tahap sm5 prosa tradisional

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest Tahap SM5 Prosa Tradisional Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 23-Nov-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM5 Prosa Tradisional

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

Tahap SM5

Prosa Tradisional

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM5 Prosa Tradisional
Page 3: Tahap SM5 Prosa Tradisional

Pemahaman Prosa Tradisional (10 markah)

Sinopsis – “Burung Terbang Dipipiskan Lada”

Kedengaran di benua Siam bahawa negeri Melaka sebuah negeri yang besar dan

tidak ditakluki oleh mana-mana empayar. Justeru, Raja Siam, iaitu Bubunnya

menyuruh wakilnya ke Melaka untuk meminta surat sembah. Sultan Melaka, iaitu

Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah Raja Siam. Hal tersebut telah

menyebabkan Raja Siam berasa amat marah lalu memerintahkan hulubalangnya, iaitu

Awi Cakri untuk menyerang Melaka.

Berita Siam hendak menyerang Melaka telah didengari oleh Sultan Muzaffar

Syah. Lantas, baginda memerintahkan rakyat dihimpunkan di Melaka. Sehubungan

dengan itu, semua rakyat lelaki dibawa berhimpun di Melaka. Tun Perak pula telah

menghimpunkan orang lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak-anak

mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka berperang dengan sungguh-

sungguh demi isteri dan anak-anak mereka. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat

perhatian Sultan Melaka. Selepas Melaka berjaya menewaskan Siam, Tun Perak telah

diperintahkan agar menetap di Melaka dan dilantik sebagai bentara.

Kemudian, ada seorang orang Kelang mengadu kepada Sultan Melaka bahawa

Tun Perak telah menganiayai dirinya. Duli Yang Dipertuan Sultan Melaka pun

memerintahkan Tun Perak supaya menghadap baginda. Tun Perak menyatakan

bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun Perak mahu dia

dipecat lebih dahulu sekiranya dia ingin dicerca kerana orang yang mengadu tersebut.

Kata-kata Tun Perak itu memikat hati Sultan Melaka dan diakui betul. Kebijaksanaan

Tun Perak menyebabkan Sultan Melaka melantik Tun Perak sebagai Perdana Menteri

dengan menggunakan gelaran Paduka Raja. Tun Perak duduk setara dengan Seri Nara

Diraja di seri balai.

Apabila terdapat dua orang pembesar, orang Melayu pun terbahagi kepada dua

kumpulan, iaitu sebahagiannya menjadi pengikut Paduka Raja dan sebahagian yang

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Tahap SM5 Prosa Tradisional

lain menjadi pengikut Seri Nara Diraja. Kedua-dua pembesar ini tidak bermuafakat

dan sering berselisihan faham. Sultan Melaka berasa dukacita kerana sikap kedua-dua

pembesar itu boleh membinasakan negeri. Baginda bercadang untuk mendamaikan

kedua-dua pembesar tersebut.

Oleh hal yang demikian, Seri Nara Diraja telah dikahwinkan dengan Tun Kudu,

iaitu anak Bendahara Seri Wak Raja yang bersaudara pula dengan Paduka Raja. Tun

Kudu ialah isteri sultan tetapi telah diceraikan oleh sultan. Tun Kudu dipelihara oleh

Paduka Raja dengan perbelanjaannya ditanggung oleh sultan. Setelah Seri Nara Diraja

berkahwin dengan Tun Kudu, Seri Nara Diraja telah berbaik-baik dengan Paduka

Raja. Malah Seri Nara Diraja memberikan sokongannya terhadap Paduka Raja untuk

dilantik sebagai bendahara.

Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana. Pada zaman

kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri

besar, iaitu Patih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan

Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di

Melaka.

Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi

Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Melaka memerintahkan Bendahara Paduka

Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri Bija Diraja juga

diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam

yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan

Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang

berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah.

Tindakan Tun Umar itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan.

Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon

kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut telah dilihat oleh

orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Tahap SM5 Prosa Tradisional

banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali

ke Siam semula.

Di Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah meraikan tenteranya dengan

memberikan persalinan yang mulia-mulia. Sebaliknya di Siam pula, Paduka Bubunnya

berasa terlalu marah. Lantas baginda sendiri ingin menyerang Melaka. Walau

bagaimanapun, anaknya, iaitu Cau Pandan mahu dia diperlengkapkan untuk

mengalahkan Melaka. Paduka Bubunnya berasa sangat gembira dan mengarahkan

anaknya itu diperlengkapkan dengan Pra Kelong lapan ratus sum dan perahu-perahu

kecil yang tidak terbilang banyaknya.

Khabar tentang tentera Siam yang dipimpin oleh Cau Pandan akan menyerang

telah kedengaran di Melaka. Tuan Sidi Arab yang menetap di Melaka dan pandai

bermain panah lasykar telah menghalakan panahnya ke benua Siam sambil

mengatakan bahawa Cau Pandan akan mati. Sultan Muzaffar Syah tersenyum lalu

berkata bahawa jika benar Cau Pandan itu mati, bermakna Tuan Sidi Arab itu benar-

benar warak.

Di benua Siam, Cau Pandan berasa dadanya seperti terkena panah. Cau Pandan

telah sakit dan muntah darah lalu mati. Oleh hal yang demikian, rancangan Siam untuk

menyerang Melaka tidak diteruskan. Kematian Cau Pandan telah tersebar hingga

Melaka. Sultan Muzaffar Syah yang mendengar khabar tersebut mengakui Tuan Sidi

Arab seorang yang warak, lalu memberikan pujian dan anugerah kepada beliau.

Selepas 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun

mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah

dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu ialah 27

tahun. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah. Baginda telah

berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

Tema

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Tahap SM5 Prosa Tradisional

1. Tema prosa ini ialah kebijaksanaan dalam menyelesaikan kemelut atau masalah

yang dihadapi.

2. Tun Perak bersikap bijaksana apabila memerintahkan semua lelaki dari Kelang

berhimpun di Melaka dengan membawa isteri dan anak-anak mereka. Tujuannya

adalah untuk memastikan orang lelaki Kelang tersebut berperang dengan sungguh-

sungguh kerana mereka bukan sahaja berperang kerana sultan tetapi kerana isteri dan

anak-anak mereka juga.

Persoalan

1. Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menyelesaikan

kemelut atau masalah. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah seorang yang bijaksana

kerana telah berjaya mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja melalui

perkahwinan antara Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja.

2. Perpecahan dalam kalangan pembesar akan membahayakan kedaulatan dan

keharmonian negara. Contohnya, perbalahan antara Seri Nara Diraja dengan Paduka

Raja telah menyebabkan orang Melayu berpecah kepada dua kumpulan.

3. Negara hendaklah sentiasa bersiap siaga dengan ancaman musuh. Contohnya,

Bendahara Paduka Raja sentiasa bersedia dengan taktik untuk mengalahkan Siam.

4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan. Contohnya, Tuan Sidi Arab yang memiliki

ilmu dan berada di Melaka telah membunuh Cau Pandan yang berada di Siam dengan

menghalakan anak panahnya sahaja.

5. Keberanian dalam menghadapi cabaran. Contohnya, Tun Perak berani

menghadapi cabaran apabila didakwa telah menganiaya orang. Dengan keberaniannya

menangani konflik tersebut, Sultan Muzaffar Syah telah melantik beliau sebagai

Perdana Menteri.

6. Taat setia kepada pemimpin dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian

negara. Contohnya, semua rakyat dan pembesar memberikan taat setia kepada Sultan

Melaka. Berkat kesetiaan itu, Melaka berjaya mengalahkan musuh, iaitu Siam.

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Tahap SM5 Prosa Tradisional

Watak dan Perwatakan

1. Watak utama - Tun Perak.

2. Watak-watak sampingan - Sultan Muzaffar Syah, Seri Nara Diraja, Paduka

Bubunnya, Tun Kudu, Tun Umar, Cau Pandan, Tuan Sidi Arab, Sultan Mansur Syah,

dan sebagainya.

Tun Perak

1. Tun Perak ialah seorang pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.

2. Beliau dinaikkan pangkat daripada pembesar Kelang kepada Paduka Raja dan

diperintahkan untuk menetap di Melaka.

3. Seorang yang bijaksana. Contohnya, Tun Perak mengarahkan orang lelaki dari

Kelang membawa isteri dan anak-anak mereka untuk berkumpul di Melaka bagi

menghadapi peperangan dengan Siam. Tindakan beliau itu bertujuan untuk

membangkitkan semangat orang-orang Kelang untuk berperang.

