pku3101 pengenalan kepada pendidikan khas

130
MODUL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH PKU3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS I INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Disember 2010 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

Upload: gary-dennis-david

Post on 17-Feb-2015

363 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

MODUL

TRANSCRIPT

Page 1: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

MODUL PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

PKU3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

I

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Disember 2010

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

Page 2: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

Page 3: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

i

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

vi

PANDUAN PELAJAR

Page 5: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

vi

Page 6: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Pengenalan

Modul PKU 3101 : Pengenalan Kepada Pendidikan ini memberi pendedahan

dan pengetahuan kepada anda yang sedang mengikuti Kursus Mod Pendidikan

Jarak Jauh (PJJ). Modul ini memberi garis panduan skop tajuk yang perlu anda

pelajari sebelum menghadiri jam interaksi dihujung minggu. Modul ini mengandungi

tajuk-tajuk berikut:

• Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

• Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

• Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

Dalam setiap tajuk disertakan dengan soalan-soalan latihan. Pada akhir modul

ini akan diberi sekurang-kurangnya dua tajuk tugasan tutorial. Anda dikehendaki

melaksanakan tugasan tersebut untuk dibawa dalam perbincangan bersama

tutor pada waktu tutorial nanti. Anda digalakkan mendapatkan maklumat

tambahan daaripada pelbagai sumber rujukan.

Page 7: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

AGIHAN TAJUK

KOD DAN NAMA KURSUS

PKU3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

KREDIT : (3 + 0)

Bil. Interaksi

Tajuk Tajuk/Topik Jam/Kredit Catatan

1 Pendaftaran Dan Taklimat 11/06/2011

2Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

Sejaran Perkembangan Pendidikan Khas

• Definisi Pendidikan Khas• Definisi Kanak-kanak

Berkeperluan Khas• Istilah Handicap, Disability,

dan Impairment• Konsep dan kepentingan

Pendidikan Khas• Hubungkait Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dengan pelaksanaan pendidikan di Malaysia.

• Sejarah pendidikan khas di luar negera.

• Sejarah pendidikan khas di Malaysia

5 jam 25/06/2011

Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

A). Mandat-mandat Asas PL142-94• Pendidikan untuk semua• Persekitran yang paling tidak

terhad• Pentaksiran yang tidak

mendiskriminasi• Penyediaan khidmat

sokongan yang berkaitan• Hak ibu bapa untuk

membantah• Pendidikan yang sesuai

4 jam

Page 8: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Bil. Interaksi

Tajuk Tajuk/Topik Jam/Kredit Catatan

3Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

B). Mandat-mandat Lain• Perkhidmatan intervensi awal

dan prasekolah• program transisi• Pengubahsuaian kemudahan

awamA). Amalan Konsep PL142-94 dalam sistem pendidikan khas di MalaysiaB). Rangka Tindakan dan Pernyataan Salamanca

4 jam 30/07/2011

Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

Punca Masalah

C). Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia

• Akta Pendidikan• Dasar-dasar berkaitan

Pendidikan Khas

• Genetik/Baka• Masalah metabolisme• Jangkitan Pranatal, perinatal

dan pascanatal• Faktor persekitaran/teratogen• Trauma

5 jam

4Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi, Ciri-ciri dan keperluan dalam pendidikan.

• Kerencatan Akal• Masalah Penglihatan• Masalah Pendengaran

4 jam 20/08/2011

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi, Ciri-ciri dan keperluan dalam pendidikan.

• Masalah Tingkahlaku/Emosi• Masalah Attention Deficit

Hyperactivy Disorder (ADHD)• Masalah kesihatan

5 jam

Page 9: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Bil. Interaksi

Tajuk Tajuk/Topik Jam/Kredit Catatan

5Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi, Ciri-ciri dan keperluan dalam pendidikan.

• Masalah fizikal• Palsi Serebral• Masalah Pembelajaran

Spesifik

4 jam 24/09/2011

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan : Definisi, Ciri-ciri dan keperluan dalam pendidikan.

• Autisme• Kecederaan Otak Traumatik• Pintar Cerdas

5 jam

6Penyediaan Bantuan

A) Kolaborasi Antara Pelbagai Pihak dan Agensi

• Guru biasa• Agensi bukan kerajaan• Kementerian dan agensi

kerajaan lain yang terlibat• Komuniti

B) Pelaksanan Pelbagai Jenis Pengubahsuaian

• Pengubahsuaian persekitaran

• Pengubahsuaian dalam pengujian

• Pengubahsuaian dalam pengajaran dan Pembelajaran

C) Penyediaan Pelbagai Jenis Perkhidmatan Khas

• Intervensi awal• Peralatan• Kepakaran• Prasarana• Kemudahan-kemudahan

5 jam 01/10/11

Page 10: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

7

8

Ibu Bapa dan Keluarga

Trenda Semasa Dalam Pendidikan Khas

• Kesan kecacatan terhadap keluarga

• Peranan ibu bapa dalam membantu anak berkeperluan khas

• Sokongan sosial untuk keluarga

• Akses kepada teknologi• Pendidikan inklusif• Kurikulum yang

berorientasikan kerjaya• Penekanan terhadap

peranan ibu bapa • Advokasi dan tuntutan hak

yang sama• Kerjaya yang lebih adil• 'Seif determination

4 jam

Page 11: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep-

konsep asas Pendidikan Khas. Definisi kanak-kanak berkeperluan khas,

istilah handicap, disability dan impairment. Hubungkait Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan di Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan definisi, konsep dan istilah dalam Pendidikan Khas

• Menghuraikan sejarah perkembangan dan undang-undang yang

berkaitan dengan pendidikan khas di dalam dan luar negara.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

Definisi danIstilah

Konsep dan Kepentingan

Pendidikan Khas

Hubungkait Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dengan pelaksanaan

Page 12: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

1. Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

1.1 Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi

pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini

menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk

menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-

murid khas.

Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan

sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan

kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan

Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi

memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan

bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus

bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajran ini

mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain.

Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha

yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai

seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai

seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Page 13: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

1.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-

kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted)

yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga

diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan

pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar

supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai

istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ini seperti

kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya,

kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-

kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.

Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu

luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang

dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang

dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya

termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami

kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir.

Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-

kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat

dan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku

(mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan

menjaga diri sendiri)

1.3 Istilah

1.3.1 HandicapSesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu

kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan

Page 14: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi

masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar

pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam

pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang

sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.

1.3.2 Disability

Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang

dapat dilakukan oleh individu normal

1.3.3 Impairment

Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan

ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi.

Contohnya kekurangan dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.

1.4 Konsep Pendidikan Khas

Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas

Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi keperluan

pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara

tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti

bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi

dan kejayaan hidup memuaskan.

Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid

melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program

ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas.

Page 15: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

1.5 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan

pendidikan khas di Malaysia

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang

diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang

dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit

ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang

Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1

Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan

Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain. Hal ini

membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang

dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk

melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan

menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang

individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar

dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari,

berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan

negara.

Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar

dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Negara

Latihan:

1. Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan falsafah

pendidikan Negara.

Page 16: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

2. Nyatakan peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam Perkembangan

Pendidikan Khas di Malaysia

Page 17: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHASDI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan

pendidikan khas di Malaysia dan di luar negara.

HASIL PEMBELAJARAN

• Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia

• Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di luar

negara

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

Sejarah di Malaysia Sejarah di Luar Negara

Page 18: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

2.1 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran

1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah

Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang

kurang upaya.

Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di

kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang

upaya penglihatan dan pendengaran. Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh

penting dalam perkembangan pendidikan Khas.

Jadual 1.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas

1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di

Melaka1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau

Pinang1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth

dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di

Johor Bahru1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh

(JKM) 1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan

Menengah) di Pulau Pinang1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM) 1962 Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah

Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah 1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah

Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas 1977 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa

Melayu

1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya

penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan

Page 19: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu

Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam

pelajaran1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah

Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran1984 Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille,

Kementerian Pendidikan1987 Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional,

Shah Alam1988 Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah1995 Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

2.2.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam negara

Bagi meningkatkan lagi pengetahuan anda, di dalam modul ini juga disediakan

sejarah tentang pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang

disediakan.

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada

keputusan perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak

Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut

adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia

Tahun Peristiwa1988 - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula

menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran

(KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala

Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang

Page 20: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

guru terlatih).

- Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK

Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. 1990 - Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah

Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang

murid dari

kelas-kelas percantuman telah diuji.

- Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di

Universiti

Malaya.1991 - Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di

Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.1992 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara

berperingkat.

1993 - Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program

gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan

Khas.1995 - Pendidikan Inklusif bermula.

1996 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK

Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul,

Kuala Lumpur 2006 - Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan

pertambahan ketara bilangan program masalah

pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah

pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006.

Manakala bilangan program di sekolah menengah

Page 21: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah

pada tahun 2006.

2.2. SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika

apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan

undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan

dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh

dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling

mempengaruhi bidang pendidikan khas. Akta ini juga mempunyai kesan yang

mendalam dalam amalan penaksiran. Undang-undang ini telah menekankan 6

prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan

individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa

Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan

pendidikan khas di luar negara. Kedua-dua negara tersebut telah mendahului

lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari

segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas.

Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanak-

kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-

kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan

menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini

menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan

khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau

‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa

kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan

berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan

diamalkan hingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-

Page 22: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula

meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas.

Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan

perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas

yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep

‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam

pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi

pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli

patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas

kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada

pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan

kanak-kanak berkeperluan khas.

Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas

diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan

khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang

sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989)

tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock.

Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku

berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang

dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas

di Britain.

.

Page 23: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

1.2 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luar negara

Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut

tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme,

sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut;

a). Terencat akal

Ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu:

1. A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M)

2. The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M)

3. Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M)

4. Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M)

5. Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M)

6. On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M)

7. A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M

8. Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M)

9. From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang).

b). Autisme

Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan “Autism”.

• Istilah Autism merujuk kepada “development disorder” atau masalah

perkembangan.

• Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa

daripada aspek masalah sosial, tidak mempunyai pemahaman

interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif,

linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan.

Page 24: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

c) Sindrom Down

• Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang

terukir di tempat pemujaan di Achen , Jerman.

• Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon

Down telah menghuraikan ‘ciri-ciri khusus’ sindrom down.

• Pada tahun 1932, De Waardenburg berpendapat down syndrome

mungkin disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom.

• Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah

menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan

kromosom.

d) Masalah tingkah laku dan emosi

• Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada

tahun 1547 di mana institusi pertama dibuka untuk orang yang

mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London.

• Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis telah

mengarahkan supaya orang ramai lebih berperikemanusiaan kepada

golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang siuman.

• Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai “Father

of American Psychiatrist” mencadangkan lebih kepada kaedah kasih

sayang untuk kanak-kanak ini.

Latihan:

1. Terangkan peranan Laporan Warnock dalam perkembangan

pendidikan khas di Britain.

Page 25: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

2. Nyatakan peranan Akta Pendidikan Malaysia 1995 dalam

mempengaruhi perkembangan Pendidikan Khas.

Page 26: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 3 (PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS)

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar

berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki

membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142

dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi

beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan

pendek yang disediakan.

HASIL PEMBELAJARAN

2. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain

yang berkaitan dengan Pendidikan Khas

3. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas

4. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca

5. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di

Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-Mandat Lain

Amalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan

Malaysia

Rangka TindakanDan Pernyataan

Salamanca

Perundangan dan dasar-dasar

Pendidikan di Malaysia

Page 27: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

3.0 Pengenalan

Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975

setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali

sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All

Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada

pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila

mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana

kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini

apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan

diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).

Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini

telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia

antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan

akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa namun

kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti

kanak-kanak biasa yang lain. Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan

diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang

menghadapi masalah ini.

3.1 Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 ,

apabila Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act,

Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat

tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua,

persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ,

pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang

Page 28: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang

sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).

3.1.1 Pendidikan untuk semua

Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk

mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu,

kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak

disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di

dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang

bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai

yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk

menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga

18 tahun. Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk

individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak

(Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk

semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai

prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanak-

kanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat

awal lagi.

3.1.2 Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive

environment )

Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment )

bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan

pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang

upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas

kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-

Page 29: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang

efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '.

Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah

membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006),

falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan

integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses

pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program

inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua

laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang

ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang

berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan

berasaskan dana yang adil terhadap semua.

3.1.3 Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi

Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi

dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai

cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas

kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas

dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.

(Yusuf,etal, 2006).

Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus

menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team

(MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihak-

pihak lain untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut memerlukan

penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak

tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk

penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006).

Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa

ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-

Page 30: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

kanak tersebut, lebih daripada satu penilaian dilakukan untuk sesuatu

ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam katogeri

keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)

3.1.4. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan

Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-

kanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan

menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini

adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap

maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang

penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak

mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team)

adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.

3.1.5 Hak ibu bapa yang membantah (due process)

Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para

profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat

mengenai keyidakupayaan seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak

akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod

tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa

mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh

membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki,

perlulah dimusnah.

Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan

anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang

telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan

berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam

mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006)

Page 31: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

3.1.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)

Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam

program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak

dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh

itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula

di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang

dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di

beberapa buah negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian

daripada cara untuk menilai murid-murid berkeperluan khas. Dalam

melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka

seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti

yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut:

a) Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini.

b) Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.

c) Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran

mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada

penguasaan matlamat tahunan.

d) Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid.

e) Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk

murid.

f) Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.

g) Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa

perkhidmatan.

Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual

menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan

sekurang-kurangnya setahun sekali.RPI yang diperkenalkan ini dapat

dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan

bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga

Page 32: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KOD PKU 3101 : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum

dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995).

LATIHAN

HURAIKAN DENGAN JELAS ENAM MANDAT YANG TERKANDUNG DALAM

PL 94-142

Page 33: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 3 PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar

berkaitan dengan pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki

membincangkan tentang mandat-mandat asas dan amalan konsep PL 94-142

dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan memperolehi

beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan

pendek yang disediakan.

HASIL PEMBELAJARAN

a. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang

berkaitan dengan Pendidikan Khas

b. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas

c. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca

d. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-Mandat Lain

Amalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan

Malaysia

Rangka TindakanDan Pernyataan

Salamanca

Perundangan dan dasar-dasar

Pendidikan di Malaysia

Page 34: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

3.2 Mandat-Mandat Lain

3.2.1 Perkhidmatan Intervensi awal dan prasekolah

Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan

perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat

(Fatimah Bivi, 2002). Dunst (1996) menyifatkan intervensi awalan sebagai “to a

range of services provided to children, parents and families during pregnancy,

infancy and/or early childhood”.

Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk

mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat

dilakukan dan mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau

kecacatan yang dialami oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan

Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains sosial percaya bahawa

lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program

pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang

boleh diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang

intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada

pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak

memasuki alam persekolahan.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif

kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa

pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi

awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami

perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?

a. Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-

kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke

sekolah rendah.

Page 35: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

b. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada

keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif

kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini

juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan

tanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan khas

(Lerner, 2003).

c. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-

kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang

diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat

mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi

dengan kanak-kanak lain.

d. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi

melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang

mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin

mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.

e. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat.

Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan

pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan

kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin

berkurangan.

Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan

perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak

berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan

masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan

pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur,

keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan

Page 36: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan

penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

3.2.2 Program Transisi

3.2.3 Pengubahsuaian Kemudahan Awam

LATIHAN

Secara kumpulan, bincangkan bagaimana program transisi dan pengubahsuaian kemudahan awam diberi penekanan dalam Pendidikan Khas.Cadangan rujukan : Yell, M.L. (2006). The Law and Special Education 2ed. New Jersey : Pearson Education,Inc.

3.4 Amalan konsep-konsep PL94-142 dalam sistem pendidikan khas di

Malaysia

Di Malaysia, pendidikan khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan 1996

diwartakan. Berteraskan kepada PL 94-142, kesedaran masyarakat terhadap

pendidikan khas, peranan undang-undang dan polisi pemerintah berjaya

menggerakkan program pendidikan khas di negara ini.

Melalui pendidikan untuk semua, pendidikan percuma, kelas inklusif, khidmat

sokongan daripada pelbagai pihak dan juga penyediaan Rancangan Pengajaran

Individu telah memantapkan lagi amalan PL 94-142 dalam sistem pendidikan

khas di Malaysia.

LATIHAN

Secara berkumpulan , bincangkan amalan-amalan PL 94-142 dalam sistem Pendidikan Khas di Malaysia

Page 37: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

3.5 Rangka Tindakan Samalanca

Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan

Khas yang bertitik tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di

peringkat antarabangsa. Di antara deklarasi yang menjadi dasar kepada

pendidikan khas di Malaysia adalah The Framework for Action on Special

Needs Education (Salamanca Statement) 1994.

Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994 memberi

tumpuan kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan

orang berkeperluan khas . Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan

tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan

pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap

pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-kanak berkeperluan khas juga

mempunyai kebolehan, minat,kemampuan dan keperluan pembelajaran, satu

sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan

individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang

bersesuaian dengan perbezaan minat individu.

Selain itu, program pendidikan untuk murid berkeperluan khas perlu

diimplementasi supaya sesuai dengan sistem pendidikan negara. Rangka

Tindakan Salamanca juga memperakukan bahawa kanak-kanak khas

mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif. Negara-

negara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya memberi keutamaan

terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar sistem pendidikan dapat

diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas diserapkan dalam

sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah

ketidakupayaan mereka. Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewuud

dan mengukuhkan mekanisme merancang, memantau dan menilai pendidikan

yang disediakan untuk kanak-kanak khas. Ekoran daripada persidangan ini,

kementerian Pelajaran Malaysia telah mengabil inisiatif memperkenalkan

pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif telah

Page 38: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

lama dilaksanakan di Malaysia melalui rancangan pendidikan integrasi atau

percantuman ((Norshidah,etal 2009)

Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia

a. Akta Pendidikan

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan

yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak.

Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan

dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah

hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu

sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya

sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini

diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran

yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak

negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta

Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.

Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk

mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan

memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang

pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.

Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua

kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi

pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-

sekolah.

Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan

menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada

di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang

menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.

Page 39: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan

kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum

Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains

dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah

teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional

ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan

program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi

perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program

latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan

program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-

institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri.

Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang

membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru

bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu

secara berkembar.

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan

adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan

institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh

dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia

dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan

nilai-nilai murni.

Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan

yang cukup bagi pendidikan tersebut.

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan

berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin

negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua

kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan

dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang

diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming

dan sekolah mission dikekalkan.

Page 40: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku

kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-

kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta

Pendidikan 1996.

b. Dasar-dasar berkaitan Pendidikan Khas

DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi

setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan ‘ keperluan –keperluan

pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-

langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan

untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam

system pendidikan.

• Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah

mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak

mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang

dialami serta peluang menjadi kaank-kanak normal.

• AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa

sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk

kanak-kanak kurang upaya.

• LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar

perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak

yang membawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas kepada

perkembangan PK di Malaysia.

• Tanggungjawab kementerian tertentu :

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-

kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran

( terencat akal ) yang boleh didik.

Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap

pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal

sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik

Page 41: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti

diperingkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam

keadaan yang berisiko

Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta

Pendidikan 1996

Page 42: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 4 PUNCA MASALAH

SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada punca-punca masalah yang

menyebabkan kecacatan kepada murid-murid pendidikan khas

HASIL PEMBELAJARAN

1. Dapat mengetahu punca-punca masalah yang dihadapi oleh murid

pembelajaran.

Kerangka Tajuk-tajuk

Punca Masalah

Genetik/Baka

Masalah Metabolisme

Jangkitan Pranatal, pernatal dan pascanatal

Faktor persekitaran/teratogen

Trauma

Page 43: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.0. Pengenalan

Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi oleh baka dan

persekitaran. Begitu juga punca masalah kecacatan yang dihadapi oleh kanak

berkeperluan. Kesan baka yang akan mempengaruhi dari segi fizikal, mental,

kecerdasan, dan kerdil. Manakala persekiran yang mempengaruhi

perkembangan dan pertumbuhan saperti pemakanan, faktor keluarga, rakan

sebaya dan masyaraakat.

4.1. Genetik/Baka

Kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang

berasal dari Austria yang bernama Gregor Mendel (1857). Eksperimen-

eksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai “swee peas” telah

merintiskan jalan kepada ilmu genetik. Prinsip-prinsip kesan baka ke atas

perkembangan yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada

gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu

generasi. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan dan di mana

dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya satu gen dominan

menindasi yang lemah yang dipanggil gen resesif. Gen adalah penentu utama

dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh

kesan baka adalah seperti berikut:-

4.1.1. Fizikal

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh

pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan

juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan

aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar

badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang

kecil.

Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)

mendapati kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam

Page 44: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang

terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka

mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan

individu.

4.1.2. Mental /Kognitif (Kecerdasan)

Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka.

Kecerdasan tinggi atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang

diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh persekitaran

tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa

nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan

mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya.

Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya

tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu

juga dengan aspek intelek, yang mana sebahagiannya diwarisi. Baka

menentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu Anastasi (1958) dalam

Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita berbahas

yang mana faktor yang lebih penting dalam proses perkembangan. Yang

pentingnya ialah kita mesti membincangkan bagaimana kedua-dua faktor

persekitaran dan baka dalam proses perkembangan manusia. Ahli-ahli psikologi

yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon

(1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya

bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak

dapat dipertingkatkan melalui pengajaran, Borich dan Tombari, (1997).

Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli psikologi yang mengkaji

kecerdasan dari tradisi revisionist seperti Howard Gardner (1983) dan Sternberg

(1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan

melalui pembelajaran .

Page 45: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.3. Mental /Kognitif (Kecacatan mental)

Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik, misalnya ketololan

(idiocy) kedua-dua ibu bapa terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali

persaudaraan yang rapat. Penyakit phenylkeyonuria oleh kekurangan enzim

yang menyebabkan penghasilan kimia beracun di dalam badan yang akhirnya

merosakkan mental kanak-kanak, Tang Chee Yee (1990:34). Kajian juga

mendapati sebahagian daripada kecacatan mental adalah diwarisi. Contohnya,

penyakit Tay-Sachs, dikaitkan dengan gen resesif yang diterima oleh anak

daripada ibu atau bapa. Tay-Sachs adalah berkaitan dengan masalah

kecelaruan enzim, menyebabkan otak tidak berupaya memecahkan lemak

tertentu. Bila keadaan berterusan, menghalang pemindahan maklumat oleh

saraf dan menyebabkan kerosakan sel otak Individu yang mengidap penyakit

Tay–Sachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun.

4.1.4. Mental /Kognitif(Down Syndrome dan Sindrom anak menggoloid)

Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang

tidak sempurna semasa meiosis, Lefrancois (1999). Sindrom ini berlaku satu

dalam setiap 680 kelahiran. Kebanyakan kanak-kanak sindrom ‘down’ adalah

terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik. Salah satu faktor kecacatan

baka ialah umur ibu atau bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah wanita yang

telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan hamil.

4.1.5. Mental /Kognitif (Phenylketonuria, PKU)

Phenylketonuria adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadiran

dua gen resesif. Individu yang mengidap penyakit PKU, enzim di hatinya yang

bertanggungjawab memecahkan ”phenylalanine” kepada bahan protein

kegunaan tubuh tidak ada atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakan pada

sistem saraf dan kecacatan mental. Tapi pada hari ini, bayi-bayi yang menghidap

PKU diberi pemakanan khas dan boleh mengatasi masalah kekurangan enzim

tersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2004:25)

Page 46: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.6. Penyakit kebakaan (Hemophilia)

Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan melalui kromosom X.

Antaranya Hemophilia iaitu sejenis kelainan sel darah. Mangsa hemophilia tidak

mempunyai bahan pembeku di dalam sel darahnya, iaitu AHG. Pendarahan

yang dialaminya tidak berhenti kerana pembekuan pada tempat luka tidak terjadi.

4.1.7.Rabun warna

Mata mengandungi pigmen-pigmen warna merah, hijau dan biru. Kelainan dan

kekurangan pigmen ini akan mengakibatkan rabun warna. Rabun warna yang

kerap dihidapi ialah merah dan hijau. Lelaki jauh lebih kerap mengalaminya

dari kaum perempuan.

4.1.8. Muscular Dystrophy

Muscular dystrophy ialah keadaan otot-otot menjadi lemah dan lama

kelamaan tidak boleh berfungsi. Penyakit ini boleh berlaku pada peringkat

kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun, iaitu pada anak lelaki. Jenis kedua

melibatkan kanak-kanak remaja dibahagian muka dan lengan. Pengidap

penyakit ini merasa lemah otot-ototnya yang jelas kelihatan bila berjalan.

4.1.9. Talasemia

Talasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh sebilangan orang-orang

keturunan Mediterranean dan timur. Tanda-tanda penyakit ini kekuningan

kekuningan kulit dan mata putih, demam, lemah, lesu serta tidak selera makan.

Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan. Bayi

akan terbantut pertumbuhan dan perkembangannya malah boleh membawa

maut jika tidak dirawat. Pertukaran darah diperlukan selalu oleh pesakit

berpenyakit ini.

Page 47: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.10. Kerdil (Dwarfism)

Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. ’Cartilage’ yang biasanya terdapat pada

tulang-tulang kaki dan tangan tidak lengkap kejadiannya. Pertumbuhan tulang

yang sedang berlaku terbantut menyebabkan tangan dan kaki pengidapnya

pendek.

4.1.11. Sindrom Edwards dan Sindrom Patau

Lain-lain penyakit kebakaan ialah seperti Sindrom Edwards dan Sindrom

Patau. Pengidap hanya boleh hidup 3 hingga 4 bulan. Kecacatan yang teruk

berlaku dari segi mental dan fizikal. Kepalanya lonjong dan kecil, telinganya

cacat, dagu dan mulutnya kecil (Surina Sangari 1989:14).

4.1.12. Sahsiah

Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa

melalu baka. Helen Bee (1995), mengatakan temperamen iaitu tret–tret

personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan kekal pada individu

sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam (Shaffer, 1999)

juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka.

Contohnya personaliti ekstrovert, di mana seseorang lebih suka bersosial dan

selalu gembira; dan introvert di mana individu biasanya pemalu, suka menyendiri

dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang.Temperamen yang diwarisi

akan mempengaruhi cara individu bertindak kepada persekitarannya turut

mempengaruhi cara bagaimana orang lain dan persekitaran bertindak balas

terhadap individu. Maksudnya, terdapat tindak balas terhadap individu iaitu

tindak balas dua hala. Contohnya, kanak–kanak yang suka bergaul akan

mencari kawan yang suka bergaul, mereka yang suka bergaul pula akan mencari

atau memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman,

1997). Kajian Plomin, (1990) dalam Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif

antara IQ dengan individu yang ada pertalian keluarga. Persamaan skor IQ di

kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggi

berbanding lain–lain bentuk persaudaraan.

Page 48: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.13. Kematangan

Gesell (1952) memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak–

kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak–kanak itu adalah

hasil daripada persekitaran sendiri. Tetapi secara khususnya, Gesell percaya

bahawa perkembangan kanak–kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan

baka. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan.Menurut Gesell lagi,

semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan

berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik.

Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang dengan sendirinya

ditentukan oleh gen. Kanak–kanak sudah tentunya berbeza dari segi kepantasan

perkembangan. Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau

bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Bagi Gesell, perbezaan

individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme

genetik dalaman.

Kamarulzaman (2003), mengatakan kematangan merujuk kepada proses

perkembangan yang dikawal oleh faktor dalaman, terutama gen, iaitu bahan

kimia yang terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan

sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun

proses mekanisme ringkas di mana gen bekerja, pada masa Gesell dan hari

ini, masih kabur. Kita tahu bahawa gen tidak bekerja secara berasingan dan

mereka menerima isyarat daripada “ cytoplasm” ialah persekitaran gen, maka

sukar bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran.

Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan sebagai proses

semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersama dengan faktor

lain.

Page 49: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.2. Masalah metabolisme

Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai

mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali

sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi

dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat,

manakala individu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat

kerna semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan

kekerapan bersenam.

Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada

tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya

hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara

20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari,

manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari.

Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.

4.2.1. Metabolisme membabitkan tiga perkara asas:

1. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan

badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan

sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas ini.

2. pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori

harian digunakan untuk tugas ini.

3. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga

yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap

aktiviti yang dilakukan.

Page 50: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.2.2. Faktor-faktor yang akan memperlahankan metabolisme :

UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada

kadar 5% selepas 40 tahun. Apabila usia meningkat, keanjalan otot juga

merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu

lemak dan ini sebabnye apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga

menurun.

JANTINA : Secara umumnya, metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita

kerana saiz badan mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak.

MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan

memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada

pertambahan berat badan.

GENETIK : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar

metabolisme cepat

4.3. Jangkitan Pranatal, perinatal dan pascanatal

Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang

boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi

masalah.

4.3.1. Peringkat Prenatal

e. Baka- ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down

ataupun Mongoloid. Kanak-kanak DS ini mempunyai 42 kromosom

berbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom. ( Istilah Sindrom merujuk

kepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupun

keadaan )

f. Jangkitan- Kecacatan di bahagian otak @ sisitem saraf yang berlaku sewaktu

proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atau siflis.

Page 51: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Jangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubella sejenis

demam campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit)

g. Dadah dan alcohol- Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan

pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan

autihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu mengandung

mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Alkohol boleh

membantutkan perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan yang

berbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam berat plumbum.)

h. Pemakanan- kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada

pemakanan seimbang, kekurangan, vitamin dan protein.

i. Bahan kimia/ sinaran X- Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberi

kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk kedalam tubuh melalui

air, makanan, dan udara.

j. Cubaan menggugurkan kandungan

k. Mikroorganisma- Terdapat juga pelbagai masalah mikroorganisma yang

menganggu perkembangan janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalan

yang kekal seperti kerencatan mental

4.3.2. Peringkat Perinatal

Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga

menyebabkan ia dilahirkan cacat

c. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan

kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami

kecacatan.

d. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ

dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-

34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi.

Page 52: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

e. Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga

penggunaan dadah dan merokok oleh ibu.

f. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa

menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran

g. Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan

seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia

mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.

h. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang

bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.

4.3.3. Peringkat Posnatal/ pasca natal

Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya boleh mengalami

kecacatan mungkin disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan

kemalangan.

f. Penyakit-

• Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang

otak dan jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. Virus ini

dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies.

• Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu

otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit

kepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera

kerencatan akal akan berlaku.

g. Persekitaran- kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan

kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakkan

saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam

sekeliling.

Page 53: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanak-

kanak ynag terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui

makanan @ pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalh

emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunan

plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah, paiap air dan petrol.

4.4. Faktor persekitaran/teratogen

Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada

keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah

pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada

corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula

adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan,

keluarga, rakan-rakan, ibadat media dan persekitaran dunia.Menurut Amran

Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor

bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Manakala Norman L.

Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di

sekeliling unit-unit kebakaan. W. Edger pula menerangkan bahawa persekitaran

adalah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang

individu. Menurut Lee Shok Mee (1994), beliau mengatakan persekitaran ialah

segala keadaan di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik

dan interaksi sesama manusia serta alam sekitarnya. Hubungkait dengan

persekitaran kanak-kanak ini bolehlah dimaksudkan dengan adanya pertalian

rapat kanak-kanak tersebut dengan individu yang paling hampir dengannya,

contohnya ahli keluarga terutamanya ibu bapa kanak-kanak. Juga turut berkaitan

dengan berlakunya pekembangan kanak-kanak ini disebabkan oleh objek atau

peristiwa yang pernah berlaku dalam kehidupan kanak-kanak tersebut sekaligus

memberi pengalaman bermakna terhadap kanak-kanak. Perkaitan seterusnya

pula mungkin disebabkan oleh faktor tempat tinggal kanak-kanak, cara hidup

masyarakat sekeliling dan unsur rohaniah seperti penglibatan rumah ibadat.

Page 54: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Beberapa ahli psikologi telah menjalankan kajian berkaitan perkembangan

individu dan mengemukakan pelbagai jenis teori. Di antara beberapa teori utama

mengenai peringkat perkembangan individu seperti teori perkembangan sosio-

budaya Robert Havighurst, teori perkembangan kognitif-jasmani Jean Piaget,

teori perkembangan Sigmund Freud, teori pembelajaran social Albert Bandura,

teori perkembangan emosi fizikal Erikson, teori ekologikal Bronfenbrenner dan

teori moral Lawrence Kohlberg. Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan

manusia berlaku dari segi perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani.

Ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Persekitaran yang dimaksudkan itu

berubah-ubah dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi tingkah laku dan

perkembangan seseorang sama ada sebelum dan selepas kelahiran.

Terdapat dua kategori utama persekitaran yang mempengaruhi perkembangan

kanak-kanak. Kategori yang pertama ialah faktor pralahir dan kategori kedua

ialah faktor selepas lahir. Faktor-faktor pralahir ialah pemakanan bayi di dalam

kandungan, kesihatan ibu semasa mengandung, penyalahgunaan dadah oleh

ibu sewaktu hamil, kesan x-ray terhadap ibu mengandung, emosi ibu sewaktu

hamil dan umur ibu ketika mengandung. Manakala faktor-faktor persekitaran

selepas lahir yang mempengaruhi perkembangan seseorang ialah rakan sebaya,

guru dan sekolah, pemakanan, tempat tinggal, sumber teknologi, sosioekonomi

keluarga, asuhan ibu bapa, masyarakat sekeliling, pusat ibadat, kebudayaan dan

kepercayaan masyarakat.

4.4.1 Faktor Keluarga

bu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu

tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sebagai contoh kanak-

kanak daripada keluarga yang kecil biasanya akan mendapat perhatian dan

layanan yang lebih sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala

permintaannya akan dipenuhi. Kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak itu

bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapanya. Ini sekaligus

merencatkan pertumbuhan daya berfikir (kognitif) dan kreativiti kanak-kanak

Page 55: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

apabila adanya nilai bergantungan atau berharap terhadap setiap pergerakan

kanak-kanak itu sendiri. Faktor bentuk asuhan juga turut mempengaruhi

perkembangan kognitif dan kreativiti kanak-kanak itu. Secara asasnya, bentuk

asuhan keluarga terbahagi kepada empat iaitu bentuk autoritarian, autoritatif,

abaikan dan indulgent. Autoritarian ialah bentuk asuhan yang menggunakan

peraturan dan hukuman dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa authoritatif pula

sentiasa menggalakkan anak-anak mereka berdikari di samping sedikit

kawalanke atas tingkah laku mereka. Manakala ibu bapa yang abaikan

anak-anak pula tidak terlibat dengan kehidupan aak-anak mereka. Ibu bapa

indulgent pula terlibat dengan anak-anak tetapi kurang mendisiplinkan anak-

anak.Faktor asuhan keluarga ini berkaitan dengan teori perkembangan moral

Lawrence Kohlberg. Menurut teori Kohlberg, seorang individu itu biasanya

mengalami tiga tahap perkembangan moral yang utama. Tahap yang pertama

ialah awal kanak- kanak, tahap kedua dan ketiga ialah semasa remaja. Ketiga-

tiga tahap ini menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja mematuhi sesuatu

peraturan kerana untuk mendapatkan ganjaran atau mengelakkan hukuman.

Peraturan yang dibuat oleh ibu bapa mempengaruhi tindakan seseorang kanak-

kanak. Sebagai contoh, peraturan yang dibuat oleh ibu bapa authoritarian

terhadap anak-anaknya adalah supaya mereka mematuhi peraturan tersebut.

Kanak-kanak tersebut perlu mematuhi peraturan yang dibuat oleh ibu bapanya

supaya mereka tidak dikenakan sebarang hukuman. Ini bermakna faktor asuhan

keluarga menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak itu. Dengan adanya

peraturan yang ditetapkan seperti itu, maka kanak-kanak khususnya tidak

mempunyai pilihan lain selain mengikuti arahan tersebut dan ini sebenarnya jelas

menghalang keupayaan kanak-kanak dari sudut kreativiti untuk cuba

menghasilkan sesuatu idea yang berbeza mengikut situasi- situasi yang tertentu.

Page 56: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.4.2 Faktor Rakan Sebaya

Rakan sebaya memainkan peranan dalam perkembangan seseorang individu itu.

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah,

emosi dan sosial. Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang

bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

Sebaliknya, seseorang yang terdedah kepada rakan sebaya yang kurang

bertanggungjawab akan menyebabkan nilai negatif dalam dirinya terbina.

Faktor rakan sebaya berkait dengan teori perkembangan emosi-fizikal Sigmund

Freud. Menurut Freud, perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat

dengan perkembangan fizikalnya. Perkembangan manusia terbahagi kepada

lima peringkat pertambahan umur dan selari dengan perkembangan fizikal. Pada

peringkat latency, kanak-kanak akan mula mengambil tahu tentang rakan

sebaya, mula menjauhkan diri sedikit daripada anggota keluarga dan engalirkan

perasaaan sentimen kepada orang lain.pengaruh rakan sebaya yang akan

mempengaruhi tahap perkembangan seseorang itu samada positif atau negatif.

4.4.3 Faktor Guru dan Sekolah

Seperti yang kita ketahui kanak-kanak amat suka dengan sesuatu aktiviti yang

mencabar dan lebih bersifat bebas. Sikap ingin menyiasat, ingin tahu, sebab dan

akibat sesuatu perkara itu mendorong kanak-kanak untuk berlumba-lumba

sesama mereka untuk mengetahui sesuatu perkara. Hal ini juga turut berkaitan

dengan personaliti kanak-kanak pada waktu itu yang inginkan perhatian.

Justeru itu, persekitaran guru dan sekolah juga memainkan peranan penting

dalam mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak. Pengaruh guru dan

persekitaran sekolah yang berterusan dalam membentuk dan meransang

kreativiti pelajar melalui sikap guru, pengurusan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dan budaya sekolah. Guru yang bersifat penyayang dan

mempunyai nilai kendiri yang positif, kreatif dalam mempelbagaikan bentuk P &

Page 57: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

P mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Iklim sekolah yang

kondusif dengan kemudahan-kemudahan P & P turut membantu perkembangan

kognitif, afektif dan psikomotor pelajar agar lebih kreatif. Guru dan sekolah

merupakan agen perubahan yang bertanggungjawab memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.Faktor guru dan sekolah

berkait rapat dengan teori ekologikal Brofrenbrenner (1979,1989). Teori ini

menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organism. Beliau

melihat persekitaran ekologikal berdasarkan hbungan dengan konteks

di mana individu itu berinteraksi. Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner

menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis ekologi

iaitu mikrosistem,mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.

Menurut Bronfenbrenner,kelima-lima sistem ekologi ini amat mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak.Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat

di mana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara

langsung di dalam persekitaran itu.Sebagai contoh, hubungan interaksi secara

langsung di antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

Kumpulan individu dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang sangat

penting di dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak.Mesosistem pula merujuk

kepada kaitan di antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud

bahawa satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem

yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap,

tingkah laku dan daya pemikiran di sekolah dan sebagainya.Mengikut

Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi

dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik

berbanding kanak-kanak yang kekurangan peluang.Ekosistem merupakan

pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara

langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi

kesan kepada kanak-kanak. Misalnya sekolah dengan pasaraya. Kaedah

pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh

tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan

sosial kanak-kanak tersebut.Makrosistem pula adalah perkembangan individu

Page 58: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

yang melibatkan norma-norma nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya

dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock, 2008).

Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana

mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan penting.

Kronosistem pula melibatkan perubahan pekembangan dalam suatu tempoh

masa. Sebagai contoh, situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada

permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak zaman terdahulu

yang lebih bersosial dengan bermain di persekitaran rumah. Secara

keseluruhannya, kelima-lima aspek ini dilihat mempunyai perkaitan di antara satu

sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka

setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

4.4.4 Faktor Sumber Teknologi

Sumber teknologi dan pengaruh media massa boleh mempengaruhi

perkembangan kretiviti kanak-kanak secara positif tetapi ianya bergantung

kepada bagaimana bentuk teknologi yang diterima. Sumber teknologi tersebut

adalah merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan

seperti media cetak, surat khabar, majalah, buku, iklan dan media elektronik

seperti filem, radio, televisyen, komputer dan internet. Adalah diketahui bahawa

individu yang terdedah kepada sumber tekologi yang sihat akan mempengaruhi

perkembangan kreativiti kanak-kanak berdasarkan nilai-nilai yang terkandung di

dalam pengaruh sumber teknologi itu. Pengaruh sumber teknologi terhadap

perkembangan seseorang kanak-kanak itu ada kaitan dengan teori pembelajaran

sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura. Beliau menyatakan bahawa kelakuan

manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ejen penentu

persekitaran. Ini bermakna kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui

pemerhatian terhadap permodelan. Secara tidak langsung, kanak- kanak yang

terdedah kepada sumber teknologi seperti televisyen, internet dan sebagainya

akan memberi kesan dalam menghasilkan kretiviti melalui idea-idea yang

baru dari sudut pemikiran mereka.

Page 59: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.4.5 Faktor Pemakanan

Faktor persekitaran selepas kelahiran yang mempengaruhi perkembangan

kreativiti kanak-kanak ialah pemakanan. Pemakanan kanak-kanak perlu dijaga

sejak peringkat awal lagi (peringkat pralahir). Ini penting bagi menjamin

perkembangan jasmani dan mental yang sihat. Makanan yang seimbang dan

berzat amat diperlukan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-

kanak dari segi fizikal dan mental, malahan dapat melindungi kanak-kanak

daripada sebarang penyakit. Menurut jurnal The Pediatric Clinic of North America

yan ditulis oleh Birch Lean Lipps dan Davidson Kirsten Krahnstoever, mereka

menyatakan bahawa faktor pemakanan ibu bapa boleh mempengaruhi corak

pemakanan anak-anak mereka. Sebagai contoh, sebilangan ibu bapa yang

gemar memilih makanan ringan dan makanan segera sedangkan kita

mengetahui bahawa makanan tersebut boleh merencatkan tumbesaran fizikal

dan mental kanak-kanak.

4.4.6 Faktor Kebudayaan dan kepercayaan Masyarakat

Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi perkembangan

kretaiviti kanak-kanak. Perbezaan nilai hidup membentuk falsafah hidup yang

berbeza di kalangan masyarakat. Begitu juga dengan perbezaan agama dan

kebudayaan akan melahirkan cara hidup serta tingkah laku yang berbeza.

Masyarakat yang suka mengamalkan gaya hidup yang sihat akan melahirkan

gaya hidup yang positif. Amalan masyarakat yang menekankan soal kerohanian

dan kejiwaan sebenarnya turut memberi mpak dalam melahirkan kanak-kanak

yang kreatif. Perkara pokoknya di sini ialah bagaimana ketenangan itu amat

penting bagi membentuk dan meransang pemikiran kanak-kanak supaya lebih

kreatif dalam sesuatu hal. Robert J. Havinghurst adalah ahli psikologi yang

memperkenalkan teori perkembangan yang bercorak sosio-budaya dan

antropologi. Teori yang diperkenalkan berkaitan dengan faktor kebudayaan dan

kepercayaan masyarakat. Beliau menekankan bahawa perkembangan

seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.Beliau juga

Page 60: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

menyatakan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh

norma serta budaya masyarakat. Sebagai contoh, budaya membedung bayi

yang baru lahir bagi sesetengah kaum Melayu jika dinilai dari sudut saintifik

sebenarnya menghalang pergerakan lokomotor kasar bayi tersebut. Apabila bayi

dalam keadaan tidak selesa, ianya boleh memberi kesan negatif terhadap

perkembangan emosi dan kreativiti bayi tersebut. Berdasarkan faktor-faktor yang

disenaraikan di atas, ini menjelaskan kepada kita bahawa dua faktor utama iaitu

faktor genetik dan persekitaran sangat memberi kesan kepada perkembangan

daya kreativiti kanak-kanak. Dua faktor tersebut memberi kesan kepada

perkembangan kreativiti kanak-kanak yang akan hanya dapat dilihat melalui

pemerhatian yang dilakukan secara kualitatif.

4.5. Tauma

Trauma berasal dari bahasa Yunani yang berarti luka (Cerney, dalam Pickett,

1998). Kata trauma digunakan untuk menggambarkan kejadian atau situasi yang

dialami oleh korban. Kejadian atau pengalaman traumatik akan dihayati

secara berbeda-beda antara individu yang satu dengan lainnya, sehingga setiap

orang akan memiliki reaksi yang berbeda pula pada saat menghadapi kejadian

yang traumatik. Pengalaman traumatik adalah suatu kejadian yang dialami atau

disaksikan oleh individu, yang mengancam keselamatan dirinya (Lonergan,

1999). Oleh sebab itu, merupakan suatu hal yang wajar ketika seseorang

mengalami shock baik secara fisik maupun emosional sebagai suatu reaksi stres

atas kejadian traumatik tersebut. Kadangkala efek aftershock ini baru terjadi

setelah beberapa jam, hari, atau bahkan berminggu-minggu. Respon individual

yang terjadi umumnya adalah perasaan takut, tidak berdaya, atau merasa ngeri.

Gejala dan simtom yang muncul tergantung pada seberapa parah kejadian

tersebut. Demikian pula cara individu menghadapi krisis tersebut akan

tergantung pula pada pengalaman dan sejarah masa lalu mereka.

Page 61: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Menurut Stamm (1999), stres traumatik merupakan suatu reaksi yang alamiah

terhadap peristiwa yang mengandung kekerasan (seperti kekerasan kelompok,

pemerkosaan, kecelakaan, dan bencana alam) atau kondisi dalam kehidupan

yang mengerikan (seperti kemiskinan, deprivasi, dll). Kondisi tersebut disebut

juga dengan stres pasca traumatik (atau Post Traumatic Stress Disorder/ PTSD).

Menurut Pickett (1998), ada dua bentuk simtom yang dialami oleh individu yaitu

: (1) adanya ingatan terus menerus tentang kejadian atau peristiwa tersebut, dan

(2) mengalami mati rasa atau berkurangnya respon individu terhadap

lingkungannya. Kondisi tersebut selanjutnya akan mempengaruhi fungsi adaptif

individu dengan lingkungannya. Seringkali, peristiwa yang traumatik akan sangat

menyakitkan sehingga bantuan dari para ahli akan diperlukan dalam mengatasi

trauma yang dialami.

Terangkan cara mengelakkan daripada punca masalah kecacatan kepada murid pendidikan khas

Jelaskan implikasi terhadap pendidikan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah yang berpunca daripadapersekitaran.

Page 62: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 5 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan enam kategori kanak-kanak

keperluan khas iaitu kerencatan akal, masalah penglihatan, masalah

pendengaran, masalah tingkahlaku/emosi, Attention Deficit Disorder

Hyperactive (ADHD) dan masalah kesihatan.

HASIL PEMBELAJARAN

a. Mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas yang terdapat dalam

pendidikan khas.

b. Menjelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.

c. Menjelaskan keperluan yang bersesuaian dalampendidikan dengan kategori

kanak-kanak berkeperluan khas.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan

Khas

Kerencatan Akal

Masalah Penglihatan

Masalah Pendengaran

Masalah Tingkahlaku/Emosi

Masalah Kesihatan

Attention Deficit Hyperactive Disorder

(ADHD)

Keperluan dalam

pendidikan

Page 63: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.0. PengenalanPendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang

dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami

pelbagai kecacatan / kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-

aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang

berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini

juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan

memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai

jenis kecacatan / kurang upaya itu.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan

sistem pendidikan di negara kita yang boleh melahirkan pelajar yang seimbang;"Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara". Bertunjangkan FPK, Falsafah Pendidikan Khas

mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu;

"Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-

keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang

berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan

sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam

masyarakat".

Tidak semua kanak-kanak dilahirkan sempurna, terdapat juga kanak-

kanak istimewa. Kanak-kanak ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan

mereka juga wajar diberi pendidikan. Walau bagaimanapun disebakan ciri-ciri

istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberi kepada mereka agak berbeza

yang mana ianya disebut sebagai Pendidikan Khas.

Page 64: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi

kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan

kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran

(suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan

khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-

kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan

tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif

pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem

persekolahan.

Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid

istimewa dengan murid-murid normal / biasa dalam pelbagai aspek seperti

pembangunan fizikal, pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat

sokongan kakitangan bukan guru, peluang-peluang kenaikan pangkat, juruteknik

audiologi pendidikan (educational speech therapist), orientasi dan mobiliti

pendidikan (Orientation and Mobility Instructor) dan psikologi

pendidikan (Educational Psychologist) dan sebagainya merupakan objektif

Pendidikan Khas.

Latarbelakang Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi

murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah

pembelajaran mulai bulan Julai, 1962. Di bawah rancangan percantuman

dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid yang bermasalah

tersebut belajar bersama murid-murid normal di dalam kelas yang sama (Sang,

2000). Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang

terlatih dalam program Pendidikan Khas.

Kategori individu berkeperluan khas adalah seperti (i) bermasalah atau

kurang upaya pendengaran (hearing impairment), (ii) bermasalah atau kurang

upaya penglihatan (visual impairment), (iii) bermasalah pembelajaran (learning

disabilities), (iv) bermasalah kerencatan akal (mental retardation), (v) bermasalah

tingkah laku atau emosi (behavioral disorders & emotional disturbance), (vi)

Page 65: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or language impairment), (vii)

bermasalah pintar-cerdas (gifted & creativity), (viii) kurang upaya fizikal (physical

disabilities), (ix) bermasalah kesihatan (health impairment) dan (x) pelbagai

masalah (multi-problem) .

Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan

kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan

pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran

pengembangan (developmental skills). Pendekatan baru menolak pendekatan

tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical deficit

model). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut

berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan

keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan

tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial, penguasaan bahasa lisan /

pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran

pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan,

kebolehan penglihatan dan yang terakhir kebolehan pendengaran.

5.1 Kerencatan Akal

PengenalanPerkembangan kemahiran motor halus dan motor kasar seseorang kanak-

kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan

dan peningkatan koordinasi badan. Namun kanak-kanak pendidikan khas

berbeza daripada kanak-kanak biasa atupun sederhana dari segi mental,

keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot, fizikal, tingkahlaku sosial ataupun emosi,

keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan Oleh itu, objektif kajian ini

dilakukan adalah untuk mengetahui prestasi kemahiran motor halus dan motor

kasar kanak-kanak masalah pembelajaran.

Page 66: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Gambar 1 : Kanak-kanak Terencat Akal

Definisi

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak

yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam

pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental

retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka

yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup

seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan

fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak

bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.

Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR) kerencatan

akan didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi

mental disamping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian.

T ingkah lakupenyesua ian me l iba tkan kemahi ran pen jagaan d i r i s

eper t i kebo lehanmemaka i paka ian , makan a tau mengemas d i r i .

Kerenca tan aka l in i mes t i d i kesansebelum usia 18 tahun

Seperti yang dinyatakan oleh , Individual with Disabilities Education Act

( IDEA) mende f in i s i kan te renca t aka l sebaga i fungs i in te lek ( IQ)

yang rendah se r takekurangan dalam tingkah laku sosial sepanjang tempoh

perkembangan yang memberikesan kepada perkembangan pend id i kan

kanak-kanak . IQ laz imnya d iukur me la lu iU j ian IQ d i mana skor

pu ra ta ia lah 100 . Ind iv idu yang mempero leh i sko r bawah

Page 67: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

70h ingga 75 d i kena l pas t i menga lami ke renca tan aka l . Un tuk

mengukur t i ngkah laku adaptif, sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti

iaitu:a)Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian,

mandi,makan dansebagainya b ) K e m a h i r a n k o m u n i k a s i s e p e r t i m

e m a h a m i a p a y a n g d i t u t u r k a n d a n berupaya memberi

tindakbalas) K e m a h i r a n s o s i a l s e p e r t i h u b u n g a n d e n g a n r

a k a n , k e l u a r g a , o r a n g dewasa dan masyarakat.Julia Jantan (2007)

menyatakan bahawa kerencatan akal berlaku akibat masalahkegagalan otak

berfungsi. Kerencatan akal yang berlaku pada individu bukan

sahajamelibatkan batasan fungsi mental tetapi turut

melibatkan masalah emosi. Kemampuankogn i t i f kanak-kanak

te renca t aka l j uga te rganggu . In i be rmakna , kanak-kanak

in i lambat unutk menerima sesuatu maklumat yang disampaikan kepada meraka

dan sukar untuk memahami konsep-konsep yang komplek

Kanak-kanak yang mengalami terencat akal adalah kanak-kanak

yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang

kurang ataupun tidak lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan

sosial. Kanak-kanak terencat akal memerlukan masa yang lama untuk

mempelajari sesuatu kemahiran jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal

(Deller, R. 1990). Mengalami masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap

mental yang rendah dan kurang ataupun ataupun tiada keupayaan dalam

menguruskan aktiviti seharian.

Ciri-ciri terencat akal

Umumnya kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah

yang ketara dalam mengurus d i r i . Namun menuru t W ar ren &

Abbedu t to (1992) , te rdapa t dua perka ra penting yang dilihat

sebelum memastikan kanak-kanak itu mengalami kerencatan akaliaitu:

a)Kebolehan mental untuk belajar, berfikir, menyelesaikan dan fungsi

intelek (IQ)

Page 68: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

b)Kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan hidup berdikari

ataulebihd i k e n a l i s e b a g a i t i n g k a h l a k u a d a p t i f s e p e r t i m e m a

k a i p a k a i a n , m a n d i , menguruskan diri dan sebagainya.Umumnya ,

kanak-kanak te renca t aka l menun jukkan beberapa tanda

te r ten tuseperti menghadapi kesukaran untuk pertuturan, Kesukaran

untuk mengingat, sukar memahami peraturan-peraturan sosial dan

tidak dapat mengingat atau membezakan

k e s a n d a n a k i b a t . K a n a k - k a n a k t e r e n c a t a k a l j u g a

m e n g h a d a p i m a s a l a h d a l a m memproses penyelesaian masalah

dan untuk berfikir secara logik atau kritikal. Dalammenentukan kriteria

psikologikal dan tingkah laku kanak-kanak terencat akal, tiadainstrumen

yang tepat untuk memastikan seseorang individu itu terencat akal.Terdapat

pelbagai variasi tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak

terencata k a l y a n g m e n j a d i k a n s e t i a p s e o r a n g d a r i a p a d a m e

r u p a k a n i n d i v i d u y a n g u n i k . Kebanyakan kanak-kanak

te renca t aka l j uga sukar un tuk menumpukan perha t ian terhadap

sesuatu atau sukar untuk berfikir secara logik (Wehman, 1988

Bahasa d igunakan seawa l us ia kanak-kanak un tuk keper luan

komun ikas i ,menyampa ikan kehendak dan perasaan da lam

sesua tu pe rsek i ta ran (Hu t ton , 1998) .Kelewatan dalam perkembangan

bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak

terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992). Masalah pertuturan sepertimasalah

artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal. Umumnya,

bagikanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan,

perkembangan bahasa merekayang mengalami kerencatan normal,

namun kemajuan perkembangan bahasa merekaagak perlahan sekiranya

kategori yang dialami kerencatan akal yang teruk.

Page 69: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.2. Masalah Penglihatan

PengenalanKanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya sukar atau tidak dapat

melakuka tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan alat

bantuan khas. Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan seseorang

individu tidak dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal.

Gangguan penglihatan boleh disebabkan oleh penyakit yang dialami, trauma,

serta masalah kongenital ataupun keturunan. Terdapat pelbagai takrifan yang

digunakan untuk menentukan keterukan gangguan penglihatan. Antara takrif

yang lazim digunakan di Malaysia ialah penglihatan terhad yang ditakrifkan

sebagai “akuiti visual lebih teruk dari 6/18 sehinggalah lebih baik dari 3/60

manakala buta ditakrifkan sebagai akuitivi visual yang lebih teruk daripada 3/60

(WHO 1997).

Gambar 2 : Kanak-kanak masalah penglihatan

DefinisiDefinisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan

kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.

Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu

diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan

pembelajaran dan pencapaian mereka.

Page 70: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Murid-murid di program ini juga

mengikuti pelajaran yang sama seperti

diikuti oleh murid normal. Yang

berbeza adalah kaedahnya, di mana

murid-murid ini didedahkan kepada

penggunaan bahan cetak yang

dibesarkan saiz tulisannya bagi yang

rabun manakala bagi yang buta

mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam

dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi)

Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the

Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti

berikut:

• Tidak dapat melihat langsung.

• Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan

Ujian Snellen.

• Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

Ciri-ciri Masalah Penglihatan

Ciri-ciri kanak-kanak masalah penglihatan dari segi kognitif:

1- Tidak memahami benda-benda abstrak. Cth : berkenaan warna

2- Pengamatan dan daya anggaran sesuatu jisim amat lemah kerana

terbatas ( kecuali melalui pengalaman)

3- Tidak memahami konsep bentuk (cth ; pyramid itu seperti kon, kon itu

seperti segitiga)

Page 71: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Ciri-ciri kanak-kanak masalah dari segi psikomotor

Kanak-kanak ini amat takut kepada persekitaran. Tahap keyakinan mereka amat kurang. Daya

untuk membuat keputusan terhadap satu permasalahan amat lemah. Mereka amat memerlukan

bimbingan orang dewasa. Cth : menyentuh sesuatu.

5.3. Masalah Pendengaran

PengenalanMasalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling

kerap berlaku di dalam suatu populasi manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami masalah

pendengaran (World Health Organisation, 1999). Kejadian masalah

pendengaran kongenital dianggarkan seramai 1 hingga 3 orang di dalam setiap

1000 kelahiran. Kira-kira 50 peratus daripada kes berkenaan disebabkan oleh

faktor genetik atau pendedahan kepada faktor persekitaran yang lain (Morton,

1991). Di Amerika Syarikat, masalah pendengaran kongenital terjadi 3 kali ganda

lebih kerap daripada Sindrom Down, enam kali ganda lebih tinggi daripada

penyakit spina bifida dan lebih 50 kali lebih tinggi daripada masalah

phenylketonuria (Richard et al., 2005). Laporan “Asia-Pasific Congress on

Deafness” di Beijing, China pada 1988 menunjukkan terdapat 24 juta daripada

1.2 bilion penduduk negara itu mengalami masalah pendengaran (Prasansuk,

2000). Disamping itu, daripada 1.5 juta kanak-kanak sekolah pendidikan khas di

China, kira-kira 50 peratus adalah dilahirkan pekak secara kongenital. Di

Malaysia, tiada data rasmi yang diterbitkan mengenai insiden sebenar masalah

pendengaran di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan jumlah penduduk Malaysia

seramai 23.8 juta orang pada tahun 2002, anggaran menunjukkan 840 bayi

yang bermasalah pendengaran akan dilahirkan pada setiap tahun (ESCAP,

2002)

Page 72: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Gambar 3 : Kanak-kanak Masalah pendengaran

DefinisiPendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima

bahan-bahan ilmu. Walaupun manusia masih boleh belajar melalui deria lihat,

bau, sentuhan, cita rasa dan sebagainya namun deria pendegaran

memudahkan dan meyempurnakan proses pembelajaran.

Masalah pendegaran bermaksud Ia adalah masalah- masalah yang

menjejaskan komunikasi - masalah bercakap atau memahami apa yang

diperkatakan oleh orang lain.

Rajah 1 : Bahagian dalam telinga

Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pendengaran sebagai

golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang

ramai kerana rosak pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh

(1999), cacat pendengaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

Page 73: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4- Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)

Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang

telinga atau tidak ada lubang telinga.

5- Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness)

Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran

pada bahagian organ dalam telinga.

American National Standards Institute mentakrifkan masalah

pendengaran sebagai perbezaan keupayaan individu untuk mengesan suatu

bunyi berbanding dengan piawai yang ditetapkan. Nilai audiometrik desibel sifar

(0 dB) adalah nilai tahap pendengaran yang merujuk kepada pengesanan purata

bunyi dalam nilai isyarat suatu frekuensi, seperti 500 Hz, 1000 Hz, 2000 Hz dan

sebagainya. Amnya, seseorang individu dikatakan mempunyai pendengaran

yang normal jika keupayaannya untuk mengesan bunyi adalah diantara 0 dan 15

ke 20 dB tahap masalah pendengaran (dB HL) (Grundfast et al., 2000).

Klasifikasi Masalah Pendengaran

a. Hilang pendengaran jenis konduktif

Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien

kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi

menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif

selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

b. Hilang Pendengaran jenis sensori neural

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf

pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan

herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini

selalunya kekal. Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu

pendengaran.

Page 74: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

c. Hilang pendengaran jenis campuran

Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.

Ciri-ciri masalah pendengaran

JENIS MASALAH PENDENGARAN

• Masalah Pendengaran Konduktif.

• Masalah Pendengaran Sensorineural.

• Masalah Pendengaran Campuran.

MASALAH PENDENGARAN KONDUKTIF

• Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau

jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah.

• Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengarankonduktif

ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiadacuping telinga

(mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitankuman pada salur telinga

atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah

MASALAH PENDENGARAN SENSORI NUERAL

• Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat

masalah ataujangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan

saraf pendengaran berada.

• Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau

kecacatanfizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan

pendengaran secaramenyeluruh.

• Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran

konduktif yangboleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.

Page 75: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

MASALAH PENDENGARAN CAMPURAN

• Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-

duamasalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif

dansensorineural hadir bersama.

• Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural

jugamempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai

masalahpendengaran campuran.

• Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telingadalam

disebut sebagai masalah pendengaran campuran.

5.4. Masalah Tingkahlaku/Emosi

PengenalanDalam perkembangan mental kanak kanak, selain daripada

perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan

tingkahlaku emosi juga penting. Tingkahlaku emosi dan perasaan kanak kanak

boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu:

1. Faktor luaran iaitu kanak kanak sering menunjukkan reaksi emosi melalui riak

muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata kata

dan sebagainya.

2. Faktor dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku

emosi yang berubah ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian

penjaga atau rakan rakan sebaya.

Emosi adalah penggerak pada tingkahlaku kanak kanak dan merupakan

cara yang termudah untuk kanak kanak melahirkan apa yang mereka fikirkan

dan apa yang mereka rasa. Segala situasi yang berlaku dikeliling dan juga

perubahan biologi yang mereka lalui akan bertindak untuk mewujudkan

tingkahlaku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan

sebagainya.

Page 76: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada

keadaan di mana ciri- ciri seperti bertingkahlaku ganas mahu pun pasif akan

berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini akan

menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Gambar 4 : Kanak-kanak masalah tingkahlaku dan emosi

Definisi

Menurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk

kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan

mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Sandra (2008)

menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu

Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif

dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang tumuan

dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalah ADD atau ADHD adalah bersifat

fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan

diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku

yang terlampau aktif dan impulsif.

Page 77: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku

akanmengganggu proses pembelajarannya. Impaknya ialah mereka akan

mundur didalam pelajaran.

Tingkah laku bolehlah didefinisikan sebagai apa yang dilakukan

ataudiperkatakan oleh seseorang individu. Selain itu, tingkah laku juga

merupakansemua tindakan manusia yangg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan

sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara

sedar atau separa sedar. Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku

merupakan sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau

tidak, secara sedar atausepara sedar.

Manakala, masalah emosi pula bermaksud masalah yang berkaitandengan perasaan

atau jiwa seperti sedih, marah, dan lain -lain. Setelah meneliti definisi bagi tingkah laku dan

masalah emosi, berikutmerupakan ciri kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku.

Ciri-ciri masalah tingkahlaku dan emosi

Ciri bagi kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku ini dapat dilihat

melalui tiga aspek iaitu aspek psikomotor, kognitif, dan afektif.

1. Aspek Psikomotor

Aspek pertama ialah aspek psikomotor. Ciri bagi kanak-kanak bermasalahemosi dan tingkah

laku bagi aspek ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui 3 jenismasalah tingkah laku bagi

kanak-kanak yang disenaraikan dalam masalah psikologi iaitu:-

1. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder )

2. Oppositional Defiant Disorder (Kecelaruan menentang dan beringkar)

3. Conduct Disorder (Kecelaruan Tingkah laku)

Page 78: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Hiperaktif ialah istilah yang digunakan bagi kanak -kanak yang

mempunyaitingkah- laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu

(disruptive).Kebiasaannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah hiperaktif ini

mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau mempunyai tumpuan yang

singkat.

Hiperaktif lazimnya dapat dilihat dengan ketara dalam kalangan kanak-kanak lelaki

berbanding kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya terlalu

aktif sehinggakan mengganggu tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh kanak – kanak yang

lain.

Maka, ciri dari aspek psikomotor yang dapat dilihat pada kanak-kanak hiperaktif ialah

mereka kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.

Mereka juga selalu meninggalkan tempat duduk ketikaberada di dalam kelas. Selain itu,

mereka juga selalu berlari ke sana ke mari atausuka memanjat.

Seterusnya, ciri bagi kanak-kanak yang mengalami ADHD pula ialah merekakerap

bercakap dan sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah³digerakkan oleh motor .

Selain itu, mereka juga menghadapi masalah dalamtumpuan iaitu mempunyai tumpuan mata

(eye contact ) yang lemah. Misalnya,mereka tidak ada hubungan mata dengan ibu

bapa, guru dan rakan sebaya apabila meminta sesuatu.

Manakala, kanak-kanak yang menghadapi masalah Oppositional Defiant Disorder

(ODD) Kecelaruan ini melibatkan tingkahlaku negative, melibatkan pencabulan peraturandan

tidak mengendahkan hak orang lain secara berterusan dan berulangkali.Kanak -kanak yang

berkecelaruan tingkahlaku menunjukkan defisit dalam tingkahlaku sosial. Secara umumnya

mereka menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:-

• Sikap menentang secara terbuka atau berselindung

• Keingkaran

• Agresif secara lisan atau fizikal

• Suka berkelahi

• Pendendam

Page 79: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

• Suka merosak harta benda,vandalism

• Berbohong dan Mencuri

• Mudah panas baran

• Bercenderung bebas dan berbagai-bagai sifat negatif.

2. Aspek Kognitif

Aspek yang kedua ialah dari aspek kognitif. Ciri kanak-kanak bermasalah emosidan

tingkah laku dari aspek kognitif dapat dilihat melalui kanak -kanak dengan ADHD. Mengikut

Marilyn Friend (2005), terdapat empat ciri yang menunjukkankanak-kanak itu bermasalah

emosi dan tingkah laku dari aspek kognitif iaitu ingatan kerja, pertuturan arah kendiri, kawalan

emosi dan motivasi, dan membentuk semula.

Ciri pertama ialah ingatan kerja. Bagi ciri ini, kanak-kanak boleh mengingait tugasan

dan beberapa banyak masa yang mereka ada untuk menyiapkan tugasan.Namun begitu,

mereka ini tidak dapat mengingati arahan daripada guru.

Ciri kedua bagi kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku dariaspek

kognitif ialah pertuturan arah kendiri. Pertuturan arah kendiri ini digunakanoleh pelajar untuk

membuat refleksi tetntang perkembangan tugasan,menyelesaikan masalah, dan mengikut

arahan. Namaun begitu, mereka ini lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Ciri ketiga pula ialah kawalan emosi dan motivasi. Kanak-kanak inisebenarnya

mempunyai keupayaan untuk mengasingkan kekecewaan dan masalahemosi bagi

menyiapkan tugasan. Namun begitu, terdapat segelintir daripada kanak-kanak ADHD ini

masih tidak dapat mengatasi masalah emosi dan tugasan lalu keluar dari kelas.

Ciri yang terakhir ialah membentuk semula. Aktiviti mental yang

melibatkan keupayaan perkara yang diperhatikan dan menyatukan bahagian

-bahagian untukmelaksanakan tindakan baru. Contohnya ialah mereka ini

bermasalah dalam menyelesaikan tugasan yang kompleks.

Page 80: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Seterusnya , ciri kognitif bagi kanak-kanak autisme pula ialah mempunyai

tumpuan yang singkat atau terhad, namun begitu mereka boleh menumpukan

perhatian terhadap sesuatu perkara yang mereka minati atau sukai. Kanak-

kanak autisme juga berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka

tidakberupaya memilih maklumat yang penting. Maka, maklumat awal yang

mereka adaakan dikekalkan dalam bentuk yang asal.

Di samping itu, kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada

perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali

untuk melihat kepentingan yangada.Mengikut sumber yang lain pula, kanak-kanak yang

bermasalah emosi dan tingkah laku kebiasaannya akan menunjukkan ciri seperti terdapat

kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang

diperlukan dalam perkembangannya di sekolah. Contohnya, mereka mempunyai rendah

daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dan perkonsepan dan kebolehan

berbentuk kreatif.

3. Aspek Afektif

Terdapat beberapa ciri yang dimanifestasikan oleh kanak-kanak yang

bermasalah emosi dan tingkah laku melalui tingkah laku mereka dari aspek yang

ketiga iaitu aspek afektif.

Terlebih dahulu, marilah kita lihat apakah yangdimaksudkan dengan afektif.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Baru, afektif didefinisikan sebagai keadaan yang berkaitan

dengan perasaan dan emosi. Berdasarkan istilah yang dikemukan dapatlah kita membezakan

kanak-kanaknormal dengan kanak-kanak yang bermasalah emosi serta tingkah laku melalui

reaksi dan perlakuan yang ditonjolkan oleh mereka seperti menunjukkan rasa malu yang

melampau apabila berhadapan dengan orang lain di sekitar mereka terutamanya apabila

dikelilingi oleh orang-orang yang tidak dikenali. Jika keadaan ini berlaku, mereka lebih suka

menyendiri dan melakukan kerja sendiri tanpa menghiraukan orang di sekitar mereka.

Page 81: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Di samping itu juga, mereka mempunyai nilai keyakinan yang rendah terhadap

keupayaan diri mereka sendiri serta berasa rendah diri untuk melakukan sesuatu. Oleh sebab

itu, mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana kurang yakin pada kebolehan yang

ada pada mereka lantas lebih suka mendiamkan diri dan hanya akan memberi perhatian

terhadap sesuatu yang menarik perhatian mereka. Mereka juga sering mempamerkan emosi

yang negatif seperti moody dan juga tertekan.

Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh mereka ini sudah tentunya akan membawa kesan yang

lain iaitu mewujudkan kesukaran untuk berinteraksi dengan guru –guru didalam kelas serta

rakan-rakan kerana pasif di kala menjalani aktiviti berpasangan atau berkumpulan.

Sebenarnya, emosi mereka lebih banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan juga layanan

yang diterima oleh orang sekeliling mereka terutamanya daripada orang terdekat mereka

seperti ibubapa mereka.

5.5. Attention Deficit Disorder Hyperactive (ADHD)

PengenalanKanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan

ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba

bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa

pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang

hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak

-kanak lain.

Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar

bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD -

Attention deficit disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih

bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih

kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Page 82: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Gambar 5 : Kanak-kanak ADHD

DefinisiPersatuan Psikologi Amerika (APA) – mendefiniskan Attention Dificit

Disorder Hyperactive (ADHD) sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-

petandanya dapat dikesan sebelum umur 7 tahun. Attention Deficit Hyperactive

Disorder (ADHD) merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulasi dan/

atau hiperaktiviti- Impulasif yang lebih kerap atau teruk berbanding kebiasaan

yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya.

Terdapat 3 kategori ADHD berdasarkan definisi oleh Persatuan Psikologi

Amerika (Marilyn Friend, 2005),iaitu:-

ADD - kurang tumpuan

ADHD – hiperaktif impulsif

ADHD - gabungan

ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi

"hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah

lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan

rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar

gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat

penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk

perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu

daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun,

gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses

pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak.

Page 83: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD

sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan

pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu;

• ADHD Kurang Tumpuan

Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak

teratur

• ADHD Hiperaktif-impulsif

i. Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi

ii. Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir

• ADHD Gabungan

Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan

impulsive

Ciri-ciri Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan

tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti berikut:

• Mudah terganggu oleh rangsangan luaran .

• Sukar mendengar dan mematuhi arahan.

• Sukar memberi tumpuan dan perhatian.

• Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan.

• Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.

• Tidak terurus.

Page 84: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

• Kemahiran belajar yang lemah.

• Sukar untuk berdikari.

Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif

(ADHD) menurut Sandra (2008) adalah seperti berikut:

i. Tahap aktiviti tinggi

ii. Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri.

iii. Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan.

iv.Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang.

v. Tidak matang dari segi sosial.

vi.Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa.

Kanak-kanak adalah adalah normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke

tahap tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun,

kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD apabila kanak-kanak itu menunjukkan

pelbagai tingkah laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan

perkembangannya berbanding kanak-kanak lain pada usia yag sama (Sandra

2008).

Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada

kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang

lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya

mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan

akibat kecuaian, gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar

Page 85: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan

melakukan tugasan.

Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri

di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan

persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri

mengikut tuntutan sosial (Jamila 2005).

Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan ciri-ciri tingkah laku yang

terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa

persekitaran seperti:

• di rumah,

• di sekolah dan sebagainya

1. Hiperaktiviti

• Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat

duduk.

• Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas

• Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan

masa kelihatan kekok

• Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah

secara senyap

• Banyak bercakap

• Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh

motor.

2. Tempoh tumpuan yang singkat

• Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci

atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau

aktiviti-aktiviti lain

Page 86: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

• Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja

harian atau tugas

• Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti

• Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu

tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau

kerja rumah)

• Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan

sekolah, mainan dan sebagainya)

• Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain

• Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.

3. Tingkah laku impulsif

• Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan

• Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran

• Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain

• Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami

kemalangan

Ciri-ciri kanak-kanak "hyper-active" juga ialah kurang penumpuan iaitu:

• tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada

sesuatu perkara yang penting.

• Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak

memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih

suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain.

• Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya

atau perwatakan orang yang lebih besar, biasanya ianya berlaku pada

peringkat usia 2 tahun keatas.

Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana

pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah

mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan

kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala

Page 87: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil

langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan,

mengusik rakan dan perangai yang pelik di lakukan.

Latihan

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.

Anda dikehendaki membuat esei dan hantarkan kepada pensyarah

1. Berikan definisi kanak-kanak masalah kesihatan

2. Huraikan ciri-ciri kanak-kanak masalah kesihatan

Page 88: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

6. Keperluan dalam pendidikan

6.1. Masalah Penglihatan

Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‘Manual On The

Management of Children With Visual Impairement’ yang antara lain memberi

cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti

rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan

penggunaan deria di atas iaitu:

SentuhPandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri

kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk

dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti

seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur

ataupun di taman.

PendengaranBercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan

benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang

berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang

dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.

Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan

kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali.

Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan

kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak.

Misalnya jika ada orang yang bertanya , “ Adakah anak anda mahu

aiskrim?”, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada

kanak-kanak.

Page 89: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

BauPastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda,

misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang

digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi,

bedak dan lain-lain.

RasaGalakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini

menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih

dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila

kanak-kanak tumbuh gigi.

Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa

dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu.

Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan

yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan

cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan

bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan

mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya.

Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan

peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya

adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gamba

rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan

kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik

penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier,

spectacle magnifier, dan teleskop.

Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi

visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan

bantuan alat khas ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka

menggunakan baki penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin

Page 90: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak

kategori ini.

Kajian Rokiah Omar dan Zainora Mohammed (2004) di sekolah khas

menunjukkan kebanyakkan murid low vision mempunyai akuiti visual dekat yang

lebih baik berbanding akuiti visual jauh. Walau bagaimanapun, kajian mereka

turut mendedahkan ramai murid yang tidak menggunakan peralatan khusus dan

ini menyokong kajian Leat dan Karadsheh (1991) serta Kalloniatis dan Johnston

(1990) yang memang mendapati ramai kanak-kanak low vision tidak dilengkapi

dengan peralatan khusus yang sesuai dengan kecacatan mereka. Alasan yang

diberikan oleh murid low vision di sekolah khas yang dikaji oleh Rokiah dan

Zainora adalah seperti berikut:

1. Tidak mampu membeli peralatan itu,

2. Peralatan yang ada hilang,

3. Tidak tahu menggunakan peralatan itu,

4. Tidak suka menggunakan peralatan itu.

Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah

penglihatan yang masih mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan

penglihatan mereka. Namun begitu, latihan perlu diberi di samping memberi

motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan peralatan itu.

Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas

menyekat perkembangan murid itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi

juga bidang perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Memang diakui

ramai murid low vision yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas

alasan tersendiri. Namun dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang

faedah yang diperoleh, sudah pasti mereka bersedia melangkah ke hadapan.

Page 91: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

LatihanBuatkan kumpulan kecil dan cari bahan dengan melayari

internet serta berbincang dan jawab soalan-soalan di bawah. Anda

dikehendaki membuat esei pendek dan hantarkan kepada

pensyarah melalui emeil.

1. Jelaskan keperluan yang perlu disediakan atau dijalankan

dalam pendidikan yang bersesuaian dengan kategori kanak-

kanak keperluan berikut:

a. Masalah Pendengaran

b. Masalah tingkahlaku/Emosi

c. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

7.0. PenutupTidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas

kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri

dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru,

terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan

khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi.

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua

mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.

Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka

mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial,

ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd.

Sharani 2004).

Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin

terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar

perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak.

Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan

Page 92: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang

tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu,

masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan

bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.

Aktiviti

Bentuk kumpulan kecil (5/6 orang) dan bincangkan soalan-soalan di

bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di

dalam kelas.

Jelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluas

khas di bawah:

I. Kerencatan Akal

II. Masalah pendengaran

III. Masalah penglihatan

IV. Masalah Tingkahlaku/Emosi

V. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

Page 93: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 5 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

SINOPSIS

Tajuk ini adalah sambungan dari modul 3, anda akan didedahkan lagi dengan

enam kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu masalah fizikal, palsi

serebral. Masalah pembelajaran spesifik, autisme, pintar cerdas.dan kecederaan

otak trumatik.

HASIL PEMBELAJARAN

a. Mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas yang terdapat dalam

pendidikan khas.

b. Menjelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas.

c. Menjelaskan keperluan yang bersesuaian dalam pendidikan untuk kategori

kanak-kanak keperluan khas.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kategori Kanak-kanak Berkeperluan

Khas

Masalah Fizikal

Palsi Serebral

Masalah Pembelajaran Spesifik

Autisme

Kecederaan Otak Traumatik

Pintar Cerdas

Keperluan dalam

pendidikan

Page 94: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.0. Pendahuluan

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai

kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri-

ciri mental, keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal.

Dan juga dalam tingkahlaku sosial atau emosi serta keupayaan komunikasi atau

pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang

diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh

berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa

kerana keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal,

otak dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru

pertumbuhan dan perkembangan diri mereka- fizikal, otak emosi dan sosial-tidak

menyamai kanak-kanak biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam

semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa. Di samping itu

tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jenis kecacatan

atau masalah yang dialami. Contohnya tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak

sama dengan kanak-kanak Down Sindrom. Kanak-kanak autisme berada dalam

dunianya sendiri dan tidak pedulikan orang, sementara kanak-kanak Down

Sindrom sukakan orang.

Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak

berkeperluan khas boleh dikategorikan seperti berikut:

a. masalah pendengaran

b. masalah penglihatan

c. masalah pembelajaran

d. masalah tingkahlaku

e. masalah pertuturan

f. spastik (cerebral palsy)

g. terencat akal

h. cacat anggota

Page 95: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.7 Masalah Fizikal

Pengenalan

Kanak-kanak keperluan khas secara umumnya dapat dikategorikan

kepada dua kumpulan utama iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang

upaya secara sementara. Antara mereka yang dikategorikan sebagai kurang

upaya secara kekal ialah golongan cacat anggota, cacat pendengaran, cacat

penglihatan dan warga tua. Manakala individu yang cedera, sakit dan

mengandung dikategorikan sebagai kurang upaya secara sementara.

Menurut pengerusi Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nury,

Dato’ Dr. Noor Laily Dato’ Abu Bakar (2006) menyatakan kanak-kanak

keperluan khas atau “Orang Kurang Upaya” ialah orang yang mengalami satu

kecederaan otak dan sistem saraf yang mungkin bermula di dalam kandungan

atau waktu kelahiran serta kadang-kadang selepas demam panas hasil dari

serangan bakteria atau virus yang menyebabkan demam melarat ke dalam otak

ataupun selepas berlaku sesuatu kemalangan.

Gambar 1 : Murid-murid masalah fizikal.

Page 96: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Definisi

Kurang Upaya Fizikal ialah keadaaan di mana bahagian tubuh badan

tidak dapat bergerak atau dikawal serta gagal berfungsi.

Akta Pendidikan Kurang Upaya (IDEA) menyatakan masalah fizikal ialah

masalah ortopedik iaitu masalah sistem tulang rangka manusia.Ia terjadi

disebabkan keganjilan sejak lahir, penyakit,dan masalah lain seperti cerebral

palsy, retakan,kudung atau terbakar

Masalah Fizikal ialah ketidakupayaan anggota badan samada kehilangan

atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan

yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan

anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat

melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi

tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma)

atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi,

imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain.

Page 97: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Ciri-ciri Masalah Fizikal

Masalah Fizikal boleh di bahagikan kepada beberapa jenis dan ia mempunyai

ciri-ciri tertentu.

i. Muscular Dystrophies

Kana-kanak yang mengalami muscular Dystrophies akan mengalami masalah

urat saraf yang lemah sepanjang masa. Kebanyakannya berlaku pada kanak-

kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan.

Gambar 2 : Kanak-kanak bermasalah Muscular Dystrophies

ii. Acquired Brain dan Spina Injuries

Masalah Fizikal jenis acquired brain dan spina injuries berlaku disebabkan

kecederaan yang kekal dalam otak, tulang dan saraf.

Gambar 3 : Kanak-kanak bermasalah Kanak-kanak bermasalah

Page 98: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

iii. Spina Bifida

Spina Bifida berlaku disebabkan tulang belakang bayi tidak mengalami

pertumbuhan semasa dalam kandungan. Jika ia berterusan akan menyebabkan

lumpuh sepenuhnya atau separa di kaki serta kesukaran mengawal usus dan

pundi kencing.

Gambar 4 : Kanak-kanak bermasalah kanak-kanak Spina Bifida

iv. Cerebral Palsy

Cerebral Palsy berlaku disebabkan kerosakan pada bahagian otak yang

mengawal pergerakan semasa awal pertumbuhan, biasanya ia berlaku semasa

dalam kandungan. Jika berlaku semasa kelahiran, adalah kerana kekurangan

oksigen, meningitis dan kecederaan di otak

Kanak-kanak yang mengamali masalah ini akan merasi kesukaran dibahagian

postur badan, pergerakan tubuh, otot-otot yang lemah serta keseimbangan dan

koordinasi tubuh. Ia juga mengalami kesukaran untuk makan dan bercakap.

Gambar 5 : Kanak-kanak bermasalah kanak-kanak Cerebral Palsy

Page 99: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.8. Palsi Serebral (Cerebral Palsy)

PengenalanPerkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak

banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan

peningkatan koordinasi mata dan tangan mereka. Ini berbeza dengan mereka

yang menghadapi masalah Cerebral Palsy kerana pergerakan otot-otot mereka

gagal berfungsi secara normal dan juga akan menyukarkan kanakkanak terbabit

melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya

seperti berjalan, merangkak dan memegang barang. Kebanyakkan masalah

Cerebral Palsy terdiri daripada kategori Spastik.

Gambar 6 : Kanak-kanak Palsi Serebral

Definisi

‘CELEBRAL’ bermaksud OTAK. Manakala ‘PALSY’ membawa erti

KURANG atau TIDAK BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK’. Definisi

palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan

saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau

pada awal usia. Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami

kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang

Page 100: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan

otak dan saraf ini lazimnya berlaku sebelum,semasa dan di peringkat awal bayi

iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak pesat berkembang.

Cerebral Palsy atau dikenali sebagai CP dikatakan satu keadaan dimana

berlakunya kecederaan pada otak seperti mana yang kita ketahui, otak

mengawal segala pergerakan dalam badan kita. Kecederaan ini boleh berlaku

semasa kandungan masih berada dalam rahim, selepas kelahiran ataupun pada

bilabila tahap asalkan berlaku kecederaan dalam otak. Cerebral bermaksud

sebahagian dalam otak manusia manakala Palsy bermaksud kelemahan atau

masalah menggunakan otot-otot (Winnick, 2005).

Ciri-ciri Palsi SerebralTerdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi

selebral athetiod, palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan.

Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi

selebral spastic ialah masalah

ketegangan pada otot-otot tertentu

seperti tangan dan kaki. Ketegangan

otot ini akan menyebabkan pergerakan

otot tersebut menjadi terhad atau tidak

berkodinasi. Contohnya jika

pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu

lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.

Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih

meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan

badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak

berkodinasi.

Page 101: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih

daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadpi

olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri

di dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan

baik,mereka berasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka

dengan persekitaran. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri

adalah sikap ibu bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang

melampau menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk

mempelajari kemahiran asas bagi penjagaan diri sendiri.

5.9. Masalah Pembelajaran Spesifik Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia menggangarkan berdasarkan

perangkaan 2001 bahawa seramai 290,000 murid sekolah dari 4.9 juta murid

berkemungkinan memiliki cirri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik (SPLD);

Disleksia. (KPM 2000). Empat peratus dari populasi dunia adalah signifikan

memiliki simptom-simptom disleksia (Musa 2002). Kanak-kanak berkeperluan

khas termasuk kanak-kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang

sempurna dan berkesan dalam memastikan mereka dapat meneruskan

kehidupan yang bermakna.

Gambar 7 : Kanak-kanak masalah pembelajaran spesifik

Page 102: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Definisi

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan

Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan

atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’

juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887,

merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah

memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)

“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima

Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan

ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968)

Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan

Disleksia, diantaranya ialah;

• Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam

pengiraan ataupun matematik

• Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam

bahasa

• Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-

ordinasi moto-mata-tangan

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran spesifik iaitu kesukaran

mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik

pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya

masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk

mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini

dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah

serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam

keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan

dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam

diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Page 103: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik

Drake (1989) menyatakan bahawa masalah pembelajaran spesifik atau disleksia

dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa,

ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu

bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru

tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit

menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan

pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami

disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik

berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan

ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi

mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira.

Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan

dan akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan

Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Disleksia ialah

kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh

seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi

(Mercer 1997 & Smith 1999).

Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia

dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa

kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan,

tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran

mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas

tetapi merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.

Page 104: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Ciri-ciri mengikut tanda bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran spesifik

(disleksia)

I. pra-sekolah

• Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

• Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

• Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

• Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

• Tidak merangkak semasa bayi

• Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

• Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya

banyak soalan

ii. Kanak-kanak Sekolah Rendah

6 hingga 9 tahun

• Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka

menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor

• Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

• Keliru dengan kiri dan kanan

• Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun

• Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman

• Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan

• Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks

• Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

• Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah

• Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

iii. Sekolah Menengah

• Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang

tidak konsisten

• Kesukaran menulis karangan

• Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral

Page 105: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

• Kesukaran mempelajari bahasa lain

• Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

• Jenis orang yang suka senyap

• Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten

• Kurang kemahiran bersosial

5.10. Autisme

PengenalanGuru dan ibubapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ murid atau anak

sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu

rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup

dalam dunianya sendiri.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh,

degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran

dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah

terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki

kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal. Dunia

kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang

bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’,

sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau

melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.Autisme adalah gangguan

perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi,

kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad

dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami

masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara

kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000

pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan

keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70 peratus

kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini

sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi,

Page 106: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan dialami kanak-kanak ini

menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha

menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran

kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein,

Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami

Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme. Individu autisme menunjukkan

perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk

“Pencegahan Autis Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung

mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku

dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu

perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai

perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa

reaksi.

Gambar 8 : Kanak-kanak Autisme

DefinisiAutisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal

daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam

situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri.

Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan

istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap

penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi

Page 107: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan

orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian,

(Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya

yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada

166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme.

Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition

in which a person is unable to communicate or form relationships with other.

Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan

bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of

language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of

relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat

disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap

perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan

sentuhan.

Kanner (dalam Safaria, 2005) mendefinisikan Autisme sebagai

ketidakmampuan untukberinteraksi dengan orang lain. Cohen dan Bolton (1999)

mendefinisikan Autisme sebagai keadaan yang mempengaruhi anakmembuat

mereka tidak dapat membentuk hubungan sosial atau mengembangkan

komunikasisecara normal.

Autistik atau autisme merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku

terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Autisma merupakan masalah komunikasi

yang tersekat laku.Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan

menunjukkan tingkah laku yang tidaksesuai dengan peringkat umur mereka

malah melakukan pekara diluar jangkaan kita.Contohnya kanak-kanak sebelas

tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk sepertikanak-kanak tiga tahun

ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainandan menguis

permainan tersebut sehingga hancur atau rosak.

Page 108: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Peringkat autisme

a). Autisme ringan

Pada tahap ini, anak autisme masih menunjukkan adanya kontak mata

walaupun tidakberlangsung lama. Anak autisme ini dapat memberikan sedikit

respon ketika dipanggilnamanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi muka, dan

dalam berkomunikasi pun masih bisadilakukan secara dua arah meskipun

terjadinya hanya sesekali. Tindakan-tindakan yangdilakukan, seperti

memukulkan kepalanya sendiri, mengigit kuku, gerakan tangan yangsterotipik

dan sebagainya, masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah.

b). Autisme sedang

Pada tahap ini, anak autisme masih menunjukkan sedikit kontak mata,

namun ia tidakmemberikan respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif

atau hiperaktif, menyakiti dirisendiri, acuh, dan gangguan motorik

yang stereotipik cenderung agak sulit untuk dikendalikantetapi masih bisa

dikendalikan.

c). Autisme berat

Pada tahap ini, anak autisme menunjukkan tindakan-tindakan yang

sangat tidak terkendali.Biasanya anak autisme memukul-mukulkan kepalanya ke

tembok secara berulang-ulang danterus-menerus tanpa henti. Ketika orang tua

berusaha mencegah, namun anak tidakmemberikan respon dan tetap

melakukannya, bahkan dalam kondisi berada dipelukan orangtuanya, anak

autisme tetap memukul-mukulkan kepalanya. Ia baru berhenti setelah

merasakelelahan kemudian langsung tertidur.

Page 109: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Ciri-ciri autisme

Ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah:

a) Tidak mampu bersosial

Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan

mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan

sangat berbeza daripada normal seperti:

1. Tidak menghiraukan orang lain.

2 Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran

orang lain.

3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka

apabila bercakap.

4. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).

5. Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.

6. Lebih suka bermain sendiri.

7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan

imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

1. Lambat bercakap.

2. Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.

3. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

4. Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap

macam robot.

5. Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak

(hanya mereka yang bercakap).

6. Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham

maksudnya.

7. Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan

bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang

dewasa.

Page 110: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima

perubahan.

Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.

Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik

atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.

Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka

menunjukkan perlakuan di luar kawalan.

Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-

ulang.

Tidak boleh duduk diam.

Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa

d. Masalah tingkah laku

1. Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui

tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak

ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti

mencederakan diri.

2. Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh

membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit

dalam masalah yang dicetuskan orang lain.

3. Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah

dikesan.

4. Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka

mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli

kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan

kanak-kanak autisme sukar didekati.

Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan

kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan,

ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.“Kanak-

Page 111: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa

tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan,

pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme

secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. “Bagaimanapun

melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan

berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru

menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras

kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia

(Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak

autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti

Malaya.Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen

Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun,

biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia

tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan

dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan

baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama

kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.

Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini

hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.

Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun

yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan

memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-

kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

Page 112: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.11. Pintar Cerdas

Pengenalan

Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam

sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun

1962. Dalam sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperoleh

pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk

memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5

tahun sahaja. Pelaksanaan sistem ini telah dihentikan pada awal tahun 1970-an.

Namun demikian, pada awal tahun 1980-an, satu Simposium Kebangsaan

Mengenai Kanak-Kanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada simposium

tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan

MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983, bertujuan untuk mengenal

pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya pula telah

mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar pintar

cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan

pada tahun 1987.

Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap

program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar

Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah ditubuhkan pada tahun 1990, di Fakulti

Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil daripada seminar tersebut, didapati bahawa

perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi

memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat.

Ekoran itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti

pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian

Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan kepada pelajar-pelajar Tahun Tiga

sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperoleh tahap maksimum dibenarkan

meneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan

Page 113: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh

lima tahun sahaja.

Gambar 9 : Kanak-kanak Pentar Cerdas

Definisi

Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat tentang konsep pelajar pintar

cerdas ini. Konsep pintar cerdas ini penting difahami kerana hal ini dapat

membantu dan mempengaruhi khidmat (services) akan diberi untuk memenuhi

keperluan khas pelajar ini. Ada pihak yang mendefinisikannya sebagai golongan

pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berbakat dan kreatif.

Beberapa istilah telah digunakan berkaitan dengan ‘giftedness’ dan kreativiti.

Istilah seperti kecerdasan (intellegence) yang tinggi, IQ yang tinggi (1.5 – 2

sisihan piawai atas min), pintar cerdas (gifted) (skor IQ lebih daripada 130)

kreatif, berfikiran konvergen, berfikiran divergen sering digunakan untuk

memerihalkan ‘giftedness’.

Alfread Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas

yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test ” telah memberikan definisi

pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan memahami, membuat

pertimbangan dan penaakulan dengan baik

Page 114: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai

seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.

Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas

yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada

tahun 1972. Definisi Marland, (1972), dalam S. Deborah, (1998:hal.277) iaitu:

“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified

persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance.

These are children who require differentiated educational programs and services

beyond those normally provided by the regular school program in order to realize

their contribution to self and society. Children capable of high performance

include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of

the following areas singly or in combination:

1. General intellectual aptitude

2. Specific academic aptitude

3. Creative or productive thinking

4. Leadership ability

5. Visual and performing arts

Purcell (1978), mendefinisikan ‘gifted’ ini sebagai kanak-kanak atau belia (youth)

yang telah dikenal pasti pada peringkat prasekolah, sekolah rendah atau

menengah sebagai berkebolehan yang tinggi dari beberapa aspek intelektual,

kreativiti, akademik, kepimpinan, seni lakonan atau lukisan yang memerlukan

khidmat atau aktiviti yang tidak terdapat di sekolah.

Menurut Jamila (2005), Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak

yang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering

dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam

kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai

pengajaran guru. Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas

sebagai kanak-kanak yang menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman:

Page 115: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

• Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan,

pemikiran logik dan ingatan baik.

• Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains, matematik,

kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan

drama.

Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi

kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa

prasekolah, sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi

yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang

sebaya dengan mereka. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi

intelek, seni dan mempunyai kepimpinan yang luar biasa

Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar

biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa.

Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu

tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. Mereka

memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan

cekap mengingati semula maklumat. Kanak-kanak ini boleh merancang,

memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda

berbanding kanak-kanak lain.

Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain,

mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu

sensitif.

Gardner (1983) memberi nafas yang baru kepada konsep-konsep

kecerdasan (intelligence) yang selama ini berfokus kepada kebolehan logik dan

matematik. Konsep ‘multiple intelligence’ yang diperkenalkan olehnya membuka

ruang kepada pengiktirafan pelbagai kebolehan dan bakat sebagai penting dan

perlu diasah. Gardner menyarankan tujuh jenis kecerdasan yang membolehkan

pelajar mengukuhkan kebolehan khusus mereka dan memupuk beberapa bakat

Page 116: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

yang ada pada mereka. Para pelajar diberi peluang memperluas minat,

kebolehan dan kemahiran mengikut kekuatan mereka masing-masing dalam

matematik, bahasa, seni, inter dan intra personel, bersukan dan spatial sebagai

sama pentingnya dan perlu diiktiraf, dipupuk dan diperkembangkan di kalangan

kanak-kanak.

Sternberg (1997) dalam D.P Hallahan dan J.M. Kauffman (2000)

memperkenalkan teori kecerdasan yang menyatakan tiga jenis pintar cerdas iaitu

analitis, sintetik, dan praktikal. Pintar cerdas analitis ialah melibatkan kebolehan

pelajar pintar cerdas menangani sesuatu masalah – memahami setiap tahap dan

bahagian masalah serta bagaimana masalah itu berhubung kait. Kebolehan ini

boleh diukur melalui ujian kecerdasan yang konvensional. Pintar cerdas sintetik

melibatkan kebolehan pemahaman mendalam (insight), intuisi, kreativiti atau

kebolehan mengadaptasi dan menangani sesuatu situasi yang berbeza,

kemahiran yang bersangkut paut dengan seni dan sains. Manakala pintar

cerdas praktikal melibatkan kebolehan mengaplikasikan kebolehan analitis dan

sintetik untuk menyelesaikan masalah harian, jenis kemahiran yang dimiliki oleh

mereka yang berjaya dalam kerjaya mereka.

Sternberg dan Zhang (1995) dalam D.P Hallahan dan J.M. Kauffman

(2000) mencadangkan lima kriteria untuk menentukan sama ada seseorang itu

memiliki bakat, iaitu :

I. Kualiti cemerlang (Excellence), bermaksud seseorang individu itu mestilah

memiliki kebolehan lebih daripada rakan-rakan sebayanya atau dengan kata lain

dimensi persembahannya.

ii. Luar biasa (Rarity), bermaksud hanya segelintir daripada sekumpulan

manusia yang memiliki watak atau perwatakan yang berbakat.

Berketerampilan (Demonstrability), bermaksud seseorang itu mestilah boleh

menunjukkan apa-apa keluarbiasaan bakat atau kebolehan mereka melalui

ujian-ujian tertentu yang sah instrumennya.

Page 117: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Iii. Produktiviti (Productivity) bermaksud kanak-kanak pintar cerdas itu

mampu menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing sehingga

menghasilkan kejayaan ataupun melalui produk yang dapat dihasilkan.

iv. Nilai (Value) bermakna bahawa seseorang kanak-kanak pintar cerdas itu

mempersembahkan kebolehan yang boleh dinilai dan dihargai oleh sesebuah

masyarakat mereka.

Ciri-ciri Pintar Cerdas

Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan perkembangan yang lebih cepat

daripada kanak-kanak normal dari kognitif, afektif dan fizikal.

Mula berjalan dan bercakap lebih awal daripada kanak-kanak biasa.

Semasa kecil lagi, telah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa

yang bermakna.

Mungkin lebih tinggi, lebih besar, dan lebih kuat daripada kanak-kanak

biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran perkara tertentu mereka

adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan perkembangan paru-

paru.

Dapat menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan, tidak semestinya

di hadapan pelawat yang datang melawat ke rumah atau penonton, gaya diri

yang luar biasa.

Menunjukkan minat terhadap masa agak awal. Bercakap tentang

semalam, hari ini, esok, hari-hari dalam seminggu, waktu itu dan waktu ini,

kalendar dan jam, pada peringkat umur yang awal Ini menunjukkan kesedaran

terhadap masa dan kaitannya dengan dirinya.

Mempunyai pelbagai minat dan bersikap spontan, disaingi oleh sifat ingin

tahu dari segi intelek yang luas dan kian berkembang.

Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki sekolah dan boleh

dikatakan mempunyai keinginan yang awal untuk membaca. Mempunyai

Page 118: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

kebolehan membaca yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain yang seumur

dengannya.

Mengumpul benda-benda dengan teratur ( tetapi kualiti ini tidak

semestinya ada – mungkin juga ia tidak teliti, tidak sistematik dan tidak teratur).

Pengumpulan jika dibuat mungkin termasuk burung, setem, bahan kimia atau

gambar-gambar (gambar bintang filem misalnya). Biasanya koleksi ini ialah

daripada jenis yang canggih atau saintifik.

Mempunyai hobi yang lebih banyak dan memerlukan ketekunan dan

penumpuan berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya. Mungkin

mempunyai antara tiga hingga enam hobi yang berbeza.Mempunyai minat

terhadap permainan yang agak mendahului kanak-kanak yang sebaya

dengannya. Memilih permainan yang melibatkan peraturan dan sistem, misalnya,

permainan catur. Mungkin mempunyai kecenderungan pada permainan dan

kerja yang dilakukan bersendirian. Kanak-kanak pintar cerdas yang masih kecil

mungkin mempunyai kawan bermain yang direka-rekanya dan perbualannya

dengan rakan yang direka-reka ini amat berharga dan menakjubkan.

Sering menunjukkan pemahaman tentang makna yang kelihatan agak

terlalu awal untuk umurnya. Interpretasinya tentang kejadian semasa,

perkembangan antarabangsa dan politik menunjukkan kebolehan memikir

secara abstrak, kreatif dan kritis.

Menunjukkan kebolehan yang matang dalam melahirkan dirinya dan

perasaannya melalui penulisan kreatif dan pernyataan oral dan melalui lukisan

untuk menyampaikan idea; perbendaharaan kata dan kandungannya mungkin

agak berbeza dan luar biasa.

Memberikan gerak balas kepada komen dengan cara yang menunjukkan

pemikiran yang mendalam. Ia cepat memberikan respon. Mempelajari sesuatu

dengan mudah, memerlukan sedikit penerangan dan kurang pengulangan oleh

guru jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar. Mungkin kurang sabar

daripada orang lain dengan latih tubi yang tidak bermakna atau tugasan yang

diberikan semata-mata untuk mengisi masa, sering merasakan bahawa masa

boleh digunakan dengan lebih berfaedah.

Page 119: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Boleh menyesuaikan dan menggunakan apa yang ia telah pelajari dengan

situasi lain. Pemindahan idea datang dengan agak mudah.Mungkin tidak sabar

dan memberontak sikap pasif orang lain, termasuk orang dewasa di rumah dan

di sekolah. Mungkin agak sukar dalam masyarakat kita yang sering tersuai

dengan kanak-kanak yang sederhana.

Biasanya menunjukkan keupayaan dan kebolehan dengan pencapaian

dan penguasaan mata pelajaran sekolah yang lebih tinggi. Tetapi pencapaian

mungkin lebih rendah daripada yang diharapkan apabila dalam kelas yang

membosankan, lembap, tidak mencabar, tidak bersemangat, tidak menarik, dan

dia tidak boleh terima, dalam keadaan begini dia mungkin mencabar atau

mengancam guru.

Biasanya sukakan sekolah dan menunjukkan keinginan untuk belajar

tanpa desakan atau tekanan. Melibatkan diri dan kelihatan mempunyai lebih

masa untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah dan aktiviti

kokurikulum tanpa menjejaskan pencapaian akademiknya.Sering memilih mata

pelajaran sekolah yang lebih sukar semata-mata kerana ia menyukainya.

Boleh menilai kekuatan dan kekurangan dirinya secara objektif. Mempunyai

kesedaran akan dirinya dan ini mungkin menyebabkan dia tidak disukai oleh

pelajar lain yang tidak sebijaknya. Oleh sebab tidak menyedari punca

perseteruan atau antagonisme ini, dia mungkin rasa perlu mengasingkan diri dan

tidak bergaul dengan pelajar lain yang sebaya dengannya dan bergaul dengan

orang dewasa atau orang yang lebih tua dengannya.Mempunyai

perbendaharaan kata yang lebih luas daripada kanak-kanak lain pada peringkat

umur dan darjah yang sama, menggunakan dan memahami perkataan dalam

bacaan, penulisan dan percakapan.

Menanyakan soalan kerana dia benar-benar ingin tahu dan kemudian

menggunakan maklumat yang diperoleh melalui percakapannya.

Menunjukkan sifat original pada tahap yang tinggi dalam permainan, kerja,

rancangan dan situasi. Ini mungkin juga dapat dilihat daripada cara dia

memotong rumput atau membasuh kereta. Mempunyai jangka masa perhatian

dan penumpuan yang lebih lama daripada yang kita jangkakan.

Page 120: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Boleh berjenaka dan ketawa mendengar jenaka yang orang lain pada

peringkat umurnya tidak dapat memahami, sering kelucuan atau jenaka yang

abstrak dan berasaskan imaginasi yang memerlukan kematangan dan lebih

tinggi daripada peringkat umurnya untuk memahaminya.Suka bergaul dengan

kanak-kanak yang lebih tua daripadanya walaupun mereka mungkin tidak

menggemarinya.

Mungkin menunjukkan kemahiran luar biasa atau kreativiti dalam seni dan

muzik, boleh mengikuti nada dengan baik pada umur yang masih awal lagi,

mempunyai keinginan yang mendesak untuk mempelajari muzik, mempunyai

deria yang luar biasa terhadap irama, atau menunjukkan deria warna yang

terang.

Selalunya dapat mengawal diri, tenang dan tidak mudah terganggu

emosinya, tidak gugup, stabil baik dari segi emosi dan tidak bercakap besar

walaupun dia mempunyai kelebihan berbanding kanak-kanak lain.

Secara ringkasnya ciri-ciri pintar cerdas adalah:

a. Pengamatan tinggi

• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

b. Keinginan untuk tahu tinggi

• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

c. Minat mendalam

• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

d. Menerima infomasi dengan pantas

• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Page 121: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

e. Ingatan yang tinggi

• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

f. Mungkin dapat membaca lebih awal

• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

g. Kerap membaca serta meluas

• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

h. Tatabahasa yang tinggi

• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

i. Tahap penumpuan yang lama

• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

j. Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

k. Suka bertanya dengan lebih teliti

• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

k. Keupayaan imaginasi yang tinggi

• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

l. Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Page 122: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

m. Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku

• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

n. Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan

• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

o. Bersemangat dan bertenaga

• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

p. Pandai berjenaka

• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

q. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Latihan

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda

dikehendaki membuat esei dan hantarkan kepada pensyarah

1.Berikan definisi kanak-kanak Kecederaan Otak Traumatik

2.Huraikan ciri-ciri kanak-kanak Kecederaan Otak Traumatik

Page 123: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

6.0. Keperluan dalam pendidikan

6.1. Pintar cerdas

Kanak-kanak pintas cerdas memerlukan pendekatan dan strategik yang berbeza

untuk mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Pengayaan –

kajian bebas, peluang menghabiskan sukatan pelajaran dgn lebih awal dan ambil

peperiksaan lebih cepat, penggunaan proses pemikiran tinggi, program ceramah,

program mentor, bahan peringkat tinggi, program guru penasihat, sumber tahap

universiti, pendidikan berasaskan komuniti, program pertukaran, dan program

pendidikan antarabangsa.

Program Pendidikan Kanak-Kanak Pintar Cerdas yang boleh dilaksana saperti

Kaedah Pengelompokan – kelas khusus, program bawa keluar,

pengelompokan rumpun, sekolah khas, penjadualan rumpun bagi kursus

tertentu, seminar, kelas khas di luar waktu sekolah, kelas masa cuti, ekspedisi

masa cuti, pusat sumber, program luar

Menggunakan Model-Model Pengayaan yang bersesuaian saperti Model

Renzulli – penerokaan, latihan berkelompok, dan kajian bebas. Berasaskan

minat pelajar. Diguna pakai oleh MRSM dgn nama SEM (schoolwide

Enrichment Model )

Corak Pembelajaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas perlu berbeza dengan

kanak-kanak normal supaya dapat menarik minat mereka untuk belajar.

“The classroom will expend its walls via the information and

communication links to other parts of the community and world made possible by

the Information Highway. Teachers will remain centrally important but will

probably spend more time with small groups of students working together using

a personal computer that is connected to the network. This form of interactive,

engaging learning will mean students can access a wealth information’s, proceed

at their own pace and collaborate with other students.” (Gates, 1996)

Page 124: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

“A large wall-mounted screen, perhaps an inch thick, will replaced today’s black

board and movie projectors in the classroom. It will displays pictures, movies

and other visual materials as well as written notes and outlines. You will be able

to draw or make lists by writing on it. The computer controlling the white board

will recognize your handwriting and will convert it into a more readable typeface.

This information appliance will be centrally located in the classroom and will be

used by students and teachers alike for presentations to the group” (Gates,

1996)

“In the future, teachers will use text, images, sound, video and animation

as part of their curriculum; all available through the ‘Information Highway’. And

as the power and ease of use of software increases, so will the ability of teachers

and students to create presentations with multimedia content that rivals the

production values of today’s high budget films and television” (Gates, 1996)

Masalah yang biasa berlaku di Kelas Biasa menurut Smith (1998)

bahawa dalam banyak hal, keperluan individu mereka tidak dapat dipenuhi dan

minat mereka sering diabaikan. Jika ada kerja berkumpulan, merekalah yang

membuatnya. Mereka juga sering digunakan untuk membantu guru menunjuk

ajar pelajar lain. Walaupun kerjasama mereka diperlukan, keperluan khusus

mereka tidak sepatutnya diabaikan. Sering kali mereka diberi kerja yang sama

dan belajar perkara yang mereka sudah tahu, kadang kala perkara yang mereka

lebih tahu daripada guru mereka. Program / aktiviti khas untuk pelajar ini perlu

difikirkan oleh pihak sekolah jika kita tidak mahu bakat istimewa mereka ini

hilang disebabkan sekolah dan pihak bertanggungjawab tidak mampu memberi

khidmat yang sewajarnya kepada mereka

6.2. Palsi Serebaral (Cerebral Paalsy)

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang

kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu

akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang

Page 125: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh

kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio

Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak

diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk

jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya,

sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan

menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-

tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau

di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai

terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan

keluarga mereka.

LatihanBuatkan kumpulan kecil dan cari bahan dengan melayari internet

serta berbincang dan jawab soalan-soalan di bawah. Anda

dikehendaki membuat esei pendek dan hantarkan kepada

pensyarah melalui emeil.

1. Jelaskan keperluan yang perlu disediakan atau dijalankan

dalam pendidikan yang bersesuaian dengan kategori kanak-

kanak keperluan berikut:

a. Masalah Pembelajaran Spesifikasi.

b. Autisme

c. Masalah Fizikal

7.0. PenutupTidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas

kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri

dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru,

terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan

Page 126: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi.

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua

mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.

Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka

mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial,

ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd.

Sharani 2004).

Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin

terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar

perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak.

Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan

beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang

tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu,

masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan

bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.

Aktiviti

Bentuk kumpulan kecil (5/6 orang) dan bincangkan soalan-soalan di

bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di

dalam kelas.

Jelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak keperluas khas

di bawah:

I. Masalah Fizikal

II. Masalah Pembelajaran Spesifik

III. Autisme

IV. Pintar Cerdas

V. Palsi Serebral

Page 127: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Rujukan

Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas (2009) Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan . Bangi. Fakulti Pendidikan UKM

Yusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006) Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: OUM

Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa . Selangor : PTS

Yell, M.L. (2006). The Law and Special Education 2ed. New Jersey : Pearson Education,Inc.

Friend, M (2006). IDEA 2004 Update Edition: Special Education.New Jersey : Pearson Education , Inc.

Kauffman J.M. Dan Hallahan D.P. (2005) Special Education . New Jersey : Pearson Education , Inc

Lonergan, B.A. (1999). The Development of Trauma Therapist : A Qualitative Studi of the Therapist’s Perspectives and Experiences. Colorado : Counselling Psychology.

Pickett,G.Y. (1998). Therapist in Distress : An Integrative Look at Burnout, Secondary Traumatic Stress and VicariousTraumatization. Dissertation. University of Missouri-St. Louis.

Stamm, B.H. (1999). Secondary Traumatic Stress. Self Care Issues for Clinicians, Researchers & Educators. MD :Sidran Press.

Page 128: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(XXX PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

KAMARUL BAHRIN BIN MOHD. RADZI

PENSYARAHIPG KAMPUS IPOH

[email protected]@ipip.edu.my

M.Ed.(Pendidikan Khas)B.Ed. (Pendidikan Khas)Dip. Perguruan Khas (Pemulihan Khas)Sijil Perguruan Khas (Pemulihan Khas)

Pensyarah IPG Kampus IpohPeg.Khas Pend. Khas PPD Kuala Kangsar (6 thn)Penyelaras Pendidikan Khas (4 thn)Guru Pendidikan Khas (2 thn)Guru Pemulihan Khas (10 thn)

HJH SATARIAH BT KAMIS

PENSYARAHIPG KAMPUS IPOH

[email protected]

M.Ed.(Pendidikan Khas)B.Ed. (Psikologi)Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu,Sejarah)

Pensyarah Pendidikan KhasIPG Kampus IpohGuru Akademik

HJH SAFIAH BT HARUN

PENSYARAHIPG KAMPUS IPOH

[email protected]

M.Ed.(Pendidikan Khas)B.Ed. (Kesusasteraan Melayu)Diploma Pendidikan

Pensyarah Pendidikan KhasIPG Kampus IpohGuru Akademik

Page 129: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 130: PKU3101 Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

PANDUAN PENULISAN MODUL PPG

1. Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan jam interaksi bersemuka.

2. Modul pembelajaran akan digunakan oleh pelajar PPG ketika mereka berada di sekolah sebagai bahan pembelajaran kendiri.

3. Format modul mesti mengikut format yang diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Akademik, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Panel penulis modul perlu memilih topik-topik yang sesuai daripada pro forma kursus untuk dimodulkan.

5. Topik-topik yang dipilih mesti mudah difahami oleh pelajar program melalui pembelajaran kendiri.

6. Agihan topik-topik yang dimodulkan ditunjuk dengan jelas dalam “08 Agihan Tajuk” (cara penulisan rujuk contoh “08 Agihan Tajuk” yang dilampirkan)

7. Modul yang dihasilkan harus menjurus ke arah menggalakkan pelajar PPG melakukan pembelajaran kendiri dengan membuat rujukan-rujukan tambahan pelbagai sumber.

8. Aktiviti-aktiviti yang sesuai yang dapat menggalakkan pembelajaran kendiri disediakan. Dua latihan disediakan pada akhir modul ini sebagai latihan.

9. Bahasa yang digunakan mesti interaktif dan mesra pengguna.

Pusat Pembangunan Akademik Kementerian Pelajaran Malaysia 20-05-2011