proposal suk an

Upload: kaloi07

Post on 08-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

proposalsukantahunan

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUKANG SIDIN

SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM VILLAGE37800 SLIM RIVER, PERAK

KERTAS CADANGANKEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE - 32 TAHUN 2015___________________________________________________________________

1.0PENDAHULUAN

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah merupakan salah satu program tahunan sekolah. Kejohanan ini dirancang untuk mengisi program kokurikulum SK Slim Village bagi Tahun 2015. Kejohanan pada tahun ini merupakan kejohanan kali ke - 32 diadakan oleh jawatankuasa pengelola kejohanan SK Slim Village. Kejohanan ini melibatkan sukan olahraga yang meliputi acara padang dan balapan serta sukaneka.

2.0MATLAMAT

Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat murid ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui pelibatan murid dalam aktiviti-aktiviti olahraga di peringkat sekolah mereka dapat menyeimbangkan elemen emosi, jasmani, intelek dan rohani dalam diri selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

3.0OBJEKTIF

Adalah diharapkan program ini akan:

3.1memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat mereka secara optimum;3.2mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid-murid dan guru-guru semasa melakukan gerak kerja sepanjang kejohanan;3.3melahirkan murid yang aktif dan berpotensi dalam bidang kokurikulum;3.4melahirkan murid yang berkeyakinan dan optimis untuk mencapai kejayaan akan datang;3.5menyerlahkan potensi murid untuk dihantar mewakili sekolah ke kejohanan olahraga peringkat daerah (MSSD);3.6memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada murid-murid dan guru-guru tentang aspek teknikal sukan olahraga.

4.0PELAKSANAAN

Kejohanan kali ini akan mempertandingkan pelbagai kategori dan acara yang melibatkan persaingan antara rumah-rumah sukan. Sebanyak empat buah rumah sukan yang akan bertanding. SK Slim Village akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke - 32 ini pada tarikh, masa dan lokasi seperti yang berikut;Tarikh: 16 Februari 2015 (Isnin) Masa: 2.00 petangTempat: Padang SK Slim Village

5.0ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

Kategori rumah sukan yang dipertandingkan:

Kejohanan ini disertai oleh empat pasukan yang diwakili semua murid SK Slim Village daripada: Rumah Kuning Rumah Merah Rumah Biru Rumah Hijau 5.1Acara sukanBilAcaraKategori

01Lari 50m (Individu) LC Tahun 1 & 2

02Lari 50m (Individu) PC Tahun 1 & 2

03Lari 75m (Individu) LC Tahun 1 & 2

04Lari 75m (Individu) PC Tahun 1 & 2

05Lari 100m (Individu) LB Tahun 3 & 4

06Lari 100m (Individu) PB Tahun 3 & 4

07Lari 100m (Individu) LA Tahun 5 & 6

08Lari 100m (Individu) PA Tahun 5 & 6

09Lari 200m (Individu) LB Tahun 3 & 4

10Lari 200m (Individu) PB Tahun 3 & 4

11Lari 200m (Individu) LA Tahun 5 & 6

12Lari 200m (Individu) PA Tahun 5 & 6

13Lompat Tinggi (Individu) LTerbuka

14Lompat Tinggi (Individu) PTerbuka

15Lompat Jauh (Individu) LTerbuka

16Lompat Jauh (Individu) PTerbuka

17Lontar Peluru (Individu) LTerbuka

18Lontar Peluru (Individu) PTerbuka

19Lari 4 x 50m (Pasukan) LC Tahun 1 & 2

20Lari 4 x 50m (Pasukan) PC Tahun 1 & 2

21Lari 4 x 100m (Pasukan) LB Tahun 3 & 4

22Lari 4 x 100m (Pasukan) PB Tahun 3 & 4

23Lari 4 x 100m (Pasukan) LA Tahun 5 & 6

24Lari 4 x 100m (Pasukan) PA Tahun 5 & 6

25Tarik Tali (Pasukan) LTerbuka

26Tarik Tali (Pasukan) PTerbuka

27Jemputan Tarik Tali (Pasukan) LSekolah Kelompok 5/6

28Jemputan Tarik Tali (Pasukan) PSekolah Kelompok 5/6

5.2SukantaraAcara-acara sukantara:

Bil.AcaraHad KelayakanSumbangan Mata

1100 meter (L)< 19 saat1 mata

2100 meter (P)< 21 saat1 mata

3Lompat Jauh (L) 2.60 meter1 mata

4Lompat Jauh (P) 2.30 meter1 mata

5Lompat Tinggi (L)0.90 meter1 mata

6Lompat Tinggi (P)0.80 meter1 mata

7Lontar Peluru (L) 3.00 meter1 mata

8Lontar Peluru (P) 2.00 meter1 mata

*Semua murid Tahap 2 wajib mengambil bahagian. Peserta yang tidak melepasi sebarangn had kelayakan hanya dapat menyumbangkan mata sebanyak satu (1) mata sahaja. *Jadual Latihan Rumah Sukan dan Sukantara rujuk Lampiran.

5.3Syarat-syarat dan Peraturan Am

5.3.1Seorang murid hanya boleh menyertai empat (4) acara individu dan dua (2) acara kumpulan sahaja.5.3.2Setiap rumah sukan hanya boleh mendaftarkan nama dua (2) peserta bagi satu-satu acara individu dan satu (1) pasukan bagi acara berkumpulan.5.3.3Ketua rumah sukan hendaklah menyerahkan borang pendaftaran peserta kepada Setiausaha Sukan selewat-lewatnya pada 6 Oktober 2015.5.3.4Sebarang pertukaran peserta hendaklah dirujuk terus kepada Setiausaha Sukan sebelum tarikh kejohanan sebenar berlangsung.5.3.5Acara-acara yang tidak diperuntukkan mata untuk Rumah Sukan ialah:a) Sukaneka Prasekolahb) Perbarisan Rumah Sukanc) Perhiasan Rumah Sukand) Kategori Pendidikan Khas5.3.6Pemberian mata adalah seperti yang berikut:

a) Acara Individu:-Emas 5 mataPerak 3 mataGangsa 1 matab) Acara Berpasukan:- Emas 10 mataPerak 7 mataGangsa 5 mata5.3.7Sekiranya terdapat persamaan mata bagi jumlah keseluruhan, penentuan Johan Rumah Sukan akan ditentukan melalui kedudukan pingat.6.0ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL.PERKARAKUANTITIHARGA/UNITJUMLAH(RM)

1.Kanopi3RM100 x 3 = RM300300.00

2.Medal / HadiahMedal Individu : 21 X 3 X RM4.00 = RM240.00Kuartet : 12 X 12 X RM4.00 = RM576.00Sukaneka : 4 X 18 X RM4.00 = RM288.00Hadiah Perbarisan : 1 X RM50.00 = RM50.00Perhiasan : 1 X RM50.00 = RM50.00Tarik Tali : 2 X 2 X RM30.00 = RM120.00Guru/Staf : 3 X RM5.00 = RM15.00Belia : 3 X RM5.00 = RM15.00Beliawanis : 3 X RM5.00 = RM15.00Bapa : 3 X RM5.00 = RM15.00Ibu : 3 X RM5.00 = RM15.00 1399.00

3.Pengurusan & Urus setiaRM300.00300.00

4. Minuman Pegawai1010 X RM3.00 = RM30.0030.00

5. Cenderamata Pegawai1010 X RM3.00 = RM30.0030.00

6.Cenderamata VIP11 X RM50.00 = RM50.0050.00

7.Makan & Minum Murid250250 x RM1.50 = RM375.00375.00

8.Jamuan Guru, Staf & VIP6060 X RM3.50 = RM210.00210.00

Jumlah Keseluruhan

2694.00

6.1Sumber KewanganBIL.PERKARAPERBELANJAAN (RM)SUMBER KEWANGAN (RM)

1.Kanopi300.00

2.Medal / Hadiah1399.00

3.Pengurusan & Urus setia300.00

4. Minuman Pegawai30.00

5. Cenderamata Pegawai30.00

6.Cenderamata VIP50.00

7.Makan Minum Murid375.00

8.Jamuan Guru, Staf & VIP210.00

Jumlah Keseluruhan2694.002694.00

7.0PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dianjurkan berdasarkan Undang-undang K.O.A.M dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak. Walau bagaimanapun Jawatankuasa penganjur telah menyesuaikannya mengikut keadaan, suasana dan persekitaran sekolah. Setiap pelajar hanya dibenarkan menyertai maksimum empat (4) acara iaitu tiga (3) acara individu (termasuk kategori terbuka) dan satu (1) acara berkumpulan. Semua peserta mestilah cukup sihat. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh kesihatan yang kurang baik. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan, kecederaan atau kehilangan harta benda semasa pertandingan dijalankan. Pembatalan Pelajar yang melanggar peraturan penyertaan akan dibatalkan. Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang penyertaan di dalam acara-acara yang dipertandingkan. Peserta yang didapati mengganggu atau memintas dengan maksud melengahkan kederasan lawan, akan dibatalkan haknya dari pertandingan ini, walaupun ia mendapat tempat kedudukan.Hadiah-hadiah Peserta yang mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah yang berbentuk medal di dalam setiap acara yang dipertandingkan. Peserta yang menyertai acara sukaneka dan mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah di dalam setiap acara yang dipertandingkan. Olahragawan dan Olahragawati akan dipilih berdasarkan pencapaian keseluruhan individu dan berpasukan. Olahragawan dan Olahragawati akan menerima hadiah berbentuk cup dan hadiah iringan. Johan keseluruhan bagi pertandingan kategori rumah-rumah sukan ialah berbentuk piala pusingan.Bantahan Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Juri Rayuan secara bertulis dan hendaklah disertakan selepas 15 minit keputusan diumumkan. Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad.8.0JAWATANKUASA PROGRAMRujuk Lampiran

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

(En. Muhammad Aminul Khalil bin Zaini)(Pn. Wan Nor Zaleha binti Wan Salleh)Setiausaha Sukan SK Slim VillageGPK Kokurikulum SK Slim Village

Diluluskan oleh,

...(Pn. Hjh. Jamilah binti Ismail)Guru Besar SK Slim Village

ATURCARA MAJLIS KEJOHANAN SUKAN KALI KE-32 SK SLIM VILLAGE 2015

2.15 petang : Ketibaan Ibu Bapa dan Jemputan2.30 petang : Ketibaan Perasmi2.45 petang : Perbarisan Lintas Hormat3.00 petang : Nyanyian Lagu Negaraku3.05 petang : Upacara Menaikkan Bendera Kejohanan 3.10 petang : Bacaan Ikrar Kejohanan3.15 petang : Bacaan Doa 3.20 petang : Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar3.25 petang : Ucapan Perasmian Kejohanan3.30 petang : Perarakan Keluar3.35 petang : Acara Sukan1.50 meter L (C)2.50 meter P (C)3.100 meter L (B)4. 100 meter P (B)5. 100 meter L (A)6. 100 meter P (A)4.00 petang : Persembahan Selingan4.10 petang : Acara Sukan7.75 meter L (C)8.75 meter P (C) 4.20 petang : Sukaneka Pendidikan Khas4.40 petang : Acara Sukan 9. 4 x 50 meter L (C)10.4 x 50 meter P (C) 11.4 x 50 meter L (B)12. 4 x 50 meter P (B)13.4 x 50 meter L (A)14.4 x 50 meter P (A)5.10 petang : Persembahan Selingan5.20 petang : Acara Sukan15.Tarik Tali Akhir L (Terbuka)16.Tarik Tali Akhir P (Terbuka)5.30 petang : Sukaneka Ibu Bapa5.40 petang : Jemputan Tarik Tali Sekolah-sekolah Kelompok 5/65.50 petang : Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup6.00 petang : Jamuan dan Bersurai