4. Seorang yang baik hati. Contohnya, Tun Perak menjaga Tun Kudu yang telah

diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah.

5. Seorang yang berani. Contohnya, beliau memimpin orang Melaka untuk

mengalahkan tentera Siam yang datang menyerang Melaka.

6. Seorang yang berpengaruh. Contohnya, beliau mempunyai pengikutnya sendiri

setelah dilantik menjadi Perdana Menteri.

7. Beliau dilantik menjadi Bendahara Paduka Raja oleh Sultan Muzaffar Syah

setelah mendapat sokongan daripada Seri Nara Diraja.

Sultan Muzaffar Syah

1. Seorang yang mementingkan keharmonian Melaka. Contohnya, baginda

berusaha untuk mendamaikan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja kerana bimbang akan

sikap mereka yang boleh membinasakan negeri.

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Tahap SM5 Prosa Tradisional

2. Seorang yang prihatin. Contohnya, baginda meraikan tenteranya yang berjaya

mengalahkan tentera Siam dengan memberikan persalinan kepada mereka.

3. Seorang yang bijaksana. Contohnya, baginda telah mendamaikan dua orang

pembesarnya yang selalu berselisih faham, iaitu Seri Nara Diraja dan Paduka Raja

dengan mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja.

4. Seorang yang tidak terburu-buru. Contohnya, apabila baginda mendengar

dakwaan bahawa Paduka Raja membuat penganiayaan, baginda telah memanggil

Paduka Raja untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya.

5. Seorang raja yang telah memerintah Melaka selama 42 tahun.

6. Seorang raja yang menghargai rakyat. Contohnya, baginda menghargai jasa Tuan

Sidi Arab dengan memberikan pujian dan anugerah kepada beliau yang berjaya

membunuh Cau Pandan.

Seri Nara Diraja

1. Beliau seorang Bendahara Melaka.

2. Beliau sudah tua sehingga bulu kening dan bulu matanya telah bercantum.

3. Beliau telah berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu bekas isteri Sultan Melaka.

4. Beliau mempunyai anak daripada hubungannya dengan gundik, iaitu Tun Nina

Madi.

5. Seri Nara Diraja menjadi bapa saudara kepada Bendahara Paduka Raja apabila

beliau berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Bendahara Paduka Raja.

Sultan Mansur Syah

1. Baginda ialah Raja Abdullah, iaitu anak kepada Sultan Muzaffar Syah.

2. Baginda menaiki takhta Melaka selepas ayahanda baginda mangkat.

3. Baginda menjadi sultan ketika berusia 27 tahun.

4. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil dan pemurah.

5. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara

Diraja.

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Tahap SM5 Prosa Tradisional

6. Baginda mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Puteri Bakal, iaitu

hasil hubungannya dengan gundik.

Latar

Latar Tempat

1. Melaka. Contohnya, peristiwa atau cerita prosa ini berkisar di negeri Melaka.

2. Muar. Contohnya, tentera Siam bawah pimpinan Awi Cakri berada di Muar selepas

berperang dengan orang Melaka.

3. Batu Pahat. Contohnya, tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Dicu berada di Batu

Pahat untuk menyerang Melaka.

4. Hulu Muar. Contohnya, orang Siam mencampakkan rotan di Hulu Muar sewaktu

hendak lari akibat kalah dengan tentera Melaka.

5. Kelang. Contohnya, tempat tinggal Tun Perak sebelum Melaka berperang dengan

Siam adalah di Kelang.

6. Siam. Contohnya, Siam merupakan empayar besar yang mengarahkan tenteranya

untuk menyerang Melaka.

7. Istana Siam. Contohnya, Istana Siam ialah tempat bersemayamnya Raja Bubunnya.

8. Seri balai. Contohnya, seri balai ialah tempat duduk Seri Nara Diraja dan Paduka

Raja di istana Melaka.

Latar Masa

1. Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, peristiwa dalam

prosa ini berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

2. Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Contohnya, semasa zaman

pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, tentera Siam berusaha untuk menyerang Melaka

namun gagal.

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Tahap SM5 Prosa Tradisional

3. Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka. Contohnya, Bendahara Paduka

Raja memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu

tentera Siam yang ingin menyerang Melaka.

Latar Masyarakat

1. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan

hulubalang. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sebagai pemerintah dan Tun Perak

sebagai bendahara.

2. Masyarakat yang mengamalkan ilmu dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Tuan

Sidi Arab dapat membunuh Cau Pandan dari jauh sahaja, iaitu dengan menghalakan

panahnya ke benua Siam.

3. Masyarakat gundik. Contohnya, Seri Nara Diraja dan Sultan Mansur Syah

mempunyai gundik serta anak daripada hubungannya dengan gundik tersebut.

4. Masyarakat yang tidak bersatu. Contohnya, Seri Nara Diraja dan Paduka Raja

tidak bersatu walaupun mereka ialah pembesar Melaka.

5. Masyarakat yang takut akan isteri. Contohnya, Seri Nara Diraja seorang yang

takut akan isteri sehingga sanggup menyembunyikan anaknya, iaitu hasil hubungan

dengan gundiknya.

6. Masyarakat yang bijaksana. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah dan Tun Perak bijak

menyelesaikan masalah dan cabaran dengan menggunakan strategi yang berkesan.

7. Masyarakat yang baik hati. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bersifat baik hati

apabila menghargai tenteranya dengan memberikan persalinan selepas mereka berjaya

mengalahkan Siam.

8. Generasi tua. Contohnya, Seri Nara Diraja merupakan seorang pembesar yang

sudah tua hingga bulu mata dan keningnya telah bercantum.

9. Golongan muda. Contohnya, Sultan Mansur Syah dan Tun Umar merupakan

golongan yang masih muda dan kuat.

Plot

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Tahap SM5 Prosa Tradisional

Binaan Plot

1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.

2. Bahagian pengenalan atau eksposisi cerita ini mengisahkan Raja Siam

memerintahkan Melaka agar menghantar surat sembah. Namun demikian, Sultan

Melaka tidak mahu memberikan surat sembah tersebut. Oleh itu, Raja Siam, iaitu Raja

Bubunnya memerintahkan tenteranya di bawah pimpinan Awi Cakri untuk menyerang

Melaka. Sultan Melaka mengarahkan rakyatnya dikumpulkan untuk menghadapi

ancaman tentera Siam. Tun Perak mengumpulkan semua lelaki dari Kelang bersama-

sama dengan isteri dan anak masing-masing. Akhirnya, Siam berjaya dikalahkan di

Muar.

3. Cerita mencapai tahap perkembangan apabila Tun Perak diperintahkan oleh Sultan

Melaka untuk menetap di Melaka dan dijadikan baginda sebagai bentara.

Kebijaksanaan Tun Perak sewaktu menyelesaikan dakwaan bahawa dia membuat

aniaya telah mendorong Sultan Muzaffar Syah menaikkan pangkat beliau sebagai

Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja.

4. Cerita memasuki peringkat perumitan apabila Seri Nara Diraja dan Paduka Raja

tidak sefahaman. Orang Melayu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagiannya

menjadi pengikut Seri Nara Diraja dan sebahagian yang lain menjadi pengikut Paduka

Raja. Sultan Muzaffar Syah berasa bimbang sekiranya perbalahan antara pembesar itu

akan memudaratkan negeri Melaka. Oleh hal yang

demikian, Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan Tun Kudu, iaitu saudara kepada

Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja. Tindakan baginda berjaya menyatukan Seri

Nara Diraja dengan Paduka Raja. Selepas itu, Paduka Raja dijadikan bendahara.

5. Puncak atau klimaks cerita adalah apabila Siam menghantar tenteranya di bawah

pimpinan Awi Dicu untuk menyerang Melaka. Sultan Muzaffar Syah mengarahkan

Bendahara Paduka Raja dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja untuk mengusir tentera

Siam. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang mengarahkan semua pohon kayu

bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar menyebabkan tentera Siam tersalah anggap

dan kembali semula ke Siam kerana ketakutan. Selepas itu, anakanda Raja Siam, iaitu

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Tahap SM5 Prosa Tradisional

Cau Pandan meminta dia diperlengkapkan untuk menyerang Melaka. Berita Siam

ingin menyerang Melaka telah diketahui oleh Raja Melaka. Tuan Sidi Arab yang

mempunyai ilmu telah membantu Melaka dengan menghalakan panahnya ke benua

Siam untuk membunuh Cau Pandan dari jauh. Cau Pandan berasa dadanya seperti

dipanah lalu muntah darah dan mati. Kematian Cau Pandan menggembirakan hati

Sultan Muzaffar Syah.

