ksj prosa moden kelopak kasut jantung

10
Prosa Moden Kasut Kelopak Jantung Ghazali Lateh [email protected] cikgubmupsi.blogspot.c

Upload: joe-zulkefli

Post on 25-Jun-2015

751 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ksj prosa moden kelopak kasut jantung

Prosa ModenKasut Kelopak JantungGhazali Lateh

[email protected]

Page 2: Ksj prosa moden kelopak kasut jantung

Pada Hari Guru setiap tahun Cikgu Harun akan menerima hadiah daripada

anak muridnya.

Cikgu Harun teringat akan peristiwa yang telah berlaku hampir tiga dekad

yang lalu ketika beliau menjadi guru di sebuah kawasan pedalaman.

Ahmad merupakan seorang pelajar yang miskin dan tinggal bersama

ibunya. Oleh itu, dia tidak mampu untuk membeli kasut untuk dipakai ke sekolah.

Dia hanya berkaki ayam ke sekolah sejak selipar jepunnya putus.

Pada suatu hari, Ahmad tidak menukar pakaian sukan dan tetap berkaki

ayam pada waktu Pendidikan Jasmani. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad dengan

menyuruhnya memakai kelopak jantung pisang sebagai kasut.

Cikgu Harun melarang Ahmad membuka kelopak jantung pisang itu

sehingga dia membeli kasut baru.

[email protected]

Page 3: Ksj prosa moden kelopak kasut jantung

Ahmad berasa sedih dan malu dengan hukuman tersebut. Sejak

dari itu, dia tidak datang ke sekolah. Perkara ini membimbangkan Cikgu

Harun.

Cikgu Harun telah pergi ke rumah Ahmad dan beliau berasa

sedih dan pilu melihat kedaifan hidup anak muridnya itu. Setelah

seminggu, Ahmad masih memakai kasut kelopak jantungnya.

Cikgu Harun telah membelikan Ahmad sepasang kasut dan

pakaian baru untuk ke sekolah.

Akhirnya Ahmad telah menjadi seorang pengurus besar di

sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar dan Cikgu Harun

telah bersara menjadi seorang pendidik.

[email protected]

Page 4: Ksj prosa moden kelopak kasut jantung

Tema Kesusahan hidup seorang murid miskin dan tanggungjawab guru terhadap muridnya.

Persoalan i. Ketabahan dalam menuntut ilmu ii. Murid yang patuh pada perintah guru iii. Bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan iv. Ingatan dan penghargaan terhadap jasa guru

[email protected]

Page 5: Ksj prosa moden kelopak kasut jantung

Cikgu Harun • Guru yang mengajar di kawasan pedalaman • Tegas dan garang • Baik hati • Berjiwa sensitif

Ahmad • Murid tahun tiga • Seorang murid yang miskin • Seorang murid yang tabah • Seorang yang mengenang budi

[email protected]

Page 6: Ksj prosa moden kelopak kasut jantung

i. Pemilihan diksi yang indah dan jelas maksudnya

ii. Ayat pendek - Ahmad berlalu, “Bila nak beli?”, “Saya Cikgu Harun.”

iii. Simile - seperti menanti hukuman gurunya, terasa ketika itu

kakinya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik

iv. Metafora - denai-denai sempit, menghidupkan enjin, raut wajah

v. Peribahasa - seperti ayam kalah menyabung, seperti lurus bendul,

kecil hati

vi. Sinkope - tak, nak

vii. Inversi - Hendak angkat muka, dia berasa malu

[email protected]

Page 7: Ksj prosa moden kelopak kasut jantung

Masa: pada zaman sekarang, tiga dekad yang lalu, pada waktu pagi dan petang Tempat: di dalam kelas, di padang dan di rumah Ahmad Masyarakat: masyarakat pedalaman yang miskin, masyarakat guru dari bandar yang mengajar di kawasan pedalaman, masyarakat yang cekal, masyarakat yang berjaya, dan masyarakat yang mengenang budi

[email protected]

Page 8: Ksj prosa moden kelopak kasut jantung

Tegas - Cikgu Harun tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru

Cekal - Ahmad cekal menuntut ilmu walaupun dia hidup dalam kemiskinan

Mengenang budi - Ahmad tidak pernah melupakan jasa gurunya

Bersimpati - Cikgu Harun berasa sedih dan simpati melihat kedaifan hidup Ahmad

[email protected]

Page 9: Ksj prosa moden kelopak kasut jantung

Kita hendaklah sentiasa patuh kepada arahan guru

Kita hendaklah memahami perasaan dan masalah orang lain

Kita mestilah menghargai jasa guru yang pernah mendidik kita

Jangan jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak boleh berjaya

[email protected]