antologi kasut kelopak jantung prosa moden

16
http://cikgusazali.blogspot.com CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PT3 KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG TINGKATAN 1 (PROSA MODEN)

Upload: yeenewneo06

Post on 12-Jan-2016

82 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

TRANSCRIPT

Page 1: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 1

MODUL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU

PT3

KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG

TINGKATAN 1 (PROSA MODEN)

Page 2: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 2

KASUT KELOPAK JANTUNG Ghazali Lateh

Sinopsis Pada Hari Guru setiap tahun Cikgu Harun akan menerima hadiah daripada anak muridnya. Cikgu Harun teringat akan peristiwa yang telah berlaku hampir tiga dekad yang lalu ketika beliau menjadi guru di sebuah kawasan pedalaman. Ahmad merupakan seorang pelajar yang miskin dan tinggal bersama ibunya. Oleh itu, dia tidak mampu untuk membeli kasut untuk dipakai ke sekolah. Dia hanya berkaki ayam ke sekolah sejak selipar jepunnya putus. Pada suatu hari, Ahmad tidak menukar pakaian sukan dan tetap berkaki ayam pada waktu Pendidikan Jasmani. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad dengan menyuruhnya memakai kelopak jantung pisang sebagai kasut. Cikgu Harun melarang Ahmad membuka kelopak jantung pisang itu sehingga dia membeli kasut baru. Ahmad berasa sedih dan malu dengan hukuman tersebut. Sejak dari itu, dia tidak datang ke sekolah. Perkara ini membimbangkan Cikgu Harun. Cikgu Harun telah pergi ke rumah Ahmad dan beliau berasa sedih dan pilu melihat kedaifan hidup anak muridnya itu. Setelah seminggu, Ahmad masih memakai kasut kelopak jantungnya. Cikgu Harun telah membelikan Ahmad sepasang kasut dan pakaian baru untuk ke sekolah. Akhirnya Ahmad telah menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar dan Cikgu Harun telah bersara menjadi seorang pendidik. Tema Kesusahan hidup seorang murid miskin dan tanggungjawab guru terhadap muridnya. Persoalan i. Ketabahan dalam menuntut ilmu ii. Murid yang patuh pada perintah guru iii. Bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan iv. Ingatan dan penghargaan terhadap jasa guru

Page 3: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 3

Watak dan Perwatakan Cikgu Harun

• Guru yang mengajar di kawasan pedalaman • Tegas dan garang • Baik hati • Berjiwa sensitif

Ahmad

• Murid tahun tiga • Seorang murid yang miskin • Seorang murid yang tabah • Seorang yang mengenang budi

Gaya Bahasa i. Pemilihan diksi yang indah dan jelas maksudnya ii. Ayat pendek - Ahmad berlalu, “Bila nak beli?”, “Saya Cikgu Harun.” iii. Simile - seperti menanti hukuman gurunya, terasa ketika itu kakinya macam kaki gajah yang untut

dan tidak cantik iv. Metafora - denai-denai sempit, menghidupkan enjin, raut wajah v. Peribahasa - seperti ayam kalah menyabung, seperti lurus bendul, kecil hati vi. Sinkope - tak, nak vii. Inversi - Hendak angkat muka, dia berasa malu Latar Masa: pada zaman sekarang, tiga dekad yang lalu, pada waktu pagi dan petang Tempat: di dalam kelas, di padang dan di rumah Ahmad Masyarakat: masyarakat pedalaman yang miskin,

masyarakat guru dari bandar yang mengajar di kawasan pedalaman, masyarakat yang cekal, masyarakat yang berjaya, dan masyarakat yang mengenang budi Nilai i. Tegas - Cikgu Harun tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru ii. Cekal - Ahmad cekal menuntut ilmu walaupun dia hidup dalam kemiskinan iii. Mengenang budi - Ahmad tidak pernah melupakan jasa gurunya iv. Bersimpati - Cikgu Harun berasa sedih dan simpati melihat kedaifan hidup Ahmad

Page 4: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 4

Pengajaran i. Kita hendaklah sentiasa patuh kepada arahan guru ii. Kita hendaklah memahami perasaan dan masalah orang lain iii. Kita mestilah menghargai jasa guru yang pernah mendidik kita iv. Jangan jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak boleh berjaya