6. Pada bahagian peleraian, Sultan Muzaffar Syah mangkat selepas memerintah

Melaka selama 42 tahun. Takhta Melaka digantikan oleh Raja Abdullah, iaitu

anakanda Sultan Muzaffar Syah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.

Teknik Plot

Pelbagai teknik plot atau teknik penulisan yang digunakan oleh pengarang untuk

mengembangkan plot prosa tradisional.

1. Teknik pemerian.

(a) Pengarang memerihalkan perwatakan Seri Amerta. Contohnya:

Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya;

sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara,

digelar baginda Seri Amerta. (hlm. 27)

(b) Pengarang memerihalkan peristiwa semasa orang Siam datang untuk berperang

dengan orang Melaka yang akhirnya berpihak kepada negeri Melaka. Contohnya:

Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang

Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang

mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang

segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar.

(hlm. 29)

2. Teknik dialog.

(a) Dialog antara Sultan Muzaffar Syah dengan Seri Nara Diraja. Contohnya:

Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara

Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Tahap SM5 Prosa Tradisional

Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah,

"Mahukah Seri Nara Diraja beristeri? "

Maka sembahnya, "Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah,

tuanku."

Maka titah baginda, "Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak

Orang Kaya Hitam?"

Maka sembahnya, "Mohon patik tuanku." (hlm. 31)

(b) Dialog antara Sultan Muzaffar Syah dengan Tuan Sidi Arab. Contohnya:

...Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab,

sambil menarik panahnya itu, "Mati engkau, Cau Pandan."

Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada

Tuan Sidi Arab itu, "Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan

Keramat." (hlm. 36)

3. Teknik monolog dalaman.

(a) Sultan Muzaffar Syah bermonolog dalaman ketika baginda mendengar penjelasan

daripada Tun Perak. Contohnya:

Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun

Perak itu. Pada hati baginda, "Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi

bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri." (hlm. 30)

(b) Sultan Muzaffar Syah bermonolog dalaman ketika baginda mendengar penjelasan

daripada Tun Perak. Contohnya:

...Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah

dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja

itu. Maka fikir di dalam hati baginda, "Jikalau demikian binasalah negeri

ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar." (hlm. 31)

4. Teknik imbas kembali.

Seri Nara Diraja teringat akan peristiwa bapanya membeli azimat. Contohnya:

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Tahap SM5 Prosa Tradisional

Maka kata Seri Nara Diraja, "Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau

demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu."

(hlm. 33)

Gaya Bahasa

1. Bahasa Melayu Klasik. Contohnya:

(a) ...Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada

terpermanai lagi. (hlm. 27)

(b) ...jangan kemakanan matanya. (hlm. 29)

(c) Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapahu sekati emas di benua

Keling itu." (hlm. 33)

2. Bahasa istana. Contohnya:

(a) Maka diambil baginda sirih... (hlm. 29)

(b) Maka baginda memberi titah kepada bentara... (hlm. 30)

(c) … oleh tuanku tiada mengaku... (hlm. 31)

(d) … maka baginda pun mangkatlah. (hlm. 38)

3. Bahasa Arab. Contohnya:

(a) Dan telah sudah lepas idah... (hlm. 33)

(b) … sesaat itu juga ditalak baginda ... (hlm. 33)

(c) … "Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat." (hlm. 37)

4. Simile. Contohnya:

(a) … seperti dewal orang berzikir. (hlm. 36)

(b) … dadanya seperti kena panah ... (hlm. 37)

5. Hiperbola. Contohnya:

(a) ...Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu... (hlm. 34)

(b) ...lain perahu kecil-kecil tiada terbilang lagi... (hlm. 36)

(c) ...seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.

(hlm. 38)

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Tahap SM5 Prosa Tradisional

6. Kata ganda. Contohnya:

(a) kurang-kurang (hlm. 29)

(b) besar-besar (hlm. 33)

(c) berkasih-kasihan (hlm. 33)

(d) olang-oleng (hlm. 35)

(e) mulia-mulia (hlm. 36)

(f) kecil-kecil (hlm. 36)

7. Perulangan atau repetisi. Contohnya:

(a) ... "Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga,

hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat...

(hlm. 29)

(b) Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap

orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu

diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala

orang yang duduk itu ... (hlm. 31)

(c) Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya

Sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia

berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam

alah. (hlm. 35)

8. Ayat yang meleret-leret. Contohnya:

(a) Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih

Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara

Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

(hlm. 33)

(b) Telah sudah lengkap, maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari

Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Diraja, dengan segala hulubalang banyak.

(hlm. 34)

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Tahap SM5 Prosa Tradisional

(c) Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi

pemurah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.

(hlm. 38)

9. Lagu. Contohnya:

Cau Pandan anak Bubunnya,

Hendak menyerang ke Melaka,

Ada cincin berisi bunga,

Bunga berladung si air mata. (hlm. 37)

Nilai

1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Tun Perak bersikap bijaksana dalam menghadapi

ancaman Siam yang mahu menyerang negeri Melaka. Beliau mengarahkan semua

pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar dan tindakan beliau ini telah

menggerunkan tentera Siam.

2. Nilai baik hati. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bersikap baik hati dengan

menganugerahkan persalinan kepada Tun Perak dan tenteranya selepas mereka berjaya

mengusir tentera Siam.

3. Nilai berilmu pengetahuan. Contohnya, Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu

pengetahuan yang tinggi sehingga mampu membunuh Cau Pandan yang ingin

menyerang Melaka dari jauh sahaja.

4. Nilai bersatu padu. Contohnya, Seri Nara Diraja yang bersepakat dengan

Bendahara Paduka Raja telah menjadikan rakyat Melaka bersatu padu dan terus kukuh

untuk berhadapan dengan ancaman Siam.

5. Nilai keikhlasan. Contohnya, Seri Nara Diraja dengan ikhlas hati menyokong

pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka.

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Tahap SM5 Prosa Tradisional

6. Nilai keberanian. Contohnya, Tun Perak bersama-sama dengan tentera Melaka

amat berani menentang tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Cakri dan Awi Dicu

sehingga kedua-dua gerombolan tentera musuh dapat dikalahkan.

7. Nilai pengorbanan. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban, iaitu

baginda menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja

demi kebaikan negeri Melaka.

Pengajaran

1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh negara. Contohnya, Tun Perak

dan tentera-tenteranya berani menentang tentera Siam yang begitu ramai sehingga

berjaya melindungi negeri Melaka.

2. Kita haruslah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.

Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bijaksana dalam menyelesaikan konflik antara Seri

Nara Diraja dengan Paduka Raja. Tindakan baginda mengahwinkan Seri Nara Diraja

dengan Tun Kudu, iaitu saudara Paduka Raja telah berjaya memperkukuh

keharmonian negeri Melaka.

3. Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, Seri

Nara Diraja ikhlas menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka.

4. Kita mestilah sanggup berkorban untuk memperoleh kebaikan. Contohnya,

Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban dengan menceraikan isterinya, iaitu Tun

Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tindakan tersebut dilakukan

supaya Seri Nara Diraja bermuafakat dan berbaik-baik dengan Paduka Raja.

S. Kita haruslah hidup bersatu padu untuk menikmati kehidupan yang harmoni.

Contohnya, Seri Nara Diraja dan Bendahara Paduka Raja hidup bermuafakat dan

bersatu padu sehingga membolehkan Melaka menghadapi ancaman Siam.

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Tahap SM5 Prosa Tradisional

6. Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan

yang betul dan tepat. Contohnya, Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuan

yang tinggi dapat membunuh musuh dari jauh sahaja.

Latihan

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-

soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,

kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh

perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng.

Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua

tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya

pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun

kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah

hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala

pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati

puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya,

maka kata hulubalang Siam, "Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada

terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada

terlawan oleh kita."

Maka kata Awi Dicu, "Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali

sementara belum siang ini."

Maka segala orang Siam pun kembalilah.

(Dipetik daripada "Burung Terbang Dipipiskan Lada"

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Tahap SM5 Prosa Tradisional

dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)

(i) Berikan maksud kelakuannya gila-gila bahasa. [2 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(ii) Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Bendahara Paduka Raja

untuk menakutkan tentera Siam itu? [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iii) Pada zaman dahulu, berperang merupakan satu daripada cara untuk

menyelesaikan konflik antara dua buah negara.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya

peperangan? KBAT [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM 5- Komsas-Prosa Tradisional 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Tahap SM5 Prosa Tradisional

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my