pendidikan islam - ppdmuar.my. panduan... · 2.8 peranan ketua panitia pendidikan islam 14 2.9...

74
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 2015 PENDIDIKAN ISLAM Sekolah Rendah Sekolah Menengah PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

Upload: duongduong

Post on 27-Jul-2018

312 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti2015

PENDIDIKANISLAM

Sekolah Rendah Sekolah Menengah

PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN

Page 2: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

Diterbitkan olehJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Cetakan Pertama 2015

© Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara

elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Page 3: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam
Page 4: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

i

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program-program kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan.

Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakan kepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa.

Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan sendiri.

Selamat Maju Jaya.

DatO’ SERI MaHDZIR BIN KHaLID

Kata Alu-AluanMENtERI PENDIDIKaN MaLaYSIa

Page 5: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

ii

Kata Alu-AluanKEtUa PENGaRaH PELaJaRaN MaLaYSIa

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan

Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan negara.

Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

DatO’ SRI DR. KHaIR BIN MOHaMaD YUSOf

Page 6: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

iii

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman untuk merealisasikan penerbitan buku ini.

Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku ini dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik.

SELaMat MaJU JaYa DaN SaLaM 1MaLaYSIa.Sekian, terima kasih.

(DatO’ HaJI MaHMUD BIN KaRIM)

Kata Alu-AluanKEtUa NaZIR SEKOLaH

Page 7: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

iv

JaWataNKUaSa PENERBItaNBUKU PaNDUaN PENGURUSaN Mata PELaJaRaN

PENDIDIKaN ISLaM

PenasihatDato’ Hj. Mahmud bin Karim

Ketua Nazir SekolahJemaah Nazir dan Jaminan KualitiKementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi 1Hjh. Normah binti Ismail KMN

Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi)

Pengerusi 2Encik Hashim bin Mohd Zin

Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar)

timbalan PengerusiDr. Harery bin Abu Saad

Ketua Sektor Penaziran Kurikulum

SetiausahaHj Abdul Rashid bin IbrahimKetua Penolong Pengarah

ahliAi’iri bin Abu Bakar (JNJK)

Bahrin bin Mohd Kassim (JNJK)Nazari bin Kassim @ Sapa (JNJK)Mohammad Noh bin Sujud (JNJK)

Ahmad Fahmi bin Nor Affandi (JNJK)Wan Azhari bin Wan Mohammad (JNJK)

Sharipah Khazani binti Syed Mohammad (JNJK) Nor Salmiza binti Ismail (JNJK) Nor Azni binti Abdul Aziz (JNJK)

Shuib bin Omar (BPI)Mohd Khamal bin Daud (BPI)

Muhamad Fauzi bin Abdul (BPK)Zamri bin Abdul Rahim (BPK)Nor Azza binti Ibrahim (BPK)

Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)

Page 8: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

v

ISI KaNDUNGaN

Bil tajuk Muka Surat Kata Alu-aluan YB. Menteri Pendidikan Malaysia i Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. ii Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah iii Jawatankuasa Penerbitan iv Isi Kandungan v Pengenalan vii Objektif Buku Panduan Pengurusan ix

BaB 1 PROfIL Mata PELaJaRaN PENDIDIKaN ISLaM 1.1 Pendahuluan 11.2 Matlamat 31.3 Objektif 41.4 Fokus Mata Pelajaran 6 1.5 Organisasi kandungan 61.6 Peruntukan waktu 8

BaB 2 PENGURUSaN Mata PELaJaRaN 2.1 Pendahuluan 92.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 92.3 Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 102.4 Peranan Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Islam 112.5 Peranan Pengetua atau Guru Besar 132.6 Peranan Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong 13 Kanan Petang 2.7 Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran 142.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 142.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 162.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam 182.11 Pengurusan Pemberian Bantuan Geran PerKapita 192.12 Program Perkembangan Staf 212.13 Pengurusan Fail 222.14 Bilik Khas atau Sudut Mata Pelajaran Pendidikan Islam 222.15 Persatuan Kokurikulum Akademik Pendidikan Islam 22

Page 9: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

vi

BaB 3 PEMBELaJaRaN DaN PENGaJaRaN 3.1 Pendahuluan 243.2 Standard 4 SKPM 2010 243.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 263.4 Penerapan Elemen dalam Pengajaran dan Pembelajaran 303.5 KemahiranBerfikirArasTinggi(KBAT) 323.6 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan 333.7 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian 34 BaB 4 PENtaKSIRaN 4.1 Pendahuluan 374.2 Peperiksaan Awam 374.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 394.4 Pentaksiran Pendidikan Islam 48 BaB 5 PENYELIaaN 5.1 Pendahuluan 525.2 Tujuan Penyeliaan 525.3 Bidang Penyeliaan 545.4 Prinsip Penyeliaan 555.5 Peringkat Penyeliaan 565.6 Tindakan Penambahbaikan 57 RUJUKaN 59

Page 10: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

vii

PENGENaLaN

Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Pendidikan di Malaysia bertujuan membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi yang berkeupayaan berfikir dan warga negara beriltizam. KPM secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

faLSafaH PENDIDIKaN KEBaNGSaaN

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI KEMENtERIaN PENDIDIKaN MaLaYSIa

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI KEMENtERIaN PENDIDIKaN MaLaYSIa

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

VISI JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

MISI JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara

Profesional, Berkualiti dan Beretika.

Page 11: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

viii

OBJEKtIf JEMaaH NaZIR DaN JaMINaN KUaLItI

i. Meningkatkan keupayaan JNJK, mengesan tahap kualiti pengajaran

dan pembelajaran di institusi pendidikan, melakukan pelbagai aktiviti

penaziran;

ii. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya

menjadi efektif dan cekap;

iii. Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua

pihak dalam bidang pendidikan;

iv. Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian

maklumat yang cekap dan berkesan;

v. Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara

berterusan dalam bidang penaziran; dan

vi. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pendidikan

negeri dan pejabat pendidikan bahagian/daerah bagi memastikan

nasihat dan syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi

perhatian.

Page 12: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

ix

OBJEKtIf BUKU PaNDUaN PENGURUSaN Mata PELaJaRaN PENDIDIKaN ISLaM

Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Islam

adalah seperti berikut:

i. Membolehkan pengetua/guru besar mengetahui peranannya sebagai

pemimpin kurikulum yang profesional.

ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan Pengetua dan Guru Besar

menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan berkesan.

iii. Membolehkan Ketua Panitia Pendidikan Islam mengurus dan mentadbir

panitia dengan berkesan.

iv. Membolehkan guru Pendidikan Islam mengurus dan melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan

berkesan.

v. Membantu guru bukan opsyen Pendidikan Islam memahami matlamat,

objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata

pelajaran Pendidikan Islam.

vi. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum

dan guru penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Pendidikan Islam)

dalam melaksanakan pengurusan persatuan.

vii. Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia

dan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam tentang cara

meningkatkan penguasaan dan prestasi Pendidikan Islam di sekolah.

Page 13: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

1

BaB 1

PROfIL Mata PELaJaRaN PENDIDIKaN ISLaM

1.1 PENDaHULUaN

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui proses perkembangan

yang pesat selepas negara mencapai kemerdekaan. Bagi memenuhi

aspirasi negara, mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah juga turut

mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan pendidikan

semasa.

Mulai tahun 2003, mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah

dan sekolah menengah telah melalui semakan semula kurikulum

dengan memberi penekanan dalam aspek pengetahuan, kemahiran

dan meningkatkan jati diri agar bersedia menghadapi cabaran semasa

dan akan datang. Pengajaran dan pembelajaran perlu dipertingkatkan

supaya menjadi lebih berkesan bagi memenuhi kehendak negara.

Kurikulum semakan ini memberi penekanan kepada kandungan teks

kurikukum dan kaedah penyampaian yang lebih efektif.

Kurikulum pendidikan di Malaysia mengalami proses transformasi

yang diperkukuh dan ditambah baik serta dikenali sebagai Kurikulum

Standard Sekolah Rendah yang mula dilaksanakan pada tahun

2011. Kurikulum ini memberi penekanan daripada knowledge based

curriculum kepada standard based curriculum. Kurikulum Standard

Sekolah Rendah Tahap II pula dilaksanakan secara berperingkat

mulai Tahun 4 dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum

dan Pentaksiran (Rajah 1). Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah juga diperkukuh dan dikenali sebagai Kurikulum Standard

Sekolah Menengah yang dicadangkan pelaksanaannya secara

berperingkat.

Page 14: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

2

Rajah 1: Perkembangan Kurikulum Pendidikan Sekolah di Malaysia

Mata pelajaran Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi keperluan

Pendidikan Islam yang bersifat holistik, bersepadu dan berkembang

serta bersifat autentik selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam yang diperkenalkan dalam

sistem pendidikan negara. Pendidikan Islam memberi penekanan

kepada konsep ilmu yang diklasifikasikan sebagai epistemologi,

ontologi dan aksiologi merupakan asas syariah yang perlu dikuasai

oleh setiap murid Islam. Kurikulum ini merangkumi bidang al-Quran,

Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi yang dilaksanakan

secara modular mengikut keperluan murid. Ilmu dari bidang-bidang

tersebut yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu

disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan, kaedah

dan teknik yang lebih menarik dan sesuai bagi memenuhi keperluan

abad ke-21. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, kemahiran menaakul,

kreativiti dan inovasi merupakan beberapa keperluan yang mendesak

perlu ditanamkan dalam membangunkan kurikulum abad ke-21 agar

modal insan yang dihasilkan mampu menguasai kemahiran

Page 15: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

3

penyelesaian masalah (problem solving), berkemahiran membuat

keputusan dengan tepat (decision making) dan menguasai kemahiran

kepemimpinan yang tinggi (leadership skills).

Jadual 1 :

Pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum serta Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Kurikulum Dokumen Tahun Pelaksanaan2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021

KSSR

DSKThn 1 Thn 2 Thn 3

DSP

DSKP Thn 4 Thn 5 Thn 6 Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 1-6

Thn 1-6

KBSM SP & HSP Ting 1-5

Ting 1-5

Ting 1-5

Ting 1-5

Ting 1-5

Ting 1-5

Ting 2-5

Ting 3-5

Ting 4-5 Ting 5

KBSMDSP Ting 1 Ting

2 Ting 3 Ting 1-5

Ting 1-3

Ting 2-3 Ting 3

DSKP Ting 1 Ting 2 Ting 3 Ting 4 Ting 5

• DSK = Dokumen Standard Kurikulum

• DSP = Dokumen Standard Prestasi

• DSKP = Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

• SP = Sukatan Pelajaran

• HSP = Huraian Sukatan Pelajaran

1.2 MatLaMat

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah

menengah adalah untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman,

berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan

al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah

yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun

bangsa dan negara serta berjaya dunia dan akhirat.

Page 16: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

4

1.3 OBJEKtIf

1.3.1 Sekolah RendahSetelah mempelajari Pendidikan Islam di sekolah rendah, murid dapat:

a. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan

betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam

kehidupan seharian.

b. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk

mengamalkan hafazannya dalam solat dan ibadat harian.

c. Memahami sejarah penurunan al-Quran dan maksud beberapa

surah terpilih untuk dihayati pengajarannya secara berterusan.

d. Membaca al-Quran menggunakan hukum tajwid dengan betul

secara berterusan.

e. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih dan

mengamalkan tuntutan hadis serta menghayati kepentingannya

dalam kehidupan seharian.

f. Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan

sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta

asas dalam tindakan.

g. Merumus dan mengamalkan konsep asas ibadat sebagai

memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah untuk diamalkan

secara istiqamah dalam kehidupan harian.

h. Merumuskan peristiwa dan mengaplikasikan iktibar daripada

sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada

baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan

harian.

i. Merumus, menghayati dan mengamalkan konsep adab dan

nilai-nilai akhlak dalam kehidupan harian serta sebagai asas

dalam tindakan.

j. Membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan

jawi dan khat serta mencintainya sebagai warisan budaya

bangsa.

Page 17: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

5

1.3.2 Sekolah MenengahSetelah mempelajari Pendidikan Islam di sekolah menengah, murid

dapat:

a. Membaca ayat-ayat pilihan daripada al-Quran dengan betul,

bertajwid, lancar dan fasih.

b. Melazimi bacaan al-Quran dalam kehidupan.

c. Menghafaz ayat-ayat pilihan daripada al-Quran dengan betul,

bertajwid, lancar dan fasih.

d. Mengamalkan bacaan ayat-ayat hafazan pilihan dalam solat

dan amalan kehidupan seharian.

e. Menilai dan mengamalkan maksud ayat-ayat al-Quran pilihan.

f. Membaca dan memahami hadis-hadis pilihan dengan betul

serta mengamalkannya.

g. Mengamalkan dan menghayati pengajaran ayat-ayat al-Quran

dan hadis-hadis pilihan.

h. Menilai dan meyakini akidah Islamiah sebagai pegangan dan

tunjang dalam kehidupan beragama.

i. Menilai, mengamalkan dan menghayati ilmu feqah dalam

kehidupan seharian.

j. Menilai dan mengambil iktibar daripada sirah Nabi Muhammad

s.a.w, sejarah tokoh-tokoh dan tamadun Islam.

k. Menilai dan menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan

seharian.

l. Membaca dan menulis jawi dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam untuk melestarikan tulisan jawi sebagai

warisan budaya.

m. Memahami dan menghayati tuntutan fardu ‘ain dan fardu kifayah

dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah

S.W.T.

n. Memahami dan menghubung kait antara ilmu aqli dan ilmu naqli

yang dipelajari.

Page 18: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

6

1.4 fOKUS Mata Mata PELaJaRaN

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah memberi

penekanan kepada kemahiran menguasai al-Quran, hadis, jawi, akidah,

feqah atau ibadah, sirah Rasulullah S.A.W dan tamadun Islam serta

akhlak. Melalui pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, murid

mampu memahami, mengamalkan dan menghayati tuntutan fardu ‘ain

dan fardu kifayah.

1.5 ORGaNISaSI KaNDUNGaN

1.5.1 Sekolah Rendah

Organisasi kandungan kurikulum Pendidikan Islam rendah dibahagikan

kepada 7 bidang pembelajaran, iaitu:

a. Bidang al-Quran

b. Bidang Hadis

c. Bidang Aqidah

Page 19: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

7

d. Bidang Ibadah

e. Bidang Adab

f. Bidang Sirah

g. Bidang Jawi

1.5.2 Sekolah MenengahOrganisasi kandungan kurikulum Pendidikan Islam menengah

dibahagikan kepada 6 bidang pembelajaran, iaitu:

a. Bidang al-Quran

i. Bacaan ayat-ayat al-Quran pilihan

ii. Hafazan ayat-ayat al-Quran pilihan

iii. Kefahaman ayat-ayat al-Quran pilihan

b. Bidang Hadis

i. Bacaan hadis-hadis pilihan

ii. Kefahaman hadis-hadis pilihan

c. Bidang Akidah

i. Ilahiyat

ii. Nubuwwat

iii. Sam’iyyat

d. Bidang Feqah

i. Ibadat

ii. Muamalat

iii. Munakahat

iv. Jinayat

e. Bidang Sirah dan Tamadun Islam

i. Sirah Nabawiyah

ii. Tokoh-tokoh Islam

iii. Tamadun Islam

Page 20: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

8

f. Bidang Akhlak

i. Akhlak dengan Allah S.W.T

ii. Akhlak sesama manusia

iii. Akhlak dengan alam

1.6 PERUNtUKaN WaKtU

1.6.1 Sekolah Rendah

Peruntukan masa Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi Sekolah

Kebangsaan sebanyak 180 minit (6 waktu) dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah

sebanyak 120 minit (4 waktu) bagi Tahap I. Manakala bagi Tahap II,

peruntukan masa yang ditentukan adalah sebanyak 180 minit (6

waktu) bagi Sekolah Kebangsaan dan 150 minit (5 waktu) bagi Sekolah

Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

1.6.2 Sekolah Menengah

Peruntukan waktu Pendidikan Islam sebanyak enam waktu (3+1+2)

di peringkat menengah rendah dan empat waktu (3+1) di peringkat

menengah atas. Peruntukan tiga (3) waktu perlu diisi dengan proses

pengajaran dan pembelajaran. Peruntukan satu (1) waktu amali

perlu diisi dengan solat berjemaah dan aktiviti taalim seperti Majlis

Ilmu, Syarahan dan Diskusi. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan,

pengisian waktu tersebut boleh dilaksanakan solat sunat yang

tertentu seperti Solat Dhuha dan Solat Hajat. Manakala, peruntukan

dua (2) waktu tambahan bagi menengah rendah perlu digunakan

untuk aktiviti-aktiviti memperkukuhkan penyampaian objektif

kurikulum Pendidikan Islam.

Page 21: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

9

BaB 2

PENGURUSaN Mata PELaJaRaN

2.1 PENDaHULUaN

Pengurusan mata pelajaran amat penting bagi memastikan

pelaksanaan kurikulum mata pelajaran lebih terancang dan sistematik.

Pengurusan mata pelajaran yang cemerlang akan memantapkan

prestasi akademik dan sahsiah murid. Pengurusan mata pelajaran

amat penting agar guru bersedia untuk menjadi pendidik yang prihatin,

bertanggungjawab, berwawasan, berinovasi dan berupaya

melaksanakan tugas dengan berkesan. Impaknya, murid yang

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara dapat dilahirkan.

Kerjasama antara guru akan dapat meningkatkan prestasi pengurusan

mata pelajaran dan seterusnya mampu melahirkan insan yang

seimbang sejajar dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”.

2.2 JaWataNKUaSa KURIKULUM SEKOLaH

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah jawatankuasa tertinggi

dalam bidang kurikulum peringkat sekolah yang bertanggungjawab

menetapkan hala tuju dan dasar yang jelas ke arah mewujudkan

pendidikan cemerlang. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah memandu

dan memberi panduan kepada guru melalui aktiviti panitia dan

persatuan mata pelajaran yang dilaksanakan supaya mencapai

matlamatnya.

Page 22: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

10

Carta organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti

berikut :

Sumber Rujukan : PPK, KPM (2001)

2.3 PERaNaN JaWataNKUaSa KURIKULUM SEKOLaH

Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ialah:

a. Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah

dengan jelas.

b. Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan

Malaysia dibincang dan dilaksanakan.

c. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek

dan jangka panjang bagi menentukan pencapaian matlamat

kurikulum.

d. Menyelaras, melaksana, memantau, menilai, dan menambah

baik pelaksanaan aktiviti kurikulum untuk memperbaiki lagi

keadaan, suasana dan amalan pengajaran dan pembelajaran.