Page 5: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 5

TEMPANG Pitteriah Abdullah

Sinopsis Mengisahkan remaja yang kurang upaya bernama Hafizi yang tempang sejak dilahirkan. Oleh kerana kecacatan kakinya itu, dia sering diejek dan dibuli oleh Kamil. Namun Hafizi tidak pernah melawan. Kamil membenci Hafizi kerana Hafizi merupakan pelajar yang cemerlang dan disayangi oleh guru. Walaupun cacat, Hafizi seorang yang baik hati dan tidak berdendam terhadap Kamil. Kelas Tingkatan 4 Sains 1 telah mengadakan aktiviti mandi-manda di kolam yang diawasi oleh Cikgu Lee dan Cikgu Ridzuan. Semasa bermandi-manda, tiba-tiba Raja menjerit meminta tolong kerana Kamil lemas di dalam kolam. Dengan pantas, Hafizi terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil. Raja memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepada Kamil. Kamil mengucapkan terima kasih kepada Hafizi dan berasa malu serta menyesal akan perbuatannya selama ini terhadap Hafizi Tema Kemuliaan hati seorang anak muda yang cacat dan tabah mengharungi kehidupan . Persoalan i. Kecacatan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kejayaan ii. Kelebihan orang yang cacat fizikal iii. Sifat cemburu kerana tidak suka melihat kelebihan orang lain iv. Bersyukur ke atas anugerah Tuhan Watak dan Perwatakan Hafizi

• Pelajar Kelas 4 Sains 1 • Anak orang berada • Bijak dalam pelajaran • Penyabar, baik hati dan berani • Tidak berdendam

Page 6: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 6

Kamil • Pelajar Kelas 4 Sains 1 • Suka mengganggu Hafizi • Cemburu akan kepandaian Hafizi • Penyabar, baik hati dan berani • Insaf setelah hampir lemas

Raja

• Pelajar Kelas 4 Sains 1 • Sahabat karib Hafizi • Seorang yang baik hati • Merendah diri dan suka mempertahankan rakannya

Latar i. Masa: waktu pagi dan waktu tengah hari ii. Tempat: di dalam bilik darjah dan di kolam mandi iii. Masyarakat: masyarakat pelajar di sebuah sekolah menengah dan masyarakat guru

yang mengajar di sekolah menengah

Gaya Bahasa i. Ayat pendek - Sudah makan?, Tak balik lagi? Tengoklah dulu! ii. Metafora - kaki samseng, matanya meliar, dasar kolam iii. Personafikasi - muka pintu iv. Sinkope - kau, tak, nak v. Simpulan bahasa - busuk hati Nilai i. Bersyukur - Hafizi tidak pernah menyesal dilahirkan dalam keadaan cacat ii. Hormat- menghormati - Walaupun cacat ,Mei Ling dan Raja menghormati Hafizi iii. Keberanian - Hafizi berani terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil iv. Hemah tinggi - Kamil meminta maaf kepada Hafizi setelah menyedari kesilapannya Pengajaran i. Kita hendaklah sentiasa hormat-menghormati sesama manusia ii. Jangan memandang rendah dan menghina orang yang cacat iii. Memberi kemaafan merupakan perbuatan yang terpuji dan dipandang mulia

Page 7: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 7

TUKANG LAMA Hasan Ali

Sinopsis Pak Talib bekerja sebagai seorang tukang yang mengambil upah membuat rumah untuk menyara keluarganya. Sejak Manas, tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan pulang ke kampung itu, rezeki Pak Talib semakin berkurangan. Manas menggunakan cara pertukangan moden. Walaupun hasil kerja tangan Manas menjadi pilihan, namun Pak Talib tidak memusuhi Manas. Malah, Pak Talib kagum dengan hasil kerjanya. Mak Lamah sering meleteri Pak Talib atas kesempitan hidup mereka. Upah yang diterima oleh Pak Talib tidak cukup untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh isterinya. Pada suatu hari, Mak Lamah tidak lagi berleter ketika Pak Talib pulang ke rumah seperti biasa. Pak Talib berasa hairan dengan sikap isterinya itu. Rupa-rupanya Manas telah merisik Si Timah, anak Pak Talib. Pak Talib berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk menerima Manas sebagai menantunya. Tema Kepayahan hidup yang dialami oleh seorang tukang rumah lama kerana kehadiran tukang rumah baru yang moden. . Persoalan i. Tanggungjawab suami mencari nafkah untuk menyara keluarganya ii. Menerima nasib yang telah ditentukan Tuhan iii. Kepayahan hidup masyarakat kampung untuk mencari rezeki yang halal iv. Konflik generasi lama untuk meneruskan kehidupan dalam zaman moden Watak dan Perwatakan Pak Talib

