pentadbiran pendidikan khas

Upload: maszenah-alan

Post on 02-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    1/23

    Pentadbiran Pendidikan Khas

    1.1 Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah

    Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Pendidikan Khas :

    Penasihat : Pengetua / Guru Besar

    Pengerusi : Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan KhasN. Pengerusi 1 Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran

    N. Pengerusi 2 : Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid

    N. Pengerusi 3 : Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum

    Penyelaras : Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    Pen. Penyelaras : Guru pendidikan khas

    Setiausaha : Guru pendidikan khas

    Bendahari : Guru pendidikan khas

    AJK-AJK : Guru pendidikan khas

    Ahli-ahli Jawatankuasa termasuk guru kelas, guru mata pelajaran, guru kokurikulum, gurudisiplin, guru stok, guru keceriaan dan guru bertugas mingguan.

    1.2 Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

    Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia

    pelaksanaan program inklusif di sekolah.

    Penasihat : Pengetua / Guru Besar

    Pengerusi : Penolong Kanan / Guru Kanan KokurikulumPenyelaras : Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    Pen.

    Penyelaras

    : Guru pendidikan khas

    Setiausaha : Guru pendidikan khasBendahari : Guru pendidikan khas

    AJK-AJK : Guru-guru sukan

    1.3 Jawatankuasa Program Inklusif

    Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyeliapelaksanaan program inklusif di sekolah.

    Penasihat : Pengetua / Guru Besar Pengerusi : Penolong Kanan

    Penyelaras : Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    Pen.Penyelaras

    : Guru pendidikan khas

    Setiausaha : Guru pendidikan khas

    Bendahari : Guru pendidikan khasAJK-AJK : Guru-guru kelas aliran perdana yang terlibat

    : Guru mata pelajaran yang terlibat

    1.4 Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    2/23

    Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Program Inklusif bagi tujuan menyelia

    pelaksanaan program inklusif di sekolah.

    Penasihat : Pengetua / Guru Besar

    Pengerusi : Penolong Kanan

    Penyelaras : Penyelaras Kelas Pendidikan KhasPen.Penyelaras

    : Guru pendidikan khas

    Setiausaha : Guru pendidikan khas

    Bendahari : Guru pendidikan khasAJK-AJK : Guru-guru disiplin

    1.3 Perjawatan Guru Pendidikan Khas

    Jawatan guru pendidikan khas adalah satu jawatan sepenuh masa dan tidak boleh digunakan

    sebagai guru ganti di kelas aliran perdana (Atas dasar murid ini memiliki surat perakuan doktor,memerlukan penjagaan rapi & hendaklah dibawah guru yang diberikan kuasa serta

    tanggungjawab khas).

    Perkiraan perjawatan guru pendidikan khas adalah seperti berikut: Jumlah

    Guru Pendidikan Khas = Bilangan Kelas X 1.5

    1.4 Bilangan Kelas Pendidikan Khas

    Pada masa ini, perkiraan bilangan kelas pendidikan khas adalah seperti berikut:

    Bilangan Kelas Pendidikan Khas = Bil Murid / 6.5

    ( Perkiraan di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM )1.5 Mesyuarat

    1.5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas

    Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas peringkat sekolah hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun dan minit mesyuarat hendaklah dicatat dan difailkan di dalam

    Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas. Ini bertujuan untuk memastikan pihak pentadbir dan semua

    guru pendidikan khas mengambil bahagian yang aktif di dalam hal-hal berkaitan perjalanan kelaspendidikan khas dan sentiasa dimaklumkan dengan maklumat terkini.

    Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas hendaklah dipengerusikan oleh Penolong Kanan

    Kurikulum/Guru Kanan dengan Pengetua/Guru Besar sebagai penasihat.

    1.5.2 Mesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu BapaMesyuarat Pemuafakatan Bersama dengan Ibu Bapa perlu diadakan sekurang-kurangnya dua

    kali dalam setahun bagi tujuan perkongsian maklumat dan menjalinkan hubungan baik.

    1.6 Perlantikan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan khas oleh pihakpentadbir sekolah berdasarkan kriteria-kriteria yang berikut :

    Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas

    Daya kepimpinan

    Perwatakan

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    3/23

    Komitmen atau kesungguhan

    Kekananan (seniority)

    Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain

    Sokongan dari pihak pentadbir sekolah

    Cadangan nama guru pendidikan khas yang telah dilantik menjadi Penyelaras Pendidikan Khas

    hendaklah dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri N.Sembilan supayasurat perlantikan yang rasmi dapat dikeluarkan.

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas yang telah dilantikboleh dilucutkan jawatannya di

    bawah syarat-syarat berikut:

    tidak berupaya melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawabnya dengan baik,

    tidak lagi dapat memenuhi kriteria perlantikan seperti yang dinyatakan di atas,

    mendapat aduan bertulis daripada guru-guru (terutamanya di kalangan guru-guru

    pendidikan khas), pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga pihak luar dan apabila disiasat sertadidapati aduan itu berasas.

    Setelah dilucutkan jawatan, penolong penyelaras akan dilantik untuk mengambilalih tempattersebut.

    1.7 Perlantikan Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas adalah dilantik secara lantikan dalamansekolah dan tidak ada surat perlantikan untuk jawatan ini.

    Calon guru pendidikan khas untuk jawatan ini juga perlu memenuhi kriteria seperti dalampemilihan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

    Beliau juga boleh dilucutkan jawatannya sepertimana Penyelaras Kelas Pendidikan Khas.

    1.8 Elaun Mengajar Kanak-Kanak Khas untuk Guru Pendidikan Khas

    Pentadbir Sekolah/ Penyelaras Kelas Pendidikan Khas hendaklah memastikan semua guru

    pendidikan khas di bawah seliaannya mendapatelaun mengajar kanak-kanak khas.

    Dokumen yang diperlukan untuk memohon pembayaran elaun tersebut adalah :

    Salinan Jadual Waktu Peribadi guru berkenaan, dan Salinan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas, atau

    Salinan Diploma Pendidikan Khas, atau

    Salinan Sijil Kehadiran ke Kursus Pendedahan Pendidikan Khas, atau

    Sijil-sijil berkaitan bidang pendidikan khas.

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    4/23

    Guru pendidikan khas layak menerima elaun ini bermula dari tarikh dia mengajar di kelas

    Pendidikan Khas. (Semua salinan dokumen berkaitan hendaklah disahkan oelh Pentadbir)

    2. Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Khas

    2.1 Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    2.11 Pentadbiran Umum

    1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,

    2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,

    3. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas;merancang, menyelia dan membantu

    perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,

    4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelaspendidikan khas,

    5. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua Unit

    Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran

    N.Sembilan kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,6. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa

    dikemaskini :

    6.1. Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,6.2. Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,

    6.3. Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,

    6.4. Fail Mata Pelajaran,6.5. Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,

    6.6. Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,

    6.7. Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)6.8. Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,

    6.9. Fail Program Inklusif,6.10. Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,6.11. Fail Stok (Alatan dan Perabot),

    6.12. Buku Stok

    6.13. Laporan Mingguan Guru Bertugas.

    7. Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,8. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid khas,

    9. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,

    10. Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),11. Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,

    12. Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada setiap

    hari (tertakluk kepada amalan sekolahdan keupayaan murid pendidikan khas),

    13. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan nama murid-

    murid yang akan meneruskan

    persekolahan ke sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, JabatanPelajaran N.Sembilan pada bulan Oktober

    setiap tahun bagi tujuan penempatan,

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    5/23

    14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung persekolahan

    ke sekolah menengah dihantar ke

    sekolah yang berkenaan,15. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab memastikan

    borang permohonan murid-murid untuk

    melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau SekolahMenengah Teknik/Vokasional dilengkapkan

    dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan mengikut tarikh yang

    ditetapkan dari masa ke semasa,

    2.1.2 Pengurusan Hal Ehwal Guru1. Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas belum mengikuti kursus pendedahan

    pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas,

    Jabatan Pelajaran N.Sembilan supaya mereka dapat dihantar berkursus,2. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun mengajar

    kanak-kanak cacat,

    3. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak disalahgunakan olehpihak sekolah.

    2.1.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

    1. Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku Daftar

    Kemasukan Murid.2. Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai (bersama

    dengan semua guru pendidikan khas)

    dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan

    seterusnya dihantar ke Unit PendidikanKhas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,

    3. Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit

    Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilanatau melalui Pejabat Pelajaran Daerah,

    4. Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan

    Masyarakat,5. Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan khas

    yang layak menerimanya diproses dan

    dihantar sebelum tarikh tutup,6. Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas diuruskan

    dengan cekap,

    7. Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang

    diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.

    8. Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luarnegeri dan memastikan dokumen murid ini

    dihantar ke sekolah barunya.9. Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti

    Sekolah.

    2.1.4 Pengurusan Data

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    6/23

    1. Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada

    Pejabat Pelajaran Daerah masing-

    masing sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan,2. Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan Status

    Program Pendidikan Khas.

    2.1.5 Pengurusan Stok

    1. Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan PendidikanKhas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan

    Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan diletakkan di dalam kelas

    pendidikan khas,

    2. Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit

    Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan

    dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,3. Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana

    pihak,

    4. Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.

    2.1.6 Pengurusan Kewangan1. Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap

    tahun,

    2. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabilaterdapat pertambahan bilangan murid

    pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa),

    3. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir

    sekolah dan guru-guru pendidikan khas,4. Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan

    memaklumkan kepada semua guru pendidikan

    khas,5. Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang

    disediakan oleh bendahari kelas.

    2.1.7 Pengurusan Kelas

    1. Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuandaripada pihak pentadbir sekolah sebelum

    diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,

    2. Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran,3. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas

    mencukupi,

    2.1.8 Pengurusan Jadual Waktu

    1. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktuyang sesuai dengan opsyen guru

    masing-masing.

    2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat PelajaranDaerah.

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    7/23

    2.1.9 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

    1. Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas

    pendidikan khas dari masa ke semasa,2. Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa

    berada bersama dengan guru pendidikan

    khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklahdikemaskini,

    3. Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada

    ibu bapa atau penjaga,4. Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan

    khas di kelasnya yang berpotensi untuk

    menduduki peperiksaan awam,

    2.1.10 Pengurusan Diri1. Menjadi `role-modeldan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan

    khas,

    2. Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua gurupendidikan khas.

    2.2 Penolong Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    1. Melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawab Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    sekiranya beliau tidak berada di sekolah,

    2.3 Setiausaha Kelas Pendidikan Khas1. Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat

    Jawatankuasa Pendidikan Khas atau

    mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa /penjaga,

    2. Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan minitmesyuarat yang lepas dalam masa 7

    hari sebelum tarikh mesyuarat,

    3. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail

    berkenaan,

    4. Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa PanitiaPendidikan Khas,

    5. Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas,

    6. Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti kelas pendidikan khas pada akhirtahun dan dihantar ke Pejabat Pelajaran

    Daerah dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan.

    2.4 Bendahari Kelas Pendidikan Khas

    1. Mengumpul sumbangan ikhlas daripada ibu bapa/penjaga atau pihak lain,2. Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran wang dari

    tabung kelas pendidikan khas,

    3. Mengemaskini akaun tabung kelas pendidikan khas pada setiap hujung bulan,4. Membentangkan kedudukan kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap

    mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    8/23

    dan mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas.

    2.5 Guru Kelas Pendidikan Khas

    Pengurusan Dokumen1. Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,

    2. Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini maklumat di

    dalamnya sekiranya berlaku sebarangperubahan pada bilangan murid di dalam kelas pendidikan khas,

    3. Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini,

    4. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,5. Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan, surat

    panggilan mesyuarat dan lain-lain,

    Pengurusan Hal Ehwal Murid

    1. Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,2. Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum dan selepas

    rehat (untuk mengelak murid

    pendidikan khas daripada ponteng),3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin murid-murid

    pendidikan khas di kelasnya,

    3. Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,

    4. Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid pendidikan khas dikelasnya yang telah tamat tempoh

    percubaan,

    5. Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan melanjutkanpelajaran ke sekolah menengah atau

    Sekolah Vokasional,

    6. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang akanmenduduki peperiksaan awam,

    7. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika berlaku sebarang

    kesulitan,

    8. Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,Pengurusan Data

    1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas Pendidikan

    Khas supaya maklumat Laporan StatusProgram Pendidikan Khas pada setiap bulan adalah tepat.

    Pengurusan Kewangan

    1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

    Pengurusan Kelas1. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,

    2. Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,

    3. Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan mempamerkan carta

    tersebut,4. Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,

    5. Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    9/23

    Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

    1. Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya dilengkapkan sebelum

    diserahkan kepada ibu bapa untukditandatangani,

    2. Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan yang

    berpotensi menduduki peperiksaan awam danmemaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut,

    2.6 Guru Mata Pelajaran

    1. Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Sekolah,

    2. Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan,Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu

    Mengajar (BBM) yang digunapakai,

    3. Melengkapkan Fail Mata Pelajaran masing-masing,4. Menggubal soalan penilaian dan menjalankan ujian penilaian,

    5. Menyimpan soalan-soalan dalam Fail Mata Pelajaran untuk Bank Soalan,

    6. Mencatatkan prestasi murid ke dalam Rekod Prestasi Murid selepas setiap ujian danmenyerahkan markah-markah itu

    kepada guru kelas,

    7. Mengemaskini nota dan bahan pengajaran dan pembelajaran,

    8. Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas,9. Mengemaskini Rancangan Pengajaran Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang diajar,

    10. Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan membentangkannya di

    dalam mesyuarat JawatankuasaPanitia Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira dalam ABM kelas pendidikan khas.

    2.7 Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

    1. Merancang aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan,

    kebudayaan, kelab, persatuan dan pasukanberuniform,

    2. Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihak-

    pihak yang berkenaan (rujukkepada Guru/Penolong Kanan Kokurikulum sekolah),

    3. Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran,

    peraturan, yuran, pakaian, masaperjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,

    4. Menyediakan kertas kerja untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang,

    5. Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk

    mendapatkan kebenaran bagi

    melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum,6. Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan;

    satu salinan untuk Fail KokurikulumPendidikan Khas dan satu salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan Khas.

    2.8 Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khas

    1. Mengendalikan kes-kes disiplin murid,

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    10/23

    2. Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk mengadakan perjumpaan

    bersama guru-guru pendidikan khas

    lain bagi membincang dan menyelesaikan masalah tingkahlaku murid pendidikan khas,3. Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas dan pihak pentadbir sekolah untuk

    mengadakan perjumpaan dengan

    ibu bapa kepada murid pendidikan khas yang menunjukkan masalah tingkahlaku yangmembimbangkan,

    4. Merekodkan segala maklumat dan tindakan yang diambil dan disimpan ke dalam Fail

    Disiplin Kelas Pendidikan Khas.

    2.9 Guru Keceriaan Kelas Pendidikan Khas1. Membentuk Jawatankuasa Keceriaan Kelas Pendidikan Khas,

    2. Merancang projek keceriaan kawasan sekitar kelas pendidikan khas,3. Mendokumentasikan program keceriaan yang telah dilaksanakan,4. Memastikan penglibatan di dalam pertandingan keceriaan kelas peringkat sekolah, daerah

    dan negeri,5. Melengkap dan mengemaskini maklumat di Bilik Gerakan Pendidikan Khas.

    2.10 Guru Stok Kelas Pendidikan Khas1. Mendapatkan salinan invois pesanan barangan daripada pembekal sebagai bukti pembelian

    barangan dan serahkan kepada

    kerani pejabat yang menguruskan akaun kelas pendidikan khas,2. Mencatatkan setiap barangan yang dibeli ke dalam Buku Stok berdasarkan maklumat di

    dalam salinan invois dalam tempoh

    7 hari dari tarikh penerimaan barangan tersebut,

    3. Menyedia dan merekodkan nombor siri alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterimapada Kad Stok,

    4. Melabel nombor siri pada alatan atau perabot kekal yang dibeli atau diterima seperti

    contoh di bawah:5. Bagi barangan atau perabot yang dibekalkan oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran

    Perak, lengkapkan Sijil Akuan

    Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan tersebut dan menyerahkannya kepada PenyelarasKelas Pendidikan Khas untuk

    dikembalikan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,

    6. Satu salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi setiap barangan berkenaan hendaklahdisimpan di dalam Fail Stok (Alatan

    dan Perabot),

    7. Mengemaskini Fail Stok (Alatan dan Perabot),

    8. Memeriksa stok barangan dan mengemaskini Buku Stok pada pertengahan dan akhir

    tahun,9. Menyerahkan Fail Stok (Alatan dan Perabot) dan juga Buku Stok kepada Penyelaras Kelas

    Pendidikan Khas untuk disahkansebelum diserahkan kepada pejabat.

    2.11 Guru Bertugas Mingguan Kelas Pendidikan Khas

    1. Menulis laporan tugas harian di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan Kelas

    Pendidikan Khas,

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    11/23

    2. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas yang sakit,

    3. Membawa murid pendidikan khas yang sakit ke hospital (jika perlu),

    4. Memastikan keceriaan, keselamatan dan kebersihan kelas pendidikan khas dalam keadaanterurus sepanjang minggu

    bertugas,

    5. Membantu guru kelas menguruskan murid-murid pendidikan khas semasa perhimpunanpagi.

    3. Pengurusan Fail-fail Pendidikan Khas

    3.1 Fail Am Kelas Pendidikan KhasPenyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya mewujudkan

    satu Fail Am bagi kelas pendidikan khas dengan nombor rujukan untuk menyimpan segala surat

    menyurat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah.Satu salinan fail tersebut hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk memudahkan

    rujukan.

    3.2 Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail JawatankuasaPendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

    Minit mesyuarat,

    Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas,

    Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,

    Surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas, Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,

    Jadual Pencerapan,

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu memastikan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas ini

    dikemaskini dari masa ke semasa.

    Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas supaya

    mudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihakpentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran

    Negeri Sembilan pada bila-bila masa.

    3.3 Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Maklumat KelasPendidikan Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    12/23

    Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas,

    Borang Biodata Guru,

    Borang Biodata Murid,

    Statistik Murid Pendidikan Khas,

    Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru, Rekod keputusan UPSR, PMR dan SPM

    Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mengemaskinikan Fail Maklumat

    Kelas Pendidikan Khas ini dari masa ke semasa.

    Fail ini hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas supayamudah dirujuk oleh Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, guru-guru pendidikan khas, pihak

    pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran

    Negeri Sembilan pada bila-bila masa.

    3.4 Fail Mata Pelajaran

    Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Mata Pelajaranmasing-masing. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :

    Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,

    Maklumat semasa mengenai mata pelajaran,

    Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai,

    Jadual peperiksaan / penilaian, Soalan-soalan peperiksaan / penilaian,

    Rumusan pencapaian setiap murid selepas setiap peperiksaan / penilaian,

    Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

    3.4 Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas

    Fail ini diwujudkan untuk menyimpan sesalinan Laporan Status Program Pendidikan Khas yang

    wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada setiap bulan.

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan FailLaporan Status Program Pendidikan Khas.

    3.5 Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas

    Guru kelas pendidikan khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail PeribadiMurid bagi setiap anak muridnya. Fail ini memuatkan dokumen-dokumen berikut :

    Surat Penempatan Murid ke Program Pendidikan Khas dari Unit Pendidikan Khas,

    Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan,

    Salinan Lampiran A,

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    13/23

    Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas

    ( 0 - 18 Tahun ),

    Salinan Borang Pertukaran Sekolah - (jika ada),

    Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan,

    3 keping gambar murid berukuran pasport,

    Salinan permohonan Kad Orang Kurang Upaya,

    Salinan Kad Orang Kurang Upaya,

    Kad atau Buku Kesihatan Murid,

    Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang diterima oleh murid,

    Rekod Prestasi Murid,

    Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid.

    3.6 Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

    Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail RancanganPengajaran Individu (RPI) bagi setiap muridnya mengikut mata pelajaran yang diajarnya.

    3.7 Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan KhasPenyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas

    bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas.

    Kandungan Fail Kokurikulum adalah berikut :

    Jawatankuasa Kokurikulum Kelas Pendidikan Khas,

    Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum,

    Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas,

    Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap sesi,

    Kertas kerja program / aktiviti kokurikulum yang akan dilaksanakan,

    Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan setiap kokurikulum kelas

    pendidikan khas,

    Laporan program / aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan,

    Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

    3.8 Fail Program Inklusif

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program

    Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail inimengandungi dokumen-dokumen seperti :

    Jawatankuasa Program Inklusif,

    Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,

    Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,

    Biodata murid yang diinklusifkan,

    Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    14/23

    Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,

    Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,

    Rekod prestasi murid,

    Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

    3.9 Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Disiplin Kelas Pendidikan Khasbertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas. Fail ini

    merekodkan tingkahlaku murid-murid pendidikan khas yang serius dan memerlukan satu kaedah

    pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantunya. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen

    berikut : Jawatankuasa Disiplin Kelas Pendidikan Khas,

    Biodata murid pendidikan khas yang dikenalpasti menghadapi masalah tingkahlaku,

    Catatan jenis masalah tingkahlaku, masa dan tarikh ia berlaku,

    Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid tersebut, Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga,

    Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan

    pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka,

    Rekod perkembangan semasa tingkahlaku murid tersebut,

    Laporan akhir setelah masalah tingkahlaku itu berjaya ditangani.

    3.10 Fail Stok (Alatan dan Perabot)

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan Guru Stok Kelas Pendidikan Khasbertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Stok (Alatan dan Perabot). Fail ini

    bertujuan untuk merekodkan alatan dan perabot yang dibeli atau diterima daripada JabatanPendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran

    Negeri Sembilan.

    Maklumat yang perlu akan di dalam fail ini ialah :

    Daftar senarai item,

    Maklumat setiap item yang dibeli atau diterima iaitu tarikh penerimaan, jumlah unit

    dibeli atau diterima, syarikat pembekal, harga seunit, jenama, dan lain-lain,

    Salinan dokumen untuk setiap item berkenaan iaitu invois pembelian, dokumenpenghantaran oleh syarikat pembekal dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP).

    Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah dilengkapkan bagi setiap barangan yang diterimadaripada Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit Pendidikan Khas,

    Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    15/23

    SAP yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan

    Pelajaran Negeri Sembilan dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan supaya Unit Pendidikan

    Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dapat mengetahui status penghantaran barangan tersebutke sekolah-sekolah.

    3.11 Buku Stok

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab mendapatkan buku stok daripada pejabat

    sekolah. Guru Stok bertanggungjawab merekod dan mengemaskinikan semua alatan pejabat ataujenis-jenis alatan gunapakai yang dibeli menggunakan peruntukan PCG kelas pendidikan khas ke

    dalam Buku Stok. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bertanggungjawab menyemak dan

    mengesahkan maklumat-maklumat dalam Buku Stok sebelum diserah kepada pejabat sekolahpada hujung tahun.

    3.12 Laporan Mingguan Guru Bertugas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu menetapkan satu

    format laporan harian yang dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah masing-masing.

    Laporan mingguan ini boleh direkodkan dalam buku atau helaian borang laporan ini difailkan.

    Laporan harian bertujuan mencatatkan peristiwa yang berlaku di kelas pendidikan khas pada

    setiap hari sepanjang minggu berkenaan. Antara peristiwa yang perlu dicatat di dalam laporan

    harian adalah berikut :

    guru yang tidak hadir pada hari berkenaan,

    murid yang tidak hadir pada hari berkenaan,

    murid-murid yang balik awal,

    guru-guru yang keluar untuk tugas rasmi pada hari berkenaan,

    murid yang ponteng selepas rehat,

    lawatan atau kunjungan dari pihak luar,

    lain-lain peristiwa.

    4. Pengurusan Data Pendidikan Khas

    4.1 Laporan Status Program Pendidikan Khas

    Laporan Status Program Pendidikan Khas hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah

    sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan.

    Laporan Status Program Pendidikan Khas yang lengkap perlu dihantar juga walaupun tidakterdapat perubahan.

    Salinan laporan status program pendidikan khas bagi setiap bulan hendaklah difailkan di dalamFail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

    Format Laporan Status Program Pendidikan Khas boleh didapati dalam bentuk bercetak(hardcopy) dan juga dalam disket (softcopy) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit

    Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

    4.2 Maklumat Guru dan Murid Pendidikan Khas

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    16/23

    Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah pada

    bulan Januari setiap tahun. Maklumat guru dan murid pendidikan khas hendaklah dihantar dalam

    bentuk bercetak (hardcopy) berserta dengan disket (softcopy ).Selepas itu senarai maklumat perlu dihantar sekiranya ada perubahan pada bilangan guru atau

    murid pendidikan khas.

    Format maklumat guru dan murid pendidikan khas boleh didapati dalam bentuk bercetak( hardcopy ) dan juga dalam disket ( softcopy ) daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Unit

    Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

    5. Bantuan Per Kapita ( PCG ) Pendidikan Khas

    5.1 Tuntutan PCG Kelas Pendidikan Khas

    Tuntutan PCG bagi tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan enrolmen murid pendidikan

    khas pada 30 September tahun sebelumnya.Sekolah dibenarkan membuat tuntutan pelarasan sekali sahaja dalam setahun dengan syarat ada

    pertambahan enrolmen murid pendidikan khas sebanyak 5%.

    Kelas yang baru beroperasi boleh menuntut peruntukan PCG berdasarkan enrolmen muridpendidikan khas pada tarikh mula beroperasi.

    Rujuk Surat Pekeliling Kewangan semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan

    pada setiap tahun.

    5.2 Buku Tunai PCGBagi sekolah integrasi yang mempunyai lebih daripada satu program, setiap program hendaklah

    mempunyai buku tunainya sendiri supaya segala perbelanjaan bagi setiap program dapat diselia

    secara berasingan.

    5.3 Penggunaan Peruntukan PCG untuk Membiayai Projek Sekolah dan Daerah

    Merujuk surat Jabatan Pelajaran N.Sembilan ________ bertarikh ______ jelas menyatakan

    bahawa sebarang projek yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah hanya boleh

    ditampung menggunakan peruntukan PCG bahagian LPBT sahaja.

    6. Kutipan Yuran Persekolahan Murid Pendidikan Khas

    Murid pendidikan khas yang berdaftar di sekolah kerajaan hendaklah membayar yuran

    persekolahan mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia.

    7. Pengurusan Kelas Pendidikan Khas

    7.1 Peraturan Kelas Pendidikan Khas

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas perlu mengedarkan satu salinan peraturan kelas pendidikan

    khas yang telah diluluskan oleh sekolah kepada semua ibu bapa atau penjaga untuk supayamereka sedia maklum dan dapat mematuhi peraturan tersebut.

    7.2 Suasana Kelas Pendidikan Khas

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    17/23

    Sebuah kelas pendidikan khas yang piawai hendaklah mempunyai item-item yang berikut :

    Jadual Waktu Kelas,

    Catatan Aktiviti Bulanan pada papan kenyataan kelas,

    Carta Organisasi Kelas,

    Jadual Bertugas Kelas Pendidikan Khas,

    Carta bergambar murid-murid pendidikan khas,

    Carta-carta maklumat kelas,

    Carta Aliran Pendaftaran Murid Berkeperluan Khas,

    Carta-carta lain yang berkaitan.

    Selain itu, guru kelas pendidikan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi kelasnya

    mengikut kreativiti masing-masing.

    8. Pengurusan Jadual Waktu

    8.1 Jadual Waktu

    Jadual Waktu perlu dipamerkan di depan kelas.Salinan jadual waktu perlu diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga bagi tujuan makluman.

    Tempoh Pembelajaran bagi Sekolah Rendah - 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari Tempoh

    Pembelajaran bagi Sekolah Menengah - 7.30 pagi hingga 1.00 petang

    Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu waktu ialah 30 minit.Masa rehat hendaklah dibuat 10 minit lebih awal bagi tujuan memudahkan murid pendidikan

    khas membeli makanan dan tamat 10 minit lebih lewat daripada masa rehat bagi murid lain

    untuk memberikan masa mereka berinteraksi dengan murid lain.Agihan waktu yang dicadangkan :

    Subjek Sekolah Menengah Sekolah Rendah

    Bahasa

    Melayu5 waktu 6 waktu

    Bahasa

    Inggeris5 waktu 5 waktu

    Matematik 6 waktu 6 waktu

    Pendidikan

    Seni

    2 waktu 2 waktu

    Agama /

    Moral5 waktu 5 waktu

    PendidikanJasmani

    4 waktu 4 waktu

    Sosial AlamSekitar

    6 waktu 4 waktu

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    18/23

    Kemahiran

    Hidup11 waktu 8 waktu

    Muzik 2 waktu 2 waktu

    Perhimpunan 2 waktu 2 waktu

    Jumlah 48 waktu 44 waktuSalinan jadual waktu induk dan peribadi perlu dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan

    Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi memudahkan pegawai untukmengatur jadual penyeliaan.

    9. Pendaftaran Masuk Murid Pendidikan Khas yang baru

    9.1 Prosedur Kemasukan ke Kelas Pendidikan Khas

    Murid yang dikenalpasti memerlukan pendidikan khas perlu menjalani pemeriksaan dan

    mendapatkan pengesahan dari pegawai perubatan di hospital kerajaan atau pusat kesihatankerajaan menggunakan BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN

    KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN).

    Borang tersebut boleh diperolehi di hospital kerajaan, pusat kesihatan kerajaan, Unit Pendidikan

    Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah.

    Selepas menjalani pemeriksaan, borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke ke UnitPendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah.

    Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan kemudiannya akan memproses borang

    permohonan itu dan membuat penempatan berdasarkan laporan perubatan tersebut ke program

    pendidikan khas yang sesuai.

    9.2 Tempoh PercubaanMurid Pendidikan Khas yang baru akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan bagi

    menyesuaikan diri dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas dan juga suasana sekolah.

    Setelah tamat tempoh percubaan, Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan semuaguru pendidikan khas hendaklah membuat laporan penilaian ke atas murid berkenaan dengan

    melengkapkan Lampiran A dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran

    N.Sembilan.Murid baru tersebut yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya manakala

    murid yang masih belum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh percubaannyasehingga tiga bulan bergantung kepada keadaan.Kalau murid baru berkenaan masih lagi didapati tidak sesuai selepas dilanjutkan tempoh

    percubaannya, murid itu boleh ditangguhkan persekolahannya bagi satu tempoh tidak lebih dari

    12 bulan bermula dari tarikh dia melaporkan diri ke sekolah. Tujuan dicadangkan penangguhan

    ini adalah atas sebab murid berkenaan belum lagi dapat berdikari semasa berada di sekolah dandiharap sepanjang tempoh penangguhan itu, murid itu dapat belajar menguruskan dirinya dengan

    baik.

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    19/23

    Murid pendidikan khas yang baru hendaklah didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan

    Murid pada hari pertama dia melaporkan diri ke sekolah tanpa mengambilkira sama ada dia

    akan melepasi tempoh percubaannya atau tidak.

    10. Pengurusan Pertukaran Murid Pendidikan Khas

    10.1 Pertukaran Murid Pendidikan Khas Dalam Negeri

    Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah mengisi Borang

    Pertukaran Dalam Negeri (sebanyak lima salinan) dan menghantarnya terus ke Unit Pendidikan

    Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonandiproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan.

    Bagi pertukaran murid pendidikan khas dalam negeri, BORANG PENDAFTARAN DAN

    CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) dan

    Lampiran A tidak perlu disertakan kerana murid berkenaan telah pun dinilai di sekolah lamadan telah lulus tempoh percubaannya.

    Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain

    dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.10.2 Pertukaran Murid Pendidikan Khas Keluar Negeri

    Murid pendidikan khas yang ingin bertukar sekolah ke luar negeri hendaklah mengisi Borang

    Pertukaran Ke Luar Negeri ( sebanyak enam salinan ) dan menghantarnya terus ke Unit

    Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepaspermohonan diproses, surat kelulusan dan arahan pertukaran ke sekolah baru akan dikeluarkan.

    Apabila berlaku pertukaran sekolah, Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas dan lain-lain

    dokumen murid berkenaan hendaklah dihantar ke sekolah baru.10.3 Pertukaran dari Kelas Aliran Perdana ke Kelas Pendidikan Khas

    Murid dari kelas aliran perdana yang dikenalpasti menghadapi masalah pembelajaran dan

    mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga supaya dimasukkan ke kelas pendidikan

    khas perlu menjalani pemeriksaan dan mendapat pengesahan dari pegawai perubatan.Lima salinan Borang Pertukaran Dalam Negeri dan BORANG PENDAFTARAN DAN

    CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS (0-18 TAHUN) yang

    telah dilengkapkan hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perakatau melalui Pejabat Pelajaran Daerah. Selepas permohonan diproses, surat kelulusan dan arahan

    pertukaran ke kelas pendidikan khas akan dikeluarkan.

    Murid yang baru ini akan diberikan tempoh percubaan selama sebulan untuk menyesuaikan diri

    dengan pembelajaran di kelas pendidikan khas.

    Murid yang dapat menyesuaikan diri akan meneruskan persekolahannya. Murid yang masihbelum dapat menyesuaikan diri akan dilanjutkan tempoh percubaannya sehingga tiga bulan atau

    ditangguhkan tempoh persekolahannya selama satu tempoh tidak melebihi 12 bulan bermula daritarikh dia melaporkan diri ke sekolah.

    11. Pengajaran dan Pembelajaran

    11.1 KurikulumSetiap mata pelajaran atau kemahiran yang diajar di kelas pendidikan khas hendaklah memenuhi

    keperluan dan kemampuan murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    20/23

    Bagi murid pendidikan khas yang berkemampuan belajar, guru hendaklah memperbanyakkan

    mata pelajaran berbentuk akademik.

    Bagi murid pendidikan khas yang kurang kemampuan belajar, guru hendaklah memperuntukkanlebih masa untuk aktiviti-aktiviti berbentuk amali atau vokasional.

    11.2 KokurikulumWaktu kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu kurikulum. Masa yang diperuntukkan untuk

    aktiviti kokurikulum adalah 120 minit.Aktiviti kokurikulum boleh dijalankan selepas waktu sekolah atau pada hari Sabtu bekerja.

    Sekolah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan dan unit beruniform untuk kelas

    pendidikan khas.Segala perancangan dan pelaksanaan aktiviti mesti direkodkan di dalam Fail Kokurikulum Kelas

    Pendidikan Khas.

    Murid pendidikan khas yang berkemampuan hendaklah diinklusifkan ke dalam aktivitikokurikulum bersama dengan murid aliran perdana.

    11.2 Pencerapan Pengajaran Guru Pendidikan Khas

    Pencerapan ke atas pengajaran guru pendidikan khas boleh dilakukan oleh pentadbir sekolah

    mengikut jadual dan oleh pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri

    pada bila-bila masa.

    12. Dokumen Rasmi Pengajaran dan Pembelajaran

    12.1 Buku Persediaan Mengajar Guru Pendidikan Khas

    Sehingga kini, belum ada Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk Guru PendidikanKhas. Jadi semua guru pendidikan khas masih menggunakan Buku Persediaan Mengajar sekolah

    masing-masing.

    Buku Persediaan Mengajar Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa berada

    bersama dengan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Butiran harian yang perluditulis dalam Buku Persediaan Mengajar adalah seperti berikut :

    Tarikh dan Masa

    Kelas

    Tajuk

    Kemahiran

    Isi Pelajaran

    Objektif

    Langkah Pengajaran / Aktiviti

    Bahan Bantu Mengajar Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi pengajaran dan pembelajaran )

    12.2 Rancangan Pengajaran Individu (RPI)Rancangan Pengajaran Individu (RPI) merupakan dokumen rasmi yang merekodkan

    perkembangan dan pencapaian murid pendidikan khas bagi satu-satu kemahiran atau tajuk yang

    diajar.

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    21/23

    Rancangan Pengajaran Individu (RPI) membantu guru mengetahui perkembangan murid bagi

    membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran seterusnya. RPI mesti ditulis dan

    dikemaskinikan dari masa ke semasa.Garis panduan pelaksanaan RPI boleh dirujuk di dalam buku Panduan Rancangan Pengajaran

    Individu terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    13. Persekolahan Murid Pendidikan Khas

    Seperti juga murid-murid di aliran perdana, jumlah tempoh belajar murid-murid pendidikan khasadalah selama sebelas tahun iaitu enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah

    menengah. Namun mereka diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh tersebut selama dua tahun

    menjadikan tempoh belajar mereka selama tiga belas tahun. Tempoh lanjutan belajar itu boleh

    diambil sama ada di peringkat persekolahan rendah ataupun menengah ataupun kedua-duanyaiaitu satu tahun di peringkat rendah dan satu tahun lagi di peringkat menengah. Rujuk Pekeliling

    KP(BS)8591/Jld.XVII(16) bertarikh 3 Disember 2002.

    13.1 Sekolah RendahUmur persekolahan murid pendidikan khas sekolah rendah bermula dari 7 tahun hingga 12

    tahun. Tempoh persekolahan boleh dilanjutkan 1 hingga 2 tahun jika murid masih belum

    menguasai kemahiran dengan memuaskan dan kemahiran belajarnya masih di tahap rendah.

    Murid yang tamat persekolahan peringkat rendah akan disyorkan ke program percantumanpendidikan khas sekolah menengah.

    13.2 Sekolah Menengah

    Umur persekolahan murid pendidikan khas sekolah menengah bermula dari 13 tahun hingga 17

    tahun (jika murid berkenaan tidak memilih untuk melanjutkan tempoh persekolahannya samaada di rendah atau menengah).

    Murid yang tamat persekolahan peringkat menengah dan telah menduduki peperiksaan Penilaian

    Menengah Rendah (PMR) boleh membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke SekolahMenengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional. Borang

    permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan

    Pelajaran N.Sembilan tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.Walau bagaimanapun, tawaran tempat dan tarikh kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan

    Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional adalah tertakluk kepada pindaan

    semasa.

    Rujuk Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas untuk maklumat lanjut.

    14. Peperiksaan Awam

    Murid-murid pendidikan khas juga berpeluang untuk menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR.

    Pada kebiasaannya, mereka akan diberikan beberapa kelonggaran syarat semasa mendudukiPeperiksaan Awam tersebut. Hubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah masing-masing atau Unit

    Peperiksaan, Jabatan Pelajaran N.Sembilan untuk maklumat selanjutnya.

    14.1 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

    Murid-murid pendidikan khas sekolah rendah yang berkemampuan belajar hendaklah diberikanpeluang untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walau bagaimanapun had

    umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 14 tahun sahaja.

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    22/23

    Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan

    Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7

    hari selepas keputusan rasmi UPSR diumumkan.

    14.2 Penilaian Menengah Rendah (PMR)

    Murid-murid pendidikan khas sekolah menengah yang berkemampuan belajar hendaklah diberipeluang untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Walau

    bagaimanapun had umur untuk menduduki peperiksaan berkenaan adalah sehingga 19 tahunsahaja.

    Keputusan peperiksaan murid pendidikan khas berkenaan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan

    Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan dan salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam masa 7hari selepas keputusan rasmi PMR diumumkan.

    Calon pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan awan perlu mengikuti peperiksaan di

    bawah kelolaan sekolah untuk membolehkan mereka membiasakan diri dengan suasanapeperiksaan.

    Calon hanya boleh menduduki peperiksaan UPSR dan PMR sekali sahaja. Calon yang telah

    mengambil peperiksaan berkenaan semasa dia berada di kelas aliran perdana tidak dibenarkan

    menduduki peperiksaan yang sama selepas dia telah diterima memasuki kelas pendidikan khas.

    15. Penilaian dan Rekod Prestasi Murid

    Penilaian secara formaldan informalhendaklah dilaksanakan bagi menilai pencapaian murid

    pendidikan khas. Soalan penilaian dan pelaksanaan ujian adalah tanggungjawab Guru Mata

    Pelajaran masing-masing.Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

    Keputusan mesti direkodkan dalam Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas dan disahkan oleh

    pihak pentadbir sekolah.Rekod Prestasi Murid Pendidikan Khas mesti diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga untuk

    ditandatangani.

    Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama semua guru pendidikan khas perlu menetapkan satu

    format laporan prsetasi yang dipersetujui oleh semua untuk kegunaan di sekolah masing-masing.Helaian laporan ini perlu dijilidkan untuk dijadikan satu buku.

    16. Pembukaan Kelas Pendidikan yang Baru

    Semakin hari semakin ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak istimewa mereka ke sekolah

    untuk menerima pendidikan formal. Justeru itu, lebih banyak program integrasi pendidikan khasperlu dibuka untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak ini.

    Sebelum sesebuah kelas pendidikan khas baru itu mula beroperasi, Unit Pendidikan Khas,

    Jabatan Pelajaran N.Sembilan akan memastikan segala kemudahan tempat dan keperluan asasuntuk proses pengajaran dan pembelajaran mencukupi.

    Guru pendidikan khas akan dihantar ke sekolah berkenaan untuk membuat persiapan awal bagi

    menyediakan kelas pendidikan khas yang bakal dibuka nanti.

    Satu senarai semak telah dirangka oleh Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilanuntuk membantu guru pendidikan khas tersebut.

  • 7/27/2019 Pentadbiran Pendidikan Khas

    23/23

    Penasihat : Pengetua / Guru Besar

    Pengerusi : Penolong Kanan / Guru Kanan Pendidikan Khas

    N. Pengerusi 1 Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran

    N. Pengerusi 2 : Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal MuridN. Pengerusi 3 : Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum

    Penyelaras : Penyelaras Kelas Pendidikan Khas

    Pen. Penyelaras : Guru pendidikan khas

    Setiausaha : Guru pendidikan khas

    Bendahari : Guru pendidikan khas

    AJK-AJK : Guru pendidikan khasDicatat olehProgram Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong di19:481 comment: Pautan padacatatan ini

    Newer PostsOlder PostsHomeSubscribe to: Posts (Atom)

    http://www.blogger.com/profile/05408283481397583409http://www.blogger.com/profile/05408283481397583409http://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.htmlhttp://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.htmlhttp://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.htmlhttp://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.html#comment-formhttp://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.html#comment-formhttp://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.html#linkshttp://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.html#linkshttp://ppkismkkl.blogspot.com/http://ppkismkkl.blogspot.com/search?updated-max=2012-01-30T19:48:00-08:00http://ppkismkkl.blogspot.com/http://ppkismkkl.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.htmlhttp://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.html#comment-formhttp://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.html#linkshttp://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/pengurusan-ppki.html#linkshttp://ppkismkkl.blogspot.com/http://ppkismkkl.blogspot.com/search?updated-max=2012-01-30T19:48:00-08:00http://ppkismkkl.blogspot.com/http://ppkismkkl.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://www.blogger.com/profile/05408283481397583409