pengenalan kepada terapi dalam pendidikan khas

85
1.0 PENGENALAN DAN KONSEP KEPADA TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS Terapi dalam Pendidikan Khas adalah berdasarkan konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid- murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, social atau psikomotor. Sehubungan itu kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan, kecacatan, halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani kehidupan seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu mereka dalam setiap kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika murid berkenaan mempunyai masalah dalam pertuturan, dia boleh menjalani terapi pertuturan. Jika dia menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar atau halus 1

Upload: yankumi07

Post on 22-Jan-2016

378 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bbb

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

1.0 PENGENALAN DAN KONSEP KEPADA TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Terapi dalam Pendidikan Khas adalah berdasarkan konsep kepelbagaian

kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai

sama ada ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai

perkembangan dari segi kognitif, emosi, social atau psikomotor. Sehubungan itu

kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai

perkembangan tersebut.

Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai

kelemahan, kecacatan, halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu

mereka menjalani kehidupan seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri

dalam terapi yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh

membantu mereka dalam setiap kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika

murid berkenaan mempunyai masalah dalam pertuturan, dia boleh menjalani

terapi pertuturan. Jika dia menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar

atau halus (psikomotor), dia boleh didedahkan dengan terapi fisio atau cara

kerja.

Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka

yang berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri

oleh ibu bapa dan guru seperti terapi muzik, terapi seni,terapi pertuturan dan

terapi pergerakan. Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak

berkenaan haruslah mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai

sama ada melalui pembacaan atau rujukan pada pakar.

1

Page 2: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

2.0 KEPENTINGAN AKTIVITI TERAPI KEPADA MURID PENDIDIKAN

KHAS

Aktiviti terapi amat membantu murid Pendidikan Khas khususnya bermasalah

pembelajaran sama ada di dalam proses pembelajaran atau kehidupan seharian

mereka. Seperti yang diketahui, murid-murid Pendidikan Khas mempunyai

masalah tersendiri sehinggakan ada di antara mereka yang tidak dapat

menguruskan diri dengan baik dan mempunyai halangan dalam menjalani

kehidupan seharian.

Di sini, saya menyenaraikan beberapa kepentingan terapi kepada murid

Pendidikan Khas :

1. Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.

Melalui aktiviti terapi, murid Pendidikan Khas dapat meningkatkan keupayaan

mereka dalam mengawal mental dan emosi dengan baik. Sekiranya mereka

dapat mengawal mental dan emosi dengan baik, maka kesihatan diri mereka

juga dapat dijaga dengan baik.Sebagai contoh, terapi main yang membantu

murid dalammengawal mental dan emosi mereka ketika bermain dengan kawan-

kawan selain membantu mereka menyihatkan tubuh badandalam bentuk riadah.

2. Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan

Murid-murid Pendidikan Khas yang mempunyai masalah dalam psikomotor

mereka boleh dipulihkan dengan melakukan terapi yang sesuai. Sebagai contoh,

melalui aktiviti terapi hidro yang dapat memberi sokongan ke atas tubuh badan

2

Page 3: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

melalui apungan air sedikit sebanyak membantu murid mengawal tubuh badan.

Selain itu, terapi fisio juga boleh membantu murid seperti cerebral palsy atau

lumpuh untuk menggerakkan psikomotornya untuk menjalankan aktiviti harian

atau pembelajaran.

3. Merangsang pemikiran dan kreativiti murid

Aktiviti terapi juga dapat membantu murid Pendidikan Khas dalam pemikiran dan

kognitif mereka. Sebagai contoh, aktiviti terapi seperti terapi seni dan terapi

pergerakan dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid dalam mencipta,

membina dan membentuk hasil seni atau pergerakan melalui pemikiran

mereka.Melalui terapi seni dan terapi pergerakan juga menggalakkan murid

untuk menggunakan keupayaan kognitif mereka ke tahap yang maksimum.

4. Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi

Terapi pertuturan merupakan salah satu aktiviti yang membantumurid untuk

mempunyai masalah dengan alat artikulasi merekaseperti gagap, sengau,

sumbing dan sebagainya. Melalui aktivititerapi pertuturan, mereka dapat melatih

dan merangsang alatpertuturan mereka untuk berkomunikasi dengan lebih baik

danmembantu mereka menyampaikan maklumat kepada individu lain.

5. Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi

Murid-murid Pendidikan Khas biasanya menghadapi gangguan atau tekanan

mental dan emosi sama ada dari keluarga atau persekitaran mereka. Oleh yang

demikian, melalui aktiviti seperti terapi bermain, terapi muzik atau aroma tera

3

Page 4: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

pi dapat membantu mereka dalam menenangkan perasaan, emosi dan mental.

Hal ini kerana terapi-terapi tersebut dalam membuatkan mereka melupakan

tekanan atau trauma yang pernah dihadapi dalam kehidupan melalui permainan

yang mereka gemari, lagu atau muzik yang perlahan dan bau-bauan yang

menenangkan.

6. Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri.

Murid-murid yang mempunyai masalah dalam pengurusan kehidupan seharian

boleh dibantu dengan terapi yang sesuai.Sebagai contoh, terapi cara kerja yang

melatih murid dalam membuat kerja atau aktiviti yang mendatangkan hasil. Murid

juga akan diajar untuk melakukan kerja-kerja yang membantu nya dalam

kehidupan seharian seperti memasak, mendobi, menukang,menanam, menjahit,

menguruskan diri dan sebagainya. Melalui terapi ini juga mereka dapat

meningkatkan keyakinan diri dengan mempercayai keupayaan dan kebolehan

diri mereka dalam meningkatkan kualiti hidup mereka dan untuk membantu

orang lain.

7. Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid.

Melalui aktiviti terapi, murid dapat bergaul dan berkomunikasi dengan individu

dan masyarakat di sekitar mereka. Sebagai contoh, terapi main yang melibatkan

murid dengan murid lain akan membantu mereka untuk berkomunikasi dan

bergaul sesame sendiri. Selain itu, terapi membeli belah juga dapat membantu

murid untuk berinteraksi dengan masyarakat dalam proses jual beli.

4

Page 5: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

8. Meningkatkan kemahiran pengamatan (pendengaran dan penglihatan)

Kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai masalah dalam pengamatan

sama ada pendengaran atau penglihatan boleh dibantu dengan menjalani

beberapa terapi tertentu. Sebagai contoh, terapi muzik dapat meningkatkan

pengamatan mereka dalam pendengaran dan terapi visual atau penglihatan

dapat membantu meningkatkan pengamatan dalam penglihatan.

3.0 JENIS-JENIS TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

3.1 Terapi Fisio

Maksud terapi ini adalah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang

individu dengan menggunakan kaedah seperti yg berikut:

1. mengurut

2. manipulasi

3. latihan teraputik

4. pemanasan & penyejukan

5. terapi hidro

6. rangsangan menggunakan elektrik dan cahaya

Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu anak

mengembangkan kemampuan motor kasar (gross motor skill). Kemampuan

motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan

5

Page 6: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

tubuh melakukan fungsi berjalan, melompat, membongkok, berlari, menendang,

duduk tegak, mengangkat, dan melempar bola.

Kemampuan motor kasar sangat penting kerana membuat tubuh boleh

melakukan aktivitinya, menjaga keseimbangan, koordinasi, dan lain-lain.

Kemampuan motor kasar juga sangat berhubungan dengan fungsi badan

lainnya. Contohnya, kemampuan anak untuk memangku tubuh bahagian atasnya

akan berpengaruh pada kemampuannya menulis (motor halus, fine motor skill).

Kanak-kanak dengan kemampuan motor kasar yang kurang, akan

mempunyai kesulitan dengan kemampuan lain seperti menulis, duduk segera

dari keadaan berbaring, memperhatikan aktiviti kelas, dan menulis di papan tulis.

Bagi mereka, aktiviti - aktiviti ini sangat memerlukan tenaga.

Pada orang dewasa, biasanya fisio terapi diperlukan setelah trauma pada

fisik (pasca kecederaan, strok, dan trauma lainnya yang menyebabkan performa

badan terganggu). Fisio terapi untuk orang dewasa ini umumnya tersedia di

hospital atau klinik fisio terapi yang memiliki peralatan khusus untuk itu.

3.2 Terapi Cara Kerja

Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy (OT) adalah

satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan,

penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu

bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian

(activities of daily living), produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti riadah (leisure).

6

Page 7: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan

perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal,

neurologi, orthopedik, medikal, pediatrik, geriatrik dan psikiatrik.

Ahli terapi carakerja perlu kreatif dan inovatif dalam mengadaptasikan setiap

sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi

manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima

dalam kehidupan.Terapi cara kerja, yang dibantu oleh ahli terapi cara kerja,

adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Ia

bertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti hidup seharian,

penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.

Seringkali kita tertanya-tanya bagaimanakah terapi cara kerja ini dapat

membantu kanak-kanak berkeperluan khas?. Sebenarnya,terapi cara kerja

melibatkan penilaian fungsi kognitif dan persepsi. Sebagai contoh, mangsa strok,

mampu dan berkebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi,

memakai baju,makan dan membuat kerja rumah.

Memandangkan skop yang luas ini, terdapat sedikit pertindihan dengan tugas

ahli fisioterapi dan ahli patologi pertuturan; secara ideal, semua ahli terapi perlu

bekerja secara kumpulan dengan mangsa strok.Terapi cara kerja melibatkan

latihan semula otak mangsa strok untuk menyesuaikan diri kepada kekurangan

yang disebabkan oleh strok. Ini dilaksanakan untuk menjalankan tugas-tugas

kehidupan harian dengan paling berkesan dan cermat untuk mengelakkan

kecacatan atau komplikasi. Contohnya, cara yang betul membantu mangsa strok

7

Page 8: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

bangun dari katil, duduk, masuk ke dalam kereta dan sebagainya tanpa

mengabaikan bahagian tubuh yang terjejas, kerana ini boleh menambah

kekakuan dan kesakitan.

Pemulihan Carakerja (Terapi Carakerja) atau lebih dikenali dengan nama

Occupational Therapy adalah satu profesyen kesihatan yang memberi fokus

kepada penghakupayaan individu dalam merawat kecederaan, penyakit,

kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan

bermakna. Rawatan adalah berbentuk modaliti adjunktif, aktiviti terapeutik,

sensori integrasi dan rundingcara pemantauan dan pencegahan.

Terdapat tiga aspek yang mengimbangi kehidupan manusia menjadi teras

terapi carakerja untuk dicapai oleh pesakit iaitu berdikari dalam aktiviti kehidupan

harian (ADL), menyumbang kepada produktiviti (Work) dan melaksanakan dan

mempelbagai aktiviti riadah (Leisure).

3.2.1 Peranan Ahli Terapi Cara Kerja

Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) dan Jurupulih Carakerja atau

lebih dikenali sebagai Occupational Therapist (OT) mempunyai peranan

berikut iaitu menjalankan penilaian piawai untuk mengenal pasti bidang

prestasi carakerja pesakit dari tiga aspek ADL, Work dan Leisure,

menjalankan penilaian terhadap komponen prestasi carakerja yang terlibat

untuk melaksanakan ADL, Work dan Leisure, menjalankan penilaian

persekitaran (rumah, tempat kerja, sekolah dan persekitaran awam) untuk

membolehkan pesakit berdikari dengan kecacatan (handicap) yang ada dan

8

Page 9: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

mengimplementasikan terapi mengikut tahap keperluan pesakit menurut

empat piawai .

Selain itu, cara adjunktif, dan aktiviti terapeutik dapat menggalakkan

penyembuhan (enabling). Aktiviti kefungsian yang bermakna untuk

disembuhkan (purposeful), dan pelaksanaan carakerja juga turut berkaitan

dengan peranan yang perlu dilakukan oleh ahli tedrapi cara kerja. Peranan

mereka juga adalah memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat-alat

bantuan sementara atau kekal berdasarkan penilaian ke atas bidang dan

komponen prestasi carakerja pesakit. Tambahan lagi, perkhidmatan runding

cara promotif, curative dan rehabilitatif dari aspek terapi carakerja turut

dijalankan dari semasa ke semasa. Akhirnya, mereka akan melaksanakan

dokumentasi mengikut piawai yang ditentukan.

3.3 Terapi Pertuturan

Definisi kepada terapi pertuturan ialah ia merupakan proses perkongsian idea di

antara penyampai yang encodes mesej dan penerima yang decodes mesej;

proses ini memerlukan penggunaan sistem biasa seperti simbol, percakapan,

isyarat, penulisan, atau isyarat tangan.

Masalah bahasa merupakan satu gangguan dan halangan kepada

kefahaman dan penggunaan bahasa pertuturan, penulisan dan sistem simbol

yang lain

(Amarican Speech and Language Association,2000)

9

Page 10: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Kanak-kanak bermasalah pendengaran boleh dibantu mendengar dan bertutur.

(Warren Estabrook, 2000)

Teknologi ABD & Koklea Implan boleh membantu potensi mendengar dan

bertutur, namun ia bergantung kepada terapi yang diperolehi. Terapi pertuturan

merupajan kaedah yang ideal untuk kanak-kanak belajar mendengar.

(Judith L Simser, 1999)

Satu kaedah untuk mengajar kanak-kanak pekak menggunakan pendengaran

mereka bagi mempelajari bahasa pertuturan melalui ABD atau C dimana

penekanan diberikan kepada kemahiran mendengar bunyi pertuturan tanpa

membaca pergerakan bibir serta penglibatan ibu bapa dalam proses

pembelajaran anak-anak mereka.

(Unit pertuturan U)

3.4 Terapi Muzik dan Nyanyian

Sebelum meneruskan dengan lebih lanjut, marilah kita sama-sama mengenali

apakah yang dimaksudkan dengan muzik dan apakah pula yang dimaksudkan

dengan terapi muzik.

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi

bergetar pada tahap-tahap berbeza.Tenaga yang serupa juga wujud dalam

tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan

dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang

memulihkan.

10

Page 11: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

“ Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah

bukuajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk

menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan

gangguan emosi seseorang.”

Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca oyang

palingberkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula

jadi.Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan

dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi

kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak

balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu.

Bagaimana pula dengan terapi muzik? Menggunakan muzik sebagai

terapibukan sesuatu yang baru diperkatakan, sebaliknya ia sudah digunakan

denganmeluas sejak lama dulu. Terapi muzik merupakan satu bidang profesional

yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemuliharaan dan peningkatan

tarafkesihatan mental dan fizikal seseorang. Perubahan dari segi kognitif, sosial

danemosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu. Seramai 6000

hingga 10 000 orang pakar terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan

kepada golongan masyarakat terutamanya yang menghadapi trauma, gangguan

emosi, kerencatan akal, stress, termasuk penyakit kanser dan AIDS.

11

Page 12: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Di antara matlamat muzik terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal,

mengurangkan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan

emosi kepada pesakit dan keluarga serta memberi peluang melepaskan

perasaan dan menenangkan fikiran. Setelah penaksiran klinikal dibuat, pakar

terapi muzik akan menjalankan program terapi muzik yang mungkin melibatkan

teknik-teknik seperti mendengar, seleksi muzik tertentu, bermain alat muzik,

menyanyi, perbincangan lirik lagu, menari atau melukis dengan muzik.

3.5 Terapi Seni Visual

Bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat perhatian

yang serius daripada pihak kerajaan dan berbagai usaha telah dilakukan untuk

memastikan kanak-kanak ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Kurikulum

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia digubal berasaskan

keupayaan individu berkeperluan khas. Kurikulum ini terdiri daripada empat

bidang iaitu bidang pengurusan hidup, bidang akademik dan berfungsi, bidang

kerohanian dan nilai-nilai murni serta bidang sosial, riadah dan aktiviti. Salah

satu dari bidang ini komponennya adalah pendidikan seni yang terletak di bawah

bidang sosial, riadah dan kreativiti.

Komponen pendidikan seni mempunyai matlamat yang menjurus kepada

memenuhi keperluan perasaan individu. Pendidikan seni dalam kurikulum

pendidikan khas bermasalah pembelajaran bertujuan untuk mengembangkan

potensi kanak-kanak bermasalah pembelajaran supaya mereka dapat

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Oleh itu

12

Page 13: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

pengajaran dan pembelajaran seni dapat mengembangkan bakat, kreativiti

kanak-kanak tersebut serta menggalakkan perkembangan sosial mereka

menerusi nilai yang dipelajari.

Kepentingan pendidikan seni dalam pendidikan khas ialah bagi

meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran persepsual-

motor dan kreativiti seni. Seni digunakan sebagai medium meluahkan perasaan

dan ekspresi murid bermasalah pembelajaran. Seni juga secara umumnya

menggalakkan murid meneroka imaginasi, membentuk kecerdasan, meneroka

fungsi simbolik dalam seni dan membina kemahiran penilaian kendiri.

“Jangan ambil mudah luahan artistik orang di sekeliling anda. Ia

mungkinmenjadi ‘kunci’ kepada sesuatu di dalam diri mereka. Setiap lukisan

mempunyaikaitan psikologi dengan si pelukisnya.“

(20 Oktober 2008 - Fatimi Nadiah Zainudeen)

Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu

meluahkan perasaannya. Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sebagai salah

satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik.

Sebuah lukisan pernah menimbulkan persoalan Paul Jambunathan, pakar

konsultan psikologi klinikal dan pensyarah kanan dalam Sains Tingkah laku di

Sekolah Perubatan, Pusat Perubatan Sunway, Selangor.

13

Page 14: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Gambaran seorang yang tidur di katil pada kedudukan terbalik dengan bahagian

kepala diletakkan di hujung dan kaki di kepala katil jauh daripada telahan

literalnya. Setelah ditanyakan kepada pemilik lukisan, nyata ia menyimpan luka

yang dalam.

Menurut Paul (2008),medium lukisan, atau seni, termasuk menghasilkan

skulptur, lagu, skor muzik dan sebagainya, boleh menjadi satu bentuk terapi

dimana seseorang itu dapat meluahkan diri mereka yang sebenar. Beliau juga

mengatakan bahawa, seni dapat membantu menggambarkan perasaan yang

sukar untuk diluahkan dalam bentuk perkataan, kerana bukan semua orang

dapat berkata-kata dan menyampaikan mesej secara lisan dengan baik. Malah

cara ini sebenarnya menggalakkan curahan perasaan menggunakan pendekatan

yang selamat dan diterima ramai.

3.6 Terapi Hidro

Terapi hidro bermakna menggunakan air dalam sebarang bentuk untuk

mengembalikan tenaga, mengekal dan menjaga kesihatan.Terdapat banyak

jenis terapi air yang ditawarkan termasuklah sauna, mandi wap, mandi sitz

(hanya merendamkan punggung dan paha) atau sekadar berendam dalam air

suam. Malah, penggunaan pek panas atau sejuk bagi melegakan kesakitan otot

juga dianggap sebahagian daripada hidro terapi. Berdasarkan sejarah, terapi air

dipelopori paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang

menghidap batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan

dengan menggunakan air bagi menyingkirkan bahan kumuh dan toksik daripada

14

Page 15: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

badan. Sejarah rawatan menggunakan air bermula 4,500 tahun sebelum Masihi

berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. Manakala rumah

mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno.

Malah, pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis makalah menyarankan

amalan mandian sejuk dan suam sangat baik dan berkesan kepada kesihatan

tubuh badan.

Selain itu, penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah

Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Kini air masih menjadi antara

kaedah utama dalam rawatan moden untuk pelbagai jenis masalah kesihatan.

Terapi air yang dijalankan di kolam renang khas mempunyai kelebihan tersendiri

kerana ada pergerakan yang tidak boleh dilakukan di atas tanah (darat) terutama

bagi individu yang alami masalah kecederaan tulang belakang, strok dan artritis

boleh dilakukan dengan mudah di dalam air.

Seringkali kita tertanya-tanya bagaimanakah terapi hidro ini boleh menjadi

ejen rawatan? Sebenarnya,sifat air sangat unik. Ia boleh wujud dalam tiga

bentuk iaitu cecair (air), pepejal (ais) dan wap. Air boleh menyimpan dan

mengalirkan haba serta tenaga. Ia juga boleh melarutkan bahan lain seperti

garam galian. Asas dalam terapi air ialah suhu air yang digunakan. Air sejuk

akan memberi rangsangan kepada salur darah yang dekat dengan kulit untuk

mengecut dan mengalihkan lebih banyak aliran darah ke organ dalam badan.

Manakala air suam pula akan merehatkan otot, mengembangkan salur darah

dan membantu menyingkirkan bahan buangan daripada tisu badan.

Menggunakan air sejuk dan suam secara berselang seli dikatakan boleh

15

Page 16: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

memperbaiki proses penyingkiran bahan kumuh, mengurangkan keradangan

dan merangsang aliran darah.

3.6.1 Ciri-Ciri Yang Membolehkan Air Menjadi Medium Rawatan

Terdapat beberapa ciri penting yang membolehkan air menjadi medium

rawatan iaitu daya apungan, kelikatan air, tekanan hidrostatik, . Dalam air,

badan akan menjadi 90 peratus lebih ringan kerana ia ditampung oleh daya

apungan air. Ciri ini amat berguna membantu pesakit yang tidak boleh

bersenam akibat sakit pada sendi terutama pada lutut, tulang belakang dan

pinggul selain dapat membantu merawat pesakit yang mengalami keretakan

tulang dan masalah berlebihan berat badan. Daya apungan ini membolehkan

pesakit menggerakkan anggota yang sakit dengan menggunakan sedikit

tenaga dan mengurangkan ketegangan otot yang ditanggung otot tulang

belakang dan kaki akan berkurang.

Ciri yang kedua ialah kelikatan air. Ia memberi halangan kepada

pergerakan. Bagaimanapun,gabungan daya apungan dan kelikatan

membolehkan seseorang pesakit melakukan pergerakan mengikut

kemampuannya. Halangan ini tanpa disedari dapat membantu pesakit

membina kekuatan pada otot yang cedera dan lemah tanpa perlu

mengangkat beban. Pada peringkat permulaan, senaman boleh dilakukan

mengikut arus air (arah pergerakan air dan kurang halangan) tetapi apabila

apabila otot sudah kuat, senaman bolehlah dibuat melawan arus.Pergerakan

16

Page 17: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

air ini juga dianggap sebagai urutan. Apabila berada dalam air, seluruh badan

akan menerima urutan. Jadi seluruh badan akan menerima manfaatnya.

Ketiga, tekanan hidrostatik. Air memberi tekanan dari semua arah.

Tekanan ini membantu meningkatkan kepekaan pesakit terhadap pergerakan

semua ototnya. Apabila mengalami kecederaan otot, kebanyakan pesakit

tidak mahu menggerakkan otot berkenaan bagi mengelakkan rasa sakit tetapi

perkara ini sebenarnya hanya akan menyebabkan otot menjadi tegang.Terapi

air membantu pesakit menggerakkan otot yang cedera dan pada masa sama

ia mengurangkan masalah bengkak pada otot.

Ciri yang keempat pula ialah suhu air. Suhu air yang sesuai untuk terapi

ialah antara 32 hingga 34 darjah Celsius (air terasa suam). Air suam akan

merehatkan otot dan membolehkan ia digerakkan tanpa berasa sakit. Apabila

berendam dalam air suam, salur darah akan menjadi kembang dan

melancarkan aliran darah yang secara tidak langsung mempercepatkan

proses penyembuhan. Keadaan ini juga membolehkan enzim dan endorfin

(ejen penahan sakit semula jadi dalam badan) bekerja dengan lebih baik

khususnya pada anggota yang sakit, bengkak atau cedera

Seterusnya, haba. Ia juga membantu sel menyingkirkan bahan kumuh dan

digantikan dengan oksigen serta nutrien. Bagaimanapun jangan berendam

dalam air yang dirasakan terlalu panas kerana ia boleh mendatangkan

kemudaratan terutama kepada pesakit yang ada masalah jantung.

Kedalaman berbeza akan memberi tekanan, halangan dan daya apungan

17

Page 18: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

yang berbeza. Jadi pesakit boleh memilih berada pada kedalaman mengikut

kemampuan dan masalah yang dihadapi.

3.6.2 Kelebihan - Kelebihan Terapi Hidro

Terdapat banyak kelebihan dalam terapi hidro ini antaranya dapat

menguatkan otot, memperbaiki keupayaan melakukan senaman regangan

(pergerakan yang tidak boleh dilakukan di darat boleh dibuat dalam air),

meningkatkan daya ketahanan (melalui senaman dalam air). Ini amat baik

untuk pesakit kanak-kanak serebral palsi atau pesakit dewasa yang kerap

alami kekejangan otot. Tambahan lagi, terapi ini dapat memperbaiki

keseimbangan, merehatkan minda dan badan serta dapat melegakan

kesakitan yang dialami.

Disamping itu juga, terapi ini dapat meningkatkan kepekaan deria,

meningkatkan keyakinan diri khususnya pada pesakit yang tidak dapat

mengikuti program di darat boleh mendapat manfaat melalui terapi air dan

membuatkan mereka berada dalam keadaan yang lebih baik.Terapi ini juga

dapat mengurangkan kesakitan dan bengkak akibat kecederaan apada

badan. Jika kita seorang yang cepat demam dan mempunyai antibodi badan

yang lemah, masalah ini dapat diatasi melalui terapi air kerana ia dapat

mengurangkan suhu badan (ketika demam). Jika kita perhatikan , kita banyak

mengambil makanan ringan yang mempunyai pelbagai perisa dan pewarna

tambahan. Namun, melalui terapi ini, ia dapat membantu badan

menyingkirkan bahan toksin tersebut. Kelebihan terapi hidro ini juga ialah

dimana air menjadi ejen anti pengecutan otot yang tidak terkawal, sekaligus

18

Page 19: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

dapat membantu mengatasi masalah sembelit dan meningkatkan sistem

imun badan. Ia juaga boleh membantu mengawal tekanan darah dan paras

gula dalam badan dan memperbaiki pernafasan.

3.6.3 Kepentingan Terapi Hidro

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk

mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi

dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara

kepentingan hidroterapi ini ialah:

• Menghilangkan tekanan

• Keupayaan berkomunikasi

• Simulasi sistem otak.

• Bina keyakinan diri

• Kreativiti.

• Kawalan diri.

• Latihan ‘Social skill’.

• Merangsang pertuturan.

• Melatih sikap bekerjasama.

• Meningkatkan kesabaran

3.6.4 Pengamatan

Terdapat beberapa latihan dalam pengamatan antaranya ialah:

Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain

Latihan daya kepimpinan.

19

Page 20: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Manipulasi tangan dan jari-jemari.

Daya konsentrasi.

Pembentukan ‘body image’.

Peningkatan ‘self-esteem’ (keyakinan diri).

3.6.5 Panduan Keselamatan

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang

paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat

faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap

ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

3.6.5.1 Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana

tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi

tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru

perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKI yang kurang

persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau

kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul

perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa

murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang

sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin

boleh menguasainya.

20

Page 21: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

3.6.5.2 Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima

murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah

dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di

atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal

imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada

menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di

dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang

dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan

kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. ‘Eye

Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan

hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam

yang cetek.

3.6.5.3 Aktiviti - Aktiviti Terapi Hidro (Renang)

1. Pendahuluan

Memanaskan badan dan meregangkan otot.

Mengenakan jaket keselamatan.

2. Isi Pelajaran

Bermain-main di tepi air.

Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan

cara yang betul

21

Page 22: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.

Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan

guru.

3. Penutup

• Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.

• Mengemaskan dan membersihkan diri.

Aktiviti renang ini hendaklah dengan bantuan guru. Aktiviti renang

bebas menggunakan bola juga perlu dengan pemerhatian guru.

Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah

tertentu.

3.7 TERAPI WARNA

Seringkah anda merasa tubuh kurang selesa? Bukan hanya tubuh, tetapi hati

dan perasaan pun tidak selesa. Hal sedemikan sering dipanggil “mood”. Tubuh

kita tidak sakit, tetapi tidak ada merasa untuk melakukan sesuatu. Jangan

terburu-buru tetapi cuba berfikir mungkin kita mempunyai penyakit. Jangan-

jangan tubuh kita hanya kekurangan salah satu unsur warna saja.

Warna, sejak zaman Mesir Kuno memang sudah dipercayai mempunyai

pengaruh yang besar pada tubuh (fizik, emosi, dan mental) manusia. Warna

mempengaruhi aura tubuh sehingga jika tubuh berlebihan atau kekurangan salah

satu warna, akan terjadi ketidakseimbangan tubuh yang akhirnya mempengaruhi

mood dan kesihatan tubuh.

22

Page 23: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Menurut Gitta S van Engelen, pengamal terapi warna, warna memang

mempunyai kekuatan untuk tubuh. Warna bukanlah ubat, tetapi ia boleh

membantu proses penyembuhan sebuah penyakit lewat gelombang atau

vibrasinya. Dalam buku Colour Therapy, Pengaruh Dan Kekuatan Warna Dalam

Kehidupan dikatakan, terapi warna adalah penyembuhan sebuah penyakit

dengan mengaplikasikan warna-warna yang tepat untuk penyembuhan dalam

bentuk yang lebih efektif berbanding sinaran matahari.

Contohnya, sederhana bahawa warna sangat mempengaruhi tubuh jika

seseorang masuk ke ruangan yang berwarna hitam kelam atau coklat tua. Tubuh

dan fikiran orang itu tidak akan rasa berlama-lama di ruangan itu. Jika ada warna

yang membuat tubuh dan fikiran merasa tidak selesa, tentu ada kombinasi warna

lain yang boleh membuat orang merasa rileks dan tenang.

3.7.1 Kepentingan Terapi warna

Terapi warna mengimbangkan aura tubuh

Warna mempengaruhi setiap orang, walau apa pun isinya. Oleh kerana itu

terapi warna juga boleh diterapkan pada kanak-kanak dengan keperluan

khusus seperti sindrom down, autis, kanak-kanak dengan kecerdasan di

bawah normal, disleksia, kanak-kanak kesulitan untuk belajar dan

sebagainya.

Penggunaan terapi warna sangat membantu kanak-kanak untuk

menyalurkan marahnya. Mereka mengamuk kerana orang lain tidak

mengerti apa yang mereka inginkan. Jika mereka terlatih untuk menjalani

23

Page 24: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

terapi warna sendiri, mereka boleh menghilangkan rasa marah itu dengan

menyerap warna tertentu, kata Gitta yang mempraktikkan terapi warna di

sekolah International Center for Special Children in Education, Jakarta

Selatan.

Aura kanak-kanak dengan keperluan khusus biasanya tidak

seimbang. Aura mereka cenderung berwarna hitam. Namun setiap kanak-

kanak mempunyai peningkatan kecenderungan yang berbeza. Terapi

warna tidak boleh diberikan kepada seluruh murid sekaligus kerana

keperluan mereka berbeza-beza. Biasanya saya melakukan bertanya

dulu, baru menentukan warna apa yang mereka perlukan pada saat itu.

Sebaiknya sebelum melakukan terapi warna, bincang dulu dengan ahli

terapi warna untuk menentukan warna apa yang tubuh kita perlukan, jelas

Gitta.

Menentukan warna yang diperlukan memang sebaiknya dilakukan

oleh ahli terapi warna. Namun seseorang boleh medapatkan sendiri warna

yang diperlukan. Apa yang perlu diingat, tubuh memiliki tujuh buah cakra

yang sangat dipengaruhi oleh warna.

Dalam buku Colour Teraphy ditulis:

Warna merah – berhubungan dengan cakra dasar yang mempengaruhi

kecergasan, kekuatan, seksualiti, dan kesedaran. Merah boleh mengatasi

anemia, kekurangan tenaga, mati pucuk, tekanan darah rendah, penyakit

kulit, dan jangkitan saluran kencing.

24

Page 25: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Warna Jingga – berhubungan dengan cakra limpa yang mengatur

sirkulasi dan metabolisme. Warna ini juga berhubungan dengan

kegembiraan dan keceriaan.

Kuning – berhubungan dengan dengan cakra solar plexus yang

mempengaruhi intelektual dan mengambil keputusan. Warna kuning juga

boleh mengawal konsentrasi haid.

Hijau – berhubungan dengan cakra jantung. Hijau adalah warna

penyembuh kerana ia mengimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.

Biru – berhubungan dengan cakra kerongkong. Warna ini sangat

menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan bawah

pinggang, asma, dan migran.

Ungu – merupakan warna cakra mahkota dan berhubungan dengan

tenaga dari fungsi fikiran tertinggi. Warna ini membantu meningkatkan

rasa percaya diri, mengurangi rasa tidak berdaya, serta mengubati

kelainan mental dan saraf.

25

Page 26: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Hitam – sering dikaitkan untuk menekan nafsu makan. Bagi yang ingin

mengurangi berat badan, pakai pelapik berwarna hitam untuk meja

makan.

Terapi warna boleh dilakukan sendiri dengan berbagai cara,

lakukan maksima empat kali seminggu, lakukan selama lima hingga 10

minit setiap kali terapi, bergantung yang diperlukan. Gitta mengingatkan,

jika rasa sudah tidak sedap, segera hentikan kerana bererti tubuh sudah

cukup menerima warna itu. Namun jika tubuh masih merasa rileks dan

sedap, terapi boleh diteruskan sampai tubuh merasa cukup.

Cara terapi warna sangat banyak. Kita boleh menggunakan

ruangan kecil dengan lampu berwarna. Di ruangan itu kita tidur dengan

santai sambil mendengar muzik yang sesuai. Jika perlu, biarkan kulit

terbuka tanpa penutup agar penyerapan warna lebih banyak.

Selain itu, orang juga boleh memegang benda dengan warna yang

kita perlukan, termasuk memakai baju dengan warna-warna yang

diperlukan. Walau tidak secepat sinar, gelombang warna yang ada pada

baju mampu merembat masuk melalui kulit. Jadi kalau kita ingin merasa

berani, pakailah baju warna merah. Bila mahu wawancara pakailah baju

warna biru, kerana biru melancarkan komunikasi. Sedangkan warna hitam

bisa meningkatkan rasa percaya diri.

Batu permata asli mempunyai kesan yang lebih di dalam

kegunaan untuk terapi kesihatan jika dibandingkan dengan kristal

26

Page 27: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

buatan. Kristal buatan manusia hanya bergantung kepada terapi warna

sahaja. Manakala batu permata asli mempunyai kesan dari segi getaran

warna yang terhasil dari Shumann Resonance Frecuency. Pancaran ini

hanya dimiliki oleh benda-benda hidup dan jisim kurniaan Tuhan

termasuk batu permata semula jadi ini.

Tubuh manusia mempunyai 7 bahagian asas yang digunakan

untuk merawat sesuatu penyakit. Ketujuh-tujuhnya diwakili oleh warna

masing-masing dan warna-warna inilah mewakili warna batu permata

yang akan digunakan untuk merawat sesuatu jenis penyakit. 7 bahagian

ini dapat diterangkan dengan melihat kepada berikut: 

Meridian 1 : Warna Merah

Jenis Batu Permata/Kristal:

Batu Delima, Garnet Merah, Jasper Merah, Coral, Almandine, Nilam Merah,

Spinal, Akik Merah dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna

merah.

Keterangan :

Warna darah dan hangat. Warna berkaitan kepantasan dan stamina. Kadar

getaran terendah dan jarak gelombang cahaya terpanjang (Lembu tidak boleh

melihat warna merah tetapi mampu merasai getaran warna merah)

Kegunaan Terapi:

a) Mengawal buah pinggang, pundi dan bahagian bawah badan

b) Merangsang jantung, paru-paru, meningkatkan tekanan darah

c) Membantu penyerapan zat besi dan oksigen

d) Membina sel darah merah dan meningkatkan stamina.

e) Warna merah bertindak sebagai perangsang seks

27

Page 28: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

f) Bagus untuk kanak-kanak sekolah

g) Untuk mengurangkan arthritis, tangan dan kaki sejuk dan tekanan darah

rendah.

Meridian 2 : Warna Orange

Jenis Batu Permata/Kristal:

Kuartza Oren, Jasper Oren, Akik Oren, Amber Oren, Carnelian Oren dan

semua batu permata asli dan kristal asli berwarna oren

Keterangan:

Warna untuk kesihatan, kegembiraan dan motivasi

Kegunaan Terapi:

a) Membantu merawat masalah berkaitan sistem pencernaan, paru

paru, pankreas dan limpa

b) Pembuka selera dan sebagai perangsang seks

c) Sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi

d) Membantu mengurangkan kahak, asma, kejang, osteoperosis dan

kemurungan.

Meridian 3 : Warna Kuning

Jenis Batu Permata/Kristal:

Citrine, Kuartza Kuning, Manikam (Topaz) Kuning, Nilam Kuning, Akik Kuning,

Amber Kuning dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna kuning

Keterangan:

Warna matahari dan warna asas kepada kehidupan. Tenaga yang baik dari

matahari terdapat dalam batu permata asli. Warna kebijaksanaan dan dapat

merehatkan minda. Dikenali sebagai ‘desicive yellow’ (kuning ketegasan)

28

Page 29: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Kegunaan Terapi:

a) Menguatkan sistem saraf, sistem ketahanan badan dan fikiran

b) Membantu mengurangkan gangguan sistem penghadaman dan alergi

c) Membantu badan membuang toksin melalui kulit contoh ekzema, jerawat.

d) Membaiki masalah kencing manis dan kegemukan

e) Melegakan masalah kekurangan kalsium

f) Letakkan kristal berwarna kuning/oren berhampiran meja komputer untuk

mengurangkan radiasi dan meningkatkan konsentrasi.

Meridian 4 : Warna Hijau

Jenis Batu Permata/Kristal:

Jed, Aventurine, Zamrud, Malakit Hijau, Akik Hijau, Zirkon Hijau dan semua

batu permata asli dan kristal asli berwarna hijau

Keterangan :

Warna semulajadi yang melambangkan keseimbangan kasih sayang,

kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas

Kegunaan Terapi:

a) Membantu melegakan badan dan minda ketika menghadapi

tekanan

b) Menyeimbangkan emosi

c) Menstabilkan tekanan darah, kandungan asid dan alkali dalam

badan

d) Membantu mengurangkan kulit berminyak, jerawat dan tekanan

e) Gunakannya jika ingin mendapatkan ilham

f) Digunakan untuk rawatan terkejut, tekanan, demam dan ketakcernaan

29

Page 30: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Meridian 5 & 6 : Warna Biru

Jenis Batu Permata/Kristal:

Nilam Biru, Lapis Lazuli, Turquoise, Kuartza Biru, Akuamarin Biru, Blue

Sandstone dan lain-lain batu permata asli dan kristal asli berwarna biru

Keterangan:

Warna kedamaian, tenang dan relaks. Ia dikenali sebagai ‘colour of distance’

dan dapat membantu menenangkan fikiran. Juga dikenali sebagai

‘communicative blue’.

Kegunaan Terapi:

a)Meningkatkan kreativiti dan kebijaksanaan.

b)Memudahkan untuk mengingati ucapan

c)Membuang racun dalam badan

d)Digunakan untuk melegakan kesakitan, melecur yang teruk, degupan jantung

yang tidak normal, bronkitis, asma yang teruk, demam, sakit kepala, sun burn,

kegatalan kulit, susah untuk tidur, dan kanak-kanak yang terlalu aktif

Meridian 7 : Warna Ungu

Jenis Batu Permata/Kristal:

Amethyst dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna ungu

Keterangan:

Gabungan warna merah dan biru. Merah (Yang) adalah panas dan biru (Yin)

adalah sejuk. Ledua-dua warna ini menseimbangkan tenaga. Warna ungu

mempunyai getaran yang cepat dan dikenali sebagai warna yang

menyembuhkan penyakit.

30

Page 31: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Kegunaan Terapi:

a) Berhubung dengan sistem saraf, kulit dan rambut

b) Merehatkan badan dan minda

c) Anti bakteria – baik untuk merawat jerawat dan ekzema

Meridian 8 - Warna Putih

Jenis Batu Permata atau Kristal:

Berlian, Zirkon, Batu Kuartza, Batu Kristal dan batu permata asli dan kristal asli

lain yang berwarna putih

Keterangan:

Warna putih adalah warna asas dan merangkumi spektrum yang penuh untuk

semua warna dan getarannya. Cahaya putih adalah cahaya dari matahari dan

mempunyai tahap tenaga tertinggi. Dalam terapi getaran warna, warna putih

digunakan dalam semua situasi untuk membantu proses penyembuhan

penyakit

Kegunaan Terapi:

a) Warna putih adalah warna utama dalam getaran untuk badan dan minda

b) Boleh digunakan bersama warna lain sebagai penggalak

penyembuhan.

c) Juga boleh digunakan jika spectrum warna lain tidak memberikan apa-

apa kesan

31

Page 32: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

3.8 TERAPI PERGERAKAN KREATIF

Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan

dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami

konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan

tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil

ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap

rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang

semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri

suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang

dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal,

mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah

disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan

mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan.

Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983), kanak-kanak mempunyai

keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh

dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata.

Aktiviti bagi mereka adalah intisari kehidupan.

Dauer dan Prangrazi (1983), telah mengenal pasti sembilan keinginan

asas kanak-kanak iaitu Keinginan untuk bergerak, berjaya dan diperkenankan.

Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup bermasyarakat,

bersaing, memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik,mengembara,

memperoleh kepuasan kreativiti, dan mengetahui.

32

Page 33: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Keinginan-keinginan pada peringkat awal ini harus ditumpukan kepada

pergerakan-pergerakan kreatif yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti

pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan mental serta

rohani dan sosial. Keinginan-keinginan ini juga tidak terkecuali kepada murid

berkeperluan khas.

Pendidikan Pergerakan Moden, Pendidikan Pergerakan, Pergerakan

Pendidikan Berirama, Drama Kreatif dan Pergerakan Kreatif adalah di antara

istilah-istilah yang kerap digunakan dan kadangkala penggunaannya silih

berganti antara satu sama lain. Namun maksudnya menjurus ke arah yang

hampir sama iaitu penggunaan pergerakan tubuh badan, irama dan daya kreatif

sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi.

Menurut Gladys Andrew Fleming (1976), menggunakan istilah

‘Pergerakan Kreatif’ untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau

mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang

dipancarkan melalui perantaraan anggota tubuh badan.

Ini membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan

dalam menyelesaikan tiga komponen utama dalam geraktari untuk tujuan-tujuan

ekspresi, komunikasi atau kepuasan peribadi.

(Fleming,1976).

Mengikut pendapat Margaret H’Doubler (1925); geraktari kreatif ialah

sejenis tarian berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran

seseorang individu.

33

Page 34: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Proses ini kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang

merangsang daya berfikir, pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini akan

membolehkan seseorang individu itu menghayati serta menghadapi tuntutan-

tuntutan hidup dengan berkesan.

(H’Doubler, 1925).

Bentuk geraktari seperti yang digariskan oleh definisi di atas merujuk

kepada daya ekspresi mental dan jasmani yang dilakukan secara jujur dan

spontan. Apa yang dipersembahkan oleh penari-penari itu bukanlah bertujuan

untuk menarik perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan

perasaan dalaman yang terbuku. Ini juga merupakan ekspresi emosi kendiri

yang disalurkan melalui aktiviti pergerakan berirama.Berdasarkan difinisi dan

takrifan yang diberikan, pergerakan kreatif mempunyai beberapa ciri seperti

berikut:

I. Penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan

daya usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen

tersebut sebagai asas perancangan kandungan kurikulum

(Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson, 1982).

II. Tumpuan kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat

semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-

pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan

potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya

sebagai alat perhubungan. (Combest,1975; Dimondstein, 1983).

34

Page 35: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

III. Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang

menyeronokkan, sihat dan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin

paduan antara mental, fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk

melahirkan segala perasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan

pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak

(Brearly, 1970; Fleming, 1976).

IV. Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti

kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung

dengan faktor ini. Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap

nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini

menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti dengan meyakinkan

ketiga-tiga aspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti

merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek.

(H’Doubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob, 1986).

V. Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas

yang diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba

mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya

(Stinson, 1982; Dimondstein, 1983).

35

Page 36: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

VI. Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan

koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-

bahagian tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang

mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk

meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti

(Arrow, 1981; Synder, 1975).

3.8.1 Kepentingan Terapi Pergerakan

Menurut Jesse William (1964), pelopor pendidikan pergerakan

kreatif yang banyak memberi sumbangan serta mempengaruhi arah

perkembangan program pendidikan jasmani di sekitar tahun-tahun 1930

an hingga 1960-an berpendapat:

Pendidikan Jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan

kepemimpinan yang cekap serta menjadi alat kepada individu atau

kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari

segi fizikal, mental dan sosial.

Objektif yang disarankan oleh William itu pada hakikatnya

mencabar para pendidik pendidikan jasmani untuk mempertingkatkan

kemahiran mereka agar dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk

mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang

disarankan. Bagaimanapun nilai-nilai positif yang bakal diperolehi

36

Page 37: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

daripada pergerakan kreatif bergantung kepada penyertaan seseorang

individu dalam bidang tersebut.

Menurut Way (1967), pendidikan Jasmani kreatif ialah pendidikan

seluruh individu melalui pengalaman. Seperti dengan pengalaman-

pengalaman kreatif yang lain, pergerakan ini merangsang pemikiran yang

beragama, imaginasi dan cara menyelesaikan masalah.

Ia juga mengukuhkan emosi, sifat humor, berlakon dengan yakin

dan pemahaman terhadap sesama insan yang berasaskan nilai-nilai

kemanusiaan yang luhur (Davis, Helfert dan Shapiro 1973; Way 1967)

serta pemikiran yang kritis dan bebas (Carelli, 1982).

Menurut (Russell,1975), aktiviti ini juga bukan sahaja

menyeronokkan tetapi juga untuk mencurah keluar jiwa dalaman yang

terdiri daripada perasaan dan mood.

Melalui pendidikan Jasmani kreatif murid-murid berkeperluan khas

juga akan memperolehi banyak manfaat jika ia dilaksanakan dengan

teratur dan sistematik oleh guru-guru. Untuk mengajar pendidikan jasmani

kreatif, guru tidak memerlukan ilmu yang luas cukup sekadar minat dan

rasa tanggungjawab terhadap murid-murid yang didik.

Di antara kebaikan yang yang diperolehi dengan aktiviti pergerakan

kreatif ialah murid akan dapat meningkatkan kecergasan. Murid-murid

berkeperluan khas sering dilihat tidak berdaya dan mudah letih

terutamanya murid sindrom dowan. Otot kanak-kanak ini lemah dan

37

Page 38: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka akan

seronok bermain dan secara tidak langsung akan membina kecergasan

pada diri kanak-kanak ini. Guru-guru hendaklah bijaksana mengatur

aktiviti ini kerana senaman yang sistematik serta pemakanan yang

seimbang adalah penting untuk menjamin kehidupan yang sihat dan tahan

lasak. Kecergasan fizikal terdapat empat komponen penting iaitu

kecergasan kardivaskular, kecergasan kekuatan dan ketahanan otot,

kecergasan kelenturan dan kecergasan berat badan.

Dalam tahun 1956 sebuah persidangan American Association for

Health, physical Education and Recreational Fitness telah bersetuju

dengan takrif berhubung kecergasan iaitu kecergasan ialah suatu

keadaan yang menunjukkan sejauh mana seseorang itu mampu untuk

berfungsi. Kecergasan merupakan soal individu. Namun ia memberi

implikasi terhadap terhadap keupayaan seseorang individu untuk hidup

dengan cara yang paling efektif dengan potensi yang ada padanya.

Keupayaan untuk berfungsi bergantung kepada aspek-aspek

fizikal, mental, emosi, social dan spiritual yang menjadi komponen-

komponen dalam konsep kecergasan yang mana kesemuanya saling

berhubung dan berkait antara satu sama lain.

(Schurr, 1975).

38

Page 39: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Latihan jasmani yang sering dilakukan boleh mempertingkatkan

kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan factor penting

dalam mempelajari kemahiran-kemahiran motor

(Rarick & Dobbins, 1975 : Pangrazi 1982).

Aktiviti yang rancak juga menyebabkan bebanan tekanan ke atas

tulang-tulang dan ini akan menyebabkan ukuran garis pusat tulang-tulang

berkenaan menjadi bertambah besar serta memperbaiki strukturnya.

Osteoporosis atau demineralization (kekurangan garam galian) adalah

berpunca daripada kelembaman. Keadaan demikian akan menyebabkan

tulang-tulang menjadi rapuh. Gejala ini dapat diatasi melalui pergerakan

kreatif kerana ia boleh membalikkan proses ini di samping membina

semula kekuatan tulang-tulang kanak-kanak berkeperluan khas.

3.8.2 Alat Teraputik

Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak

bermasalah fizikal dan mental. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan

program latihan yang bersesuaian yang boleh mendorong mereka

menjadi cergas dan efektif dari segi fizikal. Penggunaan pergerakan yang

berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif dan estetika merupakan

nilai-nilai yang sangat penting untuk murid-murid berkeperluan khas.

39

Page 40: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Menurut Nancy Brooks Schmitz (1980), dalam tulisannya antara

lain telah menyentuh peri mustahaknya pergerakan kreatif untuk kanak-

kanak ini. Beliau bersetuju bahawa pergerakan kreatif mempunyai nilai

aktiviti yang dapat memperkayakan pengalaman kanak-kanak. Ia patut

digalakkan dan dimajukan oleh semua pihak. Guru pendidikan khas perlu

mendalaminya untuk kebaikan murid-murid berkeperluan khas.

Dalam buku Nancy Brook Schmitz yang berjudul Developing

Creative Movement Experiences for the Handicapped, beliau menulis:

 Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang-peluang

kepada kanak-kanak untuk merealisasikan potensi ereka dengan

membangkitkan perkembangan imejkendiri yang positif, dengan

menggerakkan keinginan dalaman yang semulajadi untuk bergerak,

dengan meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara

kreatif melalui penyelesaian masalah, dengan memupuk interaksi sosial

yang positif, dengan membekalkan pengalaman-pengalaman yang boleh

membantu kanak-kanak meneroka dan mengembangkan kebolehan-

kebolehan fizikal dan kinestetik mereka, dan menyuburkan pengalaman-

pengalaman estetika.

Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan, bakat keperluan-

keperluan yang unik dan tersendiri. Kanak-kanak berkeperluan khas juga

tidak berbeza dari segi ini. Mereka juga perlukan kasih sayang, mahukan

diri mereka diterima oleh orang ramai, menikmati rasa keriangan dan

40

Page 41: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

keseronokan bergerak dan melakukan aktiviti-aktiviti untuk

memperintkatkan keupayaan, menumpukan perhatian terhadap sesuatu

koordinasi dan kecergasan. Mereka juga ingin berkongsi pengalaman

dengan rakan sebaya, ingin merasai cabaran dan kejayaan, ingin

mencipta dan mengongsikan hasil-hasil ciptaan mereka dan ingin

berhubung.

Matlamat-matlamat dan garis-garis panduan kurikulum mengenai

pendidikan khas ada menyatakan dengan jelas bahawa ia (pendidikan

khas): :

… mesti merangkumi segala kemahiran yang berfungsi, termasuk tingkah

laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, sama ada yang seni ataupun

yang kasar, komunikasi yang besifat verbal dan non-verbal, keselamatan

dan kesihatan, social dan rekreasi, dan kemahiran-kemahiran akademik

yang fungsional.

Guru-guru berkeperluan khas hendaklah sedar bahawa pergerakan

kreatif mampu dijadikan alat yang ampuh untuk mendidik murid-muridnya

dengan cara yang efektif. Umpamanya aktiviti geraktari mampu

meredakan ketegangan atau tekanan emosi dan menyemai rasa riang

dalam kehidupan seseorang individu, dan ia boleh dijadikan sebagai

senaman yang lasak untuk menggalakkan mereka menjadi aktif dan

cergas.

41

Page 42: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Menurut(Leventhal,1980), pergerakan kreatif memainkan peranan yang

berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan

ekspresi dengan geraktari teraputik yang pada dasarnya dibina atas dasar

kepercayaan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik

dalam psikik atau batin.

Pergerakan kreatif mampu mencapai matlamat psikoterapeutik

dengan meredakan symptom, integrasi emosi dan fizikal dan

perkembangan peribadi kanak-kanak, dan memperkukuhkan pemahaman

mereka.

Mengikut pendapat Nellie Mc Caslin (1980), berhubung dengan ini,

terdapat satu persetujuan umum terhadap pergerakan kreatif dan

pergerakan ritual serta ekspresi sebagai wadah yang paling mujarab

untuk merawat kecelaan yang dihidapi oleh kanak-kanak. Aktiviti jasmani

memberikan kanak-kanak rasa kesedaran terhadap tubuh badan mereka,

dan perlakuan pergerakan-pergerakan seperti melompat tali (skipping),

lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah

di antara senaman yang sungguh menarik, terutamanya kepada mereka

yang lemah daya koordinasinya.

Guru-guru pendidikan khas yang peka, mereka akan memberikan

tumpuan kepada kanak-kanak ceberal palsy dan mental retardation

supaya kanak-kanak ini memberikan penyertaan yang aktif untuk aktiviti.

42

Page 43: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

3.8.3 Sosialisasi

Aktiviti pergerakan merupakan usaha kerjasama, menjalin rasa saling

mempercayai dan memikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran,

maka ia sewajarnya menjadi satu seni ‘pergaulan’ (socialization) – suatu

perlakuan sosial yang mengembelingkan individu dalam dinamik

berkumpulan. Murid-murid berkeperluan khas sangat sesuai melakukan

aktiviti ini kerana mereka begitu sukar untuk bergaul, menerima arahan

dan kurang motivasi. Melalui aktiviti ini murid berpeluang menyertai

kegiatan dengan rasa riang dan secara sihat, bersosialisasi, menyemai

minat-minat baru, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain,

membentuk gaya diri, personaliti dan kematangan dan mencari saluran

untuk pernyataan kendiri.

Namun guru memainkan peranan penting untuk membimbing dan

menunjukkan contoh-contoh mengenai penerimaan sosial berdasarkan

sanjungan terhadap hasil kerja yang memuaskan dan jalinan ikatan yang

termetri hasil daripada bentuk kegiatan bermain dan mencipta yang

dilakukan secara beramai-ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ia

memberi peluang luas kepada kanak-kanak untuk saling mempercayai,

bekerjasama dan bersosial.

Menurut Clara Furst dan Mildred Rockefeller (1981),

… kebanyakan kemahiran interaksi sosial yang penting yang dibentuk itu

boleh diaplikasikan di luar bidang ….

43

Page 44: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Menurut Joyce Boorman (1971), mereka belajar cara memimpin dan

menyatakan tentang pengalaman-pengalaman sosial yang bermanfaat ini

dari segi ’memimpin’ dan ‘mengikut’,

Adalah penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bagaimana

hendak menjadikan diri mereka diterima dari segi sosial, jika tidak cara

hidup mereka akan menjadikan hidup mereka bertambah sulit. Kerap kali

kanak-kanak akan menghadapi masalah-masalah berkawan; suatu hari

nanti akan menjadi ketua dan dengan itu akan timbul kemungkinan dirinya

disisih oleh rakan-rakan utamanya.

Dalam menghadapi dilema ini seseorang kanak-kanak itu terpaksa

membuat penyesuaian-penyesuaian yang mungkin menuntutnya

melupakan buat sementara waktu kepimpinan kelompoknya dan

sebaliknya menjadi sebagai pengikut. Seorang pengikut hendaklah

digalakkan membina keyakinan motivasi dan minat agar dirinya menjadi

berwibawa dan diterima oleh orang ramai dan ini membolehkannya

memegang teraju kepemimpinan buat sementara waktu. Pergerakan tidak

boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak

dalam kehidupan sehari-hari, namun ia amat berguna dalam membantu

kanak-kanak meneroka dan memahami kedua-dua kualiti iaitu ‘memimpin’

dan ‘mengikut’.

Fokus konsepsi sosialisasi dalam program pergerakan kreatif

dengan menghubungkannya dengan ciri-ciri dan maksud-maksud

44

Page 45: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

kerjasama, persaingan, ketertiban, kebertanggungjawaban, saling

mempercayai dan menghormati persahabatan dan kepimpinan yang

unggul untuk kedua-duanya iaitu diri sendiri dan orang lain. Murid-murid

khas boleh dibentuk ke arah ini walupun memerlukan masa yang agak

lama.

Guru hendaklah bersabar dan tekun melatih mereka untuk

mendengar dan mengikut arahan, meredakan ketegangan perasaan dan

tekanan jiwa. Murid-murid berkeperluan khas terutamanya yang hiperaktif

tidak dapat mengawal peerasaan dan ketegangan yang dihadapi. Melalui

pergerakan kreatif ketegangan tersebut dapat diredakan. Ini disebabkan

kanak-kanak ini gemar bergerak. Kebijaksanaan guru menggunakan

pergerakan kreatif untuk mengalihkan hiperaktif kanak-kanak dengan

aktiviti yang berfaedah. Ini disebabkan pergerakan kreatif mempunyai

unsure-unsur dorongan bermain yang semulajadi.

Hartley, Frank dan Goldensen (1964), menyatakan dengan

membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu

persekitaran yang sesuai dan selamat; kita membolehkannya untuk

menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalahnya yang paling

membebankannya dengan cara yang memuaskan dan sihat.

Marion North juga mengatakan bahawa pergerakan kreatif adalah

kaedah katarik yang mampu melegakan tekanan-tekanan katanya,

‘’disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan oleh kerana

45

Page 46: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

bukanlah tujuan utamanya untuk melepaskan ‘tekanan perasaan’ semata-

mata’’.Walaupun benar ‘tekanan perasaan’ dapat diredakan namun itu

bukanlah tujuan akhirnya sebaliknya perasaan atau emosi itu disalurkan

kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin disiplin terbit daripada

aktiviti itu sendiri, usaha untuk menggarap maksud yang lebih jitu

daripada irama , bentuk serta hubungan antara gerakan tubuh – gerakan

yang merangkumi gerakan sebenar dan pada ketika membuat persediaan

dalaman untuk bergerak dengan gerakan yang disudahi secara terkawal

selepas selesainya sesuatu pergerakan.

(North,1973)

Di dalam kelas berkeperluan khas, murid yang slow learner juga

kebanyakannya terdiri dari pelajaryang nakal dan tidak boleh duduk diam.

Aktiviti pergerakan kreatif juga boleh dimanfaatkan untuk mereka. Murid-

murid ini menjadi nakal kerana mereka tidak tahu hala tuju. Guru

berperanan membentuk mereka.

Katarsis – konsep tujuan ‘meredakan ketegangan’ adalah dinyatakan

dalam contoh berikut:

Dikelilingi dan dihampiri oleh seribu orang musuh, kanak-kanak

menentang mereka habis-habisan demi servival mereka. Dengan

menggunakan dan menjadikan tangan-tangan mereka sebagai pedang-

pedang khayalan, mereka memusingkan tangan-tangan mereka

46

Page 47: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

menghala ke semua arah dalam pergerakan yang memaparkan rasa

kemarahan mereka terhadap musuh-musuh bayangan.

(Ayob, 1985: 48)

Kebanyakan aktiviti yang melibatkan pergerakan yang berjaya

melibatkan lakonan peranan, improvisasi, sosio-drama tidak formal yang

menggunakan tema-tema yang dinamik dan penggunaan tingkah laku

egosentrik yang ganjil. Dalam aktiviti-aktiviti kreatif tersebut, kanak-kanak

mempunyai kesempatan untuk melahir dan menangani emosi mereka

dengan cara yang kreatif. Adalah menjadi kebiasaan melihat kanak-kanak

khas gembira dan riang semasa bermain.

Menurut Winters (1975), menyediakan satu senarai berhubung

dengan perasaan-perasaan dan idea-idea yang dicurahkan oleh kanak-

kanak melalui pergerakan iaitu melahirkan perasaan terhadap apa yang

menarik perhatian mereka, melahirkan perasaan mereka sejajar dengan

tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial rakan sebaya. Lebih bersedia

untuk melahirkan perasaan mereka secara non-verbal berbanding dengan

golongan dewasa, melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan

secara lebih spontan daripada golongan dewasa, mempunyai masa yang

terhad untuk mempelajari gerak-geri isyarat dan simbol-simbol pergerakan

yang bersifat universal, dan oleh itu mereka melahirkan perasaan mereka

dengan cara yang lebih spontan, bebas daripada sebarang tekanan.

Mereka juga tidak memiliki perbendaharaan kata yang berbentuk verbal

47

Page 48: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

yang mencukupi untuk membolehkan mereka melahirkan perasaan

mereka secara verbal

Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan

persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak khas memahami

perasaan dan idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan.

3.8.4 Kemahiran Bertutur

Pada kebiasaanya pergerakan kreatif diiringi dengan nyanyian dan

permainan alat-alat muzik agar ia lebih menarik dan dan menambahkan

minat murid terutamanya murid khas. Dengan adanya aktiviti menyanyi ini

akan dapat meningkatkan kemahiran murid bertutur dan kemahiran

fonologi. Ramai di kalangan murid khas yang gagal menyebut perkataan

dengan betul. Mereka menyebut hanya dihujung perkataan sahaja.

Menyanyi jika digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih

menarik minat murid dan mereka berasa seronok dan gembira. Murid-

murid khas akan menganggap menyanyi lebih kepada bermain dan

berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran.

Untuk mengukuhkan lisan murid, ia sangat membantu guru mencapai

matlamat tersebut. Ini kerana menyanyi memerlukan sebutan bunyi-bunyi

yang jelas dan betul mengikut rentak dan irama serta disampaikan

mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung ia

membantu murid memperbaiki lisan.

48

Page 49: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

3.8.4 Meningkatkan Kreativiti

Kreativiti merupakan elemen yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa

kanak-kanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak

untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas

pendidikan yang tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga

kreatif mereka. kanak-kanak adalah individu yang unik. Murid-murid khas

tidak terkecuali mereka juga adalah insan yang unik dan kreatif. Potensi

kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain sama seperti

perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran. Oleh

kerana kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk

menyelesaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan

pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, ia

dapat memberi penghidupan yang lebih jitu dan bermakna kepada kanak-

kanak.

Murid-murid berkeperluan khas boleh meneroka dan

mengembangkan daya kreativiti mereka melalui improvisasi. Melalui

kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakonkan idea-idea

pergerakan secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awalan.

Kreativiti melambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan ia kerap kali

tidak dapat dikembangkan di dalam bilik darjah yang bersifat

mengongkong. Menggunakan pendekatan kreativiti adalah pendekatan

pengajaran yang bersifat semulajadi dan menyeronokkan. Dan ini amat

digemari oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas.

49

Page 50: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

Ini sesuai dengan kata-kata Fleming (1976) :

Tenaga kreatif yang merupakan elemen yang dinamik dalam setiap

diri kanak-kanak, berkembang bersama penemuan dan penerokaan.

Hasilnya ialah ekspresi yang kreatif,kanak-kanak yang giat bekerja, iaitu

mereka yang sedang mengalami proses kreativiti ini, terpancar di wajah-

wajah mereka rasa keriangan yang tercetus daripada getaran

penggunaan tenaga,(fizikal dan mental).

Menurut Fleming (1976), Kepuasan yang sepenuhnya, dan dihormatidi

kalangan mereka. Seseorang dapat merasakan bagaimana kanak-kanak

itu ‘berfikir’ serta turut bersama mereka merasakan kegembiraan yang

terbit daripada curahan perasaan mereka. Dalam diri setiap kanak-kanak

termasuk murid khas terdapat kebebasan untuk berfikir yang memerlukan

saluran untuk mengeluarkan perasaan mereka berhubung dengan

pengalaman-pengalaman seharian: ekspresi yang spontan. Ini dapat

dilakukan melalui pergerakan jasmani kreatif.

3.8.5 Rumusan

Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi

kesan yang mendalam kepada mnurid-murid berkeperluan khas. Untuk

melaksanakan aktiviti ini, guru-guru tidak memerlukan latihan dan

kepakaran yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah semangat yang cekal,

keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif.

Peranan guru ialah membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan

50

Page 51: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk

pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru menerima gerakbalas

berdasarkan pergerakan murid sebagai perkembangan semulajadi

mereka.

Guru-guru perlu membuang segala perasangka buruk terhadap

murid-murid pendidikan khas yang sering di label sebagai nakal, tidak

mendengar kata, tidak berdaya dan sebagainya. Sebaliknya guru

hendaklah berusaha dan mencuba kerana setiap murid ada kelebihannya.

Murid pendidikan khas tidak berdaya untuk mencungkil bakat mereka

sendiri. Guru dan masyarakat disekelilingnya patut membantu mereka

menjadi insan yang sempurna. Semua manusia mempunyai hak asasi

individu begitu juga dengan kanak-kanak ini.

Menurut Fleming (1976) telah mengubah satu “Akta Hak Asasi”

untuk kanak-kanak yang berbunyi: ‘’Biarkan saya membesar mengikut

keupayaan saya dan cuba memahami mengapa saya ingin membesar

seperti saya; Tidak seperti yang dikehendaki oleh emak atau tidak seperti

yang diharapkan oleh bapa atau guru saya memikirkan apakah

sepatutnya saya menjadi. Tolong cuba memahami dan menolong saya

membesar seperti saya!

Bagaimanakah kita menolong murid-murid membesar dan menjadi

seperti mereka? Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat

besar untuk menolong murid-murid membesar dan berkembang sebagai

51

Page 52: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

individu. Guru-guru juga bertanggungjawab memberi peluang kepada

murid-murid untuk mencipta dan melahirkan perasaan dan fikiran.

Melaksanakan program pergerakan kreatif bukanlah satu tanggungjawab

yang mudah, terutama jika kelas dipenuhi dengan kanak-kanak yang

sangat aktif dan pelbagai masalah dengan tempoh masa perhatian yang

singkat. Kanak-kanak yang mempunyai daya tenaga yang berlebihan

sering mencabar keupayaan guru.

Namun jika guru mempunyai kesedaran yang tinggi tentang

pentingnya pergerakan kreatif kepada murid-murid berkeperluan khas ini,

mereka akan mengajar bersungguh-sungguh di sekolah agar dapat

membentuk sahsiah murid berkeperluan khas sesuai dengan Falsafah

Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.9 TERAPI MAIN

Definisi

Bermain adalah media semulajadi bagimengekspresi kendiri kanak-kanak.

(VirginaAxline,  1974)

Dianggap sebagai percakapan kanak-kanak, alat mainan adalah kata-katanya.

(Thompson, Rudolph &Henderson, 2004)

52

Page 53: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

3.9.1 Konsep Terapi Bermain

Melalui bermain, kanak-kanak lebih mengenali dunia. Unsur simbolik

memberi peluang untuk mengkaji serta menguji pilihan secara imaginasi.

Ruang fizikal dan teraputik disediakanmelalui aktiviti bermain. Memberi

kanak-kanak peluang untuk menemui dan meneroka identiti masing-masing.

3.9.2 Matlamat

Mewujudkan hubungan yang rapo dengan kanak-kanak, menerima mereka

tanpa syarat, peka kepada perasaan yang dilahirkan oleh kanak-kanak dan

membuat refleksiterhadap perasaan tersebut, menghormati kanak-kanak

untukmenyelesaikan masalah yang dihadapi sekiranya diberi peluang, menyedarkan

kanak-kanak tentangtanggungjawab mereka.

3.9.3 Kelebihan Terapi Bermain

Memberi peluang pada kanak-kanakmembuat pilihan sendiri,

membolehkan melahirkan masalah, menyediakan tempat selamat bagi

meluahkan perasaan.

3.9.4 Persediaan Melaksanakan Terapi Main

Bilik terapi

Kelengkapan bilik terapi bersesuaianbergantung kepada kesesuaian

kanak kanak, disertakan dengan bahan-bahan resos. Alatan

asas seperti rak buku, cermin,almari dan lain-lain

53

Page 54: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

3.9.4 Media Mainan (kriteria)

Mendorong ekspresi pemikiran danperasaan kanak-kanak, peluang untuk

menguji realiti kanak-kanak, membekalkan kanak-kanak dengan cara

yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini,

mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak

3.9.5 Kategori Main Mainan

3.9.5.1 Mainan mencirikan kehidupan sebenar 

Contohnya pondok anak patung yang lengkap dengan perabot, Set

permainan pekerjaan seperti polis,doktor, tukang masak, set

permainan item rumah seperti seterika,kerusi, meja, telefon.

3.9.5.2 Mainan Bercirikan Luahan Perasaan agresif 

Gari, Penukul, Peralatan military, topeng

3.9.5.3 Mainan bercirikan luahan perasaan dan kreativiti

Crayon, Play doh, Kad, Boneka, Bekas pas

4.0 TERAPI ALTERNATIF

i. Aroma terapi

ii. Terapi herba

iii. Terapi ozon

iv. Terapi floortime

v. Terapi pasir 

vi. Terapi haiwan

vii. Terapi snoozelan

54

Page 55: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

4.1 Aroma Terapi

Dapat mengurangkan stres, menenangkan fikiran dan membangkitkan

semangat serta ghairah.Dipercayai dapat membersihkan racun/toksid

dalam tubuh.

4.1.2 Jenis dan manfaat aroma terapi

i. Citronella boleh mengurangkan ketegangan,meredakan

hidung tersumbat

ii. Lavender boleh memudahkan tidur,meredakan kegelisahan

iii. Teh hijau dapat memperbaiki sistem peredaran

darah,membersihkan paru-paru

iv. Rose dapat membaiki metabolisma dan sistem peredaran

darah,seimbangkan hormon

v. Green apple dapat menyembuhkan mabuk,menguatkan

sistem pencernaan

4.2 Terapi Herba

Herba adalah segala bahan (tumbuhan,haiwan,ikan,garam/batuan) yang

mengandungi satuatau beberapa bahan aktif yang dapat digunakan untuk

tujuan pengubatan. Mengembalikan keseimbangan tubuh dan bukan sekadar

untuk sembuhkan penyakit. Dilakukan secara sinergi (tidak berasingan,diikuti

dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza dr herba yg telah digunakan)

55

Page 56: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

4.2.1 Tujuan dilakukan sinergi

Mempercepatkan penyembuhan, menambah khasiat ubat, mengurangkan

sifat kekuatan ubat, menghilangkan kesan sampingan.

4.2.2 Proses terapi herba

i. Release(mengeluarkan) racun dan toksid dikeluarkan dari

badan

ii. Relax(merehatkan) badan diletakkan dalam keadaan suhu

yang stabil,alkali dan asid dalam tahap paling bagus dan

dapat bantu sistem imunisasi.

iii. Regeneration (pembinaan semula) mengganti sel-sel

yang mati dengan yang baru

v. Refunction(mengembalikan fungsi) organ kembali

berfungsi secara normal

4.3 Terapi Ozon

Dikenalpasti sebagai satu terapi yang amat selamat tanpa kesan sampingan,

berguna untuk tujuan pencegahan pelbagai penyakit. Awalnya digunakan untuk

merawat luka yang dijangkiti kanser, Medical ozon iaitu campuran ozon dan

hidrogen yang dihasilkan dalam bentuk gas digunakan, dan menghapuskan

pelbagai virus,yis,fugus dan protozoa

56

Page 57: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

4.3.1 Tujuan terapi ozon

Meningkatkan pertahanan badan, normalkan proses penghasilan hormon

dan enzim, mengurangkan keradangan, menenangkan sistem saraf, dan

memberhentikan pendarahan

4.4 Terapi Floortime

Menggunakan segala keupayaan kanak-kanak menerusi interaksi yang

dirancang sesuai dengan sistem saraf kanak-kanak dalam suasana yang

menyeronokkan, mengikut kehendak dan kegemaran kanak-kanak, boleh

dilaksanakan oleh ibu bapa atau individu dengan pengalaman yang minima dan

menyeronokkan, kanak-kanak dapat meningkatkan dan membina hubungan

yang lebih baik dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka.

4.4.1 6 peringkat asas perkembangan:

i. Self regulation and interest in the world

ii. Intimacy or a special love for the world of human relation

iii. Komunikasi 2 hala

iv. Komunikasi kompleks

v. Emotional idea

vi. Emotional thinking

57

Page 58: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

4.5Terapi Pasir 

Memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya

tanpa paksaan, penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak

lebih rileks, pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan

permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca

sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan, pemilihan alat

permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap

perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.

4.5.1 Tujuan terapi pasir 

i. Melatih daya kreativiti kanak-kanak

ii. Menghilangkan rasa marah

iii. Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu

iv. Meningkatkan keyakinan diri

v. Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

4.6 Terapi Haiwan

Haiwan peliharaan yang terdiri daripada binatang seperti kucing, anjing, burung,

ikan, kuda biasanya digunakan dalam terapi ini, membantu dalam masalah

psikologi, mental, emosional, lemah fizikal, kemampuan berbahasa dan bertutur

sertaautisme. ( terapi berkuda)

4.6.1 Tujuan terapi haiwan

i. Melatih rasa tanggung jawab dan kasih sayang

ii. Mengurangkan kadar kemarahan

58

Page 59: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

iii. Tingkatkan semangat dan belaian kasih sayang

iv. Melatih kawalan emosi diri

v. Melatih sifat berdikari dan memotivasi diri sendiri

vi. Tingkatkan tahap komunikasi

4.7 Terapi Snoozeland

Terapi stimulasi multisensori (visual,auditori,taktile,pembauan) yang digunakan

untuk kanak-kanak masalah mental, autisma, cedera otak dan masalah

perkembangan fizikal, dirancang untuk memberi stimulus pada berbagai

pancaindera dengan menggunakan kesan lampu, suara, muzik, bau dan

sebagainya.Suasana untuk terapi ini mestilah kondusif, tenang, rekreasional dan

tidak menganca, dapat membina kawalan diri yang lebih baik, peningkatan rasa

percaya kepada diri dan mengurangkan stress.

4.7.1 Aktiviti yg boleh dijalankan

i. Berbaring,bermain dan memeluk bantal

ii. Menikmati buaian

iii. Dengar muzik instrumental

iv. Buat suara lucu dgn alat khusus

v. Bermain dgn tangga/cermin

vi. Perhatikan pola lampu berkelip-kelip

59

Page 60: Pengenalan Kepada Terapi Dalam Pendidikan Khas

4.8 RUMUSAN

Snoezelen atau 'controlled multisensory stimulation' adalah terapi stimulasi

multisensori (visual, auditori, taktil, pembauan) yang digunakan untuk anak-anak

dengan hambatan mental, autisma, dementia, cedera otak, dan hambatan

tumbuh kembang lainnya. Terapi ini dirancang spesial untuk memberi stimuli

pada berbagai indera dengan menggunakan efek lampu, warna, suara, musik,

bau, dan lain-lain

Ruang terapi snoezelen menyediakan suasana yang ramah,

menyenangkan, rekreasional bagi anak dengan hambatan tumbuh kembang

khusus. Lingkungan terapi snoezelen haruslah aman dan tidak mengancam.

Anak dan orang dewasa yang menjalani terapi ini menikmati stimulasi yang

lembut dari panca inderanya. Mereka mengalami kontrol diri yang lebih baik,

peningkatan rasa percaya diri, dan penurunan tekanan atau stress.

60