ppismp sem 3-teras kemahiran emosi

Upload: mohamad-syafie-bin-samsir

Post on 30-May-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    1/14

    1.0 Kopetensi Kecerdasan Emosi

    Apa Itu Emosi ? . Secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia adalah

    golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus.

    Perasaan atau emosi ini mempunya tiga komponen :

    Kompetensi utama kecerdasan emosi yang menjadikan seseorang memiliki

    keperibadian yang mantap adalah sebagai berikut.

    1) Kesedaran diri emosional:

    Seberapa jauh anda mampu mengenali perasaan sendiri.

    (2) Penampilan emosional:

    Kemampuan diri menampilkan perasaan dan naluri.

    (3) Kesedaran akan emosi orang lain:

    Kemampuan mendengarkan, merasakan atau menerangkan perasaan orang lain

    dari segi kata, bahasa tubuh, mahupun petunjuk lain.

    (4) Kreativiti:

    Berhubungan dengan berbagai sumber daya non-kognitif yang dapat membantu

    menyalurkan idea baru, mengaplikasikan penyelesaian alternatif dan cara efektif

    untuk melakukan sesuatu.

    (5) Kegigihan/fleksibiliti/keserasian:

    Tetap bersemangat serta bercita-cita walaupun ada halangan.

    (6) Hubungan interpersonal:

    Mencipta hubungan dengan orang-orang yang bersamanya anda akan mencipta

    hubungan yang utuh.

    (7) Ketidakpuasan konstruktif:

    Kemampuan bertenang dan fokus dengan emosi yang tidak meningkat sekalipun

    dalam perselisihan.

    (8)Wawasan/Optimisme

    1

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    2/14

    Positif dan opitimistik

    (9) Belas kasihan/ simpati:

    Kemampuan bersimpati dan menghargai perasaan orang lain.

    (10) Intuisi:

    Kemampuan mengenali, mempercayai, dan menggunakan perasaan kuat yang lahir

    dari dalam, serta respons kognitif lain yang dihasilkan oleh panca inderaindera,

    emosi, fiikiran, dan tubuh.

    (11) Kesanggupan:

    Mengatakan apa maksud anda dan tekad untuk melaksanakan apa yang anda

    katakan; bersedia tahan terhadap gangguan dan godaan agar dapat

    bertanggungjawab atas segala tindakan dan sikap.

    (12) Percaya: Mempercayai bahawa seseorang itu baik sampai terbukti

    sebaliknya; namun, tidak juga terlalu mempercayai seseorang.

    (13) Kekuatan peribadi:

    Yakin dapat menghadapi segala cabaran dan hidup sesuai dengan pilihan.

    Kecerdasan emosi kendiri merupakan subjek penelitian yang mengungkapkan

    kenyataan bahwa ia berbeza dari kemampuan kognitif atau teknik serta

    menggunakan bagian otak yang berbeza. Kecerdasan emosi penting untuk

    menangani situasi yang melibatkan emosi, satu keadaan yang sering terjadi. Ini

    adalah kerana, ia merupakan bagian yang paling rumit dalam pengembangan

    kecerdasan seseorang. Jenis emosi negatif dapat diatasi dengan kepercayaan diri,

    keberanian, dan kejujuran dapat diperolehi dengan melalui hasil mempunyai

    kecerdasan emosi.

    Pengembangan kecerdasan emosi sangat penting kerana ia menyumbang

    kepada kejayaan sesebuah organisasi. Kecerdasan emosi juga merupakan penentu

    dalam pembentukan serta perpaduan yang erat dalam kalangan

    masyarakat.Malahan negara maju juga akan bertambah maju sekiranya rakyatnya

    merupakan antara golongan yang mempunyai kesihatan mental selain fizikal.

    Berikut adalah contoh-contoh yang boleh digambarkan oleh kita mengenai

    jenis- jenis emosi yang berlaku kepada kita seharian mengikut situasi yang kita

    alami:-

    2

    http://id.shvoong.com/tags/penting/http://id.shvoong.com/tags/penting/http://id.shvoong.com/tags/penting/http://id.shvoong.com/tags/penting/
  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    3/14

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    4/14

    Kawalan kendiri -seseorang individu itu

    dapat menguruskan emosi

    yang destruktif

    1.Mengurus perasaan dan emosi

    negative dengan baik.

    2.Tenang dan positif semasa tertekan.

    3.Berfikiran waras dan berfokus dalam

    tekanan.Amanah -seseorang individu itu

    dapat mengekalkan

    piawaian kejujuran dan

    intergriti

    1.Bertindak secara beretika mengikut

    peraturan.

    2.Membina keyakinan melalui

    kebolehpercayaan dan autensiti.

    3.Mengakui kesalahan sendiri dan

    menentang tindakan tidak beretika

    orang lain.

    4.Mengekalkan pandangan yang ada

    prinsip walaupun tidak popular.Ketekunan -seseorang individu itu

    bertanggungjawab atas

    prestasi diri.

    1.Mempunyai komitmen dan

    menunaikan janji.

    2.Bersifat akauntable untuk memenuhi

    objektif.

    3.Teratur dan sistematik dalammelaksanakan tugas.

    4

    BuntuGembiraRisau

    Ragu-raguKecewaBenci

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    5/14

    Kebolehsuaian -seseorang individu itu

    fleksible dalam menangani

    perubahan

    1.Menangani tuntutan pelbagai,

    perubahan keutamaan dan pertukaran

    yang kerap.

    2.Menyesuaikan respons dan taktik

    dengan keadaan yang sering berubah.

    3.Fleksible dalam perpepsi terhadap

    peristiwa-peristiwa yang berlaku.

    Inovasi -seseorang individu itu rasa

    selesa dan terbuka kepada

    idea-idea serta maklumat

    baru

    1.Mencari idea baru daripada pelbagai

    sumber.

    2.Memikirkan penyelesaian kreatif

    terhadap masalah-masalah

    3.Menjana idea, perspektif terkini .

    2.0 Cara Mengurus Emosi

    3.0 Analisis cerpen

    3 .0 .1 Sinopsis Cerpen: Pergi Tak Kembali, Karya Mohamad Ashaari Yunos (NIE)

    Manisah seorang anak lelaki yang mempunyai sikap yang kurang ajar dan biadab

    kepada ibunya.Malah dia sering meninggikan suara kepadanya ibunya,PuanSamsiah.Setiap hari ibunya akan menyediakan makanan dan pakaian disamping

    melihat anaknya pergi ke sekolah.

    Pada satu hari semasa Man berada disekolah dia telah lupa menyiapkan tugasan

    yang diberikan oleh gurunya dan dia telah didenda untuk kelas tahanan.Semasa

    berada di kelas tahanan dia telah tertidur bermimpi bertemu dengan ibunya yang

    memesannya untuk pulang awal kerumah.Oleh kerana dia tidur, gurunya

    mendendanya lagi dengan denda membasuh kereta gurunya.Selepas itu dia pergi

    bermain permainan video dan pergi kekelas malam.Man bukan belajar di kelas

    malam tetapi bermain-main dengan rakan-rakannya. Man pulang kerumah danmendapati ibunya telah tiada kerana terlampau terkejut dia pengsan.

    Semasa pengsan Man bertemu dengan Hang Tuah yang menasihati Man agar tidak

    menjadi sepertinya.Man ketakutan dan kebingungan dengan keadaan itu.Hang Tuah

    menceritakan dia tidak mahu Man jadi seorang yang kejam dan pendendam.Beliau

    mengatakan sekiranya dia tidak bebuat demikain Man akan membunuh gurunya dan

    rakannya.Man menyedari perkara itu dan dia menyesal akan perbuatanya.

    Dia tersedar dari pengsan, ayahnya menceritakan segalanya pada Man.Semasa dia

    tersedar radio memainkan pesanan lagu Pergi Tak Kembali dari Kumpulan Rabanni

    yang dipesan oleh arwah ibunya.

    5

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    6/14

    3 .0 .2 Watak dan Perwatakan

    Watak Perwatakan Perwatakan negatif Watak Positif

    Manisah -Watak utama

    -anak lelaki

    kepada Pn.

    Samsiah dan

    suaminya

    -seorang anak yang

    biadab pada asalnya

    -gemar melawan cakap

    ibunya

    -malas melakukan

    tugasan pada awalwaktu

    -suka mengacau rakan-

    rakan perempuan

    -kasar dalam

    berbahasa

    -melakukan tugasan

    guru tanpa membantah

    -sedar akan

    kesalahannya

    -sayang akan ibunya

    -redha atas pemergian

    ibunya

    -insaf atas kesalahan

    yang dilakukan

    Hang Jebat -hulubalang

    Melaka

    -Muncul dalammimpi Manisah

    -membunuh orang demi

    membalas dendam

    saudaranya

    -kurang ajar kepada

    sultan dan menderhaka

    -menasihati Manisah

    akan kesalahannya

    -Menyesal akankesilapan yang

    dilakukan dahulu

    -Menasihati Manisah

    agar berfikir sebelum

    bertindak

    -Tidak mahu Manish

    menjadi sepertinya

    Puan Samsiah -Ibu Manisah

    isteri kepadabapa Manisah

    - -Sabar dengan

    perlakuan anaknyayang kasar kepadanya

    6

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    7/14

    -menyediakan

    kelengkapan untuk

    keluarga

    -Menasihati Manisah

    setiap kali Manisahmembuat kesalahan

    -Tabah dalam

    menghadapi perangai

    anaknya

    -Sedih apabila anaknya

    bersikap biadab

    kepadanya

    -Sayangkankeluarganya

    Ayah Manisah -Ayah Manisah - -Penyabar walaupun

    dia kehilangan isteri

    -Redha atas ketentuan

    Ilahi

    Cikgu -Cikgu kepada

    Manisah

    -Menyuruh Manisah

    membasuh keretanya.

    -Tegas dalam

    berurusan dengan

    pelajar bermasalah

    3.0 .3 Jenis jenis Emosi Yang Tedapat Didalam Cerpen Pergi Tak Kembali

    3.0.3.1 Watak: Manisah

    Jenis

    Emosi

    Situasi:

    Ungkapan/petikan/kutipan

    Cadangan Dan Refleksi

    Introspektif

    1 Marah Aaarrrrggggghhhhhh!!!!

    Baaaannnnggggsssssaaaattttttt !!!!

    "

    Huraian: Ketika ini Manisahberada didalam alam

    mimpinya,dia begitu marah atas

    kejadian yang menimpa ibunya.

    Perasaan marah sebenarnya

    adalah satu perasaan dimana ia

    dapat dilihat dari segi produktif

    dan distruktif maka sekiranyamarah itu disalurkan dengan

    betul dan cara yang bijak maka ia

    akan memberi kebaikan namun

    jika tidak ia akan menjadi

    sebaliknya.

    2 Kecewa Hatinya amat pedih sekali.

    Pedih yang teramat dirasainya.

    Pedih memendam segala

    kekecewaan yang amat sangat.

    Huraian: Manisah kecewa akan

    Kekecewaan sememangnya

    tercetus dari diri kita apabila

    harapan dan impian tidak

    kesampaian.Bagi menghadapi

    perasaan ini , seharusnya kitamenjadikan kekecewaan itu satu

    7

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    8/14

    permergian ibunya yang dia

    tidak sempat berada disisi

    ibunya sewaktu

    menghembuskan nafas yang

    terakhir

    pengajaran agar ia menjadi satu

    ingatan yang membuatkan kita

    sedar akan hakikat sebenar

    bahawa hidup ini penuh warna-

    warni.Bawalah berbicang dan

    sentiasa berfikiran positif.

    3 Terkejut Beliau tersentak dengan

    jawapan lembaga itu. Dia tidak

    memahami apa yang

    dimaksudkan oleh lembaga itu.

    Kehadiran lembaga itu

    membangkitkan rasa

    kemusykilan tetapi beliau tidak

    menunjukkannya. Beliau

    memberanikan lagi dirinyawalaupun jantungnya berdegup

    pantas.

    Huraian:Semasa bertemu

    dengan Hang Jebat,Manisah

    terkejut akan kehadirannya yang

    secara tiba-tiba dihadapan

    Manisah

    Apabila dalam keadaan terkejut

    perkara pertama yang paling baik

    ialah bertenang.Cara yang paling

    baik ialah menarik nafas

    perlahan-lahan dan memastikan

    tidak terlalu melampau-lampau

    apabila terkejut.

    4 Membantah "Kenapa? Tidak bolehkah? Aku

    hendak dapatkan pengadilan!!!"

    "Pengadilan apa yang kau

    maksudkan? Membunuh adil?

    Janganlah kau lakukannya

    kerana kau akan merana nanti."

    "Aku tidak peduliiii!!!!"

    Huraian:Manisah membantah

    apabila Hang Jebat

    menghalangnya membuat

    keputusan untuk membalas

    dendam atas kematian

    ibunya.Dia tidak memperdulikan

    nasihat Hang Jebat.

    Tidak salah sekiranya kitamembantah sesuatu keputusan

    sekiranya kita tahu bahawa ianya

    salah,namun sekiranya kita

    membantah tanpa berfikir dengan

    jelas dan waras maka bantahan

    kita itu adalah tindakan bunuh

    diri.Membantah nasihat atau

    cadangan yang baik juga satu

    contoh perlakuan yang

    seharusnya kita elak.Sekurang-

    kurangnya kita harus

    mengambilnya sebagai pelajaran

    dan bukan bantahan.

    8

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    9/14

    5 Takut "Siapa engkau? A..

    Ap..App...Apa kesalahan aku?"

    tanyanya yang mula merasa

    ketakutan. Lembaga itu mula

    menghampirinya.Huraian:Kehadiran Hang Jebat

    secara mengejut menyebabkab

    Manisah ketakutan, Hang Jebat

    bercakap dengan nada yang

    tegas sambil memberitahu

    bahawa keadaan kematian

    Manisah

    Ketakutan sebenarnya adalah

    emosi yang mampu mengawal

    kita dan melindungi kita ketika ia

    masih terkawal,namun ketakutan

    yang berlebihan membuatkan kita

    tidak mampu berbuat apa-

    apa.Bagi mengatasinya kita boleh

    mengambil langkah dengan cara

    berfikir adakah perasaan itu

    harus ada pada kita? Apa yang

    saya takutkan?.Langkah terbaik

    ialah memikirkan samada apa

    yang kita takutkan itu logik atau

    tidak.

    6 Insaf "Ibu........."keluhnya dengannada yang kesal bersamaan

    titisan air mata. Lalu Manisah

    mengambil wuduk dan terus

    bersembahyang.

    Huraian: Apa bila Manisah

    dapat menerima ketetapan Ilahi

    akan ketiadaan ibunya.Dia

    menyesal akan segala kesilapan

    yang dia lakukan keatas ibunya

    Emosi insaf merupakan satubentuk cara kita berfikir semula

    akan kejadian kita.Pendek kata,

    bagaimana kita kembali kepada

    tuhan dan berserah kepadanya.Ia

    juga satu cara untuk kita

    mendekatkan kita kepada

    tuhan.Tuhan itu maha

    pengampun,walaupun kita tahu

    diri kita berdosa tidak semstinya

    tidak boleh meminta ampunkepada-Nya.

    3.0.3.2 Watak: Hang Jebat

    Jenis Emosi Situasi: Ungkapan/petikan/kutipan Cadangan Dan Refleksi

    IntrospektifTegas "Ya! Takdir di tangan Tuhan dan aku

    penyampaiNya. Engkau masih belum

    menyedari bahawa engkau telah

    lupa kepada Tuhan. Tuhan

    menghantar aku ke

    sini untuk menyedarkan engkau!"

    Huraian: Hang Jebat dihantar untuk

    menyedarkan Manisah akan

    perbuatanya untuk membalasdendam tidak sepatutnya dilakukan.

    Dalam berurusan dengan

    seseorang yang bersikap keras

    kepala, ketegasan yang betul

    harus digunakan agar dia

    mengerti dan dapat menerima

    perkara tersebut.Namun masih

    terdapat cara lain selain

    menggunakan ketegasan dalam

    berbincang sesuatu

    perkara.Bergantung kepadakeadaan tersebut.

    9

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    10/14

    Kesal "Tidak boleh.Tuhan menghantar aku

    ke sini untuk melarang kau

    melakukan

    kesalahan yang serupa dengan

    kesalahan aku dahulu. Tuhan murkadengan

    orang yang hilang pedoman dan

    tidak menerima takdir yang

    ditentukanNya."

    Huraian: Hang Jebat tidak mahu

    Manisah melakukan dosa yang

    pernah dilakukanya.

    Kesal dengan kesalahan dahulu

    adalah satu perkara yang harus

    sering kita fikirkan kerana ia

    akan membuatkan kita sedar

    bahawa Allah itu maha

    Pengampun dan sebagai

    saudara seagama kita harus

    sering nasihat menasihati.

    3.0.3.3 Watak:Ibu Manisah

    Jenis

    Emosi

    Situasi:

    Ungkapan/petikan/kutipan

    Cadangan Dan Refleksi Introspektif

    1. Sedih Air mata ibunya mula menitis.

    Agak sedih sekali rasanya

    memandangkan beliau

    bersusah-payah

    membesarkannya dengan

    didikan dan asuhan yang baik

    agar menjadi anak yang soleh.

    Malangnya, anaknya telah

    menghampakan niatnya itu.

    Huraian: Puan Samsiah begitu

    sedih mengenangkan anaknya

    yang semakin hari berubahmenjadi seorang yang bukan

    Sebagai seorang ibu yang

    sayangkan anaknya,Puan Samsiah

    harus bertegas sekiranya anaknyasemakin hanyut menjadi seseorang

    yang biadab.Ataupun Puan

    Samsiah harus,menasihati anaknya

    dengan cara yang betul dan tidak

    menjadi seorang ibu yang takut

    akan anak sendiri.

    10

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    11/14

    menjadi harapannya.

    2 Kasih "Nanti habis sekolah terus balik

    ya Man!"

    Huraian:Puan Samsiah

    mengambil berat tentangkeselamatan dan perihal

    anaknya yang seorang itu.Dia

    tidak mahu anaknya terus

    hanyut dalam perkara yg tidak

    baik.

    Seorang ibu yang penyayang

    sememangnya akan meneliti tindak

    tanduk anaknya walaupun dia tahu

    anaknya tidak suka akan perkara

    tersebut.Namun apabila merasakan

    kehilangannya maka tersentuh iman

    sebagai seorang insan

    3.0.3.4 Watak :Ayah Manisah

    Jenis

    Emosi

    Situasi:

    Ungkapan/petikan/kutipan

    Cadangan Dan Refleksi Introspektif

    1 Sayang "Kau di bilik dan Ayah jumpa

    kau terbaring di hujung kaki

    ibumu. Tadi doktor datang

    untuk memeriksa kau berdua.

    Doktor kata kau terkejut amat

    sangat sehinggakan kau

    pengsan. Dia kata tekanan

    darah kau agak rendah sekali

    dan nadi kau agak lemah.Syukurlah, kau sudah sedar.

    Suratan takdir.."

    Huraian: Ayah Manisah

    seorang yang penyayang

    kepada keluarganya,dia

    mengambil berat akan keadaan

    isteri dan juga anaknya.

    Kasih sayang dalam kalangan ahli

    kelaurga adalah sesuatu yang

    utuh.Bak kata pepatah air

    dicencang tidak akan putus.Seperti

    ayah Manisah,beliau amat

    mengambil berat akan keadaan

    isteri dan anaknya maka atas dasar

    sayang itulah dia melakukan semua

    itu.

    2 Redha "Mengucap Man. Ini semua

    kehendak Allah..."

    Huraian:Walaupun Ayah

    Manisah kehilangan isterinya

    dia redha menghadapi perkara

    ini.

    Ayah Manisah mampu mengawal

    emosinya apabila berhadapan

    dengan dugaan yangbesar,walaupun dia kehilangan isteri

    tercinta namun dia masih mampu

    mengawal emosi dan memujuk agar

    Manisah redha atas ketentuan Ilahi.

    3.0.3.5 Watak : Cikgu

    Jenis

    Emosi

    Situasi:

    Ungkapan/petikan/kutipan

    Cadangan Dan Refleksi Introspektif

    1 Bengis Beliau tersentak lalu terjaga dari Dalam keadaan ini kita dapat

    11

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    12/14

    tidurnya. Gurunya berdiri

    dihadapannya dengan muka yang

    bengis.

    "Tidur ya! Bukannya nak baca

    buku! Macam ni, awak pergi cucikereta saya

    sampai bersih. Selagi tidak bersih,

    awak tak boleh balik!" perintah

    gurunya.

    "Tap.. tappiii cikgu.."

    "Pergi!"

    Huraian: Cikgu memarahi

    Manisah kerana dia tidur

    semasa kelas tahanan, malahManisah disuruh membasuh

    kereta cikgu tersebut sebagai

    hukuman.

    melihat seorang guru yang

    mendenda pelajarnya.Dari

    perspektif saya, guru itu sepatutnya

    bertanya akan masalah pelajarnya

    sekiranya dia tahu bahawa pelajar

    itu bermasalah.Hukuman yang

    dikenakan ke atas Manisah adalah

    luar daripada bidang pelajar.Cara

    Manisah menerima hukuman juga

    dapat kita lihat beliau menolak

    melakukanya.Di sini ingin kita

    perbetulkan situasi agar kedua-dua

    pihak mendapat pengajaran.Cikgu

    tersebut harus memahami situasi

    Manisah dan Manisah harusmenghormati hukuman yang

    diberikan diatas kesalahanya.

    4.0 Refleksi

    Assalamualaikum...w.b.t

    Alhamdulillah. Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat

    dan kurnianya saya dapat menyempurnakan kerja kursus pendek KompetensiKecerdasan Emosi bagi PPISM SEM 3. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

    Puan Hanisah Bt. Zakaria selaku pensyarah Kompetensi Kecerdasan Emosi yang

    telah banyak memberi tunjuk ajar yang amat berkesan dalam membantu saya

    memahami dengan lebih mendalam mengenai objektif sebenar subjek ini.

    Soalan-soalan yang diutarakan adalah sukar sekiranya tidak mempelajari dan

    memahami subjek ini dengan lebih mendalam serta teliti. Dengan bantuan

    pensyarah yang berkaliber, saya dapat mengetahui cara untuk meguruskan emosi

    yang tidak stabil.Sebelum ini saya berpendapat emosi seseorang manusia adalah

    12

  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    13/14

    fenomena biasa.Namun saya pelajari bahawa manusia ini mempunyai emosi yang

    kompleks. Disini dapat saya lihat bahawa kejadian ciptaan Allah S.W.T yang begitu

    mantap dan ia datang dalam bentuk pakej yang lengkap.Tubuh badan sahaja tidak

    menjamin apa-apa namun ia harus dilengkapi dengan rohani yang mantap serta

    baik, barulah ia membentuk seorang insan yang benar-benar lengkap.

    Pelaksanaan kerja kursus ini bukan untuk pembelajaran semata-mata tetapi ia

    juga memberi bimbingan kepada pelajar untuk mengaplikasikan pembelajaran yang

    telah dipelajari dalam menyelesaikan sebarang permasalahan dalam kehidupan

    seharian. Kesimpulannya, ilmu kemahiran berfikir amat berguna kerana ia dapat

    diadaptasikan dalam kehidupan kerana ia menyediakan pelbagai kaedah yang

    sistematik dalam menyelesaikan permasalahan harian. Malah sebagai seorang bakal

    guru yang akan berhadapan dengan realiti dunia luar yang telah ditempa oleh semua

    guru yang berada diluar sana.

    Yang benar,

    ____________________________

    (MOHAMAD SYAFIE BIN SAMSIR)

    5.0 Bibilografi

    Buku Dan E-Book

    Cerpen Pergi Tak Kembali, Mohamad Ashaari Yunos (NIE),Kumpulan PenulisSingapura.

    CIRI-CIRI TEKANAN DAN KAEDAH PENGURUSAN TEKANAN DALAMKELUARGA,Suhaiza Zainuddin, Akmalunnisak Md Salleh,Syed Mohamed ShafeqBin Syed Mansor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai 81310Johor Bahru

    Psikologi Umum II Pusat Pengembangan Bahan Ajar,Sitawaty Tjiptorini MBA ,M.P Si,

    Sumber internet

    http://eqi.org

    13

    http://eqi.org/http://eqi.org/
  • 8/14/2019 PPISMP SEM 3-Teras Kemahiran Emosi

    14/14

    http://indra307.blog.friendster.com/2009/01/tentang-emosi/

    http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-243353.html

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Benci

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Dendamhttp://mypermatahati.com/blog/info-cahayamata/emosi-kanak-kanak-tak-sama.html

    http://pangsenam.blogspot.com/2008/08/pengurusan-emosi.html

    http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html

    http://www.imotivasi.com/cool-down-dengan-meluahkan-emosi-anda/

    6.0 LAMPIRAN14

    http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-243353.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bencihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dendamhttp://mypermatahati.com/blog/info-cahayamata/emosi-kanak-kanak-tak-sama.htmlhttp://pangsenam.blogspot.com/2008/08/pengurusan-emosi.htmlhttp://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.htmlhttp://www.imotivasi.com/cool-down-dengan-meluahkan-emosi-anda/http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-243353.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bencihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dendamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dendamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dendamhttp://mypermatahati.com/blog/info-cahayamata/emosi-kanak-kanak-tak-sama.htmlhttp://pangsenam.blogspot.com/2008/08/pengurusan-emosi.htmlhttp://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.htmlhttp://www.imotivasi.com/cool-down-dengan-meluahkan-emosi-anda/