bayan lepas

14
Bayan Lepas Bayan Lepas merupakan sebuah bandar satelit George town, Pulau Pinang, Malaysia. Keluasan tempat Bayan Lepas adalah 58.59 batu persegi (kira-kira 200 km²). Populasi penduduk di Bayan Lepas mencecah 141,000 orang. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas. Selain itu, Bayan Lepas menjadi hub perindustrian Pulau Pinang, menjadi Zon Bebas Perindustrian, di mana kilang-kilang kepunyaan syarikat antarabangsa turut terletak di sini. Menara Suntec jusga terletak di sini. Pusat membeli-belah terpanjang dan terbesar di Pulau Pinang, Quuensbay Mall, Bukit Jambul Plaza and Giant Plaza juga terdapat di sini. Bayan Lepas boleh dihubungkan ke bandaraya George Town melaluiLebuhraja Tun Dr Lim Chong Eu. Sementara itu, Bayan Lepas juga merupakan kawasan pelancongan, seperti Tokong ular, Pantai Jerejak dan Penang World City. Bayan Lepas sekarang memperoleh pembangunan yang pesat di Pulau Pinang. Terdapat banyak kondominium baru, tapak perumahan secara terkini berada dalam pembinaan di kawasan ini. Selain itu, jambatan Pulau Pinang kedua sudah dibina dekat Batu Maung dengan sambungan Batu Kawan.

Upload: kymwong

Post on 20-Nov-2015

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

USM assignment

TRANSCRIPT

Bayan Lepas

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar satelit George town, Pulau Pinang, Malaysia. Keluasan tempat Bayan Lepas adalah 58.59 batu persegi (kira-kira 200 km). Populasi penduduk di Bayan Lepas mencecah 141,000 orang. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terletak di Bayan Lepas. Selain itu, Bayan Lepas menjadi hub perindustrian Pulau Pinang, menjadi Zon Bebas Perindustrian, di mana kilang-kilang kepunyaan syarikat antarabangsa turut terletak di sini. Menara Suntec jusga terletak di sini. Pusat membeli-belah terpanjang dan terbesar di Pulau Pinang, Quuensbay Mall, Bukit Jambul Plaza and Giant Plaza juga terdapat di sini. Bayan Lepas boleh dihubungkan ke bandaraya George Town melaluiLebuhraja Tun Dr Lim Chong Eu. Sementara itu, Bayan Lepas juga merupakan kawasan pelancongan, seperti Tokong ular, Pantai Jerejak dan Penang World City. Bayan Lepas sekarang memperoleh pembangunan yang pesat di Pulau Pinang. Terdapat banyak kondominium baru, tapak perumahan secara terkini berada dalam pembinaan di kawasan ini. Selain itu, jambatan Pulau Pinang kedua sudah dibina dekat Batu Maung dengan sambungan Batu Kawan.

Pembanganan Bayan Lepas

Lapangan terbang (international)

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (kod IATA: PEN) adalah sebuah lapangan terbang untuk operasi kawasan sekitar Pulau Pinang. Ia terletak di Bayan Lepas, iaitu 16km dari George Town, ibu negeri Pulau Pinang. Bagi menampung jumlah penumpang yang kian meningkat, Malaysia Airport akan membelanjakan kira-kira RM36 juta bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini termasuk membina satu tempat meletak pesawat dan 32 kaunter pendaftaran baru yang siap sepenuhnya pada Disember 2008. Pada tahun lepas, LTAPP mengendalikan 3.1 juta penumpang. Kini LTAPP menjadi hub bagi syarikat penerbangan tambang murah FireFly bermula April 2007.

Selain itu, LTAPP mempunyai 2 kompleks kargo, dimana kompleks utama digunakan oleh MAS Cargo sebagai pusat operasi. Pada tahun 2006 LTAPP telah mengendalikan sebanyak 225,957,020 metrik tan kargo.

Kemudahan di Kompleks Kargo:

Gudang 270,000m (2,906,255sq ft)

7 x 747 Freighter Lot

Zon Transit

Zon Perdagangan Bebas Baikpulih Pesawat

Pengimbas X-RAY

Pusat Courier Laju

Kemudahan-kemudahan yang di disediakan dalam terminal adalah:

Kaunter Daftar Masuk (32)

14 Pintu Berlepas

8 Titi Udara

3 Kaunter Tuntutan Bagasi

808 lot letak kereta

Travel Agensi

Kaunter Penerangan

Ruang Istirehat VIP

Mesin ATM

Pertukaran Wang Asing

Penempahan Hotel

Khidmat teksi

Kuarantin haiwan

Syarikat penerbangan yang beroperasi di sini ialah Penerbangan Malaysia(MAS), Air Asia, Firefly, Cathay Pacific , Thai Airways International , Wings Air, Silk Air, China Southern Airlines, China Airlines, Jetstar Asia, Tiger Airways dan Siriwijaya Air. Bukan sahaya untuk penumpang-penumpang, tetapi juga kargo-kargo untuk perusahaan industri di Pulau Pinang. Kapal terbang pengangkut muatan seperti Federal Express (FeDex) dan DHL Express juga mendarat di sini.

Syarikat penerbanganDestinasi

AirAsiaHong Kong, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Macau, Singapura

Cathay PacificHong Kong

China AirlinesTaipei-Taoyuan

China Southern AirlinesGuangzhou, Xiamen

FireflyBanda Aceh, Langkawi, Medan, Phuket, Subang

Indonesia AirAsiaJakarta, Medan, Surabaya

Jetstar AsiaSingapura

Kartika AirlinesMedan, Banda Aceh

Lion AirMedan

Malaysia AirlinesKuala Lumpur, Langkawi, Singapura

SilkairSingapore

Sriwijaya AirBatam, Medan

Thai AirAsiaBangkok-Suvarnabhumi

Thai Airways InternationalBangkok-Suvarnabhumi

Tiger AirwaysSingapura

Lapangan terbang Pulau Pinang merupakan tumpuan utama bagi penduduk-penduduk yang bahagian utara Peninsular Malaysia seperti Kedah dan Perlis. Oleh sebab di dalam negeri situ hanya terbang antara negeri sahaja.

Kegiatan Ekonomi Peluang Pekerjaan

Zon Industri Bayan Lepas dibahagikan kepada 4 Fasa. Boleh dikatakan , kesemua adalah dalam Zon Bebas. Zon Bebas adalah sebuah kawasan yang diisytiharkan oleh Menteri Kewangan di bawah peruntukan Seksyen 3 (1) Akta Zon Bebas 1990. Ia direka khas untuk menggalakkan perdagangan entreport dan ditubuhkan khusus untuk syarikat perkilangan yang mengeluarkan atau memasang produk-produk terutama untuk eksport.

Sebuah Zon Bebas terdiri daripada sebuah zon komersial bebas bagi aktiviti-aktiviti komersial yang termasuk perdagangan (kecuali perdagangan peruncitan), pecah pukal, penggredan, pembungkusan semula, pelabelan semula serta persinggahan, dan sebuah zon perindustrian bebas bagi aktiviti-akiviti perkilangan.

Selain formaliti kastam yang minimum, zon perindustrian bebas (FIZ) membolehkan syarikat berorientasikan eksport menikmati pengimportan bebas cukai bahan mentah, bahagian komponen, mesin dan peralatan yang diperlukan secara langsung dalam proses-proses perkilangan, serta formaliti minimum bagi mengeksport produk-produk siap.

Antara kilang-kilang pengeluaran, syarikat perdagaangan atau pusat perkhidmatan yang terkenal di antarabangsa seperti Intel, Motorola, WdMedia, Bbraun Medical , Amphenol, Agilent dan pelbagai lagi berada di sini. Di antara peluang pekerjaan di sini adalah tertinggi di kawasan Pulau Penang seprti pengurus, akauntan, jurutera, kerani, operator pengeluaran, pemandu lori dan sebagainya. Pada setiap pagi untuk hari bekerja, berlakunya kesesakan jalan raya .

Selain daripada kilang-kilang yang besar dalam Zon Industri Bebas Bayan Lepas. Banyak komersil lots sepert SME Industri ( Small Medium Enterprise) juga terletak di Bayan Lepas. Contohnya, bangunan Suntech terdapat banyak pejabat dan ini juga satu peluang pekerjaan yang penting untuk membangunkan kegiatan ekonomi di Pulau Pinang.

Gambar Kilang Agilent & Motorola.

Selain daripada kawasn industri Zon Bebas, pusat membeli belah yang terbesar di Pulau Pinang juge terletak di Bayan Lepas, iaitu Queensbay Mall. Ia terletak 1 KM dari Zon Perindustrian Bayan Lepas. Ini dapat memastikan pada hari bekerja, masih banyak orang akan melawati Queensbay mall untuk makan tengah hari atau makan malam dan seterusnya jalan-jalan. Untuk pusat membeli belah yang hanya sasar pelanggan pada hari hujung minggu memang keuntungan kurang sikit. Seterusnya, dalam kawasan Bayan Lepas ada lagi Pusat membeli belah yang lain seperti Giant dan Sunshine Square yang terletak di Bayan Baru. Ketiga-tiga pusat membeli belah ini telah memberikan peluang pekerjaan yang banyak juga seperti jurujual, juruwang, pelayan restoran, tukang masak, tukang gunting dan banyak lain.

Gambar Sunshine Square dan Giant

Gambar Queensbay Mall

Seterusnya, terdapat juga perkhidmatan penginapan Hotel yang banyak di kawasan ini. Di antaranya, Hotel Equotorial adalah yang paling mahal sebab 5 stars hotel yang terletak di kawasan lereng bukit dan merupakan satunya sahaja hotel yang menpunyai 18-lubang padang golf ,the Bukit Jambul Golf dan Country Club. Selain itu, Hotel Eastin boleh dianggapkan hotel yang terbaru di kawasan ini kerana batu mula beroperasi pada tahun 2009, November. Hotel Eastin 2 minit perjalanan kaki ke Pusat Queensbay Mall dan 10 minits masa memandu ke kawasn perindustrian Bayan Lepas. Di samping itu, Hotel Vistana , B -Suite , The Krystal Suite Servis apertment dan pelbagai lagi.

Gambar Equotorial Hotel dan Bukit Jambul Golf Club

Gambar Eastin dan Vistana.

Pelancongan

Bayan Lepas boleh dikatakan tempat yang riuh-rendah di Pulau Pinang. Pelancong-pelancong dapat menikmati pemandangan pantai di Pantai Jerejak Resort. Keistimewaan resort ini ialah anda mesti menunggu feri di Pantai Jerejak Island Terminal untuk pergi ke Pantai Jerejak Resort. Perjalanan mengambil masa 10 minit. Feri akan jalan setiap lima belas minit. Semasa perjalanan, anda boleh mengambil gambar yang cantik dan dapat juga nampak Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang kedua yang masih dibina. Pantai Jerejak Spa Resort membolehkan pelancong berasa alam semula jadi kerana di sana dengan aktiviti yang terhad sahaja.

Gambar Pantai Jerejak Spa Resort.

Selain itu, Tokong Ular terletak di Sungai Kluang, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia dan kemungkinannya satu-satunya kuil sebegini di dunia. Kuil ini dipenuhi asap colok dan pelbagai ular tedung. Ular-ular ini dipercayai dijadikan tidak merbahaya oleh asap suci, tetapi sebagai langkah keselamatan, ular-ular ini turut dibuang kelenjar bisa tetapi masih mengekalkan taring mereka. Pelawat dinasihatkan agar tidak mengambil ular dan meletakkannya ke atas badan mereka untuk bergambar. Pemuja tempatan percaya bahawa ular yang terdapat di sana datang ke tokong itu secara sendirinya.

Tokong ini dibina sekitar 1850 bagi memperingati Chor Soo Kong, seorang sami Buddha yang berpindah ke Pulau Pinang. Chor Soo Kong dilahirkan dengan nama keluarga Tan di China semasa zaman Dinasti Sung. Dia amat serius mengenai pencapaian kerohanian dan ditahbiskan pada usia muda. Legenda menyatakan bahawa Chor Soo Kong, yang juga merupakan pengubat, memberi perlindungan kepada ular di hutan. Apabila dia mati pada usia 65 tahun selepas sepanjang hayat berbakti, dia diberikan gelaran terhormat Chor Soo, bererti tokoh sejarah yang dihormati secara berterusan oleh generasi berikutnya. Selepas kuil ini disiapkan, ular muncul dengan sendirinya. Kuil Ular pada asalnya diberi nama "Tokong Awan Putih - Temple of the Azure Cloud" sebagai penghormatan kepada keindahan langit Pulau Pinang.

Negeri Pulau Pinang terkenal dengan makanan yang lazat. Di Bayan Lepas , makanan hasil laut amat terkenal di Teluk Kumpar dan Gertak Sanggul. Contoh Restoran Khuntai, Restoran Hai Boey dan Restoran Little Genting.Inilah semua restoran yang mesti dikunjungi oleh pelancong.

Cadangan

Pembangunan Bayan Lepas mesti akan meningkat lagi sebab sinilah terletaknya lapangan terbang antarabangsa yang penting untuk kilang-kilang di Pulau Pinang dan Kedah. Kesemua kargo-kargo untuk mengeksport ke luar negara atau import ke dalam negara mesti melalui terminal sini. Begitu juga , jambatan Pulau Pinang kedua yang menyambungkan Bayan Lepas dengan Batu Kawan akan siap dibina pada tahun 2014. Pada masa yang sama, hartanah di Bayan Lepas sudah menaik dengan hebat. Satu Kondominium yang sq ft 1200 sudah kos sejumlah RM 500,000.00. Ini bermakna tempat di Penang Island adalah terhad dan hidup taraf sini juga lebih tinggi berbanding dengan Seberang Perai. Kerata yang terlalu banyak dan kemudahan pengankutan awam yang kurang sempurna amat dikecewa dan mengabaikan.

Jika pengangkutan awam disediakan di kawasan perindustrian Bayan Lepas bersambung ke Georgetown atau Bukit Jambul, ini mesti akan menyelesaikan masalah kekurangan pekerja di Bayan Lepas dan masalah kesesakan lalulintas yang semakin serius. Pengangkutan monorel ini dirancang sebagai tulang belakang kepada rancangan sistem pengangkutan awam yang bersepadu (integrated public transport system) yang meliputi juga perkhidmatan bas awam dan teksi. Ini bukan sahaja menyenangkan penduduk yang bekerja di sini tetapi juga pelancong di Pulau Pinang.

Kos teksi yang tinggi dan caj yang tidak mematuhi meter bagi pemandu teksi di Malaysia amat dibimbangkan. Jika keselematan dan kesenangan di kawasan sini berada dalam keadaan yang baik, sememang pelancong-pelancong ke Bayan Lepas akan bertambah. Dan seterusnya, pertumbuhan ekonomi di daerah sini akan bertambah.Sementara itu, kita juga bercadang mengambil pendekatan di luar kotak dengan membayar Rapid Penang untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma di perkarangan bandar warisan George Town dan usaha ini telah diterima baik. Kita harap melanjutkan program ini dengan perkhidmatan bas ulang-alik percuma dari Seberang Perai ke Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas ke Balik Pulau pada waktu puncak. Program-program ini semuanya dibayar oleh kerajaan negeri.

Memandangkan Kerajaan Persekutuan berazam untuk mencekik jalanraya kita, kerajaan negeri Pulau Pinang mesti mengambil keputusan untuk bertindak dengan tegas. Oleh itu, kami harap kerajaan akan memperluaskan rangkaian jalanraya dengan membina jalan-jalan alternatif di kawasan-kawasan yang paling sesak. Pada masa yang sama, Seberang Perai akan dihubungkan ke Pulau Pinang untuk merapatkan jurang antara kedua-dua kawasan tersebut serta memastikan bahawa Seberang Perai Utara tidak akan ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi.