gema sepi gadis genius prosa tradisional.pdf

19
Blog: cikgusazali.blogspot.com CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Prosa Tradisional 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PENILAIAN MENENGAH RENDAH KAJIAN ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS TINGKATAN 2 (PROSA TRADISIONAL) CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN. “ULI SAPA LET IT”

Upload: zainalius-kibak

Post on 01-Oct-2015

107 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 1

    MODUL KECEMERLANGAN

    BAHASA MELAYU

    PENILAIAN MENENGAH RENDAH

    KAJIAN ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS

    TINGKATAN 2

    (PROSA TRADISIONAL)

    CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM

    PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,

    KELANTAN.

    ULI SAPA LET IT

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 2

    HIKAYAT RAJA MUDA

    (PAWANG ANA DAN RAJA HAJI YAHYA) Sinopsis: Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat. Perkahwinan itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan kembali ke kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda untuk bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan,kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah kejadian itu, mereka berdua saling berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa tahun. Setelah cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda juga memerintahkan Perdana Menteri membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis, tidak mahu makan dan minum. Hal ini membimbangkan seluruh istana tetapi keadaan menjadi reda setelah Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan tersebut memang sifat semula jadi anak tersebut. Pada hari yang telah ditetapkan Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik Mendam Berahi. Semua persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan bondanya membawa Puteri Renik Jintan ke balai pancalogam di tengahtengah tasik Mendam Berahi untuk dimandikan dengan penuh upacara. Turut diadakan adalah adat turun tanah iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas emas serta perak. Selesai upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan pelbagai jenis permainan. Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda membawa isterinya bermain-main di atas pasir yang berkilat dan kemudiannya menyaksikan permainan Doh Besar, Lang-lang Aji Buntut dan cekur-cekur Puyuh. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri turut sama bermain permainan Doh Besan kerana terlalu seronok. Suasana sungguh meriah sehinggalah larut malam dan semua permainan dihentikan.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 3

    Keesokannya, kenduri diadakan dengan menyembelih kerbau, bacaan doa selamat dan doa tolak bala. Sultan muda bersama-sama pengiringnya berangkat kembali ke kota keesokannya. Tema: Cerita ini mengetengahkan tema tentang suka-duka pengalaman hidup Raja Muda atau Sultan Muda. Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti ditinggalkan isteri, bernikah lain dan meraikan kelahiran puterinya. Persoalan: i. Persoalan Kasih sayang dalam sesebuah keluarga.

    Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan.

    ii. Persoalan Pernikahan yang tidak direlakan. Pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri sebenarnya tidak direlakan oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba.

    iii. Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain.

    Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selepas peristiwa pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

    iv. Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selepas peristiwa pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

    v. Persoalan kegembiraan menyambut kelahiran seorang bayi. vi. Persoalan Temasya untuk meraikan kedatangan seorang ahli baru dalam sesebuah

    keluarga.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 4

    Watak dan Perwatakan: Watak Utama Raja Muda (Sultan Muda Gempita Sakti) - Berkahwin dua - Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri - Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan - Baginda seorang yang penyayang.

    Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik Mendam Berahi.

    - Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah mengadakan kenduri dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya.

    - Baginda seorang yang menjalankan perintah agama. Sebagai contoh baginda telah mengiqamatkan puterinya yang baru lahir.

    Watak Sampingan Tuan Puteri Bidadari Segerba - Berasal dari kayangan. - Anak kepada Maharaja Indera Dewa. - Merupakan isteri kepada Raja Muda.Seorang yang berbudi bahasa. Sebagai contoh, dia pergi

    menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan bersalam-salaman dengan bondanya, Permaisuri Kaca Bertuang.

    - Beliau juga seorang yang cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin lain sewaktu beliau berada di kayangan.

    Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri - Anakanda kepada Sultan Sedar Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang. - Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda. - Isteri kedua Sultan Muda - Seorang yang berfikiran tebuka apabila sanggup mencemar duli untuk turun bermain bersama-

    sama dalam permainan Doh Besar. - Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari dalam

    perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya. Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan - Anak perempuan kepada pasangan Sultan Muda dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Sewaktu

    berada dalam kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba berusia enam purnama, Tuan Puteri telah dipindahkan ke dalam kandungan perut ibunya, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

    - Tuan Puteri sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga dan istana. - Namanya itu diberikan oleh nendanya.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 5

    Gaya Bahasa: i. Kata ganda

    Bersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium

    ii. Personifikasi Serai beranak di atas dapur.

    iii. Bahasa istana Bersemayam, bersantap

    iv. Inversi Tidak sedap rasa hati Sudah kakanda berperi

    v. Simile Betapa padannya puteri itu bersanding dengan Sultan Muda laksana Sargandi dengan Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas

    vi. Bahasa klasik Gahara, leta

    vii. Bahasa Arab Mengkamatkan, kiblat

    Latar: Latar Masa i. Pada waktu malam

    Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir di Tasik Mendam Berahi.

    ii. Pada hari Selasa waktu tengah hari. Pada waktu ini Tuan Puteri Renik Jintan dilahirkan.

    iii. Pada waktu pagi.

    Pada waktu ini, berlaku kekecohan di rumah Nenek Kebayan kerana Raja Muda menghilangkan diri.

    Latar Tempat i. Di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki.

    Di sinilah dilangsungkan majlis penikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 6

    ii. Di kayangan. Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri Bidadari Segerba.

    iii. Di rumah Nenek Kebayan.

    Raja Muda tinggal di sini sebelum menghilangkan diri untuk pergi bernikah. iv. Tasik Mendam Berahi.

    Di sini telah dibina sebuah astaka pancalogam 12 tingkat yang merupakan tempat bersiram Tuan Puteri yang baru lahir.

    v. Padang Biram Kemala.

    Di tengah-tengah padang ini dibina sebuah khemah tempat beradu Raja Muda. Padang ini juga dijadikan tempat anak-anak raja bermain Doh Besan, anak-anak pembesar bermain Lang-lang Aji Buntut.

    Latar Masyarakat i. Latar masyarakat zaman feudal

    Rakyat diperintah oleh raja dan mereka mesti mematuhi titah raja. Buktinya ,Perdana Menteri menjalankan arahan Sultan untuk mendirikan astaka dan khemah di Padang Biram Kemala.

    ii. Latar masyarakat yang mementingkan adat dan upacara.

    Raja Muda menjalankan upacara memijak tanah untuk puterinya. iii. Latar masyarakat yang berbudi bahasa iv. Latar masyarakat yang amanah kepada tugas

    Perdana Menteri menjalankan tugasnya membina pancalogam 12 tingkat dan khemah tempat bersiram dan tempat permainan Puteri Renik Jintan.

    v. Latar masyarakat yang ahlinya sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain

    Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari sanggup menerima kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba vi. Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam

    Raja Muda yang mengadakan majlis kesyukuran demi menyambut kelahiran puteri baginda. Nilai Murni i. Nilai kasih sayang Contoh:

    Raja Muda yang begitu kasihkan puterinya hingga sanggup membina pancalogam 12 tingkat dan khemah sebagai tempat bersiram dan tempat permainan puterinya itu.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 7

    ii. Nilai reda kepada takdir Contoh:

    Tuan Puteri Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua Raja Muda kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari

    iii. Nilai saling menghormati Contoh:

    Kedua-dua isteri Raja Muda saling menghormati keputusan masing-masing untuk tidak berjumpa selama setahun.

    Pengajaran: i. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa

    akan datang. ii. Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam

    kesusahan. iii. Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau

    menyakiti hati orang lain. iv. Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan

    kesyukuran. v. Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya

    tidak berlaku salah faham.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 8

    HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN (DISELENGGARAKAN OLEH ROGAYAH A.HAMID)

    Sinopsis: Mengisahkan salasilah keluarga raja-raja Kalimantan. Kisah bermula dengan Sang Raja Majapahit mempunyai anak bernama Brawijaya. Brawijaya apabila dewasa menjadi raja di negeri Sukudana. Daripada keturunannya lahirlah Raja Baporang yang telah melahirkan Pangeran Karang Tanjung. Pangeran Karang Tanjung pula mempunyai seorang anak bernama Panembahan Bendala. Panembahan Bendala beranakkan Panembahan Sukudana. Cerita diakhiri dengan kisah Pangeran Agung yang mempunyai ramai anak iaitu Ratu Melayu,Utin Radi, Pangeran Marta, Raden Segara, Gusti Aris,Pangeran Surya dan Tiak Rai, ibu kepada Raden Ambong. Tema: Cerita ini bertemakan salasilah keturunan Raja-raja Kalimantan Persoalan: i. Persoalan tentang kepentingan mengetahui asal-usul kekeluargaan. ii. Persoalan perlunya mengenali jati diri sesebuah keluarga. Watak dan Perwatakan: Watak Utama Upu Daeng Menambun - Keturunan Sang Raja Majapahit - Raja Bugis - Berkahwin dengan anak Sultan Muhammad Zainuddin, Puteri Kesumba - Memiliki 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan. - Ayahanda kepada:

    - Utin Damawan - Gusti Jamiral bergelar Panembahan Adi Jaya Kesuma - Gusti Jamadin bergelar di Sambas Pangeran Chakra - Utin Chandera Sari bergelar Ratu di Sempang - Gusti Jalazri bergelar Pangeran Mangku di Mampawah - Ratu Surya Kusuma - Gusti Jalma bergelar Gusti Panglima - Utin Chandramidi - Gusti Sina bergelar Pangeran Jaya Putera - Utin Tawang bergelar Utin Busu

    - Bapa mertua kepada raja Landak, Raja Bagus. (suami Utin Damawan) - Bapa mertua kepada Sultan Sharif Abdul Rahman (suami Utin Chandramidi) - Bermenantukan Pangeran Ghafura, sepupu sultan Berunai (suami Utin Tawang)

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 9

    Watak Sampingan Sang Raja Majapahit - Mengetuai salasilah keturunan Brawijaya hinggalah Pangeran Agung Martadipura - Merupakan pemula keturunan Raja-raja Kalmantan Brawijaya - Keturunan pertama kepada Sang Raja Majapahit - Menjadi raja di Benua Lama, negeri Sukudana. - Beranakkan Raja Baporang Raja Baporang - Beranakkan Pangeran Karang Tanjung Pangeran Karang Tanjung - Beranakkan Panembahan Bendala Panembahan Bendala - Beranakkan Panembahan Sukudana Panembahan Sukudana - Beranakkan Panembahan Air Mala Panembahan Air Mala - Beranakkan Panembahan di Baroh Panembahan di Baroh - Beranakkan Panembahan Giri Kesuma Panembahan Giri Kesukma - Beranakkan Sultan Muhammad Saifudin - Bersaudarakan Ratu Surya Kesuma Latar Tempat Negeri Pontianak - Tempat pemerintahan menantu Upu Daeng Menambun yang bernama Sultan Sharif Abdul

    Rahman, suami kepada Utin Chandaramidi. Negeri Sambas - Tempat pemerintahan Sultan Muhammad Saiffuddin Negeri Mempawah - Tempat asal isteri Sultan Muhammad Zainuddin yang bernama Emas Inderawati

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 10

    Sukudana - Tempat Brawijaya menjadi raja dan meluaskan salasilah keturunan Sang Raja Majapahit. Latar Masyarakat Masyarakat keturunan bangsawan - Salah silah keluarga Sang Raja Majapahit yang berketurunan bangsawan di Jawa dan Brunei. Masyarakat yang mementingkan darah keturunan - Keturunan Sang Raja Majapahit mengekalkan darah keturunan melalui perkahwinan dengan

    golongan diraja. Gaya Bahasa: i. Bahasa Arab

    Fatihah, Quran

    ii. Kata ganda laki-laki, mula-mula, pertama-tama

    iii. Bahasa istana

    dititahkan, baginda Nilai Murni: i. Nilai jati diri Contoh:

    Keturunan Sang Raja Majapahit yang mementingkan jati diri dengan memastikan salah silah keturunannya kekal melalui perkahwinan.

    ii. Nilai pemeliharaan salasilah keluarga. Pengajaran: i. Kita hendaklah berbangga dengan susur galur keluarga sendiri. ii. Kita perlulah membina keturunan keluarga yang dirahmati Allah. iii. Kita mestilah memelihara salasilah keluarga.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 11

    HIKAYAT INDERAPUTERA (DISENGGARA OLEH ALI HAJI AHMAD)

    Sinopsis: Cerita ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan gagah perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya membunuh gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja Talela Syah. Ayahanda Inderaputera bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Setelah Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke istana untuk menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan nujum, Inderaputera akan memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain dengan binatang kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang buruk. Apabila besar, Inderaputera dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada seorang mualim bernama Bersapian. Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa menerima kehadiran dua orang utusan ufti yang terdiri daripada tukang emas dan tukang kayu yang mahir lagi hebat. Si tukang kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup dan ikan itu boleh ketawa, berpantun dan berseloka apabila diletakkan di dalam air. Tukang emas pula membuat gambar merak daripada emas. Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam dulang emas dan perak lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan boleh berpantun serta berseloka. Inderaputera yang masih kanak-kanak tertarik dengan merak emas itu lalu turun daripada riba ayahnya. Dengan tidak disangka-sangka merak itu menyambar Inderaputera lalu menerbangkannya. Ayahanda dan bondanya sangat berduka cita. Inderaputera yang diterbangkan telah dijatuhkan oleh merak emas di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang pulang daripada berjual bunga menjumpai Inderaputera di dalam kebunnya. Inderaputera menceritakan kisahnya kepada Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang tiada cucu memelihara Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan penuh kasih sayang. Sepanjang itu, rezeki nenek kebayan bertambah murah. Suatu hari, Nenek Kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana Menteri. Perdana Menteri tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang begitu elok sekali. Lalu Perdana Menteri meminta kepada Nenek Kebayan untuk menjadikan Inderaputera anak angkatnya hanya pada sebelah siang. Nenek Kebayan akhirnya bersetuju walaupun berat hati. Akhirnya Inderaputera membesar di bawah jagaan Nenek Kebayan dan Perdana Menteri.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 12

    Tema: Cerita ini bertemakan tentang kehebatan dan keluarbiasaan yang dimiliki oleh seseorang. Dalam hal ini, keistimewaan itu dimiliki oleh Inderaputra. Persoalan: i. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contoh:

    Raja Bikrama Puspa tidak mahu berenggang dengan Inderaputera dan berasa dukacita setelah Inderaputera dilarikan merak emas.

    ii. Persoalan keutamaan menurut arahan. Contoh:

    Negeri-negeri di bawah jajahan Raja Bikram Puspa mengikut arahan membayar ufti kepada baginda .

    iii. Persoalan kelebihan yang diperoleh apabila memelihara anak yatim. Contoh:

    Bunga-bunga di kebun Nenek Kebayan kembang mekar dan hasil jualannya meningkat setelah Nenek Kebayan memelihara Inderaputera sebagai cucu angkat.

    Watak Utama: Inderaputera - Berwajah menarik. - Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Buspa - Bondanya bernama Puteri Jamjam Ratna Dewi. - Seorang yang memiliki kesaktian seperti boleh membunuh gergasi yang tidak mampu dibunuh

    oleh orang lain. - Pandai membaca al quran . - Seorang yang merendah diri contohnya, dia hanya makan hidangan setelah Perdana Menteri

    makan. Watak Sampingan Nenek Kebayan - Penyayang contohnya nenek Kebayan.sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat. - Seorang yang perihatin terhadap kesusahan orang lain. Perdana Menteri - Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain. - Mengambil Inderaputera sebagai anak angkat untuk waktu sebelah siang sahaja.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 13

    Latar Latar Masa - 14 haribulan.

    Hari lnderaputera dilahirkan. - Tujuh tahun.

    Tempoh Inderaputera dibesarkan sehinggalah dia dilarikan oleh burung merak emas. Latar Tempat - Negeri Semanta Puri.

    Negeri ini merupakan negeri tempat memerintahnya Raja Bikrama Buspa. - Di dalam istana Raja Bikrama Buspa.

    Di sini berlaku peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung merak emas. - Di dalam kebun Nenek Kebayan.

    Di tempat ini Inderaputera dijatuhkan oleh burung merak emas yang telah menyambarnya. - Di rumah Perdana Menteri.

    Di sini Perdana Menteri menjamu Inderaputera makan. Latar Masyarakat - Latar masyarakat yang perihatin terhadap orang lain.

    Nenek Kebayan sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat setelah dia dijatuhkan oleh burung merak emas.

    - Latar masyarakat yang mudah lupa akan kesukaran yang pernah berlaku. - Latar masyarakat yang sayangkan kanak-kanak. - Latar masyarakatnya juga memiliki kesaktian dan keistimewaan yang luar biasa.

    Inderaputera yang memiliki kesaktian yang boleh mengalahkan gergasi bernama Mamdu yang tidak dapat dikalahkan oleh Raja Talelah Syah.

    Gaya Bahasa: i. Kata ganda

    Tiap-tiap, laki-laki, kaya-kaya, hina-dina, gilang-gemilang ii. Inversi

    Tuan puteri pun beranaklah seorang lelaki terlalu sekali elok paras rupanya

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 14

    iii. Simile

    Terlalu sekali elok paras rupanya seperti matahari baharu terbit gilang-gemilang iv. Bahasa istana

    Baginda, santap, semayam v. Bahasa Arab

    Al-Quran Nilai Murni: i. Nilai kebijaksanaan. Contoh:

    Inderaputera yang berjaya menewaskan gergasi bernama Mamdu dengan menggunakan kebijaksanaan.

    ii. Nilai kasih sayang. Contoh:

    Hal ini ditunjukkan oleh Maharaja Bikrama Buspa yang begitu sayangkan anakandanya Inderaputera.

    iii. Nilai pemurah. Contoh:

    Maharaja Bikrama Buspa menganugerahkan sepersalinan kepada setiap ahli nujum yang datang menilik nasib anaknya.

    iv. Nilai berbudi bahasa. Contoh:

    Inderaputera sungguh berbudi bahasa kepada Nenek Kebayan yang menjumpainya dan membelanya.

    v. Nilai kejujuran Contoh:

    Inderaputera berlaku jujur dengan menerangkan asal usulnya dan bagaimana dia boleh berada dalam kebun Nenek Kebayan.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 15

    Pengajaran: i. Kita hendaklah selalu berhati-hati dan berwaspada terhadap ancaman yang tidak dijangka-jangka.

    Jika tidak berwaspada ada kemungkinan perkara buruk akan berlaku. Contoh:

    Sikap Maharaja Bikrama Buspa yang lalai terhadap burung merak emas telah mengakibatkan anakandanya dilarikan oleh burung berkenaan.

    ii. Kita hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Contoh, Maharaja Bikrama Buspa mencarikan seorang guru agama untuk anakandanya belajar mengaji selama tujuh tahun.

    iii. Kita mestilah menghargai jasa orang kepada kita. Contoh:

    Maharaja Bikrama Buspa menghargai jasa para nujum dengan mengurniakan persalinan setelah menilik nasib Inderaputera.

    iv. Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang. Contoh:

    Sikap ini ditunjukkan oleh Inderaputera yang merendahkan diri ketika berhadapan Perdana Menteri. Dia tidak makan selagi Perdana Menteri tidak selesai makan

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 16

    HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL (DIUBAHSUAIKAN OLEH HIZAIRI OTHMAN)

    Sinopsis: Kapal milik Raja Anggun Cik Tunggal bernama Dendang Panjang sedang berlabuh. Tiba-tiba sebuah lancang kuning berlabuh betul-betul di hadapannya. Bujang Selamat bertanya kepada pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara melulu. Si Kembang Cina yang berada dalam lancang kuning dengan beraninya menerangkan hajat nakhodanya. Raja Anggun Cik Tunggal yang tercabar dengan kelancangan Si Kembang Cina telah mengisytiharkan perang terhadap kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda Ragam. Berlakulah tembak menembak di antara Raja Anggun Cik Tunggal dengan Nakhoda Ragam (Tuan Puteri). Dalam insiden itu, Tuan Puteri nyaris-nyaris terkorban akibat tembakan Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak usul periksa. Dalam keadaan yang terdesak itu, Tuan Puteri menyalin pakaiannya dan menunjukkan identitinya yang sebenar iaitu Tuan Puteri Gondan Ganariah iaitu tunangan Raja Anggun Cik Tunggal. Hal ini menyebabkan Raja Anggun Cik Tunggal tekejut dan malu lalu lari ke biliknya sambil berselubung. Tunangannya, Tuan Puteri Gondan Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya atas tindakan Raja Anggun Cik Tunggal tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya telah dilupakan Raja Anggun Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk yang akhirnya melembutkan hati Tuan Puteri. Tuan Puteri kemudiannya meminta kebenaran untuk belayar pulang. Setelah tiga hari tiga malam, kapal Seludang Mayang berlabuh di pelabuhan negeri Tiku Benua lalu disambut dengan bedilan meriam. Sesampai di istana, Tuan Puteri menyembah salam dan menyampaikan perkhabaran kepada ayahandanya,Raja Laksamana tentang pertemuannya dengan Raja Anggun Cik Tunggal. Sikap terburu-buru dan tidak usul periksa yang membawa salah faham. Dalam hal ini, Raja Anggun Cik Tunggal berperang dengan tunangnya, Tuan Puteri Gondan Ganariah kerana tidak tahu kapal lancing kuning itu milik tunangnya. Tema: Sikap terburu-buru dan tidak usul periksa yang membawa salah faham. Dalam hal ini, Raja Anggun Cik Tunggal berperang dengan tunangnya, Tuan Puteri Gondan Ganariah kerana tidak tahu kapal lancing kuning itu milik tunangnya. Persoalan: 1. Persoalan perasaan kasih sayang sesama manusia. Contoh:

    Tuan Puteri yang sanggup belayar untuk bertemu dengan tunangannya, Raja Anggun Cik Tunggal. 2. Persoalan keberanian menegakkan keadilan. Contoh:

    Tuan Puteri yang membalas serangan Raja Anggun Cik Tunggal.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 17

    3. Persoalan keperluan memujuk setelah melakukan kesilapan dalam sesuatu tindakan. Contoh:

    Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Ganariah setelah menyedari kesilapannya yang menyerang lancang kuning milik tunangannya.

    Watak Utama Raja Anggun Cik Tunggal - Terburu-buru dalam tindakan kerana menyerang kapal Nakhoda Ragam tanpa soal siasat yang

    mendalam. - Pandai memujuk orang lain. Baginda memujuk tunangnya,Tuan Puteri Gondan Gandariah yang

    jauh hati akibat insiden membedil yang hampir meragut nyawa. - Begitu sayang akan Tuan Puteri Gondan Ganariah. - Tunangan kepada Tuan Puteri Gondan Ganariah. Watak Sampingan Tuan Puteri Gondan Gandariah - Nakhoda lancang kuning yang dibedil. - Menggunakan beberapa nama lain seperti Tuan Puteri Nakhoda Ragam. - Berani kerana sanggup bertembak-tembakan dengan Raja Anggun Cik Tunggal dan hampir

    terkorban. - Puteri kepada Raja Laksamana - Baginda merupakan tunangan kepada Raja Anggun Cik Tunggal. - Bijak menggunakan senjata walaupun seorang wanita, buktinya dia melepaskan tembakan yang

    hampir mengenai Raja Anggun Cik Tunggal. - Seorang yang mudah jauh hati atau merajuk. - Bersifat lembut hati dan mudah dipujuk walaupun telah melalui insiden yang berbahaya. Raja Laksamana - Ayahanda kepada Tuan Puteri Gondan Gandariah. - Pemerintah negeri Tiku Benua. Si Kembang Cina - Orang suruhan dalam kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah. - Yakin, buktinya menjawab tujuan lancang kuning milik nakhodanya dengan berani kepada Bujang

    Selamat. Latar Latar Masa - Tiga hari tiga malam.

    Tempoh masa ini diambil oleh Seludang Mayang untuk belayar balik ke negeri Tiku Benua.

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 18

    Latar Masyarakat - Latar masyarakatnya mementingkan budi bahasa.

    Sebagai contoh, Bujang Selamat bertanyakan pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara bertentangan dengan kapal Dendang Panjang.

    - Latar masyarakat yang memiliki keberanian.

    Si Kembang Cina berani menjawab panggilan Bujang Selamat walaupun dia seorang wanita. - Latar masyarakatnya yang terlalu mudah dicabar.

    Raja Anggun Cik Tunggal mudah tercabar apabila Si Kembang Cina sambil bercekak pinggang berani menjawab pertanyaan Bujang Selamat.

    - Latar masyarakatnya yang pandai memujuk.

    Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati selepas kejadian tembak-menembak. Baginda berupaya meyakinkan Tuan Puteri Agar tidak meragukan kasih sayangnya.

    - Latar masyarakatnya yang kurang usul periksa.

    Hal ini ditunjukkan oleh sikap Raja Anggun Cik Tunggal yang terus saja menyerang Seludang Mayang dengan tidak usul periksa apakah niat dan tujuannya berlabuh di hadapan Dendang Panjang miliknya.

    - Latar masyarakat yang tidak mahu beralah.

    Hal ini berlaku kepada Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak mahu beralah dalam peristiwa tembak-menembak walaupun dengan tunangannya sendiri.

    Gaya Bahasa i. Bahasa istana

    Patik, murka, peraduannya, beta ii. Simile

    Bagai ikan di luar belat iii. Peribahasa

    Rendah diri iv. Bahasa Arab

    Allah, Insya-Allah v. Kata ganda

    Panji-panji, berbalas-balas

  • Blog: cikgusazali.blogspot.com

    CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius

    Prosa Tradisional 19

    vi. Inversi Gembiranya hati Tuan Puteri

    Nilai Murni: i. Nilai kasih sayang

    Sebagai contoh Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah kerana baginda sayangkan tunangnya itu walaupun berlaku salah faham dan tembakmenembak sebelum itu.

    ii. Nilai kepatuhan

    Bujang Selamat patuh pada arahan Raja Anggun Cik Tunggal supaya memeriksa kapal yang berlabuh di hadapan kapal mereka.

    iii. Nilai berani

    Hal ini ditunjukkan oleh Si Kembang Cina yang sambil bercekak pinggang membalas pertanyaan Bujang Selamat yang dianggapnya mencabar.

    iv. Nilai ketabahan

    Contoh, Tuan Puteri Gondan Gandariah tetap tabah berhadapan dengan Raja Anggun Cik Tunggal walaupun nyaris terkorban.

    Pengajaran: i. Kita hendaklah memeriksa sesuatu perkara dengan teliti sebelum mengambil tindakan. ii. Kita hendaklah banyak bersabar. iii. Kita mestilah patuh kepada perintah ketua. iv. Kita perlulah meningkatkan budi bahasa dalam komunikasi supaya tidak menimbulkan salah

    faham. v. Kita hendaklah menyedari kesilapan dengan memohon maaf.