nota pendidikan islam

222
FALSAFAH ILMU 1.1 KONSEP ASAS ILMU Pendahuluan Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Maksudnya : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Quran melalui pelbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Quran antaranya, Firman Allah s.w.t : Maksudnya: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Surah al- Zumar : 9) Firman Allah s.w.t : 1

Upload: sharizham

Post on 11-Aug-2015

65 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pendidikan Islam

FALSAFAH ILMU

1.1 KONSEP ASAS ILMU

Pendahuluan

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu.

Maksudnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Quran melalui pelbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Quran antaranya,

Firman Allah s.w.t :

  Maksudnya:  “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. 

(Surah al-Zumar : 9)

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya:“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”.

(Surah al-Baqarah : 269 )

FirmanNya lagi.

..... Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. 

(Surah al-Faatir : 28)

1

Page 2: Nota Pendidikan Islam

1.1.1 Definisi Ilmu

Dari segi bahasa :-

Berasal daripada Bahasa Arab iaitu“ Alima ( علم ) , ya’lamu ( يعلم ), ‘ilman ( علما ), ‘alimun( عالم ) ”

Bahasa Inggeris iaitu “ Science ”

Dari segi istilah :-

Imam Al-Ghazali mendefinisikan ilmu sebagai hakikat semua benda. Beliau juga mengatakan ilmu yang paling sempurna ialah ilmu yang dimiliki oleh Allah s.w.t.

Ibnu Khaldun mendefinisikan ilmu sebagai sesuatu yang dapat dipelajari oleh manusia sama ada menggunakan akal fikiran, pancaindera, pengalaman-pengalaman, mahupun dengan pertolongan wahyu Ilahi. S.M. Naquib Al-Attas mendefinisikan ilmu sebagai ketibaan sesuatu makna ke dalam jiwa seseorang hasil daripada maklumat atau ketibaan oleh hati tentang makna sesuatu.

Qadi Abd Jabbar mendefinisikan ilmu sebagai suatu kepercayaan yang memuaskan jiwa , bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya menurut realiti yang berlaku.

Prof Dr. Othman Bakar mendefinisikan ilmu sebagai kalimah Allah yang pengertiannya amat luas, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Kesimpulan definisi ilmu menurut perspektif barat dan Islam :

Perspektif Barat : Ilmu adalah pengetahuan yang dapat diperolehi melalui pengalaman , perolehan maklumat secara dapatan empirik dan bagaimana manusia memikirkan tentang sesuatu melalui kaedah tertentu. Barat hanya menerima ilmu melalui perkara yang dapat diukur, dibuktikan dalam makmal sahaja. Mereka menolak perkara-perkara ghaib seperti akhirat, syurga, neraka dan seumpamanya kerana perkara tersebut tidak dapat dibuktikan secara empirik dan saintifik.

Perspektif Islam : Suatu himpunan pengetahuan manusia hasil usaha pemahaman manusia yang lengkap merangkumi semua aspek, struktur, sistem, hukum-hukum yang berkaitan dengan sesuatu yang dikaji dan diselidiki sehingga dapat memberi keyakinan di hati untuk mengamalkannya dengan benar  dan ilmu tidak hanya terbatas pada dapatan empirik sahaja.

1.1.2 Pembahagian Ilmu

2

Page 3: Nota Pendidikan Islam

Menurut Imam Al-Ghazali

Membahagikan ilmu kepada dua kategori besar iaitu :-

i. Ilmu Fardu Ainii. Ilmu Fardu Kifayah

i. Ilmu Fardu Ain ( Ilmu Wahyu )

Berkaitan dengan ajaran agama yang asas dan perlu bagi setiap hamba Allah. Ilmu yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Juga dikenali sebagai ilmu wahyu. Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam. Contoh : Aqidah, Syariat dan Akhlak.

ii. Ilmu Fardu Kifayah

Berkaitan dengan urusan keduniaan yang perlu bagi umat Islam. Ilmu yang diperolehi melalui akal manusia. Perlu untuk kesempurnaan hidup manusia. Kewajipan menuntut ilmu ini hanya terbatas ke atas segolongan manusia sahaja. Contoh : Ilmu Kemasyarakatan, Ilmu Sains Tabii , Sains Fizik , Sains

Gunaan , Ekonomi , Pentadbiran Dan Sebagainya.

Pembahagian lain Imam Al-Ghazali membahagi ilmu kepada dua bahagian.

i. Ilmu Syariah - Ilmu ini diperolehi daripada nabi atau rasul bukan melalui akal, ujikaji dan sebagainya. Semua ilmu syariah adalah sahih.

ii. Ilmu Ghair Syariah - Ilmu ini adalah ilmu keduniaan dan dibahagikan kepada 3 hukum :

Terpuji ( mahmudah ) seperti perubatan, ekonomi dan seumpamanya. Dikeji ( mazmumah ) seperti ilmu sihir, tangkal, nujum, ramalan dan seumpanya. Harus ( mubah ) seperti ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

3

Page 4: Nota Pendidikan Islam

Menurut Ibnu Khaldun

Membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu

i. Ilmu Naqliah ( al-Quran dan al-Sunnah ) ii. Ilmu Aqliah.

Ilmu Naqliah terbahagi kepada dua kategori :

Ilmu bersumberkan syariat ( wahyu ) seperti al-Quran dan al-Sunnah Ilmu bukan bersumberkan wahyu seperti Ilmu Hadis, Ilmu Usul Fiqh, Ilmu Fiqh,

Ilmu Kalam dan Ilmu Tasawuf.

Ilmu Aqliah pula adalah hasil daripada akal dan pemikiran manusia yang berhubung rapatdengan kemajuan dan peradaban manusia.

Ilmu Aqliah terbahagi kepada empat kategori :

Ilmu Logik ( Mantiq ) Ilmu Fizik Ilmu Metafizik ( Perkara Ghaib ) Ilmu Pembelajaran

1.1.3 Tujuan Utama Ilmu

i. Mengenal Pencipta

Maksudnya : ”Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (Al Sunnah). dan Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”.

( Surah al-Jumuah : 2 )

Tujuan utama ilmu ialah untuk mengenal Allah s.w.t. Manusia dibekalkan dengan akal yang mempunyai keupayaan yang amat dahsyat. Untuk mengenal Allah s.w.t tidaklah perlu untuk menggunakan akal yang tinggi. Akal sentiasa menghubungkan segala pengetahuannya dengan kebesaran dan

keagungan Allah s.w.t. Kewajipan manusia untuk mengenal Allah s.w.t melalui ilmu yang benar dengan

menggunakan akal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

ii. Menghubungkan Ilmu Dengan Allah s.w.t

4

Page 5: Nota Pendidikan Islam

Menghubungkan kembali ilmu itu dengan penciptaNya kerana ilmu datang dari Allah s.w.t.

Allah s.w.t bersifat dengan maha mengetahui, tiada suatupun yang terlindung daripada pengetahuanNya.

Manusia tidak boleh lupa bahawa Allah s.w.t. yang menciptakan manusia dan mengajar kepada manusia yang pertama iaitu Nabi Adam a.s beberapa ilmu.

Kita wajib menghubungkan ilmu dengan Allah s.w.t (Yang bersifat ’Aliman) agar tidak tersesat jalan.

iii. Mencapai Kebenaran

Mencari ilmu adalah untuk sampai kepada kebenaran (al-Haqq) dan keyakinan (al-Yaqin).

Melalui ilmu segala kepalsuan dan kebatilan dapat dihapuskan. Ilmu mampu mengeluarkan seseorang daripada keraguan kepada keyakinan. Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Allah s.w.t.

iv. Berilmu dan Beramal

Berilmu sahaja tidak memadai kerana tuntutan ke atas ilmu ialah melaksanakan kefahaman dan roh itu sendiri.

Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya merupakan suatu kekejian.

Orang yang berilmu tetapi tidak beramal mendapat celaan dan ancaman dari Allah s.w.t.

v. Membentuk Kerohanian

Al-Quran seringkali menjelaskan bahawa ilmu dapat membentuk kerohanian seseorang yang akan menyebabkan rasa takut kepada Allah s.w.t.

Ilmu yang mengabaikan nilai-nilai kerohanian akan tempang kerana manusia bukan terbina daripada unsur jasmani semata-mata bahkan dilengkapkan dengan unsur rohani.

Kebahagiaan hidup selalunya dirujuk kepada kebahagian rohani iaitu ketegangan jiwa.

1.1.4 Sifat Ilmu

i. Rabbaniyyah

5

Page 6: Nota Pendidikan Islam

Ilmu dalam Islam bersumberkan dari Allah s.w.t. Ia bersifat Rabbaniyyah atau ketuhanan. Al-Quran dan al-Sunnah menjadi sumber ilmu yang utama. Rabbani juga meliputi dari segi penggunaan ilmu itu sendiri. Ilmu digunakan untuk kebaikan manusia dan alam seluruhnya. Apabila ilmu tidak dikaitkan dengan Allah s.w.t, manusia akan menjadi takbur

dengan kelebihan yang ada padanya. Matlamat ilmu adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

ii. Terbuka

Sumber untuk memperolehi ilmu adalah sentiasa terbuka dan tidak terbatas kepada al-Quran dan al-Sunnah sahaja.

Islam memberikan kebebasan kepada manusia untuk mengambil ilmu dari sumber yang benar sama ada melalui kajian, pemerhatian dan seumpamanya.

Walau bagaimanapun, hasil atau dapatan dari sumber yang bertentangan dengan kenyataan al-Quran dan al-Sunnah adalah ditolak.

Sumber ilmu tidak semestinya daripada orang Islam sahaja bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk mengambil ilmu dari siapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

iii. Syumul

Islam menerima dan mengiktiraf semua ilmu yang bermanfaat. Ilmu bersifat syumul atau menyeluruh. Islam meletakkan ilmu agama dan dunia adalah sama penting. Islam amat menekankan ilmu fardu kifayah disamping ilmu fardu ain. Tanpa ilmu fardu kifayah , ilmu fardu ain tidak dapat dilaksanakan dengan

sempurna.

1.1.5 Adab-Adab Menuntut Ilmu

i. Berniat Ikhlas

Setiap muslim wajib mengikhlaskan niat menuntut ilmu kerana Allah. Rasulullah s.a.w pernah  memberi  amaran bahawa Allah akan menyediakan

tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan umatnya.

Orang yang benar-benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat-sifat terpuji.

Firman Allah s.w.t :

6

Page 7: Nota Pendidikan Islam

(Surah al Baqarah : 235)

Maksudnya : “Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.   

ii. Tekun Berusaha Dan Tawakkal

Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tanpa mengira keadaan dan  masa.

Menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan bahan-bahan ilmiah. Mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu dan

bukan sebaliknya. Mencontohi ulama’-ulama’ silam yang mana mereka belajar dalam keadaan

susah. Sentiasalah bertawakkal kepada Allah s.w.t dalam menuntut ilmu. Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun,

yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah s.w.t sepenuh hati. 

Tekun berusaha mencari majlis ilmu.

وسلم : : عليه الله صلى الله رسول قال قال عنهما الله رضي عباس ابن عن: : . قال ؟ الجنة رياض وما الله رسول يا قالوا فارتعوا الجنة برياض مررتم إذا

. العلم مجالس

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. , katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Jika kamu melalui taman syurga , maka berhentilah kamu ”. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah , apakah taman syurga itu ? Beliau menjawab: “Majlis-majlis Ilmu”.

(Hadith riwayat Al- Tabrani )

iii. Menjauhi Maksiat

Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam diri dan suasana sekeliling.

Ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.

Cubalah sedaya yang   mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.

7

Page 8: Nota Pendidikan Islam

Jangan terlalu mengambil mudah terhadap perkara maksiat yang boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar.

iv. Menjauhi Pertengkaran Dan Perbantahan

Perkara ini perlu dijauhkan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan. Amalan ini juga menjadikan hati keras, mewariskan kedengkian dan

menyebabkan kemarahan. Pendapat boleh dikemukakan dengan cara berhikmah dan soal diterima orang atau

sebaliknya adalah perkara lain. Firman Allah s.w.t :

....

Maksudnya : ”Janganlah kamu membantah Ahli Kitab itu melainkan dengan cara yang paling baik”.

(Surah al-Ankabut : 46)

v. Memilih Teman Yang Soleh

Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan. Hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam menuntut

ilmu. Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama

orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah s.w.t menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.

Orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud : ”Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.”  

vi. Memperbanyakkan Zikrullah

Sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini  kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan seharian.

Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan  zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat.

Bacalah al-Quran sekurang-kurangnya sehelai  setiap hari kerana ia merupakan penawar segala penyakit.

8

Page 9: Nota Pendidikan Islam

Mengamalkan perkara sunnah dalam setiap gerak kerja  kita seharian akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t dan makhlukNya. 

vii. Menjaga Kehormatan

Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Menutup segala keaiban diri dan orang lain akan membawa kepada keredhaan

Allah s.w.t. Seseorang yang dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah s.w.t. sahaja yang 

mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Mereka yang jauh daripada  rahmat Allah s.w.t., akan dipenuhi dengan perkara

yang kurang baik dan derita.

viii. Doa Dan Keredhaan Ibubapa

Sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam.

Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat.

Sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Rasulullah s.a.w :

رضا الرب في رضا الوالدين و سخطه في سخطهما

Maksudnya : ”Keredhaan Allah s.w.t. bergantung kepada keredhaan ibubapa”

( Hadith riwayat Al Tarmizi )

ix. Menghormati Guru

Wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam.

Patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Merendah diri terhadap guru walaupun lebih muda dari segi umur. Sentiasa memuliakan dan menghormati orang yang berilmu. Tidak meninggalkan majlis ilmu sebelum mendapat kebenaran dari guru. Beradab dari segi cara duduk atau cara bercakap dalam majlis ilmu.

x. Beramal Dengan Segala Ilmu Yang Diperolehi

Hendaklah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari sebaik mungkin. Sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan

ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala.

Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan

9

Page 10: Nota Pendidikan Islam

musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat.

Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara.

1.2 SUMBER ILMU

Terbahagi kepada empat sumber iaitu :

Wahyu Akal Indera Intuisi .

1.2.1 WAHYU : ( al-Quran dan al-Sunnah )

Wahyu ialah pemberitahuan Allah s.w.t kepada para rasulNya tentang segala petunjuk dan pengetahuan yang dikehendakiNya secara luar biasa.

i. Al-Quran

Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yang bermukjizat, diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s, dalam Bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

Selain merupakan kitab petunjuk, al-Quran juga adalah kitab yang mengandungi konsep-konsep asas ilmu seperti proses peciptaan manusia.

Perincian ilmu secara teknikalnya ditinggalkan oleh Allah s.w.t kepada manusia untuk memikirkannya dengan menggunakan kekuatan akal.

Kelebihan Al-Quran

Jaminan kekal dan terpeliharanya al-Quran Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang menurunkan al-Zikr

10

Page 11: Nota Pendidikan Islam

( al-Quran ) dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya”. (Surah al Hijr : 9 )

Allah s.w.t. dan Rasul memuji orang yang belajar dan mengajar al-Quran. Membaca al-Quran adalah ibadah. Al-Quran merupakan sumber utama dalam pelbagai bidang ilmu kerana

kesahihannya contohnya Ilmu Sains ( proses kejadian manusia, kejadian siang dan malam )

Sabda Rasulullah s.a.w :

.ت, ك 0ر0 ,م. ت .ن2 ف2يك ي م.ر00 0ن. أ 4وا ل 0ض2ل ,م. م0ا ت .ت ك 0م0س7 2ه2م0ا ت 0اب0 ب 2ت 7ه2 ك 7ة0 الل ن و0س,

9ه2 2ي 0ب ن

Maksudnya : “ Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegangdengan kedua-duanya iaitu kitabullah (al Quran ) dan sunnah nabiNya”.

(Hadith riwayat Malek)

ii. Al-Sunnah

Al-Sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam selepas al-Quran. Al-Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama

ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya. Al-Sunnah juga banyak memperkatakan seluruh bidang termasuk kesihatan,

kemasyarakatan, akhlak dan lain-lain. Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya….”

(Surah al Hasyr : 7)

1.2.2 AKAL

Menurut pandangan Islam akal adalah sumber ilmu yang memiliki kemampuan terbatas.

Antara kelebihan akal ialah melihat dan menilai kebesaran Allah s.w.t.. Namun demikian akal adalah terbatas dan tidak bersifat mutlak.

Firman Allah s.w.t :

11

Page 12: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya : ”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, 191(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka”.

( Surah Ali Imran : 190 dan 191)

Golongan rasionalisme mengatakan bahawa hanya melalui sumber akal sahajalah manusia dapat memperolehi pengetahuan bahkan pengetahuan akal yang paling benar dan sahih.

1.2.3 INDERA

Indera ialah pengalaman pancaindera atau deria. Pengetahuan melalui pancaindera dikenali sebagai pengetahuan aposteriori

kerana ia datang selepas melalui pengalaman terlebih dahulu. Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan yang diperolehi manusia

melalui kelima-lima pancainderanya iaitu mata, hidung, rasa ( kulit ), telinga dan lidah.

Menurut Imam Al-Ghazali ilmu melalui indera ialah usaha untuk mendapatkan gambaran atau memerhati hakikat sesuatu benda.

Indera terbahagi kepada dua iaitu Indera Lahiriyah dan Indera Batiniyah. Indera lahiriyah akan menyerap sifat lahiriyah objek tertentu kemudian akan

meransang daya rasional pula. Indera batin menghuraikan makna-makna di dalam objek itu.

1.2.4 INTUISI

Intuisi merupakan sumber ilmu dan deria keenam. Ia adalah ilmu yang diperolehi melalui penghayatan secara langsung. Intuisi disama ertikan dengan naluri , ilham atau bisikan hati.

12

Page 13: Nota Pendidikan Islam

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa ilham adalah berupa cahaya yang jatuh di atas nurani, bersih dan lembut.

Tidak mungkin berlaku pemikiran akal atau perasaan tanpa disentuh oleh intuisi . Bagi kalangan ahli sufi Islam, sumber intuisi mereka dikenali dengan wijdan,

diperolehi melalui pengalaman ”kasyaf” iaitu pembukaan alam ghaib oleh Allah s.w.t. kepada individu yang terpilih.

Intuisi yang datang itu diproses dan pemprosesan itulah yang memungkinkan terjelmanya ilmu pengetahuan yang dibantu dengan akal dan pancaindera.

Contoh : Kisah Saidina Umar dan tentera Islam.Ketika beliau sedang berkhutbah di Madinah Umar nampak ada yang sedang berlaku ke atas tentera Islam yang sedang berjuang di Syria. Bahkan beliau boleh memberi arahan kepada tentera di sana dan mereka mendengar dan menurut arahannya. Kasyaf ini termasuk dalam karamah.

Kesimpulan

Wahyu merupakan sumber rujukan ilmu yang terutama dan tertinggi. Wahyu Allah s.w.t.bersifat benar dan mutlak. Wahyu Allah s.w.t. meliputi semua bidang ilmu pengetahuan antaranya Ilmu

Ibadat , Ilmu Aqidah , Ilmu Muamalat , Ilmu Ekonomi , Ilmu Akhlak dan lain-lain.

Wahyu Allah s.w.t. sesuai digunakan dan diikuti pada semua keadaan, tempat, dan masa.

Sumber ilmu yang lain boleh diterima jika tidak bertentangan dengan sumber pertama iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.

1.3 NILAI ILMU

Persoalan aksiologi yang besar ialah menentukan sesuatu nilai pada ilmu. Pengaruh tamadun dan semasa ( zaman )yang menentukan nilai sesuatu ilmu. Dalam Islam, keutamaan ilmu adalah pada Ilmu Fardu Ain yang berhubung

dengan pengetahuan agama yang asas seperti akidah, syariah dan akhlak. Selepas ilmu Fardu Ain diikuti oleh ilmu Fardu Kifayah atau ilmu keduniaan yang

menyokong kepada pelaksanaan ilmu fardu ain.

1.3.1 Hierarki Ilmu

Dalam menentukan hierarki ilmu, terdapat perbezaan ketara antara Islam dan Barat.

Perbezaan ini disebabkan berbeza dari segi penekanan dan susunannya. Barat meletakkan sumber dari akal dan pengalaman indera pada tahap teratas,

lebih tinggi dari sumber wahyu.

13

Page 14: Nota Pendidikan Islam

Ini kerana falsafah kebendaan mereka yang hanya menerima ilmu dari sumber empirik sahaja iaitu indera dan akal.

Islam meletakkan sumber wahyu sebagai hierarki yang paling atas atau utama. Menurut Islam secara tertibnya hierarki ilmu dapat disusun seperti berikut :

i. Ilmu wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnahii. Ilmu inderaiii. Ilmu akaliv. Ilmu intuisi (kasyaf)

1.3.2 Sifat Ilmu Menurut Imam Al-Ghazali

Terpuji ( Mahmudah ) seperti perubatan, ekonomi, dan seumpamanya. Dikeji ( Mazmumah ) seperti ilmu sihir, tangkal, nujum, ramalan dan

seumpamanya. Harus ( Mubah ) seperti ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

1.3.3 Kedudukan Orang Berilmu

Kedudukan orang yang berilmu dilihat dalam dua aspek :

i. Orang berilmu yang terpuji.ii. Orang berilmu yang dikeji.

Orang berilmu yang terpuji :

Ilmuan yang terpuji adalah orang yang berfungsi atau menunaikan tanggungjawab terhadap diri dan masyarakatnya.

Mempunyai tanggungjawab moral yang menyentuh nilai-nilai dasar seperti keikhlasan, kebenaran, kejujuran, amanah, kegigihan dan seumpamanya.

Allah s.w.t mengangkat martabat orang yang berilmu. Sebagaimana firmanNya,

(Surah al-Mujadalah : 11)

14

Page 15: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman, Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."

Orang berilmu yang dikeji :

Ilmu tidak semestinya membentuk peribadi ilmuan tersebut tetapi ilmuan tersebut hendaklah berkelakuan selari dengan ilmunya.

Orang berilmu yang dikeji apabila amalannya tidak selari dengan ilmunya. Orang berilmu juga dikeji apabila ia lari daripada tanggungjawab sosial dan

agama. Dalam tradisi keilmuan Islam, golongan ilmuan yang tidak bertanggungjawab

terhadap ilmunya dan tidak berfungsi dengan sepatutnya dikenali sebagai ulama al-Su’ atau ulama jahat.

Antara ciri-ciri ulama al-Su’ ialah :

i. Mementingkan dunia.ii. Tidak mengamalkan ilmunya.iii. Menyembunyikan ilmunya.iv. Bersifat riya’dengan ilmunya.

1.3.4 Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Individu

i. Mempunyai akhlak yang baik.ii. Dipandang mulia dan menjadi sumber rujukan.iii. Disayangi Allah dan rasul.iv. Membentuk individu yang berkeperibadian mulia .

Masyarakat

i. Memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.ii. Membentuk masyarakat yang harmoni dan aman sentosa.iii. Melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.iv. Melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu.

Negara

i. Membentuk sebuah negara yang setanding di mata dunia.

15

Page 16: Nota Pendidikan Islam

ii. Dihormati oleh negara luar dan dipandang mulia.iii. Memenuhi wawasan negara untuk melahirkan individu yang berjaya.iv. Pembangunan dan kemajuan dapat dijalankan dengan sempurna.

1.4 KESIMPULAN

Ilmu adalah suatu anugerah Allah s.w.t. yang agung kepada manusia sejak Nabi Adam a.s lagi. Dengan ilmu manusia bukan sahaja mampu untuk memahami sesuatu yang tidak mereka fahami sebelumnya bahkan mereka tahu menggunakan sesuatu yang dianugerahkan kepada mereka. Dengan ilmu pengetahuan juga manusia dapat mengenali Allah s.w.t. yang mencipta seluruh makhluk di muka bumi ini. Ilmu adalah bersepadu , tidak terpisah dari agama , nilai moral dan akhlak. Pemisahan akan menyebabkan ilmu hilang manfaatnya dan membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh itu, antara agenda besar umat Islam kini ialah pengislaman ilmu iaitu mengembalikan ilmu itu kepada Penciptanya. Sesungguhnya dari Allah s.w.t. ilmu itu datang dan menjadi kewajipan kita untuk menghubungkan kembali ilmu itu kepada PenciptaNya.

RUJUKAN .

1. Al-Quran2. Tafsir al Quran Pimpinan Rahman3.. Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh, 1978, Dasar-dasar Pendidikan Islam. 4. Dr. Asma Hasan Fahmi, 1979, Sejarah Filsafah Pendidikan.5. Dr. Haron Din, 1985, Manusia dan Islam.6. Imam Al-Ghazali, Terjemahan Syed Muhamad Dawilah Syed Abdullah.

Ihya ulumuddian. 7. Ramli Bin Awang,Esa Bin Khalid, Md Abbas Bin Abd Latiff, Ahmad Kilani Bin

Mohamed, Mahusssain Bin Mohd Zin, 1996, Konsep Ilmu dan Kosmologi.

16

Page 17: Nota Pendidikan Islam

AKIDAH ISLAM

2.1 AGAMA DAN KEHIDUPAN.

Akidah Islam adalah asas Deen yang kekal dan tidak berubah sejak zaman Nabi Adam a.s hinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana firman Allah s.w.t:

17

Page 18: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya: “Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh a.s dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Nabi Ibrahim a.s, Musa a.s dan Isa a.s iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.”

( Surah al Syura: 13 )

Manakala syariat Islam berubah mengikut zaman nabi-nabi yang diturunkan seperti syariat Nabi Musa a.s berbeza dengan syariat Nabi Ibrahim a.s dan seterusnya.

Syariat bersifat dinamik (tidak thabat) berdasarkan zaman dan keperluan semasa (zaman nabi-nabi) tersebut.

2.1.1 Sejarah Agama

Sejarah Agama Menurut Islam

Islam adalah agama awal manusia pertama yang dicipta Allah s.w.t iaitu Nabi Adam a.s, kemudian mula diselewengkan oleh para pengikut nabi yang kufur. Kebenaran dan kesesatan sentiasa silih berganti di dunia ini

Menurut Safuan (dalam Jaffary) Islam memandang kedudukan agama-agama samawi lain dalam dua peringkat iaitu:

Peringkat Pertama: Meta Religion, peringkat asal – mempercayai Tuhan Yang Maha Esa.Peringkat Kedua: Historical Religion, peringkat sejarah - agama mengharungi perjalanan sejarah menyebabkan doktrin agama yang benar menjadi kabur dan menyimpang dari kebenaran (sesat).

Sejarah Agama Menurut Barat

Menurut sarjana Barat, proses manusia beragama melalui dua zaman;i. Zaman Primitif: (Penyembahan terhadap unsur alam)

Hidup bergantung kepada anugerah alam; mengagungi anugerah alam danmempercayainya sebagai satu kuasa yang wajib dipatuhi.

ii. Zaman Peradaban Kuno: Mempercayai dewa-dewa (Babilion), Agama Zarathusra (Parsi); Tuhan Kebaikan (Ormuzd) dan Tuhan Kejahatan (Ahriman), Arab Jahiliah dan Firaun Mesir

2.1.2 Keperluan Beragama Kepada Manusia

Kesedaran beragama tidak pernah terpisah dari kehidupan manusia tanpa mengira masa, tempat dan peradaban.”Tidak pernah ditemui dalam sejarah terdapat masyarakat yang tidak beragama walaupun mereka tidak bertamadun.” (Henri Bergson).

Manusia telah beriman kepada Allah s.w.t sejak awal penciptaan mereka lagi sebagaimana firman Allah s.w.t :

18

Page 19: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah s.w.t mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?"Mereka menjawab:"Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi."

( Surah al-A’raf: 172)

• Hakikat kejadian manusia yang serba kekurangan seperti lemah, takut dan mengharap, ingin selamat, ingin pertolongan dan bantuan

• Hakikat akal manusia terbatas dalam menginterpretasi fenomena alam seperti bencana alam. Ia sangat terbatas dalam menanggapi takdir serta tidak mampu memikirkan sesuatu yang ‘tiada masa dan tempat.’

Fitrah Beragama

Secara fitrahnya manusia percaya kepada kewujudan dan kekuasaan Allah s.w.t sebagaimana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan? Tentu mereka akan menjawab: Allah s.w.t.”

(Surah al-Ankabut: 61)

Dalam diri manusia mengakui kewujudan Tuhan dan tabiat mahu beribadat yang melahirkan pelbagai bentuk peribadatan dalam masyarakat.

Namun kesenangan dan kemewahan hidup sering menutup fitrah beragama ini.Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”

(Surah al An’am: 14)

19

Page 20: Nota Pendidikan Islam

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Maka bagaimana pendapatmu jika Kami berikan kepada mereka kenikmatan hidup bertahun-tahun. Kemudian datang kepada mereka azab yang telah diancamkan kepada mereka. Nescaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya.”

(Surah al Syu’arak: 205-207)

Sebenarnya seluruh makhluk di alam ini tunduk dan sujud kepada Allah s.w.t s.w.t., (menurut fitrah, sistem, peraturan dan sifat semulajadi); ada Tuhan yang mencipta alam dan mencipta manusia.

Manusia sentiasa berhajat kepada pertolongan Allah s.w.t s.w.t. terutama ketika ditimpa kesusahan seperti firman Allah s.w.t s.w.t.:

Maksudnya: “Apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami (Allah s.w.t s.w.t.), dalam keadaan berbaring, duduk dan berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya dia kembali melalui jalannya yang sesat seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya.“

(Surah Yunus :12)

Fitrah dan pancaindera yang ada pada manusia merasakan kekuasaan Allah s.w.t serta meyakini alam ghaib. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:“Apakah mereka masih mencari-cari selain daripada agama Allah s.w.t sedangkan segala apa yang di langit dan di bumi telah menyerahkan diri (tunduk) kepadaNya dengan penuh rela dan terpaksa. Dan kepadaNyalah mereka akan dikembalikan”.

(Surah Ali Imran: 83)

2.2 PEMBAHAGIAN AGAMA:

i. Agama Samawi ii. Agama Wad’ie

Agama Samawi

20

Page 21: Nota Pendidikan Islam

Agama Samawi (dari kalimah as sama’ bermaksud langit) iaitu agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t s.w.t. dari langit.

Bersumberkan wahyu atau kitab dari langit . Disampaikan oleh para rasul sebagai utusan Allah s.w.t . Hanya Islam satu-satunya agama wahyu yang diiktiraf . Agama Yahudi (Nabi Musa) dan Kristian (Nabi Isa) adalah agama samawi yang telah

diselewengkan oleh pengikut nabi tersebut dan mereka digelar sebagai Ahli Kitab. Ahli kitab ialah golongan kafir (secara umum) di kalangan Yahudi dan Kristian yang

telah menyeleweng dan sesat dari ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu termasuklah di zaman Rasulullah s.a.w sendiri.

Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w memanggil mereka sebagai “Ahlal Kitab“ disebabkan kekafiran mereka (menolak Islam) serta mensyirikkanNya, sebagaimana firman Allah s.w.t:

Maksudnya: ”Katakanlah:"Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita menyembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:"Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."

(Surah Ali Imran: 64)

Agama Wad’ie (Budaya)

Agama Budaya ialah ajaran atau idealogi ciptaan manusia yang lahir daripada budaya sesuatu kaum atau suatu tempat dan boleh berubah-ubah.

Tidak bersumberkan wahyu dan tiada rasul. Kepercayaan lahir daripada pengalaman dan norma-norma yang diterima dalam

masyarakat.

Contoh Agama Wad’ie:

Bil AGAMA PENGASAS/ RASUL KITAB1 Hindu Tidak diketahui (2000 SM) Veda2 Buddha Siddharta Gautama (563- 483 SM) Tripitaka3 Sikh Guru Nanak (1469-1538SM) Adi Grand

Perbezaan Antara Agama Samawi Dan Agama Wad’ie

Bil ASPEK SAMAWI WAD’IE1 Sumber Langit Budaya masyarakat

21

Page 22: Nota Pendidikan Islam

2 Rasul Ada rasul Ada pengasas3 Kitab Ada kitab dari langit Kitab ciptaan pengasas/ pengikut

2.2.1 Agama Yahudi

Pengenalan

• Yahudi ialah istilah untuk agama dan kaum Yahudi.• Kaum Yahudi juga dikenali sebagai Hebrew, Bani Israel, Ibrani dan Yahudi atau

Juidis.• Halakha (hukum-hukum agama Yahudi) mendefinisikan Yahudi kepada; seorang

yang ibunya Yahudi, atau seorang yang memeluk agama Yahudi berdasarkan hukum-hukum Yahudi.

• Berdasarkan etnik Bani Israel merujuk kepada keturunan Nabi Yaakub a.s bin Nabi Ishak a.s (cucu kepada Nabi Ibrahim a.s dan Sarah )

• Asal kalimah Yahudi merujuk kepada keturunan anak Nabi Yaakub bernama Yahuza.• Dikalangan keturunan Bani Israel ini ada yang beriman dan ramai yang ingkar lalu

dilaknat Allah s.w.t. Golongan yang ingkar ini dikenali sebagai Yahudi. • Umumnya agama Yahudi dikhususkan untuk orang yang berbangsa Yahudi sahaja.• Orang Yahudi menjadi bangsa yang ‘diaspora’ sepanjang zaman kerana tidak patuh

serta khianat kepada para nabi yang diutuskan. Diaspora bermaksud bangsa yang tertekan dan bertebaran di dunia tanpa negara sendiri.

• Mereka menubuhkan Pertubuhan Zionis untuk membentuk negara Yahudi di bumi Palestin.

Sejarah Bani Israel.