Page 23: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

11

e. Merancang perkembangan staf dengan tujuan meningkatkan

mutu pendidikan yang diberikan.

f. Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi

di sekolah.

g. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek, dan

aktiviti kurikulum.

h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek

dan aktiviti kurikulum hasil daripada penilaian impak yang

dijalankan.

i. Memberi ruang yang luas kepada idea baharu berkaitan dengan

pendidikan semasa.

j. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan

mempertimbangkan pandangan dan syor yang dikemukakan

oleh panitia.

k. Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.

l. Memastikan kurikulum kebangsaan dilaksanakan dengan

berkesan.

m. Menilai dan meneliti pelaksanaan kurikulum kebangsaan dan

mengemukakan maklum balas kepada Jawatankuasa Kurikulum

Daerah atau Negeri.

2.4 PERaNaN PaNItIa Mata PELaJaRaN PENDIDIKaN ISLaM

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran, semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran

secara rasmi. Bagi sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya

adalah sedikit, tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata

pelajaran. Sekolah seperti ini boleh menggabungkan beberapa mata

pelajaran sebagai satu panitia.

Berikut merupakan perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia

sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:

Page 24: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

12

a. Memperoleh sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran,

dokumen standard kurikulum, dokumen standard kurikulum

dan pentaksiran, dan Panduan Perkembangan Pembelajaran

Murid (PPPM) yang terkini dan kemas kini untuk kegunaan ahli

panitia.

b. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan bagi tahun semasa

selaras dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian dengan

takwim sekolah.

c. Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai

kepada pentadbir sekolah untuk keperluan pengajaran dan

pembelajaran serta kegunaan guru untuk dibekalkan di Pusat

Sumber Sekolah.

d. Menyelaraskan soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan

menyediakan bank soalan.

e. Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap

peperiksaan atau pentaksiran seterusnya merancang pasca

nilai bagi penambahbaikan.

f. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-

kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan

secara ad hoc jika perlu.

g. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia

(secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan

masalah atau isu yang berkaitan seperti masalah yang

berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari

penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut.

h. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang

diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar.

i. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di

sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu

pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran .

j. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran

dengan panitia di sekolah berhampiran.

Page 25: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

13

k. Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu

usaha ke arah peningkatan kualiti dan penguasaan pengajaran

dan pembelajaran murid.

l. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli panitia untuk

menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua

ahli panitia.

m. Menyelenggara fail panitia dan semua minit atau laporan

mesyuarat, surat menyurat dan rekod.

2.5 PERaNaN PENGEtUa ataU GURU BESaR

Pengetua atau guru besar merupakan ketua organisasi atau pemimpin

tertinggi sekolah bagi melahirkan kakitangan yang komited dengan

membimbing mereka agar patuh kepada peraturan pendidikan.

Pengetua atau guru besar berperanan sebagai peneraju, perancang,

pelaksana perubahan dan inovasi kurikulum. Selain itu, penentu

mata pelajaran elektif, merancang dan mengurus program pengajaran

dan pembelajaran, memastikan sumber bahan pengajaran dan

pembelajaran mencukupi dan sebagai suri teladan dalam

meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

Pengetua atau guru besar perlu mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan sekolah berkaitan sumber tenaga manusia, kewangan dan

fizikal.Disampingitu,menubuhkanPanitiaMataPelajaranPendidikan

Islam, merekod segala hasil penyeliaan atau pencerapan yang dibuat

bagi memudahkan rujukan pelbagai pihak.

2.6 PERaNaN PENOLONG KaNaN PENtaDBIRaN ataU PENOLONG KaNaN PEtaNG

Penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang berperanan

dalam urusan menyediakan jadual waktu induk, jadual waktu kelas dan

jadual guru ganti. Selain itu, menentukan tenaga pengajar mengikut

Page 26: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

14

kesesuaian opsyen, pembangunan staf, merancang, melaksana dan

menilai program peningkatan kurikulum serta membimbing guru. Beliau

juga, memastikan peperiksaan dan pentaksiran sama ada dalaman

atau awam dilaksanakan dengan lancar serta memastikan pusat

sumber berfungsi dengan baik.

Penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang juga

berperanan sebagai penyelaras program pemulihan, kelas tambahan

dan bimbingan, mengenal pasti dan mencalonkan guru untuk

mengikuti kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan mata

pelajaran. Di samping itu, memastikan pelaksanaan Perkara Asas

Fardu Ain, Amali Solat dan Program j-QAF mengikut garis panduan

yang ditetapkan.

2.7 PERaNaN GURU KaNaN Mata PELaJaRaN

Guru kanan mata pelajaran berperanan membantu pengetua dalam

merancang, melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran,

mengurus dan menggerakkan panitia mata pelajaran. Selain itu,

memastikan penggunaan bahan, mengurus jadual waktu, mengurus

bilik-bilik khas, melaksanakan penilaian, kemajuan staf, penyediaan

bahan bantu mengajar dan koleksi pusat sumber.

2.8 PERaNaN KEtUa PaNItIa PENDIDIKaN ISLaM

Keperluan penubuhan panitia mata pelajaran dimaklumkan melalui

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran. Ketua

panitia bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras,

memantau, menilai, dan menambah baik semua hal berkaitan mata

pelajaran. Ketua panitia dilantik berdasarkan kekananan oleh

pengetua/guru besar secara rasmi untuk memimpin guru mata

pelajaran bawah tanggungjawabnya. Panitia mata pelajaran hendaklah

dianggotai oleh semua guru yang mengajarkan mata pelajaran

Page 27: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

15

tersebut di sekolah. Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik

dan selari dengan perkembangan pendidikan semasa, antara tugas

yang boleh dijalankan oleh ketua panitia adalah seperti berikut:

a. Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke

semasa untuk mengkaji dan mengesan pelaksanaan

kurikulum.

b. Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran terkini.

c. Merancang, menyedia dan menyelaras Rancangan Pelajaran

Tahunan dengan mengambil kira takwim persekolahan

semasa.

d. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua

guru mata pelajaran dalam penyediaan Rancangan Pelajaran

Harian.

e. Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan

serta menganalisis keputusan penilaian untuk tujuan

penambahbaikan.

f. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau

aktiviti peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan

kokurikulum akademik.

g. Menyelaras tugasan, jenis buku latihan dan buku nota yang

akan digunakan.

h. Menyelaras tugasan kepada murid dengan menetapkan

bilangan, bentuk, aras kesukaran dan kekerapan yang

bersesuaian.

i. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau

aktiviti perkembangan staf.

j. Membantu merancang dan menyediakan anggaran

perbelanjaan tahunan bagi mata pelajaran.

k. Mengenal pasti dan mengurus perolehan peralatan serta bahan

mengikut arahan perbendaharaan dan surat pekeliling yang

sedang berkuatkuasa.

Page 28: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

16

l. Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan

pusat sumber sekolah.

m. Mengurus pembelian alatan dan bahan yang baru dibeli dan

diterimamengikutbilangandanspesifikasi.

n. Merancang program Professional Learning Community seperti

Learning Walks, Peer Coaching atau Instructional Coaches,

Lesson Study dan Teachers Sharing Sessions.

o. Memastikan guru mata pelajaran menerapkan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi dan unsur didik hibur seperti nyanyian,

nasyid, kuiz, dan lakonan.

p. Memastikan surau, Bilik Agama atau Bilik j-QAF digunakan

secara optimum dan menyeluruh kepada semua murid.

q. Memastikan Bilik j-QAF dan surau sentiasa berada dalam

keadaan bersih, kemas dan selamat untuk digunakan.

2.9 PERaNaN GURU Mata PELaJaRaN PENDIDIKaN ISLaM

a. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta

menghuraikan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,

Dokumen Standard Kurikulum, dan Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Islam

yang terkini.

b. Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan yang berkaitan

dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan

menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi

pengetahuan, kebolehan, dan kemahiran di akhir penggal bagi

setiap kelas yang diajar.

c. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan

Pelajaran Harian yang berasaskan Sukatan Pelajaran,

Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum,

dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dengan

lengkap. Persediaan ini hendaklah mempunyai peringkat

perkembangan yang sesuai dan selaras dengan kebolehan

serta keperluan murid.

Page 29: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

17

d. Menyediakan rekod pengajaran dan pembelajaran yang

dikemas kini dan diserahkan kepada guru besar atau pengetua

pada masa yang ditetapkan.

e. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut

rancangan pelajaran tahunan yang disediakan dan membuat

refleksiberkaitankaedahpenyampaianagarpenambahbaikan

dapat dilakukan.

f. Membantu ketua panitia membuat pemilihan buku rujukan dan

sumber pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan

pembelajaran .

g. Menyedia dan menggunakan pelbagai sumber pendidikan yang

menggunakan teknologi terkini bagi memastikan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran .

h. Menjadi ahli panitia mata pelajaran Pendidikan Islam,

menghadiri mesyuarat panitia dan melaksanakan keputusan

mesyuarat panitia.

i. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel, kolokium

berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata

pelajaran atau badan profesional tertentu.

j. Memberi latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi

kepada semua murid serta memeriksa hasil kerja murid

mengikut ketetapan yang diputuskan.

k. Melaksanakan Professional Learning Community bagi

memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan lebih berkesan.

l. Menerapkan unsur didik hibur seperti nyanyian, nasyid, lakonan

danelemenKemahiranBerfikirArasTinggi.

m. Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang

ditetapkan.

n. Mengesan kelemahan murid dan melaksanakan kelas

pemulihan dan bimbingan secara berterusan.

Page 30: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

18

o. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang

kaedah dan teknik mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam

terkini bagi meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan

pembelajaran.

2.10 MESYUaRat PaNItIa PENDIDIKaN ISLaM

Panitia perlu menjalankan mesyuarat secara formal seperti ketetapan

berikut:

a. Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya

dua kali setahun (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran). Selain itu, mesyuarat secara ad hoc

juga boleh diadakan mengikut keperluan.

b. Melaksanakan mesyuarat panitia selepas mesyuarat

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

c. Merancang semua perkara asas seperti aktiviti tahunan,

perkembangan staf, strategi dan kaedah pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan kewangan.

d. Menganalisis keputusan peperiksaan awam dan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah.

e. Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara

berikut:

i. Ucapan pengerusi.

ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

iii. Perkara berbangkit.

iv. Pembincangan isu atau masalah profesional.

v. Hal-hal lain.

f. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya perlu

diedarkan kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah

dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran awam Bil. 2/1991: Panduan

Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-

Jawatankuasa Kerajaan.

Page 31: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

19

2.11 PENGURUSaN PEMBERIaN BaNtUaN GERaN PERKaPIta

Bantuan Geran PerKapita merupakan bantuan kewangan yang

diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah

Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

Pengurus sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru kanan

mata pelajaran atau ketua panitia dalam mesyuarat Jawatankuasa

Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah mengenai jumlah

peruntukan Bantuan Geran Perkapita yang diterima serta agihannya

supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan

dan peruntukan yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh murid

sepenuhnya.

Bantuan Geran Perkapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua

kumpulan iaitu :

a. Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran – Teras, Wajib,

Tambahan dan Bahasa Asing dan Elektif.

b. Bantuan Geran Perkapita Bukan Mata Pelajaran – Pusat

Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-Lain

Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain Perbelanjaan

Khas Sekolah dan Asrama.

Panitia mata pelajaran perlu merancang peruntukan Bantuan Geran

Perkapita bagi mencapai maksud perbelanjaan seperti yang digariskan

dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 tahun 2012: Garis

Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan

Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen

Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012

bertarikh 17 Jun 2013 serta pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

Page 32: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

20

Maksud perbelanjaan yang digariskan ialah:

a. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan

pengajaran dan pembelajaran.

b. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, cakera padat

dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran.

c. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal

yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

d. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti Taman Ad-Din,

Laman j-QAF dan sebagainya yang boleh memberi pengukuhan

kepada program pengajaran dan pembelajaran.

e. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi

pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran

sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.

f. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah

dibincangkan dan dipersetujui oleh guru kanan mata pelajaran

atau ketua panitia dan diluluskan oleh pengetua sekolah.

Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan ketetapan

semasa.

g. Bagi perolehan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

sekolah hendaklah mematuhi tatacara perolehan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi yang berkuat kuasa.

h. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan

perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pusat

Tanggungjawab.

Berdasarkan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 tahun 2012, maksud perbelanjaan Bantuan Geran Per Kapita diperluaskan

seperti berikut :

a. Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan

peruntukan Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran.

Page 33: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

21

b. Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan Lain-

Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain Perbelanjaan

Khas Sekolah dan Asrama.

c. Perbelanjaan menyediakan makan minum mesyuarat pentadbiran

dan pengurusan sekolah atau asrama dibenarkan menggunakan

peruntukan Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-

Lain Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

d. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru atau warden

atau kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan

kelayakan tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan

Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain

Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

2.12 PROGRaM PERKEMBaNGaN Staf

Program perkembangan staf perlu dirancang dan dilaksanakan untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yang

perlu diberi perhatian:

a. Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui

kajian keperluan atau analisis SWOT (Strength, Weaknesses,

Opportunity, Threat) bagi merancang perkembangan staf.

b. Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan

supaya menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau

persidangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran .

c. Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan

kursus dalaman peringkat panitia.

d. Menjemput pakar berkaitan mata pelajaran dari luar untuk

memberi ceramah kepada guru supaya mereka memperoleh

idea-idea dan pendekatan baharu.

e. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap

sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan.

Page 34: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

22

2.13 PENGURUSaN faIL

Panitia mata pelajaran hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk

menyimpan dokumen mata pelajaran. Dokumen panitia hendaklah

diurus dengan sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Selain itu,

kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi boleh digunakan

untuk menyimpan data dan maklumat panitia.

2.14 BILIK KHaS ataU SUDUt Mata PELaJaRaN PENDIDIKaN

ISLaM

Guru mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan perlu:

a. Memastikan bilik khas atau sudut mata pelajaran dapat

berfungsi dengan efektif.

b. Memastikan bilik khas atau sudut mata pelajaran sentiasa

bersih dan kemas untuk digunakan.

c. Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di bilik

khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti amali

solat, tasmik dan tilawah al-Quran.

d. Menyediakan panduan dan peraturan penggunaan bilik khas

serta memastikan aspek pemantauan dilaksanakan.

e. Merekod penggunaan bilik khas serta mengemas kini

penggunaannya dan memastikan aspek keselamatan diberi

perhatian sewajarnya.

2.15 PERSatUaN KOKURIKULUM aKaDEMIK PENDIDIKaN ISLaM

a. Aktiviti koakademik adalah bertujuan untuk pengukuhan,

pengayaan, dan meluaskan pengetahuan serta meningkatkan

minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh

itu, program yang berfaedah dan menarik minat murid perlu

dirancang.

Page 35: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

23

b. Persatuan kokurikulum akademik boleh memainkan peranan

dengan merancang aktiviti yang ada hubung kait dengan

pencapaian objektif tersebut dan menjalankannya pada masa

tertentu di luar bilik darjah. Aktiviti ini boleh mengukuhkan

kefahaman dan penguasaan murid serta menimbulkan minat

dalam penulisan, perbincangan atau perbahasan.

c. Persatuan kokurikulum akademik yang ditubuhkan perlu

mempunyai peraturan dan perlembagaannya.

d. Keahlian persatuan kokurikulum akademik terbuka kepada

semua murid yang berminat di sesebuah sekolah tanpa

sebarang sekatan.

e. Struktur organisasi persatuan kokurikulum akademik terletak

bawah Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dan aktiviti

persatuan yang dirancang menjadi pelengkap kepada aktiviti

panitia mata pelajaran.

f. Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih

oleh ahli dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan-jawatan

yang diwujudkan dalam persatuan ini ialah:

i. Pengerusi.

ii. Naib Pengerusi.

iii. Setiausaha.

iv. Bendahari.

v. Beberapa orang ahli jawatankuasa.

g. Mesyuarat agung bagi memilih AJK persatuan diadakan

setahun sekali.

h. Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa

dari semasa ke semasa, bergantung kepada kehendak

perlembagaan dan keperluan serta menubuhkan jawatankuasa

kecil berdasarkan kepentingan persatuan bagi mencapai

matlamat kegiatan yang dirancang.

Page 36: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

24

BaB 3

PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

3.1 PENDaHULUaN

Konsep pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada suatu

proses memperoleh ilmu melalui penyebaran maklumat dan

kemahiran yang disampaikan oleh guru. Proses yang dilaksanakan

melalui pelbagai stimulus berupaya menghasilkan perubahan

tingkah laku murid ke arah yang lebih baik. Proses pengajaran

dan pembelajaran mencakupi aspek perancangan pengajaran,

persediaan awal, penyampaian dan perkembangan pelajaran,

pentaksiran serta maklum balas. Hasil pembelajaran adalah

sesuatu yang dijangka akibat daripada perolehan pengalaman

atau latihan. Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang

berterusan, dan akan terhenti apabila kehilangan motivasi atau

motif pembelajaran. Sehubungan dengan itu, adalah penting para

guru sentiasa prihatin terhadap tahap motivasi yang tinggi bagi

memastikan tiadanya Sindrom Defisit Terkumpul (Deficit

Accumulated Syndrome) dalam kalangan murid.

3.2 StaNDaRD 4: SKPM 2010

Bagi memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

ditingkat dan dikekalkan serta memenuhi piawaian kualiti pengajaran

di bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada aspek PdP

mengikut ketetapan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010

(SKPM). Terdapat 12 kriteria kritikal dalam Standard 4 iaitu:

a. Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

bagi membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

Page 37: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

25

b. Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang

ditetapkan.

c. Hasil kerja murid berkualiti bagi mengukuhkan

pembelajaran.

c. Perancangan dan persediaan yang rapi bagi meningkatkan

keberkesanan pengajaran.

d. Kaedah penyampaian yang bersesuaian bagi meningkatkan

pencapaian objektif pelajaran.

e. Komunikasi yang berkesan bagi memudah dan

mempercepatkan pemahaman dan menggalakkan

pembelajaran murid.

f. Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi

mengukuhkan pembelajaran murid.

g. Pentaksiran yang berterusan bagi meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran .

h. Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman

murid.

i. Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan

pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas, dan tepat.

j. Pengurusan kelas atau bilik khas yang cekap mewujudkan

suasana yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran .

k. Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif bagi

mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

SKPM 2010 sedang dibuat penambahbaikan meliputi Standard 4

berkaitan PdP. Walau bagaimanapun, elemen asas PdP dalam Standard

4 masih dikekalkan.

Page 38: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

26

3.3 StRatEGI PENGaJaRaN DaN PEMBELaJaRaN

Strategi ialah susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai

sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta

kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula,

seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa

pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk

mencapai objektif pengajaran.

Dalam pengajaran Pendidikan Islam, guru perlu bijak menggunakan

strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan bidang atau tajuk

yang dipilih untuk menarik minat murid. Guru perlu membuat

perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran

tidak membosankan dan objektif pengajaran tercapai. Selain itu, faktor

murid juga perlu diberi perhatian dalam memilih strategi (pendekatan,

kaedah dan teknik) yang bersesuaian.

3.3.1 Pendekatan

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau

hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam

pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai

to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk

melakukan sesuatu. Terdapat beberapa pendekatan yang

boleh diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran

Pendidikan Islam. Antaranya ialah:

a. Pendekatan Bersepadu

Pendekatan ini menggabungjalinkan ilmu, bahan yang

interaktif dan penerapan nilai dalam satu set pengajaran

dan pembelajaran.

Page 39: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

27

b. Pendekatan Induktif

Satu pengajaran yang dimulakan dengan contoh-contoh,

memerhati, mengkaji, menganalisis dan diakhiri dengan

membuat generalisasi.

c. Pendekatan Deduktif

Satu set pengajaran yang dimulakan dengan memberi

teori, hukum, fakta, konsep sesuatu topik pembelajaran

dan kemudiannya diikuti dengan contoh-contoh yang

bersesuaian.

d. Pendekatan Tematik

Pengajaran berdasarkan sesuatu tema. Bagi tujuan

ini perancangan dan penentuan tema pengajaran

meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan

isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil

daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu

semasa.

3.3.2 Kaedah Pengajarana. Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah

atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.

b. Keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Islam banyak

bergantung kepada sikap guru yang positif, komited dan

kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang menarik

serta sesuai bagi memupuk minat murid.

c. Beberapa kaedah pengajaran yang digariskan oleh

Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM iaitu:

i. Teori Kecerdasan Pelbagai.

ii. Belajar Cara Belajar.

iii. Pembelajaran Akses Kendiri.

Page 40: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

28

iv. Pembelajaran Kontekstual.

v. Pembelajaran Konstruktivisme.

vi. Kajian Masa Depan.

vii. Pembelajaran Masteri.

viii. KemahiranBerfikirSecaraKreatifdanKritis.

ix. Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

d. Kaedah pengajaran yang dipilih hendaklah berpusatkan

murid supaya mereka dapat menyertai proses pengajaran

dan pembelajaran dengan aktif. Guru haruslah

memberi peluang kepada murid untuk memperoleh

ilmu pengetahuan dan membuat penerokaan untuk

meningkatkan daya pemikiran serta kreativiti.

e. Berikut adalah beberapa kaedah pengajaran yang

sesuai untuk mata pelajaran Pendidikan Islam:

i. Kaedah Inkuiri Penemuan

Model inkuiri penemuan merangkumi proses

soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau

kesimpulan. Aktiviti ini memerlukan murid mengenal

pasti soalan beraras tinggi, membuat hipotesis,

merancang aktiviti kajian, dan membuat rumusan.

Pembelajaran sedemikian dapat meningkatkan

daya pemikiran, daya kreativiti, dan pemahaman

murid.

ii. Kaedah Penerangan dan Demonstrasi

Kaedah penerangan dan demonstrasi atau tunjuk

cara merupakan kaedah yang perlu dilakukan oleh

guru Pendidikan Islam untuk menjelaskan konsep

dan proses sesuatu amalan. Contohnya, tunjuk

cara ibadah Haji.

Page 41: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

29

iii. Kaedah Projek Individu atau Kumpulan

Kaedah projek individu atau kumpulan sesuai

untuk aktiviti mengambil masa yang lama. Kaedah

tersebut sesuai untuk penghasilan folio Pendidikan

Islam. Sebagai contoh, penyediaan folio tokoh-

tokoh tertentu dalam tamadun Islam seperti Imam

Abu Hanifah, Imam al-Syafie, Ibnu Sina dan

sebagainya.

3.3.3 teknik Pengajaran

Teknik pengajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara khusus

yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Terdapat pelbagai teknik

yang boleh diamalkan oleh seseorang guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran . Antaranya ialah:

a. Teknik Simulasi (Main Peranan atau Lakonan)

Simulasi adalah satu situasi pembelajaran dalam

keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan seperti

situasi sebenar bagi tujuan penyelesaian masalah. Murid

melakonkan situasi secara spontan tanpa melibatkan

skrip.

b. Teknik Latih Tubi

Kaedah pengulangan menjawab soalan-soalan lalu

atau gerak kerja secara ansur maju berkaitan sesuatu

kemahiran sehingga murid menguasai sepenuhnya.

c. Teknik Bercerita

Isi pengajaran disampaikan dalam bentuk penceritaan.

Guru bercerita dalam keadaan yang santai dan memberi

ruang untuk murid menghayati dan berfkir untuk

memahami kandungan pembelajaran.

Page 42: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

30

d. Teknik Sumbang Saran

Teknikpercambahanfikiranbagimenggalakkansetiap

ahli menyumbang pendapat dan idea terhadap sesuatu

topik perbincangan secara logik dan analitis.

e. Teknik Soal Jawab

Teknik soal jawab merupakan teknik yang kerap

digunakan oleh guru Pendidikan Islam. Teknik tersebut

mewujudkan interaksi antara guru dengan murid. Guru

mengemukakan soalan pelbagai aras bagi mencungkil

dan mengukuhkan penguasaan pembelajaran murid.

f. Teknik Perbincangan

Murid bertukar-tukar fikiran atau berkongsi maklumat

berkaitan tajuk pembelajaran. Guru pula, membuat

penyeliaan dan kawalan untuk memastikan isi perbualan

atau perbincangan menjurus kepada topik perbincangan.

Sesi perbincangan ini boleh dilaksanakan secara

keseluruhan kelas atau kumpulan kecil.

3.4 PENERaPaN ELEMEN DaLaM PEMBELaJaRaN DaN

PENGaJaRaN

3.4.1 Elemen Merentas Kurikulum

Pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada

pembangunan modal insan secara holistik perlu menerapkan

Elemen Merentas Kurikulum bagi melengkapkan penguasaan

ilmu yang bukan berbentuk akademik. Guru perlu bijak mencari

jalan bagi menerapkan Elemen Merentas Kurikulum ketika

menyampaikan isi pelajaran. Penerapan Elemen Merentas

Kurikulum berupaya membuka minda murid dalam memahami

kandungan pelajaran di luar kotak. Pengajaran guru akan

Page 43: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

31

menjadi lebih menarik dan bervariasi. Murid dapat memahami

sesuatu topik dalam konteks yang pelbagai dan pembelajaran

yang menyeronokkan (Fun Learning) dapat diwujudkan.

Seterusnya menolak teknik pengajaran yang bersifat

monotonous atau membosankan.

Elemen ini diperkenalkan melalui Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

serta dibuat penambahan elemen dalam Kurikulum Standard

Sekolah Rendah. Berikut adalah senarai Elemen Merentas

Kurikulum yang perlu diterapkan oleh guru dalam pengajaran

dan pembelajaran .

a. Bahasa

b. Pendidikan Alam Sekitar

c. Nilai Murni

d. Sains dan Teknologi

e. Patriotisme

f. KemahiranBerfikir

g. Kepimpinan

h. Kemahiran Belajar Cara Belajar

i. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

j. Pencegahan Rasuah

k. Kajian Masa Depan

l. Pendidikan Pengguna

m. Keselamatan Jalan Raya

n. Kreativiti dan Inovasi

o. Keusahawanan

p. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

3.4.2 teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam

menyampaikan isi pelajaran amat relevan dengan mata

Page 44: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

32

pelajaran Pendidikan Islam kerana murid boleh dijana dengan

pelbagai stimulus bagi mengukuhkan kefahaman. Penggunaan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui pengajaran

secara interaktif dan bahan beranimasi berupaya merangsang

pelbagai deria bagi memudahkan murid memahami sesuatu

kandungan pembelajaran. Peralatan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi seperti chromebook, LCD, alat visualiser, dan

smartboard sangat efektif bagi menarik minat murid seterusnya

meningkatkan pemahaman mereka.

3.5 KEMaHIRaN BERfIKIR aRaS tINGGI (KBat)

Kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan lebih daripada 70

peratus soalan jenis mengingat semasa pengajaran mereka. Guru

berkecenderungan menekankan soalan fakta berkaitan ujian dan

peperiksaan. Soalan-soalan yang dirujuk dalam buku teks juga adalah

jenis ingatan atau fakta. Sekiranya guru mengharapkan murid untuk

melibatkan diri dalam proses pemikiran yang lebih kreatif, guru perlu

bertanyakan soalan beraras tinggi. Berdasarkan Taksonomi Bloom,

soalan-soalan pada aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian

diklasifikasikansebagaisoalanarastinggi.

Program i-Think merupakan satu program yang membudayakan

kemahiranberfikir.Halinibagimelahirkanmodalinsanmasahadapan

yang mempunyai pemikiran kritis, kreatif dan inovatif untuk melahirkan

idea yang bernas bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Program i-Think juga bertujuan memupuk kemahiran berfikir aras

tinggi dalam kalangan murid serta mampu berdaya saing. Program ini

memperkenalkan lapan peta pemikiran dan setiap satunya mempunyai

proses pemikiran yang boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit

pelajaran seperti gambar rajah di bawah:

Page 45: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

33

3.6 PENYEDIaaN RaNCaNGaN PELaJaRaN taHUNaN

Rancangan Pelajaran mempunyai dua unsur iaitu Rancangan

Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. Guru perlu

menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan

Pelajaran Harian selaras dengan ketetapan Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan

Pembelajaran bertarikh 4 Januari 1999. RPT perlu disediakan

sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula berdasarkan:

Page 46: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

34

a. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen

Standard Kurikulum/Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran.

b. Tahap kebolehan murid.

c. Merangkumi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan

takwim semasa.

d. Sumber pendidikan yang berkesan.

e. Disahkan oleh pengetua atau guru besar.

3.7 PENYEDIaaN RaNCaNGaN PELaJaRaN HaRIaN

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan

Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya

maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif

(aktiviti) dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Rancangan

Pelajaran Harian perlu ditulis menggunakan tulisan jawi berdasarkan

Surat Siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jilid 21 (4) bertarikh 3 Januari 2003:

Surat Siaran Pelaksanaan Jawi dan Al-Quran Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM

3.7.1 Persediaan GuruSelain menyediakan perancangan tahunan dan harian, guru

hendaklah:

a. Mempunyai pengetahuan serta kemahiran terhadap

topik atau tajuk pelajaran dan kaedah pengajaran

yang sesuai.

b. Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap

kognitif murid.

c. Menggunakan pelbagai sumber pendidikan yang

sesuai dengan tajuk yang dipelajari.

Page 47: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

35

d. Sentiasa peka dan memahami tentang keperluan

dan masalah murid seterusnya memilih tempat yang

sesuai untuk pengajaran.

e. Merancang dan merekod hasil pentaksiran formatif

atau sumatif untuk mengukur prestasi pencapaian

murid dari semasa ke semasa.

3.7.2 Persediaan Murid

Dalam proses pembelajaran, murid seharusnya bersedia

dengan bahan yang akan digunakan dalam proses

pembelajaran seperti buku teks, buku dan alat tulis serta

membuat pembacaan dan rujukan sebelum sesi pelajaran.

3.7.3 Latihan dan Hasil Kerja Murid

Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan

pembelajaran. Sehubungan dengan itu, setiap guru

Pendidikan Islam perlu memberi perhatian terhadap

keupayaan murid menghasilkan tugasan atau latihan. Hasil

kerja murid juga perlu kemas serta mematuhi format dan

prosedur.

Guru perlu memastikan murid menyiapkan semua tugasan

atau latihan dalam jangka masa yang ditetapkan dan

menepati piawaian sebenar berdasarkan tahap kognitif

murid.

Guru perlu memastikan amalan membuat pembetulan hasil

kerja dibudayakan. Perkara ini boleh dilaksanakan melalui

bimbingan secara individu atau berkumpulan dalam bilik

darjah.

Page 48: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

36

Jumlah dan kekerapan latihan perlu diberi perhatian untuk

memastikan tugasan yang diberi merangkumi keseluruhan

topik dan bersesuaian dengan tahap keupayaan murid

seperti ketetapan yang dibuat oleh panitia.

Guru Pendidikan Islam juga perlu memberi perhatian kepada

hasil kerja murid yang berkualiti dan boleh dijadikan contoh.

Sehubungan dengan itu, penyediaan sudut mata pelajaran

atau sudut pameran dalam kelas perlu disediakan. Hal ini

bertujuan memberi pengiktirafan dan motivasi terhadap

hasil kerja murid serta boleh digunakan sebagai rujukan

Page 49: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

37

BaB 4PENtaKSIRaN

4.1 PENDaHULUaN

Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul

maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada

maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens, dan

membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap

murid untuk memperbaiki proses pembelajaran. Proses pengajaran,

pembelajaran, dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan

bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran

untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di

samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak

mulia yang bersifat holistik semasa proses tersebut berjalan. Proses

pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan

pelbagai cara sama ada secara formal atau tidak formal dengan

menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali,

kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan

dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang

kebolehan seseorang murid dalam pembelajaran.

4.2 PEPERIKSaaN aWaM

Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan ialah

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah

(sehingga tahun 2013), Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran

Malaysia (Ulangan), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Peperiksaan

Awam atau Peperiksaan Pusat ialah peperiksaan yang dikendalikan

oleh Lembaga Peperiksaan sepenuhnya. Peperiksaan ini bermula

daripada pendaftaran calon, penyediaan item dan pembinaan

instrumen pentaksiran, pengendalian peperiksaan di pusat-pusat

peperiksaan yang ditetapkan, pemeriksaan skrip jawapan calon dan

penskoran, pengeluaran keputusan serta pensijilan.

Page 50: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

38

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun 1987

dan merupakan peperiksaan awam/pusat peringkat kebangsaan yang

diduduki oleh murid Tahun 6. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur tahap penguasaan calon

dalam kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis, dan mengira. Di

samping itu, murid diberi peluang untuk membangunkan potensi diri

agar menjadi insan yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keputusan Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah bukan merujuk kepada lulus atau gagal tetapi

merujuk kepada tahap pencapaian murid pada akhir persekolahan

rendah.

Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk

pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan yang

dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat

pengiktirafan antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan

Cambridge International Examinations, United Kingdom telah memberi

peluang kepada calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 Sijil

Pelajaran Malaysia untuk mendapat sijil Cambridge International

Examinations O-Level bagi mata pelajaran berkenaan. Lembaga

Peperiksaan juga bekerjasama dengan Education Development

International, United Kingdom untuk memberi peluang kepada

calon yang menduduki Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia

mendapat sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, sijil yang dikeluarkan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar

Al-Syarif, Republik Arab Mesir mendapat pengiktirafan setaraf

dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA). Kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia

diambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiyyah Al-Azhar, Mesir dan

bahasa pengantar yang digunakan sepenuhnya ialah bahasa Arab.

Page 51: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

39

4.3 PENtaKSIRaN BERaSaSKaN SEKOLaH

Lembaga Peperiksaan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) bagi sekolah rendah mulai tahun 2011 dan menengah

rendah mulai tahun 2012. Berdasarkan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025 berkaitan pembelajaran murid,

pengajaran dan pembelajaran perlu menyepadukan kurikulum dan

pentaksiran berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi melahirkan

murid yang berkemahiran serta mampu bersaing di peringkat global.

Sistem penilaian yang berorientasikan peperiksaan (examination

orientation) perlu mengalami penambahbaikan bagi memastikan hala

tuju pendidikan yang berteraskan assessment of learning, assessment

for learning, dan assessment as learning serta bertunjangkan

kemenjadian murid secara holistik dapat direalisasikan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang

mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu

menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor

(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

terarah kepada proses pembentukan personaliti murid secara

menyeluruh, berterusan, fleksibel, autentik, dan pelbagai situasi.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dibangunkan untuk memenuhi

kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai potensi

individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan

tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pentaksiran

Berasaskan Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja mentaksir

kebolehan kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah,

motivasi diri, dan sosial individu yang dipupuk bersama dengan aspek

kecemerlangan diri dan akademik individu. Pentaksiran Berasaskan

Sekolah berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan

yang berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan

masalah, berdaya mencipta peluang baharu, mempunyai ketahanan,

dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang

sering berubah-ubah.

Page 52: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

40

Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan,

penyelarasan dan pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah,

daerah, negeri dan kementerian bagi memastikan pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti yang dihasratkan. Pementoran

merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan kepada guru untuk

melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan dijalankan untuk

memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mengikut

prosedur yang telah ditetapkan. Penyelarasan pula dilaksanakan untuk

memastikan keseragaman tugasan dan penskoran bagi menjamin

kebolehpercayaan dalam perekodan dan pelaporan prestasi murid.

Pengesanan pula dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan

ketepatan instrumen yang digunakan dalam pentaksiran.

Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang

akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada

Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan

akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Kedua-dua bidang ini

memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan

pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

4.3.1 Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang,

dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah.

Kaedah ini melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar

dan dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang

dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran

atau pentaksiran sumatif pada akhir tahun. Pentaksiran

Sekolah berperanan untuk mengukuhkan pembelajaran murid,

meningkatkan pengajaran guru dan memberikan maklumat yang

sah tentang perkara yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam

Page 53: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

41

satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran

Sekolah amat penting untuk menentukan keberkesanan guru

dan sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni

dan seimbang. Pentaksiran Sekolah merupakan aktiviti yang

berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala

tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran Sekolah

juga memberi empowerment kepada guru dan sekolah untuk

menjalankan pentaksiran dan melaporkan hasil pentaksiran

sepenuhnya. Pentaksiran Sekolah berfungsi sebagai

pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan

pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah

sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan untuk

melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta

pencapaian prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan

Standard merupakan proses bagi mendapatkan maklumat

tentang kemampuan murid sama ada tahu, faham dan boleh

buat atau telah menguasai perkara yang dipelajari berdasarkan

pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap

-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen

kurikulum. Pendekatan Pentaksiran Rujukan Standard

dibangunkan di sekolah untuk melihat perkembangan

pembelajaran murid dalam pengetahuan, pemahaman dan

kemahiran yang diukur dan berperanan mengukuhkan

pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta

memberikan maklumat yang sah tentang aspek yang telah

dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran Rujukan Standard juga tidak membandingkan

pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor

prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan

kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran

Page 54: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

42

merujuk pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil

dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan

keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran, dan potensi diri

tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu

mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk

data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek

tentang diri seseorang murid bagi membolehkan pihak yang

bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai,

mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang

berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang

kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan

dan kebolehan masing-masing.

Pentaksiran Sekolah dijalankan secara:

a. Pentaksiran formatif

Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses

pengajaran dan pembelajaran sebagai sebahagian

prosesnya dan juga untuk mentaksir perkembangan

pembelajaran murid sepanjang tahun untuk mendapatkan

maklum balas tentang kemajuan pengajaran dan

pembelajaran sesuatu topik atau aspek.

b. Pentaksiran Sumatif

Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit pembelajaran,

penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir pencapaian

murid tentang pembelajaran (assessment of learning).

c. Instrumen Pentaksiran Sekolah

Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan

konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran

digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan

ialah:

Page 55: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

43

i. Pemerhatian

Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan

dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara

secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang

dihasratkan.

ii. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis

Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif

iii. Persembahan

Instrumenyangbersifat lebihfleksibalmelibatkantugasan

menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks.

Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu

mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid

menggabungkan teori dan amali.

iv. Projek

Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam

aktiviti pembelajaran yang dijalanakan dalam satu tempoh

masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan

maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh

dijalankan secara individu atau secara kumpulan.

Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid

mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran

interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

v. Produk

Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau

membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan

tugasan yang diberikan.

Page 56: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

44

vi. Amali

Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau

melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

vii. Tugasan bertulis/Karya Penulisan

Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan,

dokumen atau karya kreativiti dalam bentuk penulisan

mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan

berpandukan kepada tugasan yang diberi.

viii. Lembaran kerja

ix. Soal jawab

x. Kuiz

xi. Senarai semak

xii. Latihan/Tugasan rumah

4.3.2 Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen

akademik dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid

ditaksir bagi melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka

di akhir satu program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan

menyediakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran

manakala pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan

skor/ markah dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah.

Pentaksiran Pusat merupakan pelengkap kepada Pentaksiran

Sekolah dan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran

ditaksir secara sumatif.

Page 57: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

45

Pentaksiran tingkatan 3 (Pt3)

Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang

dikendalikan kepada murid pada akhir peringkat menengah

rendah, iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam instrumen

pentaksiran PT3 dibangunkan dalam skop sukatan pelajaran

tingkatan satu hingga tingkatan tiga berdasarkan matlamat,

objektif dan kandungan mata pelajaran tersebut. Elemen

yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut

diserapkan dalam tugasan Pentaksiran Tingkatan 3. Instrumen

pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian

bertulis dan ujian lisan. Mata pelajaran Sains, Matematik,

Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab,

Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa

Kadazandusun, dan Bahasa Punjabi menggunakan instrumen

pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan

Geografipuladitaksirmenggunakanpelbagaiinstrumenseperti

tugasan bertulis (assignment), projek, kajian lapangan (field

study) atau kajian kes (case study).

4.3.3 Pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PaJSK).

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum adalah

sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan

serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian

murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan

ekstra kurikulum. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti

bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah

mengikut keupayaan murid.

Page 58: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

46

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

merangkumi tiga komponen; Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan dan BMI, Kokurikulum dan Ekstra kurikulum.

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dalam Pentaksiran

Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum merupakan aktiviti

fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur

kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur

ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard

yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. Standard

Kecergasan Fizikal Kebangsaan terdiri daripada empat aktiviti

iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa"

dan "Jangkauan Melunjur". Body Mass Index tertumpu kepada

mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid

menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index.

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk mengukur

aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti sukan merangkumi

aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, zon,

daerah, bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam Sukan

dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan

Koakademik di peringkat sekolah, zon, daerah atau bahagian,

negeri, kebangsaan dan antarabangsa

Pentaksiran Aktiviti Ekstra Kurikulum merupakan satu usaha

untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan

memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama

ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat

kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstra kurikulum merupakan aktiviti yang boleh

Page 59: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

47

membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang

baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan

masyarakat setempat dan umum.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ditadbir,

direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan

pencapaian murid dalam Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan, Body Mass Index, aktiviti sukan, aktiviti

kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum.

4.3.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Melalui Pentaksiran Psikometrik, maklumat tentang kebolehan

(innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir,

kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan,

sikap, dan personaliti murid dapat membantu guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang

digunakan dalam Pentaksiran Psikometrik ialah Ujian Aptitud

Khusus dan Ujian Personaliti.

Ujian Aptitud Khusus bertujuan mendapatkan maklumat khusus

tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan

murid. Maklumat yang diperoleh membantu murid mengenal

potensi diri serta membantu guru mengenal pasti strategi,

kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan

suasana pembelajaran yang berkesan.

Ujian Personaliti pula ialah instrumen yang digunakan untuk

mengumpul maklumat tentang sahsiah untuk setiap murid

melalui maklumat inventori tret personaliti dan inventori minat

kerjaya.

Page 60: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

48

4.4 PENtaKSIRaN PENDIDIKaN ISLaM

4.4.1 Penilaian Perkara asas fardu ’ain (Pafa)

Perkara Asas Fardu ’Ain ialah beberapa perkara penting

daripada Fardu ’Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran

Pendidikan Islam. Perkara ini perlu dikuasai agar murid benar-

benar mengetahui, memahami dan mengamalkannya seperti

yang dikehendaki oleh syarak. Dalam aspek penilaian, murid

dapat memahami dan mengamalkannya pada tahap yang

paling asas atau minimum.

Tujuan Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain

a. Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman

dan amalan PAFA.

b. Memberi bimbingan sehingga mereka dapat

mengamalkan dengan betul dan sempurna.

c. Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam

PAFA (menentukan kejayaan seratus peratus).

d. Menyuburkan keinsafan dan kerelaan untuk

menghayatinya dalam amalan kehidupan harian.

e. Memotivasi guru untuk memastikan murid menguasai

dan menghayati PAFA secara berterusan.

4.4.2 Peraturan Penilaian Perkara asas fardu ’ain seperti berikut:

a. Penilaian PAFA diwajibkan kepada semua murid beragama

Islam.

b. Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1 hingga

Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

c. Penilaian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh pihak

sekolah.

Page 61: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

49

d. Penilaian berbentuk formatif dalam pengajaran dan

pembelajaran dijalankan oleh guru Pendidikan Islam

mengikut masa dan tempat yang sesuai.

e. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-

kod yang telah ditetapkan. Murid yang telah menguasai

boleh dinilai dengan kod-kod tahun atau tingkatan

seterusnya. Walau bagaimanapun murid ini boleh dinilai

semula untuk pengukuhan.

f. Apabila ujian dibuat secara formal, murid hendaklah

diberitahu terlebih dahulu kerana soalan dan jawapan

tidak rahsia.

g. Sepanjang tempoh penilaian, murid diberi masa, peluang

serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang

serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha

ini diteruskan sehingga mereka faham dan dapat

mengamalkan sesuatu kemahiran dengan sempurna.

h. Pencapaian murid perlu dikemas kini dari semasa ke

semasa dalam borang pencapaian individu dan borang

berkelompok.

i. Pemantauan proses pelaksanaan PAFA di peringkat

sekolah akan dijalankan oleh pengetua atau guru besar

dari semasa ke semasa.

j. Murid diperaku lulus dalam keseluruhan penilaian PAFA

apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan

semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan.

k. Borang pencapaian individu (dalam simpanan guru)

hendaklah disertakan bersama-sama rekod perpindahan

murid ke sekolah lain.

l. Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian

di peringkat sekolah dengan menggunakan format Penyata

Prestasi yang disediakan. Laporan juga perlu diserahkan

kepada Bahagian atau Unit Peperiksaan, Jabatan

Pendidikan Negeri mengikut prosedur yang ditetapkan.

Page 62: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

50

aGIHaN KOD Pafa (UPSR)

taHUN KOD NILaI taJUK

1

01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah02 Rukun Islam03 Rukun Iman04 Beristinjak

2

06 Cara Berwuduk10 Solat Fardu:

Lafaz niat Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan a) Isyak.Takbiratul Ihramb) Semua Rukun Fi’lic) Surah al-Fatihahd)

310 Solat Fardu:

Semua Rukun Fi’li dan Semua Rukun Qauli13 Adab Terhadap Ibu Bapa

4

05 Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis 08 Cara Mandi Wajib10 Solat Fardu:

Rukun-rukun Solata) Sunat Ab’ad dan Hai’atb)

16 Kewajipan Menutup Aurat

5

07 Cara Bertayamum09 Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan

Iqamat10 Solat Fardu:

Rukun-rukun Solata) Sunat Ab’ad dan Hai’atb) Dua Surah (Pilihan Murid)c)

6

10 Solat Fardu:Rukun-rukun Solata) Sunat Ab’ad dan Hai’atb) Dua Surah (Pilihan Murid)c)

12 Puasa15 Ihsan

Page 63: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

51

aGIHaN KOD Pafa (PMR DaN SPM)

tINGKataN KOD NILaI taJUK

1

01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah02 Rukun Islam03 Rukun Iman04 Beristinjak05 Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis

2

06 Cara Berwuduk07 Cara Bertayamum08 Cara Mandi Wajib09 Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan

Iqamat10 Solat Fardu

3

11 Solat Jenazah12 Puasa13 Adab Terhadap Ibu Bapa15 Ihsan16 Kewajipan Menutup Aurat17 Batas Pergaulan Dalam Islam

4

01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah02 Rukun Islam03 Rukun Iman04 Beristinjak05 Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis 06 Cara Berwuduk07 Cara Bertayamum08 Cara Mandi Wajib09 Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan

Iqamat

5

10 Solat Fardu11 Solat Jenazah12 Puasa13 Adab Terhadap Ibu Bapa14 Perkahwinan15 Ihsan16 Kewajipan Menutup Aurat17 Batas Pergaulan Dalam Islam

Page 64: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

52

BaB 5

PENYELIaaN

5.1 PENDaHULUaN

Penyeliaan merupakan perkhidmatan bantuan (helping service) yang

diberikan untuk membaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan.

Menurut Morsher dan Purple (1972) dalam buku Supervision: The

Reluctant Profession, menghuraikan ”...penyeliaan satu usaha untuk

mengajar guru cara untuk mengajar dan kepimpinan profesional dalam

pembentukan pendidikan masyarakat umum dan lebih khusus lagi

dalam penggubalan kurikulum, pengajaran dan bentuk pendidikan,”

Pentadbir Sekolah perlu melaksanakan penyeliaan mengikut

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-

Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah

terhadap guru-guru di sekolah masing-masing. Pelaksanaan kurikulum

dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah

memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik daripada pihak

pengetua dan guru besar. Penyeliaan pelaksanaan kurikulum meliputi

aspek pengurusan mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran

serta menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan tanggungjawab

pentadbir sekolah.

5.2 tUJUaN PENYELIaaN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-

Pembelajaran Di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar sekolah

menggariskan empat tujuan utama penyeliaan pengajaran dan

pembelajaran dengan jelas. Keempat-empat tujuan ini digambarkan

seperti rajah di bawah:

Page 65: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

53

Antara tujuan penyeliaan adalah seperti berikut :

a. Mempertingkatkan daya profesionalisme pengetua atau guru

besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah

melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan

falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan

sumber maklumat kepada pengetua atau guru besar untuk

memperbaik proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan

oleh pengetua atau guru besar sebagai asas untuk menilai

seseorang guru bagi tujuan tertentu.

c. Memupuk, memelihara dan memperkukuh hubungan

profesionalisme dan interaksi yang positif antara pengetua atau

guru besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru

dengan murid.

d. Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih

berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih

positif.

Page 66: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

54

5.3 BIDaNG PENYELIaaN

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah ditumpukan

kepada dua bidang iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran

dan pembelajaran.

5.3.1 Bidang Organisasi

Ciri-ciri organisasi dalam kelas yang perlu diberi perhatian

adalah:

a. Organisasi kelas

b. Kawalan murid

c. Komunikasi

d. Motivasi

e. Sikap murid

f. Kebersihan dan keceriaan

g. Penyeliaan gerak kerja

h. Penilaian prestasi

i. Profilmurid

j. Pengurusan panitia mata pelajaran

5.3.2 Bidang Pengajaran Dan Pembelajaran

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

a. Rancangan Pelajaran Tahunan

b. Rancangan Pelajaran Harian

• Objektif pengajaran dan pembelajaran

• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

• Refleksipengajarandanpembelajaran

c. Persediaan sumber pendidikan

d. Penyampaian isi pelajaran

e. Teknik penyoalan

f. Interaksi guru dan murid

g. Penggunaan masa

Page 67: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

55

Penyeliaan setiap mata pelajaran hendaklah menitikberatkan

aspek pengurusan yang teratur dan sistematik melibatkan aspek

perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan

penambahbaikan.

5.4 PRINSIP PENYELIaaN

Prinsip pelaksanaan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti

berikut:

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan

oleh pengetua atau guru besar ke atas semua guru.

b. Rekod Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah

dicatat dengan ringkas dan tepat.

c. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang

dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan atau

tahun dan guru.

d. Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong

kanan dan penolong kanan petang. Walau bagaimanapun,

tanggungjawab sepenuhnya terletak pada pengetua atau guru

besar. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah

dijalankan secara sistematik dan berlandaskan hubungan

profesionalisme dengan guru. Pengetua atau guru besar

membincangkan hasil penyeliaan dan memberi bimbingan untuk

meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran .

e. Pengetua atau guru besar boleh merujuk Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia berkaitan Standard 4: Pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan dalam kalangan guru.

Page 68: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

56

5.5 PERINGKat PENYELIaaN

Peringkat penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga

peringkat seperti rajah di bawah.

Peringkat Penyeliaan

Prapenyeliaan

Penyeliaan

Pascapenyeliaan

5.5.1 Prapenyeliaan

Tujuan mengadakan prapenyeliaan antara pengetua atau guru

besar dengan guru adalah untuk:

a. Mewujudkan perhubungan yang lebih mesra antara guru

dengan pengetua atau guru besar.

b. Membincangkan secara mendalam mengenai objektif yang

hendak dicapai serta kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang akan dilaksanakan.

c. memaklumkan guru tentang aspek-aspek tertentu yang

perlu diberi perhatian khusus.

d. penetapan hari dan waktu untuk menjalankan penyeliaan.

5.5.2 Penyeliaan

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran boleh

dilaksanakan pada tarikh dan waktu yang telah dipersetujui

atau pada bila-bila masa. Guru perlu dimaklumkan sekiranya

Page 69: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

57

pihak pengetua atau guru besar tidak dapat melaksanakan

penyeliaan. Guru penolong kanan boleh mengambil alih

tugas penyeliaan tersebut dengan arahan pengetua atau

guru besar.

b. Pengetua atau guru besar hendaklah memberi fokus

kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah

dibincangkan ketika prapenyeliaan.

c. Ulasan yang lengkap berkaitan kekuatan dan kelemahan

mengenai setiap aspek yang diselia hendaklah dicatatkan

oleh pengetua atau guru besar sebagai persediaan

pascapenyeliaan.

5.5.3 Pascapenyeliaan

Sesi perbincangan selepas penyeliaan perlu diadakan selepas

proses penyeliaan. Sesi tersebut merupakan perbincangan

dua hala meliputi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan

pembelajaran. Status pengajaran dan pembelajaran perlu

dimaklumkan kepada guru yang diselia oleh pengetua/

puru besar. Maklum balas adalah bertujuan untuk tindakan

penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran guru

berkenaan.

5.6 tINDaKaN PENaMBaHBaIKaN

Pengetua atau guru besar perlu memastikan guru yang diselia

melaksanakan tindakan penambahbaikan terhadap semua aspek bagi

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selepas

penyeliaan.

Page 70: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

58

Proses pementoran berterusan terhadap guru yang diselia sewajarnya

dijadikan budaya sekolah bagi memastikan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dapat dikekalkan.

Pengajaran mikro sesama rakan sejawat dan Komuniti Pembelajaran

Profesional boleh dijadikan salah satu medium tindakan

penambahbaikan selepas penyeliaan.

Page 71: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

59

RUJUKaN

1. Biggs, J.B and Telfer, R., The Process of Learning, Prentice Hall, Sydney, 1987

2. Brady, L., Model and Methods of Technology, Prentice Hall, Sydney, 1985

3. Butler, K.A., Learning and Teaching Style, The Learner Dimension, Merrill Publishing, Columbus, 1998

4. Doyle, W., Classroom Organization and Management, Mac Millan, New York, 1986

5. Emmer, E.T, Evertson, C.M. and Clements, B.S, Classroom Management for Secondary Teachers, Simon & Schuster, Inc. New Jersey, 1994

6. English, T. and English, J., Creative Management in School, Ashgate Publishing United, Hants, England, 1997

7. Gardner, H., Intelligence Reframed : Multiple Intelligences for the 21st Century, Basic Books, New York, 2000

8. Marrison, K. And Ridley, K. Curriculum Planning and the Primary School, Paul Chapman, London 1988

9. Marsh, C., Handbook For Beginning Teacher, Longman, Melbourne, Australia, 1996.

10. Mohd Dom, Alimuddin, Kepimpinan Instructional : Peranan Pengetua dan Guru Besar Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan pembelajaran di Bilik Darjah, JNS, Putrajaya, Malaysia, 2006

11. Mok Soon Sang, Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran, Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd., Puchong, Malaysia, 2006

12. JNJK, KPM, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010, JNJK, Putrajaya, Malaysia, 2012

13. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

14. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

15. JPN Kedah, Panduan Pengurusan Panitia Sekolah, One ED Enterprise, Alor Setar, Malaysia, 2014

16. LP, KPM, Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2014

Page 72: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

60

17. LP, KPM, Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2013

18. PPK, KPM, Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, Malaysia, 2001

19. Shamsudin Mohammad dan Kamarul Azmi Jasni, Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, UTM Press, 2012

SURat PEKELILING IKHtISaS

Bil. Rujukan tajuk

1. SPI BIL. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

2. SPI BIL. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah

3. SPI BIL. 6/1991 Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas

4. SPI BIL. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran

5. SPI BIL. 12/1999 Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan

6. SPI BIL. 2/2000 Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

7. SPI BIL. 5/2003 Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8. SPI BIL. 12/2004 Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah Kepada Murid Sekolah

Page 73: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

61

SURat SIaRaN DaN SURat MaKLUMaN

Bil. Rujukan tajuk

1. KPPM/5; 22 JUN 1998 Tanggungjawab Mengajar Bagi Pengetua dan Guru Besar Di Sekolah 2. Surat Pekeliling Kewangan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Bil. 8/2012: Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Perkapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012 bertarikh 17 Jun 2013

3. Surat Siaran (JAPIM) Surat Siaran Pelaksanaan Jawi dan 5206/4/4.1 Jilid 21 (4) Al-Quran Dalam Pengajaran dan bertarikh 3 Januari 2003: Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/ KBSM

LaIN-LaIN RUJUKaN

Bil. Rujukan tajuk

1. Arahan Perkhidmatan Bab 3 Surat Menyurat

2. Arahan Perkhidmatan Bab 4 Fail-Memfail

Page 74: PENDIDIKAN ISLAM - ppdmuar.my. Panduan... · 2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16 2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam

Kementer ian Pendidikan MalaysiaJemaah Nazi r Dan Jaminan Kual i t iAras 3-6 , B lok E15 , Kompleks Kerajaan Parce l E ,Pusat Pentadbi ran Kerajaan Persekutuan62604 Putra jaya .Te l : 03 8884 4161 / 8884 4201 / 8884 4111Faksimi l i : 03 8884 6867 / 8888 6869