• Suami kepada Mak Lamah • Seorang tukang lama • Bertanggungjawab menyara keluarga • Seorang yang penyabar

Page 8: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 8

Mak Lamah • Isteri Pak Talib • Kuat berleter • Seorang isteri yang setia • Tidak faham masalah suaminya

Manas

• Tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan • Hasil kerjanya menjadi pilihan orang kampung • Telah merisik anak gadis Pak Talib, Si Timah

Latar i. Masa: pada zaman moden, waktu pagi dan waktu petang ii. Tempat: di rumah Pak Talib, di rumah Che Mamat iii. Masyarakat: masyarakat kampung yang kurang ilmu,

masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup, generasi baru yang moden

Gaya Bahasa i. Personifikasi - Kira-kira tak akan mati ii. Metafora - wang masuk iii. Peribahasa - asam garam, orang pingitan, ulat dalam batu pun rezekinya sentiasa ada iv. Sinkope - tak, tu v. Sindiran - Nampaknya awak sekarang jadi tukang reban ayam saja Nilai i. Bertanggungjawab - Pak Talib mengambil upah bertukang untuk menyara keluarga ii. Gigih - Pak Talib gigih mengambil upah bertukang walaupun upahnya sedikit iii. Kesabaran - Pak Talib sabar mendengar leteran isterinya setiap hari Pengajaran i. Kita hendaklah bersabar apabila ditimpa kesusahan dalam hidup ii. Janganlah kita iri hati dengan kejayaan dan pencapaian orang lain iii. Kita hendaklah gigih dan cekal dalam mencari rezeki yang halal

Page 9: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 9

YURAN Omar Mamat

Sinopsis Mak Jah yang hidup dalam kemiskinan tidak mampu membayar yuran sekolah dan peperiksaan PMR anaknya, Amin. Amin berasa malu apabila teringat akan tindakan Cikgu Arshad yang memintanya menjelaskan yuran di dalam kelas. Pengetua pula memberi amaran jika gagal menjelaskan yuran tersebut, Amin akan dikeluarkan daripada senarai calon peperiksaan PMR. Amin mengambil keputusan untuk ponteng sekolah dan pergi ke pecan. Ketika di pekan, Amin telah berjaya menangkap seorang peragut yang telah meragut beg tangan seorang wanita. Amin dan peragut tersebut telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Semasa di balai polis, Amin telah disapa oleh wanita mangsa ragut tersebut. Amin bertindak meninggalkan wanita itu dan pulang ke rumah. Dia telah tertinggal beg sekolahnya di balai polis. Wanita mangsa ragut itu telah datang ke rumah Amin untuk memulangkan beg sekolah Amin. Wanita itu telah memberikan sumbangan kepada Amin sebagai tanda terima kasih kerana telah membantunya menangkap peragut. Tema Kesabaran seorang pelajar mengharungi kesempitan hidup. . Persoalan i. Kesabaran menghadapi kesusahan hidup ii. Kepayahan ibu membesarkan anak selepas kematian suami iii. Keberanian membanteras kejahatan iv. Kepentingan ilmu dalam hidup v. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan yang memerlukan Watak dan Perwatakan Amin

• Remaja lelaki berusia 15 tahun • Tidak mampu membayar yuran PMR • Seorang yang berani • Patuh akan perintah ibunya • Rendah diri dan mudah tersinggung

Page 10: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 10

Mak Jah • Ibu Amin • Tabah menghadapi kepayahan hidup • Seorang yang penyayang • Seorang yang bertanggungjawab

Cikgu Arshad

• Guru kelas Amin • Seorang yang tegas dan garang • Wanita • Mangsa ragut • Ramah dan baik hati • Mengenang budi

Latar i. Masa : pagi, semasa sesi persekolahan ii. Tempat : di rumah, di sekolah, di dalam kelas, di dalam bilik pengetua, di pasar raya iii. Masyarakat : masyarakat kampung yang miskin, masyarakat di sekolah, masyarakat yang baik hati dan mengenang budi Gaya Bahasa i. Simile - Mukanya merah bagai udang bakar, berlingkar macam ular sawa kekenyangan ii. Metafora - ibunya dibaluti kesusahan, kotak fikiran, membatukan diri iii. Peribahasa - sebesar kangkang kera, memasang telinga, jalan pintas Nilai i. Kasih sayang ii. Ketegasan iii. Kesabaran iv. Keberanian v. Kesyukuran vi. Bertanggungjawab Pengajaran i. Janganlah berputus asa dalam menempuh dugaan hidup ii. Jangan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan iii. Kita hendaklah mengenang jasa insan yang telah berbudi

Page 11: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 11

TRAUMA EMBAH Haryati Abu Nasir

Sinopsis Ibu seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual peralatan dapur dari kampung ke kampung. Ibu sudah berusiatetapi nampak sihat, cergas dan awet muda. Bermula dengan modal yang kecil, perniagaan ibu tetap berjaya walaupun tanpa mempunyai asas dalam perniagaan. Setelah datuk meninggal dunia, embah tinggal dengan Mak Cik Rafiah di Kuala Lumpur selama lebih lapan 13 belas tahun. Sejak suami Mak Cik Rafiah meninggal dunia secara mengejut, embah dibawa pulang ke kampung dan dijaga oleh ibu. Embah adalah seorang isteri yang penyabar. Embah membesarkan lima orang anak sendiri dan empat orang anak tiri. Embah juga gigih membantu datuk mencari rezeki dengan mengutip susu getah. Datuk pula sangat garang sehingga Embah dan anak-anaknya amat takut kepada datuk. Datuk meninggal dunia kerana sakit tua. Sebenarnya Embah mengalami trauma kerana pernah kehilangan dua orang anak lelaki dalam masa seminggu. Datuk melarang Embah meratapi kematian anaknya. Embah amat tertekan. Pada usia 80 tahun, Embah dibayangi kisah silamnya dan dia hilang ingatan. Namun ibu menjaga Embah dengan penuh kasih sayang walaupun terpaksa berhenti berniaga. Ibu mahu membalas jasa Embah yang telah melahirkan dan membesarkannya. Abah sentiasa di sisi ibu untuk memberi sokongan moral. Tema Ketabahan dan kesabaran seorang anak menjaga ibunya yang sakit. Persoalan i. Pengorbanan dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ii. Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya iii. Kesabaran dan ketaatan seorang isteri iv. Bertolak ansur sesama saudara sendiri v. Perniagaan sebagai sumber rezeki

Page 12: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 12

Watak dan Perwatakan Embah

• Berusia 80 tahun • Membantu datuk menyara keluarga • Isteri yang setia dan penyabar • Seorang ibu dan nenek yang penyayang • Uzur dan sudah hilang ingatan

Ibu

• Belajar hingga darjah enam • Sihat dan awet muda • Seorang anak dan ibu yang penyayang • Seorang yang bertanggungjawab

Mak cik

• Adik kepada ibu • Kematian suami pada usia muda • Tabah menjaga embah yang uzur

Datuk

• Tegas dan panas baran • Bekerja sebagai penoreh getah

Latar i. Masa : zaman kini, siang dan malam, petang bulan Ramadan ii. Tempat : Kampung Jelutong, Kuala Lumpur, rumah ibu, hospital, dapur iii. Masyarakat : masyarakat desa,

masyarakat bandar yang tinggal di Kuala Lumpur, masyarakat yang mementingkan ikatan kekeluargaan

Gaya Bahasa i. Personifikasi - dimakan usia, menangkap butiran perkataan, mencengkam jiwa ii. Metafora - bermata hijau, basikal tua iii. Peribahasa - naik angin, cahaya mata, syurga di bawah tapak kaki ibu iv. Hiperbola - tulang di dada embah membukit v. Bahasa Inggeris - lavender vi. Ayat pendek - Dia mengajar, Jiwanya tertekan Nilai i. Bertanggungjawab - ibu dan mak cik menjaga embah selepas datuk meninggal ii. Pengorbanan - ibu sanggup berhenti berniaga untuk menjaga embah

