modul pendidikan khas

53
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan- bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. PANDUAN PELAJAR5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda. Pengenalan Modul BBD 29003 : Pengenalan Kepada Pendidikan ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada anda yang sedang mengikuti Kursus Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Modul ini memberi garis panduan skop tajuk yang perlu anda pelajari sebelum menghadiri jam interaksi dihujung minggu. Modul ini mengandungi tajuk-tajuk berikut: • Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

Upload: yanazha-hayatiman

Post on 03-Jul-2015

877 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul pendidikan khas

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar

dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa

tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini.

Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber

pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda

perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan

sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui

kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai

peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.Modul ini ditulis dalam susunan

tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran

pembelajaran kendiri anda.

Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda

telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara

latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan

jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau

menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan

pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas

anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon

tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa

peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di

tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar.

Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi

waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-

bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran

anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

PANDUAN PELAJAR5.

Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Pengenalan

Modul BBD 29003 : Pengenalan Kepada Pendidikan ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada

anda yang sedang mengikuti Kursus Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Modul ini memberi garis panduan

skop tajuk yang perlu anda pelajari sebelum menghadiri jam interaksi dihujung minggu. Modul ini

mengandungi tajuk-tajuk berikut:

• Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

Page 2: Modul pendidikan khas

• Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

• Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

Dalam setiap tajuk disertakan dengan soalan-soalan latihan. Pada akhir modul ini akan diberi sekurang-

kurangnya dua tajuk tugasan tutorial. Anda dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut untuk dibawa

dalam perbincangan bersama tutor pada waktu tutorial nanti. Anda digalakkan mendapatkan maklumat

tambahan daaripada pelbagai sumber rujukan.

1. Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

1.1 Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-

murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan

murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu

pembelajaran muridmurid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan

sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan

khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang

di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan

bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas

adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang

upaya.

Pengajran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor

(2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan

perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,

berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang

individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanakkanak yang mengalami

kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi

daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan

pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat

merealisasikan potensi mereka (Heward,2003) Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‗kanak-kanak

berkeperluan khas‘ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya,

kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanakkanak terbantut

pertumbuhan dan perkembangan.

Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-

kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi,

manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya

termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan

atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas

berbeza daripada kanakkanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat

dan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan

emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri)

1.3 Istilah

1.3.1 Handicap

Page 3: Modul pendidikan khas

Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang

menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis

kecatatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang

pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah

dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam

makmal sains.

1.3.2 Disability

Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh

individu normal

1.3.3 Impairment Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan

ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi.Contohnya kekurangan

dari aspek tuna pendengaran atau tuna penglihatan.

1.4 Konsep Pendidikan Khas

Konsep dan Kepentingan Pendidikan Khas Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi

memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara

tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid

dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup memuaskan. Kepentingan

Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental,

kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan

menggunakan kurikulum khas.

1.5 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan perlaksanaan pendidikan khas di Malaysia

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam

mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang

diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1Oktober

tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama

status jabatan-jabatan lain. Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri

seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia

adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu

dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas

untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan

bakti kepada masysrakat dan negara.

Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas

kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

Latihan:

1. Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan khas dengan falsafah pendidikan Negara.

2. Nyatakan peranan Jabatan Pendidikan Khas dalam Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia

TAJUK 2

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia dan

di luar negara.

Page 4: Modul pendidikan khas

HASIL PEMBELAJARAN

• Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia

• Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan khas di luar Negara

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

Sejarah di Malaysia

Sejarah di Luar Negara

2.1 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam bahagian

1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan

khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun

1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya

penglihatan dan pendengaran. Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan

pendidikan Khas.

Jadual 1.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas

1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka

1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang

1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama

oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru

1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)

1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang

1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)

1962 Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar

biasa di sekolah rendah dan menengah

1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu

Khas

1977 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu

1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan,Setapak. Pengenalan

kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu Kelas pemulihan untuk pelajar

yang lembam atau lemah dalam pelajaran

1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Vokasional, Kementerian Pendidikan

1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran

1984 Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille, Kementerian Pendidikan

1987 Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

1988 Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran

1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah

1995 Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

2.2.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam Negara. Bagi meningkatkan

lagi pengetahuan anda, di dalam modul ini juga disediakan sejarah tentang pendidikan khas bermasalah

pembelajaran. Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang disediakan.

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada keputusan

perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah

Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut adalah rentetan perkembangan program masalah

pembelajaran di Malaysia

Page 5: Modul pendidikan khas

Tahun Peristiwa

1988 - Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah

Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20

orang murid dan tiga orang guru terlatih).

- Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam,

Selangor.

1990 - Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan

dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji.

- Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya.

1991 - Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras,

Kuala Lumpur.

1992 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara

secara berperingkat.

1993 - Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini

merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.

1995 - Pendidikan Inklusif bermula.

1996 - Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Printis peringkat sekolah

menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

2006 - Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program

masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah

pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun

2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

2.2. SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law 1975

diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas

untuk menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang

boleh dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang

pendidikan khas. Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam amalan penaksiran. Undang-

undang ini telah menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program

pendidikan individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa Manakala di Britain

Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas di luar negara. Kedua-dua negara

tersebut telah mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari

segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas.

Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanakkanak berkeperluan khas

adalah berasaskan kepada ‗pengasingan‘ iaitu kanakkanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas,

yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini

menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-

kanak biasa yang dikenali sebagai ‗integrasi‘ atau ‗inklusif‘‘diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif

menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan

berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari ini.

Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas.

Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan

khas. Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children‘s Act, 1989) memperkukuhkan perlaksanaan

pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

Page 6: Modul pendidikan khas

Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini ilakukan

oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‗koloboratif‘ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai

pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli

psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi

bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.

Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam

menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

Keduanya, konsep ‗pengasingan‘ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep

integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa

dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak

1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan

apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan

dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di

Britain.

.

1.2 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luar negara. Sejarah perkembangan

masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut tiga kumpulan masalah pembelajaran yang

terbesar iaitu terencat akal, autisme, sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang

berikut;

a). Terencat akal - ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu:

1. A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M)

2. The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M)

3. Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M)

4. Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M)

5. Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M)

6. On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M)

7. A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M

8. Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M)

9. From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang).

b). Autisme - Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan ―Autism‖.

• Istilah Autism merujuk kepada ―development disorder‖ atau masalah perkembangan.

• Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa daripada aspek masalah

sosial, tidak mempunyai pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan

kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan.

c) Sindrom Down

• Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang terukir di tempat pemujaan di

Achen , Jerman.

• Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon Down telah menghuraikan ‗ciri-

ciri khusus‘ sindrom down.

• Pada tahun 1932, De Waardenburg berpendapat down syndrome mungkin disebabkan oleh

ketidaknormalan kromosom.

• Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah menemui bahawa Down

Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan kromosom.

Page 7: Modul pendidikan khas

d) Masalah tingkah laku dan emosi

• Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada tahun 1547 di mana institusi

pertama dibuka untuk orang yang mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London.

• Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis telah mengarahkan supaya orang

ramai lebih berperikemanusiaan kepada golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang

siuman.

• Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai ―Father of American Psychiatrist‖

mencadangkan lebih kepada kaedah kasih sayang untuk kanak-kanak ini.

Latihan:

1. Terangkan peranan Laporan Warnock dalam perkembangan pendidikan khas di Britain.

2. Nyatakan peranan Akta Pendidikan Malaysia 1995 dalam mempengaruhi perkembangan Pendidikan

Khas.

TAJUK 3 (PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS)

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar berkaitan dengan

pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki membincangkan tentang mandat-mandat asas

dan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan

memperolehi beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan

pendek yang disediakan.

HASIL PEMBELAJARAN

2. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang berkaitan dengan

Pendidikan Khas

3. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas

4. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca

5. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-Mandat Lain

Amalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan Malaysia

Rangka Tindakan Dan Pernyataan Salamanca

Perundangan dan dasar-dasar Pendidikan di Malaysia

3.0 Pengenalan

Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh

Kongres Amerika Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-

Kanak Cacat ( Education for All Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak

daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka

diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih

tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat

pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).

Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin

pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang

Page 8: Modul pendidikan khas

menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak biasa

namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa

yang lain. Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga

hak kanak-kanak yang menghadapi masalah ini.

3.1 Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990, apabila Akta Pendidikan

Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA

diperkenalkan. Mandat-mandat tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk

semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment, pentaksiran yang

tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, hak ibu bapa yang membantah

(due process) dan pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).

3.1.1 Pendidikan untuk semua Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak

untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, kanak-kanak

berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak disediakan pendidikan percuma dan

pendidikan bercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan

dikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai

yang diperolehi kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk menyediakan

pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun. Apabila peruntukan PL

99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi

dan kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk semua,

setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai prosedur untuk menyedarkan

masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanakkanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan

daripada peringkat awal lagi.

3.1.2 Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) Persekitaran yang

paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) bermaksud tidak ada pengasingan sekolah

atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau

individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas kanak-kanak

biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-sama dengan kanak-kanak yang sebaya

dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan

inklusif '. Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawa

kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006), falsafah pendidikan uinkulusif

diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-

murid khas mendapat akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang

program inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting

pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan Her

Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat

diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.

3.1.3 Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi

Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian

pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya

undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada

kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.

(Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai

kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team (MDT) yang terdiri daripada pihak

pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihakpihak lain untuk memastikan bahawa kanak-kanak

Page 9: Modul pendidikan khas

tersebut memerlukan penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak

tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk penilaian yang

bersesuaian akan dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L 2006).

Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak

tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-kanak tersebut, lebih daripada satu

penilaian dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam

katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)

3.1.4. Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan

Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanakkanak khas. Mereka

memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap

kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui

setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian dan

perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang

pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.

3.1.5 Hak ibu bapa yang membantah (due process)

Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan

membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai keyidakupayaan seseorang

individu adah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang

ini. Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa mempunyai

hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh membantah jika maklumat tersebut tidak

tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri

perjumpaan yang melibatkan anak mereka. Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa

yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang

terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah

(Friend,M 2006)

3.1.6 Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)

Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu

dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman

dan Hallahan, 2005). Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI

bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari

segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di beberapa buah negara termasuk di

negara kita dan dijadikan sebahagian daripada cara untuk menilai murid-murid berkeperluan khas.

Dalam melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka seharusnya ia

mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat di dalam PL 94-142

(Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut:

a) Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini.

b) Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.

c) Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah

berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan.

d) Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid.

e) Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.

f) Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.

g) Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.

Page 10: Modul pendidikan khas

Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual menentukan pencapaian

dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.RPI yang

diperkenalkan ini dapat dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan

bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga untuk murid-murid

normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj,

1995).

LATIHAN HURAIKAN DENGAN JELAS ENAM MANDAT YANG TERKANDUNG DALAM PL 94-142

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 3 PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan perundangan dan dasar-dasar berkaitan dengan

pendidikan khas di Malaysia. Anda juga dikehendaki membincangkan tentang mandat-mandat asas

dan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia. Seterusnya anda akan

memperolehi beberapa maklumat lain yang berkaitan dalam tajuk ini melalui senarai tugasan pendek

yang disediakan.

HASIL PEMBELAJARAN

a. Menyatakan mandat-mandat Asas PL 94-142 dan mandat-mandat lain yang berkaitan dengan

Pendidikan Khas

b. Menjelaskan amalan konsep PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas

c. Menjelaskan tentang rangka tindakan dan pernyataan Salamanca

d. Menghuraikan perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Perundangan Berkaitan Pendidikan Khas

Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-Mandat Lain

Amalan Konsep PL 94-142 dalam Sistem pendidikan Malaysia

Rangka Tindakan Dan Pernyataan Salamanca

Perundangan dan dasar-dasar Pendidikan di Malaysia(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

3.2 Mandat-Mandat Lain

3.2.1 Perkhidmatan Intervensi awal dan prasekolah

Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan

kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah Bivi, 2002). Dunst (1996) menyifatkan

intervensi awalan sebagai ―to a range of services provided to children, parents and families during

pregnancy, infancy and/or early childhood‖. Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan

kepada ibu bapa untuk mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat

dilakukan dan mengurangkan keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami

oleh individu berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli

sains sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi

program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh

diperolehi oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk

mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih

ketara apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan.

Page 11: Modul pendidikan khas

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak

kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika

Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang

mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?

a. Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanakkanak berkeperluan khas

dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

b. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat.

Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak

berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan

tanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).

c. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanakkanak. Contohnya,

seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara

tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi

dengan kanak-kanak lain.

d. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan

intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi

intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.

e. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang

intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah

dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin

berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan

fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal

yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga,

dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur,

keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan (PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang

dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

3.2.2 Program Transisi

3.2.3 Pengubahsuaian Kemudahan Awam

LATIHAN

Secara kumpulan, bincangkan bagaimana program transisi dan pengubahsuaian kemudahan awam

diberi penekanan dalam Pendidikan Khas. Cadangan rujukan : Yell, M.L. (2006). The Law and Special

Education 2ed. New Jersey : Pearson Education,Inc.

3.4 Amalan konsep-konsep PL94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia.

Di Malaysia, pendidikan khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. Berteraskan

kepada PL 94-142, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang dan

polisi pemerintah Berjaya menggerakkan program pendidikan khas di negara ini. Melalui pendidikan

untuk semua, pendidikan percuma, kelas inklusif, khidmat sokongan daripada pelbagai pihak dan juga

penyediaan Rancangan Pengajaran Individu telah memantapkan lagi amalan PL 94-142 dalam sistem

pendidikan khas di Malaysia.

LATIHAN

Secara berkumpulan , bincangkan amalan-amalan PL 94-142 dalam sistem Pendidikan Khas di

Malaysia(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Page 12: Modul pendidikan khas

3.5 Rangka Tindakan Samalanca

Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan Khas yang bertitik tolak

daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa. Di antara deklarasi

yang menjadi dasar kepada pendidikan khas di Malaysia adalah The Framework for Action on

Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994. Rangka Tindakan Salamanca yang

diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk

kanak-kanak dan orang berkeperluan khas . Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan

tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta

mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana

kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat,kemampuan dan keperluan

pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan

individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian dengan

perbezaan minat individu.

Selain itu, program pendidikan untuk murid berkeperluan khas perlu diimplementasi supaya sesuai

dengan sistem pendidikan negara. Rangka Tindakan Salamanca juga memperakukan bahawa

kanak-kanak khas mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif.

Negaranegara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya memberi keutamaan terhadap polisi

dan peruntukan kewangan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak

berkeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan

masalah ketidakupayaan mereka. Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewujud dan

mengukuhkan mekanisme merancang, memantau dan menilai pendidikan yang disediakan untuk

kanak-kanak khas. Ekoran daripada persidangan ini, kementerian Pelajaran Malaysia telah

mengabil inisiatif memperkenalkan pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan

inklusif telah (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) lama dilaksanakan di Malaysia

melalui rancangan pendidikan integrasi atau percantuman ((Norshidah,etal 2009)

Perundangan dan dasar-dasar pendidikan khas di Malaysia

a. Akta Pendidikan

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah

mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan

kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah

hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan ,

sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan

memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini

diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua

sekolah dan institusi pendidikan.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum

Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. Murid-

murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang

ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran

yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita. Pendidikan Islam akan

diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan

diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di

sekolahsekolah.

Page 13: Modul pendidikan khas

Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara

tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan

prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah. (PKU3101: PENGENALAN

KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan

diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pendidikan. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi,

pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996

memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh

mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian

untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran.

Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan

institusiinstitusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri. Pendidikan guru akan dapat

diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan

progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu

secara berkembar.

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang

spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu,

institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan,

Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan

nilai-nilai murni. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang

cukup bagi pendidikan tersebut. Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan

berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta

Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah

rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination

yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission

dikekalkan. (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Akta Pendidikan 1996 juga turut

memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik

diadakan. Kelaskelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan

1996.

b. Dasar-dasar berkaitan Pendidikan Khas

DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT ( 1948) meliputi hak bagi setiap individu mendapat

pendidikan yang menekankan ‗ keperluan –keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut

perhatian khusus. Langkahlangkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada

pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam system

pendidikan.

• Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB) telah mengisytiharkan HAK

KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan

mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kaank-kanak normal.

• AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 ( tafsiran)- dinyatakan bahawa sekolah khas bermakna

sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya.

• LAPORAN JAWATANKUASA KABINET ( 1978)- mengkaji dasar perlaksanaan pelajaran melalui

PERAKUAN 169 merupakan 1 titik tolak yang membawa kepada 1 penekanan dan tumpuan yang jelas

kepada perkembangan PK di Malaysia.

• Tanggungjawab kementerian tertentu :

Page 14: Modul pendidikan khas

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanakkanak yang bermasalah

penglihatan, pendengaran, pembelajaran ( terencat akal ) yang boleh didik.

Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang

upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan menyaring kanak-

kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko

Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 4 PUNCA MASALAH

SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi tumpuan kepada punca-punca masalah yang menyebabkan kecacatan kepada

murid-murid pendidikan khas

HASIL PEMBELAJARAN

1. Dapat mengetahu punca-punca masalah yang dihadapi oleh murid pembelajaran.

Kerangka Tajuk-tajuk

Punca Masalah

Genetik/Baka

Masalah Metabolisme

Jangkitan Pranatal, pernatal dan pascanatal

Faktor persekitaran/teratogen

Trauma(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.0. Pengenalan

Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Begitu juga

punca masalah kecacatan yang dihadapi oleh kanak berkeperluan. Kesan baka yang akan

mempengaruhi dari segi fizikal, mental, kecerdasan, dan kerdil. Manakala persekiran yang

mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan saperti pemakanan, faktor keluarga, rakan sebaya dan

masyaraakat.

4.1. Genetik/Baka

Kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang berasal dari Austria yang

bernama Gregor Mendel (1857). Eksperimeneksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai

―swee peas‖ telah merintiskan jalan kepada ilmu genetik. Prinsip-prinsip kesan baka ke atas

perkembangan yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang

diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu generasi. Dalam setiap individu gen-gen

ini adalah berpasangan dan di mana dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya satu gen

dominan menindasi yang lemah yang dipanggil gen resesif. Gen adalah penentu utama dalam

perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh kesan baka adalah seperti

berikut:-

4.1.1. Fizikal

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh

bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor

yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa

yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Kajian

Page 15: Modul pendidikan khas

Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang

kembar seuri mempunyai persamaan dalam(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-

anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas

pertumbuhan dan perkembangan individu.

4.1.2. Mental /Kognitif (Kecerdasan)

Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan tinggi atau

rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun

pengaruh persekitaran tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa

nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari

kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-

ciri daripada ibu bapanya tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu

juga dengan aspek intelek, yang mana sebahagiannya diwarisi. Baka menentukan had kecerdasan

seseorang, namun begitu Anastasi (1958) dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada

gunanya kita berbahas yang mana faktor yang lebih penting dalam proses perkembangan. Yang

pentingnya ialah kita mesti membincangkan bagaimana kedua-dua factor persekitaran dan baka dalam

proses perkembangan manusia. Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-

1911), Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya

bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan

melalui pengajaran, Borich dan Tombari, (1997). Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli

psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi revisionist seperti Howard Gardner (1983) dan Sternberg

(1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran

.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.3. Mental /Kognitif (Kecacatan mental)

Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik, misalnya ketololan (idiocy) kedua-dua ibu

bapa terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit phenylkeyonuria

oleh kekurangan enzim yang menyebabkan penghasilan kimia beracun di dalam badan yang akhirnya

merosakkan mental kanak-kanak, Tang Chee Yee (1990:34). Kajian juga mendapati sebahagian

daripada kecacatan mental adalah diwarisi. Contohnya, penyakit Tay-Sachs, dikaitkan dengan gen

resesif yang diterima oleh anak daripada ibu atau bapa. Tay-Sachs adalah berkaitan dengan masalah

kecelaruan enzim, menyebabkan otak tidak berupaya memecahkan lemak tertentu. Bila keadaan

berterusan, menghalang pemindahan maklumat oleh saraf dan menyebabkan kerosakan sel otak Individu

yang mengidap penyakit Tay–Sachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun.

4.1.4. Mental /Kognitif(Down Syndrome dan Sindrom anak menggoloid)

Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang tidak sempurna semasa

meiosis, Lefrancois (1999). Sindrom ini berlaku satu dalam setiap 680 kelahiran. Kebanyakan kanak-

kanak sindrom ‗down‘ adalah terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik. Salah satu faktor kecacatan

baka ialah umur ibu atau bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah wanita yang telah melebihi umur 40

tahun tidak digalakkan hamil.

4.1.5. Mental /Kognitif (Phenylketonuria, PKU)

Phenylketonuria adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadiran dua gen resesif. Individu

yang mengidap penyakit PKU, enzim di hatinya yang bertanggungjawab memecahkan ‖phenylalanine‖

kepada bahan protein kegunaan tubuh tidak ada atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakan pada

Page 16: Modul pendidikan khas

sistem saraf dan kecacatan mental. Tapi pada hari ini, bayi-bayi yang menghidap PKU diberi pemakanan

khas dan boleh mengatasi masalah kekurangan enzim tersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali

2004:25) (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.6. Penyakit kebakaan (Hemophilia)

Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan melalui kromosom X. Antaranya Hemophilia iaitu

sejenis kelainan sel darah. Mangsa hemophilia tidak mempunyai bahan pembeku di dalam sel darahnya,

iaitu AHG. Pendarahan yang dialaminya tidak berhenti kerana pembekuan pada tempat luka tidak terjadi.

4.1.7.Rabun warna

Mata mengandungi pigmen-pigmen warna merah, hijau dan biru. Kelainan dan kekurangan pigmen ini

akan mengakibatkan rabun warna. Rabun warna yang kerap dihidapi ialah merah dan hijau. Lelaki jauh

lebih kerap mengalaminya dari kaum perempuan.

4.1.8. Muscular Dystrophy

Muscular dystrophy ialah keadaan otot-otot menjadi lemah dan lama kelamaan tidak boleh berfungsi.

Penyakit ini boleh berlaku pada peringkat kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun, iaitu pada anak lelaki.

Jenis kedua melibatkan kanak-kanak remaja dibahagian muka dan lengan. Pengidap penyakit ini

merasa lemah otot-ototnya yang jelas kelihatan bila berjalan.

4.1.9. Talasemia

Talasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh sebilangan orang-orang keturunan Mediterranean dan

timur. Tanda-tanda penyakit ini kekuningan kekuningan kulit dan mata putih, demam, lemah, lesu serta

tidak selera makan. Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan. Bayi akan

terbantut pertumbuhan dan perkembangannya malah boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Pertukaran darah diperlukan selalu oleh pesakit berpenyakit ini.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

4.1.10. Kerdil (Dwarfism)

Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. ‘Cartilage‘ yang biasanya terdapat pada tulang-tulang kaki dan

tangan tidak lengkap kejadiannya. Pertumbuhan tulang yang sedang berlaku terbantut menyebabkan

tangan dan kaki pengidapnya pendek.

4.1.11. Sindrom Edwards dan Sindrom Patau

Lain-lain penyakit kebakaan ialah seperti Sindrom Edwards dan Sindrom Patau. Pengidap hanya boleh

hidup 3 hingga 4 bulan. Kecacatan yang teruk berlaku dari segi mental dan fizikal. Kepalanya lonjong

dan kecil, telinganya cacat, dagu dan mulutnya kecil (Surina Sangari 1989:14).

4.1.12. Sahsiah

Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalu baka. Helen Bee

(1995), mengatakan temperamen iaitu tret–tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan

kekal pada individu sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam (Shaffer, 1999) juga

mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka. Contohnya personaliti ekstrovert,

di mana seseorang lebih suka bersosial dan selalu gembira; dan introvert di mana individu biasanya

pemalu, suka menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang.Temperamen yang diwarisi

akan mempengaruhi cara individu bertindak kepada persekitarannya turut mempengaruhi cara

bagaimana orang lain dan persekitaran bertindak balas terhadap individu. Maksudnya, terdapat tindak

balas terhadap individu iaitu tindak balas dua hala. Contohnya, kanak–kanak yang suka bergaul akan

Page 17: Modul pendidikan khas

mencari kawan yang suka bergaul, mereka yang suka bergaul pula akan mencari atau memerlukan

individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman, 1997). Kajian Plomin, (1990) dalam

Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu yang ada pertalian keluarga.

Persamaan skor IQ di kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggi

berbanding lain–lain bentuk persaudaraan. (PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.1.13. Kematangan

Gesell (1952) memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak–kanak dipengaruhi oleh

dua faktor yang utama. Pertama, kanak–kanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri. Tetapi

secara khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanak–kanak ditujukan dari dalaman dengan

perlakuan baka. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan.Menurut Gesell lagi, semasa

perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan berlari dan keupayaan tersebut juga

berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan sistem saraf yang dengan

sendirinya ditentukan oleh gen. Kanak–kanak sudah tentunya berbeza dari segi kepantasan

perkembangan. Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka

melalui sekuens yang serupa. Bagi Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal

sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman. Kamarulzaman (2003), mengatakan kematangan merujuk

kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor dalaman, terutama gen, iaitu bahan kimia yang

terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku

yang terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme ringkas di mana gen bekerja, pada masa Gesell

dan hari ini, masih kabur. Kita tahu bahawa gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka menerima

isyarat daripada ― cytoplasm‖ ialah persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara

faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan sebagai

proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersama dengan factor lain.(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.2. Masalah metabolisme

Ada orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah

pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari. Orang yang kekal kurus dikatakan

mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan

cepat, manakala individu gemuk sebaliknya. Namun pendapat ini bukan 100% tepat kerna semuanya

bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam. Metabolisme adalah

proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap

orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang

berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala

wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan

tenaga harian adalah jauh lebih rendah.

4.2.1. Metabolisme membabitkan tiga perkara asas:

1. kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik.

Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75% daripada tenaga daripada tenaga harian untuk tugas

ini.

2. pencernaan dan penyerapan makanan. Kira-kira 10% daripada kalori harian digunakan untuk tugas

ini.

3. aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak

tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti yang dilakukan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

Page 18: Modul pendidikan khas

4.2.2. Faktor-faktor yang akan memperlahankan metabolisme :

UMUR : Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar 5% selepas 40

tahun. Apabila usia meningkat, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot

lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnye apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga

menurun.

JANTINA : Secara umumnya, metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan

mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak. MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tiroid yang

kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada

pertambahan berat badan.

GENETIK : Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat

4.3. Jangkitan Pranatal, perinatal dan pascanatal

Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan

seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah.

4.3.1. Peringkat Prenatal

e. Baka- ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down ataupun Mongoloid.

Kanak-kanak DS ini mempunyai 42 kromosom berbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom.

( Istilah Sindrom merujuk kepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupun

keadaan )

f. Jangkitan- Kecacatan di bahagian otak @ sisitem saraf yang berlaku sewaktu proses mengandung. Ibu

yang menghidap campak, rubella, atau siflis.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Jangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubella sejenis demam campak. Siflis sejenis

penyakit berjangkit melalui hubungan sulit)

g. Dadah dan alcohol- Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan

pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan autihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini

oleh ibu mengandung mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Alkohol boleh membantutkan

perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan yang berbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam berat

plumbum.)

h. Pemakanan- kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada pemakanan seimbang,

kekurangan, vitamin dan protein.

i. Bahan kimia/ sinaran X- Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia member kesan kepada kesihatan.

Bahan Kimia akan masuk kedalam tubuh melalui air, makanan, dan udara.

j. Cubaan menggugurkan kandungan

k. Mikroorganisma- Terdapat juga pelbagai masalah mikroorganisma yang menganggu perkembangan

janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental

4.3.2. Peringkat Perinatal

Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan ia dilahirkan

cacat

c. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan kurang daripada 2500g

mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan.

d. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang

sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah

tinggi.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

e. Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga penggunaan dadah dan

merokok oleh ibu.

f. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum

semasa proses kelahiran

Page 19: Modul pendidikan khas

g. Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap

penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.

h. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga

menyebabkan kerencatan mental.

4.3.3. Peringkat Posnatal/ pasca natal

Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya boleh mengalami kecacatan mungkin

disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan.

f. Penyakit-

• Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat

menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies.

• Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda

penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera

kerencatan akal akan berlaku.

g. Persekitaran- kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan

memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakkan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah

mengikut keadaan alam sekeliling.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanakkanak ynag terdedah

dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui makanan @ pernafasan menghadapi pelbagai

masalah pembelajaran, masalah emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh

keracunan plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah, paiap air dan petrol.

4.4. Faktor persekitaran/teratogen

Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses

perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum

lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula

adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan,

ibadat media dan persekitaran dunia.Menurut Amran Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran

seseorang individu dan factor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Manakala

Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-

unit kebakaan. W. Edger pula menerangkan bahawa persekitaran adalah kuasa ekstrinsik rumit yang

boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Menurut Lee Shok Mee (1994), beliau mengatakan

persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik

dan interaksi sesama manusia serta alam sekitarnya. Hubungkait dengan persekitaran kanak-kanak ini

bolehlah dimaksudkan dengan adanya pertalian rapat kanak-kanak tersebut dengan individu yang paling

hampir dengannya, contohnya ahli keluarga terutamanya ibu bapa kanak-kanak. Juga turut berkaitan

dengan berlakunya pekembangan kanak-kanak ini disebabkan oleh objek atau peristiwa yang pernah

berlaku dalam kehidupan kanak-kanak tersebut sekaligus memberi pengalaman bermakna terhadap

kanak-kanak. Perkaitan seterusnya pula mungkin disebabkan oleh faktor tempat tinggal kanak-kanak,

cara hidup masyarakat sekeliling dan unsur rohaniah seperti penglibatan rumah ibadat.(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Beberapa ahli psikologi telah menjalankan kajian berkaitan perkembangan individu dan mengemukakan

pelbagai jenis teori. Di antara beberapa teori utama mengenai peringkat perkembangan individu seperti

teori perkembangan sosiobudaya Robert Havighurst, teori perkembangan kognitif-jasmani Jean Piaget,

teori perkembangan Sigmund Freud, teori pembelajaran social Albert Bandura, teori perkembangan

emosi fizikal Erikson, teori ekologikal Bronfenbrenner dan teori moral Lawrence Kohlberg. Menurut kajian

ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari segi perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan

rohani.

Page 20: Modul pendidikan khas

Ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Persekitaran yang dimaksudkan itu berubah-ubah dan secara

tidak langsung boleh mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan seseorang sama ada sebelum dan

selepas kelahiran. Terdapat dua kategori utama persekitaran yang mempengaruhi perkembangan

kanak-kanak. Kategori yang pertama ialah faktor pralahir dan kategori kedua ialah faktor selepas lahir.

Faktor-faktor pralahir ialah pemakanan bayi di dalam kandungan, kesihatan ibu semasa mengandung,

penyalahgunaan dadah oleh ibu sewaktu hamil, kesan x-ray terhadap ibu mengandung, emosi ibu

sewaktu hamil dan umur ibu ketika mengandung. Manakala faktor-faktor persekitaran selepas lahir yang

mempengaruhi perkembangan seseorang ialah rakan sebaya, guru dan sekolah, pemakanan, tempat

tinggal, sumber teknologi, sosioekonomi keluarga, asuhan ibu bapa, masyarakat sekeliling, pusat ibadat,

kebudayaan dan kepercayaan masyarakat.

4.4.1 Faktor Keluarga

ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai

pertalian sosial dan emosi. Sebagai contoh kanakkanak daripada keluarga yang kecil biasanya akan

mendapat perhatian dan layanan yang lebih sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala

permintaannya akan dipenuhi. Kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak itu bersikap angkuh dan

terlalu bergantung kepada ibu bapanya. Ini sekaligus merencatkan pertumbuhan daya berfikir (kognitif)

dan kreativiti kanak-kanak(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) apabila adanya

nilai bergantungan atau berharap terhadap setiap pergerakan kanak-kanak itu sendiri. Faktor bentuk

asuhan juga turut mempengaruhi perkembangan kognitif dan kreativiti kanak-kanak itu. Secara asasnya,

bentuk asuhan keluarga terbahagi kepada empat iaitu bentuk autoritarian, autoritatif, abaikan dan

indulgent. Autoritarian ialah bentuk asuhan yang menggunakan peraturan dan hukuman dalam mendidik

anak-anak. Ibu bapa authoritatif pula sentiasa menggalakkan anak-anak mereka berdikari di samping

sedikit kawalanke atas tingkah laku mereka. Manakala ibu bapa yang abaikan anak-anak pula tidak

terlibat dengan kehidupan aak-anak mereka. Ibu bapa indulgent pula terlibat dengan anak-anak tetapi

kurang mendisiplinkan anakanak.Faktor asuhan keluarga ini berkaitan dengan teori perkembangan moral

Lawrence Kohlberg. Menurut teori Kohlberg, seorang individu itu biasanya mengalami tiga tahap

perkembangan moral yang utama.

Tahap yang pertama ialah awal kanak- kanak, tahap kedua dan ketiga ialah semasa remaja. Ketigatiga

tahap ini menyatakan bahawa kanak-kanak dan remaja mematuhi sesuatu peraturan kerana untuk

mendapatkan ganjaran atau mengelakkan hukuman. Peraturan yang dibuat oleh ibu bapa mempengaruhi

tindakan seseorang kanakkanak. Sebagai contoh, peraturan yang dibuat oleh ibu bapa authoritarian

terhadap anak-anaknya adalah supaya mereka mematuhi peraturan tersebut. Kanak-kanak tersebut

perlu mematuhi peraturan yang dibuat oleh ibu bapanya supaya mereka tidak dikenakan sebarang

hukuman. Ini bermakna faktor asuhan keluarga menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak itu.

Dengan adanya peraturan yang ditetapkan seperti itu, maka kanak-kanak khususnya tidak mempunyai

pilihan lain selain mengikuti arahan tersebut dan ini sebenarnya jelas menghalang keupayaan kanak-

kanak dari sudut kreativiti untuk cuba menghasilkan sesuatu idea yang berbeza mengikut situasi- situasi

yang tertentu.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.4.2 Faktor Rakan Sebaya

Rakan sebaya memainkan peranan dalam perkembangan seseorang individu itu. Pengaruh rakan

sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Kanak-kanak yang

bergaul dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif

daripada mereka. Sebaliknya, seseorang yang terdedah kepada rakan sebaya yang kurang

bertanggungjawab akan menyebabkan nilai negatif dalam dirinya terbina. Faktor rakan sebaya berkait

dengan teori perkembangan emosi-fizikal Sigmund Freud. Menurut Freud, perkembangan emosi manusia

adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Perkembangan manusia terbahagi kepada lima

Page 21: Modul pendidikan khas

peringkat pertambahan umur dan selari dengan perkembangan fizikal. Pada peringkat latency, kanak-

kanak akan mula mengambil tahu tentang rakan sebaya, mula menjauhkan diri sedikit daripada anggota

keluarga dan pengalirkanperasaaan sentimen kepada orang lain.pengaruh rakan sebaya yang akan

mempengaruhi tahap perkembangan seseorang itu samada positif atau negatif.

4.4.3 Faktor Guru dan Sekolah

Seperti yang kita ketahui kanak-kanak amat suka dengan sesuatu aktiviti yang mencabar dan lebih

bersifat bebas. Sikap ingin menyiasat, ingin tahu, sebab dan akibat sesuatu perkara itu mendorong

kanak-kanak untuk berlumba-lumba sesama mereka untuk mengetahui sesuatu perkara. Hal ini juga turut

berkaitan dengan personaliti kanak-kanak pada waktu itu yang inginkan perhatian. Justeru itu,

persekitaran guru dan sekolah juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan

kreativiti kanak-kanak. Pengaruh guru dan persekitaran sekolah yang berterusan dalam membentuk dan

meransang kreativiti pelajar melalui sikap guru, pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P)

dan budaya sekolah. Guru yang bersifat penyayang dan mempunyai nilai kendiri yang positif, kreatif

dalam mempelbagaikan bentuk P &(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) P mampu

melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Iklim sekolah yang kondusif dengan kemudahan-

kemudahan P & P turut membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar agar lebih

kreatif. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan yang bertanggungjawab memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.Faktor guru dan sekolah berkait rapat dengan teori

ekologikal Brofrenbrenner (1979,1989). Teori ini menekankan pengaruh persekitaran ke atas

perkembangan organism. Beliau melihat persekitaran ekologikal berdasarkan hbungan dengan konteks

di mana individu itu berinteraksi. Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner menjelaskan bahawa

perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis ekologi iaitu mikrosistem,mesosistem, ekosistem,

makrosistem dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner,kelima-lima sistem ekologi ini amat

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat di mana

kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran

itu.Sebagai contoh, hubungan interaksi secara langsung di antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru

dan rakan-rakan. Kumpulan individu dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang sangat penting di

dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak.Mesosistem pula merujuk kepada kaitan di antara

perhubungan dengan 2 mikrosistem.

Hal ini bermaksud bahawa satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang

lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap, tingkah laku dan daya

pemikiran di sekolah dan sebagainya.Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan

untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik

berbanding kanak-kanak yang kekurangan peluang.Ekosistem merupakan pengalaman dengan

persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam

persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak. Misalnya sekolah dengan pasaraya. Kaedah

pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah

secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.Makrosistem pula

adalah perkembangan individu(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) yang

melibatkan norma-norma nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah

masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock, 2008).

Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang

pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan penting. Kronosistem pula melibatkan perubahan pekembangan

dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh, situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada

permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak zaman terdahulu yang lebih bersosial

dengan bermain di persekitaran rumah. Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini dilihat mempunyai

perkaitan di antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka

Page 22: Modul pendidikan khas

setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

4.4.4 Faktor Sumber Teknologi

Sumber teknologi dan pengaruh media massa boleh mempengaruhi perkembangan kretiviti kanak-kanak

secara positif tetapi ianya bergantung kepada bagaimana bentuk teknologi yang diterima. Sumber

teknologi tersebut adalah merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti

media cetak, surat khabar, majalah, buku, iklan dan media elektronik seperti filem, radio, televisyen,

komputer dan internet. Adalah diketahui bahawa individu yang terdedah kepada sumber tekologi yang

sihat akan mempengaruhi erkembangan kreativiti kanak-kanak berdasarkan nilai-nilai yang terkandung di

dalam pengaruh sumber teknologi itu. Pengaruh sumber teknologi terhadap perkembangan seseorang

kanak-kanak itu ada kaitan dengan teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura. Beliau

menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ejen penentu

persekitaran. Ini bermakna kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap

permodelan. Secara tidak langsung, kanak- kanak yang terdedah kepada sumber teknologi seperti

televisyen, internet dan sebagainya akan memberi kesan dalam menghasilkan kretiviti melalui idea-idea

yang baru dari sudut pemikiran mereka.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4.4.5 Faktor Pemakanan

Faktor persekitaran selepas kelahiran yang mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak ialah

pemakanan. Pemakanan kanak-kanak perlu dijaga sejak peringkat awal lagi (peringkat pralahir). Ini

penting bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat. Makanan yang seimbang dan

berzat amat diperlukan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dari segi fizikal

dan mental, malahan dapat melindungi kanak-kanak daripada sebarang penyakit. Menurut jurnal The

Pediatric Clinic of North America yan ditulis oleh Birch Lean Lipps dan Davidson Kirsten Krahnstoever,

mereka menyatakan bahawa faktor pemakanan ibu bapa boleh mempengaruhi corak pemakanan anak-

anak mereka. Sebagai contoh, sebilangan ibu bapa yang gemar memilih makanan ringan dan makanan

segera sedangkan kita mengetahui bahawa makanan tersebut boleh merencatkan tumbesaran fizikal

dan mental kanak-kanak.

4.4.6 Faktor Kebudayaan dan kepercayaan Masyarakat

Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi perkembangan kretaiviti kanak-kanak.

Perbezaan nilai hidup membentuk falsafah hidup yang berbeza di kalangan masyarakat. Begitu juga

dengan perbezaan agama dan kebudayaan akan melahirkan cara hidup serta tingkah laku yang berbeza.

Masyarakat yang suka mengamalkan gaya hidup yang sihat akan melahirkan gaya hidup yang positif.

Amalan masyarakat yang menekankan soal kerohanian dan kejiwaan sebenarnya turut memberi mpak

dalam melahirkan kanak-kanak yang kreatif. Perkara pokoknya di sini ialah bagaimana ketenangan itu

amat penting bagi membentuk dan meransang pemikiran kanak-kanak supaya lebih kreatif dalam

sesuatu hal. Robert J. Havinghurst adalah ahli psikologi yang memperkenalkan teori perkembangan yang

bercorak sosio-budaya dan antropologi. Teori yang diperkenalkan berkaitan dengan faktor kebudayaan

dan kepercayaan masyarakat. Beliau menekankan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak amat

dipengaruhi alam sekitarnya.Beliau juga(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

menyatakan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh norma serta budaya

masyarakat. Sebagai contoh, budaya membedung bayi yang baru lahir bagi sesetengah kaum Melayu

jika dinilai dari sudut saintifik sebenarnya menghalang pergerakan lokomotor kasar bayi tersebut.

Apabila bayi dalam keadaan tidak selesa, ianya boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan

emosi dan kreativiti bayi tersebut. Berdasarkan faktor-faktor yang disenaraikan di atas, ini menjelaskan

kepada kita bahawa dua faktor utama iaitu faktor genetik dan persekitaran sangat memberi kesan kepada

perkembangan daya kreativiti kanak-kanak. Dua faktor tersebut memberi kesan kepada perkembangan

Page 23: Modul pendidikan khas

kreativiti kanak-kanak yang akan hanya dapat dilihat melalui pemerhatian yang dilakukan secara

kualitatif.

4.5. Tauma

Trauma berasal dari bahasa Yunani yang berarti luka (Cerney, dalam Pickett, 1998). Kata trauma

digunakan untuk menggambarkan kejadian atau situasi yang dialami oleh korban. Kejadian atau

pengalaman traumatik akan dihayati secara berbeda-beda antara individu yang satu dengan lainnya,

sehingga setiap orang akan memiliki reaksi yang berbeda pula pada saat menghadapi kejadian yang

traumatik. Pengalaman traumatik adalah suatu kejadian yang dialami atau disaksikan oleh individu, yang

mengancam keselamatan dirinya (Lonergan,1999). Oleh sebab itu, merupakan suatu hal yang wajar

ketika seseorang mengalami shock baik secara fisik maupun emosional sebagai suatu reaksi stres

atas kejadian traumatik tersebut. Kadangkala efek aftershock ini baru terjadi setelah beberapa jam, hari,

atau bahkan berminggu-minggu. Respon individual yang terjadi umumnya adalah perasaan takut, tidak

berdaya, atau merasa ngeri. Gejala dan simtom yang muncul tergantung pada seberapa parah kejadian

tersebut. Demikian pula cara individu menghadapi krisis tersebut akan tergantung pula pada pengalaman

dan sejarah masa lalu mereka.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Menurut

Stamm (1999), stres traumatik merupakan suatu reaksi yang alamiah terhadap peristiwa yang

mengandung kekerasan (seperti kekerasan kelompok, pemerkosaan, kecelakaan, dan bencana alam)

atau kondisi dalam kehidupan yang mengerikan (seperti kemiskinan, deprivasi, dll). Kondisi tersebut

disebut juga dengan stres pasca traumatik (atau Post Traumatic Stress Disorder/ PTSD). Menurut Pickett

(1998), ada dua bentuk simtom yang dialami oleh individu iaitu: (1) adanya ingatan terus menerus

tentang kejadian atau peristiwa tersebut, dan (2) mengalami mati rasa atau berkurangnya respon individu

terhadap lingkungannya. Kondisi tersebut selanjutnya akan mempengaruhi fungsi adaptif individu dengan

lingkungannya. Seringkali, peristiwa yang traumatik akan sangat menyakitkan sehingga bantuan dari

para ahli akan diperlukan dalam mengatasi trauma yang dialami. Terangkan cara mengelakkan daripada

punca masalah kecacatan kepada murid pendidikan khas Jelaskan implikasi terhadap pendidikan

terhadap muridmurid yang menghadapi masalah yang berpunca daripada ersekitaran.(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

TAJUK 5 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan enam kategori kanak-kanak keperluan khas iaitu

kerencatan akal, masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah tingkahlaku/emosi, Attention

Deficit Disorder Hyperactive (ADHD) dan masalah kesihatan.

HASIL PEMBELAJARAN

a. Mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas yang terdapat dalam pendidikan khas.

b. Menjelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.

c. Menjelaskan keperluan yang bersesuaian dalampendidikan dengan kategori kanak-kanak

berkeperluan khas.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kategori Kanakkanak Berkeperluan Khas

Kerencatan Akal

Masalah Penglihatan

Masalah Pendengaran

Masalah Tingkahlaku/Emosi

Masalah Kesihatan

Attention Deficit

Page 24: Modul pendidikan khas

Hyperactive Disorder (ADHD)

Keperluan dalam pendidikan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.0. Pengenalan

Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Pendidikan

Khas juga merangkumi aspekaspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan

yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian

daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas

bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan / kurang upaya itu. Selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di negara kita yang boleh melahirkan

pelajar yang seimbang;

"Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara". Bertunjangkan FPK, Falsafah

Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu; "Ia menyediakan perkembangan

optimum kanak-kanak dengan keperluankeperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai

individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri,

boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat". Tidak semua kanak-

kanak dilahirkan sempurna, terdapat juga kanakkanak istimewa. Kanak-kanak ini tidak boleh

dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi pendidikan. Walau bagaimanapun

disebakan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberi kepada mereka agak berbeza yang

mana ianya disebut sebagai Pendidikan Khas.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan program yang bermutu

bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam

persekitaran (suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta

tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanakkanak dan semua usaha berkaitan

dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat

dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem

persekolahan.

Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid istimewa dengan murid-murid

normal / biasa dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, pembelian peralatan khas,

perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru, peluang-peluang kenaikan pangkat, juruteknik

audiologi pendidikan (educational speech therapist), orientasi dan mobility pendidikan (Orientation

and Mobility Instructor) dan psikologi pendidikan (Educational Psychologist) dan sebagainya

merupakan objektif Pendidikan Khas.

Latarbelakang Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi murid-murid bermasalah

penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai, 1962. Di bawah

rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-murid yang bermasalah

tersebut belajar bersama murid-murid normal di dalam kelas yang sama (Sang, 2000). Mereka diajar oleh

guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas. Kategori

individu berkeperluan khas adalah seperti (i) bermasalah atau kurang upaya pendengaran (hearing

Page 25: Modul pendidikan khas

impairment), (ii) bermasalah atau kurang upaya penglihatan (visual impairment), (iii) bermasalah

pembelajaran (learning disabilities), (iv) bermasalah kerencatan akal (mental retardation), (v) bermasalah

tingkah laku atau emosi (behavioral disorders & emotional disturbance), (vi)(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or

language impairment), (vii) bermasalah pintar-cerdas (gifted & creativity), (viii) kurang upaya fizikal

(physical disabilities), (ix) bermasalah kesihatan (health impairment) dan (x) pelbagai masalah (multi-

problem) . Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan kepada kebolehan,

kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam

kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills). Pendekatan baru menolak pendekatan

tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical deficit model). Penguasaan dan

pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat

kebolehan seseorang murid dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif,

perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial, penguasaan bahasa lisan

/pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran

pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran keusahawanan, kebolehan penglihatan

dan yang terakhir kebolehan pendengaran.

5.1 Kerencatan Akal

Pengenalan

Perkembangan kemahiran motor halus dan motor kasar seseorang kanakkanak banyak bergantung

kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi badan. Namun kanak-

kanak pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak biasa atupun sederhana dari segi mental,

keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot, fizikal, tingkahlaku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi

dan pelbagai kekurangan Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui prestasi

kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. (PKU3101: PENGENALAN

KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Gambar 1 : Kanak-kanak Terencat Akal

Definisi

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya

pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal

yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala

mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti

menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan

pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal. Menurut

American Association on Mental Retardation (AAMR) kerencatan akan didefinisikan sebagai individu

yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental disamping kemahiran yang rendah dari aspek

tingkah laku penyesuaian. Tingkahlakupenyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti

kebolehanmemakai pakaian, makan atau mengemas diri. Kerencatan akal ini mesti dikesansebelum usia

18 tahun Seperti yang dinyatakan oleh , Individual with Disabilities Education Act (IDEA) mendefinisikan

terencat akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang rendah sertakekurangan dalam tingkah laku sosial

sepanjang tempoh perkembangan yang memberikesan kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak.

IQ lazimnya diukur melaluiUjian IQ di mana skor purata ialah 100. Individu yang memperolehi skor

bawah(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) 70hingga 75 dikenal pasti mengalami

kerencatan akal. Untuk mengukur tingkah lakuadaptif, sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti iaitu:

a)Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian,mandi,makan dansebagainya b ) Kemahiran

komunikasi seperti memahamI apa yang dituturkan dan berupaya memberi tindakbalas) Kem ahiran

sosial seperti hubungan dengan ra k a n , keluarga, orang dewasa dan masyarakat.Julia Jantan (2007)

Page 26: Modul pendidikan khas

menyatakan bahawa kerencatan akal berlaku akibat masalah kegagalan otak berfungsi. Kerencatan akal

yang berlaku pada individu bukan sahajamelibatkan batasan fungsi mental tetapi turut melibatkan

masalah emosi. Kemampuankognitif kanak-kanak terencat akal juga terganggu. Ini bermakna, kanak-

kanak ini lambat unutk menerima sesuatu maklumat yang disampaikan kepada meraka dan sukar untuk

memahami konsep-konsep yang komplek Kanak-kanak yang mengalami terencat akal adalah kanak-

kanak yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak

lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. Kanak-kanak terencat akal memerlukan

masa yang lama untuk mempelajari sesuatu kemahiran jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal

(Deller, R. 1990). Mengalami masalah dalam pembelajaran disebabkan tahap mental yang rendah dan

kurang ataupun ataupun tiada keupayaan dalam menguruskan aktiviti seharian.

Ciri-ciri terencat akal

Umumnya kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah yang ketara dalam mengurus diri. Namun

menurut W arren & Abbedutto (1992), terdapat dua perkara penting yang dilihat sebelum memastikan

kanak-kanak itu mengalami kerencatan akaliaitu:

a)Kebolehan mental untuk belajar, berfikir, menyelesaikan dan fungsi intelek (IQ)(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

b)Kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan hidup berdikari atau lebih dikenali sebagai tingkah

la kuadaptif seperti memakai pakaian, mandi, menguruskan diri dan sebagainya.Umumnya, kanak-kanak

terencat akal menunjukkan beberapa tanda tertentuseperti menghadapi kesukaran untuk pertuturan,

Kesukaran untuk mengingat, sukar memahami peraturan-peraturan sosial dan tidak dapat mengingat

atau membezakan kesan dan akibat. Kanak - kanak terencat akal juga menghadapi masalah dalam

memproses penyelesaian masalah dan untuk berfikir secara logik atau kritikal. Dalam menentukan

criteria psikologikal dan tingkah laku kanak-kanak terencat akal, tiada instrument yang tepat untuk

memastikan seseorang individu itu terencat akal.Terdapat pelbagai variasi tingkah laku dalam kalangan

kanak-kanak terencat akal yang menjadikan setiap seorang dariapada m er upakan individu y ang unik .

Kebanyakan kanak-kanak terencat akal juga sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu atau

sukar untuk berfikir secara logik (Wehman, 1988 Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk

keperluan komunikasi,menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hutton,

1998).Kelewatan dalam perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada

kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992). Masalah pertuturan seperti masalah artikulasi

biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal. Umumnya, bagikanak-kanak yang mengalami

kerencatan akal ringan, perkembangan bahasa merekayang mengalami kerencatan normal, namun

kemajuan perkembangan bahasa merekaagak perlahan sekiranya kategori yang dialami kerencatan akal

yang teruk.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.2. Masalah Penglihatan

Pengenalan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya sukar atau tidak dapat melakuka tugasan seperti

membaca atau menulis tanpa menggunakan alat bantuan khas. Gangguan penglihatan berlaku

apabila penglihatan seseorang individu tidak dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan

normal. Gangguan penglihatan boleh disebabkan oleh penyakit yang dialami, trauma, serta masalah

kongenital ataupun keturunan. Terdapat pelbagai takrifan yang digunakan untuk menentukan keterukan

gangguan penglihatan. Antara takrif yang lazim digunakan di Malaysia ialah penglihatan terhad

yang ditakrifkan sebagai ―akuiti visual lebih teruk dari 6/18 sehinggalah lebih baik dari 3/60

manakala buta ditakrifkan sebagai akuitivi visual yang lebih teruk daripada 3/60 (WHO 1997).

Page 27: Modul pendidikan khas

Gambar 2 : Kanak-kanak masalah penglihatan

Definisi

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang

memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan

bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat

mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. (PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS) Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti

oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada

penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang

buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah

khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi)

Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah

(1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:

• Tidak dapat melihat langsung.

• Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen.

• Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

Ciri-ciri Masalah Penglihatan

Ciri-ciri kanak-kanak masalah penglihatan dari segi kognitif:

1- Tidak memahami benda-benda abstrak. Cth : berkenaan warna

2- Pengamatan dan daya anggaran sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas ( kecuali melalui

pengalaman)

3- Tidak memahami konsep bentuk (cth ; pyramid itu seperti kon, kon itu seperti segitiga)(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Ciri-ciri kanak-kanak masalah dari segi psikomotor

Kanak-kanak ini amat takut kepada persekitaran. Tahap keyakinan mereka amat kurang. Daya untuk

membuat keputusan terhadap satu permasalahan amat lemah. Mereka amat memerlukan bimbingan

orang dewasa. Cth : menyentuh sesuatu.

5.3. Masalah Pendengaran

Pengenalan

Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap berlaku di dalam suatu

populasi manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk

dunia mengalami masalah pendengaran (World Health Organisation, 1999). Kejadian masalah

pendengaran kongenital dianggarkan seramai 1 hingga 3 orang di dalam setiap 1000 kelahiran. Kira-kira

50 peratus daripada kes berkenaan disebabkan oleh faktor genetik atau pendedahan kepada faktor

persekitaran yang lain (Morton,1991). Di Amerika Syarikat, masalah pendengaran kongenital terjadi 3 kali

ganda lebih kerap daripada Sindrom Down, enam kali ganda lebih tinggi daripada penyakit spina

bifida dan lebih 50 kali lebih tinggi daripada masalah phenylketonuria (Richard et al., 2005).

Laporan ―Asia-Pasific Congress on Deafness‖ di Beijing, China pada 1988 menunjukkan terdapat 24

juta daripada 1.2 bilion penduduk negara itu mengalami masalah pendengaran (Prasansuk, 2000).

Disamping itu, daripada 1.5 juta kanak-kanak sekolah pendidikan khas di China, kira-kira 50 peratus

adalah dilahirkan pekak secara kongenital. Di Malaysia, tiada data rasmi yang diterbitkan mengenai

insiden sebenar masalah pendengaran di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan jumlah penduduk

Malaysia seramai 23.8 juta orang pada tahun 2002, anggaran menunjukkan 840 bayi yang bermasalah

pendengaran akan dilahirkan pada setiap tahun (ESCAP, 2002)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

Page 28: Modul pendidikan khas

Gambar 3 : Kanak-kanak Masalah pendengaran

Definisi

Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu. Walaupun

manusia masih boleh belajar melalui deria lihat, bau, sentuhan, cita rasa dan sebagainya namun deria

pendegaran memudahkan dan meyempurnakan proses pembelajaran. Masalah pendegaran

bermaksud Ia adalah masalah- masalah yang menjejaskan komunikasi - masalah bercakap atau

memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

Rajah 1 : Bahagian dalam telinga

Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pendengaran sebagai golongan manusia yang tidak

dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran. Menurut Hasnah

(1988) dalam Mohd. Salleh (1999), cacat pendengaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu:(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

4- Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)

Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga.

5- Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah

saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga. American National Standards Institute

mentakrifkan masalah pendengaran sebagai perbezaan keupayaan individu untuk mengesan suatu

bunyi berbanding dengan piawai yang ditetapkan. Nilai audiometrik desibel sifar (0 dB) adalah nilai tahap

pendengaran yang merujuk kepada pengesanan purata bunyi dalam nilai isyarat suatu frekuensi, seperti

500 Hz, 1000 Hz, 2000 Hz dan sebagainya. Amnya, seseorang individu dikatakan mempunyai

pendengaran yang normal jika keupayaannya untuk mengesan bunyi adalah diantara 0 dan 15 ke 20 dB

tahap masalah pendengaran (dB HL) (Grundfast et al., 2000).

Klasifikasi Masalah Pendengaran

a. Hilang pendengaran jenis konduktif

Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau

kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan

perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

b. Hilang Pendengaran jenis sensori neural Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau

laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan

masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walau bagaimanapun ia

dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

c. Hilang pendengaran jenis campuran Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan

sensorineural.

Ciri-ciri masalah pendengaran

JENIS MASALAH PENDENGARAN

• Masalah Pendengaran Konduktif.

• Masalah Pendengaran Sensorineural.

• Masalah Pendengaran Campuran.

MASALAH PENDENGARAN KONDUKTIF

• Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan

telinga tengah.

• Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengarankonduktif ialah

ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiadacuping telinga (mikrotia / anotia),

Page 29: Modul pendidikan khas

sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitankuman pada salur telinga atau telinga tengah dan

gegendang telinga bocor/pecah

MASALAH PENDENGARAN SENSORI NUERAL

• Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah ataujangkitan pada

telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada.

• Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatanfizikal) tetapi hanya

dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secaramenyeluruh.

• Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yangboleh dirawat

secara pengambilan ubat atau pembedahan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

MASALAH PENDENGARAN CAMPURAN

• Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran keduaduamasalah

pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dansensorineural hadir bersama.

• Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural jugamempunyai

mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalahpendengaran campuran.

• Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai

masalah pendengaran campuran.

5.4. Masalah Tingkahlaku/Emosi

Pengenalan

Dalam perkembangan mental kanak kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan

fungsi otak, aspek perasaan dan tingkahlaku emosi juga penting. Tingkahlaku emosi dan perasaan kanak

kanak boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu:

1. Faktor luaran iaitu kanak kanak sering menunjukkan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa,

senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata kata dan sebagainya.

2. Faktor dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah ubah

mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya. Emosi adalah

penggerak pada tingkahlaku kanak kanak dan merupakan cara yang termudah untuk kanak kanak

melahirkan apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka rasa. Segala situasi yang berlaku dikeliling

dan juga perubahan biologi yang mereka lalui akan bertindak untuk mewujudkan tingkahlaku emosi

seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di

mana ciri- ciri seperti bertingkahlaku ganas mahu pun pasif akan berlaku pada tempoh yang lama, pada

darjat yang ketara dan keadaan ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Gambar 4 : Kanak-kanak masalah tingkahlaku dan emosi

Definisi

Menurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai

tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat.

Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu

Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit

Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi

masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006), ADHD

adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku

yang terlampau aktif dan impulsif.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Kanak-

kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku akanmengganggu proses

pembelajarannya. Impaknya ialah mereka akan mundur didalam pelajaran. Tingkah laku bolehlah

didefinisikan sebagai apa yang dilakukan ataudiperkatakan oleh seseorang individu. Selain itu,

tingkah laku juga merupakansemua tindakan manusia yangg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan

Page 30: Modul pendidikan khas

sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku merupakan sebarangperbuatan yang dilakukan sama

ada secara terus atau tidak, secara sedar atausepara sedar.

Manakala, masalah emosi pula bermaksud masalah yang berkaitandengan perasaan atau jiwa seperti

sedih, marah, dan lain -lain. Setelah meneliti definisi bagi tingkah laku dan masalah emosi,

berikutmerupakan ciri kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku. Ciri-ciri masalah tingkahlaku dan

emosi

Ciri bagi kanak-kanak bermasalah emosi dan tingkah laku ini dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu aspek

psikomotor, kognitif, dan afektif.

1. Aspek Psikomotor

Aspek pertama ialah aspek psikomotor. Ciri bagi kanak-kanak bermasalahemosi dan tingkah laku bagi

aspek ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui 3 jenismasalah tingkah laku bagi kanak-kanak yang

disenaraikan dalam masalah psikologi iaitu:-

1. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder )

2. Oppositional Defiant Disorder (Kecelaruan menentang dan beringkar)

3. Conduct Disorder (Kecelaruan Tingkah laku)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN

KHAS)

Hiperaktif ialah istilah yang digunakan bagi kanak -kanak yang mempunyaitingkah- laku yang terlampau

aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive).Kebiasaannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah

hiperaktif ini mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau mempunyai tumpuan yang singkat.

Hiperaktif lazimnya dapat dilihat dengan ketara dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding kanak-

kanak perempuan. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya terlalu aktif sehinggakan mengganggu tugasan

yang sepatutnya dilakukan oleh kanak – kanak yang lain.

Maka, ciri dari aspek psikomotor yang dapat dilihat pada kanak-kanak hiperaktif ialah mereka kerap

menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk. Mereka juga selalu

meninggalkan tempat duduk ketikaberada di dalam kelas. Selain itu, mereka juga selalu berlari ke sana

ke mari atausuka memanjat. Seterusnya, ciri bagi kanak-kanak yang mengalami ADHD pula ialah mereka

kerap bercakap dan sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah³digerakkan oleh motor´.

Selain itu, mereka juga menghadapi masalah dalamtumpuan iaitu mempunyai tumpuan mata (eye

contact ) yang lemah. Misalnya,mereka tidak ada hubungan mata dengan ibu bapa, guru dan rakan

sebaya apabila meminta sesuatu.

Manakala, kanak-kanak yang menghadapi masalah Oppositional Defiant Disorder (ODD) Kecelaruan ini

melibatkan tingkahlaku negative, melibatkan pencabulan peraturandan tidak mengendahkan hak orang

lain secara berterusan dan berulangkali.Kanak -kanak yang berkecelaruan tingkahlaku menunjukkan

defisit dalam tingkahlaku sosial. Secara umumnya mereka menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:-

• Sikap menentang secara terbuka atau berselindung

• Keingkaran

• Agresif secara lisan atau fizikal

• Suka berkelahi

• Pendendam(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

• Suka merosak harta benda,vandalism

• Berbohong dan Mencuri

• Mudah panas baran

• Bercenderung bebas dan berbagai-bagai sifat negatif.

Page 31: Modul pendidikan khas

2. Aspek Kognitif

Aspek yang kedua ialah dari aspek kognitif. Ciri kanak-kanak bermasalah emosidan tingkah laku dari

aspek kognitif dapat dilihat melalui kanak -kanak dengan ADHD. Mengikut Marilyn Friend (2005),

terdapat empat ciri yang menunjukkankanak-kanak itu bermasalah emosi dan tingkah laku dari aspek

kognitif iaitu ingatan kerja, pertuturan arah kendiri, kawalan emosi dan motivasi, dan membentuk semula.

Ciri pertama ialah ingatan kerja. Bagi ciri ini, kanak-kanak boleh mengingait tugasan dan beberapa

banyak masa yang mereka ada untuk menyiapkan tugasan.Namun begitu, mereka ini tidak dapat

mengingati arahan daripada guru.

Ciri kedua bagi kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah laku dari aspek kognitif ialah

pertuturan arah kendiri. Pertuturan arah kendiri ini digunakanoleh pelajar untuk membuat refleksi

tetntang perkembangan tugasan,menyelesaikan masalah, dan mengikut arahan. Namaun begitu,

mereka ini lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran ini. Ciri ketiga pula ialah kawalan emosi dan

motivasi. Kanak-kanak inisebenarnya mempunyai keupayaan untuk mengasingkan kekecewaan dan

masalahemosi bagi menyiapkan tugasan. Namun begitu, terdapat segelintir daripada kanak-kanak

ADHD ini masih tidak dapat mengatasi masalah emosi dan tugasan lalu keluar dari kelas. Ciri yang

terakhir ialah membentuk semula. Aktiviti mental yang melibatkan keupayaan perkara yang diperhatikan

dan menyatukan bahagian -bahagian untukmelaksanakan tindakan baru. Contohnya ialah mereka ini

bermasalah dalam menyelesaikan tugasan yang kompleks.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

Seterusnya , ciri kognitif bagi kanak-kanak autisme pula ialah mempunyai tumpuan yang singkat atau

terhad, namun begitu mereka boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara yang mereka

minati atau sukai. Kanakkanak autisme juga berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka

tidakberupaya memilih maklumat yang penting. Maka, maklumat awal yang mereka adaakan dikekalkan

dalam bentuk yang asal. Di samping itu, kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian

kepada perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali

untuk melihat kepentingan yangada.Mengikut sumber yang lain pula, kanak-kanak yang bermasalah

emosi dan tingkah laku kebiasaannya akan menunjukkan ciri seperti terdapat kelewatan dalam

perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam

perkembangannya di sekolah. Contohnya, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam

bidang pengamatan dan perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif

3. Aspek Afektif

Terdapat beberapa ciri yang dimanifestasikan oleh kanak-kanak yang bermasalah emosi dan tingkah

laku melalui tingkah laku mereka dari aspek yang ketiga iaitu aspek afektif. Terlebih dahulu, marilah kita

lihat apakah yangdimaksudkan dengan afektif. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Baru, afektif

didefinisikan sebagai keadaan yang berkaitan dengan perasaan dan emosi. Berdasarkan istilah yang

dikemukan dapatlah kita membezakan kanak-kanaknormal dengan kanak-kanak yang bermasalah emosi

serta tingkah laku melalui reaksi dan perlakuan yang ditonjolkan oleh mereka seperti menunjukkan rasa

malu yang melampau apabila berhadapan dengan orang lain di sekitar mereka terutamanya apabila

dikelilingi oleh orang-orang yang tidak dikenali. Jika keadaan ini berlaku, mereka lebih suka menyendiri

dan melakukan kerja sendiri tanpa menghiraukan orang di sekitar mereka.(PKU3101: PENGENALAN

KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Di samping itu juga, mereka mempunyai nilai keyakinan yang rendah

terhadap keupayaan diri mereka sendiri serta berasa rendah diri untuk melakukan sesuatu. Oleh sebab

itu, mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana kurang yakin pada kebolehan yang ada pada

mereka lantas lebih suka mendiamkan diri dan hanya akan memberi perhatian terhadap sesuatu yang

menarik perhatian mereka. Mereka juga sering mempamerkan emosi yang negatif seperti moody dan

juga tertekan. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh mereka ini sudah tentunya akan membawa kesan yang

Page 32: Modul pendidikan khas

lain iaitu mewujudkan kesukaran untuk berinteraksi dengan guru –guru didalam kelas serta rakan-rakan

kerana pasif di kala menjalani aktiviti berpasangan atau berkumpulan. Sebenarnya, emosi mereka lebih

banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan juga layanan yang diterima oleh orang sekeliling mereka

terutamanya daripada orang terdekat mereka seperti ibubapa mereka.

5.5. Attention Deficit Disorder Hyperactive (ADHD)

Pengenalan

Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan

seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak

yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang

hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain. Kanak-

kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh

sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD -Attention deficit disorder). Kanak-kanak yang menghidap

sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih

kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

Gambar 5 : Kanak-kanak ADHD

Definisi

Persatuan Psikologi Amerika (APA) – mendefiniskan Attention Dificit Disorder Hyperactive (ADHD)

sebagai kecelaruan psikologi dengan petandapetandanya dapat dikesan sebelum umur 7 tahun.

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulasi

dan/ atau hiperaktiviti- Impulasif yang lebih kerap atau teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada

individu pada tahap-tahap perkembangannya. Terdapat 3 kategori ADHD berdasarkan definisi oleh

Persatuan Psikologi Amerika (Marilyn Friend, 2005),iaitu:-

ADD - kurang tumpuan

ADHD – hiperaktif impulsif

ADHD – gabungan

ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active' adalah

pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini

mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang

sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat

penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli

yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber

lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan

dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS) Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai

kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan

dikategorikan kepada 3 iaitu;

• ADHD Kurang Tumpuan

Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak teratur

• ADHD Hiperaktif-impulsif

i. Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi

ii. Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir

• ADHD Gabungan

Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsive

Ciri-ciri Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku

masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti berikut:

Page 33: Modul pendidikan khas

• Mudah terganggu oleh rangsangan luaran .

• Sukar mendengar dan mematuhi arahan.

• Sukar memberi tumpuan dan perhatian.

• Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan.

• Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.

• Tidak terurus.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

• Kemahiran belajar yang lemah.

• Sukar untuk berdikari.

Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra

(2008) adalah seperti berikut:

i. Tahap aktiviti tinggi

ii. Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri.

iii. Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan.

iv.Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang.

v. Tidak matang dari segi sosial.

vi.Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa.

Kanak-kanak adalah adalah normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahap tertentu pada tahap

perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD apabila

kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkah laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan

perkembangannya berbanding kanak-kanak lain pada usia yag sama (Sandra 2008). Ciri-ciri tingkah

laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif

mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih

agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat

kecuaian, gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar(PKU3101: PENGENALAN

KEPADA PENDIDIKAN KHAS) apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan

enggan melakukan tugasan. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri

di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang

mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial (Jamila 2005).

Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan ciri-ciri tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori

utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti:

• di rumah,

• di sekolah dan sebagainya

1. Hiperaktiviti

• Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.

• Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas

• Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok

• Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap

• Banyak bercakap

• Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.

2. Tempoh tumpuan yang singkat

• Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat

kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

• Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas

• Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti

• Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu

Page 34: Modul pendidikan khas

tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) • Selalu kehilangan

barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)

• Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain

• Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.

3. Tingkah laku impulsif

• Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan

• Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran

• Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain

• Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

Ciri-ciri kanak-kanak "hyper-active" juga ialah kurang penumpuan iaitu:

• tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting.

• Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan

mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain.

• Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang

lebih besar, biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas. Kebiasaannya pada usia 9 tahun

sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada

sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan

kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala(PKU3101: PENGENALAN

KEPADA PENDIDIKAN KHAS) sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa

mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik

rakan dan perangai yang pelik di lakukan.

Latihan

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki membuat esei dan

hantarkan kepada pensyarah

1. Berikan definisi kanak-kanak masalah kesihatan

2. Huraikan ciri-ciri kanak-kanak masalah kesihatan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN

KHAS)

6. Keperluan dalam pendidikan

6.1. Masalah Penglihatan

Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‗Manual On The Management of Children With

Visual Impairement‘ yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa

menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan

penggunaan deria di atas iaitu:

Sentuh

Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun

objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti

seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.

Pendengaran

Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya

dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang

dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan. Galakkan kana-kanak bercakap,

misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. Elakkan daripada

menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus

kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya , ― Adakah anak anda mahu aiskrim?‖,

Page 35: Modul pendidikan khas

cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak.(PKU3101: PENGENALAN

KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Bau

Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang

dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak

wangi, bedak dan lain-lain.

Rasa

Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini

selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan

apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa

dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan

latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan

cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek

pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya. Pendidikan bagi kanak

bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang

dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta,

gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin

braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held

magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop. Bagi setiap kanak-kanak low vision,

mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada

dengan bantuan alat khas ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki

penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN

KHAS) melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini.

Kajian Rokiah Omar dan Zainora Mohammed (2004) di sekolah khas menunjukkan kebanyakkan murid

low vision mempunyai akuiti visual dekat yang lebih baik berbanding akuiti visual jauh. Walau

bagaimanapun, kajian mereka turut mendedahkan ramai murid yang tidak menggunakan peralatan

khusus dan ini menyokong kajian Leat dan Karadsheh (1991) serta Kalloniatis dan Johnston (1990) yang

memang mendapati ramai kanak-kanak low vision tidak dilengkapi dengan peralatan khusus yang sesuai

dengan kecacatan mereka. Alasan yang diberikan oleh murid low vision di sekolah khas yang dikaji oleh

Rokiah dan Zainora adalah seperti berikut:

1. Tidak mampu membeli peralatan itu,

2. Peralatan yang ada hilang,

3. Tidak tahu menggunakan peralatan itu,

4. Tidak suka menggunakan peralatan itu.

Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang masih

mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Namun begitu, latihan perlu

diberi di samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan peralatan itu. Keadaan

murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas menyekat perkembangan murid itu

bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang perkembangan yang lain seperti emosi dan

sosial. Memang diakui ramai murid low vision yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas

alasan tersendiri. Namun dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang faedah yang diperoleh,

sudah pasti mereka bersedia melangkah ke hadapan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN

KHAS)

Latihan

Page 36: Modul pendidikan khas

Buatkan kumpulan kecil dan cari bahan dengan melayari internet serta berbincang dan jawab soalan-

soalan di bawah. Anda dikehendaki membuat esei pendek dan hantarkan kepada pensyarah melalui

emeil.

1. Jelaskan keperluan yang perlu disediakan atau dijalankan dalam pendidikan yang bersesuaian dengan

kategori kanakkanak keperluan berikut:

a. Masalah Pendengaran

b. Masalah tingkahlaku/Emosi

c. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

7.0. Penutup

Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka

bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental,

emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan

khas kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak normal. Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa

mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan

politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd.Sharani 2004). Hajah Hasnah (1988)

menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan

membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-

kanak.

Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan(PKU3101: PENGENALAN

KEPADA PENDIDIKAN KHAS) beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak

yang tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya

ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat

dibimbing dengan sempurna.

Aktiviti

Bentuk kumpulan kecil (5/6 orang) dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. Jelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak

berkeperluas khas di bawah:

I. Kerencatan Akal

II. Masalah pendengaran

III. Masalah penglihatan

IV. Masalah Tingkahlaku/Emosi

V. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN

KHAS)

TAJUK 5 KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

SINOPSIS

Tajuk ini adalah sambungan dari modul 3, anda akan didedahkan lagi dengan enam kategori kanak-

kanak berkeperluan khas iaitu masalah fizikal, palsi serebral. Masalah pembelajaran spesifik,

autisme, pintar cerdas.dan kecederaan otak trumatik.

HASIL PEMBELAJARAN

a. Mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas yang terdapat dalam pendidikan khas.

b. Menjelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak keperluan khas.

Page 37: Modul pendidikan khas

c. Menjelaskan keperluan yang bersesuaian dalam pendidikan untuk kategori kanak-kanak keperluan

khas.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kategori Kanakkanak Berkeperluan Khas

Masalah Fizikal

Palsi Serebral

Masalah Pembelajaran

Spesifik

Autisme

Kecederaan Otak Traumatik

Pintar Cerdas

Keperluan dalam pendidikan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.0. Pendahuluan

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza

dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciriciri mental, keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri

saraf dan otot atau fizikal. Dan juga dalam tingkahlaku sosial atau emosi serta keupayaan komunikasi

atau pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau

perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang

maksimum.

Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana keadaan

mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi mereka yang tidak sama

dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan dan perkembangan diri mereka- fizikal, otak emosi dan

sosial-tidak menyamai kanak-kanak biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua

bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa. Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah

tersendiri dan berbeza mengikut jenis kecacatan atau masalah yang dialami. Contohnya tingkahlaku

kanak-kanak autisme tidak sama dengan kanak-kanak Down Sindrom. Kanak-kanak autisme berada

dalam dunianya sendiri dan tidak pedulikan orang, sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan

orang.

Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas boleh

dikategorikan seperti berikut:

a. masalah pendengaran

b. masalah penglihatan

c. masalah pembelajaran

d. masalah tingkahlaku

e. masalah pertuturan

f. spastik (cerebral palsy)

g. terencat akal

h. cacat anggota(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.7 Masalah Fizikal

Pengenalan

Kanak-kanak keperluan khas secara umumnya dapat dikategorikan epada dua kumpulan utama

iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Antara mereka yang dikategorikan

sebagai kurang upaya secara kekal ialah golongan cacat anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan

dan warga tua. Manakala individu yang cedera, sakit dan mengandung dikategorikan sebagai

kurang upaya secara sementara.

Page 38: Modul pendidikan khas

Menurut pengerusi Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nury, Dato‘ Dr. Noor Laily Dato‘

Abu Bakar (2006) menyatakan kanak-kanak keperluan khas atau ―Orang Kurang Upaya‖ ialah orang

yang mengalami satu kecederaan otak dan sistem saraf yang mungkin bermula di dalam kandungan atau

waktu kelahiran serta kadang-kadang selepas demam panas hasil dari serangan bakteria atau virus

yang menyebabkan demam melarat ke dalam otak ataupun selepas berlaku sesuatu kemalangan.

Gambar 1 : Murid-murid masalah fizikal.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Definisi

Kurang Upaya Fizikal ialah keadaaan di mana bahagian tubuh badan tidak dapat bergerak atau dikawal

serta gagal berfungsi. Akta Pendidikan Kurang Upaya (IDEA) menyatakan masalah fizikal ialah

masalah ortopedik iaitu masalah sistem tulang rangka manusia.Ia terjadi disebabkan keganjilan sejak

lahir, penyakit,dan masalah lain seperti cerebral palsy, retakan,kudung atau terbakar Masalah Fizikal

ialah ketidakupayaan anggota badan samada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan

di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia,

kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti

asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi

akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori,

hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain.(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Ciri-ciri Masalah Fizikal

Masalah Fizikal boleh di bahagikan kepada beberapa jenis dan ia mempunyai ciri-ciri tertentu.

i. Muscular Dystrophies

Kana-kanak yang mengalami muscular Dystrophies akan mengalami masalah urat saraf yang lemah

sepanjang masa. Kebanyakannya berlaku pada kanakkanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak

perempuan.

Gambar 2 : Kanak-kanak bermasalah Muscular Dystrophies

ii. Acquired Brain dan Spina Injuries

Masalah Fizikal jenis acquired brain dan spina injuries berlaku disebabkan kecederaan yang kekal

dalam otak, tulang dan saraf.

Gambar 3 : Kanak-kanak bermasalah Kanak-kanak bermasalah(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

iii. Spina Bifida

Spina Bifida berlaku disebabkan tulang belakang bayi tidak mengalami pertumbuhan semasa dalam

kandungan. Jika ia berterusan akan menyebabkan lumpuh sepenuhnya atau separa di kaki serta

kesukaran mengawal usus dan pundi kencing.

Gambar 4 : Kanak-kanak bermasalah kanak-kanak Spina Bifida

iv. Cerebral Palsy

Cerebral Palsy berlaku disebabkan kerosakan pada bahagian otak yang mengawal pergerakan

semasa awal pertumbuhan, biasanya ia berlaku semasa dalam kandungan. Jika berlaku semasa

kelahiran, adalah kerana kekurangan oksigen, meningitis dan kecederaan di otak Kanak-kanak yang

mengamali masalah ini akan merasi kesukaran dibahagian postur badan, pergerakan tubuh, otot-otot

yang lemah serta keseimbangan dan koordinasi tubuh. Ia juga mengalami kesukaran untuk makan dan

bercakap.

Page 39: Modul pendidikan khas

Gambar 5 : Kanak-kanak bermasalah kanak-kanak Cerebral Palsy(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

5.8. Palsi Serebral (Cerebral Palsy)

Pengenalan

Perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak banyak bergantung kepada

perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan mereka. Ini

berbeza dengan mereka yang menghadapi masalah Cerebral Palsy kerana pergerakan otot-otot mereka

gagal berfungsi secara normal dan juga akan menyukarkan kanakkanak terbabit melakukan aktiviti-

aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak dan memegang

barang. Kebanyakkan masalah Cerebral Palsy terdiri daripada kategori Spastik.

Gambar 6 : Kanak-kanak Palsi Serebral

Definisi

‗CELEBRAL‘ bermaksud OTAK. Manakala ‗PALSY‘ membawa erti KURANG atau TIDAK BERUPAYA

MENGAWAL PERGERAKAN OTAK‘. Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh

kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau

pada awal usia. Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan

motor dalam otak yang mengakibatkan kurang(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN

KHAS) upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf ini

lazimnya berlaku sebelum,semasa dan di peringkat awal bayi iaitu ketika bahagian otak kanak-kanak

pesat berkembang. Cerebral Palsy atau dikenali sebagai CP dikatakan satu keadaan dimana

berlakunya kecederaan pada otak seperti mana yang kita ketahui, otak mengawal segala

pergerakan dalam badan kita. Kecederaan ini boleh berlaku semasa kandungan masih berada dalam

rahim, selepas kelahiran ataupun pada bilabila tahap asalkan berlaku kecederaan dalam otak.

Cerebral bermaksud sebahagian dalam otak manusia manakala Palsy bermaksud kelemahan atau

masalah menggunakan otot-otot (Winnick, 2005).

Ciri-ciri Palsi Serebral

Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral athetiod, palsi selebral

ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi selebral spastic ialah

masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan

menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika

pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga

menyebabkan pergerakannya kurang terkawal. Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai

anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan

mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang

mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya

adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat.

Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik,mereka berasa rendah diri dan ini akan

menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini

rendah diri adalah sikap ibu bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau

menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi

penjagaan diri sendiri.

Page 40: Modul pendidikan khas

5.9. Masalah Pembelajaran Spesifik

Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia menggangarkan berdasarkan perangkaan 2001 bahawa seramai

290,000 murid sekolah dari 4.9 juta murid berkemungkinan memiliki cirri-ciri Masalah Pembelajaran

Spesifik (SPLD); Disleksia. (KPM 2000). Empat peratus dari populasi dunia adalah signifikan

memiliki simptom-simptom disleksia (Musa 2002). Kanak-kanak berkeperluan khas termasuk kanak-

kanak disleksia juga memerlukan pendidikan yang sempurna dan berkesan dalam memastikan

mereka dapat meneruskan kehidupan yang bermakna.

Gambar 7 : Kanak-kanak masalah pembelajaran spesifik(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

Definisi

Perkataan ―disleksia‖ (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu ―Dys‖ yang

bermaksud kesukaran dan ―Lexis‖ bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan

perkataan. Istilah ‗buta huruf‘ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun

1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‗ophalomotologist‘ telah memperkenalkan perkataan

‗Disleksia‘ (Hammond dan Hugges, 1996:3) ―Disleksia ialah satu ‗Disorder‘ dalam kanak-kanak yang

telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang

setaraf intelek‖ (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain

yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;

• Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik

• Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa

• Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi moto-mata-tangan

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran spesifik iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca,

menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang

sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk

mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia

tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu

kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang

dengan cara yang berlainan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) Ciri-ciri Masalah

Pembelajaran Spesifik Drake (1989) menyatakan bahawa masalah pembelajaran spesifik atau disleksia

dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan

kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar

dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa

minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).

Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanak-kanak

yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali

ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi

kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan akibatnya akan

ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh

seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi (Mercer 1997 & Smith

1999). Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8

ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan,

lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya,

kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi

Page 41: Modul pendidikan khas

merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

Ciri-ciri mengikut tanda bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

I. pra-sekolah

• Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan

• Suka mengganti perkataan dan hiperaktif

• Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah

• Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari

• Tidak merangkak semasa bayi

• Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri

• Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

ii. Kanak-kanak Sekolah Rendah 6 hingga 9 tahun

• Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan

nombor

• Menggunakan jari untuk mengira dan membaca

• Keliru dengan kiri dan kanan

• Tulisan cermin atau terbalik 9 hingga 12 tahun

• Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman

• Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan

• Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks

• Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

• Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah

• Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

iii. Sekolah Menengah

• Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten

• Kesukaran menulis karangan

• Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN

KHAS)

• Kesukaran mempelajari bahasa lain

• Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

• Jenis orang yang suka senyap

• Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten

• Kurang kemahiran bersosial

5.10. Autisme

Pengenalan

Guru dan ibubapa perlu tahu cara mengetuk ‗pintu rahsia‘ murid atau anak sebelum boleh mendekati

dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar

didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-

kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam

pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui

pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada

individu normal. Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang

bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‗buat perangai‘, sama ada tidak

mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh

mencederakan diri.Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan

Page 42: Modul pendidikan khas

sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku

terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Dianggarkan satu daripada 500

kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000

penduduk Negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000

pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami

keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat

akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah

berinteraksi,(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) berkomunikasi dan tingkah

laku. Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain,

tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Pun begitu,

bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi

orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu

mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang

sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk ―Pencegahan Autis Pada

Anak‖, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-

perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu

perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah

adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

Gambar 8 : Kanak-kanak Autisme

Definisi

Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek

iaitu ―autos‖ yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup

dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan

istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang

menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS) dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang

lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean

Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk ―Does Television Cause Autism?‖

menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme. Menurut

kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to

communicate or form relationships with other.

Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a

disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of

the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka,

dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi,

gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan. Kanner (dalam Safaria, 2005) mendefinisikan

Autisme sebagai ketidakmampuan untukberinteraksi dengan orang lain. Cohen dan Bolton (1999)

mendefinisikan Autisme sebagai keadaan yang mempengaruhi anak membuat mereka tidak dapat

membentuk hubungan sosial atau mengembangkan komunikasisecara normal. Autistik atau autisme

merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Autisma

merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku.Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma

akan menunjukkan tingkah laku yang tidaksesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan

pekara diluar jangkaan kita.Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku

mengamuk sepertikanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu

Page 43: Modul pendidikan khas

permainandan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak.(PKU3101: PENGENALAN

KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Peringkat autisme

a). Autisme ringan

Pada tahap ini, anak autisme masih menunjukkan adanya kontak mata walaupun tidakberlangsung lama.

Anak autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketika dipanggilnamanya, menunjukkan ekspresi-

ekspresi muka, dan dalam berkomunikasi pun masih bisadilakukan secara dua arah meskipun

terjadinya hanya sesekali. Tindakan-tindakan yangdilakukan, seperti memukulkan kepalanya sendiri,

mengigit kuku, gerakan tangan yangsterotipik dan sebagainya, masih boleh dikendalikan dan dikawal

dengan mudah.

b). Autisme sedang

Pada tahap ini, anak autisme masih menunjukkan sedikit kontak mata, namun ia tidakmemberikan

respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif atau hiperaktif, menyakiti dirisendiri, acuh, dan

gangguan motorik yang stereotipik cenderung agak sulit untuk dikendalikantetapi masih bisa

dikendalikan.

c). Autisme berat

Pada tahap ini, anak autisme menunjukkan tindakan-tindakan yang sangat tidak terkendali.Biasanya

anak autisme memukul-mukulkan kepalanya ke tembok secara berulang-ulang danterus-menerus tanpa

henti. Ketika orang tua berusaha mencegah, namun anak tidakmemberikan respon dan tetap

melakukannya, bahkan dalam kondisi berada dipelukan orangtuanya, anak autisme tetap memukul-

mukulkan kepalanya. Ia baru berhenti setelah merasakelelahan kemudian langsung

tertidur.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Ciri-ciri autisme

Ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah:

a) Tidak mampu bersosial

Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan

berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:

1. Tidak menghiraukan orang lain.

2 Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.

3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.

4. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).

5. Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.

6. Lebih suka bermain sendiri.

7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

1. Lambat bercakap.

2. Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.

3. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

4. Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot.

5. Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).

6. Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.

7. Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan

mereka kedengaran seperti orang dewasa.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.

Page 44: Modul pendidikan khas

Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan. Menunjukkan minat pelik, contohnya

terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek. Sangat

sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar

kawalan.Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulangulang. Tidak boleh duduk

diam. Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa

d. Masalah tingkah laku

1. Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti

mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang

merosakkan seperti mencederakan diri.

2. Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan

buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.

3. Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.

4. Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian

orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di

atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal

‗mengubah‘ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya.

Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.―Kanak-

(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) kanak autisme bukan golongan berisiko atau

bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah

perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara

umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. ―Bagaimanapun melalui pendidikan betul,

individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang

pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah

paras kemampuan,‖ kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng

Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti

Pendidikan Universiti Malaya.Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen

Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari

kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya,

banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan

baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan

pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri. Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik,

tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.

Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan

pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa,

bermain dengan kanakkanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

5.11. Pintar Cerdas

Pengenalan

Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan

terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam sistem ini, kanak-kanak yang memiliki

potensi dan memperoleh pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk

memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Pelaksanaan

sistem ini telah dihentikan pada awal tahun 1970-an. Namun demikian, pada awal tahun 1980-an, satu

Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-Kanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada simposium

tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan MENSA Malaysia telah

ditubuhkan pada tahun 1983, bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985,

Page 45: Modul pendidikan khas

pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar

pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987.

Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk

pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah ditubuhkan pada

tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil daripada seminar tersebut, didapati bahawa

perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan

pelajar yang pintar cerdas serta berbakat. Ekoran itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi

mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian

Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan kepada pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah.

Pelajar yang berjaya memperoleh tahap maksimum dibenarkan meneruskan persekolahan ke Tahun 5,

tanpa perlu mengikuti persekolahan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja.

Gambar 9 : Kanak-kanak Pentar Cerdas

Definisi

Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat tentang konsep pelajar pintar cerdas ini. Konsep pintar

cerdas ini penting difahami kerana hal ini dapat membantu dan mempengaruhi khidmat (services) akan

diberi untuk memenuhi keperluan khas pelajar ini. Ada pihak yang mendefinisikannya sebagai golongan

pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berbakat dan kreatif. Beberapa istilah telah

digunakan berkaitan dengan ‗giftedness‘ dan kreativiti. Istilah seperti kecerdasan (intellegence) yang

tinggi, IQ yang tinggi (1.5 – 2 sisihan piawai atas min), pintar cerdas (gifted) (skor IQ lebih daripada 130)

kreatif, berfikiran konvergen, berfikiran divergen sering digunakan untuk memerihalkan ‗giftedness‘.

Alfread Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai ―The

Stanford-Binet Test ‖ telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan

memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik (PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS) Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang

yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi

pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada

tahun 1972. Definisi Marland, (1972), dalam S. Deborah, (1998:hal.277) iaitu: ―Gifted and talented

children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are

capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and

services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their

contribution to self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated

achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination:

1. General intellectual aptitude

2. Specific academic aptitude

3. Creative or productive thinking

4. Leadership ability

5. Visual and performing arts

Purcell (1978), mendefinisikan ‗gifted‘ ini sebagai kanak-kanak atau belia (youth) yang telah dikenal pasti

pada peringkat prasekolah, sekolah rendah atau menengah sebagai berkebolehan yang tinggi dari

beberapa aspek intelektual, kreativiti, akademik, kepimpinan, seni lakonan atau lukisan yang memerlukan

khidmat atau aktiviti yang tidak terdapat di sekolah. Menurut Jamila (2005), Kanak-kanak pintar cerdas

adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering

dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka

sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua & Koh (1992) mendefinisikan

kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang menunjukkan atau potensi kebolehan

dalaman:(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Page 46: Modul pendidikan khas

• Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan

baik.

• Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains, matematik, kepimpinan perhubungan

manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan drama.

Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi kanak-kanak pintar cerdas

adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah, sekolah rendah atau menengah menunjukkan

bakat atau potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang

sebaya dengan mereka. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, seni dan

mempunyai kepimpinan yang luar biasa Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-

ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitif

mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan

dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat dengan cepat

dan dengan cekap mengingati semula maklumat. Kanak-kanak ini boleh merancang, memantau dan

menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain.

Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewa dan menghina

rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.

Gardner (1983) memberi nafas yang baru kepada konsep-konsep kecerdasan (intelligence) yang selama

ini berfokus kepada kebolehan logik dan matematik. Konsep ‗multiple intelligence‘ yang diperkenalkan

olehnya membuka ruang kepada pengiktirafan pelbagai kebolehan dan bakat sebagai penting dan perlu

diasah. Gardner menyarankan tujuh jenis kecerdasan yang membolehkan pelajar mengukuhkan

kebolehan khusus mereka dan memupuk beberapa bakat(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS) yang ada pada mereka. Para pelajar diberi peluang memperluas minat, kebolehan

dan kemahiran mengikut kekuatan mereka masing-masing dalam matematik, bahasa, seni, inter dan intra

personel, bersukan dan spatial sebagai sama pentingnya dan perlu diiktiraf, dipupuk dan

diperkembangkan di kalangan kanak-kanak.

Sternberg (1997) dalam D.P Hallahan dan J.M. Kauffman (2000) memperkenalkan teori kecerdasan

yang menyatakan tiga jenis pintar cerdas iaitu analitis, sintetik, dan praktikal. Pintar cerdas analitis ialah

melibatkan kebolehan pelajar pintar cerdas menangani sesuatu masalah – memahami setiap tahap dan

bahagian masalah serta bagaimana masalah itu berhubung kait. Kebolehan ini boleh diukur melalui ujian

kecerdasan yang konvensional. Pintar cerdas sintetik melibatkan kebolehan pemahaman mendalam

(insight), intuisi, kreativiti atau kebolehan mengadaptasi dan menangani sesuatu situasi yang berbeza,

kemahiran yang bersangkut paut dengan seni dan sains. Manakala pintar cerdas praktikal melibatkan

kebolehan mengaplikasikan kebolehan analitis dan sintetik untuk menyelesaikan masalah harian, jenis

kemahiran yang dimiliki oleh mereka yang berjaya dalam kerjaya mereka. Sternberg dan Zhang (1995)

dalam D.P Hallahan dan J.M. Kauffman (2000) mencadangkan lima kriteria untuk menentukan sama ada

seseorang itu memiliki bakat, iaitu :

I. Kualiti cemerlang (Excellence), bermaksud seseorang individu itu mestilah memiliki kebolehan lebih

daripada rakan-rakan sebayanya atau dengan kata lain dimensi persembahannya.

ii. Luar biasa (Rarity), bermaksud hanya segelintir daripada sekumpulan manusia yang memiliki watak

atau perwatakan yang berbakat. Berketerampilan (Demonstrability), bermaksud seseorang itu mestilah

boleh menunjukkan apa-apa keluarbiasaan bakat atau kebolehan mereka melalui ujian-ujian tertentu

yang sah instrumennya.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Iii. Produktiviti (Productivity) bermaksud kanak-kanak pintar cerdas itu mampu menunjukkan kebolehan

dan bakat masing-masing sehingga menghasilkan kejayaan ataupun melalui produk yang dapat

dihasilkan.

iv. Nilai (Value) bermakna bahawa seseorang kanak-kanak pintar cerdas itu mempersembahkan

kebolehan yang boleh dinilai dan dihargai oleh sesebuah masyarakat mereka.

Page 47: Modul pendidikan khas

Ciri-ciri Pintar Cerdas

Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan perkembangan yang lebih cepat daripada kanak-kanak normal

dari kognitif, afektif dan fizikal. Mula berjalan dan bercakap lebih awal daripada kanak-kanak biasa.

Semasa kecil lagi, telah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna.

Mungkin lebih tinggi, lebih besar, dan lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya

dan dalam ukuran perkara tertentu mereka adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan

perkembangan paruparu.

Dapat menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan, tidak semestinya di hadapan pelawat yang

datang melawat ke rumah atau penonton, gaya diri yang luar biasa. Menunjukkan minat terhadap masa

agak awal. Bercakap tentang semalam, hari ini, esok, hari-hari dalam seminggu, waktu itu dan waktu ini,

kalendar dan jam, pada peringkat umur yang awal Ini menunjukkan kesedaran terhadap masa dan

kaitannya dengan dirinya. Mempunyai pelbagai minat dan bersikap spontan, disaingi oleh sifat ingin tahu

dari segi intelek yang luas dan kian berkembang. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki

sekolah dan boleh dikatakan mempunyai keinginan yang awal untuk membaca. Mempunyai(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) kebolehan membaca yang lebih tinggi daripada kanak-

kanak lain yang seumur dengannya. Mengumpul benda-benda dengan teratur ( tetapi kualiti ini tidak

semestinya ada – mungkin juga ia tidak teliti, tidak sistematik dan tidak teratur). Pengumpulan jika dibuat

mungkin termasuk burung, setem, bahan kimia atau gambar-gambar (gambar bintang filem misalnya).

Biasanya koleksi ini ialah daripada jenis yang canggih atau saintifik. Mempunyai hobi yang lebih

banyak dan memerlukan ketekunan dan penumpuan berbanding dengan kanak-kanak lain yang

sebaya. Mungkin mempunyai antara tiga hingga enam hobi yang berbeza.Mempunyai minat

terhadap permainan yang agak mendahului kanak-kanak yang sebaya dengannya. Memilih

permainan yang melibatkan peraturan dan sistem, misalnya, permainan catur. Mungkin mempunyai

kecenderungan pada permainan dan kerja yang dilakukan bersendirian. Kanak-kanak pintar cerdas

yang masih kecil mungkin mempunyai kawan bermain yang direka-rekanya dan perbualannya

dengan rakan yang direka-reka ini amat berharga dan menakjubkan. Sering menunjukkan pemahaman

tentang makna yang kelihatan agak terlalu awal untuk umurnya. Interpretasinya tentang kejadian

semasa, perkembangan antarabangsa dan politik menunjukkan kebolehan memikir secara abstrak,

kreatif dan kritis.

Menunjukkan kebolehan yang matang dalam melahirkan dirinya dan perasaannya melalui penulisan

kreatif dan pernyataan oral dan melalui lukisan untuk menyampaikan idea; perbendaharaan kata dan

kandungannya mungkin agak berbeza dan luar biasa. Memberikan gerak balas kepada komen dengan

cara yang menunjukkan pemikiran yang mendalam. Ia cepat memberikan respon. Mempelajari sesuatu

dengan mudah, memerlukan sedikit penerangan dan kurang pengulangan oleh guru jika dibandingkan

dengan kebanyakan pelajar. Mungkin kurang sabar daripada orang lain dengan latih tubi yang tidak

bermakna atau tugasan yang diberikan semata-mata untuk mengisi masa, sering merasakan bahawa

masa boleh digunakan dengan lebih berfaedah.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN

KHAS) Boleh menyesuaikan dan menggunakan apa yang ia telah pelajari dengan situasi lain.

Pemindahan idea datang dengan agak mudah.Mungkin tidak sabar dan memberontak sikap pasif orang

lain, termasuk orang dewasa di rumah dan di sekolah. Mungkin agak sukar dalam masyarakat kita yang

sering tersuai dengan kanak-kanak yang sederhana. Biasanya menunjukkan keupayaan dan kebolehan

dengan pencapaian dan penguasaan mata pelajaran sekolah yang lebih tinggi. Tetapi pencapaian

mungkin lebih rendah daripada yang diharapkan apabila dalam kelas yang membosankan, lembap, tidak

mencabar, tidak bersemangat, tidak menarik, dan dia tidak boleh terima, dalam keadaan begini dia

mungkin mencabar atau mengancam guru. Biasanya sukakan sekolah dan menunjukkan keinginan untuk

belajar tanpa desakan atau tekanan. Melibatkan diri dan kelihatan mempunyai lebih masa untuk

melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah dan aktiviti kokurikulum tanpa menjejaskan

Page 48: Modul pendidikan khas

pencapaian akademiknya. Sering memilih mata pelajaran sekolah yang lebih sukar semata-mata kerana

ia menyukainya. Boleh menilai kekuatan dan kekurangan dirinya secara objektif. Mempunyai kesedaran

akan dirinya dan ini mungkin menyebabkan dia tidak disukai oleh pelajar lain yang tidak sebijaknya. Oleh

sebab tidak menyedari punca perseteruan atau antagonisme ini, dia mungkin rasa perlu mengasingkan

diri dan tidak bergaul dengan pelajar lain yang sebaya dengannya dan bergaul dengan orang dewasa

atau orang yang lebih tua dengannya.Mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas daripada kanak-

kanak lain pada peringkat umur dan darjah yang sama, menggunakan dan memahami perkataan dalam

bacaan, penulisan dan percakapan.

Menanyakan soalan kerana dia benar-benar ingin tahu dan kemudian menggunakan maklumat yang

diperoleh melalui percakapannya. Menunjukkan sifat original pada tahap yang tinggi dalam permainan,

kerja, rancangan dan situasi. Ini mungkin juga dapat dilihat daripada cara dia memotong rumput atau

membasuh kereta. Mempunyai jangka masa perhatian dan penumpuan yang lebih lama daripada yang

kita jangkakan.(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

Boleh berjenaka dan ketawa mendengar jenaka yang orang lain pada peringkat umurnya tidak dapat

memahami, sering kelucuan atau jenaka yang abstrak dan berasaskan imaginasi yang memerlukan

kematangan dan lebih tinggi daripada peringkat umurnya untuk memahaminya.Suka bergaul dengan

kanak-kanak yang lebih tua daripadanya walaupun mereka mungkin tidak menggemarinya. Mungkin

menunjukkan kemahiran luar biasa atau kreativiti dalam seni dan muzik, boleh mengikuti nada dengan

baik pada umur yang masih awal lagi, mempunyai keinginan yang mendesak untuk mempelajari muzik,

mempunyai deria yang luar biasa terhadap irama, atau menunjukkan deria warna yang terang. Selalunya

dapat mengawal diri, tenang dan tidak mudah terganggu emosinya, tidak gugup, stabil baik dari segi

emosi dan tidak bercakap besar walaupun dia mempunyai kelebihan berbanding kanak-kanak lain.

Secara ringkasnya ciri-ciri pintar cerdas adalah:

a. Pengamatan tinggi

• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang

mungkin akan terlepas pandang

b. Keinginan untuk tahu tinggi

• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

c. Minat mendalam

• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin

setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

d. Menerima infomasi dengan pantas

• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak(PKU3101:

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

e. Ingatan yang tinggi

• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu

mengingati semula dengan cepat

f. Mungkin dapat membaca lebih awal

• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

g. Kerap membaca serta meluas

• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

h. Tatabahasa yang tinggi

• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang

baru dan unik

i. Tahap penumpuan yang lama

• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu

perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Page 49: Modul pendidikan khas

j. Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta

memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

k. Suka bertanya dengan lebih teliti

• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

k. Keupayaan imaginasi yang tinggi

• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus

serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

l. Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam

sekitar(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS)

m. Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku

• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat

keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana

sangat simpati terhadap haiwan

n. Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan

• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

o. Bersemangat dan bertenaga

• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai

tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

p. Pandai berjenaka

• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya

langsung tidak memahami

q. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan

sempurna

Latihan

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki membuat esei dan

hantarkan kepada pensyarah

1.Berikan definisi kanak-kanak Kecederaan Otak Traumatik

2.Huraikan ciri-ciri kanak-kanak Kecederaan Otak Traumatik(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

6.0. Keperluan dalam pendidikan

6.1. Pintar cerdas

Kanak-kanak pintas cerdas memerlukan pendekatan dan strategik yang berbeza untuk mereka mengikuti

pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Pengayaan – kajian bebas, peluang menghabiskan sukatan

pelajaran dgn lebih awal dan ambil peperiksaan lebih cepat, penggunaan proses pemikiran tinggi,

program ceramah, program mentor, bahan peringkat tinggi, program guru penasihat, sumber tahap

universiti, pendidikan berasaskan komuniti, program pertukaran, dan program pendidikan antarabangsa.

Program Pendidikan Kanak-Kanak Pintar Cerdas yang boleh dilaksana saperti Kaedah Pengelompokan

– kelas khusus, program bawa keluar,pengelompokan rumpun, sekolah khas, penjadualan

rumpun bagi kursus tertentu, seminar, kelas khas di luar waktu sekolah, kelas masa cuti, ekspedisi

masa cuti, pusat sumber, program luar Menggunakan Model-Model Pengayaan yang bersesuaian

saperti Model Renzulli – penerokaan, latihan berkelompok, dan kajian bebas. Berasaskan minat

pelajar. Diguna pakai oleh MRSM dgn nama SEM (schoolwide Enrichment Model )

Page 50: Modul pendidikan khas

Corak Pembelajaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas perlu berbeza dengan kanak-kanak normal supaya

dapat menarik minat mereka untuk belajar. ―The classroom will expend its walls via the information

and communication links to other parts of the community and world made possible by the Information

Highway. Teachers will remain centrally important but will probably spend more time with small

groups of students working together using a personal computer that is connected to the network. This

form of interactive, engaging learning will mean students can access a wealth information‘s, proceed at

their own pace and collaborate with other students.‖ (Gates, 1996)(PKU3101: PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS)

―A large wall-mounted screen, perhaps an inch thick, will replaced today‘s black board and movie

projectors in the classroom. It will displays pictures, movies and other visual materials as well as written

notes and outlines. You will be able to draw or make lists by writing on it. The computer controlling the

white board will recognize your handwriting and will convert it into a more readable typeface. This

information appliance will be centrally located in the classroom and will be used by students and teachers

alike for presentations to the group‖ (Gates, 1996) ―In the future, teachers will use text, images, sound,

video and animation as part of their curriculum; all available through the ‗Information Highway‘. And as

the power and ease of use of software increases, so will the ability of teachers and students to create

presentations with multimedia content that rivals the production values of today‘s high budget films

and television‖ (Gates, 1996) Masalah yang biasa berlaku di Kelas Biasa menurut Smith (1998)

bahawa dalam banyak hal, keperluan individu mereka tidak dapat dipenuhi dan minat mereka sering

diabaikan. Jika ada kerja berkumpulan, merekalah yang membuatnya. Mereka juga sering digunakan

untuk membantu guru menunjuk ajar pelajar lain. Walaupun kerjasama mereka diperlukan, keperluan

khusus mereka tidak sepatutnya diabaikan. Sering kali mereka diberi kerja yang sama dan belajar

perkara yang mereka sudah tahu, kadang kala perkara yang mereka lebih tahu daripada guru mereka.

Program / aktiviti khas untuk pelajar ini perlu difikirkan oleh pihak sekolah jika kita tidak mahu bakat

istimewa mereka ini hilang disebabkan sekolah dan pihak bertanggungjawab tidak mampu memberi

khidmat yang sewajarnya kepada mereka

6.2. Palsi Serebaral (Cerebral Paalsy)

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi,

sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka

mempunyai otak yang kurang(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) berfungsi,

namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti

memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat

mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan

keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi

mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu,

kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiaptiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist

dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy

mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga

mereka.

Latihan

Buatkan kumpulan kecil dan cari bahan dengan melayari internet serta berbincang dan jawab soalan-

soalan di bawah. Anda dikehendaki membuat esei pendek dan hantarkan kepada pensyarah melalui

emeil.

1. Jelaskan keperluan yang perlu disediakan atau dijalankan dalam pendidikan yang bersesuaian

dengan kategori kanakkanak keperluan berikut:

a. Masalah Pembelajaran Spesifikasi.

Page 51: Modul pendidikan khas

b. Autisme

c. Masalah Fizikal

7.0. Penutup

Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka

bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental,

emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau

berkeperluan(PKU3101: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS) khas kerana cacat deria lihat

dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.

Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-

cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan

bangku sekolah (Mohd.Sharani 2004).

Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada anak-anak

perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang

kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat

mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang

tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu

bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing

dengan sempurna.

Aktiviti

Bentuk kumpulan kecil (5/6 orang) dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki

menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. Jelaskan definisi dan ciri-ciri kanak-kanak

keperluas khas di bawah:

I. Masalah Fizikal

II. Masalah Pembelajaran Spesifik

III. Autisme

IV. Pintar Cerdas

V. Palsi SerebralRujukan

Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas (2009) Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia :

Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan . Bangi. Fakulti Pendidikan

UKM

Yusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006) Pengenalan Kepada Pendidikan Khas.

Kuala Lumpur: OUM

Jamila K.A Mohamed (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa . Selangor : PTS

Yell, M.L. (2006). The Law and Special Education 2ed. New Jersey : Pearson Education,Inc.

Friend, M (2006). IDEA 2004 Update Edition: Special Education.New Jersey : Pearson Education , Inc.

Kauffman J.M. Dan Hallahan D.P. (2005) Special Education . New Jersey : Pearson Education , Inc

Lonergan, B.A. (1999). The Development of Trauma Therapist : A Qualitative

Studi of the Therapist’s Perspectives and Experiences. Colorado : Counselling Psychology.

Pickett,G.Y. (1998). Therapist in Distress : An Integrative Look at Burnout, Secondary Traumatic Stress

and Vicarious

Traumatization. Dissertation. University of Missouri-St. Louis.

Stamm, B.H. (1999). Secondary Traumatic Stress. Self Care Issues for

Clinicians, Researchers & Educators. MD :

Sidran Press.PANEL PENULIS MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

Page 52: Modul pendidikan khas

(XXX PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

KAMARUL BAHRIN BIN MOHD. RADZI

PENSYARAH

IPG KAMPUS IPOH

[email protected]

[email protected]

M.Ed.(Pendidikan Khas)

B.Ed. (Pendidikan Khas)

Dip. Perguruan Khas (Pemulihan Khas)

Sijil Perguruan Khas (Pemulihan Khas)

Pensyarah IPG Kampus Ipoh

Peg.Khas Pend. Khas PPD Kuala Kangsar (6 thn)

Penyelaras Pendidikan Khas (4 thn)

Guru Pendidikan Khas (2 thn)

Guru Pemulihan Khas (10 thn)

HJH SATARIAH BT KAMIS

PENSYARAH

IPG KAMPUS IPOH

[email protected]

M.Ed.(Pendidikan Khas)

B.Ed. (Psikologi)

Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu,Sejarah)

Pensyarah Pendidikan Khas

IPG Kampus Ipoh

Guru Akademik

HJH SAFIAH BT HARUN

PENSYARAH

IPG KAMPUS IPOH

[email protected]

M.Ed.(Pendidikan Khas)

B.Ed. (Kesusasteraan Melayu)

Diploma Pendidikan

Pensyarah Pendidikan Khas

IPG Kampus Ipoh

Guru AkademikIKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat PANDUAN PENULISAN MODUL PPG

Page 53: Modul pendidikan khas

1. Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan jam interaksi bersemuka.

2. Modul pembelajaran akan digunakan oleh pelajar PPG ketika mereka berada di

sekolah sebagai bahan pembelajaran kendiri.

3. Format modul mesti mengikut format yang diselaraskan oleh Pusat

Pembangunan Akademik, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran

Malaysia.

4. Panel penulis modul perlu memilih topik-topik yang sesuai daripada pro forma

kursus untuk dimodulkan.

5. Topik-topik yang dipilih mesti mudah difahami oleh pelajar program melalui

pembelajaran kendiri.

6. Agihan topik-topik yang dimodulkan ditunjuk dengan jelas dalam ―08 Agihan

Tajuk‖ (cara penulisan rujuk contoh ―08 Agihan Tajuk‖ yang dilampirkan)

7. Modul yang dihasilkan harus menjurus ke arah menggalakkan pelajar PPG

melakukan pembelajaran kendiri dengan membuat rujukan-rujukan tambahan

pelbagai sumber.

8. Aktiviti-aktiviti yang sesuai yang dapat menggalakkan pembelajaran kendiri

disediakan. Dua latihan disediakan pada akhir modul ini sebagai latihan.

9. Bahasa yang digunakan mesti interaktif dan mesra pengguna.