penyakit raja hingga sembuh.

    ii. Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan. Contoh: Syeikh Said bertegas tidak mahu mengubati raja sekiranya baginda tetap tidak mahu memeluk agama Islam setelah diubati kali ketiga.

    iii. Berani kerana benar. Contoh: Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.

    iv. Mengislamkan Phaya Tu Naqpa. Contoh: Syeikh Said mengajarkan Phaya Tu Naqpa mengucap dua kalimah syahadah.

    Kerub Picai Paina

    i. Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara ) ii. Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.

    Tuanku Mahacai

    i. Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa ii. Anak kedua daripada tiga adik beradik iii. Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 13

    Mahacai Pailang

    i. Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa ii. Menggunakan gelaran Sultan Manzur Syah setelah memeluk agama Islam.

    Tuk Besar

    i. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh:Tuk Besar bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.

    Latar:

    Latar Tempat

    i. Jambatan Kedi Contoh: tempat Encik Tani turun ke laut

    ii. Pintu Gajah Contoh: Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh.

    iii. Kampung orang Pasai Contoh: tempat tinggal Syeikh Said.

    iv. Balairung istana Contoh: Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat menjalankan proses pengislaman.

    v. Sungai Contoh: Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.

    Latar Masa

    i. Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa Contoh: Phaya Tu Naqpa menjadi raja di negeri Patani Dar al-Salam.

    ii. Malam Contoh: Abdul Mukmin menghantar tembaga ke kapal pedagang Melaka pada waktu malam untuk mengelakkan kegiatannya dikesan oleh pemerintah.

    iii. Bulan Ramadan. Contoh: Abdul Samad membuat tiga pucuk meriam.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 14

    Latar Masyarakat

    i. Masyarakat feudal. Contoh: Negeri yang diketuai oleh raja iaitu Raja Phaya Tu Naqpa.

    ii. Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah. Contoh: Rakyat memeluk agama Islam setelah pemerintah memeluk agama Islam kerana mereka taat pada pemerintah.

    iii. Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam. Contoh: Phaya Tu Naqpa, dan rakyatnya memeluk agama Islam setelah baginda sembuh daripada penyakit buat kali ketiga.

    iv. Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji. Contoh: Phaya Tu Naqpa tidak menunaikan janji untuk memeluk Islam setelah dua kali penyakitnya disembuhkan oleh Syeikh Said.

    Gaya Bahasa:

    i. Bahasa istana Contoh: sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.

    ii. Bahasa Arab Contoh : karar

    iii. Kata ganda Contoh : gilang-gemilang, bersungguh-sungguh, dan siapa-siapa.

    iv. Simile Contoh: besarnya seperti kambing

    v. Hiperbola Contoh: Warna tubuhnya gilang-gemilang

    Nilai Murni:

    i. Nilai bekerjasama.

    Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu.

    ii. Nilai keberanian. Contoh: Syeikh Said sangat berani menuntut raja menunaikan janjinya.

    iii. Nilai berpendirian tegas.

    Contoh: Syeikh Said sangat tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 15

    iv. Nilai menepati janji.

    Contoh: Phaya Tu Naqpa akhirnya menepati janji setelah tiga kali ditimpa musibah. v. Nilai keinsafan.

    Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf akan kesilapan dirinya tidak menepati janji. Akhirnya baginda insaf dan bersedia untuk memeluk agama Islam.

    Pengajaran:

    i. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.

    Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu. ii. Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran.

    Contoh: Syeikh Said sangat berani kerana menuntut raja menunaikan janji yang telah dibuat. iii. Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

    Contoh: Syeikh Said sangat tegas dengan keputusannya. iv. Kita hendaklah menepati janji.

    Contoh: Phaya Tu Naqpa telah menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam . v. Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.

    Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf setelah dua kali memungkiri janji dan akhirnya baginda insaf dan memeluk Islam.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 16

    HIKAYAT MARAKARMA

    Sinopsis: Bab 14 Peperangan, Perkahwinan dan Pertabalan

    Prosa tradisional ini mengisahkan Maharaja Indera Dewa yang marah apabila Maharaja Marakarma telah menyerang negeri baginda. Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja supaya keluar berperang dengan Marakarma. Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari telah meminta keizinan ayahanda dan bonda mereka untuk keluar berperang. Kedua-dua belah pihak berperang dan bertarung mengikut status masing-masing. Ramai yang tewas dalam peperangan, mayat manusia bertimbun serta kepala hulubalang dan pahlawan berselerakan di tengah padang. Hanya Maharaja Indera Dewa sahaja yang terselamat.

    Melihatkan keadaan itu, Maharaja Marakarma pun mengusir Maharaja Indera Dewa dari situ.

    Maharaja Indera Dewa pun bertanya kepada Maharaja Marakarma tentang asal usul baginda lalu menyuruh baginda pulang kerana kasihan akan Maharaja Marakarma serta ayahanda dan bonda baginda. Maharaja Marakarma tersenyum lalu menyatakan bahawa baginda dianggap sebagai anak yang malang dan tidak dibenarkan tinggal di dalam negeri Puspa Sari. Pada pendapat Maharaja Marakarma, tiada gunanya baginda hidup. Lebih baik baginda mangkat bersama-sama dengan Maharaja Indera Dewa. Maharaja Indera Dewa sangat marah apabila mendengar kata-kata Maharaja Marakarma lalu memanah ke arah Maharaja Marakarma tetapi tersasar. Setelah masing-masing menunjukkan kehebatan memanah, berlaku pula kejadian tikam-menikam. Tikaman Maharaja Marakarma terkena pada dada Maharaja Indera Dewa lalu tembus ke belakang. Baginda pun rebah tetapi sebelum mati, Maharaja Indera Dewa sempat berpesan kepada Maharaja Marakarma supaya menjaga anak baginda, Puteri Nila Cahaya.

    Setelah mendengar berita kemangkatan ayahandanya di medan peperangan, Puteri Nila Cahaya terus menangis lantas berlari ke luar kota bersama-sama dengan bondanya untuk mencari mayat Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya mendapati ayahandanya tersandar pada bangkai gajah. Bondanya juga mangkat kerana terkena tikaman keris yang terletak di tangan Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya hendak menikam dirinya tetapi dapat diselamatkan oleh isteri-isteri hulubalang. Sebelum pulang ke negeri Puspa Sari, Maharaja Marakarma telah mengarahkan Raja Rum Syah Ke negeri Anta Beranta yang telah kematian maharajanya. Kemudiannya, Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari bertemu pula ayahanda mereka. Ayahanda mereka berasa sangat gembira kerana mereka telah menang dalam peperangan dan kemudiannya mereka pulang ke negeri Puspa Sari.

    Setelah melihat saudaranya duduk bersama-sama dengan suaminya, Tuan Puteri Cahaya Khairani

    pun menemui mereka lalu menangis. Tuan Puteri Cahaya Khairani memberitahu bahawa Raja Bujangga Indera kini sudah dewasa setelah sekian lama mereka tidak bertemu dan amat rindu akan adindanya itu. Raja Bujangga amat terkejut dan tercengang apabila mendengar kata-kata Tuan Puteri Cahaya Khairani. Setelah diamat-amati, ternyatalah Tuan Puteri Cahaya Khairani ialah kakandanya. Berita baik itu kemudiannya disampaikan kepada ayahanda dan bonda mereka yang kini tinggal di negeri Mercu Indera oleh seorang hulubalang. Maharaja Marakarma dan anak raja yang lain bercadang untuk mengahwinkan

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 17

    Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya dan ingin ditabalkan menjadi raja di negeri Anta Beranta. Rombongan Maharaja Marakarma kemudian berangkat ke negeri Anta Beranta. Maharaja Marakarma menitahkan Perdana Menteri supaya membuat persiapan untuk meraikan perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya lalu melantik Raja Bujangga Indera menjadi Maharaja Anta Beranta. Bab 15 Maharaja Negeri Mercu Indera

    Seluruh rakyat Mercu Indera datang menghadap Maharaja Malai Kisna. Pada masa yang sama, hulubalang berkenaan diperintah oleh Maharaja Bujangga Indera supaya membawa surat lalu menghadap baginda. Bentara telah membaca kandungan surat tersebut. Kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Tuan Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. Setelah selesai surat tersebut dibaca, rombongan Maharaja Marakarma pun tiba. Maharaja Malai Kisna dan isteri baginda menyambut ketibaan rombongan lalu meraikan rombongan tersebut.

    Genap empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan isteri baginda dihias dan diletakkan di atas tandu. Mereka diarak mengelilingi negeri Mercu Indera sebanyak tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja Mengerna Lela dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian mereka masing-masing. Seluruh rakyat negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan sebagai raja negeri Mercu Indera. Setelah selesai upacara pertabalan Maharaja Marakarma, saudara mara baginda yang lain memohon keizinan untuk pulang ke negeri masing-masing. Raja Mengindera Sari pula telah ditabalkan menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya bagi menggantikan Maharaja Puspa Indera. Tema: Tema prosa tradisional ini adalah hubungan erat antara kerabat diraja Peperangan yang berlaku antara Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat menyatukan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu, Puteri Cahaya Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera serta ayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. Persoalan: i. Keberanian untuk menempuh cabaran.

    Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

    ii. Kebijaksanaan dalam tindakan. Contoh: Apabila Maharaja negeri Anta Beranta mangkat, Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat negeri Anta Beranta agar baginda dapat menakluk negeri tersebut.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 18

    iii. Penderitaan tidak semestinya berkekalan. Contoh: Puteri Nila Cahaya yang sedih setelah kematian ayahanda dan bondanya akhirnya mendapat kesudahan yang baik kerana dapat berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

    iv. Tanggungjawab seorang bapa. Contoh: Maharaja Marakarma menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Puteri Nila Cahaya dengan menjaga puterinya dengan baik serta mengahwinkan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera.

    Watak dan Perwatakan: Watak Utama Maharaja Marakarma i. Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.

    ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari. iii. Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani. iv. Taat.

    Contoh: Maharaja Marakarma taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera Dewa.

    v. Mahir memanah. Contoh: Maharaja Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiran memanah yang dimiliki oleh baginda.

    vi. Berani. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

    vii. Bertanggungjawab. Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya dengan baik.

    viii. Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 19

    Watak Sampingan Raja Mengindera Sari i. Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.

    ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma. iii. Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya. iv. Taat.

    Contoh: Raja Mengindera Sari taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera Dewa.

    v. Berani.

    Contoh: Raja Mengindera Sari berani berperang menentang raja Maharaja Indera Dewa. Puteri Nila Cahaya i. Puteri kepada Maharaja Indera Dewa.

    ii. Permaisuri kepada Raja Bujangga Indera

    Contoh: Puteri Nila Cahaya berkahwin dengan Raja Bujangga Indera dan dijadikan raja negeri Anta Beranta.

    iii. Penyayang.

    Contoh: Puteri Nila Cahaya berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda dan bondanya.

    iv. Bernasib baik. Contoh: Walaupun pada asalnya Puteri Nila Cahaya hidup menderita namun kerana kemangkatan ayahanda baginda namun akhirnya mendapat kebahagiaan setelah berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

    Puteri Cahaya Khairani i. Berkahwin dengan Maharaja Marakarma.

    ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera. iii. Penyayang.

    Contoh: Puteri Cahaya Khairani berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adinda yang disayangi.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 20

    Raja Bujangga Indera i. Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani ii. Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya iii. Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta iv. Penyayang.

    Contoh: Raja Bujangga Indera berasa amat gembira apabila dapat bertemu kembali dengan kakanda tersayang.

    Latar: Latar Masa i. Pagi

    Contoh: Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja untuk keluar berperang dengan Maharaja Marakarma pada waktu pagi.

    ii. Empat puluh hari empat puluh malam

    Contoh: Upacara perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya berlangsung selama empat puluh hari empat puluh malam.

    Latar Tempat i. Negeri Puspa Sari

    Contoh: Pusat pemerintahan Maharaja Indera Angkasa. ii. Negeri Anta Beranta

    Contoh: Tempat perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Puteri Nila Cahaya dan pertabalan Raja Bujangga Indera sebagai maharaja di situ.

    iii. Negeri Mercu Indera

    Contoh: Tempat pertabalan Maharaja Marakarma menjadi maharaja.

    Latar Masyarakat i. Masyarakat feudal

    Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. ii. Masyarakat yang penyayang

    Contoh: Tuan Puteri Nila Cahaya amat menyayangi ayahanda dan bondanya.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 21

    iii. Masyarakat yang taat setia. Contoh: Maharaja Marakarma patuh akan arahan ayahanda baginda supaya pergi berperang.

    iv. Masyarakat yang bertanggungjawab

    Contoh: Maharaja Marakarma menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya dengan sempurna.

    v. Masyarakat yang berani.

    Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa. vi. Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

    Contoh: Seluruh rakyat Puspa Sari bersama-sama keluar untuk berperang menentang maharaja Indera Dewa.

    vii. Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.

    Contoh: Maharaja Marakarma berpendapat bahawa tiada gunanya baginda hidup kerana dianggap sebagai anak yang membawa malang.

    Gaya Bahasa: i. Bahasa Istana

    Contoh: ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana ii. Bahasa Sanskrit

    Contoh: ratna mutu manikam iii. Bahasa Arab

    Contoh: maghrib, masyrik iv. Bahasa Melayu Klasik

    Contoh: rata, lebu duli, anak keti v. Kata Pangkal Ayat

    Contoh: maka, adapun Nilai: i. Nilai menepati janji

    Contoh: Maharaja Marakarma menepati janji untuk menjaga Tuan Puteri Nila Cahaya dan memberi layanan yang baik kepada baginda.

    ii. Nilai keberanian.

    Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 22

    iii. Nilai kasih sayang. Contoh: Puteri Nila Cahaya sanggup untuk menikam dirinya apabila melihat mayat ayahanda dan bondanya kerana terlalu sayang akan baginda berdua.

    iv. Nilai amanah.

    Contoh: Hulubalang yang disuruh untuk menyampaikan berita tentang Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma berjaya melaksanakan amanah yang diberi.

    v. Nilai kerjasama

    Contoh: Seluruh rakyat turut bekerjasama dengan Maharaja Indera Dewa untuk keluar berperang. vi. Nilai ketaatan

    Contoh: Rakyat yang taat dengan perintah Maharaja Indera Dewa supaya keluar berperang dengan Maharaja Marakarma.

    vii. Nilai bertanggungjawab

    Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.

    viii. Nilai kebijaksanaan Contoh: Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat di negeri Anta Beranta setelah maharajanya mangkat.

    Pengajaran: i. Kita hendaklah sentiasa berpegang kepada janji.

    Contoh: Maharaja Marakarma telah menunaikan janjinya dengan Maharaja Indera Dewa untuk menjaga Puteri Nila Cahaya.

    ii. Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.

    Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk berdepan dengan Maharaja Indera Dewa dan menentang baginda.

    iii. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.

    Contoh: Hulubalang sanggup berjalan dari negeri Puspasari ke negeri Mercu Indera untuk menyampaikan surat yang diamanahkan kepada Maharaja Malai Kisna.

    iv. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.

    Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.

    v. Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa. Contoh: Maharaja Marakarma taat kepada ayahanda dan bonda baginda kerana memohon keizinan ayahanda baginda terlebih dahulu sebelum keluar berperang.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 23

    vi. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas. Contoh: Rakyat negeri Anta Beranta bersama-sama dengan Maharaja Indera keluar untuk berperang.

    vii. Kita hendaklah mengekalkan hubungan yang erat sesama anggota keluarga.

    Contoh: Walaupun telah terpisah dengan anggota keluarganya, Puteri Cahaya Khairani masih lagi mengingati dan mengekalkan hubungan yang erat dengan keluarganya.

    viii. Janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut.

    Contoh: Maharaja Marakarma dianggap sebagai anak yang membawa malang melalui kepercayaan karut.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 24

    HIKAYAT INDERAPUTERA

    Sinopsis:

    Prosa tradisional ini mengisahkan Kuda Janggi Gerdana mengisahkan seorang putera raja yang bernama Inderaputera yang ingin mengembara. Setelah mendapat keizinan daripada bondanya, Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram, Inderaputera terus mengembara sehingga sampai di sebuah gua, iaitu perbendaharaan Raja Baharum Tabiq yang terbina daripada batu berwarna hijau dan pintunya dibuat daripada tembaga suasa. Di pintu gua itu, terdapat seekor ular yang terlalu panjang dan besar. Kehadiran Inderaputera menyebabkan ular itu cuba menyerangnya untuk mengusir Inderaputera dari situ tetapi Inderaputera berjaya memarang kepala ular itu hingga mati.

    Inderaputera masuk ke gua tersebut dan didapati ruang gua itu terlalu luas dan terdapat banyak

    terdapat bilik yang penuh dengan barangan berharga seperti emas, perak, pakaian yang indah-indah, alatan peperangan, kelengkapan kain kapan serta pakaian raja-raja dahulu kala. Namun begitu, tidak satu pun barang tersebut diambilnya. Apabila Inderaputera keluar dari bilik itu, seekor kuda hijau datang menuju ke arahnya dengan pantas dan berdengus kuat serta cuba menyerangnya. Namun, kuda itu dapat dijinakkan oleh Inderaputera dengan menggunakan bahasa jin sehingga akhirnya mereka menjadi sahabat. Inderaputera mencari pelana dan menjumpai suatu pelana yang bertatahkan ratna mutu manikam yang tertulis Janggi Gerdana lalu diletakkan di atas kuda itu. kuda itu diberi nama Janggi Gerdana. Janggi Gerdana memberitahu bahawa terdapat suatu cembul kaca putih di kepala ular Mamdud dan di dalamnya terdapat suatu Bedi Zahar yang mempunyai hikmat iaitu dapat menghidupkan orang yang telah mati walaupun telah tanggal tulangnya. Inderaputera sangat gembira dan terus mendapatkan Bedi Zahar tersebut lalu tinggal dengan Janggi Gerdana di dalam gua itu.

    Di negeri Zainun, pemerintahnya ialah Raja Puspa Pandai berketurunan jin Islam manakala isteri

    baginda yang bernama Tuan Puteri Puspa Seri Gading berketurunan manusia. Baginda mempunyai dua orang anak. Puteranya bernama Dinar Puspa manakala puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Rakyatnya pula berupa pelbagai jenis beruk pada siang hari dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam. Untuk mengelak sebarang bencana dan fitnah terhadap puterinya, rakyat jelata disuruh membina sebuah mahligai yang serba indah di Padang Anta Berahi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dengan harapan puterinya terhindar daripada segala bencana. Seekor tiung dan bayan disuruh menjaga dan menghiburkan puterinya setiap hari. Setelah tuan puteri dewasa, bayan keluar mencari calon suami untuk baginda. Malangnya putera raja yang dicari itu gagal mendekati tuan puteri kerana tergelincir di pertengahan tangga mahligai yang tinggi itu lalu mati. Keadaan itu berlaku terhadap berpuluh-puluh anak raja yang cuba mendapatkan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

    Sementara itu, Janggi Gerdana telah membawa Inderaputera terbang sehingga sampai ke

    mahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Setelah disoal oleh bayan, Inderaputera telah memperkenalkan diri dan asal usulnya. Mendengar penjelasan itu, Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela terus keluar dan menceritakan asal-usulnya juga malah segala peristiwa yang melibatkan anak-anak raja di situ turut diceritakan kepada Inderaputera. Ekoran peristiwa itu, Inderaputera terus menggunakan Bedi Zahar untuk menghidupkan semua anak raja yang telah tergelincir mati. Dengan izin Tuhan, semua anak raja tersebut hidup kembali dan bersyukur kepada Tuhan serta mendoakan kesejahteraan Inderaputera yang telah membantu menghidupkan mereka. Kesaktian yang ditunjukkan oleh Inderaputera telah menarik

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 25

    hati Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Lalu dibawanya bertemu dengan ayahandanya, Raja Puspa Pandai dan disuruh duduk di sebuah kerusi emas. Apabila malam tiba Inderaputera berasa sangat pelik melihat semua keluarga beruk menjadi manusia dan seterusnya Inderaputera dihidangkan dengan makanan dan hiburan yang menarik. Begitulah Inderaputera dilayan setiah hari sepanjang dirinya berada di sana.

    Tema:

    Tema prosa tradisional ini adalah keberanian dan kesaktian seorang anak raja. Kehebatan Kuda Janggi Gerhana menggambarkan kesaktian yang terdapat pada diri Inderaputera sehingga bertemu dan berkahwin dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela dengan kesaktian yang Inderaputera peroleh daripada Bedi Zahar.

    Persoalan:

    i. Keberanian menentang musuh. Contoh: Inderaputera telah membunuh ular Mamdud yang hendak menyerang dengan memarangkan kepala ular tersebut tanpa rasa gentar.

    ii. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat meringankan beban. Contoh: Semua rakyat Maharaja Puspa Pandai berganding bahu membina mahligai yang tersergam indah untuk Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

    iii. Bercakap dengan sopan dapat melembutkan hati orang sekeliling. Contoh: Inderaputera bercakap dengan penuh lemah lembut terhadap kuda hijau dengan harapan dapat bersahabat dengan kuda tersebut. Ekoran daripada itu, kuda tersebut dapat dijinakkan dan terus bersahabat dengan Inderaputera.

    iv. Tidak mengambil hak orang lain merupakan budi pekerti yang mulia. Contoh: Walaupun bilik-bilik di dalam gua Raja Baharum Tabiq dipenuhi dengan emas, perak serta harta yang berharga namun Inderaputera tidak mengambil sedikitpun kerana itu semua bukan miliknya.

    v. Merendah diri dalam kehidupan. Contoh: Inderaputera merendah diri apabila anak-anak raja menyembahnya ekoran peristiwa ia menolong menghidupkan anak-anak raja tersebut dan ia mengatakan itu semua bukanlah kuasanya tetapi kuasa Tuhan Yang Maha Besar.

    vi. Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan tuhan. Contoh: Anak-anak raja yang telah dihidupkan semula mengucapkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa atas dengan izin-Nya mereka telah dihidupkan semula.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 26

    Watak dan Perwatakan: Watak utama

    Inderaputera

    i. Seorang putera raja.

    ii. Ayahandanya bernama Bikrama Buspa.

    iii. Bondanya bernama Puteri Seganda Cahaya Iram.

    iv. Seorang putera raja yang sangat kacak/tampan rupa parasnya. v. Seorang putera raja yang berani.

    Contoh: Inderaputera berani untuk mengembara seorang diri menuju matahari terbenam melalui hutan belantara sehingga tiba di sebuah gua.

    vi. Mempunyai budi pekerti yang mulia.

    Contoh: Inderaputera bercakap dengan lemah lembut terhadap seekor kuda (Janggi Gendana) walaupun pada mulanya kuda tersebut cuba menyerangnya.

    vii. Mempunyai hati yang bersih.

    Contoh: Inderaputera tidak mengambil sedikitpun barangan berharga seperti emas dan perak yang terdapat di dalam gua kerana itu semua bukan miliknya.

    viii. Menggunakan kelebihan diri untuk membantu orang lain.

    Contoh: Inderaputera membantu menghidupkan anak-anak raja yang telah jatuh daripada tangga mahligai dengan menggunakan Bedi Zahar yang diperoleh daripada ular Mamdud.

    ix. Seorang yang mempunyai kesaktian.

    Contoh: Inderaputera mempunyai kelebihan menghidupkan orang yang telah mati dengan menggunakan Bedi Zahar.

    Watak Sampingan

    Puteri Seganda Cahaya Iram

    i. Bonda kepada Inderaputera.

    ii. Isteri/Permaisuri kepada Raja Bikrama Buspa.

    iii. Sangat prihatin. Contoh: Puteri Seganda Cahaya Iram sangat prihatin akan keselamatan anaknya dan sukar melepaskan anaknya pergi mengembara seorang diri.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 27

    Kuda (Janggi Gerdana) i. Seekor kuda hijau yang terdapat di dalam gua Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.

    ii. Seekor haiwan yang pandai berkata-kata menggunakan bahasa jin.

    Contoh: Inderaputera berbual-bual dengan Kuda Janggi Gerdana menggunakan bahasa jin.

    iii. Patuh dan akur kepada kelembutan dan pujian. Contoh: Apabila Inderaputera menggunakan bahasa jin dengan lemah lembut maka kuda hijau yang pada asalnya berdengus kuat terus tunduk dan akur akan kehendak Inderaputera yang ingin menjadikannya sebagai sahabat.

    Ular Mamdud i. Seekor ular besar yang panjang dan mempunyai kesaktian.

    Contoh: Di kepala ular tersebut terdapat suatu cembul putih dan di dalamnya terdapat (Bedi Zahar) yang mampu menghidupkan orang mati. Malah manusia dan binatang yang telah tanggal tulangnya juga mampu dihidupkan semula dengan izin Tuhan.

    Raja Puspa Pandai i. Seorang raja yang memerintah negeri Zainun yang rakyatnya terdiri daripada rakyat kera pada

    waktu siang dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam.

    ii. Bangsanya berasal daripada jin Islam.

    iii. Bangsa isterinya pula berasal daripada manusia bernama Tuan Puteri Seri Gading.

    iv. Mempunyai dua orang anak iaitu puteranya bernama Dinar Pandai dan puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

    v. Seorang ayah yang bertanggungjawab. Contoh: Raja Puspa Pandai bimbang dan akan keselamatan puterinya lalu disuruh rakyat membina sebuah istana yang sangat hebat dan dipenuhi kemewahan di samping terjamin dari segi baginda.

    Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela i. Puteri kepada Puspa Pandai.

    ii. Mempunyai rupa paras yang cantik menawan.

    Contoh: Burung bayan bercerita kepada anak raja Indera bahawa Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela mempunyai paras wajah yang sangat cantik.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 28

    iii. Sudah dewasa dan patut mempunyai teman hidup Contoh: Bayan dan tiung berusaha mencarikan pasangan/putera raja yang sesuai dan sepadan untuk djodohkan dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

    iv. Taat. Contoh: Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela mentaati perintah ayahandanya supaya tinggal di dalam mahligai yang dibina di Padang Anta Berahi dan jauh daripada ayahanda bondanya.

    v. Sukar untuk didekati dan dimiliki. Contohnya: Semua anak-anak raja yang cuba memanjat tangga mahligai yang dibina di Padang Anta Berahi gagal ke puncak kerana tergelincir di pertengahan tangga lalu jatuh dan meninggal dunia tatkala melihat kejelitaan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

    Latar: Latar Masa i. Zaman feudal.

    Contoh: Zaman pemerintahan beraja di negeri Zainun yang rajanya bernama Raja Puspa Pandai.

    ii. Waktu siang. Contoh: Rakyat Raja Puspa Pandai menjadi kera, beruk, lotong karkah (cikah), kongkang dan siamang.

    iii. Waktu malam. Contoh: Pada waktu malam seluruh rakyat yang menjadi kera dan beruk bertukar menjadi manusia.

    Latar Tempat i. Gua yang dikenali sebagai Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.

    Contoh: Gua ini sangat luas dan mengandungi 40 buah bilik yang dipenuhi dengan emas, perak, kelengkapan perang, kelengkapan kain kapan dan pakaian raja-raja terdahulu.

    ii. Padang Anta Berahi.

    Contoh: Sebuah tempat di negeri Zainun dan di situlah Raja Puspa Pandai mengarahkan rakyat jelatanya membina sebuah mahligai yang indah untuk melindungi puterinya daripada sebarang ancaman atau bencana.

    iii. Mahligai. Contoh: Puteri Cendera Lela Nur Lela duduk bersama-sama tiung dan bayan di dalam mahligai.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 29

    iv. Tangga emas. Contoh: Anak-anak raja yang ingin bertemu dengan dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela tergelincir di pertengahan tangga mahligai yang tinggi itu lalu jatuh ke bawah dan mati.

    v. Istana. Contoh: Tempat seorang anak raja Indera yang tampan dan merdu suaranya duduk membaca kitab hikayat ketika bayan datang mencari bakal suami untuk Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

    vi. Negeri Zainun.

    Contoh: Rakyatnya terdiri daripada keluarga kera pada waktu siang dan bertukar menjadi manusia pada malam hari.

    Latar Masyarakat i. Masyarakat feudal.

    Contoh: Negeri yang mengamalkan pemerintahan beraja yang rajanya bernama Raja Puspa Pandai.

    ii. Masyarakat manusia dan binatang yang mempunyai cirri-ciri kesaktian. Contoh: Pada waktu siang rakyat Raja Puspa Pandai menjadi beruk, kera, lotong dan siamang manakala pada waktu malam bertukar menjadi manusia.

    iii. Masyarakat yang patuh kepada pemerintah. Contoh: Rakyat jelata mematuhi arahan yang disampaikan oleh Raja Puspa Pandai untuk membina mahligai. Malah mereka bekerjasama membina mahligai tersebut.

    Gaya Bahasa: i. Kata pangkal ayat.

    Contoh: Arkian, hatta, syahadan, sebermula

    ii. Bahasa istana. Contoh: bonda, hamba

    iii. Penggunaan pantun Contoh: Penjahat di atas pintu,

    Dulang tiris mari dirapat; Orang muda sahaja begitu, Orang yang arif maka mendapat iv. Simile.

    Contoh: rambutnya laksana cincin dituang. v. Hiperbola.

    Contoh: pinggangnya bunga setangkai.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 30

    vi. Metafora.

    Contoh: laut berahi vii. Kata ganda.

    Contoh: besar-besar, tinggi-tinggi Nilai Murni: i. Nilai keberanian.

    Contoh: Inderaputera seorang putera raja yang berani untuk mengembara seorang diri ke dalam hutan belantara.

    ii. Nilai kejujuran

    Contoh: Inderaputera tidak mengambil sedikit pun barang berharga yang terdapat dalam bilik-bilik di Gua Raja Baharum Tabiq kerana barang-barang itu bukan miliknya.

    iii. Nilai bekerjasama.

    Contoh: Semua rakyat berganding bahu dan bekerjasama menyiapkan mahligai yang dibina di Padang Anta Berahi.

    iv. Nilai kesyukuran.

    Contohnya: Anak-anak raja yang telah dihidupkan semula memanjatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Besar yang telah menghidupkan mereka semula.

    v. Nilai menghargai jasa Contoh: Semua anak raja yang telah dibantu oleh Inderaputera mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan Inderaputera atas jasa yang telah diberikan.

    vi. Nilai kasih sayang.

    Contoh: Raja Puspa Pandai amat sayang akan anaknya lalu dibinanya sebuah istana yang sangat besar dan cantik di Padang Anta Berahi untuk mengelakkan puterinya daripada segala bencana.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 31

    Pengajaran: i. Kita haruslah mempunyai semangat yang cekal dan berani untuk menghadapi sebarang halangan.

    Contoh: Inderaputera mempunyai semangat yang tinggi untuk mengembara seorang diri dan berani menghadapi serangan yang dilakukan oleh ular Mamdud.

    ii. Kita haruslah sentiasa bekerjasama untuk meringankan beban.

    Contoh: Semua rakyat bekerjasama membina mahligai di Padang Anta Berahi seperti yang dikehendaki oleh Raja Puspa Pandai.

    iii. Kita hendaklah sentiasa merendahkan suara ketika bercakap.

    Contoh: Inderaputera menggunakan bahasa yang lemah lembut ketika bercakap dengan kuda hijau. Secara tidak langsung telah melembutkan hati kuda tersebut daripada terus menyerang Inderaputera.

    iv. Kita haruslah menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang lain.

    Contoh: Inderaputera telah menggunakan gemala Bedi Zahar yang diambil daripada ular Mamdud untuk menghidupkan semula anak-anak raja yang telah mati tergelincir di pertengahan tangga mahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

    v. Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan.

    Contoh: Inderaputera mengingatkan kepada anak-anak raja yang telah dihidupkan semula bahawa kelebihan luar biasa itu adalah daripada kuasa Tuhan Yang Maha Besar sedangkan dirinya hanyalah manusia biasa.

    vi. Kita hendaklah menghargai jasa orang yang telah menaburkan budi.

    Contoh: Setelah mengetahui gerangan yang menyebabkan mereka hidup kembali, anak-anak raja itu amat berterima kasih dan mendoakan kesejahteraan Inderaputera.