Page 13: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 13

iii. Taat - Embah sangat taat dan takut kepada datuk Pengajaran i. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang sesama anggota keluarga ii. Kita hendaklah menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa iii. Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua

Page 14: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 14

SEPUCUK SURAT DARIPADA KAWAN Kamalkhalid Kamarludin

Sinopsis Kamal telah menerima sepucuk surat daripada Abe yang akan berpindah dan bersekolah semula di Kuantan. Sementara menunggu keluarganya menyusul untuk proses perpindahan, Abe akan tinggal di rumah Kamal. Mengenang kembali peristiwa lama, Abe dan Kamal berkawan baik sejak kecil. Tiga tahun yang lalu Abe terpaksa berpindah ke negeri asalnya, Kelantan mengikut keluarganya. Sejak dari itu mereka berhubung melalui telefon dan berutus surat. Sejak berada di Kuantan, Kamal membawa Abe bersiar-siar di sekitar bandar Kuantan. Kamal berasa runsing melihat Abe yang murung dan kadang kala sakit perut. Kamal cuba membongkar rahsia Abe tapi tidak berkesempatan berbuat demikian. Kamil dan Abe belajar di sekolah yang sama. Namun Abe ditempatkan di kelas yang bersebelahan dengan kelas Kamal kerana keputusan peperiksaannya lebih baik. Keakraban Kamal dan Abe membuatkan rakan-rakan Kamal yang lain cemburu. Pada suatu hari, Abe mengadu sakit perut. Kamal cuba bertanyakan masalahnya namun Abe hanya menyatakan bahawa suatu hari nanti Kamal akan tahu juga. Apabila keputusan PMR diumumkan, Kamal dan Abe mendapat keputusan yang cemerlang. Kamal berasa sangat gembira. Namun, dia berasa sedih apabila Abe dibawa oleh keluarganya ke Kelantan semula. Sebelum pergi, Abe sempat memberikan sepucuk surat kepada Kamal. Belum sempat Kamal habis membaca surat pemberian Abe itu, adiknya telah merampas surat tersebut dan mencampakkannya ke dalam unggun api. Tema Semangat setia kawan antara dua orang insan Persoalan i. Menghargai hubungan persahabatan ii. Keikhlasan dalam persahabatan membawa banyak kesan positif iii. Berjauhan tidak bermakna akan putus hubungan iv. Sahabat yang baik dan ikhlas akan kekal dalam ingatan

Page 15: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 15

Watak dan Perwatakan Kamal

• Berusia 15 tahun • Kawan baik Abe • Menghargai persahabatannya dengan Abe • Ingin mengetahui rahsia kesihatan Abe

Abe

• Nama sebenarnya Wan Mohd Tarmizi • Rakan karib Kamal • Bijak dan cemerlang dalam pelajaran • Menyimpan rahsia hidupnya

Adik

• Adik kepada Kamal • Merampas surat Abe daripada Kamal • dan mencampakkannya ke dalam • unggun api

Latar i. Masa : waktu pagi, petang dan malam ii. Tempat : di Lorong 5, Bandar Teruntum, Kuantan, Terminal Bas Makmur, Berjaya Megamall dan di Sekolah Menengah Saint Thomas iii. Masyarakat : masyarakat pelajar di sekolah menengah dan masyarakat guru Gaya Bahasa i. Personifikasi - mengukir kenangan, memecah kesunyian subuh ii. Metafora - buku rahsia, tirai malam iii. Peribahasa - naik darah, kurang siuman, bagaikan isi dengan kuku, jejak langkah iv. Hiperbola - Aku melompat seolah-olah melepasi ketinggian Menara Berkembar Petronas v. Simile - seperti orang gila, seperti menyimpan buku di perpustakaan vi. Bahasa Arab – Assalamualaikum Nilai i. Menghargai persahabatan - Kamal menghargai persahabatannya dengan Abe ii. Prihatin - Kamal risau akan keadaan kesihatan Abe dan selalu murung iii. Rajin - Kamal dan Abe rajin mengulang kaji pelajaran bersama-sama

Page 16: Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

http://cikgusazali.blogspot.com

CSL Antologi Kasut Kelopak Jantung

Prosa Moden 16

Pengajaran i. Kita hendaklah mengekalkan persahabatan yang terjalin sejak kecil lagi ii. Kita hendaklah mengambil berat dan prihatin terhadap masalah orang lain iii. Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan