ppismp pendidikan islam

Upload: missnuha

Post on 07-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    1/14

    1.0 KONSEP TAUHID

    Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan

    mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah

    ialah Allah Subhanahu Wa Taala (SWT) semata-mata. Selain daripada-Nya, samasekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar

    dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.

    Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beritiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta,

    Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan

    Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.

    2.0 TAUHID RUBUBIYYAH

    Pengertian kalimah Rabb ialah Tuan, Pemilik, Pencipta, Penguasa, Pendidik,

    Pengasuh, Penjaga dan Penguatkuasa Yang Mutlak.

    Allah itu bersifat mutlak.Manusia, jika dia bersifat seperti memiliki dan berkuasa,

    maka sifatnya itu sementara. Segala sesuatu di alam ini kepunyaan Allah

    Subhanahuwataala. Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz

    (kiasan). Hanya Allah Subhanahuwataala sebagai Rabb al-'Alamin (Rabb sekelian

    alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan sifat-sifat-Nya yang Maha

    Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan

    pertolongan-Nya, mendapat kehidupan daripada-Nya dan berharap kepada-Nya.

    Allah Subhanahuwataala, Dialah Maha Berkuasa, Mencipta, Menghidup dan

    Mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika Allah

    Subhanahuwataala mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, tiada

    siapa yang mampu menghalang atau menolaknya. Jika Allah Subhanahuwataala mahumemberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, tiada

    siapa dapat menghalang atau mencegahnya. Oleh itu hanya Allah Subhanahuwataala

    sahaja yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat.

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    2/14

    Firman Allah Subhanahuwataala yang bermaksud:

    "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat

    menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan

    kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu."

    ( Surah Al-An'am: 17)

    Dengan mengenali Allah Subhanahuwataala sepertimana yang dijelaskan di atas,

    maka timbullah kesan tauhid kepada hati seseorang. Dia hanya takut kepada Allah

    Subhanahuwataala, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana

    keyakinannya kepada Allah Subhanahuwataala. Firman Allah Subhanahuwataala di

    dalam sebuah hadith Al-Qudsi:

    "Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Akuberikan taufiq dan hidayah kepadanya. Oleh itu mintalah hidayah daripada-Ku."

    "Hai manusia, kamu semua lapar, kecuali mereka yang aku berikan makan, oleh itu

    mintalah rezeki daripada-Ku."

    "Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Oleh

    itu mohonlah pakaian daripada-Ku."

    Berhajatkan sesuatu adalah sifat semua makhluk. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan

    dan makhluk lain berhajatkan kepada Allah Subhanahuwataala. Oleh itu semua

    makhluk bersifat fakir. Allah Subhanahuwataala Maha Kaya. Dia tidak berhajat kepada

    sesuatu. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangka

    terhadap Allah Subhanahuwataala.Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang

    bermaksud: "Hai manusia, kamulah (hamba-hamba) yang fakir yang berkehendakkan

    kepada Allah, dan Allah, Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

    ( Surah Fathir: 15) .Fakir adalah sifat yang zati bagi setiap makhluk ciptaan Allah. Kaya

    adalah sifat yang zati bagi al-Khaliq (Pencipta).

    Manusia juga sangat lemah di hadapan Allah Subhanahuwataala. Sehubungan dengan

    ini Allah Subhanahuwataala berfirman:

    dan manusia dijadikan bersifat lemah

    (Surah An-Nisa: 28)

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    3/14

    3.0 TAUHID ULUHIYYAH

    Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau

    persembahan. Tujuan asas Allah Subhanahuwataala mengutuskan para rasul ialah

    menyeru kepada hakikat Tauhid al-Uluhiyyah.

    Firman-firman Allah Subhanahuwataala ini membuktikan hal tersebut:

    "Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami

    wahyukan kepadanya bahawasanya tiada ilah melainkan Aku, maka kamu sekelian

    hendaklah menyembah Aku."

    (Surah Al-Anbiya': 25)

    "Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk

    menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara umat itu ada orang-

    orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang pasti

    kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi ini dan perhatikanlah

    bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul) "

    (Surah An-Nahl: 36)

    "Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata

    (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada

    ilah melainkan Dia. Maka mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya? "

    (Surah Al-Mu'minun: 23)

    "Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum 'Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai

    kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada ilah bagi kamu selain dari-Nya. Maka mengapa

    kamu tidak bertaqwa kepada-Nya." ( Surah Al 'Araf:6

    5)

    Maksud ilah dalam ayat-ayat di atas ialah sesuatu yang disembah, ditaati dan

    diperhambakan diri. Ilah yang sebenarnya ialah Allah Subhanahuwataala. Pengertian

    ilah seperti inilah yang seharusnya difahami dari syahadah

    Pada hakikatnya Islam (sebagai satu sistem hidup yang sempurna) adalah merupakan

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    4/14

    manhaj ubudiyyah atau tatacara untuk manusia menyembah, mentaati dan

    memperhambakan diri kepada Allah Subhanahuwataala dalam semua aspek

    kehidupan. Menyembah atau beribadah kepada Allah Subhanahuwataala dapat

    dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah Subhanahuwataala

    dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya kepada-Nya. Seseorang

    hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah Subhanahuwataala apabila dia

    menyerahkan seluruh jiwa raga kepada-Nya, bertawakkal kepada-Nya, berpegang

    teguh kepada ajaran-ajaran-Nya, berpaut kepada ketentuan-Nya, meminta

    (mengharap) serta memulang (menyerah) sesuatu hanya kepada-Nya, mengingati-Nya,

    melaksanakan segala syariat-Nya dan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan

    dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredhai-Nya.

    'Ubudiyyah yang semakin bertambah.Pengertian 'ubudiyyah (pengabdian) kepada

    Allah Subhanahuwataala akan bertambah sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan

    manusia apabila semakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat

    bahawa manusia itu terlalu fakir di hadapan Allah Subhanahuwataala. Manusia

    sentiasa bergantung dan berhajat kepada-Nya. Manusia tidak boleh terlupus daripada

    kekuasaan dan pertolongan-Nya walaupun sekelip mata. Allah telah menggambarkan di

    dalam al-Qur'an keadaan para rasul-Nya yang mulia dengan sifat-sifat 'ubudiyyah di

    peringkat yang tinggi. Allah telah melukiskan rasa 'ubudiyyah Rasulullah

    Sallallahualaihiwasallam pada malam sewaktu wahyu diturunkan, ketika baginda

    berda'wah dan semasa baginda mengalami peristiwa Isra' dan Mi'raj.

    "Dan ketika berdiri hamba-Nya (Muhammad) untuk menyembah-Nya (beribadat),

    hampir saja jin-jin itu mendesak-desak mengerumuninya."

    ( Surah Al-Jin: 19)

    "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-

    Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami

    memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.

    Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

    ( Surah al Isra : 1 )

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    5/14

    4.0 HUBUNGAN ANTARA TAUHID RUBUBIYAH DAN TAUHID ULUHIYYAH

    Tauhid Rububiyyah akan melahirkan keimanan kepada tauhid Uluhiyyah. Tauhid

    Uluhiyyah pula mengesakan Allah dalam pengabdian berbentuk amal perbuatan dan

    tingkah laku para hamba dan amal perbuatan ini membezakan di antara muslim dan

    bukan muslim. Al Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin

    Quraisy agar mengakui Tauhid al Rububiyyah. Apabila mereka menerima Tauhid al

    Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan yang

    menghubungkan mereka dengan tauhid al Uluhiyyah. Firman Allah SWT :

    1.0 DUA KALIMAH SYAHADAH

    Pengertian Syahadah (laailaaha illallah):

    Manusia mengakui dengan lisan dan hatinya bahwa tidak ada yang berhak disembah

    selain Allah , dan sesembahan-sesembahan selain Dia , maka ketuhanannya adalah

    batil dan ibadahnya juga batil. Kalimah syahadah tersebut

    mengandungi nafi(meniadakan/menolak) dan itsbat(menetapkan). (Laa ilaaha), ertinya

    menolak semua yang disembah selain Allah , (Illallah) adalah menetapkan ibadah

    kepada Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam menyembah-Nya, seperti tidak ada

    sekutu bagi-Nya dalam kerajaan-Nya.

    Pengertian syahadah (Muhammad Rasulullah):

    Taat kepada Nabi dalam perintahnya, membenarkan beritanya, menjauhi

    yangdilarangnya, dan dia tidak menyembah Alah kecuali dengan cara yang

    disyari'atkannya.

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    6/14

    5.0.1 TUNTUTAN SYAHADAH

    Tuntutan dua kalimah syahadah boleh dibahagikan kepada dua iaitu

    1. Tuntutan Secara Khusus

    2. Tuntutan Secara Umum

    Tuntutan syahadah wajib kepada semua umat Islam. Kepentingan syahadat (ahamiyah

    syahadah) perlu didedahkan kepada umum agar dapat betul-betul memahami

    syahadah secara konsep dan aplikasinya. Syahadah penting, kerana dengan

    bersyahadah seseorang boleh menyebutkan dirinya sebagai muslim, syahadah sebagai

    pintu bagi masuknya seseorang kedalam Islam. Kefahaman seorang muslim dapat

    melakukan perubahan-perubahan individu, keluarga ataupun masyarakat. Dalam

    sejarah para nabi dan rasul, syahadah sebagai kalimah yang diperjuangkan dan

    kalimah inilah yang menggerakkan dakwah nabi dan rasul. Dengan syahadah tentunya

    setiap muslim akan mendapatkan banyak pahala dan ganjaran yang besar dari Allah

    SWT. Majoriti umat Islam memahami syahadah hanya sebagai ikrar sahaja. Apabila

    mereka tahu bahawa syahadah juga mengandungi erti sumpah dan janji, serta tahu

    bahawa akibat janji dan sumpah maka mereka akan benar-benar mengamalkan Islam

    dan beriman. Iman sebagai dasar dan juga hasil dari penyataan syahadah yang betul.

    Iman merupakan penyataan yang keluar dari mulut, juga diyakini oleh hati dan

    diamalkan oleh perbuatan sebagai pengertian yang sebenarnya dari iman.

    TUNTUTAN SECARA KHUSUS

    i. Mesti Reda

    Selain mengakui bahawa Allah SWT adalah tuhan kita, kita mesti reda dengan

    ketentuan Allah SWT. Ada manusia dimuka bumi ini percaya akan adanya tuhan

    yang menciptakan langit dan bumi akan tetapi mereka tidak reda bahawa Allahsebagai tuhan. Manakala, orang kafir percaya bahawa adany tuhan yang

    mentadbir alam tatapi tidak reda bahawa Allah sebagai tuhan mereka. Mereka

    mencari Tiuhan yang lain.

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    7/14

    ii. Takut pada Allah

    Rasa takut (khauf) merupakan sifat kejiwaan dan kecenderungan fitri yang

    bersemayam di dalam hati manusia dan memiliki peranan yang penting dalam

    kehidupan kejiwaan manusia. a sebenarnya perlu dimulai dengan menanamkan

    rasa Khauf atau takut sebagaimana firman Allah swt :

    Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada

    Tuhan mereka dengan penuh rasa takut (khauf) dan harap, dan mereka

    menafkahkan sebahagian dari rezeki yangKami berikan kepada mereka. (QS

    As Sajdah : 16)

    Perkataan khaufyang bererti takut telah disentuh di dalam Al Quran sebanyak

    134 kali dan perkataan yang sinonim dengannya iaitu Khasysyah yang juga

    bererti takut terdapat sebanyak 84 kali. Allah swt menjadikan kehidupan di duniaini ibarat medan ujian yang mesti ditempuh oleh manusia.

    iii. Menerima syariat Allah SWT sepenuhnya

    SYARIAT lah yang menjadi kayu ukuran dan piawai untuk menilai sejauh

    mana benar sesuatu amalan, sejauh mana kebenaran sesuatu keprcayaan,

    sejauhmana kebenaran sesuatu amal perbuatan, perkataan dan

    sebagainya. Inilah neraca yang perlu digunakan oleh umat Islam dalam

    menempuh kehidupan di dunia menuju ke negara akhirat yang kekal abadi.

    Syariat inilah yang menjadi titik tolak dalam kita mengatur setiap langkah-

    langkah menyelusuri perjalanan ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Jika Syariat diabaikan, walau pun kita mengaku pandai, kita mengaku hamba

    Allah, walau kita mengaku pejuang Islam, walau kita mengaku ahli tarikat,

    mengaku ahli hakikat dan ahli makrifat, mengaku waliyullah dan sebagainya,

    pengakuan kita hanyalah sia-sia. Tiada nilai disisi Allah SWT.

    iv. Bersyukur kepada Allah

    Kita perlu bersyukur kepada Allah di atas nikmat-nikmat yang diberi. Allah

    memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah

    milik Allah dan demikian jugalah segala apa yang kita miliki. Oleh itu adalah

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    8/14

    menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada Allah atas

    segala nikmat yang kita terima. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu

    banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya. Cukuplah sekiranya

    kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan

    cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam? Sudah pasti ketika

    itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah

    manusia.

    v. Mengikut dan mengamalkan sunnah Nabi

    Kita sebagai umat islam oerlu mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dan

    berhakimkan kepadanya dalam setiap urusan hidup didunia ini.

    TUNTUTAN SECARA UMUM

    Tuntutan ini terdiri daripada empat bahagian iaitu, akidah, syariat, akhlak dan juga

    ibadat. Apabila kita mengamalkan syahadah dan diasaskan denganiman yang

    konsisten dan istiqamah, maka beberapa hasil akan dirasakan seperti keberanian,

    ketenangan dan optimis menjalani kehidupan. Kemudian Allah akan memberikan

    kebahagiaan kepada kita di dunia dan akhirat.

    Akidah merupakan kepercayaan yang mantap kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-

    kitab suci-Nya, para Rasul-Nya, hari Akhir, qadar yang baik dan yang buruk, serta

    seluruh muatan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah. Istilah aqidah di dalam istilah

    umum dipakai untuk menyebut keputusan pikiran yang mantap, benar maupun salah.

    Jika keputusan fikiran yang mantap itu benar, maka itulah yang disebut aqidah yang

    benar, seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esa-an Allah. Istilah aqidah juga

    digunakan untuk menyebut kepercayaan yang mantap dan keputusan tegas yang tidak

    bisa dihinggapi kebimbangan.

    Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan

    umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan,

    Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    9/14

    sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan

    sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.

    Dari segi akhlak pula, umai Islam perlu mengetahui bahawa syahadat yang diucapkan

    juga menuntut supaya berakhlak dengan akhlak Islamiah yang sama ada dlam urusanhubungandenganAllah SWT, hubungan sesame manusia atau hubungan

    dnganmakhluk lain. Oleh itu, seorang muslim yang mengerjakan solat dengan

    tergopoh-gapah dan tidak menjaga tatatertibnya, maka dia dianggap tidak brakhlak

    terhadap Allah SWT. Begitu juga dengan kehidupan seharian seperti tidak menutup

    aurat, tidak menjaga kebersihan, tidak menjaga kesopanan dan sebagainya.

    Dari konteks ibadat pula, umat Islam perlu menjaga ibadat yang dilakukan dalam

    kehidupan seharian. Dengan ibadat yang dilakukan, dapat mencerminkan sejauh mana

    manusia mentaati perintah Allah SWT. Umat Islam dituntut menunaikan Rukun Islam.

    "Sebaik-baik manusia itu dapat memberi manfaat kepada manusia lain"

    5.0.2 KALIMAH SYAHADAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

    Syahadah() seperti yang disebutkan dan kita ketahui bahawa ia bererti satu

    pengakuan dan ucapan yang sebenar-benarnya percaya terhadap keesaan tuhan yangMaha Esa iaitu Allah S.W.T dan pengakuan yang sebenar-benarnya bahawa Nabi

    Muhammad adalah utusan Allah. Terdapat pendapat lain yang mengatakan dari segi

    bahasa bermaksud penyaksian, manakala dari segi istilah syarak bermaksud

    penyaksian bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah dan Nabi

    Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah. Apabila kita mengamalkan syahadah dan

    diasaskan denganiman yang konsisten dan istiqamah, maka beberapa hasil akan

    dirasakan seperti keberanian, ketenangan dan optimis menjalani kehidupan. Kemudian

    Allah akan memberikan kebahagiaan kepada kita di dunia dan akhirat.

    Islam adalah nama sebuah agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammads.a.w.

    Makna Islam itu sendiri digambarkan oleh Nabi Muhammad saw dalam banyaksabda

    baginda. Imam al-Nawawi dalam Kitab hadis-nya yang terkenal, al-Arbain al-

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    10/14

    Pada hadis ketiga juga disebutkan, bahwasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

    Isla m ditegakkan di atas lima perkara iaitu bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah

    danMuhammad adalah utusan Allah, mewajibkan solat, menunaikan zakat,

    melaksanakanhaji ke Baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadhan. (HR Bukhari dan

    Muslim).

    Menurut aqidah Islam,syahadah merupakan satu bentuk perjanjian antara kita dan Allah

    S.W.T.Jika diteliti dalam kehidupan kita sebagai manusia, sememangnya kepercayaan

    amat penting sesama manusia.Contoh termudah ialah antara suami isteri, sekiranya

    antaramereka mempunyai kepercayaan yang kukuh maka rumahtangga yang dibina

    akan berkekalan, sebaliknya jika tiada persefahaman dan kepercayaan antara satu

    sama lain maka rumahtangga yang dibina akan retak dan berlaku perpecahan keluarga.

    Seperti konsep syahadah dalam kehidupan, sebagai seorang hamba Allah S.W.T kitaseharusnya berpegang teguh pada perkara ini. Hubungan sesama manusia harus

    dijaga maka seharusnya hubungan antara Allah juga harus dijaga. Bagaimana untuk

    menjaga hubungan dengan Allah? Melalui amalan dan penghayatan terhadap Agama

    Islam,maka hubungan manusia dengan Allah S.W.T dapat ditingkatkan. Dan sekiranya

    kita menuruti dan mempercayai kerasulan Nabi Muhammad, terdapatpelbagai implikasi

    dan kesan beriman sebenar-benarnya kepada kerasulan NabiMuhammad s.a.w.

    Beriman dengan Nabi Muhammad SAW bererti mengimani secaramutlak, tuntas dan

    sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan olehbaginda adalah

    datangnya dari Allah SWT. Beriman dengan Rasulullah tidak bolehsama sekali dengan

    cara mempercayai dan mengambil sebahagian dan meninggalkansebahagian dari

    ajarannya. Sikap yang sebegini bukanlah merupakan keimanan yangmutlak terhadap

    kenabian Rasulullah SAW. Al Quran banyak menyatakan dalil-daliltentang kesan

    keimanan kepada nabi Muhammad SAW.

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    11/14

    2.0 AMALAN YANG BOLEH MENINGKAT DAN MENGEMUKAKAN AMALAN

    SESEORANG

    Terdapat banyak amalan ytang boleh meningkatkan dan juga mengukukuhkan amalan

    seseorang itu, antaranya;

    1. Membaca dan tadabbur(merenung atau memikirkan isi)al-Quranul Karim.

    Sesiapa yang membaca,mentadabbur dan memerhatikan isi kandungan al-

    Quran akan mendapatkan ilmu pengetahuan yang menjadikan imannya kuat dan

    bertambah kuat. Allah SWT mengabarkan tentang orang-orang mukmin yang

    berbuat demikian

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabiladisebutkan nama Allah,akan gementarlah hati-hati mereka,dan apabila

    dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya maka bertambahlah iman mereka dan

    kepada Rabb mereka bertawakal.(surah al-Anfal)

    2. Mengenal Asmaul Husna dan sifat-sifat Allah SWT yang terdapat di dalam al-

    Quran dan as-sunnah yang menunjukkan kesempurnaan Allah SWT secara

    mutlak dari pelbagai sudut.Apabila seseorang hamba itu mengetahui Rabbnya

    dengan pengetahuan yang hakiki,kemudian selamat dari jalan-jalan orang yang

    menyimpang,sesungguhnya ia telah diberikan taufik dan hidayah dalam

    meningkatkan iman mereka.Mana-mana hamba yang mengenal Allah dengan

    jalan yang benar,dia termasuk dalam orang yang paling kuat imannya dan

    ketaatannya,kuat takutnya dan muqrobahnya kepada Allah SWT.

    Allah SWT berfirman Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-

    Nya adalah ulama.Al Imam Ibnu Katsir juga menjelaskan Sesungguhnya insan

    yang benar-benar takut pada Allah adalah insan yang benar-benar mengenali

    Allah SWT.

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    12/14

    3. Memerhatikan siroh atau perjalanan hidup Rasullah SAW,yakni dengan

    mengamati,memperhatikan dan mempelajari siroh beliau dan sifat-sifatnya yang

    baik serta perangainya yang mulia.

    Al Imam Ibnu Qoyyim Rahimullah menjelaskan Dari sini kalian mengetahui

    sangat pentingnya hamba untuk mengenal Rasul dan apa yang dibawanya, dan

    membenarkan pada apa yang beliau kabarkan serta mentaati apa yang beliau

    perintahkan. Karena tidak ada jalan kebahagiaan dan keberuntungan di dunia

    dan di akhirat kecuali dengan tuntunannya. Tidak ada jalan untuk mengetahui

    baik dan buruk secara mendetail kecuali darinya.Maka kalau seseorang

    memperhatikan sifat dan akhlak Rasulullah SAW dalam Al Quran dan Al Hadits,

    niscaya dia akan mendapatkan manfaat dengannya, yakni ketaatannya kepadaNabi shallallahu alaihi wa sallam menjadi kuat, dan bertambah cintanya kepada

    beliau. Itu adalah tanda bertambahnya keimanan yang mewariskan mutabaah

    dan amalan sholih

    4. Mengamalkan kebaikan-kabaikan agama islam.Ketahuilah sesungguhnya ajaran

    islam itu semunya baik,paling benar akidahnya,paling terpuji akhlaknya dan

    paling adil hukum-hukumnya.Dari pandangan inilah Allah SWT menghiasi

    keimanan di hati hambanya dan membuatnya cinta kepada keimanan

    sebagaimana Allah memenuhi cinta-Nya kepada pilihan-Nya,yakni Nabi

    Muhammad SAW.Maka iman dihati sesorang hamba itu adalah yang paling

    indah.Oleh sebab itulah seseorang hamba itu dapat merasakan manisnya iman

    yang ada dihatinya,sehingga dia akan menghiasi hatinya dengan hakikat

    keimanan dan menghiasi tubuh badannya dengan amalan-amalan yang soleh.

    5. Membaca sirah atau perjalan hidup Salafush Shalih.Salafush Shalih

    bermaksudpara sahabat Rasullah SAW dan orang-orang yang mengikuti

    mereka dengan baik.Dengan hanya melihat keadaan mereka,maka iman

    seseorang hamba itu akan kuat dan timbul rasa ingin menyerupai mereka dalam

    segala hal.

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    13/14

    7.0 KEPENTINGAN SOLAH BERJEMAAH DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL

    Solat jemaah bermaksud solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain

    daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang

    menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat

    pahalanya. Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu

    Jumaat, pada pendapat Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang

    diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian

    menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie. Hal ini telah

    menjelaskan bahawa pentingnya solat berjamaah Banyak kepentinagn yang boleh

    didapati apabila melakukan solat berjamaah, tidak kira sama ada pada individu atau

    suatu kumpulan. Dalam aspek sosial, solat berjamah dapat membantu seseorangbebas dari masalah sosial. Dengan solat berjamaah maka terjalinnya rasa kasih sayang

    antara sesama umat Islam. Hal ini kerana, dengan perjumpaan antara satu dengan

    yang lain dan juga dengan berlakunya saling bersalaman di antara mereka tentu akan

    menyuburkan rasa kasih sayang dan perasaan mengambil berat di antara satu sama

    lain.Sebagai contoh, jika seseorang itu melakukan kesilapan,yang dapat menimbulkan

    fitnah, teguran yang sebaik mungkin dapat menyedarkan dan secara tidak langsung

    dapat mengurangkan gejala sosial yang menular.

    Firman Allah S.W.T

    ::18.

    Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman

    kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat

    dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-

    orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat

    petunjuk. at-Taubah : 18

  • 8/6/2019 PPISMP Pendidikan Islam

    14/14

    Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh

    lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di

    kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan

    sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka

    setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan

    satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan

    keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan

    untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah

    yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama

    masa dia menunggu solah tersebut.(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

    Surah Al 'Ankabuut ayat 45 tafsirnya :

    "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan

    mungkar".

    Sembahyang berjemaah di surau dan masjid boleh mengeratkan

    persaudaraan dan silaturahim sesama Islam dalam sesuatu kawasan. Sesetengah

    ulama berpendapat sembahyang berjemaah adalah lambang perpaduan, kemesraan

    dan kekuatan umat Islam. Umat Islam bersatu, melupakan fahaman politik, melupakan

    warna kulit, melupakan kedudukan dan pangkat dalam masyarakat, merendah diri

    dengan tulus ikhlas bersama-sama menghadap Allah.

    Sebagaimana diterangkan bahawa banyak kelebihan dan keistimewaan

    sembahyang berjemaah. Antaranya ialah orang yang sembahyang berjemaah

    mendapat dua puluh tujuh darjat daripada orang sembahyang bersendirian.Selain itu,

    orang yang sembahyang berjemaah diangkat darjat daripada mendapat rahmat,

    diampunkan dosa serta didoakan malaikat.Disamping itu,dengan mendengar tazkirah

    selepas solat,kita dapat menginsafi diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik.