cerpen n prosa klasik

47
Teknik Menjawab Soalan Komsas : Soalan 1 : Maksud Rangkai Kata CONTOH : (i) Maksud rangkai kata tersebut ialah _______________________. Soalan 2 : Soalan Berbentuk Pendapat CONTOH : (ii) Pada pendapat saya, ialah ________________. Selain itu, _______________________. Di samping itu, __________________ _______________________. Seterusnya, _____________________ ____________________________________________. Soalan 3 : Soalan Berbentuk Komsas CONTOH : (iii) Persoalan pertama daripada petikan ialah ___________________. Buktinya, _______________________________________________ ___________________________________________________ _____. Persoalan kedua daripada petikan ialah _____________________. Buktinya, _______________________________________________

Upload: shuhainor-abdul-rahman

Post on 30-Nov-2015

202 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen n Prosa Klasik

Teknik Menjawab Soalan Komsas :

Soalan 1 : Maksud Rangkai Kata

CONTOH :

(i) Maksud rangkai kata tersebut ialah _______________________.

Soalan 2 : Soalan Berbentuk Pendapat

CONTOH :

(ii) Pada pendapat saya, ialah ________________. Selain itu, _______________________. Di samping itu, _________________________________________. Seterusnya, _________________________________________________________________.

Soalan 3 : Soalan Berbentuk Komsas

CONTOH :

(iii) Persoalan pertama daripada petikan ialah ___________________.Buktinya, _______________________________________________________________________________________________________.Persoalan kedua daripada petikan ialah _____________________.Buktinya, _______________________________________________________________________________________________________.

Daripada keseluruhan cerpen, persoalan pertama ialah_________.Buktinya, _______________________________________________________________________________________________________.Daripada keseluruhan cerpen, persoalan kedua ialah___________.Buktinya, _______________________________________________________________________________________________________.

PERINGATAN

1. Jangan tulis dalam bentuk poin.

Page 2: Cerpen n Prosa Klasik

2. Jangan salin bulat-bulat daripada petikan tanpa mengubah sedikit supaya menjadi jawapan yang lebih formal.

3. Jangan gabungkan isi penting.4. Jangan tulis ayat yang tergantung.

Cth : Kerajaan harus mengadakan kempan kesedaran. (Salah)Kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran di pusat beli-belah. (Betul)

5. Jawapan isi mesti ada siapa (watak) +buat apa + di mana 6. Jangan tulis isi penting yang sama atau berulang.7. Jangan tulis corak penulisan yang salah, contohnya, soalan nilai murni ditulis

pengajaran dan pengajaran ditulis menjadi nilai murni.

Cth : Nilai Murni Hilmi seorang yang penyayang.

Cth : PengajaranKita haruslah mengamalkan sikap penyayang terhadap masyarakat.

Hot Topik 20121. Hutan Rimba2. Ibu dan Ceper3. Melissa4. Hikayat Indera Nata5. Di Bawah Langit yg Sama6. Dirgahayu Bangsaku7. Penanggungan8. Pahlawan Puntung

Soalan Ramalan 1 : Merah SiluBaca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Merah Silu pun memohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu di bawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.

Merah Silusangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampong lain dan

Page 3: Cerpen n Prosa Klasik

ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kepada Sultan Maliku’1 Nasar di Rimba jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini?” Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi is hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.”

(Dipetik daripada ‘Merah Silu’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata ia pun sedia raja. (2 markah)

-Merah Silu juga sememangnya berketurunan/ berasal/ berdarah/ sultan/ pemerintah (2m)

(ii) Nyatakan bukti-bukti yang menggambarkan sikap baik hati Merah Silu. (3 markah)

-Orang yang kalah bersabung ayam dibayar taruhannya. (1m)-Setiap orang yang datang bersabung ayam akan diberi seekor kerbau apabila mereka pulang. (1m)-Orang yang datang melihat permainan bersabung ayam juga diberi seekor kerbau. (1m)

(iii) Sekiranya anda Merah Silu, bagaimanakah caranya anda memanfaatkan harta yang banyak itu? (3 markah)

Soalan Ramalan 2 : Merah SiluBaca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku’1-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran

Page 4: Cerpen n Prosa Klasik

kita akan Merah Silu ini?” Pada bicara hamba baiklah kita jadikan raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.”

Antara mereka yang hadir itu seorang bernama Tun Aria Benong. Tun Aria Benong tiada mahu tiada mahu Merah Silu dijadikan raja. Ujarnya, “Jikalau ia kita jadikan raja, nescaya anak cucu kita diperintahnya.”

Megat Iskandar bermuafakat lagi dengan segala orang dan baginda tetap hendak merajakan Merak Silu, lalu Merah Siludiangkat menjadi raja.

(Dipetik daripada Merah Silu, antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata nescaya anak cucu kita diperintahnya berdasarkan petikan di atas (2 markah)

-tentulah/ pastilah keturunan/ waris/ zuriat kita dikuasainya. (2m)

(ii) Nyatakan tiga sebab Merah Silu dipilih menjadi raja. (3 markah)

-baginda memang sudah menjadi raja (1m)-keturunan hartawan/ karya (1m)-boleh menumpang berlindung/ bernaung/ berteduh (1m)

(iii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan amalan muafakat dalam pemilihan pemimpin? (3 markah)

Soalan Ramalan 3 : Merah SiluBaca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku’1-Nasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar, “Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya.”

Page 5: Cerpen n Prosa Klasik

Antara mereka yang hadir itu seorang bernama Tun Aria Benong. Tun Aria Benong tiada mahu tiada mahu Merah Silu dijadikan raja. Ujarnya, “Jikalau ia kita jadikan raja, nescaya anak cucu kiita diperintahnya.”

Megat Iskandar bermuafakat lagi dengan segala orang dan baginda tetap hendak merajakan Merah Silu, lalu Merah Silu diangkat menjadi raja.

Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku’1-Nasar ke Rimba Jerun. Maka berperanglah Merah Silu dengan Sultan Maliku’1-Nasar. Sultan Maliku’1-Nasar berundur ke sebuah negeri bernama Benua lali dia bertahan dan berbuat istana. Beberapa lama Sultan Maliku’1-Nasar duduk dalam negeri itu, pada suatu hari, datang Merah Silu memerangi Sultan Maliku’1-Nasar lalu Sultan Maliku’1-Nasar undur ke rimbanya. Merah Silu menamakan tempat itu Permata Terjun. Sultan Maliku’1-Nasar berundur lagi dan sampailah di suatu negeri; dan membuat istana di negeri itu.

(Dipetik daripada ‘Merah Silu’ Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud ia pun sedia raja. (2 markah)

-dia memang keturunan diraja (2m)

(ii) Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Megat Iskandar sebelum mengangkut Merah Silu sebagai raja? (3 markah)

-Memanggil rakyat ke istana membawa beras sekampit seorang (1m)-Bermuafakat dengan orang tua-tua, orang besar-besar dan rakyat jelata (1m)-Mencadangkan Merah Silu sebagai raja tetapi dibantahkan oleh Tun Aria Benong (1m)-Bermuafakat lagi dengan segala orang (1m)-Melantik Merah Silu menjadi raja (1m)

(iii) Sekiranya anda Merah Silu, apakah tindakan-tindakan yang anda diambil untuk menangani tentangan daripada pihak yang memusuhi anda? (3 markah)

Page 6: Cerpen n Prosa Klasik

Soalan Ramalan 4 : Merah SiluBaca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Merah Silu berkata,”Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.”

Kata Megat Iskandar, “Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.”

Sambut Merah Silu,”Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hampa.”

Page 7: Cerpen n Prosa Klasik

Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lali dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.

Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

(Dipetik daripada ‘Merah Silu’ dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud tinggallah di situ. (2 markah)

-Menetap/duduk/bermastautin/diam/bermukim di sana/di tempat tersebut (2m)-Mentap/duduk/bermastautin/diam di situ (1m)-tinggallah di tempat tersebut/di sana (1m)-berada di situ/di sana (1m)

(ii) Berdasarkan petikan, apakah faktor-faktor yang menyebabkan orang ramai gemar menyabung ayam di Buluh Telang? (3 markah)

(iii) Jika anda memiliki kekayaan seperti Merah Silu, bagaimanakah anda membelanjakan kekayaan tersebut untuk kebajikan? (3 markah)

Berikan dua cara:

Page 8: Cerpen n Prosa Klasik

Soalan Ramalan 1 : Ibu dan CeperBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah habis kering.. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor.

Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalama sawah yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu sahaja. Yang kuning pun Nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.

(Dipetik daripada ‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Bagaimanakah keadaan Sungai Ceper apabila dilanda kemarau panjang? (2 markah)

-Sunngai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali (1m) -Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi (1m) -Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir (1m)

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak apabila bencana alam melanda? (3 markah)

Page 9: Cerpen n Prosa Klasik

(iii) Huraikan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen ini. (4

markah)

Persoalan dalam petikan : -Persoalan bencana alam memusnahkan hasil tanaman, buktinya padi kecut dan mati (1m) -Persoalan kepentingan air dalam kehidupan, buktinya Sungai Ceper yang tohor menyebabkan ikan

mati dan sungai berbau busuk (1m)

Persoalan keseluruhan cerpen : -Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar, buktinya Sungai Ceper tercemar kerana pembuangan samapah (1m)

-Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam, buktinya ibu menggunakan air dari Sungai Ceper (1m) -Persoalan kasih sayang anak terhadap ibu bapa, buktinya aku menjaga ibuunya sehingga ibunya meninggal dunia (1m)

-Persoalan suami yang tidak bertanggungjawab, buktinya bapa tidak mengambil tahu hal rumah tangga kerana sibuk berdenak ketitir.

Page 10: Cerpen n Prosa Klasik

Soalan Ramalan 2 : Ibu dan CeperBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut.Ibulah yang memikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.

Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta labuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manic-manik dipanah cahaya lampu.

Aku bersama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali-sekali kami turun ke lubuknya meraga ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain.

Selesai saja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya.

(Dipetik daripada Ibu dan Ceper,Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan

Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, berikan gambaran keadaan Sungai Ceper ketika itu. (2 markah)

-memencutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya (1m)-pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam (1m)-menyusur dasar ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang (1m)-bersama lumut yang kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu (1m)

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang anak boleh membalas jasa kedua-dua ibu bapanya? (3

markah)

Page 11: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+

Komsas

(iii) Huraikan satu perwatakan ibu yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu lagi perwatakan ibu yang terdapat dalam keseluruhan karya. (4 markah)

Dalam petikan -seorang yang gigih – ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu (1m)-seorang yang rajin – ibu ada-ada saja kerjanya (1m)

Keseluruhan cerpen -seorang yang bertanggungjawab – ibu menggalas tugas bapa menyara keluarga (1m) -seorang yang sabar – ibu bersabar dengan sikap suaminya yang suka menghabiskan masa memikat burung sehingga bencana memusnahkan padinya. (1m)

pernyataan/isi – 1 markahhuraian/bukti – 1 markah

Page 12: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+

KomsasSoalan Ramalan 1 : Hikayat Indera NataBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata Indera nata, “Hai mak inang, akulah ini Indera Nata serta tuan puteri tujuh orang itu dan adalah aku bawa ini!”

Maka mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya menengar Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu.

Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda itu.Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya, “Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku mau makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan anakku ini!”

Hatta maka Indera Nata pun menyembah lalu sujud kepada bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya, “Hai anakku Indera Nata, betapakah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?”

Maka Indera Nata pun berceterakan hal ehwalnya daripada permulaannya datang kesudahannya itu. Maka tuan puteri pun menangis menegar cetera anaknya itu serta katanya, “Wah anakku tuan, adapun jika anakku tiada datang nescaya matilah bonda ini tuan!”

Maka Indera Nata pun terlalu kasihan menegar kata bondanya itu. Sebermula maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun bercintakan ayah bondanya. Seketika maka ia pun menangis pula bersama-sama bonda Indera Nata itu. Setelah sampailah kepada tengah malam tiadalah beroleh tidur. Adapun tangisnya itu dua perkara suatu sebab bertemu dengan anakanda Indera Nata dan kedua tangsinya itu sebab bercerai dengan ayahandanya. Setelah itu maka hari pun sianglah, maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun berdiamlah ia bersama-sama dengan Tuan Puteri Cenderawati.

(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata,” dalam Antologi Harga Remaja, DBP, 2009)

(i) Apakah maksud rangkai kata “berceterakan hal ehwalnya daripada permulaannya datang kesudahannya itu”. (2 markah)

-menyampaikan cerita dari awal hingga akhir kejadian yang berlaku(2m)

Page 13: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+

Komsas

(ii) Bagaimanakah reaksi Indera Nata setelah menemui bondanya Tuan Puteri Cenderawati? (3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang anak dapat merapatkan hubungan kasih saying dengan ibu bapa mereka. (3 markah)

Page 14: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

Soalan Ramalan 2 : Hikayat Indera NataBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka hari pun petanglah lalu ia tidur dua laki isteri. Setelah keesokan harinya aka raksasa yang laki-laki itu pun pergilah mencari kijang putih yang hitam itu hendak dijadikan putih.

Setelah itu maka Indera Nata dan tuan puteri yang tujuh itu pun turunlah ia dari atas mahligai menunggang gajah itu. Maka segala perkakasan di dalam mahligai itu pun habislah dibawanya.

Setelah sudah maka Indera Nata pun berjalanlah di tanah menghelakan gajah itu. Bermula adapun tuan puteri yang tujuh orang itu duduklah di atas gajah itu dan tiada berapa antaranya berjalan itu masuk hutan terbit hutan keluar padang masuk padang maka ia pun sampailah ke tepi laut.

Sebermula maka tersebutlah perkataan raksasa mencari kejang putih itu. Maka ia pun tiadalah bertemu dan beberapa gunung yang besar-besar haislah dijalaninya daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah demikian maka ia pun marahlah akan tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang melihat isterinya yang membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya membasuh kain hitam itu. Mula-mula habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih

(Dipetik daripada cerita Hikayat Indera Nata dalam Antologi Harga Remaja, DBP)

(i) Berikan maksud segala perkakasan di dalam mahligai (2 markah)

-Semua perhiasan yang ada dalam istana (1m)

(ii) Mengapakah raksasa laki-laki begitu marah akan tuan puteri? (3 markah)

-Tuan puteri memperdaya raksasa lelaki supaya mencari kijang putih bertandukkan emas-Raksasa yang perempuan pergi menyucikan kain puteri yang hitam hendak dijadikan putih (3m)

(iii) Pada pendapat anda, apakah bekalan yang perlu ada dalam diri seseorang remaja untuk mengelakkan diri daripada diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab? (3 markah)

Page 15: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

Soalan Ramalan 3 : Hikayat Indera NataBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah Indera Jenaka itu, “Ya tuanku, adapun Si Piatu itu bukanlah akan namanya benar dan namanya yang benar Indera Nata kerana sekalian mergastua yang di dalam hutan menyebut namanya Indera Nata. Arakian maka adalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh lembur kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam. Adapun Indera Nata itu terlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-buas itu pun tiada memberi bahaya akan dia dan jika tiada hamba pun terlalu sekali hairan melihat kelakuannya itu kerana sangat ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Maka hamba pun terlalu takut melihat kelakuannya itu.”

Hatta maka raja pun hairan mendengar ceteranya Indera Nata itu, “Wah, anak siapakah gerangan itu maka terlalu ia sangat beraninya dan bijaksana itu!”

Syahadan maka tersebutlah perkataannya Indera Nata berjalan itu. Maka ia pun bertemulah dengan sebuah bukit terlalu amat tinggi daripada segala bukit yang lain itu. Maka ia pun naiklah ke atas gunung itu. Maka Indera Nata pun melihat sebuah rumah terlalu tingginya itu.

(Dipetik daripad ‘Hikayat Indera Nata’ dalam antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata mergastua yang buas-buas? (2 markah)

-binatang/ haiwan/ fauna yang ganas/ liar/ berbahaya (2m)-hidupan liar yang ganas (2m)

(ii) Nyatakan keistimewaan-keistimewaan Indera Nata. (3 markah)

(iii) Sekiranya anda Indera Nata, bagaimanakah andan menggunakan kekuatan anda untuk membantu rakyat jelata? (3 markah)

Page 16: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

Soalan Ramalan 4 : Hikayat Indera NataBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata inang pengasuh itu, “Sungguhlah tuan puteri itu beranak seorang laki-laki bernama Indera Nata tetapi sekarang ini Indera Nata itu telah lamlah sudah hilang disuruh oleh Raja Rom pergi mencari gajah bergandingan emas serta tuan puteri tujuh orang.”

Maka kata Indera Nata, “Hai mak inang, akulah ini Indera Nata serta tuan puteri tujuh orang itu dan adalah aku bawa ini!”

Maka mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya menegur Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu.

Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda itu. Maka hati bondnya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium anknya itu seraya katanya, “Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama ankku pergi itu tiadalah aku mau makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan anakku ini!”

Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya, “Hai anakku Indera Nata, betapakah anakku beroleh gajah bergandingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?”

(Dipetik daripad ‘Hikayat Indera Nata’ dalam antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud aku bercintakan anakku. (2 markah)

-merasa sedih kerana mengenangkan anaknya (2m)

(ii) Apakah yang berlaku terhadap Tuan Puteri Cenderawati sepanjang ketiadaan Indera Nata? (3 markah)

-tidak mahu makan (1m)-tidak mahu minum (1m)-hidup dalam kesedihan (1m)

(iii) Pada pendapat anda, pakah tanggungjawab seorang anak kepada seorang ibu? (3 markah)

Page 17: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

Soalan Ramalan 5 : Hikayat Indera NataBaca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma, “Hai kakanda, adapun nama hamba ini Puteri Cendanakesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak Raja Baghdad dan Puteri Indera Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya ini anak Raja Kufah dan Puteri Ratna Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri Cendera Maha Dewi ini anak Raja Peringgi!

Sebermula adapun adinda sekalain ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab hendak dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah dan demikianlah hal adinda sekalian ini.”

Maka kara Indera Nata, “Hai adinda sekalian, betapakah fikir adinda sekarang ini?” Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, “Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua Rom dan biarlah adinda sekalian perhambakan diri kepada kakanda.”

Maka oleh Indera Nata pun terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunung emas rasanya serta ia berpantun:

“Rakit-rakit dari Inderagiri,Menyeberang hendak ke Pulau Jawa;

Jikalau tuan puteri suka menyerahkan diri,Nanti esok kakanda bawa.”

(Dipetik daripad ‘Hikayat Indera Nata’ dalam antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata beroleh gunung emas? (2 markah)

-Mendapat keuntungan/ kekayaan/ rezeki yang lumayan (2m)

(ii) Apakah janji ketujuh-tujuh tuan puteri sekiranya Indera Nata menyelamatkan mereka? (3 markah)

-Menyerahkan diri kepada Indera Nata (1m)-Rela dibawa ke Rom (1m)

Page 18: Cerpen n Prosa Klasik

-Memperhabakan diri kepada Indera Nata (1m)

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghargai orang yang berjasa kepada kita? (3 markah)

-Mendoakan kesejahteraan hidupnya (1m) -Sentiasa bertanya khabar kepadanya (1m)-Memberikan hadiah kepadanya (1m) -Menziarahi ketika dia sakit (1m)

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

Soalan Ramalan 6 : MellisaBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahid tidak tahu. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dank alai ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.

Dia saying kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara berfikiran berbeza.

Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati, M16.

(Dipetik daripada cerpen Mellisa’ oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan sebab-sebab Mellisa saying akan negara Malaysia. (2 markah)

-Tempat dia dibesarkan (1m)-Bersekolah di Malaysia (1m)-Ingin melihat negara dan rakyat Malaysia hidup aman dan damai (1m)

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sewajarnya anda lakukan untuk memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat di Malaysia terpelihara? (3 markah)

Page 19: Cerpen n Prosa Klasik

(iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni daripada keseluruhan cerpen. (4 markah)

Nilai daripada petikan -Cinta akan tanah air. (1m)

-Contoh, Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera. (1m)

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

Nilai daripada keseluruhan -Nilai kasih saying. (1m) -Contoh, Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang

anaknya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu. (1m) -Nilai kegigihan. (1m)

-Contoh, Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu. (1m)

-Nilai keberanian. (1m)

-Contoh, Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa. (1m)

Page 20: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

Soalan Ramalan 7 : Di bawah Langit Yang Sama

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

Di bawah langit yang samaKita hirupi udara Tanpa mengira BerirutmuAtaupun Kuala LumpurkuKita menghirup udaraDi bawah langit yang sama.

Aku suka germis di Kota LondonPerah terpesona angina digin-tajam di Washington Pohon-pohon hijau atau aneka warna

Tiada berbeza.

Siapa pun menghuni Australia penghuni AfrikaKerana di bawah langit ini.Kita sama.

Aku ingin menyeberangi Laut China SelatanLayari Lautan teduh rentasi Laluan SuteraBerkongsi siang miliki malam.

Anyam cinta pelangikan zamanTiupkan harapan senadaSesama kita- warga duniaDi bawah langitnyaYang sama.

Peta-peta itu yang memisahkanJangan tutup pos sempadanVisa hanya keperluan rasmi seketikaPasport dokumen pengenalan titik mulaKita dakapi mimpi tak berbeza

gapai hasratLebur kebencian kuburkan sejarah hitamDi bawah langit ini yangSama.

Lim Swee TinPotret Harum Kuntum-kuntum Zaitun, 2006Citra Kurnia EnterpriseDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan pustaka

(i) Berikan latar tempat luar negara yang terdapat dalam sajak. (2 markah)

-Beirut, London, Washington,Australia, Afrika. (1m)

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mewujudkan keamanan dunia? (3

markah)

(iii) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. (4 markah)

- Nilai menghargai keindahan alam. (1m)- Nilai hormat-menghormati sesame manusia. (1m)- Nilai bertoleransi antara masyarakat. (1m)- Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.

Page 21: Cerpen n Prosa Klasik
Page 22: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

Soalan Ramalan 8 : Dirgahayu BahasakuBaca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu BahasakuTempatmu di singgahsanaHati nurani bangsakuWarga yang berbudi Setia dan amanah.

Bahasa itu murah bangsaYang mesti dipelihara martabatnyaAgar tetap kukuh dan ampuhMelayari lautan bijaksanaSalam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangkuHak bangsaku memilikimuHak bangsaku mendaulatkanmuDi bumi bertuah iniMerentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilanganKe barat dan ke timur menjalin persaudaraanGagah pelautku membelah lautanKe utara dan ke selatan bahasaku mencengkamDari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku Di arena antarabangsa suaramu tumbuhmenusuk kalbu lagu bahasamubahasamu bahasa mindamudah akrab dan bertatasusiladaripada bangsa yang bernama Melayumenempa kejayaan di alaf baru.

Ahmad sarju, Antologi Dirgahayu Bahasaku.

(i) Nyatakan peranan bahasa berdasarkan rangkap kedua. (3 markah)

- Bahasa dilihat sebagai symbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar teru8s kukuh menjadi Keutamaan dalam banyak hal. (11/2m)- Bahasa kehendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan

hubungan silaturahim. (11/2m)

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan oleh seseorang individu yang mahu menguasai bahasa melayu? (3 markah)

(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. (3 markah)

- Kita hendaklah mencintai bahasa Melayu hendaklah sepenuh jiwa. (1m) - Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa melayu. (1m) - Kita perlu berusaha gigih untuk mendaulatkan bahasa Melayu. (1m)

Page 23: Cerpen n Prosa Klasik

- Kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu supaya berkembang dan mendapat perhatian masyarakat dunia. (1m)

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+

KomsasSoalan Ramalan 1: Hutan Rimba

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan mengguankan ayat anda sendiri.

“Sudahlah tu, paknya. Tak perlu menyesal. Kita bukannya sengaja mahu merosak harta warisan ala mini. Kita Cuma cari makan.” Terdengar selamba suara Mak Tua. Dia sedang menyiang ikan tapah untuk dimasak gulai asam pedas. Mak Tua rajin merambat ikan di sepanjang anak-anak sungai dalam hutan tempat kem-kem balak yang didiami oleh mereka.

“Kalau ya pun kita cari makan, tapi taklah sampai merosak hutan,” keluh Pak Tua.

“Allah dah bagi rezeki kita di sin, kita terimalah. Lagi pula usaha kita tak sia-sia. Lihat anak-anak kita yang membesar dan mampu kita sekolahkan hingga peringkat yang paling tinggi tanpa bantuan daripada sesiapa.”

“Betul, pak.” Tiba-tiba dari tunggul belian muncuk Ajam anaknya yang sulung “Saya mampu membuka perniagaan pengangkutan bas antara kota melalui hasil daripada modal ribuan ringgit yang diberikan oleh bapa. Kemudian perniagaan saya semakin berkembang berkat suntikan dana demi dana yang juga diberikan oleh bapa.”

“Lagi pulak pak, hutan yang dulu digondol oleh bapa itu kini sudah menjadi kawasan perladangan. Lihat estet-estet kelapa sawit yang saujana mata memandang.”

(Dipetik daripada cerpen Hutan Rimba, oleh Sasjira dalam antologi Dirgahayu Bangsaku, hal. 168 – 169, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan alas an yang diberikan oleh Mak Tua untuk meredakan rasa kesal Pak Tua akibat merosakkan hutan. [2 markah]

-Mereka bukan sengaja mahu merosakkan hutan (1m)-Mereka Cuma mencari makan (1m)-Mereka tidak harus menolak rezeki pemberian Tuhan (1m)-Usaha merosakkan hutan tidak sia-sia kerana mereka mampu membesarkan dan menyekolahkan anak-anak ke tahap yang paling tinggi tanpa bantuan sesiapa. (1m)

(ii) Pada pendapat anda, jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan supaya negara dapat mencapai kemajuan tanpa mengorbankan hutan warisan alam. [3 markah]

Page 24: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Latar masyarakat terdapat dalam petikan:

-masyarakat pembalak yang merosakkan hutan – Pak Tua yang bekerja sebagai pembalak yang memusnahkan hutan warisan alam (2m)

Latar masyarakat terdapat terdapat dalam keseluruhan cerpen:

-masyarakat yang inginkan pembangunkan bagi memajukan kawasan petempatan – Pak Tuayang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun merekasebagai kawasan pelancongan. (2m)

Page 25: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+

KomsasSoalan Ramalan 2 : Hutan RimbaBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Allah dah bagi rezeki kita di sini, kita terimalah. Lagi pula usaha kita tak sia-sia. Lihat anak-anak kita yang membesar dan mampu kita sekolahkan hingga peringkat yang paling tinggi tanpa bantuan daripada sesiapa.”

“Betul, pak.” Tiba-tiba dari tunggal belian mucuk Ajam, anaknya yang sulung. “Saya mampu membuka perniagaan pengangkutan bas antara kota melalui hasil daripada modal ribuan ringgir yang diberikan oleh bapa. Kemudian perniagaan saya semakin berkembang berkat suntikan dana demi dana yang juga diberikan oleh bapa.”

“Lagi pula pak, hutan yang dulu digondol oleh bapa itu kini sudah menjadi kawasan perladangan. Lihat estet-estet kelapa sawit yang saujana mata memandang.” Dari tunggul keruing, muncul Bakar, anaknya yang nombor dua. Bakar ialah seorang Sarjana pertanian yang bekerja sebagai pengurus ladang di sebuah estet kelapa sawit.

“Begitulah, pak. Memang, dalam setiap pembangunan sesebuah negara selalu saja ada sisa lain daripada kehidupan ini yang perlu dikorbankan. Kawasan hutan dikorbankan untuk kawasan pertanian. Seharusnya bapa bangga kerana bapa telah ikut menyumbang tenaga membangunkan negara ini. Jadi bapa tidak perlu menyesal.” Dari tunggul seraya, muncul Melati, anaknya yang bernombor tiga. Dia seorang pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi.

(Dipetik daripada cerpen ‘Hutan Riba’)

(i) Nyatakan kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak Pak Tua seperti dalam petikan. (2 markah)

-Ajam, anaknya yang sulung membuka perniagaan pengangkutan bas antar kota (1m)-Bakar, seorang Sarjana Pertanian yang bekerja sebagai pengurus ladang di sebuah estet kelapa sawit. (1m)-Melati, anaknya yang bernombor tiga. Dia seorang pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi. (1m)

(ii) Andaikan anda Pak Tua, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda ambil untuk memulihara hutan?(3 markah)

Page 26: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Tua yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen. (4 markah)

Perwatakan dalam petikan : - Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga – contoh:

Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya. (1+1)

- Seorang yang mementingkan pendidikan/ilmuContoh: Berjaya membesarkan anak-anak pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antar kota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagai pengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anakya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT. (1+1)

- Seorang yang mempunyai wang/kaya – contoh: perniagaan pengangkutan bas antar kota anaknya melalui hasil daripada modal ribuan yang diberikan oleh bapa. (1+1)

Perwatakan dalam keseluruhan cerpen:- Seorang yang bersyukur dengan pembangunan – contoh: Pembangunan yang telah dilakukan

telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna. (1+1)

- Seorang yang mementingkan harta/materialistic – contoh: ssanggup memusnahkan hutan semata-mata mahu mendpatkan wang yang banyak. (1+1)

- Seorang lelaki yang penyayang – contoh: Pak Tua membelai manja seorang cucu lelakinya yang paling kecil dan sudah terlelap di lengannya. (1+1)

- Seorang yang mempunyai kesedaran – contoh: Kesal atas pencerobohan hutan. Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan. (1+1)

Page 27: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+

KomsasSoalan Ramalan 1 : Pahlawan BuntungBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kehadiran Pak Husain menjadi jambatan kepada ingatanku untuk menyeberang bagi menemui detik-detik peristiwa yang berlaku lebih daripada tiga puluh tahun yang lalu.

Kakinya yang buntung, terkulai dalam kain sarungnya yang kelihatan singkat. Kaki kayunya sudah usang. Kepala kakinya sudah berjabu-jabu di bawah ketiaknya. Kalau tidaklah kerana parut yang memanjang di atas dahinya, yang separuh telah ditutup oleh semutar kain batik Kelantan, aku akan kehilangan wajahnya. Kehilangan itu akan membuatkan aku tidak melihat peristiwa sejarah tanah air. Kebisingan dan kehiruk-pikukan yang berbaur daripada ramainya orang yang menghadiri temasya kota (menyambut ulang tahun kemerdekaan), seolah-olah tidak masuk dalam telingaku. Tidak.

Wajah Pak Husain memanjat kepalaku. Menerkam dan menggigitku. Berlari-lari dalam ingatanku. Dia pahlawan yang tidak pernah difikirkannya bahawa dia telah menyelamatkan kami. Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan tiga kakinya melewati orang ramai, dalam kumpulan yang lebih merupakan sampah sarap yang disongsong oleh pasang penuh, aku tepuk belakangnya. Pak Husain berhenti mendadak. Menikam wajahku dengan pandangannya yang berkaca-kaca. Aku menaburkan senyumanku. Kuduga ingatannya. Ingatkah ia?

"Kau, kau, Khalid?"

"Ya, Khalid," kataku membenarkan dugaannya.

(Dipetik daripada cerpen 'Pahlawan Buntung' oleh S. Othman Kelantan dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Siapakah Pak Husain berdasarkan petikan tersebut? [2 markah]

- Pak Hussain ialah seorang yang:

- Berkaki buntung/ kudung- Mempunyai parut yang memanjang pada dahinya - Pahlawan

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kerajaan dapat menghargai jasa dan pengorbanan pejuang

tanah air? [3 markah]

Page 28: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Latar masyarakat terdapat dalam petikan :

- Masyarakat yang menghargai orang yang berjasa / berbudi / pahlawan – contoh Khalid mengingati Pak Hussain dengan menegur Pak Hussain walaupun sudah lebih tiga puluh tahun tidak berjumpa

- Masyarakat yang memperingati peristiwa sejarah yang meninggalkan kesan pada diri – contoh Khalid / penulis mengingati peristiwa tiga puluh tahun yang meninggalkan kesan mendalam pada dirinya

- Masyarakat pahlawan tanah air / pejuang – Pak Hussain telah menyelamatkan Khalid dan penduduk kampungnya

- Masyarakat yang berjiwa patriotik – orang ramai menghadiri temasya kota ( menyambut ulang tahun kemerdekaan )

Latar masyarakat terdapat dalam keseluruhan cerpen :

- Masyarakat yang sanggup berkorban – contoh Pak Hussain menyelamatkan penduduk kampung Pulau Pak Amat semasa serangan Jepun

- Masyarakat yang berani menghadapi cabaran – contoh Pak Hussain menyelamatkan diri daripada tentera Jepun dengan tipu muslihat nya semasa menggali kubur

- Masyarakat yang sedia membantu orang yang berada dalam kesusuhan – contoh penduduk Kampung Pulau Pak Amat membantu menyelamatkan Jarah , anak Pak Ngah yang cedera akibat tekanan peluru sesat

- Masyarakat yang menderita ketika perang – contohnya , masyarakat terpaksa berpindah meninggalkan harta benda mereka ketika perang

- Masyarakat yang rajin / gigih berusaha – contoh , Pak Hussain dan Khalid sering menjala / menangkap ikan

Page 29: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+

KomsasSoalan Ramalan 2 : Pahlawan BuntungBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Inilah dia! Pak Husain pahlawan kami!

"Masa yang betul-betul tidak bertemu, aku kira hampir tiga puluh tahun," tiba-tiba Pak Husain berkata. Ya," jawabku. Kita berpisah dalam tahun empat puluh enam. Sekarang tujuh puluh tiga."

Pak Husain menikam pendangannya ke wajahku. Aku yang sudah empat puluh enam tahun. Dia masih kelihatan begitu gagah. Bahagian muka dan tubuhnya masih kelihatan tegap kalaulah tidak kerana kakinya yang buntung. Usianya sudah meningkat enam puluh. Barangkali lebih.

"Nampaknya, Pak Husain masih segar," kataku menanam harapan pada dadanya. Dia senyum sahaja. Merenung orang ramai. "Selalu sakit-sakit. Mak Da sudah meninggal. Lima tahun lalu." Aku mengucap kalimah suci. Mengangguk-angguk.

"Jemputlah ke rumah kami," kataku. "Kami tinggal di Jalan Bayam. Abang dan adik kebetulan ada."

"Terima kasih, Khalid!" Pak Husain menanamkan matanya ke dalam mataku. "Aku nak ke Padang Bemban, rumah cucuku. Dia aqiqah."

Ketika kami berpamit, perpisahanku dengan Pak Husain merentangkan sebuah jalan tngatan tentang kekejaman perang. Dia mengingatkan aku pada sitat kekejaman untuk sesuatu perebutan pengaruh politik yang memperalatkan nyawa. Pahlawan Buntung itu tersiuk-siuk pergi!

(Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung oleh S.Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Huraikan maksud menanam harapan pada dadanya. [2 markah]

- Menaruh kepercayaan terhadapnya / membina keyakinan dirinya

(ii) Nyatakan tiga keadaan diri Pak Husain mengikut pandangan penulis. [3 markah]

- Dia kelihatan begitu gagah

Page 30: Cerpen n Prosa Klasik

- Muka / tubuhnya masih tegap - Kakinya buntung / kudung- Nampak segar / sihat / cergas - Tersiuk – siuk / nampak kesakitan ketika beredar

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+

Komsas

(iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Persoalan terdapat dalam petikan :

- Menghargai persahabatan yang sudah lama terjalin ( contoh ) – pertemuan semula Pak Hussain dan penulis setelah berpisah hampir 30 tahun

- Mengenang / menghargai jasa pahlawan ( contoh )- penulis mengatakan bahawa Pak Hussain ialah pahlawan mereka

- Kasih sayang terhadap ahli keluarga ( contoh )- Pak Hussain hendak menghadiri majlis aqiqah cucunya

Persoalan terdapat dalam keseluruhan cerpen :

- Kekejaman / kezaliman peperangan demi meluaskan empayar pemerintahan ( contoh ) - tentera Jepun sanggup membunuh rakyat tempatan bagi memastikan Tanah Melayu dapat ditakluki sepenuhnya

- Pengorbanan menyelamatkan penduduk kampung( contoh ) - Pak Hussain bersusuh payah mengatur perpindahan orang kampung ketika Jepun menyerang kampung mereka

- Sikap tolong – menolong semasa peperangan ( contoh ) - Pak Hussain meminta Khalid menyelamatkan keluarganya sebelum dibunuh oleh tentera Jepun

- Ketabahan mengharungi kesengsaraan hidup semasa perang ( contoh ) – Pak Hussain tabah meneruskan kehidupan walaupun kaki kirinya kudung akibat ledakan bom

Page 31: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+

KomsasSoalan Ramalan 1 : PenanggunganBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dia menggelisah, menanggung rasa yang menekan dan menikam hatinya. Kalau dikenangnya nasib diri, terbayanglah hidup yang pahit dan getir, menyengkang mata, dan mengikat perut. Kadang-kadang mempertaruhkan nyawa menjalankan kewajipan sehari-hari. Malah, Kapten Mamat dan kumpulannya menjadi tulang belakang yang kuat menanggung beban kompeni, tetapi ada kalanya, kelasi menerima tuduhan menderhaka di dalam kapal. Ada kalanya dibuang kerja dalam masa 24 jam.

Suara anak menangis telah mengejutkan Kapten Mamat. Dia tidak jadi menung panjang. Suara itu semakin lama semakin tajam menusuk telinganya. Dia menumpukan minat mendengar suara perempuan. Tidak dapat dipastikan kawan anak gadisnya bercakap, tetapi mereka itu pasti di dapur.

“Jemputlah naik. Dia ada di atas.” Didengarinya suara isterinya menjemput mereka itu naik.

Kapten Mamat bangun mengambil rokok. Dihisapnya sebatang lalu duduk semula. Dia mengingat namanya cukup masyhur baru-baru ini. Mana-mana surat khabar menyiarkan gambarnya. Isi berita ialah sejarah hidup dan mati di laut. Dia runsing memikirkan hal serupa itu. Peristiwa yang paling pahit baginya ialah perkara kecelakaan yang menimpa Baharum.

(Dipetik daripada cerpen ‘Penanggungan’ oleh Wijaya Mala Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka )

(i) Jelaskan peristiwa yang menimbulkan tekanan kepada Kapten Mamat. [2 markah]

- mengenang nasib diri / pahit getir kehidupan / bersengkang mata / mengikat perut (1m)- mempertaruhkan nyawa menjalankan kewajipan seharian (1m)- tulang belakang yang kuat menanggung beban kompeni (1m)- ada kelasi yang dibuang kerja dalam masa 24 jam kerana tuduhan menderhaka (1m)

isi cukup - 2 isi

(ii) Pada pendapat anda , apakah usaha-usaha yang boleh diambil bagi menjaga kebajikan pekerja? [3 markah]

Page 32: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+

Komsas

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Pengajaran yang terdapat dalam petikan :- Pekerja hendaklah sanggup berkorban demi tugas. Contoh Kepten Mamat sanggup berkorban

telah menjalankan tugas sebagai kepten kapal di sebuah syarikat perkapalan. (2m)

Pengajaran dalam keselurahan cerpen :- Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contoh Kepten Mamat

berjanji untuk membantu Masnah dan anak-anak setelah kematian Baharum. (2m)- Kita hendaklah meredai ketentuan tuhan. Contoh Masnah seharusnya reda dan meyakini

bahawa kematian suaminya ditentukan oleh Allah. (2m)- Kita hendaklah mengelakkan daripada mempercayaai perkara yang karut. Contonya, isteri

Kepten Mamat mempercayai penyakit Masnah disembuhkan oleh bomoh. (2m)

Page 33: Cerpen n Prosa Klasik

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

Soalan Ramalan 2 : PenanggunganBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sekali ini. hati batu Kapten Mamat menjadi lembut benar. Dia tahan melihat mayat Baharum mati berdarah. Tetapi. tidak sanggup melihat janda dan dua orang anaknya yang tinggal. Wajah dan tangisan mereka mempakan suatu gambaran dunia yang penuh laknat.

Siapakah tidak terharu melihat anak yang bam kehilangan bapa bertanya mana bapanya? Siapakah yang tidak kasihan meliliat isteri yang baru kehilangan suaminya? Menyaksikan anak dan isteri yang menanggung duka dan nestapa. suatu penyeksaan bagi Kapten Mamat. tetapi jika sudah berdepan. dipaksanya menahan segala kemungkinan. Sifatnya yang lemah itu diatasinya dengan gagah.

"Hari ini terlampau panas." kata Kapten Mamat membuka mulut. Isterinya segera menjawab.

Page 34: Cerpen n Prosa Klasik

"Ya. panas salah. sejuk salali."

Masnah diam. Anak matanya pudar memberi suami pengertian yang mengharukan. Percakapan yang bam lalu didengarinya dengan muka sugul. Rambutnya kusut dan semuanya membayangkan masa depan yang sangat gelap.

Anak yang menangis tadi didukung oleh anak gadis Kapten Mamat. Tetapi anak Masnah yang pandai bercakap. bertanya ibunya. "Emak! Oh. emak! Abah ada di sini emak?"

(Dipetik daripada cerpen 'Penanggungan' oleh Wijaya Mala dalam antologi Dirgahayu Bahasahku Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah dilema atau rasa serba salah yang dihadapi oleh Kapten Mamat? [2 markah]

(ii) Sekiranya anda berhadapan dengan wanita seperti Masnah, apakah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk membantunya? [3 markah]

THE DAY BEFORE TOMORROW BM SPM MR LIM 2012 TARGET SKOR A+ Komsas

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Satu persoalan yang terdapat dalam petikan:- Penderitaan ibu tunggal yang kematian suaminya, contohnya, Masnah yang terpaksa mengharung

kehidupan dengan dua orang anaknya selepas suaminya Bahanun meninggal dunia. (2m)- Keprihatinan pegawai atasan dan ahli keluarganya terhadap nasib yang menimpa keluarga

Allahyarham Baharom, contohnya anak Kapten Mamat mendukung anak Masnah yang menangis. (2m)

Satu persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:

Page 35: Cerpen n Prosa Klasik

- Simpati seorang wanita nasib wanita yang lain, contolmya, isteri Kapten Mamat bersungguh-sungguh meminta suaminya Kapten Mamat membantu Masnah dan anak- anaknya/Isteri Kapten Mamat memicit-micit kepala Masnah. (2m)

(Terima mana-mana jawapan lain yang sesuai)