• Bermula dari Nabi Ibrahim a.s (Abraham 2000sm) dan keturunannya di Babylon.• Allah s.w.t telah mengutus rasul-rasul di kalangan bangsa Yahudi (17 orang rasul)• Keturunan Nabi Ibrahim a.s dikenali sebagai Hebrew.• Nabi Nabi Ibrahim a.s berpindah ke Canaan (Palestin).• Yahweh ( Tuhan ) kurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s Palestin (The Promised Land).• Nabi Ibrahim a.s dikurniakan dua orang anak iaitu Nabi Ismail a.s dan Nabi Ishak a.s.• Nabi Yaakub a.s bin Nabi Ishak a.s dikenali sebagai Isra-Eil (hamba-Allah s.w.t)• Baginda dikurniakan 12 orang anak antaranya Yahuza, Nabi Yusuf a.s dan Bunyamin• Berhijrah ke Mesir di zaman Nabi Yusuf a.s bin Nabi Yaakub a.s setelah Nabi Yusuf

a.s menjadi pemerintah di sana• Firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf ayat 99 yang bermaksud:

22

Page 23: Nota Pendidikan Islam

“Maka apabila mereka masuk ke (tempat) Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf a.s merangkul ibu bapanya dan dia berkata: "Masuklah kamu ke Mesir, InsyaAllah s.w.t s.w.t. dalam keadaan aman."

• Nabi Musa a.s adalah rasul teragung dari Bani Israel.• Bagina dikurniakan kitab Taurat dan Ten Commandments.• Baginda telah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun (Ramsis II).• Berhijrah dari Mesir ke Palestin dengan menyeberangi laut Merah.• Firman Allah s.w.t dalam surah al Israk ayat 103 bermaksud:

Maksudnya:“Kemudian (Fir'aun) hendak mengusir mereka (Musa a.s dan pengikut-pengikutnya) dari bumi (Mesir) itu, maka Kami tenggelamkan dia (Fir'aun) serta orang-orang yang bersama-sama dia seluruhnya.”

Kepercayaan Bani Israel

Sebelum Nabi Ibrahim a.s diutuskan menjadi rasul, kaumnya menyembah berhala. Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah s.w.t:

Maksudnya:“(Ingatlah), ketika Nabi Ibrahim a.s berkata kepada bapa dan kaumnya: "Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat kepadanya?"

(Surah al Anbia’: 52)

Tuhan dikenali sebagai Yahweh (Eil)• Percaya dan memuja tuhan “Eil” (Allah s.w.t.). Ia bersifat seperti manusia dan

mempunyai pertalian dengan manusia. Tuhan juga makan, minum, berehat dan bergaduh.

• Percaya Uzair sebagai anak Allah s.w.t. sebagimana firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah s.w.t s.w.t." dan orang-orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera Allah s.w.t"

( Surah at Taubah: 30)

23

Page 24: Nota Pendidikan Islam

Percaya dan memuja Ahbar (pendita) dan menganggap ia sebagai perantaraan dengan Tuhan. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah s.w.t. dari apa yang mereka persekutukan.”

(Surah at Taubah: 31)

Kitab Kepercayaan Yahudi

1. Taurat (Kitab Old Testement) mempunyai 5 bab; Safar Takwin, Safar Khuruj, Safar Lawiyyin, Safar al-Adad dan Safar Tathniah.

• Setiap bab mempunyai tafsiran yang berkaitan dengan pelbagai aspek, antaranya kisah-kisah (dongeng), kata-kata hikmat perumpamaan, akidah dan syariat.

• Bahasanya berbentuk pantun dan prosa.

2. Kitab Talmud: cerita-cerita lisan yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.

Ia juga sebagai tafsiran kepada kitab Taurat dan didakwa sebagai kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t dan menyamai Taurat.

Sebahagian orang Yahudi menganggap Talmud lebih tinggi dari Taurat. Antara kandunganya ialah: riba adalah halal, orang Yahudi mesti menguasai bangsa

lain, dan bangsa selain Yahudi adalah najis.

3. Ten Commandments 10 asas aqidah yang diberi Yahweh kepada Nabi Musa sewaktu bermunajat di Bukit

Sinai selama 40 malam. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam al Quran yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah) empat puluh malam, lalu kamu menjadikan anak lembu (sembahan) sepeninggalannya dan kamu adalah orang-orang yang zalim.”

(Surah al Baqarah : 51)

4. Protokol Yahudi (The Protokol of Learned Elders) Protokol Yahudi merupakan sumber utama kepercayaan Yahudi hari ini yang telah

dihasilkan dalam persidangan Yahudi di Basel pada 29 Ogos 1897.

24

Page 25: Nota Pendidikan Islam

Ia diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi Austria bernama Teudor Hezel (1860-1904) dengan menubuhkan gerakan Zionism (صهيونية)

Zionism ialah gerakan politik Yahudi yang merancang penyatuan orang Yahudi sedunia sebagai satu bangsa iaitu bangsa Israel. Juga merancang penubuhan negara Israel Raya di bumi Palestin merangkumi antara sungai Furat di Iraq hingga sungai Nil di Mesir iaitu “Bumi yang dijanjikan Tuhan.”

Negara Israel berjaya ditubuhkan dengan perjanjian sulit antara Yahudi dan British pada 1947 yang diiktiraf oleh PBB lalu terdirilah negara Israel hingga hari ini

Protokol mengandungi 24 perkara yang bertujuan merosakkan bangsa selain Yahudi dengan keyakinan bahawa “orang Yahudi adalah bangsa Allah s.w.t s.w.t. yang terpilih, manakala bangsa lain ibarat binatang yang halal darahnya.”

Sebagai contoh dalam protokol terdapat 8 perkara (Song, Sex, Smoke, Sport, Fun, Female, Fashion dan Food) yang digunakan untuk melalaikan dan merosakkan remaja.

Pandangan Islam Terhadap Yahudi

Dalam Islam, Nabi Ibrahim a.s dan keturunannya adalah Rasul Allah s.w.t yang diutus untuk menyeru kaumnya kepada iman dan kebenaran bukan sebaliknya.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s, Nabi Ishak a.s, Nabi Yaakub a.s dan anak cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani?"Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah s.w.t, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah s.w.t yang ada padanya?"

(Surah al Baqarah: 140)

• Allah s.w.t mengiktiraf kenabian Nabi Ibrahim a.s yang membawa kebenaran tanpa bersikap fanatik perkauman dan tidak mensyirikkanNya. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Bukanlah Nabi Ibrahim a.s seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah s.w.t.) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.”

(Surah Ali Imran: 67)

Sikap Yahudi sangat memusuhi dan dengki terhadap Islam. Firman Allah s.w.t.:

25

Page 26: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya: "Mereka yang sangat keras permusuhan terhadap orang-orang beriman adalah Yahudi dan orang yang mensyirikkan Allah s.w.t .”

( Surah Al Maidah: 82)

Mereka suka mengingkari ajaran nabi-nabi mereka dan membuat fasad di muka bumi ini seperti dijelaskan dalam al Baqarah ayat 79. Allah s.w.t juga melaknat Yahudilantaran kejahatan yang mereka lakukan seperti firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas.”

( Surah al -Maidah: 78)

Antara sifat-sifat Yahudi dalam al Quran al Karim ialah; mungkir janji (al Baqarah: 84-85), biadap terhadap Allah s.w.t dan para malaikat (Ali 'Imran: 181), membunuh para nabi dan rasul (al Ma`idah: 70), degil terhadap kebenaran, benci serta dengki kepada orang lain (al Baqarah: 105), menjadi pengikut ahli sihir dan ahli silap mata (al Baqarah: 102), berperangai seperti kera dan babi (al Ma`idah: 60), percaya kepada berhala dan thoghut, serta tipu daya mereka terhadap agama (an Nisa`: 51-52) dan menjadikan Ahbar sebagai tuhan selain Allah (al Taubah: 31)

Umat Islam yakin dan beriman akan kemusnahan Yahudi sebagaimana disampaikan oleh Rasulullah s.a.w:

: : تقوم ال قال وسلم عليه الله صلى الله رسول أن هريرة أبي عن مسلم روىاليهودي يختبىء حتى المسلمون فيقتلهم اليهود، المسلمون يقاتل حتى الساعة

هذا الله عبد يا مسلم يا الشجر أو الحجر فيقول الشجر أو الحجر وراء من. اليهود شجر من فإنه الغرقد إال فاقتله، فتعال خلفي يهودي

: وهناك المقدس، بيت ببالد معروف الشوك شجر من نوع الغرقد النووي قال. واليهود الدجال قتل يكون

Maksudnya: Hadis diriwayatkan dari Muslim dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda:"Tidak akan tiba hari Kiamat hingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi, kemudian mereka diperangi oleh kaum Muslimin, sehingga orang Yahudi bersembunyi di belakang batu atau pokok, lalu batu atau pohon berkata: "Hai muslimin, hai hamba Allah s.w.t ini seorang Yahudi bersembunyi dibelakangku datangilah dan bunuhlah dia, kecuali pohon al Gharqad, kerana ia adalah pohon kaum Yahudi."

)Hadis Riwayat Muslim)

26

Page 27: Nota Pendidikan Islam

2.2.2 Agama Kristian

Pengenalan

Dikategorikan sebagai agama langit kerana diberikan kitab dari langit iaitu Injil (Bible)

Peringkat awal mereka mentauhidkan Allah s.w.t kemudian diselewengkan. Perkembangan agama Kristian terbahagi kepada dua fasa;

i) Fasa mempercayai Tuhan Yang Esa (dakwah Nabi Isa a.s yang benar)ii) Fasa kepercayaan “trinity” (bermula dengan persidangan Nicea 325 Masihi)

Asas Ajaran

Kitab Taurat (Old Testement) yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Jesus hanya ditulis pada abad ke-5 dan tidak diketahui penulisnya.

Kitab mereka dinamakan sebagai Injil atau Bible atau Al Kitab (New Testement). Kitab ini diturunkan kepada Isa (Jesus atau al Masih), yang hanya ditulis 40 tahun

selepas kehidupan Jesus dan ia ditolak oleh orang Yahudi. Antara kandungan New Testement (Perjanjian Baru) ialah:

i. Isu ‘penebusan dosa’ oleh Jesus dan ‘dosa warisan’ dari Nabi Adam ii. Penyaliban (Jesus mati disalib)

iii. Ketuhanan al Masih iv. Konsep Trinity (tritunggal iaitu tiga Tuhan dalam satu)

Doktrin trinity ini tidak pernah wujud dalam New Testament sebaliknya hanya muncul selepas peristiwa Jesus disalib.

Trinity diasaskan oleh St. Paul yang merupakan musuh kepada Nabi Isa a.s. Trinity berkonsepkan tiga oknum iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Qudus

yang bersepadu dalam satu Tuhan. Mereka membuat andaian logik tentang trinity dengan; konsep segi tiga, sebiji telur,

seketul air batu atau beranggapan ia sebagai perkara ‘misteri’. Secara umumnya“trinity” diterima oleh semua mazhab Kristian. Ia diputuskan dalam

persidangan Nicea (325 M) dengan campurtangan Maharaja Rom. Selepas Persidangan Nicea ini, fahaman keesaan ditindas oleh Kerajaan Rom.

Sifat-Sifat Ketuhanan Dalam Bible

Tuhan menyesal dan bertaubat setelah menetap sesuatu keputusan yang tidak pernah dijangkakan akibatnya.

Tuhan pelupa,Tuhan letih atau lelah, Tuhan lemah dan sebagainya. Tuhan hidup, mati atau sebagai manusia (Isa anak Tuhan). Firman Allah s.w.t:

27

Page 28: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah s.w.t, dan orang-orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera Allah s.w.t."

(Surah at Taubah: 30)

Contoh Fakta Yang Bercanggah Dan Pelik Dalam Bible

Percanggahan antara versi tentang umur Saul (Paulus) memerintah dan lama pemerintahannya (berumur 40, 30 atau tidak diketahui!)

Percanggahan sesama sendiri antara ayat-ayat (lama kemarau kawasan David) Bercanggah dengan fakta sains (dicipta siang malam sebelum penciptaan matahari) Tidak logik (makan kek dengan najis) Terdapat kisah lucah (tuduh David berzina)

Pandangan Islam Terhadap Kristian: Islam menolak agama Kristian kerana ia telah terpesong dari ajaran sebenar yang

dibawa oleh Nabi Isa a.s Akidah Ketuhanan sebenar yang dibawa oleh Nabi Isa a.s ialah:

i. Menyeru kaumnya (Bani Israel) supaya mentauhidkan Allah s.w.t.ii. Mempercayai para nabi dan rasul terdahulu termasuk Nabi Muhammad s.a.w yang

akan diutuskan. Baginda disebut sebagai Ahmad dalam surah as Saf:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah s.w.t kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)."

(Surah al Saf: 6)

iii. Percaya kepada Hari Akhirat dan Hari Kebangkitan semulaiv. Percaya kepada Kitab Injil (Al Kitab) dan dengan tegas menolak trinity kerana ia

jelas mensyirikan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: ” Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu (menyatakan Nabi Isa sebagai Tuhan), dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah s.w.t. kecuali yang benar. Sesungguhnya al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan

28

Page 29: Nota Pendidikan Islam

Allah s.w.t dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah s.w.t dan rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Esa.”

(Surah al Nisa’: 171)

v. Islam dan ajaran Nabi Isa a.s mempunyai hubungan akidah yang selari iaitu mentauhidkan Allah s.w.t.

vi. Islam juga mengiktiraf Kitab Taurat dan Injil yang asli dan beriman akan kerasulan Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. dari keturunan Bani Israel.

vii. Konsep dosa warisan adalah tidak logik dan ditolak Islam kerana sepatutnya hanya orang yang bersalah menanggung dosa dan akibat kesalahannya. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: ”Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.”

(Surah al An’am: 164)

2.2.3 AGAMA ISLAM

( Dibincangkan di bahagian Akidah Islam )

2.2.4 AGAMA HINDU

Sejarah dan Pengasas

Tiada pengasas atau tidak diketahui pengasas sebenar agama ini . Ia muncul sekitar milinium ke-3 SM (2000 SM) dan mendakwa sebagai agama tertua

di dunia. Nama asal Sanatana Dharma. Nama Hindu diberi oleh orang Parsi sempena nama

Sungai Indus.

Konsep Ketuhanan

Trimurthi iaitu 3 penjelmaan: i. Brahma (Dewa Pencipta)

ii. Visynu (Dewa Pelindung) iii. Siva (Dewa Pemusnah)

Hakikat Trimurthi adalah satu tuhan iaitu Tuhan Brahma

29

Page 30: Nota Pendidikan Islam

Hindu mempunyai dewa-dewi yang terlalu banyak (330,000,000) namun mereka mempercayai satu tuhan.

Percaya konsep tuhan boleh menjelma sebagai manusia dan haiwan (hukum karma). Institusi tuhan adalah sama seperti manusia (mereka beristeri dan beranak malah

berpoligami) seperti tuhan Krishna mempunyai 16,180 isteri.

Kitab-kitab Suci

Peringkat awal tidak mempunyai kitab kecuali Sruti iaitu suara yang didengar dan Smrti suara dalam hati para Reshi (sami).

Peringkat berikutnya ada banyak kitab antaranya ialah:1. Veda (mengandungi Rig Veda, Yajur Veda, Soma Veda dan Atharva Veda)2. Upanishad3. Bhagavadgita4. Puranas5. Tantaras dan lain-lain.

Kitab-kitab tersebut berbahasa Sanskrit.

Kepercayaan dan Adat

Percaya kepada Hukum Karma iaitu roh orang yang telah mati akan kembali ke dalam tubuh manusia atau binatang untuk proses penyucian.

Peresapan unsur ketuhanan dan kesatuan wujud Lembu adalah binatang suci dan diharamkan membunuhnya (sebaliknya dalam kitab

Rig Veda lembu pernah dikorbankan dan dipanggang) Institusi sosial dalam agama Hindu banyak dipengaruhi sistem kasta. Terdapat empat

kasta utama iaitu Brahmin, Satria, Vyasa dan Sudra. Namun sistem kasta ini berkembang sehingga melebihi 2000 kasta.

Pandangan Islam Terhadap Agama Hindu

Islam menolak akidah yang mensyirikan Tuhan (Allah s.w.t s.w.t.). Beriman kepada satu tuhan adalah lebih baik dan mudah, berbanding beriman kepada

ramai tuhan seperti mana firman Allah s.w.t s.w.t.:

Maksudnya : “Allah s.w.t membuat perumpamaan (iaitu) seorang laki-laki (hamba) yang dimiliki oleh beberapa orang yang bersyarikat yang dalam perselisihan, dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang tuan (sahaja); Adakah kedua budak itu sama halnya? Segala puji bagi Allah s.w.t tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”

(Surah al Zumar: 29)

30

Page 31: Nota Pendidikan Islam

Allah s.w.t adalah tuhan yang Maha Esa mempunyai banyak nama dan sifat yang baik (Asma ul Husna).

Akidah dan kepercayaan mesti mempunyai sumber dan asas yang benar bukan rekaan atau khayalan oleh sesiapa walau apapun maqamnya

Konsep ketuhanan dalam agama Hindu jelas menunjukkan kelemahan kerana kehidupan alam ketuhanan sama seperti kehidupan manusia

2.2.5 AGAMA BUDDHA

Sejarah dan Pengasas

Buddha bermaksud yang beroleh cahaya atau sedar. Siddharta Gautama (563-483 sm) merupakan putera Raja dari bangsa Sakyas

(Nepal) dan hidup di istana dengan penuh kemewahan. Ketika berumur 29 tahun lari dari istana dan bermeditasi untuk mengetahui sebab

penderitaan manusia (terkandung dalam 4 kebenaran utama). Akhirnya ketika berusia 35 tahun mendapat Nirwana (8 jalan kebajikan sebagai

penyelesaian penderitaan manusia) dan bergelar Buddha.

Konsep Ketuhanan

Mempercayai ada suatu kuasa Yang Tertinggi yang tidak bernama, kerana tidak pernah dilihat.

Buddha bukan Tuhan begitu juga Bodisatva atau Dewi Quan Yin. Ajaran Buddha tidak menyembah Tuhan tetapi sekadar membaca mentera. Sebahagian pengikut menganggap Buddha sebagai anak tuhan.

Kitab Suci

Buddha tidak menulis kitab ajaran tetapi ia ditulis oleh para pengikutnya. Kitab ajaran adalah Tri-Pitaka (Tiga Bakul Hikmah) terbahagi kepada:

1. Sutta-pitaka (untuk orang awam)2. Vinaya-pitaka (cara peraturan hidup sangha /sami)3. Abidhamma-pitaka

Ia mengandungi teks etika kerahiban dan ajaran Buddha namun kandungan Tri-Pitaka lebih bersifat empirikal berbanding kitab Hindu.

Asas Ajaran

Mencapai Nirwana; melenyapkan diri dan mencapai puncak kebenaran. Percaya hukum Karma: perbuatan baik dibalas baik dan sebaliknya. Percaya kepada kelahiran semula dalam bentuk yang lain

Penderitaan ‘Empat Kebenaran Utama’:

31

Page 32: Nota Pendidikan Islam

i. Dukkha (penderitaan); hidup ini diseliputi penderitaan seperti sakit, tua, sedih, mati dan lain-lain

ii. Tanha (keinginan); Dukkha disebabkan oleh ingin jadi kaya, senang dan lain-lainiii. Nirodha (usaha); usaha menghentikan Tanha akan dapat menghapuskan Dukkhaiv. Margha; (Lapan Jalan Kebajikan) adalah cara hapuskan Tanha yang diterokai

Buddha

Penyelesaian Lapan Jalan Kebajikan (Jalan Lapan Lapis):

Penganut Buddha dikehendaki mengikuti lapan jalan ini untuk membebaskan dirinya dari nafsu dan syahwat

Sila (Moraliti)Pertuturan yang betul (samma vaca)Perbuatan yang betul (samma kamarta)Pekerjaan yang betul (samma ajiva)

Samadhi (Disiplin Mental)Usaha yang betul (samma vayama)Kesedaran yang betul (samma sati)Tumpuan yang betul (samma ditti)

Panna (Kebijaksanaan)Pandangan yang betul (samma ditthi)Fikiran yang betul (samma samkappa)

Sepuluh Peraturan Kehidupan (wasiat Buddha) ialah:

1. Dilarang membunuh 2. Dilarang mengambil sebarang benda yang tidak diberikan3. Dilarang berzina4. Dilarang berdusta5. Dilarang meminum minuman keras6. Dilarang makan bukan pada waktunya7. Dilarang memakai minyak wangi dan barang kosmetik8. Dilarang menonton tarian, nyanyian dan pertunjukan kesenian9. Dilarang bersolek dan tidur di tilam yang tinggi (mewah)10. Dilarang menerima emas dan perak

*5 yang pertama adalah untuk orang awam dan kesemua perkara adalah untuk para sami

Pandangan Islam Terhadap Agama Buddha

Konsep ketuhanan agak kabur, hampir kepada ajaran agama Hindu (hukum karma) namun ia lebih sederhana.

Menyembah Tuhan adalah budaya orang Cina. Menganggap pengasas agama ini iaitu Buddha sebagai anak Tuhan. Bercampur aduk antara ajaran Confucianisme (bebaskan manusia dari kesangsaraan)

dan Taoisme. Kuat dipengaruhi kepercayaan Hindu seperti ucapan dan kecenderungan meditasi

(kesufian) bahkan sumber ajaran adalah hasil dari pemikiran semata-mata (meditasi).

32

Page 33: Nota Pendidikan Islam

Kepercayaan kepada alam akhirat yang tidak jelas dan tiada penghujungnya Islam agama petunjuk dengan menolak bid’ah dan tahyul. Tidak ada jawapan tentang penciptaan alam dan segala maujud.

2.2.6 AGAMA SIKH

Pengenalan

Agama Sikh atau Sikhisme: sebuah agama baru gabungan ciri baik Islam dan Hindu di bawah slogan: "Bukan Hindu dan bukan Muslim".

Agama Sikh bermaksud ‘agama para murid.’ Guru merupakan jelmaan Tuhan, murid bermaksud murid Tuhan Sepanjang sejarahnya, penganut-penganut Sikhisme telah memusuhi umat Islam dan

orang-orang Hindu dengan cara kekerasan untuk mendapatkan sebuah negeri yang khusus bagi mereka.

Sejarah

Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India pada penghujung abad ke-15 dan awal abad ke-16.

Diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539). Seorang yang pada asalnya kuat beragama Hindu . Setelah meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat guru. Sebanyak 10 orang guru menganti tempat beliau dan secara perlahan-lahan mereka

telah menjauhkan diri dari agama Hindu dan Islam.

10 Guru Sikh ialah:

BIL GURU SIKH TAHUN1. Guru Nanak (1469-1538)2. Guru Angad (1538-1552)3. Guru Amardas (1522-1574)4. Guru Ramda (1547-1548)5. Guru Arjan (1581-1606)6. Guru Hargibind (1606-1638)7. Guru Har Rai (1638-1660)8. Guru Har Kishan (1660-1664)9. Guru Tegh Bahadar (1664-1675)10. Guru Govind Singh (1675-1708)

Konsep Ketuhanan Sikh

Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan (Waheguru) dan melarang penyembahan berhala

33

Page 34: Nota Pendidikan Islam

Guru Pertama (Guru Nanak) adalah jelmaan Tuhan di muka bumi ini Agama Sikh boleh dianuti sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi

kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh Kuil Emas atau "Golden Temple" di Amritsar, Punjab, India merupakan kuil

paling suci bagi agama Sikh

Kitab Suci Sikh

Granth Sahib (disusun oleh guru ke-5 Guru Arjan) dan ia terbahagi kepada dua:i) Adi Granth (Original Books); mengandungi ajaran tujuh guru (1-7) serta

karya tokoh Islam dan Hindu ii) Dasam Granta (The Granth of the tenth Guru); mengandungi himpunan

karya guru ke-10 serta karya tokoh Islam dan Hindu

Adat dan Upacara Agama Sikh

Pemakaian seragam untuk lelaki Sikh bagi melambangkan kesetiaan penganut iaitu:i. Kesh (rambut panjang yang tidak dipotong dan memakai serban)

ii. Kumgha (sikat kayu) iii. Kara (memakai gelang ditangan kanan berwarna putih) iv. Kirpan (memakai pisau belati bermata dua) v. Kacha (memakai seluar dalam berwarna putih)

Amrit Sanskari. Ialah upacara masuk agama (seperti upacara pembaptisan dalam Kristian)

ii. Bermula dengan lima orang khalsa memohon supaya seseorang itu dimasukkan ke dalam persatuan atau "brotherhood"

iii. Peringkat seterusnya dikenali sebagai Amrit iaitu meminum sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan (pisau belati)

iv. Semasa digaul kelima-lima orang khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci iaitu: Jap Sahib, Japji Sahib, Sudha Swayas, Benti Chaupai dan Anand Sahib

v. Air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang masuk agama ini. Kemudian direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka seterusnya meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.

Menyambut Kelahiran Dan Masuk Alam Remajai. Pemberian hadiah untuk menyambut kelahiran bayi

ii. Naamkaran ialah upacara pemberian nama bayi yang baru lahir; paderi akan membaca Ardas. Kemudian membuka kitab Sri Guru Granth Sahib secara rambang. Nama bayi diberi mengikut huruf pertama dalam mukasurat yang dibuka.

34

Page 35: Nota Pendidikan Islam

iii. Nama akhir penganut Sikh lelaki ialah Singh (singa) dan Kaur (puteri) bagi perempuan

iv. Dastar Bandhni ialah upacara pemakaian turban apabila seseorang remaja lelaki berumur 11 hingga 16 tahun yang dilakukan oleh para ahli agama Sikh yang dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.

v. Perkahwinan dalam Sikh adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami.

vi. Penceraian tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.

Pandangan Islam Terhadap Agama Sikh

Agama Hindu, Buddha dan agama Sikh tidak mempunyai sumber, asas dan penyelesaian yang jelas terhadap kehidupan, konsep ketuhanan dan alam ghaib.

Agama Sikh hanyalah gabungan unsur baik dari agama Hindu dan agama Islam Islam menolak agama ciptaan manusia yang bercampur baur dengan hawa nafsu

seperti firman Allah s.w.t:

Maksudnya : “Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah s.w.t dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah s.w.t-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah s.w.t mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."

(Surah al Syura: 15)

2.3 AKIDAH ISLAM

2.3.1 Definisi Akidah

Bahasa: akidah dari kalimah arab (’aqada) bererti simpulan atau ikatan pada sesuatu benda. ”Akidah secara harfiah bererti sesuatu yang tersimpul secara erat atau kuat.” (Prof. Abdul Aziz Dahlan)

Dari sudut istilah: akidah ialah pegangan yang mutlak, mantap, kuat, kekal dan suci dalam jiwa seorang muslim.

Akidah juga bermaksud iman dan makrifah, seperti makrifah Allah s.w.t, alam ghaib, kitab-kitab, nabi-nabi, hari akhir dan makrifah qadak qadar. (Sayid Sabiq)

Nama lain bagi ilmu aqidah ialah ilmu Usuluddin, ilmu Kalam dan ilmu Tauhid

35

Page 36: Nota Pendidikan Islam

Seruan para rasul dan nabi adalah sama iaitu mengajak manusia mentauhidkan Allah s.w.t dan mentaatiNya. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku."

(Surah al Anbia’: 25)

Umat Islam sepanjang zaman mempunyai akidah yang satu, tetapi berbeza syariat bersesuaian dengan zaman mereka

Kesimpulannya

Ilmu akidah atau ilmu tauhid adalah ilmu yang membincangkan kebenaran pegangan dan keyakinan Islam bersumberkan dalil naqli (al Quran dan Hadis) serta dalil aqli (akal).

Mempelajari ilmu ini adalah fardhu ain bagi setiap orang Islam sama ada lelaki mahupun perempuan

Tauhid bermaksud mengEsakan Allah s.w.t sebagai Tuhan dari sudut Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asmak wa Sifat

2.3.2 Sumber Aqidah Kitab Allah al Quran al Karim Sunnah Rasul-Nya s.a.w. yang sahih Ijma’ al-Salaf al-Soleh.

2.3.3 Ciri-ciri Akidah

Akidah Yang Benar

Akidah yang benar ialah akidah yang bertepatan dengan al Quran dan al-Sunnah Akidah yang meyakini konsep Uluhiyyat, Nubuwat dan Ghaibiyat. Seseorang yang

mempunyai akidah yang benar, mempercayai dan meyakini dengan sungguh-sungguh kepada:

i. Allah s.w.t dari sudut kekuasaan dan ketuhananNyaii. Para Malaikat sebagai makhluk dan tentera-tentera Allah s.w.t.

iii. Para Rasul sebagai utusan Allah s.w.t dan petujuk kebenaraniv. Kitab-kitab sebagai panduan dan hidayat untuk manusiav. Hari Akhirat sebagai hari kemusnahan alam dan pembalasan amal

vi. Qadak dan Qadar iaitu pelaksanaan dan ketentuan yang berlaku semuanya dalam ilmu Allah s.w.t.

36

Page 37: Nota Pendidikan Islam

Akidah Yang Batil

Akidah atau kepercayaan yang bertentangan dengan tauhid Semua kepercayaan yang bercanggah dengan nas-nas syarak (al Quran dan as

Sunnah). Termasuk semua perilaku bertentangan dengan tauhid dan keimanan Sesetengah ulama mengatakan akidah yang batil telah terkeluar dari iktikad Ahli

Sunnah Wal Jamaah seperti golongan Muktazilah, Jabariah, Qadariah dan seumpamanya.

Namun prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menghukum kafir terhadap seseorang sehingga jelas terbukti kekafirannya

Bentuk Akidah Yang Batil

i. Syirik (menyekutukan Allah s.w.t dengan sesuatu).Dua bahagian syirik ialah: Jali (besar, nyata) seperti percaya kepada selain Allah s.w.t s.w.t. atau

memohon pertolongan dari selain Allah s.w.t seperti tangkal dan lain-lain.

Khafi (kecil, tersembunyi) seperti riak, ujub dan lain-lain

ii. Kufur (mengingkari perintah Allah s.w.t)Orang yang ingkar perintah Allah s.w.t s.w.t. dipanggil Kafir. Sebarang akidah yang tidak disandarkan kepada nas al Quran dan al Hadis yang sahih juga dianggap kufur.

2.3.4 Konsep Tauhid

Tauhid Rububiyah

“Rab” bererti pencipta, penguasa dan pentadbir juga bermaksud tuan atau raja. Dari sudut istilah bermaksud; mempercayai Allah s.w.t sebagai Rab atau Pencipta dan

Penguasa terhadap sesuatu serta mengimani bahawa tidak ada saingan dalam pemerintahanNya

Allah s.w.t adalah pemberi segala-gala dan tidak ada sesiapa yang dapat melakukan kebaikan dan keburukan melainkan dengan izinNya.

Orang musyrik juga percaya kepada tauhid ini. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah s.w.t."

37

Page 38: Nota Pendidikan Islam

(Surah Yunus: 31)

Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman:

Maksudnya: "Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah s.w.t."

(Az-Zukhruf: 87)

Dalam ayat sebelumnya Allah s.w.t berfirman:

Maksudnya: "Dan jika kamu bertanyakan mereka: Siapakah pencipta langit dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui."

(Az-Zukhruf: 9)

Tauhid Uluhiyah

Beriman dan bersaksi terhadap Rububiyyah Allah s.w.t Ia bermaksud; mentaati dan beribadah hanya kepada Allah s.w.t Yang Maha Esa

sebagaimana firman Allah dalam surah al Fatihah ayat 5:

Maksudnya: “Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.”

Beriktikad bahawa hanya Allah s.w.t yang berhak disembah, dicintai dan dipatuhi Tauhid Rububiyah hanya mempercayai kekuasaan Allah s.w.t sebagai Rab (Tuhan),

tanpa ada ketaatan dan ibadat kepadaNya berbeza dengan Tauhid Uluhiyah yang mengiktiraf, mentaati dan beribadat kepada Allah s.w.t.

Tauhid Uluhiyah juga bermaksud mentauhidkan Allah s.w.t dalam peribadatan atau persembahan. Inilah tujuan Allah s.w.t mengutuskan rasul iaitu menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyah. Firman Allah s.w.t dalam surah al Anbiyak:

Maksudnya: "Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekalian hendaklah menyembah Aku."

(Al-Anbiyak:25)

38

Page 39: Nota Pendidikan Islam

Firman Allah s.w.t lagi:

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah s.w.t dan jauhilah taghut."

(An-Nahl: 36)

Asas Keimanan Berdasarkan Kedua-dua Tauhid Ini Asal tujuan penciptaan dan hidup manusia di dunia ini adalah semata-mata untuk

beribadah kepada Allah s.w.t s.w.t. (Az Zariat :56). Ia dapat difahami dalam mafhum ibadah khususiah dan ibadat umum

Menolak segala kepatuhan dan ketaatan kepada (makhluk) selain dari Allah s.w.t s.w.t., kerana makhluk tidak boleh memberi sebarang kebaikan atau keburukan sebagaimana firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah s.w.t s.w.t. untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah s.w.t s.w.t. orang-orang yang beriman harus bertawakal."

(Surah al Taubah:51)

Membina kehidupan di dunia menurut peraturan-peraturan (syariat) Allah s.w.t. Menegakkan masyarakat manusia berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t.

Tauhid Asma’ wa Sifat

Beriktikad bahawa Allah s.w.t memiliki 99 nama-nama dan sifat yang maha sempurna, suci serta bersih dari segala kekurangan. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Hanya milik Allah s.w.t Asma ul Husna (nama-nama yang baik), maka berdoalah (kepadaNya) dengan nama-namaNya.”

(Surah al A’raf :180)

Antara kelebihan Asma ul Husna ini ialah sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

: عن ناد2 الز9 أبي من حفظناه, قال سفيان, حدثنا 7ه2 عبد2الل بن علي4 0نا حد7ثاألعرج

39

Page 40: Nota Pendidikan Islam

« : واحدة إال مائة ـ g اسما وتسعون0 تسعة للhه قال رواية هريرة0 أبي عنالو2تر يحب4 jر. و2ت وهو الجنة، د0خ0ل0 إال jأحد 0حفظها ي ال .«ـ

Maksudnya:”Allah s.w.t mempunyai 99 nama -kurang satu seratus. Barangsiapa menghafaznya, ia akan masuk syurga.Dia (sesungguhnya Allah s.w.t) itu ganjil dan suka kepada yang ganjil.”

(Hadis riwayat al Bukhari)

Menurut as Syeik Hasan al Banna ,”sesungguhnya makrifah Allah s.w.t., mentauhid dan membersihkanNya (tanzihihi) adalah setinggi-tinggi martabat akidah Islam.”

Nama, sifat dan zat Allah s.w.t tidak menyerupai makhluk (tidak bertempat dan berjisim).

Beriman kepada asmak dan sifat Allah s.w.t adalah wajib, namun bertanya tentang zatNya adalah dilarang kerana ia diluar kemampuan akal manusia.

Keimanan mestilah mengikut landasan yang sebenar tanpa takwil dan mengurang atau menambahkannya

Menjauhi dari perbalahan yang dilakukan oleh sebahagian ulamak dalam masalah ayat mutasyabihat (samar).

2.3.5 Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman

Iman yang benar menuntut seseorang itu melaksanakan amar makruf dan mencegah sebarang kemungkaran sama ada dengan tangan, lidah atau sekurang-kurangnya dengan hati (tidak redha terhadap perkara tersebut).

Islam melarang umatnya mengkafirkan orang lain kerana ia boleh merosakkan kesucian dan kekuatan umat Islam. Sabda nabi s.a.w bermaksud:

”Sesiapa yang menuduh seorang mukmin sebagai kafir, dia seolah-olah telah membunuhnya.”

(Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim)

Orang yang menolak sebahagian hadis ahad yang sahih (al Bukhari dan Muslim) pun tidak boleh dituduh sebagai kafir. Dr Nabi Yusuf a.s al Qardhawi menjelaskan: ”Sebenarnya tidak ada ruang untuk meletakkan hukum kafir dalam isu ini. Ini kerana ulama tidak mengkafirkan sesiapapun kecuali mereka yang mengingkari sunnah secara mutlak dan tidak menganggapnya sebagai sumber hukum syara’ selepas al Quran.”

Antara perkara yang membatalkan Iman seseorang ialah:

i. Menolak al Quran dan Hadith sebahagian atau keseluruhannya. Firman Allah s.w.t s.w.t.:

40

Page 41: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah s.w.t s.w.t. dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah s.w.t s.w.t. dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir). Merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya….”

(Surah al Nisa’:150-151)

ii. Menolak perkara yang dharurah dalam Islam iaitu "hukum hakam agama yang sudah jelas diketahui" sama ada dalam bentuk meninggalkan suruhan (seperti solat) atau melakukan larangan (seperti zina). Allah s.w.t menjelaskan dalam firmanNya:

Maksudnya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang mukmin, apabila Allah s.w.t s.w.t. dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.”

(Surah al-Ahzab: 36)

iii. Menolak atau tidak percaya kepada mana-mana rukun imaniv. Mempersendakan dan memperlekeh Islam secara sedar atau sengajav. Memusuhi Islam atau menolong musuh memerangi Islam (munafik)

2.4 AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

2.4.1 Pengenalan

Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) adalah golongan yang memiliki akidah yang sahih. ASWJ bermula dengan para sahabat Rasulullah s.a.w, para tabi’en, tabi’ tabi’en dan seterusnya

Istilah ASWJ mula dikenali pada kurun ke-3 selepas berlaku perpecahan di kalangan umat Islam.

Bibit perpecahan ini bermula dengan fitnah al kubra (peristiwa pembunuhan Saidina Uthman tahun 35H oleh para pelampau serta perpecahan dalam masalah politik umat Islam)

Sebenarnya ia adalah perancangan jahat Yahudi (Abdullah bin Sabak) yang mendakwa Saidina Uthman r.a. tidak berhak menjadi khalifah kerana dia mendakwa Rasul s.a.w. telah mewasiatkannya kepada Saidina Ali r.a.

2.4.2 Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah

Bahasa:Ahli bererti; orang yang pandai, pakar, mahir dan bijak

41

Page 42: Nota Pendidikan Islam

Sunnah bermaksud; jalan atau cara yang dilalui sama ada baik atau burukJama’ah ialah; para sahabat nabi saw, tabi`en dan tabi’ tabi’en serta orang yang bersama mereka

Istilah: ASWJ bermaksud orang-orang yang berpegang teguh dengan kitab Allah s.w.t, sunnah RasulNya dan para sahabat, tabi`en dan pengikut mereka sampai ke hari kiamat. Juga beriltizam dengan kedua-duanya (al Qur’an dan al-Sunnah) sama ada perkataan, perbuatan mahupun iktikad sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh para al salaf al soleh

Nama ASWJ dipopularkan oleh dua ulama besar iaitu Abu Hasan al-Asy’ari (260-330H) dan Abu Mansur Maturidi (wafat 333H)

2.4.3 Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah

Berpegang kepada dua sumber utama iaitu:i. Al Quran al Karim

ii. As Sunnah yang sahih

ASWJ juga menjadikan Ijma’ al Salaf al Soleh sebagai rujukan dalam iktikad mereka.

Hadith yang sahih dari Rasulullah s.a.w. wajib diterima dalam akidah termasuk hadith ahad (perawi tunggal).

Jika berlaku pertentangan antara nas dengan akal, nas perlu didahulukan Berbantah-bantah dalam agama adalah tercela. Tidak boleh menolak bid’ah dengan bid’ah yang baru dan wajib patuh serta

tunduk kepada Allah s.w.t s.w.t. dan Rasul secara zahir dan batin.

2.5 AJARAN SESAT

2.5.1 Pengenalan

Usaha menyelewengkan akidah Islam telah bermula sejak penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah dengan munculnya golongan munafik seperti Abdullah bin Ubai bin Salul. Mereka menarik diri dalam peperangan Uhud dan membina masjid Dhirar seperti firman Allah:

Maksudnya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu

42

Page 43: Nota Pendidikan Islam

kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).”

(Surah at Taubah ayat 107)

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., khalifah Abu Bakar r.a. berdepan dengan kemunculan nabi-nabi palsu seperti Abdullah bin Habib al Kazzab di Yamamah dan lain-lain

Seorang Yahudi bernama Abdullah bin Sabak muncul di zaman khalifah Othman bin Affan (33- 45H) memecah belahkan umat Islam dengan menyatakan jawatan khalifah adalah ’wasiat nabi’ kepada Saidina Ali dan dia mengasaskan ideologi Syiah.

Kemuncak perpecahan umat Islam menyebabkan berlaku ‘fitnah al kubra’ dan munculnya berbagai aliran politik sehingga akhirnya menular kepada masalah akidah

2.5.2 Takrif Ajaran Sesat

Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam (al Quran dan al-Sunnah) serta bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

2.5.3 Faktor Penyelewengan

i. Luaran Perancangan rapi musuh menyelewengkan akidah umat Islam seperti;

a. Missionary Kristian di benua Asia, Afrika dan Amerika dengan menggunakan strategi ekonomi dan politik sebagai topeng.

b. Missionary Kristian di India selepas keruntuhan Dinasti Moghul berjaya mengkristiankan penganut agama Hindu dan menyeleweng akidah Islam.

c. Missionary Kristian di Malaysia bermula dengan keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis (1511M) dan penjajah lain selepas itu.

Mereka datang ke negara umat Islam dengan matlamat dan slogan; “Glory, Gold and Gospel.”

ii. Dalaman Disebabkan kejahilan pengasas (syekh), sifat tamak dan keinginan memenuhi hawa

nafsunya serta menjual beragama dengan dunia. Kejahilan para pengikut dan sifat ketaatan mereka yang membuta tuli .

2.5.4 Ajaran Sesat Di Malaysia

Sejarah Ringkas.

43

Page 44: Nota Pendidikan Islam

Antara ajaran sesat yang terawal yang dikesan di Malaysia ialah ajaran Taslim. Ia dibawa oleh Mohamad bin Shafie @ Mohammad Matahari pada akhir abad ke 19

di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan berkembang ke negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Di Kelantan wujud ajaran Subud yang disebarkan pada tahun 1950an dan ajaran Martabat Tujuh pada tahun 1960-an.

Beberapa Peristiwa Ajaran Sesat di Malaysia

Pada 19 Oktober 1974 seorang ahli ajaran sesat Empat Sahabat pimpinan Syed Mutalib di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Pada 19 Ogos 1979, seramai 4 orang pengikut ajaran ilmu Kashaf pimpinan Hj. Kamarudin @ Abdullah Sani Kajang, Selangor mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor.

Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan Tuan Haji Damanhuri Hj. Abdul Wahab, imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak.

Pada 16 Oktober 1980, 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pimpinan Ahmad Nasir Nabi Ismail a.s (Kemboja) yang mengaku Imam Mahdi telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat, Johor.

Ciri-Ciri Ajaran Sesat

1. Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.

2. Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam al Mahdi.3. Mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai

manusia yang istimewa seperti Imam al Mahdi.4. Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.5. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan

tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.6. Mengaku Allah s.w.t s.w.t. menjelma di dalam diri manusia (guru).7. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang

yang masih hidup dan roh si mati juga boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

8. Mendakwa pengikut ajarannya dijamin masuk syurga dan gurunya adalah pemegang kunci pintu syurga.

9. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.10. Memohon hajat kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan seumpamanya

kerana mempercayai azimat tersebut boleh memberi kesan.11. Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah

s.a.w. secara jaga (yaqazah).12. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah

s.w.t s.w.t. melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya oleh itu dia pasti masuk syurga.

44

Page 45: Nota Pendidikan Islam

13. Memansuhkan sebahagian syariat Islam seperti sembahyang (termasuk sembahyang Jumaat), puasa, haji dengan anggapan seseorang yang telah sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat (mengamalkan suluk).

14. Mendakwa bahawa ibadat haji boleh ditunaikan di tempat lain dan tidak semestinya di Mekah.

15. Mengubah dengan sengaja ayat al Quran dan maksudnya seperti mentakwil setiap ayat al Quran dengan dakwaan ‘setiap yang zahir ada batinnya.’

16. Mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan tidak sampai kepada matlamat sebenar (hakikat).

Faktor-Faktor Ajaran Sesat

Antara faktor-faktor utama penyebaran ajaran sesat di Malaysia ialah: i. Tasawuf Falsafah (Teosofi, Wujudiah, Martabat Tujuh)

ii. Ajaran Batiniahiii. Ajaran Syiahiv. Khurafat, amalan bomoh dan tradisiv. Usaha pihak lain menjauhkan umat Islam dari al Quran dan al-Sunnah.

i.Faktor Pertama:

(a)Tasawuf Teosofi Tasawuf Teosofi menjadi punca utama kepada penyelewengan dalam ilmu tasawuf

menyebabkan munculnya ajaran-ajaran sesat. Ia banyak dipengaruhi oleh Greek, Parsi, Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha.

Mengandungi berbagai konsep seperti wahdatul wujud dan ajaran martabat tujuh dari karangan Syeikh Mohammad b. Fadhlullah Al-Burhanipuri, (W 1029H /1619M)

Antara rujukan golongan ini ialah;1) Al-Tohfah Ila-Mursalah Ila Roh Al-Nabi (Syeikh Mohammad b. Fadhlullah al

Burhanipuri, (W 1029H @ 1619M) 2) Jauhar al-Haqaeq (Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani,1690M) 3) Daqaiq al-Huruf (Abdul Rauf Singkel, Acheh 1661M) 4) Kitab Asrar al-Arifin, Syarb al ‘Asyikin dan al Muntahi (Syeikh Hamzah Fansuri

(W 1606M)5) Kitab al Durr al Nafis (Syeikh Mohammad Nafis al-Banjari (W 1778M)6) Kasyr Al-Asrar (Syeikh Mohammad Salleh bin Abdullah al Mengkabau 1922M)

(b) Tasawuf Wahdatul Wujud Percaya alam ini adalah penyataan Allah s.w.t s.w.t. yang qadim azali lagi abadi. Alam ini seperti ombak dan Tuhan seperti laut. Ombak itu kekal selagi laut itu kekal.

Tasawuf wahdatul wujud dapat dikesan sumbernya daripada Hindu dan Neoplatonisma (Dr Abdul Fatah Haron Nabi Ibrahim a.s)

45

Page 46: Nota Pendidikan Islam

(c) Ajaran Martabat Tujuh Martabat Tujuh membincangkan asal usul mula kejadian alam semesta. Ia termasuk

dalam bidang iktiqad Tasawuf Falsafah Wahdatul Wujud. Bermaksud Allah s.w.t s.w.t. Yang Maha Esa mentajalli (menampak) alam semesta

daripada Dzatnya sendiri. Tujuh Martabat tersebut ialah;

i. Ahadiyah iaitu Martabat zat qadim, azali, abadi, martabat La Taayun ertinya martabat tidak nyata.

ii. Wahidiyah; Martabat Aliah Wahdah Qadim, azali, abadi, roh iii. Wahdiyah, Martabat Taayun Thani, nyata yang kedua iaitu Roh Adam dan

Aayanthabitah iv. Alam Arwah iaitu alam segala nyawa dan alam roh aayan kharijah v. Alam Mithal iaitu kalbu sanubari bererti tempat hati

vi. Alam Ajsam iaitu alam syahadah, alam yang dipandang, alam segala martabat yang terus daripada anasir empat; air, tanah, udara dan api

vii. Alam Insan disebut insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya martabat yang dihimpunkan segala martabat ini

(d) Nur Muhamad

Nur Muhamad ialah cahaya yang dihubungkan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Nur Muhamad adalah ciptaan Allah s.w.t s.w.t. yang pertama, sebelum Dia mencipta

makhluk lain. Cahaya ini dicipta dari Nur Allah s.w.t, pada asal kewujudannya. Nur ini sama dengan rupa kejadian Nabi Muhammad s.a.w.

Dinamakan juga sebagai al Aqlal Awwal, al Insanul Kamil, Qutub, Ghaus dan lain-lain. Ia berkait dengan martabat yang kedua dari ‘Martabat Tujuh’

Pemikiran ini tidak terdapat dalam al Quran dan hadis sahih, lebih-lebih lagi ia disifatkan sebagai qadim dan semua perkara yang ada dalam alam ini bersumber darinya (Nur Muhamad)

Syiah menggunakannya untuk meluluskan akidah mereka terhadap al-Imamah. Manakala golongan Sufi menerima Konsep al-Wilayah atau Kewalian yang ada persamaannya dengan al-Imamah dalam Syiah.

Orang Islam yang awal membincangkan konsep Nur Muhamad ialah Ibnu ‘Arabi (638H/240M) dan Abdul Karim al-Jili (832H). Antara kitab mereka ialah al Futuhat al Makiyyah, Fusus al Hikam dan al Insanul Kamil fi Ma’arifah al awa’il wal Awakhir.

Perhatian; Ahli Sunnah Wal Jamaah berpandangan bahawa asal kejadian Nabi Muhamad s.a.w.

adalah seperti manusia biasa. Ini dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t:

46

Page 47: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhamad) sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu.”

(Surah al-Kahfi: 110)

Sebenarnya kepercayaan Nur Muhamad ini adalah khurafat dan tidak bersandarkan dalil dari ayat-ayat al Quran mahupun hadis nabi s.a.w yang sahih.

Setengah kaum sufi mendakwa bahawa ilmu kasyaf kadang-kadang diambil terus dari Allah s.w.t atau dari Rasulullah s.a.w.

Sebuah hadis maudu’ dipetik dari kitab al Durun Nafis menyebut (maksudnya):

“Mula pertama Allah s.w.t s.w.t. jadikan ialah Nur Nabimu, hai Jabir, maka Allah s.w.t jadikan Nur itu segala sesuatu dan engkau adalah daripada sesuatu itu (halaman 22).”

*Hadis maudu’ ialah hadis palsu (rekaan) yang ditolak dan tidak boleh diterima pakai sebagai hujah dalam semua keadaan.

ii.Faktor Kedua:

Ajaran Batiniah

Dikenali sebagai Tasawuf Batiniah (kebatinan). Ia mengandungi fahaman tasawuf yang melibatkan 3 unsur iaitu;

i. Fahaman Hulul iaitu penyerapan Tuhan dengan hamba ii. Wahdatul Wujud dan seumpamanya

iii. Faham Syiah Nabi Ismail a.siyah dan Batiniah dan seumpamanya

Di Malaysia antara rujukan ajaran ini ialah:i. Kasyaf al Asrar (terjemahan dan susunan oleh Syeikh Mohammad Salleh bin

Abdullah Al Mengkabau (1344H/1922M).ii. Hidayah al Anwar (Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang, 1355H/1933M)

iii. Hakikat Insan (Hj Ahmad Laksamana bin Omar Kelantan,1985M) Unsur-unsur ajaran ini berasal dari Syiah Nabi Ismail Asliah Batiniah iaitu satu

gerakan yang pada mulanya dipropagandakan oleh Abdullah bin Maimon berbangsa Yahudi (165H/780M).

Bapanya Maimon b. Dalsan al-Khaddah ialah hamba kepada Jaafar al Sadiq iaitu salah seorang imam 12 Syiah.

Nikah batin yang diamalkan oleh golongan Taslim asalnya lahir dari konsep batin yang disebar oleh kumpulan Syiah Batiniah.

iii.Faktor Ketiga:

Ajaran Syiah

47

Page 48: Nota Pendidikan Islam

Syiah terbahagi kepada berbagai puak dan mazhab seperti Syiah Nusairiyah, Nizariyyah, Musta’liyah dan Druz juga Syiah Imamah.

Pada tahun 487H Imam Kerajaan Fatimi, Mesir (Syiah Nabi Ismail Asliah) yang bergelar al Mustansir Billah meninggal dunia, lalu puak Nabi Ismail Asliah berpecah dua, satu mengikut Nizar bergelar Nizariyah dan satu lagi mengikut adiknya al Musta’li lalu digelar at-Musta’liyah.

Syiah Dua Belas berakidah dengan Imamah, Wasi, Ismah, Hulul Zahir-Batin. Syiah ini berpegang kepada 4 konsep utama iaitu:

i. Zahir dan batin ii. Tanzil dan takwil

iii. Taqiyyah iv. Wasi

Sepanjang sejarah gerakan Syiah meninggalkan imej buruk terhadap Islam penuh dengan ugutan, pergaduhan, kekerasan dan pertumpahan darah.

Sekarang ini Syiah Dua Belas ini tersebar dengan meluas di Iran, sebahagian besar Iraq, Pakistan dan Lubnan.

Beberapa Penyelewengan Syiah Dari Sudut Akidah Dan Syariah ialah:i. Khalifah diwasiatkan secara nas- al wasi (imam-imam telah ditentukan oleh

Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas).ii. Imam adalah maksum (terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat

kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia). iii. Kemunculan Imam Mahdi (ar-Raj'ah) dan kumpulan orang yang telah mati untuk

memberi keadilan.iv. Berpura-pura (al Taqiyyah) iaitu menyembunyikan sesuatu yang boleh

membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya.

v. Konsep al-Mahdiah (Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar yang telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H dan akan muncul semula untuk memerintah).

vi. Menyanjung Saidina Ali (menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia disama tarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi).

vii. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah s.a.w. (mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul Bait dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar.

viii. Menghalalkan Nikah Mut'ah ix. Menambah Syahadah. (nama Saidina Ali disebut dalam syahadah selepas nama

Nabi Muhammad s.a.w). x. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahlu sunnah wal jamaah sekalipun hadith

mutawatir. (Mereka hanya berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait sahaja).

xi. Menolak Qias (menolak Qias, kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama).

xii. Mengamalkan nikah Mut'ah (nikah Mut'ah pemah diharuskan diperingkat awal Islam dalam keadaan tertentu kemudian dimansuhkan)

iv.Faktor Keempat:

48

Page 49: Nota Pendidikan Islam

Amalan Khurafat

Berpunca dari tiga unsur Sin Kritisma, Hindu-Buddha dan Animisme dan Dinisme yang dijelmakan dalam amalan-amalan perbomohan dan kesaktian.

Kepercayaan kepada unsur mistik dari pengamal ilmu hitam yang mencampurkan ayat suci dengan jampi dan mentera

Kadangkala terdapat ajaran sesat yang menggunakan unsur sihir (ilmu hitam) untuk menguasai para pengikutnya

v.Faktor Kelima

Usaha Musuh Menjauhkan Umat Islam Dari al Quran Dan as Sunnah

Perancangan jahat musuh menyelewengkan umat Islam agar tidak mengamalkan ajaran al Quran dan as Sunnah .

Golongan munafik dan zindik berusaha dan membuat berbagai propaganda antaranya:

i. Pentafsiran batin oleh golongan kebatinan dengan menyatakan al Quran ada makna zahir dan makna batin. Hanya yang batin sahaja wajib diamalkan

ii. Pentafsiran palsu ke atas ayat (seperti tafsir surah al Muddathir ayat 30 dan 31 oleh Rashad Khalifa).

iii. Pentafsiran dengan angka (teori simbolik angka 7 dan 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah dan 12 ”La ilaha ill Allah” berjumlah 19 huruf (Nabi Ismail Asliah, Kisaniah dan Qaromitah)

iv. Penetapan tarikh berlakunya kiamat.

Ancaman Kepada Ummah Dan Negara

Mencela ulama dan fuqaha Mereka bahagikan ulama kepada dua iaitu;

i. Ulama zahir dan batin yang mempunyai maqam tinggi dan mengetahui ilmu hakikat.

ii. Ulama zahir ialah ulama yang hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama yang ada hari ini.

Membuat takwilan dalam agama; guru ajaran sesat dengan berani melakukan takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al Quran dan hadis nabi s.a.w. dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie seperti mentakwil angka dan pandangan huruf dengan maksud tertentu.

Kepentingan peribadi dan seks; seperti inginkan kedudukan, pangkat kebendaan dan seks bebas dengan mengamalkan Nikah Batin (yang dinikah itu namanya manikam, maharnya ialah air mani, walinya Allah s.w.t, saksinya Kiraman-Katibin disebut dalam ajaran Tariqatul Islam).

Antara gerakan yang menafikan kebenaran sumber Islam dan cuba menyelewengkan syariat Islam ialah:

49

Page 50: Nota Pendidikan Islam

i. Ajaran Crypto Mokhtar Hassan di hukum di Mahkamah Syariah (Kuang Selangor, 1978) ajaran ini menafikan al Quran, membatalkan ibadat sembahyang dan lain-lain.

ii. Ajaran Taslim (difatwa sesat oleh Jawatankuasa Kedah 1969) ajaran ini kadang-kadang mengurangkan pengerjaan ibadat sembahyang dan puasa.

iii. Ajaran Tajalli @ Hakikat Insan Ahmad Laksamana, Kelantan (dihukum di Kelantan tahun 1986). Ajaran ini memperkecilkan ulama syariat dan telah tersebar ke serata negeri.

iv. Ajaran Mohd. Nasir Nabi Ismail a.s Kemboja (Batu Pahat 1980) yang menafikan fardhu Jumaat serta menyalahkan orang lain, akhirnya telah menyerang Balai Polis Batu Pahat.

v. Kumpulan Anti Hadis (Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan mengharamkannya Januari 1986)

Implikasi Terhadap Kemurnian Akidah Dan Keselamatan

1. Rosaknya akidah dan berlaku penyelewengan dalam ibadat .2. Berlaku perpecahan dalam masyarakat Islam kerana pengikut ajaran sesat sangat taat

kepada ‘syeikh’ (guru) mereka. Ahli kumpulan ditegah berkahwin dengan orang yang bukan dari ahli mereka. Ini melahirkan sikap fanatik dan prasangka buruk kepada orang lain.

3. Timbulnya berbagai-bagai keganasan di dalam masyarakat seperti kes Tajul Ariffin yang mendakwa dirinya Imam Mahdi telah menyerang Tuan Hj. Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab pada 5 Julai 1979, di masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak. Ini berikutan keengganan orang lain mengiktiraf dirinya sebagai Imam Mahdi.

4. Berlakunya keretakan dalam keluarga kerana pengikut ajaran ini akan menghabiskan masa siang dan malam bersama ‘syeikh’ (guru) dan rakan kumpulan sahaja. Segala pengorbanan harta benda, wang dan tenaga dicurah untuk kepentingan guru dan kumpulan tanpa menghiraukan diri dan keluarga.

Kesimpulan.

Manusia bertanggungjawab terhadap masa depan kehidupannya akhirat. Mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa atas dosa atau kekufurannya. Semuanya akan kembali pada diri mereka masing-masing. Sekiranya Allah kehendaki nescaya seluruh penduduk alam ini beriman dan taat kepadaNya. Firman Allah:

Maksudnya:“Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya ?”

(Surah Yunus : 99)

50

Page 51: Nota Pendidikan Islam

RUJUKAN.

1. Abdul Karim Zaidan Dr, (1987), Usul Dakwah, Darul Wafa, Kaherah2. Al Mausu’ah al Muyassarah fi al Adyan wal Mazahib al Mu’asarah, An Nadwah

al Alami lil Syabab al Islami (WAMY), Riyad.3. Al Quran al Karim4. Al Quran Digital (Ayat dan terjemahan version 2.1)5. Al-Mushaf (digital), Kaherah6. Buku Rujukan Pendidikan Akidah Islam, Kolej Matrikulasi Melaka7. Imam Nawawi; (1986), Hadis 40, al Ittihad al Islami al Ali8. Jakim, Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia (1999)9. Kertas kerja seminar perbandingan agama, (2002), Melaka 10. Laman web Jakim: http://www.islam.gov.my/ppi/faktorasesat.html11. Laman web Jakim: http://www.islam.gov.my/artikel/syiah1.html12. Mohamad Sayid Tantawi Dr; (1987), Banu Israel fi al Quran wa Sunnah, az Zahrak

lil Iklam, Kaherah.13. Muhammad Sayed al Wakil Dr; 1987 (1408H), Jaulah Tarikhiyah fi Asril Khulafak

ar Rasyidin, Darul Mujtamak, Jeddah, Saudiah Muhammad Abdullah al Khatib da14. Muhammad Abdul Halim Hamid, (1990) Nazarat fi risalah at Taklim, Kaherah 15. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester, (2002),Bible dan Kandungannya, Kertas

kerja Seminar Perbandingan Agama Sebagai Wasilah Dakwah, Melaka16. Muhammad Fitri bin Abdullah, (2002), Berdakwah kepada Masyarakat Hindu,

Kertas kerja Seminar Perbandingan Agama Sebagai Wasilah Dakwah, Melaka 17. Saifuddin Md Rasip Dr, (2002), Konsep Agama-agama Dunia, Kertas kerja

Seminar Perbandingan Agama Sebagai Wasilah Dakwah, Melaka18. Sayid Sabiq; (1999), Akidah Islam (terjemahan), Pustaka Nasional Singapura.19. Siti Norbaya bt Abd Kadir, (2003), Ajaran sesat, Al Hidayah Publishers, Kuala

Lumpur20. Nabi Yusuf a.s al-Qardhawi Dr, (2004), Kebangkitan Islam (terjemahan), Pustaka

Salam, Kuala Lumpur 21. Safuan Ustaz , (2005), Kertas kerja Akidah Islam, Kolej Matrikulasi Kedah

51

Page 52: Nota Pendidikan Islam

SYARIAH ISLAMIAH

3.1. PENGENALAN SYARIAH

3.1.1 Sejarah Syariah

Perkataan Syariah Islamiah dikenali juga sebagai agama Islam atau Din al Islam. Sejak Nabi Adam a.s. diutus oleh Allah s.w.t. ke bumi sebagai khalifah untuk mentadbir dan menjalani kehidupan di bumi, Allah s.w.t telah menurunkan syariah (agama) sebagai peraturan melalui wahyuNya supaya Nabi Adam a.s. serta zuriatnya dapat menjalani kehidupan dengan aman dan sejahera.

Syariah-syariah terdahulu bergantung kepada pelbagai sumber, contohnya syariah Nabi Musa a.s. yang berasaskan kepada kitab Allah s.w.t. iaitu Taurat, kemudian ditokok tambah oleh ulama mereka dan seterusnya dinamakan dengan Talmud. Syariah Nabi Isa a.s. bersumberkan kepada kitab Injil dan Taurat. Syariah Islam pula bersumberkan kepada al Quran dan al Sunnah sebagai asas, seterusnya ijmak ulama dan qias sebagai cabangnya.

Syariah Islam bermula apabila wahyu pertama diturunkan iaitu pada 17 Ramadhan tahun ketiga belas sebelum Hijrah, bersamaan tahun 610 Masehi. Ianya adalah titik permulaan kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.. Wahyu yang diturunkan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun, iaitu sepanjang umur Nabi Muhammad s.a.w. sesudah baginda dilantik oleh Allah s.w.t. sebagai rasul.

Syariah Islam adalah untuk semua golongan manusia dan jin. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

(Surah al Zariat : 56)

Maksudnya : “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”

(Surah Saba’ : 28)

Sabda Rasulullah s.a.w. :

52

Page 53: Nota Pendidikan Islam

.ن2 ع0ن2 7اسw اب ول, ق0ال0 ق0ال0 ع0ب س, 7ه2 ر0 وسلم عليه الله صلى الل,ع.ط2يت, g أ 0م. خ0م.سا ,ع.ط0ه,ن7 ل دj ي 0ح0 .ل2ى أ 0 ق0ب ,ه, و0ال 0ق,ول g أ .ت, ف0خ.را ,ع2ث 2ل0ى ب إ

,ل9 0ح.م0ر0 ك و0د0 أ س.0 . و0أ

Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas telah berkata, sabda Rasulullah s.a.w. : Aku diberikan lima perkara, tidak diberikan kepada seseorangpun sebelumku dan tidak aku mengatakannya kerana kebanggaan ; aku diutuskan untuk seluruh merah dan hitam.”

(Hadith riwayat Ahmad)

3.1.2 Definisi Syariah

Syariah dari segi bahasa bermaksud sumber atau jalan. Dari segi istilah pula para ulama mendefinisikan sebagai hukum yang diperundangkan oleh Allah s.w.t. ke atas hambaNya melalui lisan rasulNya.

Hukum bermaksud perintah Allah s.w.t. mengenai perbuatan mukallaf. Hukum dinamakan “syariah” kerana kedudukannya yang lurus, sistemnya benar dan tidak menyimpang dari tujuan yang benar.

Apabila perkataan syariah disandarkan kepada Islam ia memberi bermaksud syariah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. merupakan khusus untuk agama Islam. Ini bererti Syariah Islamiah digunakan bagi maksud keseluruhan ajaran Islam. Dalam konsep ini ia sinonim dengan Din al Islam dan Millah, yang biasanya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai agama Islam.

Pembahagian Syariah Islam

i. Hukum-hukum i’tiqadiah. Iaitu yang bersangkut paut dengan hati nurani manusia dalam hubungannya dengan Allah s.w.t. Merangkumi ilmu tauhid dan dinamakan juga sebagai hukum-hukum asliah dan akdiah.

ii. Hukum-hukum wijdaniah. Iaitu berkenaan dengan akhlak, mendidik dan membersihkan jiwa, termasuk ilmu tasauf.

iii. Hukum-hukum amaliah. Iaitu berkenaan dengan perbuatan mukallaf dan tindakannya, sama ada ibadah mahupun muamalah. Hukum amaliah dinamakan juga sebagai ilmu fekah.

Sebahagian ulama memakai istilah syariah berkenaan dengan hukum-hukum amaliah (fekah) sahaja, berdasarkan firman Allah s.w.t. :

53

Page 54: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya :”Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syari’at dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing).”

(Surah al Maidah : 48)

Maksud syir’ah dalam ayat di atas adalah hukum-hukum amaliah. Ini kerana hukum-hukum i’tikadiah dan wijdaniah (akhlak) tidak berubah dalam agama samawi. Adapun syariah nabi-nabi terdahulu adalah berbeza-beza dan mempunyai hukum-hukumnya yang tertentu.

Perbezaan Antara Syariah Dan Fiqah

i. Syariah bersifat sempurna dan tidak berubah, sedangkan fekah terus berkembang dan berubah menurut perbezaan tempat, masa dan orang yang memahaminya.

ii. Syariah adalah berlandaskan al Quran dan al Sunnah yang sahih dan tidak boleh mengingkarinya, sedangkan fekah berlandaskan pemikiran dan pandangan dari nas-nas yang boleh diikuti dengan berpegang kepada dalil yang lebih kuat.

iii. Hukum syariah kebenarannya mutlak, sementara pemahaman fuqaha ada kemungkinan salah.

Kesimpulan

Penggunaan perkataan syariah membawa kepada dua maksud :

Pertama : Syariah Islamiah bermaksud agama IslamKedua : Syariah Islamiah bermaksud hukum-hukum amaliah.

Umumnya pada masa kini penggunaan perkataan Syariah Islamiah lebih dikenali sebagai hukum-hukum amaliah sahaja atau dikenali juga sebagai al fiqh al islami, dan inilah yang dimaksudkan dalam perbincangan di sini.

3.1.3 Prinsip-Prinsip Syariah Islam

Islam adalah agama yang menjaga keperluan manusia dan menjamin kebahagiaan melalui hukum-hukum yang telah disyariatkan. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa prinsip asas sebagai rahmat kepada manusia.

i. Mudah

Syariah Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk memberi kemudahan kepada kaum muslimin. Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”

54

Page 55: Nota Pendidikan Islam

(Surah al Baqarah : 185)

Contoh :

i. Bersolat dalam keadaan duduk bagi mereka yang tidak mampu berdiri.ii. Memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat dan menghimpunkan

dua solat dalam satu waktu bagi orang yang musafir.

ii. Beransur-ansur

Syariah Islam diperundangkan ke atas manusia secara berperingkat-peringkat dan ajarannya dijelaskan secara sedikit demi sedikit. Ini membolehkan umat Islam menyesuaikan dengan cara hidup Islam.

Contoh :

i. Pengharaman arak. Pada peringkat pertama Allah s.w.t. memberitahu arak itu mempunyai kebaikan dan keburukan. (al Baqarah : 129). Peringkat yang kedua Allah s.w.t. memerintahkan kepada umat Islam agar tidak mendirikan solat dalam keadaan mabuk (al Nisa : 43). Peringkat seterusnya Allah s.w.t. mengharamkan arak daripada diminum (al Maidah : 90).

ii. Larangan bercakap ketika solat. Pada peringkat awal solat diwajikan, para sahabat nabi s.a.w. bercakap ketika solat, sehinggalah Allah s.w.t menurunkan ayat memerintahkan supaya diam (al Baqarah : 238).

iii. Adil

Syariah Islam juga bertujuan untuk menegakkan keadilan secara menyeluruh, tidak hanya di kalangan umat Islam bahkan bagi umat manusia seluruhnya.

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(Surah al Maidah : 8)

55

Page 56: Nota Pendidikan Islam

Contoh :

i. Tindakkan tegas diambil oleh Rasulullah s.a.w. jika anaknya melakukan jenayah.

0و. 0ن7 ل .ت0 ف0اط2م0ة0 أ 2ن ق0ت. م,ح0م7دw ب ر0 0ق0ط0ع.ت, س0 0د0ه0ا ل ي

Maksudnya : “ Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya.”

(Hadith riwayat al Bukhari)

ii. Saidina Umar al Khattab melaksanakan hukuman rotan ke atas anaknya yang meminum arak.

3.1.4 Tujuan Syariah Islam

Pada umumnya hukum syariah bertujuan untuk menjaga maslahah atau kebajikan manusia yang mencakupi kebajikan individu dan masyarakat.

i. Menjaga agama

Agama merupakan satu keperluan kepada setiap manusia, kerana ia mengatur kehidupan manusia, menyatakan hubungannya dengan Tuhan dan hubungan manusia dengan manusia. Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam….”

(Surah Ali Imran : 19)

Contoh :

(a) Jihad disyariatkan untuk menjaga dan mengurus agama agar manusia tidak melampaui batas dan melakukan fitnah atas nama agama.

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah….”

(Surah al Baqarah : 193)

(b) Hukuman bagi orang yang murtad, kerana orang yang murtad mencemari dan merosakkan kemurnian agama.

56

Page 57: Nota Pendidikan Islam

Sabda Rasulullah s.a.w. :

0 0ح2ل4 ال w ام.ر2ئw د0م, ي 2م ل ه0د, م,س. 0ش. 0ن. ي 0 أ 0ه0 ال 2ل 7 إ 2ال 7ه, إ 9ى الل 0ن و0أس,ول, 7ه2 ر0 7 الل 2ال 2ح.د0ى إ 2إ 0ثw ب 0ال 7ف.س, ث 7ف.س2 الن 2الن 9ب, ب 7ي 2ى و0الث ان الز7

.م0ار2ق, ، 7ار2ك, الد9ين2 م2ن0 و0ال .ج0م0اع0ة0 الت ال

Maksudnya : “Tidak halal darah seseorang muslim yang mengucap bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawa aku Rasulullah kecuali salah satu dari tiga perkara : membunuh, penzina sudah berkahwin dan meninggalkan agama keluar dari jemaah.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)ii. Menjaga nyawa

Untuk menjaga nyawa, Islam mengharamkan pembunuhan sesama manusia tanpa hak.

Contoh :

(a) Hukuman qisas. Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.”

(Surah al Baqarah : 179)

(b) Memaafkan orang lain. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. memaaf orang-orang kafir Quraisy ketika pembukaan kota Mekah.

iii. Menjaga akal

Akal merupakan kurniaan yang paling bernilai kepada manusia. Menjaga akal mempunyai pertalian rapat dengan menjaga nyawa. Islam mensyariatkan hukum-hukum khas untuk menjaga akal.

Contoh :

(a) Mengharamkan khamr iaitu arak dan mensyariatkan hukuman hudud kepada peminumnya. Firman Allah s.w.t. :

57

Page 58: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al Maidah : 90)

Hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malek r.a :

0ن7 2ى7 أ 7ب ب0 وسلم عليه الله صلى الن .خ0م.ر2 ف2ى ض0ر0 .ج0ر2يد2 ال 2ال ب9ع0ال2 0د0 ، و0الن ل ,و و0ج0 0ب .رw أ 0ك 0ع2ين0 ب ب ر.

0 . أ

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi s.a.w. dan Saidina Abu Bakar merotan peminum arak dengan pelepah dan sandal sebanyak empat puluh kali.”

(Hadith riwayat Muslim)(b) Mengharamkan segala yang memabukkan dan boleh memudaratkan akal seperti dadah, ganjah dan sebagainya.

iv. Menjaga keturunan dan maruah

Maruah adalah sebahagian daripada manusia dan tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan fitrah manusia yang membezakannya dengan haiwan. Manusia dipuji atau dikeji kerana maruah. Bagi menjaga maruah maka Islam menggariskan hukum pekahwinan dan kekeluargaan. Contohnya dalam perkara memilih pasangan, pertunangan, pernikahan, penjagaan anak, nafkah, faraid, wasiat dan sebagainya. Selain itu Islam mensyariatkan hukum-hukum khas bagi menjaga keturunan dan maruah.

Contoh :

(a) Islam mensyariatkan hukuman hudud bagi penzina.

Firman Allah s.w.t. : ...

Maksudnya : “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat….)

(Surah al Nur : 2)

58

Page 59: Nota Pendidikan Islam

(b) Islam mengharamkan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat, kerana seolah-olah mencuri darah daging orang lain.

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah .”

(Surah al Ahzab : 5)

v. Menjaga harta

Harta merupakan wasilah yang membantu manusia bagi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Harta merupakan keperluan daruri (mesti) untuk kepentingan manusia.Bagi menjaga harta, Islam mengsyariatkan hukuman hudud.

Contoh :

(a) Mengenakan hukuman hudud kepada pencuri.

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah al Ma’idah : 38)

(b) Mengenakan hukuman hudud kepada penyamun.

Firman Allah s.a.w. :

Maksudnya : “Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan rasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya

59

Page 60: Nota Pendidikan Islam

mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”

(Surah al Maidah : 33)

3.1.5 Maslahah Syariah

Definisi Syariah

Maslahah syariah bermaksud : Kesan yang membawa kepada sesuatu perbuatan mengikut kehendak syariah yang membawa kepada merealisasi tujuan syariah bagi memperoleh kebahagian dunia dan akhirat.

Tujuan Maslahah Syariah

i. Menjaga kebajikan dan kepentingan manusia demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

ii. Mewujudkan keluarga dan masyarakat yang harmoni.iii. Untuk merealisasikan tujuan syariah yang sebenar.

Pembahagian Maslahah

Maslahah syariah boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

i. Maslahah yang boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan tempat.Contoh :

i. Hukuman takzir.ii. Pengumpulan, pembukuan dan penambahbaikkan al Quran.

iii. Pembesaran Masjid al Haram dan Masjid al Nabawi.

ii. Maslahah syariah yang tidak boleh berubah selamanya.Contoh :

i. Hukuman penzina ii. Hukuman peminum arak.

iii. Hukuman pencuri.

Keistimewaan Syariah Islam

i. Sumber dari Allah.ii. Terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan.iii. Syumul meliputi semua bidang kehidupan manusia.iv. Mengatur hukum setiap gerak geri manusia merangkumi akidah, perbuatan dan

akhlak.v. Fitrah iaitu menjaga segenap ruang manusia, jasmani dan rohani, individu dan

masyarakat serta beransur-ansur dalam tarbiah.vi. Sesuai sepanjang masa dan tempat.

60

Page 61: Nota Pendidikan Islam

3.2. SUMBER SYARIAH ISLAM

Pendahuluan

Sumber Syariah Islam di sini bermaksud sumber hukum fekah. Maka secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

i. Masodir Asliyah (sumber asal) iaitu :a. Al Quranb. Al Sunnah

ii. Masodir Tab’iyyah (sumber cabang) iaitu :a. Ijmakb. Qias

3.2.1 Al Quran

Definisi al Quran

Dari segi bahasa al Quran bermaksud baca. Dari segi istilah pula al Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat, diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril a.s. dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

Nama-nama lain bagi al Quran

i. Al Furqan (al Furqan : 1)ii. Al Kitab (al Zukhruf : 2)iii. Al Zikr (al Hijr : 9)iv. Al Qaul (al Qasas : 51)

Sifat-sifat al Quran

i. Huda (petunjuk) (al Baqarah : 185)ii. Nur (cahaya) (al Nisa : 174)iii. Syifa’ (pengubat) (al Isra : 82)iv. Mau’izah (peringatan) (Yunus : 57)

Bukti al Quran benar dan masih asli

i. Jaminan keaslian al Quranii. Cabaran al Quran

61

Page 62: Nota Pendidikan Islam

iii. Janji yang benariv. Penemuan sains

i. Jaminan Keaslian al Quran

Al Quran tidak mempunyai versi yang berbeza-beza seperti kitab Injil pada zaman ini. Sebaliknya al Quran mempunyai satu versi sahaja sejak turunnya sampai sekarang ini dan ia dijamin oleh Allah s.w.t. tentang keasliannya hingga hari kiamat.Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

(Surah al Hijr : 9)

ii. Cabaran al Quran

Al Quran telah mencabar mereka yang ragu dan keliru, supaya mencipta satu surah yang menyamai mana-mana surah dalam al Quran. Namun mereka lemah dan tidak mampu menyahut cabaran tersebut.

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (al Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur'an itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah jika betul kamu orang-orang yang benar.Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya; manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang kafir.”

(Surah al Baqarah : 23-24)

iii. Janji Yang Benar

Antara mukjizat dan kebenaran al Quran ialah menceritakan lebih awal lagi beberapa peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan.

62

Page 63: Nota Pendidikan Islam

Contohnya Allah s.w.t. menyampaikan khabar gembira bahawa mereka akan menakluk Mekah yang dikuasai oleh masyarakat jahiliyyah pada masa itu. Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : "Demi sesungguhnya Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid al Haram - Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidakpun) menggunting sedikit rambut kamu, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya faedah dalam penangguhan itu).”

(Surah al Fath : 27)

iv. Penemuan Sains

Asal bahan api : Tumbuhan hijau

Pakar kimia telah mendedahkan bahawa semua sumber bahan api berasal daripada titik-titik hijau yang wujud dalam tumbuhan. Titik-titik hijau tersebut dapat menyimpan tenaga bakar matahari dalam bahagian-bahagian tumbuhan. Kemudian mengubahnya menjadi unsur-unsur tumbuhan yang memudahkan kita memakan, membakar dan mengeluarkan bahan api yang terkandung dalam bahagian tumbuhan tersebut.

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu.”

(Surah Yasin : 80)

Pakar kaji bumi juga mendedahkan bahawa petrol dan semua bahan asli seperti benzin dan kerosin berasal daripada tumbuhan yang terbenam dalam tanah dan batu, kemudian bertukar bentuknya. Al Quran mengakui hakikat ini sejak 14 kurun yang lampau.

63

Page 64: Nota Pendidikan Islam

Setiap Benda Hidup : Dijadikan Daripada Air

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Dan tidakah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”.

(Surah al Anbiya : 30)

Hanya selepas sains mencapai kemajuan, kita dapat mengetahui bahawa sitoplasma yang menjadi asas setiap sel mengandungi 80% air. Selain itu, kita juga dapat mengetahui bahawa kebanyakan organisma mempunyai 50% hingga 90% air. Ini membuktikan bahawa setiap benda hidup memerlukan air untuk hidup.

Pengumpulan al Quran

Pengumpulan al Quran Pada Zaman Rasulullah s.a.w.

Pengumpulan al Quran telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Ianya telah diperintah oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat supaya menulis serta mengumpul. Secara ringkasnya pengumpulan al Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. terbahagi kepada dua iaitu :

i. Melalui hafazan : antara para sahabat yang terlibat ialah :

Khulafa al Rasyidin r.a. Muaz bin Jabal r.a. Talhah bin Ubaidillah r.a. Zaid bin Thabit r.a.

ii. Melalui tulisan: sahabat yang terlibat dalam penulisan pula ialah :

Khulafa al Rasyidin r.a. Zaid bin Thabit r.a. Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Thabit bin Qais r.a.

Pengumpulan Dan Pembukuan Al Quran Pada Zaman Saidina Abu Bakar Al Siddiq

64

Page 65: Nota Pendidikan Islam

Peperangan di dalam menumpaskan golongan murtad dan gerakan mereka di zaman Khalifah Abu Bakar r.a. telah memakan korban yang ramai. Terutama peperangan Yamamah yang berlaku pada tahun 12 Hijrah, termasuk mereka yang terbunuh merupakan para penghafaz al Quran seramai 70 orang. Saidina Umar r.a. merasakan perkara tersebut membawa ancaman besar kepada penyimpanan al Quran lalu beliau merasa perlu supaya al Quran dibukukan.

Apabila pandangannya dibentangkan kepada Khalifah Abu Bakar r.a., pandangannya ditolak atas alasan ianya tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.. Akhirnya beliau bersetuju atas dasar kepentingan (maslahah).

Peranan utama dalam melaksanakan tugas ini telah diberikan kepada Zaid bin Thabit r.a.. Naskhah yang disusun ini kemudiannya disimpan oleh Saidina Abu Bakar r.a., selepas beliau wafat berpindah pula ke tangan Saidina Umar r.a., kemudian kepada anaknya Hafsah yang diwasiatkan untuk menerimanya. Apabila Hafsah r.a. meninggal, mashaf tersebut berpindah ke tangan saudaranya Abdullah bin Umar r.a..

Pengumpulan Dan Pembukuan Al Quran Pada Zaman Saidina Uthman Bin Affan

Pada zaman pemerintahan Saidina Uthman r.a. berlakunya perselisihan pendapat tentang cara bacaan (qiraat) yang tidak sama. Perbezaan bacaan ini berlaku pada tahun 30 Hijrah. Angkatan tentera Islam yang datang dari Syam dan Iraq pada waktu itu bersiap sedia untuk berperang dengan Armenia dan Azerbaijan. Mereka yang berasal dari Syam membaca berpandukan mashaf yang ditulis oleh Ubai bin Abi Ka’ab, sementara mereka yang datang dari Iraq pula berdasarkan bacaan al Miqdad bin al Aswad r.a.. Panglima angkatan tentera Islam dalam peperangan tersebut Huzaifah bin Yaman r.a. kemudiannya datang mengadap Saidina Uthman r.a. di Madinah dan menyatakan kebimbangan beliau tentang apa yang sedang berlaku.

Menyedari bahaya ini Saidina Uthman telah mengumpulkan para sahabat untuk berbincang, beliau telah memanggil Zaid bin Thabit r.a. dan tiga tokoh lain dari suku Quraisy iaitu Abdullah bin Zubair r.a., Said bin al As r.a. dan Abdul Rahman bin Harith r.a.. Mereka diarahkan untuk menyalin mushaf yang ada tersimpan pada Hafsah dalam beberapa salinan untuk dihantar ke seluruh pelusuk negara Islam pada waktu itu.

Saidina Uthman juga telah memerintahkan supaya naskhah-naskhah lain dibakar. Setiap salinan mashaf yang dihantarkan ke daerah itu bersama seorang imam yang akan bertanggungjawab membimbing orang ramai di dalam membaca al Quran.

Abdullah bin Saib r.a. di hantar ke Mekah, al Mughirah bin Syahab r.a. ke Syam, Abu Abdul Rahman as-Silmy r.a. ke Kufah dan Amir bin Qais r.a. ke Basrah. Zaid bin Thabit r.a. ditugaskan memperbetulkan bacaan orang-orang Madinah. Akhirnya mashaf tersebut dinamakan sebagai mashaf Uthmani.

Proses mengelok dan mengindahkan mashaf Uthmani berlaku pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (65-85H) dari Bani Umaiyah.

65

Page 66: Nota Pendidikan Islam

Ubaidullah bin Ziad dan al Hajjaj bin Yusuf Assaqafi : memperbaiki tulisan pada beberapa kalimah al Quran seperti menambah huruf alif pada kalimah yang ditulis alifnya.

Abu Aswad al Duali, Yahya bin Yakmar dan Nasir bin Asim al Laytsy : meletakkan baris.

Khalil bin Ahmad al-Farahidi : meletakkan beberapa tanda dalam al Quran seperti huruf hamzah, tanda tasydid, alamat raum dan isymam.

Abu Hatim al Sajistani : meletakkan titik-titik dan baris al Quran.

3.2.2 Al Sunnah (Hadith)

Definisi al Sunnah

Menurut bahasa bererti jalan atau perangai. Dari segi istilah ialah segala apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.

Contoh-contoh al Sunnah :

1. Sunnah qauliah (kata-kata).

ة0 أبي عن .ر0 ي ول, : ق0ال0 ق0ال0 ه,ر0 س, 7ه2 ر0 7ه, ص0ل7ى الل .ه2 الل 0ي 7م0 ع0ل ل : و0س00ان2 2م0ت 0ل 0ان2 ك ان2 ع0ل0ى خ0ف2يف0ت 0ان2 الل9س0 0ت 0ق2يل ان2 ف2ي ث .م2يز0 0ان2 ال 0ت 2يب ب إل0ى ح0

ح.م0ن2 .ح0ان0 ، الر7 ب 7ه2 س, 2ح0م.د2ه2 الل .ح0ان0 ، و0ب ب 7ه2 س, 2 الل .ع0ظ2يم ال

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah berkata sabda Rasulullah s.a.w. : dua kalimah yang ringan di mulut tetapi berat di timbangan serta disukai oleh Allah iaitu

.ح0ان0 ب 7ه2 س, 2ح0م.د2ه2 الل و0ب dan 0ح0ان. ب 7ه2 س, 2 الل .ع0ظ2يم ال .” (Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim)

2. Sunnah Fi’liah (perbuatan)

.ف0ة0 ع0ن. 0ان0 ق0ال0 ح,ذ0ي ول, ك س, 7ه2 ر0 2ذ0ا وسلم عليه الله صلى الل ق0ام0 إ0ه0ج7د0 0ت 2ي وص, ل 0ش, و0اك2 ف0اه, ي 2الس9 .ب

Maksudnya : “Daripada Huzaifah r.a. berkata : apabila Rasulullah s.a.w. bangun pada malam hari untuk menunaikan sembahyang tahajjud, baginda membersihkan mulutnya dengan sugi.”

(Hadith riwayat Muslim)

66

Page 67: Nota Pendidikan Islam

3. Sunnah Taqririah (pengakuan)

و0ى ,ر. .ن2 ع0ن2 ي 7اسw اب 7ه, ع0ب ن0 2ل0 ق0ال0 أ ,ك 2د0ة2 ع0ل0ى الض7ب4 أ ول2 م0ائ س, ر0

7ه2 7م0ا وسلم عليه الله صلى الل 2ن 0ه, و0إ ك 0ر0 ول, ت س, 7ه2 ر0 الله صلى الل .وسلم عليه

Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau telah berkata : seseorang telah menjamah dhab disebelah hidangan Rasulullah s.a.w., akan tetapi Rasulullah s.a.w. membiarkannya.

(Hadith riwayat Tirmizi)

4. Sifat

,و 0ب ع2يد أ .خ,د.ر2ى9، س0 0ان0: ق0ال0 ال 2ى ك 7ب د7 الســالم عليــه الن 0شــ0 اءg أ ــ0 ي ح0اء2 م2ن0 .ع0ذ.ر0 د.ر2ه0ا، ف2ى ال 2ذ0ا خــ2 إ 0ى فــ0 أ gا ر0 .ئ ي ه, شــ0 هــ, .ر0 0ك اه, ي ــ0 ف.ن ف2ى ع0ر0

.و0ج.ه2ه2

Maksudnya : “Abu Said al Khudri berkata : Rasulullah s.a.w. lebih malu daripada seorang anak dara di dalam kamar, dan apabila dia melihat sesuatu yang dibencinya, kami mengetahui melalui air mukanya.”

(Hadith riwayat Muslim)

Al Sunnah Sebagai Sumber Hukum

Semua mazhab dalam Islam menerima al Sunnah sebagai sumber hukum Islam yang kedua sesudah al Quran. Ini adalah berdasarkan kepada perintah Allah s.w.t. supaya kita mematuhi perintah Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya….”

(Surah al Hasyr : 7)

67

Page 68: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya : “Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah….”

(Surah al Nisa’ : 80)

Sabda Rasulullah s.a.w. :

.ت, ك 0ر0 ,م. ت .ن2 ف2يك ي م.ر00 0ن. أ 4وا ل 0ض2ل ,م. م0ا ت .ت ك 0م0س7 2ه2م0ا ت 0اب0 ب 2ت 7ه2 ك 7ة0 الل ن و0س,

9ه2 2ي 0ب ن

Maksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitabullah (al Quran) dan sunnah nabiNya”.

(Hadith riwayat Malek)Pembahagian Hadith Berdasarkan Bilangan Perawi

i. Hadith Mutawatir : Hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai pada setiap peringkat dan mustahil pada akal mereka berpakat mendustakan hadith.

Contoh Hadith Mutawatir :

0ذ0ب0 م0ن. 0ى7 ك 0ع0م9دgا ع0ل . م,ت 0و7أ 0ب 0ت .ي 7ار2 م2ن0 م0ق.ع0د0ه, ف0ل . الن

Maksudnya : “Siapa yang menipu atas namaku dengan sengaja maka dia telah menyediakan tempat duduknya dalam api neraka.”

(Hadith riwayat Muslim)

ii. Hadith Ahad : Hadith yang diriwayat sejumlah perawi yang ramai tetapi tidak mencapai darjat mutawatir.

Contoh Hadith Ahad :,ؤ.م2ن, ال0 ,م. ي 0ح0د,ك 7ى أ ت ,ون0 ح0 0ك 0ح0ب7 أ .ه2 أ 0ي 2ل 2د2ه2 م2ن. إ 0د2ه2 و0ال و0و0ل

7اس2 0ج.م0ع2ين0 و0الن أ

Maksudnya : ”Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya dan manusia keseluruhannya.”

(Hadith riwayat al Bukhari)

Pembahagian Hadith Berdasarkan Diterima Atau Ditolak

1. Hadith Sahih ialah hadith yang memenuhi syarat yang diperlukan iaitu :

i. Adil

68

Page 69: Nota Pendidikan Islam

Rawi bersifat adil, sentiasa taat kepada Allah , menjauhi maksiat, sentiasa mengelakkan diri dari dosa kecil.

ii. Dhabit (sempurna ingatan) Orang yang dapat menyampaikan apa-apa yang diingati tanpa terlebih atau terkurang, daya ingatan lebih kuat daripada sifat lupanya dan

kebenarannya lebih banyak daripada kesalahannya.

iii. Sanad yang bersambung Sanad sentiasa berurutan bermula daripada generasi pertama hingga rawi

terakhir yang menulis hadith tersebut tanpa tertinggal walaupun seorang rawi.

iv. Hadith tidak berillah (cacat) Hadith tidak terdapat pada sanadnya sesuatu yang boleh merosakkan kesahihan hadith tersebut.v. Hadith tidak syaz (janggal)

Kejanggalan sesebuah hadith bergantung pada pertentangan antara sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh rawi yang makbul dengan hadith yang diriwayatkan oleh rawi yang lebih kuat disebabkan jumlah

sanadnya lebih ramai dan lain-lain.

Contoh Hadith Sahih :

2ى0 ,ن 0م, ب ال 2س. ه0اد0ة2 خ0م.سw ع0ل0ى اإل 0ن. ش0 0 أ 0ه0 ال 2ل 7 إ 2ال 7ه, إ 0ن7 الل م,ح0م7دgا و0أ.د,ه, ,ه, ع0ب ول س, 2 و0ر0 2ق0ام 0ة2 و0إ 0اء2 الص7ال 2يت 0اة2 و0إ ك .ت2 و0ح0ج9 الز7 0ي .ب 2 ال و0ص0و.م

م0ض0ان0 . ر0

Maksudnya : “Islam dibina atas lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mengerjakan haji serta puasa Ramadhan.”

(Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim)

.ن2 ع0ن2 0ن7 عنهما الله رضى ع,م0ر0 اب ول0 أ س, 7ه2 ر0 عليه الله صلى الل0 ق0ال0 وسلم .ظ,ر, : ال 0ن 7ه, ي 2ل0ى الل ر7 م0ن. إ 0ه, ج0 0و.ب 0ء0 ث 0ال ي . خ,

Maksudnya : “Daripada Ibnu Umar katanya: sabda Nabi s.a.w.: Allah tidak akan memandang orang orang yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong.”

(Hadith riwayat al Bukhari)

2. Hadith Hasan ialah hadith yang memenuhi syarat seperti Hadith Sahih tetapi ingatan para perawinya di setiap peringkat atau sebahagiannya tidak sekuat ingatan perawi Hadith Sahih.

Contoh Hadith Hasan :

69

Page 70: Nota Pendidikan Islam

0 2يم0ان0 ال 2م0ن. إ 0 ل 0ة0 ال م0ان0 0ه, أ 0 ل 2م0ن. د2ين0 و0ال 0 ل 0ه, ع0ه.د0 ال . ل

Maksudnya : “Tidak beriman sesiapa yang tidak amanah, dan tidak beragama sesiapa yang tidak berpegang janji.”

(Hadith riwayat al Baihaqi)

0ن7 g أ ج,ال 0ا ق0ال0 ر0 ول0 ي س, 7ه2 ر0 ى4 الل0 7اس2 أ .رj الن ي ط0ال0 : م0ن. ق0ال0 ؟ خ0

ه, ن0 ع,م,ر, ,ه, و0ح0س, ى4 , ق0ال0 ع0م0ل0 7اس2 ف0أ ر� الن ط0ال0 : م0ن. ق0ال0 ش0

ه, اء0 ع,م,ر, ,ه, و0س0 ع0م0ل

Maksudnya : “Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata : wahai Rasulullah siapakah manusia yang paling baik ? jawab Rasulullah; siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya. Lelaki tersebut bertanya lagi : siapakah manusia yang paling jahat? jawab Rasulullah; siapa yang panjang umurnya dan jahat amalannya.”

(Hadith riwayat Ahmad)

3. Hadith Daif ialah hadith yang tidak memenuhi satu atau lebih syarat hadith sahih dan hasan di setiap peringkat atau sebahagiannya.

Contoh Hadith Daif :

2ذ0ا م7ت2ى ف0ع0ل0ت. إ, ة0 خ0م.س0 أ ر0 0ةg ع0ش. 2ه0ا ح0ل7 خ0ص.ل 0ء, ب 0ال .ب 2ذ0ا ال 0ان0 : إ ك

0م, .م0غ.ن g ال 0ة, د,و0ال 0م0ان 0مgا و0األ 0اة, م0غ.ن ك مgا و0الز7 .... م0غ.ر0

Maksudnya : “Apabila umatku melakukan lima belas perkara maka akan ditimpa bala : apabila harta kekayaan dibolot golongan tertentu, amanah ditinggalkan, zakat kerugian….

ه0ادj، الح.الل2 ط0ل0ب, 2ن7 ج2 ,ح2ب4 الله0 و0إ .م,ؤ.م2ن0 ي 0ر2ف0 ال ت .م,ح. ال

Maksudnya : “Mencari yang halal adalah jihad, dan sesungguhnya Allah suka orang mukmin yang mahir”.

Hadith Maudu’ ialah hadith palsu yang direka oleh seseorang atau jamaah tertentu dan didakwa sebagai sabda Rasulullah s.a.w.

Contoh Hadith Maudu’ :

ول0 يا : ق2يل0 قال مالك بن أنس عن س, 2ما ، الله ر0 م9ى0 ل ، رجب س,ج7ب : ألنه قال 0ر0 0ت . ورمضان لشعبان كثيرj خيرj فيه ي

70

Page 71: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya : “Daripada Anas bin Malek telah berkata; seseorang berkata wahai Rasulullah! Mengapa dinamakan Rejab. Sabda Rasulullah : kerana untuk menampung di dalamnya kebaikkan yang bagi bulan Syaban dan Ramadan.”

Sebab : Terdapat di dalam sanad hadith di atas Ziad bin Maimun al Fakihi, beliau adalah seorang pendusta.

0م7ا ,س.ر2ى ل ق0ط0 الرابعة السماء إلى : فصرت السماء إلى ا س0,ف0اح0ة ح0ج.ر2ى ف2ى ,ه0ا ، ت 0د2ى ف0أخ0ذت 2ي ج0 ، ف0انف0ل0ق0ت ، ب م2نه0ا ف0خ0ر0

اء 0ق0ه7قه ح0و.ر0 : قالت ؟ أنت لمن ، تكلمى ، لها فقلت, ، تهيدgا للمقتول عنه. الله رضى عفان بن عثمان ش0

Maksudnya : “Ketika aku diangkat ke langit ; apabila aku menaiki langit yang keempat lalu jatuh sebiji epal di atas ribaku, maka aku ambilnya lalu aku belah, maka keluarlah daripadanya bidadari sambil ketawa, aku berkata kepadanya, katakan untuk siapakah kamu? Jawabnya : untuk orang dibunuh mati syahid iaitu Uthman bin Affafn r.a.. ”

Sebab : Di dalam sanadnya seorang perawi yang bernama 2Abu Jaafar Muhammad bin Sulaiman bin Hisyam, beliau adalah seorang pendusta.

3.2.3 Ijmak Ulama

Definisi Ijmak Ulama

Ijmak ulama ialah persetujuan seluruh ulama mujtahidin dari umat Nabi Muhammad selepas kewafatan baginda s.a.w. pada sesuatu zaman berkaitan hukum syarak.

Hukum Beramal Dengan Ijmak

Segala hukum yang telah disepakati oleh seluruh ulama mujtahid wajib dipatuhi dan beramal dengannya oleh setiap umat Islam.

Ijmak Sebagai Sumber Hukum

Hukum yang telah disepakati oleh semua ulama mujtahidin tentang sesuatu perkara, maka hukum tersebut merupakan hukum agama yang menjadi sumber selepas al Quran dan al Sunnah (hadith). Ijmak yang telah disepakati tidak boleh diubah.

71

Page 72: Nota Pendidikan Islam

Firman Allah s.w.t. :

.

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “ulil amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al Quran) dan (sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

(Surah al Nisa’ : 59)

Sabda Rasulullah s.a.w. :

0م2ع, ال ت 0ج. م7ت2ي ت, 0ةw ع0ل0ى أ . ض0الل

Ertinya : “Tidak akan bersepakat umatku dalam perkara kesesatan.” (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Syarat Ijmak

i. Ahli-ahli ijmak terdiri daripada para mujtahidin.ii. Ahli mujtahidin sekurang-kurangnya dua orang.iii. Hal yang disepakati adalah masalah fiqhiyah yang tiada ketentuan hukumnya

dalam al Quran atau al Sunnah.iv. Persepakatan berlaku selepas wafat Rasulullah s.a.w.

Pembahagian Ijmak

i. Ijmak sorih ( صريح ): Persepakatan berlaku antara semua mujtahid secara jelas.ii. Ijmak sukuti ( سكوتي ) : Terdapat segelintir mujtahid mendiamkan sahaja, tanpa

menafi mahupun menolak sesuatu hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid yang lain.

Jenis-Jenis Ijmak

i. Ijmak Khulafa’ al Rasyidin : Iaitu persepakatan pendapat terhadap sesuatu dikalangan sahabat Rasulullah s.a.w. yang empat iaitu saidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali r.a.

ii. Ijmak Ahli Madinah : Iaitu persepakatan pendapat terhadap sesuatu dikalangan ulama Madinah.

72

Page 73: Nota Pendidikan Islam

iii. Ijmak ulama : Iaitu persepakatan pendapat terhadap sesuatu dikalangan ulama pada sesuatu masa tertentu.

3.2.4 Qias

Definisi Qias

Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al Quran, al Hadith atau ijmak ulama dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya (asal) di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan persamaan pada illah (sebab) hukum pada keduanya.

Hukum Beramal Dengan Qias

Wajib bagi setiap umat Islam beramal dengan hukum yang telah ditetapkan oleh ulama melalui qias.

Qias Sebagai Sumber Hukum

Qias merupakan sumber hukum yang keempat selepas al Quran, al Sunnah dan ijmak.

Firman Allah s.w.t. :

Ertinya : "Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu ) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”

(Surah al Hasyr : 2)

Ayat ini menyarankan supaya kita mengambil iktibar daripada peristiwa yang telah berlaku termasuk dalam menentukan hukum yang baru.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

وهذه هذه سواء، والضرس الثنية سواء، االسنان سواء، االصابعوالخنصر االبهام يعني سواء

Maksudnya : "Jari-jari sama, gigi-gigi sama, gigi depan dan gigi garham adalah sama, ini dan ini sama, iaitu jari telunjuk dan anak jari.”

Hadith menjelaskan wajib membayar diat bagi jenayah qisas, tanpa membezakan antara jari-jari, gigi depan atau gigi garham.

Contoh Qias

73

Page 74: Nota Pendidikan Islam

i. Minuman tuak diharamkan (hukum baru), berdasarkan qias kepada hukum haram arak (hukum asal) kerana illah (sebab) yang sama iaitu memabukkan.

ii. Merokok diharamkan (hukum baru), berdasarkan qias kepada hukum haram arak (hukum asal) kerana illah (sebab) yang sama iaitu memudaratkan.

3.2.5 Ijtihad

Definisi Ijtihad

Menurut bahasa perkataan ijtihad bermaksud usaha bersungguh-sungguh bagi mencapai sesuatu. Menurut istilah ijtihad bermaksud mencurahkan sepenuh tenaga untuk mendapatkan hukum syarak yang berbentuk amali, dengan cara istimbat daripada dalil-dalil dan sumber syarak.

Hukum Ijtihad

Hukum berijtihad adalah harus, namun boleh berubah mengikut keadaan, masa dan tempat. Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin mengatakan bahawa “menyiapkan segala sesuatu yang diperlukan seperti barang tenunan, jahitan, pertukangan dan sebagainya adalah fardu kifayah”. Jelasnya ijtihad termasuk dalam fardu kifayah.

Syarat Mujtahid (orang-orang yang berijtihad)

i. Menguasai bahasa Arabii. Menguasai tafsir ayat-ayat ahkamiii. Menguasai hadith-hadith ahkamiv. Menguasai ayat-ayat nasikh dan mansukhv. Mengetahui ijmak ulamavi. Menguasai ilmu usul fekahvii. Menguasai kaedah-kaedah fiqhiyah

Sebab-Sebab Ijtihad Diperlukan

i. Hukum-hukum yang terkandung di dalam al Quran, hadith dan ijmak adalah bersifat umum.

ii. Memudahkan kepada umat Islam beramal.iii. Mengembangkan hukum-hukum yang sesuai sepanjang zaman.

Peranan Ijtihad

74

Page 75: Nota Pendidikan Islam

i. Menjelaskan hukum antara al Quran dan al Sunnah.

0ه0ى 7ذ.ر2 ع0ن2 النبي ن 7ه, و0ق0ال0 الن 2ن 0 : إ 2ى ال .ت 0أ .رw ي ي 2خ0 7م0ا ب 2ن ج, و0إ 0خ.ر0 ت ,س. 2ه2 ي ب0خ2يل2 م2ن0 .ب . ال

Nabi s.a.w. melarang nazar dan bersabda : “Sesungguhnya ia tidak dapat menolak apa-apa, hanya ia mengeluarkan harta orang bakhil.”

(Hadith riwayat Muslim)

Pada zahir al Sunnah ini nazar adalah sesuatu yang dibenci syarak. Ini menyanggahi al Quran yang memuji mereka yang menunaikan nazar.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya : “(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.”

(Surah al Insan : 7)

Dalam hal ini ijtihad perlu dilakukan tentang sebab larangan Nabi s.a.w terhadap nazar demi menyelaraskan hukum yang terkandung dalam al Quran dan al Sunnah. Justeru nazar yang dilarang dalam al Sunnah di atas ialah berkaitan dengan mereka yang memudah-mudahkan nazar atau kepada mereka yang beriktikad nazar mampu menghalang qadar.

ii. Menjelaskan percanggahan hukum fekah di dalam al Sunnah.

عليه الله صلى الله رسول : قال قال عنه الله رضى أنس عنw م2ن. : م0ا وسلم 2م ل 0غ.ر2س, م,س. ا ي gس و. ، غ0ر.

0 ع, أ ر0 0ز. عgا ي ر. ,ل, ، ز0 .ك 0أ ف0ي.ه, .رj م2ن و. ط0ي

0 انj أ .س0 2ن و. إ0 0ه2يم0ةj أ 7 ، ب 2ال 0ان0 إ 0ه, ك 2ه2 ل . ص0د0ق0ةj ب

Daripada Anas bin Malik r.a.: Katanya: Sabda Rasulullah s.a.w : “Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah.”

(Hadith riwayat al Bukhari)

عليه الله صلى الله رسول : قال قال مسعود بن الله عبد عن0 وسلم 7خ2ذ,وا : ال 0ت .ع0ة0 ت ,وا الض7ي غ0ب 0ر. 0ا ف2ى ف0ت .ي .الد4ن

75

Page 76: Nota Pendidikan Islam

Daripada Abdullah bin Mas‘ud, katanya: Sabda Rasulullah s.a.w: “Jangan kamu memiliki al dhay‘ah (kebun atau perniagaan), nanti kamu cintakan dunia.”

(Hadith riwayat Tirmizi)

Hadith pertama menggalakkan untuk bercucuk tanam, secara tidak langsung menggalakkan atau mengizinkan memiliki ladang atau kebun yang membolehkan kita bercucuk tanam. Manakala hadith kedua melarang memiliki kebun dan perniagaan.

Percanggahan yang terdapat pada zahir kedua-dua hadith ini diselesaikan dengan berijtihad. Larangan nabi s.a.w. itu di dalam hadith yang kedua ditujukkan kepada sesiapa yang memiliki kebun atau perniagaan akan meninggalkan urusan agama.

iii. Meluaskan hukum fekah dalam hadith

وسلم عليه الله صلى الله رسول : قال قال هريرة أبي عن.خ0م.ر, .ن2 م2ن. : ال 0ي .ن2 ه0ات 0ي ت ج0ر0 0ة2 الش7 ل 7خ. 0ة2 الن 0ب .ع2ن .و0ال

Daripada Abu Hurairah katanya : sabda Rasulullah s.a.w: “Arak dari dua pokok ini iaitu tamar dan anggur.”

(Hadith riwayat Muslim)

Berpandukan hadith ini seolah-olah arak hanya dibuat dari tamar dan anggur sahaja. Pandangan ini adalah sempit disebabkan tidak memahami pengaruh tempat dalam pembentukan Sabab al-Wurud (sebab keluarnya hadith). Sedangkan arak itu sebenarnya adalah daripada setiap yang memabukkan berdasarkan hadith :

.ن2 ع0ن2 ول, ق0ال0 ق0ال0 ع,م0ر0 اب س, 7ه2 ر0 ,ل4 وسلم عليه الله صلى الل كwك2ر امj م,س. ,ل4 ح0ر0 2رw و0ك ك . خ0م.رj م,س.

Daripada Ibnu Umar Nabi s.a.w. bersabda : “Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram dan tiap-tiap yang memabukkan adalah arak.”

(Hadith riwayat Nasaie)

3.3. KONSEP-KONSEP UMUM SYARIAH

3.3.1 Ibadah

Ibadah dari sudut bahasa : Merendah diri, tunduk, patuh dan taat.

76

Page 77: Nota Pendidikan Islam

Dari sudut istilah pula ialah : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Al Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai ubudiyyah dan ketaatan.

Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.”

(Surah al Baqarah : 172)

Pembahagian Ibadah

Menurut Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi di dalam kitabnya “Ibadah dalam Islam” ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.

Ibadah khusus

i. Ibadah khusus yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam rukun Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji. Dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

ii. Ibadah khusus yang sunat dilakukan seperti doa dan zikir dan seumpamanya.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

4وا 0م0ا ص0ل 2ي ك ,م,ون .ت أي ص0ل9ي ر0, أ

Maksudnya : “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang”.(Hadith riwayat al Bukhari)

Ibadah Umum

Amalan selain daripada ibadah khusus yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.

Syarat Amal Untuk Mendapat Status Ibadah

77

Page 78: Nota Pendidikan Islam

Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi di dalam bukunya “Ibadah Dalam Islam” telah memberikan syarat-syarat supaya sesuatu itu mendapat status ibadah :

i. Amalan-amalan yang dikerjakan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam dan tidak bercanggah dengan hukum tersebut.

ii. Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik atau kerana Allah.iii. Amalan tersebut mestilah dilakukan dengan seelok-eloknya bagi menepati apa

yang ditetapkan oleh Rasulullah, sabdanya yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya”.

(Hadith riwayat Muslim)iv. Ketika membuat amalan tersebut, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum

syarak dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu, tidak menindas orang lain dan tidak merampas hak-hak orang.

v. Tidak mengabaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat dan sebagainya dengan melaksanakan ibadah-ibadah umum.

Salah Faham Terhadap Pengertian Ibadah

i. Ibadah dalam Islam bukanlah perbuatan mengasingkan diri dari masyarakat.ii. Ibadah juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja dan tidak

perlu melalui perantaraan. iii. Ada yang menganggap ibadah itu hanya tertumpu kepada solat, puasa, zakat

dan haji sahaja. iv. Terdapat juga di kalangan umat Islam yang mengaku beribadah kepada Allah,

tetapi tindak-tanduknya menunjukkan bahawa ia melaksanakan ubudiyyah kepada sesuatu yang lain daripada Allah.

v. Terdapat juga orang yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah tidak ada kaitan dengan urusan masyarakat, terutamanya dalam bidang politik dan pemerintahan. Semua ini adalah tangapan yang salah.

Kepentingan Ibadah Dalam Membina Ummah

i. Solat yang benar-benar khusyuk akan mempengaruhi seluruh kehidupan seseorang itu sehingga ia merasakan benci untuk melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran.

ii. Ruh yang dibawa oleh sistem zakat pula mengembangkan daya kerja yang tinggi dikalangan orang-orang beriman.

iii. Tujuan utama puasa pula ialah untuk mewujudkan taqwa kepada para mukmin.

iv. Haji mendorong kesatuan umat Islam.

3.3.2 Muamalat

Definisi Muamalat

78

Page 79: Nota Pendidikan Islam

Dari segi bahasa bermaksud berkira bicara. Dari segi istilah muamalat ialah : Tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t. yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.

Objektif Muamalat Islam

i. Memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan manusia supaya dapat menghindarkan kesulitan-kesulitan yang timbul dalam kehidupan mereka dari masa ke semasa.

ii. Memajukan kehidupan manusia menurut ketetapan Allah sebagai panduan dan bimbingan kepada umat Islam.

iii. Memberi ilham kepada manusia agar bergaul dan saling bertukar ganti sama ada benda-benda atau faedah-faedah, atau jasa-jasa antara mereka baik dengan cara jual beli, pinjam meminjam, upah mengupah dan berbagai cara lain yang dilakukan di dalam kehidupan seharian.

iv. Sebagai pengabdian kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan keredhaanNya, kerana harta benda yang dikurniakan merupakan amanah Allah s.w.t..

Contoh-Contoh Muamalat

1. Muamalat yang diharuskani. Jual beli.ii. Syarikat.iii. Gadaian.iv. Mudharabah.v. Pinjaman.

2. Muamalat yang diharamkan

i. Riba.ii. Perjudian.iii. Rasuah.iv. Monopoli.v. Menjuak.

3.3.3 Munakahat

Definisi Munakahat

Dari segi bahasa memberi maksud bersatu dan berkumpul. Dari segi istilah syarak pula munakahat adalah satu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh / berseronok) di antara suami isteri dengan syarat-syaratnya.

79

Page 80: Nota Pendidikan Islam

Islam telah mensyariatkan perkahwinan serta meletakkan peraturan-peraturan yang jelas dan tepat untuk menjamin kesejahteraan masyarakat, kebahagiaan rumahtangga, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

0اح, 9ك 0لن 7ت2ي ا ن غ2ب0 ف0م0ن. س, 7ت2ي ع0ن. ر0 ن .س0 س, 0ي م0ن9ي ف0ل

Maksudnya : “Nikah adalah sunnahku maka sesiapa tidak suka akan sunnahku bukanlah ia dari golonganku.”

(Hadith riwayat Ibnu Majah)

Hikmah Perkahwinan

i. Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga.

ii. Memupuk perasaan kasih di antara suami dan isteri.iii. Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat. iv. Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah.

Perkara-Perkara Berkaitan Dengan Munakahat

i. Pemilihan calon.ii. Pertunanganiii. Walimah al urusiv. Hak dan kewajipan suami isteriv. Talakvi. Khulu’vii. Fasakhviii. Iddah

3.3.4 Jinayah

Definisi Jinayah

Dalam bahasa Arab jinayah bermaksud melakukan kesalahan. Jinayah digunakan bagi merujuk kepada kesalahan yang dilakukan terhadap tubuh badan, harta dan maruah,

Secara umumnya jinayah bermaksud kesalahan dan perbuatan yang dilarang disisi undang-undang syarak dan pesalah dihukum hudud, qisas atau takzir yang terkandung di dalam al Quran dan hadith.

80

Page 81: Nota Pendidikan Islam

Bentuk-bentuk Hukuman Bagi Kesalahan Jinayah.

i. Hududii. Qisasiii. Takzir

Hudud

Definisi Hudud

Dari segi bahasa bermaksud mencegah atau sekatan antara dua perkara dan benda ataupun halangan.

Dari segi istilah pula Had ialah satu hukuman yang telah ditetapkan terhadap sesuatu kesalahan dan jinayah dan yang berkaitan dengan hak Allah s.w.t..

Jenis-Jenis Jinayah Hudud

i. Mencuri di hukum potong tangan dengan syarat-syaratnya

Maksudnya : “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah al Maidah : 38)

ii. Merompak di hukum potong tangan dan kaki secara bersilang dengan syarat-syaratnya. Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya

81

Page 82: Nota Pendidikan Islam

mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar”.

(Surah al Ma’idah : 33)

iii. Berzina di hukum sebat atau rejam dengan syarat-syaratnya

...

Maksudnya : “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat...”

(Surah al Nur : 2)

iv. Qazaf di hukum 80 sebatan dengan syarat-syaratnya

Maksudnya : “Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatanya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”.

(Surah al Nur : 4)

v. Minum arak di hukum 40 sebatan dengan syarat-syaratnya

0س2 ع0ن. 0ن .ن2 أ 2كw ب 2يh أن7 م0ال 0ب hم0 ع0ليه2 الله, ص0ل7ى ن ل ب0 وس0 ف2ي ض0ر0.خ0م.ر2 .ج0ريد2 ال 2ال 9ع0ال2 ب . و0الن 0ع2ين0 ب أر.

Maksudnya : “Daripada Anas bin Malik r.a ; bahawa Nabi s.a.w. pernah memukul pesalah minum arak dengan pelepah dan kasut sebanyak 40 kali”.

(Hadith riwayat al Bukhari)

vi. Murtad di hukum bunuh dengan syarat-syaratnya

Sabda Nabi s.a.w. :

82

Page 83: Nota Pendidikan Islam

0د7ل0 م0ن. 0ه, ب .ن ,ل,وه د2ي ,ف0اق.ت

Maksudnya : “Sesiapa yang menukar agamanya maka bunuhlah ia.” (Hadith riwayat al Bukhari)

Qisas

Definisi Qisas

Dari segi bahasa perkataan qisas yang bermaksud mengikut. Dari segi istilah ulama mendefinisikan sebagai hukuman yang setimpal terhadap penjenayah dengan jenayah yang dilakukan, sama ada membunuh atau mencederakan anggota orang lain dengan sengaja.

Jenis-Jenis Jinayah Qisas

i. Membunuh dengan sengaja di hukum bunuh.Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.”

(Surah al Nisa : 93)

ii. Mencederakan tubuh badan dengan sengaja di hukum balasan yang sama.Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Surah al Maidah : 45)

Takzir

83

Page 84: Nota Pendidikan Islam

Definisi Takzir

Takzir dari sudut bahasa bererti mencegah atau menghalang. Dari sudut istilah ialah : Satu jenis hukuman yang tidak ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh syarak tetapi hukumannya ditentukan oleh pihak pemerintah, qadi atau hakim.

Contoh hukuman takzir :

i. Buang negeri.Firman Allah s.w.t. :

Maksudnya : “Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan rasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”

(Surah al Maidah : 33)

ii. Sebatan.

Sabda Nabi s.a.w. :

2ى ع0ن. ب0 د0ة0 أ ,ر. .ص0ار2ى9 ب 0ن 7ه, األ ن

0 م2ع0 أ ول0 س0 س, 7ه2 ر0 عليه الله صلى الل0ق,ول, وسلم 0 ي 0د, :" ال ل ,ج. دj ي 0ح0 ة2 ف0و.ق0 أ ر0 و0اطw ع0ش0 س.

0 7 أ 2ال د� ف2ى إ م2ن. ح07ه2 ح,د,ود2 الل

Maksudnya : Daripada Abu Burdah al Ansari, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seseorang tidak akan didenda lebih dari sepuluh kali sebatan kecuali hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah.”

(Hadith riwayat Muslim)

Contoh Takzir Di Malaysia

i. Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 di bawah seksyen 29 (a) (b) - Mana-mana orang mukallaf yang berkhalwat boleh di denda tidak

84

Page 85: Nota Pendidikan Islam

melebihi RM3,000.00 atau tidak melebihi 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

ii. Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 di bawah seksyen 19 (a) (b) - Mana-mana orang mukallaf yang tidak menghormati Ramadhan boleh di denda tidak melebihi RM2,000.00 atau tidak melebihi 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Hikmah Hukuman Jinayah

i. Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya.

ii. Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah tuduh-menuduh.

iii. Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.

iv. Menjaga keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri. v. Menjaga hubungan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di

dalam negara Islam.

3.4. KAEDAH FEKAH

3.4.1 Definisi

Dari sudut bahasa kaedah bermaksud asas, fekah pula membawa maksud kefahaman.

Dari sudut istilah bermaksud prinsip-prinsip fekah yang bersifat umum dalam bentuk nas-nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.

Peranan Dan Kepentingan Kaedah Fekah.

i. Untuk memahami hukum sesuatu masalah yang tidak terdapat di dalam buku-buku fekah.

ii. Dapat menjimatkan masa untuk memahami sesuatu masalah di dalam kitab-kitab fekah secara umum.

3.4.2 Contoh-Contoh Kaedah Fekah

Kaedah Pertama :

,م,و.ر, 0أل 2م0ق0اص2د2ه0ا ا ب

85

Page 86: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya : “Setiap perkara mengikut tujuannya (niat)”.

Contoh :

i. Belajar dengan niat kerana Allah akan mendapat pahala sebaliknya belajar kerana untuk membangga diri akan mendapat dosa.

ii. Berpakaian kerana menutup aurat akan mendapat pahala sebaliknya berpakaian kerana meniru gaya orang lain adalah haram.

Kaedah Kedua :

.ن, 0ق2ي .ي 0ل ال, ال ا ,ز0 ك2 ي 2الش7 ب

Ertinya : “Yakin tidak dihilangkan oleh keraguan”.

Contoh :

i. Sesiapa yang yakin berwuduk kemudian ragu-ragu terbatal wuduk maka dikira masih berwuduk.

ii. Sesiapa yang yakin berhadas kemudian ragu-ragu telah bersuci maka ia dikira berhadas.

Kaedah Ketiga :

ق7ة, .م0ش0 0ل ل2ب, ا 0ج. ير0 ت .س2 7ي الت

Ertinya : “Kesukaran mendatangkan kemudahan”.

Contoh :

i. Orang yang bermusafir diharuskan jamak dan qasar solat.ii. Orang yang bermusafir diharuskan berbuka puasa.

86

Page 87: Nota Pendidikan Islam

RUJUKAN.

1. Al Quran al Karim.2. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran.3. Prof. Dr. Haron Din. Manusia dan Islam. (1990). Yeohprinco Sdn. Bhd.4. Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi. Terjemahan Madhahl li dirasah al-Syariah al-

Islamiah. (1998). Pustaka Ilmi.

5. Dr. Yusuf Hamid al-Alim. Al-Maqasid al-Ammah li al-Syariah al-Islamiah. (1994). International Islamic Publishing House.

6. Abdul Karim Zaidan. al-Madkhal li ad-Dirasah al-Syariah al-Islamiah.

87

Page 88: Nota Pendidikan Islam

AKHLAK

4.1. KONSEP AKHLAK

Pengenalan

Manusia tidak boleh dipisahkan daripada akhlak walaupun sedetik dalam umurnya untuk meneruskan kehidupan. Segala aktiviti mereka sama ada kecil atau besar tidak terlepas daripada perkiraan sama ada pahala ataupun dosa.

4.1.1. Definisi akhlak

Bahasa

Berasal daripada perkataan Arab iaitu al-khulq. Manakala kata al-khulq adalah pecahan daripada perkataan al-khalq yang bererti ciptaan.

Dari segi bahasa pengertian akhlak ialah sifat, tabiat.Berasal dari kata jamak :

,akhlak yang bererti sifat, tabiat ( أخالق )- khalqan ( خلقا )- Khalaqa (خلق )perangai, budi pekerti dan adab.

Istilah

Akhlak bermaksud kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang melaluinya akan lahir perbuatan yang baik atau buruk.

88

Page 89: Nota Pendidikan Islam

Imam al Ghazali mendefinisikan akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang. Darinya akan terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Imam Ahmad mengatakan al-khalq adalah kejadian atau bentuk yang nampak, sedangkan al-khulq adalah perangai, tabiat, adat, maruah dan agama.

Abu Bakar Jabir al Jazairi mendefinisikan akhlak adalah satu perkara yang bersemi dalam diri seseorang yang menyebabkan lahirnya tindakan yang timbul dari kemahuan sendiri sama ada baik atau jahat.

Akhlak merupakan suatu sifat yang tetap dan sebati di dalam jiwa, di mana dengannya akan melahirkan perbuatan-perbuatan (sama ada baik ataupun buruk) tanpa perlu kepada pemikiran dan renungan terlebih dahulu.

Kesimpulannya, akhlak mempunyai makna yang sinonim dengan tabiat. Apabila perkataan akhlak dikaitkan dengan kalimah Islam, ia mencakupi segala hubungan manusia dengan makhluk.

Akhlak Islam merangkumi tiga aspek iaitu:

1. Rabbaniyah-akhlak dari Allah, akhlak terhadap Allah dan berakhlak akan mendapat ganjaran atau sebaliknya.

2. Insaniyah-akhlak terhadap manusia dan mempunyai ciri kemanusiaan (ihsan).3. Syumuliah-akhlak yang lengkap merangkumi semua perkara.

4.1.2 Definisi Moral

Moral menurut bahasa latin (moralis) daripada mos, moris yang bererti kebiasaan,perangai dan tingkah laku.

Moral adalah tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.

Berdasarkan Concise Oxford Dictionary moral bermaksud,“concerned with the principles of right and wrong behavior and the goodness or badness of human character.”

Moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkaitan dengan beberapa peraturan seperti tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adab dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.

Kesimpulannya moral merupakan tatasusila, peraturan-peraturan dan norma-norma yang menilai salah atau betul perbuatan manusia.

4.1.3 Perbezaan Antara Akhlak dan Moral

89

Page 90: Nota Pendidikan Islam

Akhlak Akhlak Islamiah berteraskan wahyu iaitu al Quran dan al Sunnah. Akhlak bersifat universal untuk seluruh manusia. Akhlak bersifat lengkap dan thabit. Bermatlamat untuk mencapai keredhaan Allah.

Moral Sumber moral adalah akal fikiran, falsafah dan adat setempat semata-mata. Moral tidak bersifat universal. Bersifat nisbi, boleh berubah-ubah dan tidak kukuh. Moral adalah perlakuan yang baik mengikut kehendak sesuatu masa dan tempat. Moral merupakan nilai-nilai tabiat (standard of behavior) atau prinsip-prinsip

benar atau salah. Moral dan etika bermatlamat untuk memenuhi kehendak manusia.

Contoh: Etika berpakaian Islam- menutup aurat.Moral- mengikut budaya dan tempat.

Kesimpulannya akhlak dan moral mempunyai perbezaan yang jelas, akhlak mempunyai aspek rohani dan jasmani sementara moral hanya mempunyai aspek jasmani.

4.1.4 Sumber-sumber Akhlak Islam

Akhlak Islam mempunyai dua sumber utama iaitu: 1. Al Quran 2. Al Sunnah

Allah s.w.t menjadikan manusia sebaik-baik kejadian kerana dikurniakan akal dan petunjuk(wahyu). Manusia tidak boleh mengatur kehidupan berdasarkan akal semata-mata kerana akal mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu yang menjadikan manusia liar dan menjadi tidak berakhlak.Oleh itu diutuskan rasul untuk membawa pengajaran agama bagi membentuk kehidupan manusia supaya berakhlak mulia seperti firman Allah s.w.t:

Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

(Surah ali Imran : 164)

90

Page 91: Nota Pendidikan Islam

..

Maksudnya : “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang baik.”

(Surah al Ahzab : 21)

Rasulullah s.a.w mempunyai akhlak yang mulia di kalangan manusia seperti yang yang dinyatakan dalam hadith Saidatina Aisyah r.a :

0ان0 ,ق,ه, ك ل آن خ, الق,ر. Maksudnya : “Akhlaknya ( Rasulullah s.a.w) itu adalah al Quran.”

(Hadith riwayat al Bukhari)

4.1.5 Dalil-dalil Akhlak:

Terdapat banyak dalil-dalil yang menerangkan tentang akhlak dalam Islam.

i. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya engkau)Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.”

(Surah al Qalam : 4)

ii. Hadith nabi s.a.w:

.خ,ل,ق ال ن, ح,س. 2ر4 الب

Maksudnya : “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik.”(Hadith riwayat al Bukhari)

iii. Hadith nabi s.a.w:

gا .ن د2ي ,ه,م. ن 0ح.س0 أ ,قgا ل خ, 7اس0 الن 0ح.س0ن0 أ 2ن7 إ

Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah orang yang paling baik agamanya.”

(Hadith riwayat al Tirmizi)

4.1.6 Kedudukan Akhlak dalam Islam

Akhlak yang mulia mesti diamalkan dalam segenap lapangan kehidupan dan disebarkan secara meluas untuk melahirkan peribadi yang mulia. Dalam Islam akhlak disamakan

91

Page 92: Nota Pendidikan Islam

dengan agama itu sendiri. Kepentingan dan ketinggian akhlak itu sendiri terkandung dalam al Quran dan al Sunnah.

i. Merupakan salah satu rukun agama yang utama dalam akidah dan syariat.Ini dijelaskan oleh baginda s.a.w dalam sabdanya:

0ق 0خ.ال األ ر2م0 0ا م0ك 0م9م0 ,ت أل .ت, ,ع2ث ب 7م0ا 2ن اMaksudnya : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

(Hadith riwayat Imam al Bukhari)

ii. Menunjukkan martabat dan kesempurnaan iman seseorang. Sabda Rasulullah s.a.w :

0خ.القgا ا ,ه, ن 0ح.س, ا gا .م0ان 2ي ا .ن0 2ي الم,ؤ.م2ن .م0ل. 0ك اMaksudnya : “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Hakim dan al Tirmizi)

iii. Perkara yang paling berat nilai timbangannya di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w :

wن ح0س0 wخ,ل,ق م2ن. ان .ز0 الم2ي ف2ى .ق0ل. 0ث ا wء ى. ش0 م2ن. م0اMaksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat di dalam timbangan (di akhirat) selain daripada akhlak yang baik.”

(Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud)

iv. Orang yang terbaik ialah yang terbaik akhlaknya. Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan kamu adalah yang terbaik akhlaknya.”

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

v. Akhlak yang baik akan menghapuskan dosa, dan akhlak yang buruk akan merosakkan amalan yang baik.

Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : “Akhlak yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan salji, dan akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad, Ibn Hibban, Tabrani dan al-Baihaqi)

92

Page 93: Nota Pendidikan Islam

vi. Dicintai oleh Rasulullah s.a.w. seperti dalam sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya denganku di akhirat ialah yang paling baik akhlaknya di kalangan kamu.”

(Hadith riwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibn Hibban, Tabrani dan al-Baihaqi)

4.1.7 Ciri-ciri Akhlak Islam

Akhlak Islam mempunyai beberapa ciri.Antaranya ialah :

i. Mutlak dan menyeluruh. Akhlak Islam bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira kepentingan, warna kulit, pangkat, tempat dan masa.

ii. Lengkap dan sempurna.Manusia dibekalkan dengan berbagai naluri, akhlak Islamiah adalah merangkumi semua aspek kemanusiaan rohaniah, jasmaniah dan akliah yang sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat tercela untuk kesempurnaan insan, bukan menyekat kebebasan peribadi seseorang.

iii. Sederhana dan seimbang.Tuntutan akhlak dalam Islam bersifat sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan bebas sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan seperti sabar dalam keadaan yang dibenarkan syarak.

iv. Mencakupi suruhan dan larangan.Bagi kebaikan manusia, perlaksanaan akhlak Islam meliputi suruhan dan larangan.Kedua-duanya tidak boleh diabaikan seperti suruhan berbuat baik kepada jiran tetangga.

Sabda Rasulullah s.a.w. :Maksudnya : ”Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berbicara yang baik, (kalau tidak dapat) hendaklah diam sahaja.”

(Riwayat Imam al Bukhari dan Muslim)v. Bersih dalam perlaksanaan.

Untuk mencapai kebaikan,akhlak Islamiah memerintahkan supaya cara dan kaedah perlaksanaan sesuatu tingkah laku, perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh nilai akhlak Islamiah.Untuk mencapai suatu matlamat cara perlaksanaan mesti bersih menurut tatacara Islam.

vi. Keseimbangan.Akhlak dalam Islam membawa keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan realiti hidup antara rohani dan jasmani serta aqliah dan antara kehidupan akhirat sesuai dengan tabi’i manusia itu sendiri.

93

Page 94: Nota Pendidikan Islam

4.2 AKHLAK MUSLIM

Islam terbina di atas tiga asas iaitu akidah, syariat dan akhlak . Iman seseorang tidak akan sempurna melainkan dibuktikan dengan amal soleh. Akhlak merupakan sebahagian dari amal soleh yang terbentuk pada seseorang muslim seperti yang dijelaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Maksudnya : ”Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan ikutilah keburukan dengan kebaikan, maka kebaikan akan menghapuskan keburukan dan bergaullah dengan akhlak yang baik kepada dengan orang lain.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad,Hakim dan Tirmizi)

4.2.1 Akhlak terhadap Allah

Seseorang muslim hendaklah berakhlak dengan tuhannya untuk membuktikan bahawa dia benar-benar beriman.Dia mesti menjadi seorang muslim yang sedar siapa dirinya.Kewujudan Allah wajib diyakini mematuhi segala perintah dan meninggalkan laranganNya. Akhlak terhadap Khaliq adalah seperti cinta, taat atau patuh yang tidak berbelah bahagi, ikhlas, sabar, redha, syukur, takwa, wara', zuhud dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya : “Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.”

(Surah al Nur 24:52)4.2.2 Akhlak terhadap Makhluk

i. Akhlak sesama manusia

Akhlak sesama manusia seperti pada diri, keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.Antara akhlak utama dalam Islam ialah adil, jujur, ukhuwah, musyawwarah, tolong-menolong dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t.:

94

Page 95: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya : “ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun. Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan hamba yang kamu miliki…”

(Surah al Nisa’ 4:36)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya : ”Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sebelum dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.”

(Hadith riwayat Imam al Bukhari dan Muslim)Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya : ”Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya.

(Hadith riwayat Imam al Bukhari)

ii. Akhlak dengan haiwan

Memberi makan dan minum apabila ia lapar dan dahaga.

Sabda Rasulullah s.a.w.yang bermaksud:

”Ketika seorang lelaki berjalan-jalan dia merasa sangat haus.Lalu dia turun ke telaga, kemudian minum di situ.Tiba-tiba ada seekor anjing menjulurkan lidahnya, sambil menjilat-jilat tanah kerana haus.Lelaki itu berkata:”rupanya anjing itu kehausan seperti aku.”Lalu dia mengisi sepatunya dengan air, kemudian memegang sepatu itu dengan mulutnya, lalu naik dari telaga itu dan memberi anjing itu air.Maka Allah berterima kasih kepada orang itu dan mengampuni dosa-dosanya.Sahabat bertanya:”Ya Rasulullah, apakah kami memperolehi pahala kerana menolong binatang?”Nabi bersabda:”Pada setiap perut yang basah ada pahala.”

(Hadith riwayat Imam al Bukhari dan Abu Hurairah)

Menyayangi dan belas kasihan kepada binatang seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Allah mengutuk orang yang menjadikan makhluk bernyawa sebagai sasaran.”(Hadith riwayat Muttafaqun alaihi)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Seorang perempuan masuk neraka kerana seekor kucing yang dia kurung sampai mati.Dia masuk neraka kerana tidak memberinya (kucing) makan dan minum sewaktu mengurungnya dan tidak pula dibiarkan kucing itu makan dari serangga.”

(Hadith riwayat Imam al Bukhari dan Abu Hurairah)

95

Page 96: Nota Pendidikan Islam

Hendaklah memudahkan ketika menyembelih atau membunuh seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik terhadap sesuatu.Apabila kamu membunuh ,maka bunuhlah dengan cara yang baik.Bila kamu menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang baik, hendaklah kamu menyenangkan sembelihan dan menajamkan pisaunya.”

(Hadith riwayat Imam Muslim)

iii. Akhlak dengan alam sekitar.

Tidak melakukan kerosakan terhadap alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah s.w.t kepada manusia yang patut kita pelihara.Kerosakan alam sekitar banyak berpunca daripada kelalaian manusia.

Firman Allah sw.t.: ...

Maksudnya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia...”

(Surah al Rum : 41)

Tidak melakukan pencemaran alam sekitar seperti:

- Pencemaran udara - asap kenderaan dan kilang-kilang, pembakaran sampah secara terbuka, dan asap rokok

- Pencemaran air - bahan buangan kilang, sisa-sisa toksik, logam dan minyak,sampah sarap, sisa kumbahan dan penerokaan hutan yang menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh.

- Pencemaran tanah - yang berpunca daripada pembuangan sisa toksik, sisa pepejal daripada kilang, pembuangan sampah-sarap dan penggunaan racun serangga.

- Pencemaran bunyi - daripada kenderaan berenjin, mesin dan jentera kilang, kuari memecah batu dan enjin gerudi dan bunyi-bunyi daripada kerja-kerja pembinaan.

Memainkan peranan memelihara dan memulihara alam sekitar sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama demi kebaikan semua.

Mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.

Benci terhadap aktiviti-aktiviti yang mencemarkan alam sekitar.

4.2.3 Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai contoh teladan

96

Page 97: Nota Pendidikan Islam

Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah menunjukkan akhlak yang terpuji dan unggul yang patut dicontohi oleh seluruh manusia, khususnya umat Islam.

Anas bin Malik r.a telah menceritakan katanya:

” Demi Allah s.w.t. saya telah berkhidmat dengan Nabi s.a.w. selama 10 tahun.Tidak pernah sekali pun Rasulullah s.a.w. berkata: ”mengapa engkau berbuat begitu...”jika saya melakukan sesuatu.Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara.Baginda juga tidak pernah berkata:”mengapa engkau tidak melakukannya...”

Anas bin Malik r.a juga menceritakan tentang sifat lemah lembut Rasulullah s.a.w.Baginda memanggilnya dengan panggilan manja Unais dan panggilan ’ wahai anakku’.Baginda pernah berpesan kepadanya:”Wahai anakku, jika kamu mampu pada waktu pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa, lakukanlah.Wahai anakku itu merupakan sunnahku.Sesiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku.Sesiapa yang mencintaiku sesungguhnya dia bersamaku di syurga.Wahai anakku, jika kamu pulang bertemu dengan keluargamu, berikanlah salam kepada mereka.Kerana ia akan membawa keberkatan kepadamu juga keluargamu.”

Dalam peperangan Tabuk, seorang sahabat bernama Abu Khaytamah telah tidak ikut bersama tentera Islam untuk berjuang. Beliau bersenang-senang dengan isterinya sehinggalah timbul kesedaran pada dirinya kerana memikirkan keadaan Rasulullah yang berperang pada ketika itu. Beliau terus mengambil pedangnya dan berjuang bersama Rasulullah di medan peperangan.

Demikianlah akhlak Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang menjadi contoh ikutan bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat.

4.2.4 `Akhlak dalam kehidupan

Akhlak yang mulia merupakan sifat para nabi dan golongan sahabat.Akhlak terbahagi dua.Iaitu akhlaqul karimah (akhlak yang baik) yang disebut sifat-sifat mahmudah dan akhlaqul sayyiah (akhlak yang buruk) yang disebut sifat-sifat mazmumah.

Sifat-sifat Mahmudah

i. SabarSabar ialah tekun menjalankan sesuatu pekerjaan tanpa mengenal putus asa dan jemu.Sabar juga bermaksud tabah hati serta redha dengan ketentuan Allah s.w.t dan ujianNya.

Kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah s.w.t:

Firman Allah s.w.t :

97

Page 98: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” ( Surah ali Imran 3:200 )

Jenis- jenis sabar

Sabar terhadap kemiskinan dan kesusahan. Sabar menanggung penganiayaan dan kezaliman. Sabar menanggung ujian ketika senang dan susah. Sabar menunaikan fardhu kewajipan.

Hikmat Sabar

Mendapat ganjaran pahala daripada Allah dan termasuk dalam orang yang dikasihinya

Memiliki keyakinan, kekuatan diri dan keperibadian yang tinggi. Menjadikan seseorang itu sentiasa berfikiran terbuka dan tidak tergesa-gesa dalam

melakukan pekerjaan. Sabar dapat menghasilkan mutu kerja yang baik dan akan memuaskan hati semua

orang. Menjadikan seseorang itu beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

ii. IkhlasIkhlas ialah membersihkan membersihkan niat atau qasad dalam amal kerana Allah tanpa dicampuri dengan niat selain dari Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:

.....

Maksudnya : ”Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya....” ( Surah al-Bayyinah 98:5 )

Peringkat-peringkat IkhlasPeringkat awal : Niat yang ikhlasPeringkat kedua : Berterusan dan kekalnya daya penggerak (niat ikhlas) sepanjang amal itu dilakukan hingga selesai.

Hikmat Ikhlas Mempertingkatkan manusia ke taraf tertinggi. Terlepas dari siksaan azab Allah. Mendapat keredhaan Allah dan kecintaanNya.

98

Page 99: Nota Pendidikan Islam

Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan.

Firman Allah s.w.t.:

...

Maksudnya : “Kecuali orang-orang bertaubat (dari perbuatan munafik itu),dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah... ”

(Surah al Nisa’ ayat 146)

iii. Tanggungjawab

Pengertian TanggungjawabIalah perbuatan yang difardukan kepada seseorang serta wajib mengerjakannya seperti ibadah dan termasuk perkara yang digalakkan syarak.

Tanggungjawab manusia terbahagi kepada tiga iaitu :

Kepada Allah - berserah diri kepada Allah- kekal di atas agama Allah- tidak menyengutukan Allah

Kepada diri - tidak melakukan dosa- muhasabah diri dengan bertaubat apabila melakukan dosa.- sentiasa membanyakkan ibadat

Kepada orang lain- menjamin mereka selamat dari perbuatan kita- membantu mereka yang berada dalam kesusahan- memberi nafkah dan didikan kepada keluarga.

iv. Bersyukur

Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan:

Pertama : sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak.

Kedua : bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah s.w.t. supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan.

Firman Allah s.w.t :

99

Page 100: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya : ”Demi sesungguhnya!Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya

sesungguhnya azabKu amatlah keras”. ) Surah Ibrahim : 7(

Syukur meliputi ilmu, amalan dan suasana.Ilmu ialah mengenal Allah s.w.t menerusi nikmatnya. Amalan ialah melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah s.w.t.Manakala suasana ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dikecapi.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : “Maka ingatkah aku (Allah s.w.t) nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah nikmatKu serta jangan sekali-kali kamu menjadi kufur”.

(Surah al Baqarah :152)

Sifat-sifat Mazmumah

i. Hasad Dengki

Ialah perasaan iri hati atau rasa benci terhadap seseorang.

Perasaan ini timbul mungkin apabila melihat seseorang mendapat nikmat atau mempunyai kelebihan daripadanya, kemudian berharap agar nikmat dan kelebihan itu ilang dan berpindah kepada dirinya.

Sifat atau perasaan seperti ini merupakan sifat mazmumah atau sifat terkeji yang sangat dibenci Allah.

Firman Allah s.w.t.: ...

Maksudnya : ”Dan janganlah kamu berharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran)”.

(Surah al Nisa’ 4:32)

Dalam ayat ini Allah s.w.t melarang sifat iri hati kerana ia termasuk suatu tanda tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t yang telah diperolehi.Sifat iri hati juga menghabiskan amal kebajikan seseorang, sesuai dengan hadith Rasulullah s.a.w:

100

Page 101: Nota Pendidikan Islam

”Jauhilah kami sifat pendengki itu, bahawasanya perasaan dengki itu memakan segala kebajikan, sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

Inilah penegasan daripada Rasulullah s.a.w. tentang sifat dengki atau hasad yang akan menghabiskan amalan seseorang jika perasaan hasad dengki masih bersarang dalam jiwanya.

Hasad yang diharuskan dalam Islam

Hasad terhadap orang kaya yang pemurah iaitu membelanjakan hartanya kepada perkara-perkara kebajikan.

Dengan perasaan hasad ini seseorang akan menimbulkan hasrat atau azam dalam dirinya ingin melakukan perkara yang sama seperti orang kaya tersebut.

Hasad kepada orang yang berilmu pengetahuan, kerana segala ilmu pengetahuan yang ada padanya diamalkannya dan diajarkan kepada orang lain.

Hasad yang demikian dibolehkan dalam Islam, kerana ia akan menimbulkan azam kesungguhan dalam menuntut ilmu dan supaya dia pula dapat berbuat seperti orang tersebut.

Sebab-sebab Allah s.w.t melarang sifat dengki

Perasaan dengki lahir dari niat yang jahat dan perasaan marah kepada orang lain.Sekiranya perasaan dengki terdapat pada jiwa seseorang maka dia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan segala yang ada pada orang lain.

Perasaan dengki juga menimbulkan perasaan benci membenci sesama manusia.Orang yang dengki sentiasa akan memandang serong pada orang yang didengkikannya itu.Perbuatan ini boleh merosakkan ukhuwah Islamiyah yang dianjurkan Islam.

Perasaan dengki dapat menjatuhkan harga diri seseorang, terutama apabila hal ini diketahui orang lain.

Perasaan dengki akan menjauhkan seseorang itu daripada bersyukur kepada Allah s.w.t. terhadap segala nikmat dan kurniaan Allah s.w.t. yang telah diterimanya kerana dia tidak pernah berasa puas terhadap kurnia yang diterimanya.

Dengki mendengki akan menimbulkan pergaduhan dan memecahbelah masyarakat.

Perasaan dengki hendaklah dikikis dari lubuk jiwa kita.Salah satu caranya adalah dengan sentiasa mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang telah dikuniakan kepada kita.Dengan mensyukuri nikmat ini, perasaan kita akan lega, tiada resah dan akhirnya perasaan dengki tersebut akan hilang dengan sendirinya.

101

Page 102: Nota Pendidikan Islam

ii. Mengumpat

Ialah memperkatakan sesuatu di belakang seseorang sama ada kelakuan, keadaan badan, perangai dan sebagainya.

Jenis-jenis mengumpat:

i. Ghibah ialah memperkatakan keburukan seseorang di belakangnya.

ii. Buhtan ialah mereka-reka perkara dusta yang membabitkan seseorang, untuk tujuan memburuk-burukkan supaya dapat menjatuhkan harga diri orang tersebut.

iii. Ifkun ialah menaburkan fitnah dari seorang kepada seorang yang lain atau menghasut.

Perbuatan isyarat juga termasuk dalam perbuatan mengumpat seperti menjeling, memencongkan mulut, mengerdipkan mata, batuk dan sebagainya.Melakukan dengan tulisan di akhbar, majalah, di dinding-dinding yang terdedah kepada pandangan umum yang isi-isinya memburukkan orang lain juga termasuk dalam perbuatan mengumpat.

Semua perbuatan di atas adalah termasuk dalam mengumpat dan merupakan perbuatan yang amat keji dan diharamkan dalam Islam serta termasuk di dalam golongan dosa-dosa besar.

Firman Allah s.w.t:

...

Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengintip dan mencari-cari kesalahan orang lain dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat)maka sudah tentu kamu jijik kepadanya ...”

(Surah al Hujurat:12)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya : ”Janganlah kamu berdengki-dengki, janganlah kamu berbenci-benci, janganlah kamu berkerasan, jangan memutuskan perhubungan (silaturrahim) dan jangan mengumpat sesama kamu, maka jadilah hamba-hamba Allah s.w.t. yang bersaudara”.

102

Page 103: Nota Pendidikan Islam

Dalam peristiwa Israk Mikraj Rasulullah s.a.w. diperlihatkan kepada suatu kaum yang mencakar-cakar muka dengan kukunya yang diperbuat daripada besi dan tembaga.Jibril telah memberitahu baginda bahawa mereka adalah orang-orang yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain.

Cara menjauhkan diri daripada perbuatan mengumpat Seseorang mestilah mengetahui terlebih dahulu bentuk-bentuk perbuatan yang

digolongkan kepada mengumpat. Menghindarkan diri daripada bercakap yang tidak berfaedah. Menjauhkan diri daripada mendengar hasutan orang. Menjauhkan diri daripada bersifat dengki dan khianat. Sentiasa mengamalkan ajaran Islam dan menjauhi larangan-larangan agama. Sentiasa berusaha untuk melengkapi ilmu pengetahuan agama, terutama yang

berkaitan dengan masalah pokok seperti Akidah, Syariah dan Akhlak.

iii. Fitnah atau menghasut

Fitnah bermaksud menghasut iaitu menyampaikan percakapan seseorang kepada yang lain dengan menambah di sana sini supaya orang yang mendengar menjadi benci dan naik meradang.

Perbuatan ini dilarang oleh Islam dan orang yang menabur fitnah termasuk dalam golongan orang fasiq.Islam tidak menerima orang fasiq sebagai saksi untuk mendengar percakapannya.

Firman Allah s.w.t.:

”Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

(Surah al Hujurat:6)

Kita hendaklah berhati-hati terhadap khabar yang diterima daripada seseorang kerana apabila kita tidak tahu dengan pasti akan tujuan seseorang itu menyampaikan kepada kita,maka akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini seperti permusuhan, pertengkaran dan sebagainya.Inilah sebenarnya yang dihajati oleh orang yang menghasut.

Orang yang menghasut biasanya sentiasa mencari-cari kesalahan orang atau bercakap tentang seseorang lain dan menyampaikan kepada orang yang bersangkutan, dengan berbagai pujuk rayu.Sebab-sebab Islam mengharamkan perbuatan fitnah: Perbuatan fitnah boleh menyebabkan permusuhan dan pergaduhan.

103

Page 104: Nota Pendidikan Islam

Sebahagian besar dari menghasut adalah berniat untuk memutuskan hubungan orang yang sudah sedia retak.

Ramai orang akan teraniaya akibat perbuatan menghasut. Orang yang hobinya menghasut biasanya akan lalai dari mengabdikan diri kepada

Allah s.w.t. demi mencapai tujuan menghasut itu. Perbuatan menghasut akan menganiayai orang yang menghasut itu sendiri kerana

menghasut dibenci masyarakat.

Cara menjauhi diri dari perbuatan fitnah: Setiap orang yang mendengar berita yang tidak diingini tentang dirinya, jangan cepat

mempercayai kata-kata itu. Sedapat mungkin dan kalau mempunyai kemampuan hendaklah kita memberi nasihat

secara langsung atau tidak kepada penghasut. Jangan bertindak gelabah setelah mendengar hasutan itu dan angaplah hasutan itu

sebagai satu langkah menjerat diri kita. Kurangkan bercakap perkara yang tidak berfaedah, perbanyakkan perbincangan

mengenai pelajaran, agama, masyarakat dan lain-lain yang bermanfaat.

i. Bertengkar

Ialah berbantah-bantah untuk mencari kemenangan tanpa berlandaskan kebenaran.

Pertengkaran tidak diingini dalam Islam ialah yang akan menimbulkan perselisihan faham dan pergaduhan dan akhirnya mewujudkan permusuhan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:Maksudnya : ”Tidak akan sesat suatu kaum selepas mereka diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. kecuali orang yang bertengkar”.

(Hadith riwayat Imam al Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Orang yang bertengkar tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.Bertengkar kebanyakan dilakukan oleh orang yang kurang ilmu pengetahuan tentang sesuatu hal dan enggan mengakui kekurangannya.

Sebab-sebab pertengkaran dilarang dalam Islam: Bertengkar mewujudkan pergaduhan Bertengkar adalah disebabkan menurut hawa nafsu ingin menang. Sifat suka bertengkar termasuk dalam sebahagian sifat takbur kerana pertengkaran

akan menunjukkan ketakburan dan dimurkai Allah s.w.t. Pertengkaran dapat menimbulkan dendam. Pertengkaran boleh mengacau ketenteraman awam.

Cara menjauhkan diri daripada pertengkaran Jangan suka membantah cakap orang dengan tujuan hendak menonjolkan diri. Menggunakan tutur kata yang lembut apabila bercakap.

104

Page 105: Nota Pendidikan Islam

Tidak menggunakan bahasa kasar dalam pergaulan. Merendahkan suara dalam suatu perbincangan. Berkata dengan perkataan yang baik. Bercakap menurut keadaan orang lain yang bercakap, kalau orang bersunguh-

sungguh hendaklah kita bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya akhlak merupakan satu pancaran daripada kemurnian akidah.Akhlak yang baik adalah gambaran daripada akidah yang benar dan jauh daripada unsur-unsur penyelewengan akhlak yang buruk yang merupakan racun yang membunuh manusia, merosakkan akal fikiran, membuka keaiban dan menjauhkan seseorang daripada Allah s.w.t.

Justeru akhlak mahmudah dan mazmumah memerlukan kita memahaminya, bermujahadah untuk mendapatkan akhlak yang baik serta bermuhasabah untuk menghindarkan akhlak yang buruk.

RUJUKAN .

1. Tafsir Pimpinan al Rahman kepada pengertian alQuran 30 juzuk.Darul Fikir

105

Page 106: Nota Pendidikan Islam

2. Dr.Haron Din.Islam dan Manusia.Hizbi Sdn.Bhd.Selangor.

3. Nazirmuddin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang, Azita Yunos @

Ahmad .Pengantar Etika, Edisi Ketiga.

4. AbuSaufi.Keutamaan Amalan dan Akhlak Muslim.

5. Ghzalli Darussalam.Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah.

6. Humaidi Tatapangarsa.Pengantar Kuliah Akhlak.

7. Muhammad Abdullah Darraz.Prinsip Akhlak Berdasarkan Al Quran.

8. Zakaria Stapa.Akidah dan Akhlak Dalam Kehidupan Muslim.Utusan Publications

& Distributors Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.

9. Imam Ahmad bin Qudamah al Maqdisi.Jalan Mereka Menuju Allah (terjemahan.)

10. Akhmal Hj.Mohd Zain.Asas Pengetahuan Agama Islam.al Hidayah

Publishers.Kuala Lumpur.

11. Muhammad al Ghazali.Akhlak Seorang Muslim(terjemahan).Cresent News.Kuala

Lumpur.

12. As Sayyid Ahmad Al Hasyimi Bik.Moh Abdai Rathomy.Pilihan Hadith

Rasulullah s.a.w.(terjemahan).TB.Balai Buku.Surabaya.

13. Abu Bakar Jabir al Jazairi.Pedoman Hidup Muslim (Manhaj al

Muslim).Terjemahan.Darul Fajr Publishing House.Singapore.

14. Buku Rujukan Pendidikan Islam Berdasarkan Sukatan Pendidikan Islam

Program Matrikulasi KPM

ISLAM DAN KETAMADUNAN 5.1 KONSEP TAMADUN

5.1.1 Pengertian tamadun.

106

Page 107: Nota Pendidikan Islam

1. Dari segi bahasa: Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Perkataan peradaban membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani)

Dari segi bahasa Arab, perkataan tamadun atau peradaban sering dkaitkan dengan beberapa istilah seperti madaniah dan hadharah.Perkataan tamadun lahir daripada perkataan madanna yang mempunyai dua pengertian yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus bud pekerti.

Daripada perkataan madanna muncul pula perkataan madani yang merujuk kepada pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

Hadharah pula dikaitkan dengan kehidupan yang berada pada tahap yang maju. Lawannya ialah badawah yang bereti mundur. Daripada erti perkataan hadharah ini dapat difahamkan bahawa apa yang kita namakan tamadu itu berasal daripada perkataan bandar.

Ini kerana bandar merupakan tempat yang sesuai untuk melahirkan kemajuan disebabkan di situ terdapat pelbagai benda dan kemudahan yang boleh menjadi asas kepada kelahiran dan peningkatan tamadun. Kehidupan hadharah banyak tertumpu kepada unsur-unsur yang bercorak perdagangan,kemajuan teknologi dan pengkhususan pekerjaan. Kota-kota di dalam bahasa Arab dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun.

Dalam bahasa Melayu sama ada di Malaysia atau di Indonesia menurut Sidi Ghazalba, perkataan peradaban adalah dipandang sinonim dengan perkataan tamadun. Apabila disebut beradab,bermaksud sopan,terhormat dan berakhlak.

Dalam bahasa Inggeris, civilized bermaksud memperbaiki tingkah laku yang kasar atau kurang sopan atau keluar daripada kehidupan barbarian (biadap) kepada kehidupan yang lebih baik iaitu yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.

Kesimpulannya ciri-ciri tamadun mestilah merangkumi kehidupan kota, sistem perundangan dan pemerintahan yang berkesan, memperbaiki tingkah laku dan kemajuan dalam bentuk fizikal dan spritual.

2. Dari segi istilah :

Mahmood Mohd Taib al-Najmi (1971) dalam bukunya Sejarah Tamadun Islam menjelaskan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran dari segi pemikiran dan kebendaan.

107

Page 108: Nota Pendidikan Islam

Kamus Dewan (1997) mendefinasikan tamadun sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan taraf pemikiran (sosial, politik, budaya dan lain-lain) yang tinggi.

A.S Hornby dan E.C Pornwell (1972) dalam bukunya The Progressive English mendefinasikan civilization sebagai maksud meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik dan moral.

Ahmad Tarmizi Talib (1997) menjelaskan bahawa tamadun ini merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan mencapai satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat bermoral.

Sarjana Islam seperti Asad bin Ali Shari’ati (1985) menekankan bahawa peranan Islam adalah merupakan faktor penting dalam pembentukan tamadun Islam. Ini dijelaskan lagi dengan memberi penekanan khas kepada kepimpinan Nabi Muhammad saw dan al-Qur’an dalam proses mentamadunkan orang arab. Secara amnya kedatangan agama Islam di kalangan masyarakat arab jahiliah telah mengubah keseluruhan corak hidup mereka. Tamadun Islam dapat dibangunkan ditengah-tengah padang pasir yang kering kontang dan menguasai hampir seluruh dunia beberapa abad lamanya. Tamadun Islam telah merubah beberapa aspek penting kehidupan masyarakat arab jahiliah seperti aqidah, sosial, politik, ekonomi, pendidikan, seni bina, kesenian dan sebagainya.

5.1.2 Perbezaan Antara Tamadun Islam Dan Tamadun Lain (Barat).

a. Kedudukan Agama dalam Tamadun.

Menurut pandangan barat yang dipengaruhi oleh fahaman sekularisme agama adalah sebahagian dari kebudayaan. Dengan kata lain dengan budi dan daya manusia mencipta agamanya. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan, mengembang dan merosot. Menurut konsep ini agama turut sama mengalami perubahan. Akibatnya, agama mengikut (dicorakkan) oleh pembaharuan.

Pandangan ini tidak selaras dengan Islam yang menegaskan bahawa Dinul Islam adalah mencakupi seluruh sudut kehidupan manusia, samaada keagamaan atau keduniaan. Dinul Islam adalah kurniaan Allah, melalui wahyu sahaja manusia diajar aqidah yang benar, cara-cara melakukan ibadat khusus dan prinsip-prinsip dan muamalat, dengan akal yang dikurniakan oleh Allah manusia membina tamadun, berpandukan dan selaras dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh wahyu.

Aqidah, ibadah khusus dan prinsip-prinsip asas muamalat adalah tetap, tidak boleh diubah. Yang berubah hanyalah tamadun yang dikembangkan oleh manusia mengikut kesesuaian masa dan tempat pada ukuran akal yang berlandaskan prinsip-prinsip atau acuan wahyu tersebut. Oleh itu pembaharuan dalam Islam berlandaskan

108

Page 109: Nota Pendidikan Islam

prinsip-prinsip atau acuan wahyu tersebut iaitu menurut Dinul Islam bukan sebaliknya. Walaupun begitu ia tetap bersifat fleksible dan tidak rigid.

Perbezaan antara dua konsep tersebut berpunca dari perbezaan ajaran dan fungsi antara agama-agama lain dengan Islam. Pandangan barat seperti diatas berdasarkan ajaran agama-agama lain yang tidak memasukkan semua aspek kehidupan ke dalam agama seperti Islam. Pandangan mereka terhadap Islam juga berdasarkan fahaman yang serupa.

b. Konsep Kesepaduan dan Pengawalan.

Di dalam tamadun Islam terdapat konsep kesepaduan dan pengawalan oleh Dinul Islam. Hubungan manusia dengan Allah berkait erat dengan hubungan manusia sesama manusia, begitu juga pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian. Segala kemajuan dan kegiatan manusia mestilah menurut aqidah, syariat dan akhlak Islam. Ringkasnya tamadun Islam adalah tamadun yang terpimpin.

Di dalam tamadun sekular tidak terdapat konsep kesepaduan , sementara kawalannya sangat longgar. Sekularisme mengajar bahawa perkara-perkara keduniaan hanya untuk kegiatan dunia semata-mata, tiada kaitan dengan kegiatan keagamaan yang berkait dengan akhirat. Oleh itu kegiatan seperti berjual beli dianggap sebagai kegiatan sesama manusia sahaja tiada hubungan dengan Tuhan. Didalam keadaan ini tidak akan ada keikhlasan, kebajikan dan sebagainya daripada seorang peniaga kerana dia tidak mengharapkan pahala dari Tuhan. Apa yang diharapkan adalah keuntungan dengan apa cara sekalipun walaupun dengan memeras dan menipu. Apatah lagi dia tidak merasakan dirinya tidak terikat dengan undang-undang Tuhan. Seseorang itu mungkin terikat dengan undang-undang negara ciptaan manusia, tetapi kawalannya terlalu longgar. Bila-bila masa sahaja dia boleh melakukan penipuan apabila berada di belakang pihak yang berkuasa, kerana tiada ikatan supaya seseorang itu beriman dengan undang-undang ini. Tambahan pula sekularis bebas memilih apa sahaja fahaman yang mereka sukai sama ada kapitalisme, liberalisme, sosialisme dan lain-lain yang menyebabkan bentuk kawalan tamadun itu berubah-ubah dan tidak seragam.

c. Konsep Kemajuan.

Kemajuan menurut konsep barat adalah berdasarkan kepada jumlah keuntungan atau pembaharuan yang dicipta dan seumpamanya. Islam juga mengambil kira perkara-perkara ini, tetapi Islam juga mengambil kira apakah pembaharuan itu, bagaimana ia dicapai dan apakah matlamatnya. Virus komputer adalah satu penemuan dan pembaharuan di dalam dunia sains tetapi Islam tidak mengiktirafkannya sebagai pembaharuan atau tamadun. Islam menyanjungi kemajuan nuklear, tatapi tidak membenarkan ia digunakan untuk memusnahkan manusia dan alam. Oleh itu kayu ukur yang sebenarnya ialah sejauh manakah sesuatu kemajuan itu selaras dengan etika yang sebenar, kebenaran yang mutlak yang ditentukan oleh Pencipta.

Dunia barat menitikberatkan aspek kebendaan dan mengenepikan aspek kerohanian. Islam menekankan kedua-dua aspek ini. Pembangunan Islam bersifat komprehensif (lengkap) dan multi dimensional (dilakukan serentak dalam beberapa arah).

109

Page 110: Nota Pendidikan Islam

Sungguhpun begitu, Islam mengutamakan kerohanian, tanpa mengabaikan aspek kebendaan. Islam mengambil berat pembangunan dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Pendidikan ke atas seorang insan ditekankan semenjak sebelum ia dilahirkan sehinggalah ke akhir hayatnya. Didalam menjalani kehidupannya seseorang itu diperintahkan pula supaya memantapkan ekonominya, maka wajib keatasnya bekerja bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal untuk menanggung keluarganya. Tetapi tidak ditekankan mengejar kekayaan semasa dia masih kanak-kanak, tidak seperti pendidikan yang ditekankan walaupun dia masih kecil. Islam menggariskan bahawa bukanlah kekayaan sebenar berdasarkan kekayaan kebendaan tetapi berdasarkan kekayaan jiwa.

Pembangunan kebendaan dalam Islam adalah semata-mata sebagai alat untuk menyempurnakan pembangunan kerohanian. Misalnya kekayaan ekonomi digunakan untuk mendirikan pusat-pusat pendidikan. Wang yang kita dapati adalah untuk menyempurnakan pendidikan anak-anak dan digunakan ke jalan-jalan lain seperti bersedekah, mengerjakan haji, dan seumpamanya yang menjadi saham akhirat. Keindahan seni adalah semata-mata sebagai umpan yang menarik minat untuk menghayati masej yang hendak disampaikan. Di sini memperlihatkan ikatan yang harmoni di antara kebendaan dengan kerohanian, keduniaan dengan keakhiratan di dalam Islam.

Pembangunan kerohanian akan menjamin pembangunan kebendaan. Sebaliknya pembangunan kebendaan belum tentu dapat diperoleh dari seorang usahawan yang suka berjudi akan dihabiskan untuk berjudi. Kalau beliau seorang peminat rock akan dibelanjakan untuk budaya rock yang meruntuhkan moral dan masyarakat. Sebaliknya usahawan yang terdidik akhlaknya akan membelanjakannya untuk pembangunan diri dan masyarakat. Oleh itu fokus utama pembangunan Islam ialah manusia itu sendiri.

5.2 ASAS-ASAS KETAMADUNAN DALAM ISLAM.

Pada asasnya tamadun Islam yang dibentuk daripada pelbagai sumber dan rujukan, bermula daripada al-Qur’an, qaul as-Sohabi dan aqli mempunyai asas-asas yang kukuh seperti berikut:

i. Berpaksi kepada kalimah tauhid.ii. Pengabdian diri kepada Tuhan.

iii. Kemurnian nilai insan berbanding dengan nilai material.iv. Menjalankan tugas sebagai khalifah Tuhan di bumi. v. Patuh dan tunduk dengan syariat.

vi. Kesucian keluarga.vii. Penghasilan benda atau karya dalam bentuk inovasi dengan nilai dan unsur

kreatif, kritis dan nilai moral. 5.2.1 Keistimewaan Tamadun Islam.

110

Page 111: Nota Pendidikan Islam

Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri sesuai dengan sifat ajaran Islam itu sendiri yang tentunya berbeza dengan tamadun bangsa lain di dunia ini. Keistimewaannya terletak kepada:

i. Bersumberkan al-Qur’an dan Sunnah.ii. Diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan.

iii. Bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bangsa dan agama.iv. Sesuai dengan fitrah manusia.v. Bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global.

vi. Hanya tamadun Islam menyepadukan antara nilai rohani (spiritual) dengan nilai kebendaan (material).

vii. Tamadun yang unik kerana, menghubungkan manusia dengan Tuhan. menghubungkan manusia dengan manusia. menghubungkan manusia dengan alam.

5.2.2 Contoh sumbangan Tamadun Islam kepada dunia dalam beberapa bidang.

Beberapa tamadun yang besar telah wujud sejak 5000 S.M seperti tamadun China (500 SM), India (3000 SM) Babylon (300SM), Mesir Kuno(500SM) Yunani (1500SM) dan Rom (selepas 500 SM). Kesemua tamadun tersebut telah mencatat keagungan dan ciri-ciri tersendiri. Namun begitu secara keseluruhannya kelahiran tamadun tersebut berpusat dan berkembang di sekitar lembah sungai. Tamadun China lahir daripada pertumbuhan masyarakat dan kebudayaan yang pesat disekitar Sungai Yangzte, tamadun India berpusat di Tigris-Euphrates dan Mesir kuno di kawasan Sungai Nil. Kebanyakkan tamadun tersebut berlaku di kawasan lembah sungai kerana manusia di kawasan berkenaan terpaksa berfikir, berusaha dan bersatu untuk mengatasi masalah yang timbul seperti banjir. Secara tidak langsung terbentuklah satu tamadun di kawasan tersebut. Mereka juga berusaha dengan sebaik mungkin tanah yang subur di kawasan lembah sungai, seterusnya lahirlah beberapa penemuan dan berlakulah tamadun di kawasan tersebut. Tamadun-tamadun terdahulu berlaku daripada sumber alam. Manusia di kawasan berkenaan menggunakan sumber alam dan pengetahuan untuk mewujudkan tamadun. Sebaliknya tamadun Islam bersumberkan wahyu, akal, penemuan atau penciptaan baru, pengubahsuaian dan penyempurnaan semula. Tamadun Islam lahir dan tegak dengan sendirinya dan bebas daripada sebarang pengaruh asing. Kelahiran tamadun Islam adalah daripada wahyu (al-Qur’an) dan hadith.

Al-Qur’an telah mencetuskan semangat yang sungguh bertenaga dan dapat meninggikan kesedaran kerohanian umat Islam. Cara hidup umat Islam dipengaruhi sepenuhnya saranan-saranan al-Qur’an. Allah telah menjadikan langit dan bumi serta isinya untuk memberi ruang yang luas kepada manusia untuk menerokainya untuk kepentingan mereka. Manusia dapat membangunkan kota-kota menerokai bidang pertanian, seni dan pelbagai bidang yang lain dengan matlamat mencapai keredhaan Allah. Allah menentukan panduan dan peraturan tertentu mengikut syariat, akidah dan akhlak Islam supaya manusia tidak melampaui batas. Hasil galakan agama umat Islam berjaya menghasilkan berjuta-juta buku dalam pelbagai bidang ilmu yang sehingga kini menjadi rujukan dan dibaca oleh sarjana di seluruh dunia.

111

Page 112: Nota Pendidikan Islam

Pada umumnya, tamadun Islam memberi sumbangan kepada setiap aspek kehidupan peradaban manusia. Para pengkaji yang jujur dan rasional tidak menafikan wujudnya pengaruh dan kesan tamadun Islam, dalam tamadun barat atau tamadun Eropah. Sebahagian besar sejarawan dan para pengkaji barat sendiri mengakui keunggulan serta sumbangan tamadun terhadap dunia. Antara mereka ialah Gostav Levon yang antara lain menyebut bahawa ”ahli falsafah Islam ialah orang yang mula-mula mendedahkan kepada dunia bahawa terdapat persesuaian di antara kebebasan berfikir dan keteguhan beragama”.

Ada pula pengkaji yang menyebut bahawa sumbangan orang Islam terhadap kemajuan ilmu pengetahuan tidak diberikan nilai yang sewajarnya oleh para sejarawan. Banyak kajian telah memperlihatkan bahawa ulama’ Islam telah menyebarkan ilmu pengetahuan, sedangkan Eropah diselubungi kegelapan pada abad pertengahan. Seorang sarjana Inggeris yang bernama Briffault berkata ” sedang Eropah dalam kejahilan dan kegelapan, dunia Islam di Baghdad, Kaherah, Damsyik, Cordova dan Toledo telah menjadi pusat-pusat tamadun Islam dan kegiatan ilmiah.’

Ulama’dan sarjana Islam telah memberikan sumbangan yang besar dan berkesan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan mereka bertanggungjawab menyebarkannya keseluruh dunia. Mereka telah mendirikan gedung-gedung ilmu pengetahuan. Malahan universiti yang mula-mula muncul di dunia didirikan oleh orang Islam pada tahun 245H di kota Fas, Maghribi.

Universiti ini dalam bentuk sebuah masjid, disamping digunakan untuk beribadat ia telah menjadi gedung ilmu untuk mengajar bukan sahaja ilmu-ilmu agama seperti al-Qur’an, hadith, tafsir, fiqh, malah diajar juga ilmu-ilmu lain seperti ilmu geografi, falak dan lain-lain dan ia dikunjungi oleh para pelajar dari pelbagai negara.Universiti ini terkenal dengan nama Jami’ah al-Qurawiyyin.

a. Arkitek

Ilmu arkitek (architecture) atau ilmu handasah mempunyai kedudukan yang tinggi dalam peradaban Islam. Kota-kota Baghdad, Damsyik, Kaherah, Allepo, Samarkand, Isfahan, Khairwan, Fez, Moroko, Granada, dan lain-lain dipenuhi dengan bangunan, rumah, istana, masjid, menera, jambatan serta binaan lain yang indah dan mengagumkan.

Keindahan dan keteguhan istana al-Hambra yang memukau dunia sehingga sekarang di Granada serta istana Asjbiliyah di Sevilla, pintu gerbang di Toledo dan masjid Jamek di kota Cordova dengan 860 tiang yang besar-besar serta dihiasi dengan pelbagai warna yang berkilau-kilau adalah contoh ketinggian ilmu arkitektur Islam.

Pada zaman pemerintahan al-Walid di Sepanyol telah didirikan bangunan-bangunan yang sangat indah dan penuh nilai astetika yang tinggi terutama dalam binaan masjid dan istana. Begitu juga pembinaan Masjid Umar di Baitulmuqaddis, masjid Umaiyah di Damsyik, Masjid Sidi Okbah di Tunis, Masjid Ibnu Tulun di Cairo, masjid-masjid di Cordova, Sevilla dan Toledo. Begitu juga dengan keindahan istana Umaiyah di Kushair Amra, istana Masjatta di Syam, istana Samara dan lain-lain.

112

Page 113: Nota Pendidikan Islam

b. Sains dan Teknologi.

Perkembangan sains moden yang diperkenalkan oleh dunia barat sekarang berasal daripada sains dunia Islam yang telah diubah dan ditokok tambah. Sumbangan para saintis Islam boleh dibahagikan ke dalam dua kategori utama iaitu terjemahan daripada karya-karya Greek dan penemuan-penemuan yang asli.

Kebangkitan kerajaan Abbasiah pada tahun 750M menandakan kelahiran suatu kuasa besar dalam sejarah pemerintahan Islam. Para pemerintah kerajaan Abbasiah telah memberikan perhatian besar terhadap perkembangan ilmu pengetahuan saintifik. Pada zaman pemerintahan khalifah kedua kerajaan Abbasiah iaitu al-Mansur, usaha-usaha penterjemahan karya Greek telah dilakukan dengan meluas.

Semasa pemerintahan khalifah al-Ma’mun (813-833M) pula, kegiatan mempelajari ilmu-ilmu baru telah mencapai kemuncaknya. Baginda telah mendirikan sekolah penterjemahan di Baghdad yang dilengkapi dengan perpustakaan sendiri. Salah seorang daripada penterjemah yang berkhidmat di sekolah ini ialah Hunayn ibn Ishaq (807-877M). beliau merupakan seorang ahli falsafah dan doktor terkenal. Beliau telah menterjemah keseluruhan karya Galen.

Para saintis Islam tidak hanya melibatkan diri dalam menterjemah karya-karya Greek. Mereka juga turut menghasilkan karya-karya asli dalam bidang sains. Ini kerana terdapat perbezaan persepsi antara sarjana Islam dengan Greek terutamanya tentang alam. Bagi orang Islam, alam ini adalah hidup dan berubah sebagai manifestasi daripada kekuasaan Allah SWT. Sebaliknya orang Greek menganggap alam ini sebagai statik. Plato dan Zeno menggangap masa sebagai tidak ada dan Heraclius pula menganggapnya sebagai terikat dalam satu pusingan. Al-Khawarizmi (780-850M) merupakan sarjana Islam pertama yang mengambil langkah mengubah persepsi Greek yang menganggap alam ini sebagai statik sebagai sesuatu yang dinamik.

c. Teknologi dan Kejuruteraan.

Ilmu fizik adalah ilmu asas teknologi dan kejuruteraan. Ilmu fizik yang membahaskan tentang dasar-dasar tabii alam dan cakerawala. Ilmu fizik berhubung rapat dengan ilmu-ilmu lain seperti matematik, kimia, perubatan, astronomi, sains dan teknologi.

Adalah jelas bahawa teknologi moden kebanyakkannya sesuai dengan Islam dan tidak bercanggah dengan ajaran dan amalan keilmuan Islam bahkan dalam bahagian-bahagian yang tertentu ia bersifat wajib dituntut, dipelajari dan dikuasai untuk penciptaan, rekabentuk dan kegunaan. Tetapi konsep yang terkandung dalam sains moden Barat adalah satu ancaman kepada kita dan generasi Islam jika kita mengambil secara langsung tanpa menapis isme dan kegunaan dalam bentuk yang negatif.

Al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, al-Biruni adalah merupakan contoh-contoh saintis Islam adalah tokoh teknologi optik. Ibnu Khazani telah mencipta pelbagai alat timbangan yang begitu sempurna. Kompas yang dicipta oleh beliau telah digunakan di Eropah

113

Page 114: Nota Pendidikan Islam

sehingga hari ini.Kompas yang dikatakan dicipta oleh orang Itali sebenarnya ciptaan Ibnu Khazini dan diakui oleh para saintis Eropah.

d. Kimia.

Ilmu kimia Islam biasanya terangkum dalam ilmu kedoktoran dan industri, seperti pencarian logam bagi penciptaan dan kegunaan peralatan. Menempa besi, mengecat barang-barang dan membuat kertas daripada barang-barang dan membuat kertas daripada kain-kain buruk sebagai pengganti kulit dan papyrus.

Dunia Islam telah melahirkan beberapa tokoh kimia yang banyak memberikan sumbangan dan pengaruh sehingga hari ini. Khalid ibnu Yazid (abad ke7M) cucu Muawiyah adalah ahli kimia Islam yang paling awal. Dia telah menterjemahkan teks kimia Iskandariah dan menghasilkan penulisan tentang kimia. Dalam bait-bait syairnya terdapat maklumat tentang bahan kimia seperti ammonia, boraks dan kaedah-kaedah sains yang memerlukan pertimbangan yang tepat.

Abu Musa Jabir al-Hayyan.(abad ke 8M) lebih dikenali sebagai Gaber adalah bapa ilmu kimia moden. Beliau menghasilkan banyak penulisan dan ditambah oleh para pengikutnya yang menulis menurut doktrin Jabir termasuklah kitab al-Sab’in dan kitab al-Mizan.

Perbezaan besar antara ahli kimia Islam dengan ahli kimia barat ialah kepercayaan kepada Allah SWT dan RasulNya. Walaupun ahli kimia barat percaya kepada kewujudan tuhan tetapi mereka tidak memerima kerasulan Nabi Muhammad saw. Nilai-nilai kerohanian dan kewujudan Tuhan dalam kimia barat adalah akibat pengaruh kimia Islam. Ilmu dalam Islam adalah berasaskan al-Qur’an dan para ulama’ mengkaji segala bidang ilmu yang tidak bercanggah dengan Islam untuk memperkuatkan iman serta melahirkan perasaan khusyuk dan takut kepada Allah.

e. Astronomi.

Astronomi adalah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ahli sains. Astronomi di takrifkan sebagai ilmu tentang agihan, pergerakan serta ciri cakerawala dan bintang. Kajian terhadap astronomi oleh para sarjana Islam adalah saranan daripada al-Qur’an sama ada untuk mengkaji keagungan Allah dari aspek hikmah atau rahsia alam cakerawala dan fungsi-fungsinya ke atas manusia dan alam semesta. Al-Qur’an sendiri telah banyak menukilkan perihal astronomi melalui ayat-ayat berikut.

Maksudnya : Allah jualah yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan

114

Page 115: Nota Pendidikan Islam

untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.

( Surah al-An’am: 96 dan 97 )

Maksudnya: Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah Yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

( Surah Yunus : 5 )

Antara sarjana Islam yang memberi sumbangan dalam bidang astronomi ialah Abd. Rahman al-Sufi. Beliau adalah orang pertama menulis buku tentang astronomi. Beliau telah mengkatalog bintang sehingga lebih daripada 1000 jenis. Nama bintang yang diperkenalkan oleh beliau telah terus digunakan oleh ahli astronomi barat sehingga ke hari ini, contohnya algorab, adbebara, acrab, algedi dan atair.

g. Perubatan.

Ar-Razi (Rhazes 865-925M) telah mementingkan praktis perubatan klinikal lebih daripada berteori sahaja. Beliau berjaya menghasilkan lebih daripada 20 jilid penulisan. Antaranya ialah kitab al-Hawi (Liber Continens). Karya ini adalah ensiklopedia yang menjadi rujukan pada abad ke 12-17M. Beliau juga adalah pengasas perubatan psiko optik.

Ibnu Sina (Avicenna 980-1037M) telah berjaya menghasilkan 456 buku dalam pelbagai judul khususnya dalam bidang perubatan. Kitab al-Qanun mengandungi sejuta perkataan, dibahagikan kepada 5 jilid serta amat berpengaruh pada ke 10M. Buku ini telah teks perubatan yang terkenal selama 6 abad di Eropah.

Al-Zahrawi (Abu Cassis 936-1013M) tokoh bedah dan farmasi. Kitab at-Tasrif al-Zahrawi) terdiri 30 bahagian dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis, Sepanyol dan Hebrew. Beliau juga memperkenalkan 150 alat pembedahan yang masih diguna pakai hingga hari ini.

115

Page 116: Nota Pendidikan Islam

Tokoh-tokoh lain dalam bidang perubatan ialah Ali Abbas al-Majusi (Hally Abbas), Abu Marwan Abdul Malik atau Ibnu Zuhr (Avenzoar), Ibnu Rushd, Ibnu al-Quff, Ibnu Nafis dan lain-lain.

5.3. PENDEKATAN ISLAM HADHARI DAN KAITANNYA DENGAN

KETAMADUNAN ISLAM DI MALAYSIA

5.3.1 SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU.

Terdapat beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh para sejarawan tentang kemasukan Islam ke Alam Melayu. Pada umumnya, pandangan ini berkisar pada persoalan bila, dari mana, oleh siapa dan bagaimana Islam telah disebarkan di Asia Tenggara. Pendapat – pendapat sejarawan ini dapat kita rumuskan kepada tiga teori iaitu:

1. Teori dari India.2. Teori dari China.3. Teori dari Tanah Arab.

1. Teori dari India.

Sehingga ke tahun 1883 pada umumnya mengatakan bahawa Islam telah disebarkan ke kawasan Asia Tenggara dari Tanah Arab. Akan tetapi selepas itu timbul satu teori yang dikemukakan oleh Snouk C. Hurgronge yang mengatakan Islam yang disebarkan di kawasan ini sebenarnya didatangkan dari India. Dalam bukunya Islam di Hindia Belanda, Hurgronge mengatakan: ”......setelah sebahagian bangsa India memeluk Islam, maka orang-orang Islam turut mengambil bahagian lalulintas dan imegrasi di Nusantara, dan mereka itulah yang memasukkan Islam ke Wilayah Nusantara. ”

Pendapat Hurgronge ini kemudiannya menjadi popular sehingga sebahagian basar daripada orientalis yang mengkaji sejarah awal Asia Tenggara ini bersetuju dengan pendapat ini. Di antara mereka termasuklah D.G.E Hall, J. Gonda, Marisson, R.O Winstedt, Bousquet, Vlekke, Mouqueette dan B. Harrison. Dalam bukunya South-East Asia: A Short History, Harrison mengatakan bahawa Asia Tenggara memperoleh inspirasi budayanya bukan dari Parsi atau Tanah Arab tetapi dari India.

Di samping itu, para orientalis juga bergantung kepada catatan-catatan daripada pengembara yang pernah melawat ke kawasan ini sekitar abad ke 13 dan 14M seperti catatan Marco Polo dan Ibnu Batutah. Teori ini diperkuatkan dengan terjumpanya makam Sultan Malik al-Saleh, pemerintah Pasai yang mangkat pada tahun 1297M yang disebut dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai sebagai pemerintah Islam yang pertama di Kepulauan Melayu. Dengan itu mereka yakin bahawa Islam hanya tersebar di kawasan ini sekitar abad ke 13M.

116

Page 117: Nota Pendidikan Islam

Teori yang dikemukakan oleh Hurgronje ini terlalu banyak kelemahannya. Telah terbukti daripada kajian mutakhir bahawa perhubungan antara Asia Tenggara dan dunia Arab telah pun wujud sejak sebelum lahirnya Islam lagi. Tidaklah tepat untuk mengatakan bahawa oleh sebab batu nisan yang dijumpai di sekitar Kepulauan Melayu ini menyerupai atau dibawa dari India, maka Islam sudah tentu datang dari India. Seperti barangan-barangan lain, batu nisan juga merupakan barangan dagangan yang didagangkan oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Arab yang singgah di India sebelum belayar ke Kepulauan Melayu.

2. Teori dari China.

Teori ini telah dibahaskan oleh Prof. S.Q. Fatimi dalam bukunya ”Islam comes to Malaysia”. Teori ini berlandaskan kepada perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton ke Asia Tenggara sekitar tahun 876M. Perpindahan ini berlaku akibat tercetusnya satu pemberontakan yang telah mengorbankan 100,000-150,000 orang Islam. Akibat daripada pembunuhan beramai-ramai itu, orang Islam telah meninggalkan tenggara China untuk menumpukan perhatian ke Asia Tenggara. Mengikut Syed Naquib, tumpuan mereka adalah ke Kedah dan Palembang.

Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara ini telah membantu perkembangan Islam di kawasan ini. Selain Palembang dan Kedah, sebahagian mereka juga telah menetap di Champa, Brunei, pesisir pantai timur Tanah Melayu (Patani, Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan Jawa Timur. Mereka menyebarkan Islam kepada penduduk tempatan yang pada masa itu masih pagan atau beragama Hindu-Budha.

Kesan daripada pertapakan mereka di kawasan-kawasan yang dikatakan itulah dijumpai bukti-bukti yang menunjukkan bahawa orang Islam telah berada di kawasan itu tidak lewat daripada abad ke 13M. Diantara bukti yang dapat dikemukakan adalah:

i. Batu nisan syeikh Abdul Qadir bin Hussein Syah Alam di Langgar, Kedah

bertarikh 903M.ii. Batu bersurat Phan-rang di Kemboja bertarikh 1025M.

iii. Batu nisan di Pekan, Pahang bertarikh 1028M.iv. Batu nisan seorang puteri Islam di Brunei bertarikh 1048M.v. Batu bersurat Terengganu bertarikh 1303M.

Bukti-bukti yang diberikan agak menyakinkan, akan tetapi tidak bermakna bahawa Islam hanya baru pada masa itu diperkenalkan di Asia Tenggara ini. Jauh lebih awal daripada tarikh-tarikh yang diberikan itu telah terdapat penempatan orang Islam di kawasan ini, terutama di bahagian utara Sumatera.

3. Teori dari Tanah Arab.

Teori ini mendapat sokongan ramai para pengkaji. Pedagang dan pelaut Arab sudahpun berada di sekitar Asia Tenggara ini sejak sebelum lahirnya Islam lagi. Apabila mereka memeluk Islam maka bermulalah pertapakan Islam di Asia Tenggara.

117

Page 118: Nota Pendidikan Islam

Sebahagian besar daripada pedagang Arab yang belayar ke kawasan ini pada peringkat awal datangnya dari Yaman, Hadramaut dan Oman di bahagian selatan dan tenggara Semenanjung Tanah Arab. Kawasan Yaman telah berjaya diislamkan sekitar tahun 630M atas usaha Ali bin Abi Talib. Pengislaman Yaman ini memberi implikasi yang besar terhadap pengislaman Asia Tenggara.Dengan itu dapatlah kita katakan bahawa Islam telahpun diperkenalkan di kawasan ini sejak abad pertama Hijrah lagi (abad ke-7M) dan dipercayai telah wujud sebuah perkampungan Islam di sekitar Sumatera Utara seawal abad ke-7M itu. Perkampungan ini dikenali sebagai Ta-shih. Mengikut laporan Cina, Ta-shih telahpun membuat perhubungan perdagangan dengan China sekitar tahun 650M.

Para sejarawan telah memberikan empat cara utama yang telah digunakan oleh orang Islam untuk menyebarkan agama ini.

1. Melalui perdagangan. 2. Melalui perkahwinan. 3. Melalui dakwah. 4. Melalui peranan pembesar-pembesar. 1. Melalui perdagangan.

Setiap orang Islam adalah mubaligh kerana pesan Rasulullah saw ’ sampaikan dariku walaupun satu ayat’ (hadith). Justeru itu sebagai orang Islam, pedagang-pedagang itu mempunyai dua tugas; berdagang dan menyebarkan Islam. Sungguhnpun pada peringkat awal tumpuan perdagangan adalah dengan China, akan tetapi para pedagang terpaksa singgah berbulan-bulan lamanya di pelabuhan kepulauan Melayu untuk menunggu angin yang sesuai untuk meneruskan pelayaran ke China atau pulang ke Tanah Arab. Dalam jangka masa yang panjang ini mereka mempunyai masa yang banyak untuk bergaul dengan penduduk tempatan dan sambil itu menyebarkan agama Islam. Biasanya pendakwahan mereka ini dijalankan di kalangan sama-sama pedagang. Penyebaran agama Islam secara begini bersifat terhad dikalangan para pedagang yang aktif di pelabuhan sahaja.

Pengislaman cara begini jelas digambarkan oleh Marco Polo dalam laporannya tentang perkembangan Islam di Perlak. Beliau mengatakan pada sekitar tahun 1292M itu kebanyakkan penduduk Kota Perlak telah Islam.

Selain itu peranan pegawai-pegawai perdagangan dalam negeri-negeri Islam di Asia Tenggara juga telah memesatkan penyebaran agama itu. Sebagai contoh peranan Syahbandar Melaka telah menyebabkan ramai pedagang dari sekitar Kepulauan Melayu memeluk Islam. Para pedagang yang berdagang di Melaka mendapat layanan istimewa daripada syahbandar-syahbandar tersebut, ramai pedagang dari kepulauan melayu yang lain Brunei, Maluku, Jawa dan Sulawesi telah memeluk agama Islam.

2. Melalui perkahwinan.

Oleh sebab terpaksa tinggal di kawasan ini berbulan-bulan lamanya untuk menunggu angin, maka terdapat di antara para pedagang itu yang telah mengahwini

118

Page 119: Nota Pendidikan Islam

wanita-wanita tempatan. Sebagai oarang Islam, mereka tidak boleh mengahwini wanita-wanita yang bukan Islam. Jesteru itu, sebelum berkahwin wanita-wanita itu diislamkan dahulu. Perkara ini mudah dilakukan para pedagang merupakan orang-orang yang kaya dan sering dikagumi oleh penduduk tempatan.

Setelah wanita-wanita tadi memeluk agama Islam, biasanya akan turut sama dianuti oleh keluarga terdekat mereka. Dengan cara ini Islam terus berkembang di kawasan kota-kota perdagangan di Asia Tenggara. Adakalanya pedagang-pedagang itu berjaya mengahwini puteri-puteri pemerintah tempatan. Dalam hal yang demikian Islam akan lebih mudah tersebar.

Selain dari itu juga terdapat juga perkahwinan di antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam yang telah membawa kepada pengislaman lelaki tersebut. Sebagai contoh perkahwinan di antara Megat Iskandar Syah dengan puteri Pasai yang telah menyebabkan raja Melaka itu memeluk agama Islam.

3. Melalui pendakwahan.

Pendakwahan oleh para ulama’ dan ahli sufi merupakan cara penyebaran Islam yang paling meluas dan berkesan. Pendakwahan ini telah dijalankan sejak abad ke 8M lagi iaitu zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M). Dikatakan baginda telah mengirimkan para pendakwah ke merata pelusuk dunia untuk menyebarkan Islam termasuklah ke Asia Tenggara. Sekitar tahun 720M, baginda berjaya mengislamkan pemerintah kerajaan Suwarnabhumi atau Melayu Jambi yang bernama Srindrawarman. Dengan itu kerajaan melayu Jambi telah dikenali oleh orang arab sebagai Sribuza Islam. Namun demikian, kerajaan ini tidak lama kerana telah ditakluki oleh kerajaan Srivijaya Palembang pada tahun 730M.

Selain itu, sekitar tahun 820M, satu rombongan pendakwah yang diketuai oleh Nakhoda Khalifah telah sampai ke Perlak. Rombongan itu telah berjaya mengislamkan pemerintah dan penduduk Perlak dan menjadikannya sebagai kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara.

Menjelang abad ke 10M, keadaan dunia Islam menjadi kucar-kacir. Kerajaan Bani Abbasiah semakin lemah menyebabkan wilayah-wilayah di bawah kuasanya mula memerdekakan diri. Peperangan untuk merebut wilayah di antara kerajaan-kerajaan kecil sering sahaja berlaku. Keadaan kacau-bilau dan porak-peranda ini telah mengecewakan segolongan masyarakat Islam dan beranggapan semua itu adalah kerana sikap umat Islam yang mementaingkan kebendaan. Akibatnya lahir golongan yng cuba mengasingkan diri mereka daripada masyarakat ramai dan hidup sebagai ahli-ahli sufi yang mengamalkan tarikat dan tasawuf.

Kedatangan Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad menandakan bermulanya kegiatan pendakwahan oleh ahli-ahli sufi di Asia Tenggara. Selepas itu ramai lagi para sufi yang datang ke sini sama ada dari Timur Tengah atau Parsi dan India. Di Pasai telah datang ulama’ seperti Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan Tajuddin al-Asfahani. Selain itu, para

119

Page 120: Nota Pendidikan Islam

ulama’ yang menyebarkan agama Islam di Melaka boleh dikatakan semuanya terdiri daripada ahli sufi seperti Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf.

Setiap ahli sufi telah menjalani pendidikan formal dari institusi-institusi yang dikenali sebagai zawiyah, khawanik dan rabth. Mereka telah mengajar secara formal yang pada mulanya berpusat di istana-istana dan kemudian di masjid-masjid atau rumah-rumah mereka. Institusi-institusi ini kemudian telah berkembang menjadi sekolah-sekolah pondok atau pesantrean.

Dengan adanya institusi-institusi ini membolehkan agama Islam diajar dengan lebih mendalam dan sempurna. Disamping itu, institusi ini telah berjaya melahirkan ulama’ dan ahli-ahli sufi tempatan yang kemudian menggantikan ulama’ dari luar itu menjalankan tugas menyebarkan Islam di kawasan ini. Dalam zaman keagungan kerajaan Acheh pada abad ke 16-17M, telah lahir ulama’-ulama’ sufi yang terkenal seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di Jawa pula telah lahir pula ulama’-ulama’ yang terkenal dengan panggilan wali Songgo (wali Sembilan). Mereka adalah sembilan ulama yang terkemuka yang telah berjasa menyebarkan agama Islam di pulau itu. 4. Melalui Peranan Pembesar-pembesar.

Dalam masyarakat Asia Tenggara dan Melayu terdapat konsep taat kepada pemerintah yang dikenali sebagai pendewaan pemerintah yang berlebih-lebihan. Sebelum Islam datang raja-raja dianggap sebagai penjelmaan atau titisan daripada dewa-dewa. Dengan itu timbul konsep dewaraja. Walaupun konsep ini bertentangan dengan Islam akan tetapi telah banyak membantu dalam penyebaran agama Islam di kawasan ini.

Apabila raja-raja telah dapat diislamkan oleh para mubaligh atau pendakwah, maka seluruh rakyatnya ikut serta memeluk Islam. Ini jelas dengan pengislaman kerajaan Melaka, Kedah dan Patani. Sejarah Melayu mengesahkan bahawa apabila Raja KecilBesar memeluk Islam telah diikuti oleh para pembesar dan rakyatnya. Begitu juga cerita dalam Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Kedah dan Hikayat Patani tentang pengislaman Patani.

5.3.2 PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI

Definisi Islam Hadhari Dari segi istilah perkataan hadhari membawa maksud “yang bertamadun” atau

Islam yang menekankan aspek tamadun Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Civilazational Islam” Dalam bahasa Arab sebagai “al-Islam al-Hadhari”

120

Page 121: Nota Pendidikan Islam

Takrif Islam Hadhari

“Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh,berdasarkan lepada perspektif tamadun Islam”

Visi

Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat yang membangun dan

memiliki ilmu, berkemahiran dan berketerampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.

Misi

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummmah berlandaskan pendekatan Islam yang universal,maju, bertamadun ,bertoleransi dan berimbang.

0bjektif

Bagi melahirkan individu dan masayarakat Islm yng mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual,material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana,rasional, praktikal dan damai.

Prinsip-Prinsip Asas Islam Hadhari

Prinsip-prinsip asas Islam Hadhari adalah seperti berikut:

1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah2. Kerajaan adil dan beramanah3. Rakyat yang berjiwa merdeka4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan5. Pembanguna Ekonomi Yang Seimbang dan Komprehensif6. Kehidupan berkualiti7. Pembelaan hak Kumpulan Minoriti dan Wanita8. Keutuhan budaya dan Moral9. Pemuliharaan Alam Semulajadi10. Kekuatan Pertahanan

Gabungan prinsip-prinsip di atas adalah dirangka menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham sebuah negara yang komposisis rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan ini juga

121

Page 122: Nota Pendidikan Islam

hádala untuk memperkasa umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Perincian kepada prinsip-prinsip di atas adalah seperti berikut:

i. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah.

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan),syariah (perundangan),akhlak,moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan perlaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah :

Maksudnya:“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri

itu0 ,beriman serta bertakwa,tentulahvkami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

(Surah al-A’raaf :96)

Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mererka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah s.w.t.

Maksudnya:“ Tidak ada paksaan dalam agama Islam”

( Surah al-Baqarah:256)

Allah swt berfirman :

Maksudnya “ Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”

)Surah al-Kafirun :6(

ii. Kerajaan Adil Dan Beramanah

122

Page 123: Nota Pendidikan Islam

Adil adalah memberi hak kepada yang berhak akan haknya.,mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah swt:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil,dan berbuat kebaikan,serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu dengan suruhan dan laranganNya ini, supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”

(Surah an-Nahl: 90)

Perlaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan,warna kulit, bangsa, kedudukan,miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan firman Allah swt:

Maksudnya: “…..dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

(Surah al-Maa’idah : 8)

Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya iaitu bersesuaian dengan firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah swt menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ( yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum ai antara manusia,(Allah menyuruh ) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah swt dengan (suruhannya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah swt sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”

(Surah an-Nisa’ : 58)

123

Page 124: Nota Pendidikan Islam

iii. Rakyat Yang Berjiwa Merdeka

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirakan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea- idea baru yang bermanafaat bagi memartabatkan diri , keluarga , masyarakat dan negara.

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika,sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.

iv. Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan,kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan.Proses ini perlu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.

Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardo kifayah ,hasarat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double major,kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan tenaga dan ummah.

v. Pembangunan Ekonomi Yang Seimbang Dan Komprehensif

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberikan keutamaan oleh Islam. Pembanguana ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu, perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensetif kepada perkembangan tersebut.Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara besar-besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara,demi keselamatan negara, sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi rakyat,sesuatu yang dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan sains bioteknologi,negara akan berusaha untuk memaju sektor pertanian denan teknologi tersebut.

vi. Kehidupan Berkualiti

124

Page 125: Nota Pendidikan Islam

Islam pada permulaan memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat yang berkualiti. Mencapai tahap yang tinggi dalam semua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Islam menuntut supaya setiap individu berusaha menguasai lmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan berkualiti dari semua aspek termasuk aspek kerohanian,fizikal dan material.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melaui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi sepert memelihara amalan beragama,kemampuan memajukan taraf pendidikan ,menghayati kehidupan aman,hak memilik harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti,kemudahan persekitan turut diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama perlu difikir dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

vii. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti Dan Wanita

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan kepada setiap individu tanpa diskriminasi,sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, harta, kehormatan dan akal.Dalam Islam, ia terkandung dalam Maqasid as-Syariah.Oleh itu tidak berlaku penafian hak-hak tersebut atau menjadi alasan kumpulan kecil dan perbezaan jantina.Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan . ia terdapat dalam bahagian kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundmental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai pentadbiran negara,aktiviti ekonomi,sosial,pendidikan ,agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti yang temaktub dalam Dasar Wanita Negara.

vii. Keutuhan Budaya Dan Moral

Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian akhlak sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan Malaysia, kepelbagaian buadya dan agama dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh,murni dan luhur. Penghayatan niali-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani.

125

Page 126: Nota Pendidikan Islam

Dengan demikian , kemajuan ekonomi dan teknologi akan berjalan seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian masyarakat berbilang kaum. Namun ,gejala keruntuhan akhlak ,kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari.

ix. Pemuliharaan Alam Semulajadi

Kehidupan manuasia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekplotasi alam tabii secara berlebihan dengan mengggunakan sains dan teknologi.Natijahnya, keseimbangan alam semulajadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh,banjir kilat,pemanasan global,gempa bumi,gelombang besar,hujan asid, pencemaran alam sekitar dan sebagainya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh manusia.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan kepada kehidupan yang bertersakan nilai-nilai murni agama, bertanggngjawab dengan alam,membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersunggguh-sunggguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

x. Kekuatan Pertahanan

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri ,fizikal dan spritual.

Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapatvmempertahankan diri dan negara daripada dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain.

Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan,keamanan dan keselamatan negara bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain.

5.4. PATRIOTISME DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN ISLAM HADHARI DI MALAYSIA

5.4.1 Pengenalan

126

Page 127: Nota Pendidikan Islam

Semangat “patriotisme” merupakan perasaan cinta dan sayang yang mendalam terhadap tanahair. Semangat patriotisme mengajar manusia supaya mencintai negara sendiri dan bersemangat untuk memajukan diri demi negara. Oleh yang demikian ianya amat penting dalam pembangunan sebuah negara yang aman dan harmoni.

“Patriotis” ialah orang yang memperjuang kebebasan dan hak tanah air kerana sayangkannya. Dalam bahasa arab “patriotisme” disebut “wataniyyah” (cinta negara secara ikhlas dan sanggup berkorban untuknya). Dalam bahasa Malaysia patriotisme dikaitkan dengan cintakan negara.

5.4.2 Kepentingan Semangat Cintakan Negara

“Cintakan negara sebahagian daripada iman”

Ungkapan yang selalu digunakan berkaitan dengan cintakan negara dikaitkan dengan iman.Oleh yang demikian patriotisme dalam kerangka atau acuan Islam seperti juga dalam semua perkara lain mestilah berasaskan kepada aqidah tauhid.

Sayangkan negara kerana negara adalah nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang besar yang mesti disyukuri dan dipertahankan tetapi segala-galanya hanyalah diniatkan kerana Allah s.w.t. Kasihkan negara kerana Allah s.w.t. yang telah memberikan pelbagai kurniaanNya

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".

( Surah al-Anbiya’ :105)

Rakyat mesti diasuh dan dididik agar cintakan negara. Bukan semua bangsa di dunia dianugerahkan dengan negara. Rakyat mestilah berusaha melahirkan kepimpinan yang bertakwa , amanah, jujur ,bertanggungjawab.Sumber kekuatan umat ini ialah:

i. Semaian semangat perpaduan di kalangan rakyat sepanjang zaman.ii. Menggalakkan perkembangan ilmu agar lahir ramai para intelektual

yang sentiasa berbakti kepada agama, bangsa dan negara.iii. Membangunkan sebuah masyarakat yang berdisiplin dan bekerja kuativ. Mewujudkan masyarakat yang mementingkan kemuliaan akhlak.v. Masyarakat yang melantik dan mentaati kepimpinan yang soleh.

vi. Sentiasa menyemai sifat syukur dan ikhlas

Nilai cintakan negara adalah merupakan perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri.Rakyat perlu menyedari bahawa negara kita dikurniakan dengan kekayaan semulajadi dan menghargai kurniaan Allah.

127

Page 128: Nota Pendidikan Islam

Perasaan sanggup berkorban untuk negara iaitu rela dan sanggup menyerahkan sesuatu termasuk nyawa kepada negara.sebagai tanda cintakan nagara kita mestilah berusaha untuk menjadi insan yang berilmu, beriman dan bertaqwa yang sanggup berkorban masa, tenaga, harta dan nyawa demi mempertahankan maruah agama dan kedaulatan negara.

RUJUKAN.

1. Azhar Hj. Mad Ros, 2004,Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Kertas dan

2, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor .

2. Mahayudin Haji Yahaya, Nota Lengkap STPM Tamadun Islam, Edisi ke 2.

3. Ahmad Jelani Hakimi,Mahayudin Haji Yahaya, Sejarah Islam,

4. Arjuna @ Mohd Noor Yunus,2003, Sejarah STPM, Tamadun Islam,Pelangi Sdn Bhd.

Bandar Baru Bangi, Selangor.

5. Mahdi Shuid,Ustaz Rumaizuddin Ghazali, Salina Mansor,Para-U STPM, Tamadun

Islam,2004,Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Selangor.

6. Sulaiman Nordin, Islam, al-Qur’an dan Ideologi Masa Kini.

7.Abdul Monir Yaacob dan Norhanizah Ismail, Islam Hadhari Himpunan Isu

Kontemporari.

8. Islam Hadhari Satu Penjelasan,2005,Percetakan nasional Malaysia Berhad.

128

Page 129: Nota Pendidikan Islam

ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA

6.1 GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA

6.1.1 Faktor-faktor Gejala Sosial

i. Faktor Ibu bapa atau Keluarga:

Ibu bapa tidak bertanggungjawab, gagal membimbing dan mengasuh anak-anak dalam menerapkan nilai-nilai murni,ajaran agama dan kasih sayang.

Bersikap materialistik dan sibuk mengejar kebendaan. Tidak mengetahui gerak-geri anak-anak

Sabda Nabi saw:

" Tiap-tiap anak Adam itu di lahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi”.

129

Page 130: Nota Pendidikan Islam

ii. Faktor Perkembangan Teknologi Maklumat ( ICT dan Media Massa):

Informasi tidak berfaedah mudah didapati Budaya luar diserap masuk ke dalam budaya kita seperti pengaruh cara

bercakap,berpakaian, bersosial dan berfikir. Banyak memaparkan pengaruh negatif Barat Nilai keislaman tidak dititikberatkan

iii. Faktor Kejiwaan (al Nafs):

Manusia diciptakan dengan mempunyai dua kecenderungan; kebaikan dan keburukan.

Al-nafs mutma’innah (kebaikan) ; zat yang sangat halus,bertabiat mulia dan mempunyai darjat yang tinggi.

Al-nafs ammarah (keburukan); yang menurut hawa nafsu

Firman Allah swt:

Maksudnya “ Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”.

( Surah al Syams :7-10)

Ibnu Maskawaih mengatakan:

"Akhlak ialah keadaan jiwa yang selalu mendorong manusia berbuat tanpa memikirkannya (lebih lama)."

Kesimpulannya jika unsur kebaikan menguasai dirinya ia akan mendorong kepada perbuatan kebaikan dan sekiranya unsure keburukan menguasainya maka mereka akan cenderung melakukan kemaksiatan dan kemungkaran.

iv. Faktor Kesan Globalisasi

Globalisasi ialah konsep dunia tanpa sempadan. Segala maklumat dan perkembangan dapat diketahui dan dicapai dengan

mudah dan cepat sama ada perkara baik atau buruk.

130

Page 131: Nota Pendidikan Islam

Kadang kala terdapat remaja yang mempunyai pemikiran yang sempit suka mencuba sesuatu yang baru. Mereka akan teruja dan tidak dapat mengelak daripada melihat dan berinteraksi terhadap perkara ini.

v. Faktor Rakan Sebaya:

Rakan sebaya adalah orang yang sangat berpengaruh kepada perkembangan remaja.

Rakan sebaya mempunyai tahap mentaliti dan tahap pemikiran yang sama. Seorang sahabat mestilah mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang dapat

memberi faedah keagamaan.

Sabda Nabi s.a.w daripada Abu Hurairah r.a:

Maksudnya :“ Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapakah dia berkawan”.

(Hadis riwayat Abu Daud dan al Tirmizi)

vi. Faktor Kelonggaran Undang-undang dan Penguatkuasaan:

Tidak terdapat undang-undang yang ketat dan penguatkuasaan yang tegas. Terdapat segelintir kes rasuah di kalangan penguatkuasa undang-undang Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan

Langkah-langkah membendung gejala sosial menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:

Beriman kepada Allah swt, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, malaikat-malaikat-Nya, hari kiamat serta qadak dan qadar-Nya.

Melaksanakan rukun-rukun Islam dalam kehidupan. Taat yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan RasulNya. Mengerjakan suruhan Allah dan Rasul serta menjauhi laranganNya. Mencontohi akhlak Rasulullah saw.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi merekatidak mengubah nasib mereka sendiri”.

(Surah al Ra’d: 11)

6.1.2 Pakaian Menurut Perspektif Islam

Definisi

131

Page 132: Nota Pendidikan Islam

Aurat diambil dari perkataan Arab 'aurah' yang bererti keaiban. Manakala menurut istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Perintah Menutup Aurat

i. Larangan berpakaian seperti masyarakat Jahiliyah

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah s.w.t;

......

Maksudnya: "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu;…”.

( Surah al Ahzab: 33)

ii. Tuntutan melabuhkan pakaian

Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman:

Maksudnya: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.".

(Surah al Ahzab : 59)

iii. Memakai pakaian yang sederhana

Firman Allah s.w.t :

….

132

Page 133: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya: “….dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya..)”.

(Surah al Nuur:31)

Menurut Iman Syafie perkataan perhiasan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu;

Pertama : Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka , pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.

Kedua : Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Beberapa Situasi Menutup Aurat

Aurat ketika di hadapan bukan mahram (ajnabi) ; seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat ketika bersama mahram ; Diantara pusat hingga ke lutut. Aurat ketika dharurah ; ketika sakit (mengikut keperluan) Aurat ketika sendirian : Diantara pusat hingga ke lutut.

Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan.

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah saw telah menerima hadiah sejenis kain qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah al Albi dan Rasulullah saw pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid), untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari Rasulullah saw bertanyakan Usamah: "Kenapa engkau tidak memakai kain qibtiah itu?" Usamah menjawab: "Saya telah berikan kepada isteri saya." Lalu Rasullullah saw bersabda kepada Usamah: "Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain qibtiah itu tidak di galas , maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

Selain dari itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan mambayangkan kulit pemakainya.

133

Page 134: Nota Pendidikan Islam

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan maksudnya: ”Rasulullah saw telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian seperti lelaki”.

vi. Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman yang semerbak.

Abu Musa Al-Asy'ari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina."

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Kesimpulan

Seseorang wanita yang memakai pakaian menurut ciri-ciri Islam, mereka dapat menghindari dirinya dari fitnah dan menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus dapat mengelakkan diri dari perbuatan tidak senonoh di kalangan lelaki terhadap wanita. Selain itu mereka yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah swt dan golongan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang amat tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

6.1.3 Transeksual

Definisi

Maksud transeksual, secara umumnya di Malaysia merujuk kepada lelaki transeksual (mak nyah). Golongan transeksual wanita lebih sukar dikesan kerana faktor penampilan pakaian mereka yang tiada perbezaan dengan wanita-wanita lain.

Istilah maknyah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1987 apabila golongan ini cuba untuk menubuhkan satu persatuan untuk mereka dan istilah ini digunakan untuk merujuk kepada golongan lelaki transeksual.

Kajian Teh (1998) menyatakan bahawa bilangan maknyah di Malaysia adalah berjumlah sekitar 10000 orang iaitu 70- 80 % adalah berketurunan Melayu dan selebihnya adalah berketurunan Cina, India serta lain-lain etnik minoriti.

134

Page 135: Nota Pendidikan Islam

Perspektif Islam dan kebudayaan

Menurut pandangan Islam, gender (jantina) terbahagi kepada empat kumpulan iaitu lelaki, perempuan, khunsa dan mukhannis atau mukhannas.

Khunsa, pada dasarnya bermaksud dwi jantina. -Mukhannas adalah golongan yang mahukan jantina yang lain dari jantina mereka lahir. Mereka mahu menjadi wanita dan membenci identiti kelakian mereka.

-Mukhannis adalah mereka adalah golongan lelaki yang tinggi sifat kewanitaanya tetapi tidak mahukan pembedahan jantina.

Golongan khunsa, menurut Islam, dibenarkan untuk menjalani pembedahan jantina supaya mereka dapat menjadi samada lelaki atau wanita.

Pada tahun 1983, Majlis, Raja-Raja telah menetapkan fatwa bahawa pembedahan jantina adalah haram hukumnya kerana pembedahan itu adalah salah di sisi Islam. Perbuatan silang-pakaian (cross dressing) juga dilarang.

Bagi golongan khunsa, pembedahan jantina adalah dibenarkan. Maka secara dasarnya, golongan maknyah sebenarnya adalah tidak diiktiraf bagi masyarakat Malaysia. Ramai dari mereka menerima kenyataan bahawa Islam melarang transeksualisme.

Ini selaras dengan dalil-dalil yang dinyatakan melalui hadis. Sebagai contoh, hadis di dalam sahih Bukhari, Volum 7, buku 72, nombor 774, yang bermaksud:

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas:Rasulullah melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi "halau mereka dari rumahmu. "

Di dalam hadis Sunan Abu Daud, Buku 32, Nombor 4087 yang bermaksud:Diriwayatkan oleh Abu Hurairah;Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan wanita yang berpakaian seperti lelaki.

6.1.5 Permasalahan Murtad

Definisi

Murtad adalah orang yang meninggalkan agama Islam beralih kepada agama lain seperti Nasrani,Yahudi atau beralih kepada aliran yang bukan agama seperti mulhid ( mengingkari agama) dan komunisme. Orang itu berakal dan atas kemahuannya sendiri, tidak dipaksa.

135

Page 136: Nota Pendidikan Islam

Hukuman

i. Memberi nasihat dan mengajaknya kembali kepada agama Islam dalam tempoh tiga hari.

ii. Jika dia ingkar maka pihak pemerintah boleh menjatuhkan hukuman bunuh

Implikasi terhadap orang yang murtad

i. Jenazah tidak dimandikan, disolatkan atau dikuburkan di perkuburan Islam.ii. Tidak mewarisi atau menerima warisan harta.

iii. Hartanya menjadi harta fa’i ( rampasan) untuk kemaslahatan orang Islam.

Dalil firman Allah s.w.t;

Maksudnya :”Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka Telah kafir kepada Allah dan rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.”

( Surah al Taubah : 84)

Maksudnya: “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"

(Surah al Taubah: 65)6.1.6 Rokok Menurut Perspektif Islam

Pendahuluan

Merokok sememangnya satu tabiat yang digemari ramai. Walaupun perbuatan ini membahayakan kesihatan namun masih ramai yang terus merokok.

Merokok boleh menyebabkan seseorang itu ketagihan sama seperti dadah. Keadaan ini mungkin mengejutkan kerana kita mempercayai bahawa tembakau tidak mengandungi 'dadah'.

136

Page 137: Nota Pendidikan Islam

Kandungan Rokok

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau ( 1%-3% ) yang boleh menyebabkan ketagihan.

Dalam sebatang rokok terdapat 0.5 hingga 2.0 mg nikotin dan ini bergantung kepada cara ia diproses. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berbanding dengan alkohol (arak) atau dadah kokain.

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia; (bahan radioaktif (polonium -201),cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati.

Kesan Tabiat Merokok

Merokok dapat disamakan sebagai proses memasukkan bahan racun dengan cara hisapan ke dalam tubuh. Bahan racun itu akan dikeluarkan dari tubuh melalui proses perkumuhan (ekskresi) air kencing, najis atau pernafasan.

Jika tabiat ini dilakukan secara berterusan setiap hari, maka jumlah racun yang dihisap akan melebihi jumlah yang berupaya dikumuhkan oleh badan. Akibatnya berlaku penggumpulan bahan racun di dalam badan.

Tabiat merokok mengakibatkan 90% daripada kesemua kes kanser paru-paru, 75% kes kerosakan paru-paru (chronic bronchitis & emphysema) serta 25% kes jantung di kalangan lelaki berumur di bawah 65 tahun.

Asap yang terhasil daripada puntung rokok yang sedang menyala (sidestream), bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh si perokok (enhaled smoke) adalah dipanggil environmental tobacco smoke (ETS). Ianya mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan asap yang disedut terus dari batang itu (mainstream smoke).

Kajian-kajian saintifik yang dijalankan oleh berbagai badan penyelidikan terkemuka antarabangsa telah membuktikan bahawa merokok secara pasif (passive smoke) merupakan penyebab utama kejadian kanser paru-paru di kalangan orang yang tidak merokok

Fatwa Berkaitan Rokok

i. Pengharaman rokok ke atas orang Islam sahaja

137

Page 138: Nota Pendidikan Islam

Pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam kerana terdapat kemudaratan. Pengharaman ini adalah ke atas orang Islam sahaja.

ii. Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh diri sendiri dan orang lain atau makhluk lain

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “... dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”.

(Surah al Nisaa’: 29)

Sabda Rasullulah s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a : "Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam”.

iii. Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancam kehidupan kita

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. “

( Surah Al-A'raf : 157)

Firman Allah s.w.t :

138

Page 139: Nota Pendidikan Islam

Maksudnya: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.

( Surah al Baqarah : 195)

Fatwa Ulamak Mengenai Pengharaman Rokok

i. Dr.Syeikh Muhamad Yusuf al Qardhawi

Menurut pendapat Dr. Yusof al Qardawi bahawa merokok adalah lebih cenderung kepada HARAM, memandangkan merokok banyak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan dan harta, malah ia juga dianggap sebagai satu cara membunuh diri secara perlahan-lahan.

Al-Khamru maa khaamaral aqla (arak ialah semua bahan yang dapat menutupi akal), ini adalah suatu ungkapan yang pernah dikatakan oleh Saidina Umar Ibnul-Khattab.

Setiap yang mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal dari tabiat yang sebenarnya adalah disebut arak dan ini termasuklah semua bahan yang kini dikenali dengan nama narkotik seperti ganja, marijuana dan sebagainya.

Bahan narkotik dapat mengganggu kemurnian jiwa, dan menghancurkan moral, dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim. Haramnya narkotik ini telah disepakati oleh ahli-ahli fekah yang pada zamannya dikenal dengan nama al khabaits (keburukan).

ii. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah

Ibn Taimiyyah mengatakan bahawa ganja (hasyisy) adalah bahan yang haram, baik orang yang merasakan itu mabuk ataupun tidak.

Hasyisy ini selalu dipakai oleh orang jahat, kerana di dalamnya mengandung unsur-unsur yang memabukkan dan menyenangkan. Ia biasanya dicampur dengan minuman-minuman yang memabukkan.

Sebab Pengharaman Merokok

i. Memudaratkan kesihatan

ii. Mengganggu

139

Page 140: Nota Pendidikan Islam

Tabiat merokok kadang kala turut mengganggu dan menyakiti hati orang di sekelilingnya.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Seseorang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat tidak akan menyakiti hati jirannya”.

(Hadis riwayat Bukhari)

Kandungan rokok bukan sahaja memberi kesan negatif kepada penghisap malah kepada mereka yang menyedut asap rokok.

Oleh itu, seseorang itu tidak boleh memudaratkan dirinya mahu pun ke atas orang lain. Kesan yang tidak terima oleh perundangan Islam berdasarkan mafhum sebuah hadith yang bermaksud, "tidak ada kemudaratan (dalam Islam) dan kemudaratan kepada orang lain perlu dihindarkan".

iii. Membazir

Merokok diharamkan kerana ia merupakan suatu aktiviti yang jelas mendatangkan pembaziran kewangan.

Bagi mereka yang menghisap sekotak rokok sehari yang harganya RM5.30, ia terpaksa membelanjakan sejumlah RM159 sebulan dan RM1,908 setahun dan sejumlah RM19,080 bagi sepuluh tahun.

Jumlah wang tersebut sudah tentu dapat dimanfaatkan pada perkara yang lebih memberikan faedah kepada diri perokok dan keluarganya.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”.

( Surah Al-Israa' : 27)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Allah membenci tiga perkara iaitu mengumpat, berjudi dan membazirkan wang”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

iv. Sumbangan Kepada Orang Yahudi

Kebanyakan syarikat pengeluar rokok adalah kepunyaan Yahudi. Justeru membeli rokok secara tidak langsung akan menyumbang kekayaan kepada bangsa Yahudi.

140

Page 141: Nota Pendidikan Islam

Selain itu, Muhammad al-Jibaly mengatakan bahawa merokok merupakan perbuatan yang hampir sama dengan orang yang berada di dalam api neraka, yang meminum dari mata air yang panas menggelegak dan memakan makanan dari pokok-pokok yang berduri sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas. Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri”.

(Surah al Ghaasiyah: 5-6)

v. Masalah Sosial

Rokok sudah dikenalpasti sebagai titik permulaan kepada amalan ketagihan dadah, ganja dan seumpamanya. Mereka yang tidak merokok tidak akan terdedah kepada amalan penagihan dadah dan sebagainya.

Ini adalah bertepatan dengan kaedah perundangan Islam iaitu sadd al-dhara' (blocking the means) iaitu menutup pintu kepada kejahatan. Sesuatu perkara itu, walaupun pada asalnya dibenarkan oleh perundangan Islam, boleh bertukar menjadi perkara yang ditegah sekiranya ia boleh membawa kepada satu keputusan yang tidak baik

Petua Berhenti Merokok

Minum banyak air Mandi kerap kali Membasuh tangan Melengah-lengahkan menghisap rokok Menarik nafas panjang Mengunyah sesuatu seperti kismis, gula-gula, guli getah Melakukan senaman Menyibukkan tangan dengan sesuatu kerja Menjauhkan diri dari kawan atau orang yang merokok Memohon doa kepada tuhan agar dikuatkan azam Mengelakkan diri daripada merasa bosan atau situasi yang mendorong kepada

merokok Munajat dan bertafakur kepada Allah

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

6.2 PENYALAHGUNAAN DADAH DAN ANCAMANNYA KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA

6.2.1 Definisi

141

Page 142: Nota Pendidikan Islam

Menurut Kamus Dewan istilah 'drug' dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan.  Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'drug', perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. 

Manakala dalam Bahasa Melayu, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan. Ini bermakna perkataan 'penyalahgunaan' atau 'salahguna' tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah.  Perkataan 'dadah' sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. 

'Dadah' ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut;i. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf

tunjang).ii. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah

dilarang. iii. Mendatangkan kesan-kesan buruk atau bahaya ke atas kesihatan dan fungsi

sosial.iv. Diperolehi secara haram.v. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan

daya tahan terhadap dadah.

6.2.2 Jenis-jenis Dadah

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut : i. Opiat; candu, morfin, heroin an kodein

ii. Canabinoid; ganja, kanabis, dan hashisyiii. Stimulan; methamphetamine (syabu), dadah sintetik (ectasy) dan kokainiv. Depresen; sedative (hipnotik) sejenis barbiturate dan tranquilizerv. Halusinogen; lysergic acid diethylamide (LSD), meskalin dan psilosibin

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam, petrol, alcohol dan tembakau.

6.2.3 Tanda- Tanda dan Gejala

Berikut merupakan ciri-ciri penyalahgunaan dadah dikesan:

i.Gejala fizikal Berpeluh Meremang bulu roma Pening kepala Menggigil (tremor)

ii. Gejala psikologi Keresahan Insomnia - tidak dapat tidur

142

Page 143: Nota Pendidikan Islam

Kerisauan Gangguan emosi dan perasaan

iii. Gejala perlakuan Sentiasa ponteng kerja Penurunan prestasi kerja Digantung atau dibuang sekolah Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam Mencuri

6.2.4 Akibat Pengambilan Dadah

i. Akibat ke atas penagih

Dari segi tingkahlaku, si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan tertentu seperti penagih dadah dan penjenayah.

Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan. Penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan dan berperasaan ganas.

Disamping itu mereka juga akan merasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan.

Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

Oleh itu agama Islam melarang orang Islam membunuh diri sendiri walau dalam apa keadaan sekalipun, dan mengambil dadah boleh membawa kepada kematian. tegahan membunuh diri jelas dalam al Quran, Allah swt berfirman:

Maksudnya:” dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar, demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya)”.

( Surah al An’am : 151)

143

Page 144: Nota Pendidikan Islam

ii. Akibat ke atas keluarga penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.

Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.

Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan ahli keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Allah swt berfirman ;

...

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”.

( Surah at-Tahrim :6)

Rasullullah s.a.w juga pernah bersabda bermaksud;

“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya”.

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

iii. Akibat ke atas masyarakat

Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah.

iv. Akibat ke atas negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini.

Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :

-Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi;-Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih

144

Page 145: Nota Pendidikan Islam

-Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;-Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan; dan-Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti  menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin.

Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun.

6.2.5 Tindakan Undang-undang Berkaitan Dadah

Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.

Jenis kesalahan dan hukuman

JENIS DADAH

SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA

Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gmRM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A (1) Memiliki20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm

Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.

  39A(2) Memiliki50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

  6BMenanam pokok ganja

Tidak kira berapa pokok

Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali

  39B Mengedar 200gm ke atas MATI

Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A(1) Memiliki100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm

Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

  39A(2) Memiliki 250gm ke atas Penjara seumur hidup

145

Page 146: Nota Pendidikan Islam

tetapi kurang dari 1000gm

atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

  39B Mengedar 1000gm MATI

Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine

12(2) Memiliki Ke bawah 2gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A(1) Memiliki2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm

Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

  39A(2) Memiliki5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

  39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI

Ubat Batuk 9(1)

Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar

-RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya

Pil 30(3)

Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar

-RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya

Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gmRM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

  39A(1) Memiliki5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm

Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

  39A(2) Memiliki30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm

Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

  39B MENGEDAR50gm ke atas atau lebih

MATI

146

Page 147: Nota Pendidikan Islam

6.2.6 Islam Melarang Pengambilan Dadah

i. Menjamin kesejahteraan hidup

Islam telah menetapkan panduan-panduan dan larangan-larangan dalam pengambilan bahan makanan atau barang gunaan agar umatnya tidak terjerumus dalam mengambil benda-benda yang ditegah.

Ini semua adalah untuk memastikan kesinambungan hidup manusia agar sentiasa terpelihara akidahnya.

Pepatah Arab, “Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat”

السليم الجسم في السليم العقل

Ini bermakna hubungan di antara akal, dan fizikal amat berkaitrapat antara satu sama lain. Oleh itu, Islam menggesa umatnya supaya mengambil makanan yang baik dan halal termasuklah bersih dan berkhasiat.

Tegahan mengambil benda atau bahan makanan yang kotor, jijik dan keji serta yang ditegah adalah dilarang sama sekali termasuklah mengambil benda-benda yang memabukkan seperti dadah kerana mempunyai kaitan rapat dengan mental dan fizikal maka ia amat mempengaruhi kesempurnaan amal ibadat seseorang.

ii. Dadah adalah sejenis ‘bahan kotor’, najis, jijik, dan keji yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan

Ini adalah kerana dadah itu sifatnya memabukkan, mengkhayalkan dan merosakkan. Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri sendiri dalam larangan-larangan Allah SWT dan ianya amatlah ditegah.

Firman Allah swt;

...

Maksudnya :”Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.

(Surah al-Baqarah: 195 )

147

Page 148: Nota Pendidikan Islam

6.2.7 Aspek Hukum

Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang diqiaskan kepada arak.

Dalam al Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (al Quran dan hadis).

Pengharaman ini kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau kerana terdapat keburukan terhadap individu dan masyarakat.

Rasulullah s.a.w bersabda;

jام ح0ر0 wخ0م.ر ,ل4 و0ك jخ0م.ر wك2ر م,س. ,ل4 ك

Maksudnya : “Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram”.

Kesimpulan

Islam amat menitikberatkan mengenai kesejahteraan hidup umatnya dalam banyak perkara, keutamaan terhadap keimanan seseorang adalah menjadi tunjang utama untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Jelaslah syariah Islam diturunkan adalah untuk memelihara kewujudan ummah dengan memelihara perkara-perkara asas iaitu jiwa, akal, keturunan, agama, kehormatan di samping mengharamkan segala yang boleh merosakkannya.

6.3 ISLAM AGAMA KEAMANAN

6.3.1 Pengertian Jihad Dalam Islam

Definisi Jihad

Bahasa ; Perkataan jihad berasal dari kalimah “al Juhd” yang bererti keberatan dan kesusahan.

Istilah jihad bermaksud mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita sama ada yang mulia, ideal atau pun tidak. Penggunaan perkataan ‘jihad’ dengan pengertian umum ini telah dinyatakan dalam al Quran;

148

Page 149: Nota Pendidikan Islam

Firman Allah s.w.t;

Maksudnya : “ Dan jika keduanya memaksamu untuk mmpersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya”.

(Surah Luqman: 15)

Berdasarkan ayat al Quran di atas, perkataan jihad telah diistilahkan secara umum kepada setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga kekuatan demi mencapai matlamat dan cita-cita yang mulia.

Menurut Prof.Dr.Haron Din, jihad dengan pengertian istilah ini mengandungi tiga ciri yang tabie iaitu;

i. Adanya unsur daya dan tenaga yang terpaksa dicurahkan.ii. Adanya unsur matlamat dan cita-cita yang ideal kudus dan tinggi yang

hendak dicapai.iii. Adanya unsur ’musuh’ yang menghalangi dan menentang usaha dan

perjuangan yang tersebut.

Dalam konteks istilah jihad yang sering disalahtafsirkan oleh yang tidak mengenal prinsip-prinsip Din Islam sebagai 'perang suci' (holy war); istilah untuk perang adalah Qital, bukan jihad.

Jihad dalam bentuk peperangan dilaksanakan jika terjadi fitnah yang membahayakan umat (contohnya serangan dari luar). Jihad tidak boleh dilaksanakan kepada orang-orang yang tunduk kepada aturan Allah atau mengadakan perjanjian damai atau pun ketaatan.

6.3.2 Keizinan Berjihad ‘Fi Sabilillah’

Sejarah

Kedudukan dan keadaan orang mukmin di Madinah selepas hijrah ialah merka diwajibkan memelihara dan menyelamatkan aqidah dan agamanya dengan mempertahankan diri dari kekuataan senjata.

Serentak dengan itu orang Islam mempunyai musuh yang besungguh-sungguh dan bermati-matian untuk membasmi dan mnghapuskan orang Islam dari muka

149

Page 150: Nota Pendidikan Islam

bumi ini. Oleh demikikan Allah swt telah mengizinkan berperang kepada orang Islam;

Firman Allah swt

Maksudnya: ”Dizinkan berperang bagi orang-orang Islam yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya, dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan”.

(Surah al Hajj: 39)

Selaras dengan keizinan tersebut Allah swt juga mengarahkan supaya umat Islam di Madinah menyediakan kelengkapan perang untuk menghadapi musuh.

Firman Allah swt

Maksudnya: “ Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang lengkap sedia, untuk mengerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya”.

( Surah al Anfal:60)

6.3.3 Keganasan Dari Perspektif Islam

Menurut Islam, membunuh orang yang tidak bersalah menjadi satu kesalahan yang besar dan azab neraka adalah paling layak baginya kecuali diampunkan Allah swt.

Al Quran diturunkan untuk memandu manusia menurut kebenaran dan Allah swt memerintah hambaNya supaya mengadaptasikan akhlak dalam kehidupan. Akhlak yang merangkumi cinta, belas kasihan, toleransi, dan keamanan boleh diamalkan ke seluruh dunia.

Ajaran dari al Quran yang diimani orang Islam bukan sahaja menjadi panduan

hidup mereka tetapi sesuai juga untuk bukan Islam kerana isi kandungannya

150

Page 151: Nota Pendidikan Islam

mencakupi keadilan, memelihara orang yang memerlukan dan bersalah serta mencegah dari segala kerosakan.

Firman Allah s.w.t;

Maksudnya: “Dan carilah pada apa yang Telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”.

(Surah al Qasas: 77)

Membunuh seseorang tanpa sebab yang diterima merupakan salah satu contoh kerosakan. Allah mengulangi di dalam al-Quran;

Maksudnya; “ Oleh kerana itu kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia selruhnya, dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memlihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada meraka rasul-rasul kami dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di anatara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerosakn di muka bumi.”

(Surah al Maidah: 32)

Jelas diperkatakan bahawa membunuh seseorang kecuali jika orang itu membuat kekacauan di muka bumi adalah satu jenayah yang diibaratkan seperti membunuh manusia seluruh alam.

Begitu juga dengan kes yang membunuh manusia beramai-ramai dengan cara serangan membunuh diri (suicide attacks) juga terlibat sekali. Allah swt memberitahu kita akan balasan di akhirat bagi mereka yang sekejam ini;

151

Page 152: Nota Pendidikan Islam

Firman Allah swt;

Maksudnya: ”Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih”.

(Surah al Shura: 42)

Justeru, bagaimana boleh timbul satu tema 'Keganasan Islam'? Dari apa yang dijelaskan adalah mustahil jika dikaitkan Islam dengan keganasan. Apa yang jelas di sini ialah punca keganasan bukanlah dari agama tetapi dari faktor fenomena sosial.

6.3.4 Jihad bukan keganasan

Keganasan tidak boleh dikategorikan sebagai jihad; jihad dalam bentuk perang harus jelas pihak mana yang terlibat dalam peperangan, seperti halnya perang yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang mewakili Madinah melawan Makkah dan sekutu-sekutunya.

Alasan perang tersebut terutama adalah kezaliman kaum Quraisy yang melanggar hak hidup kaum Muslimin yang berada di Makkah termasuk merampas harta kekayaan kaum Muslimin serta pengusiran.

Firman Allah swt

Maksudnya: “Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !".

(Surah al Nisaa’:75)

Perang yang mendakwa menegakkan Islam namun tidak mengikuti sunnah Rasulullah saw tidak boleh disebut jihad. Sunnah Rasulullah saw untuk

152

Page 153: Nota Pendidikan Islam

penegakkan Islam bermula dari dakwah tanpa kekerasan. Mereka yang diserang berhak berjihad untuk mempertahankan diri dengan apa cara sekalipun.

Islam mensyariatkan peperangan jihad kerana mempertahankan serangan dan pencerobohan musuh, namun al Quran tetap menyeru umat Islam supaya berpegang kepada matlamat dan cita-cita kemanusiaan agar tidak melampui batas.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: “ Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.

(Surah al Baqarah:190)Islam Bukan Agama Paksaan

Berhubung dengan hakikat ini al Quran telah mengisytiharkan bahawa Islam menolak segala bentuk kekerasan atau paksaan dalam menyampaikan atau menegakkan agama Islam di bumi ini. Firman Allah s.w.t

Maksudnya: “ Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyta kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)”.

(Surah al Baqarah :256)

Masalah aqidah seperti yang dibawa oleh Islam adalah masalah penerimaan dengan kerelaan hati yang berasaskan keterangan bukti dan penjelasan dalil serta pemahaman yang benar, tetapi bukan masalah paksaan, kekerasan dan kekuatan kuasa, Allah swt menegaskan kepada Rasulullah s.a.w dalam firmanNya;

Maksudnya:” Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhamad), kepada umat manusia dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingat. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)”.

153

Page 154: Nota Pendidikan Islam

(Surah al Ghasyiyah: 21-22)

Islam sebenarnya hanya menggunakan kekuatan pedang untuk berjuang, berperang dan berkorban bermati-matian bukan untuk memaksa seseorang memeluk Islam, tetapi untuk memastikan jihad di medan perang

Prof. Dr. Haron Din menerangkan jihad di medan perang adalah;

i. Pertama untuk mempertahankan pencerobohan dan menghalang fitnah yang dialaminya untuk memberikan pengabdian hanya kepada Allah yang Maha Esa melalui aqidah tauhid, sistem perundangan atau syariatNya.

ii. Kedua, Islam melancarkan perang jihad untuk melaksanakan kebebasan berdakwah, untuk mendakwahkan aqidah , kerana tidka bererti kebebasan beraqidah tanpa kebebasan berdakwah. Islam membawa system yang sempurna untuk memajukan nilai kehidupan dan tamadunnya.SElepas penerangan, penjelasan yang disampaikan itu terpulanglah kepada mereka sama ada untuk beriman atau tidak, tanpa ada paksaan dalam menganut agama.

iii. Ketiga, Islam melancarkan jihad untuk menegakkan sistemnya yang tersendiri yang mesti diperteguh dan dipertahankan, kerana itulah sahaja sistem, yang dapat menjamin kebebasan manusia. Pelancaran jihad dengan menyerang musuh adalah salah satu taktik untuk menjaga Islam dari dimusnahkan oleh musuhnya.

Kesimpulan

Umat Islam haruslah diseru bersatu bagi menyebarluaskan maklumat tentang Islam yang menganjurkan kasih sayang, persaudaraan, keamanan dan kesejahteraan. Sebarang informasi yang salah boleh menimbulkan perbalahan dan menyemai semangat radikal. Selain itu, umat Islam seharusnya mempamerkan akhlak mulia seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. RUJUKAN.

1. Al Quran al- Karim. 1994. Tafsir pimpinan al Quran kepada pengertian al QuranEdisi ke-11. Kuala Lumpur: Bahagian Hal EHwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

2. Abu Bakar Jabir al Jazairi. 2003. Pedoman Hidup Muslim. Terj.Drs. Hasanuddindan Didin Hafidhuddin, Selangor : Darul Fajr Publishing House.

3. Fatimah Yusoff. 2006. Gejala Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

4. Haron Din. 2000. Manusia dan Islam, Jilid 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

.

154

Page 155: Nota Pendidikan Islam

5. Ramlah Yong. 2006. Remaja Merdeka: Bersih dari Gejala Sosial, Artikel Wawancara Khas dengan Puan Ramlah Yong, Pengarah KESUMA, Kuala Lumpur: JAKIM, (bulan Oktober)

6. Teh Yik Koon. t.t . Laporan Negara: Malaysia. Pengajian Pembangunan Sosial, Kedah:Universiti Utara Malaysia.

155