buletin pendidikan khas

11
JUN 2014 Menarik di dalam: the BULETIN PENDIDIKAN KHAS PPKI SK SG ROKAM Jilid 1:: Bil 2/2014 You Will Never See Me Fall MTAQ 2014 Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas 2014 6 Mei 2014 MTAQ diadakan di SK Pendidikan Khas Ipoh. Sekolah telah menghantar pasukan nasyid, peserta bercerita lelaki; Muhammad Mursyid, peserta bercerita perempuan; Fatin Nur Aisyah serta peserta hafazan dan tilawah kategori perempuan iaitu Nurul Farzana bt Muzammer. Farzana berjaya membawa pulang piala bagi tempat kedua untuk kedua-dua kategori. Tahun ini merupakan tahun pertama pasukan PELAPIS diwujudkan setelah ramai aset ke Sekolah Menengah. Sekolah tidak berjaya mendapat tempat untuk nasyid, azan dan pertandingan bercerita. InsyaAllah rezeki akan tiba dengan usaha gigih dan doa semua. Tahniah kepada jurulatih pembimbing dan semua. Happy Birthday Halaman 2 Syaaban Halaman 6 Bulan Pengairan - Bulan istimewa di dalam Islam. Tahukah Anda Halaman 9 Orang ternama yang mempunyai masalah pembelajaran. Program Penyayang dan Urus diri 1/2014 © Joyce Alcantara You may see me struggle but you won't see me fall. Regardless if I'm weak or not I'm going to stand tall. Everyone says life is easy but truly living it is not. times get hard, people struggle and constantly get put on the spot. I'm going to wear the biggest smile even though I want to cry. I'm going to fight to live even though I'm destined to die. and even though it's hard and I may struggle through it all. you see me struggle...you will NEVER see me fall. Source: http://www.familyfriendpoems.com

Upload: lily-burhany

Post on 28-Dec-2015

308 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

SPECIAL EDUCATION BULLETINBULETIN PENDIDIKAN KHAS PPKI SK SUNGAI ROKAM, IPOHBY CAPT LILY

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

J U N 2 0 1 4

Menarik di dalam:

the

BULETIN PENDIDIKAN KHAS PPKI SK SG ROKAM

Jilid 1:: Bil 2/2014

You Will Never See Me Fall

MTAQ 2014 Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas 2014

6 Mei 2014

MTAQ diadakan di SK Pendidikan Khas Ipoh. Sekolah telah menghantar pasukan nasyid, peserta bercerita lelaki; Muhammad

Mursyid, peserta bercerita perempuan; Fatin Nur Aisyah serta peserta hafazan dan tilawah kategori perempuan iaitu Nurul Farzana bt

Muzammer. Farzana berjaya membawa pulang piala bagi tempat kedua untuk kedua-dua kategori. Tahun ini merupakan tahun pertama

pasukan PELAPIS diwujudkan setelah ramai aset ke Sekolah Menengah. Sekolah tidak berjaya mendapat tempat untuk nasyid, azan dan pertandingan bercerita. InsyaAllah rezeki akan tiba dengan usaha

gigih dan doa semua. Tahniah kepada jurulatih pembimbing dan semua.

Happy Birthday Halaman 2

Syaaban Halaman 6

Bulan Pengairan - Bulan istimewa di dalam Islam.

Tahukah Anda Halaman 9

Orang ternama yang mempunyai masalah pembelajaran.

Program Penyayang dan Urus diri 1/2014

© Joyce Alcantara You may see me struggle but you won't see me fall. Regardless if I'm weak or not I'm going to stand tall. Everyone says life is easy but truly living it is not. times get hard, people struggle and constantly get put on the spot. I'm going to wear the biggest smile even though I want to cry. I'm going to fight to live even though I'm destined to die. and even though it's hard and I may struggle through it all. you see me struggle...you will NEVER see me fall. Source: http://www.familyfriendpoems.com

Page 2: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

2

JILID 1:: BIL 2 /JUN 2014 BULETIN PENDIDIKAN KHAS

HAPPY BIRTHDAY Program Penyayang dan Urus Diri Bil 1/2014

22 April 2014

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Program Penyayang dan Urus Diri dilaksanakan bagi

meraikan kelahiran murid-murid serta guru dan Pembantu Pengurusan Murid. Program ini dijalankan sebanyak tiga

kali setahun iaitu pada awal, pertengahan dan hujung tahun. Pada awal tahun ini program dijalankan pada 22

Allah memberkati kita semua Pada awal tahun, kelahiran warga khas pada bulan Januari, Februari, Mac dan April dirai. Pada sambutan pertengahan

tahun, giliran warga khas yang lahir pada bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos pula. Pada kebiasaanya disekalikan dengan

Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Mereka yang lahir pada bulan September, Oktober, November dan Disember diraikan pada

Seronoknya.. Semua murid, guru dan PPM mendapat hadiah. Sambutan hujung tahun sangat meriah kerana majlis

dilaksanakan merangkap jamuan akhir tahun. Mood bercuti!

Meriah …Terima Kasih Pada kebiasaannya, majlis diadakan berdasarkan bajet kewangan pendidikan khas. Namun, setiap kali

program diadakan, semua warga khas dimurahkan rezeki dengan hidangan tambahan yang dibawa oleh

guru dan PPM. Terdapat juga insan yang bermurah hati memberi sumbangan untuk membayar hidangan

tertentu.

Page 3: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

3

JILID 1:: BIL 2 /JUN 2014 BULETIN PENDIDIKAN KHAS

1

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan perkataaan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. “Disleksia ialah salah satu daripada kecelaruan di bawah kategori ‘Specific Learning Disabilities”. Terdapat beberapa jenis kecelaruan lain di bawah ini seperti : 1. Dyscalculia

(kecelaruan dalam pengiraan atau matematik) 2. Dysgraphia

(kecelaruan dalam mengenal huruf atau bentuk dalam penulisan serta gambarajah)

2

Disleksia melibatkan individu dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Hasil dari penyelidikan kebelakangan ini mendapati bahawa disleksia boleh diturunkan kepada anak secara genetik.

1. Disleksia Visual (Penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia adalah untuk mengingat dan mengenal abjad serta susunan perkataan. Simbol-simbol perkataaan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan dari segi visual. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah terbalik dan berbeza dari penerimaan orang yang tidak ada masalah disleksia.

2. Disleksia Auditori (Pendengaran)

Kesukaran auditori pula adalah kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisa bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan yang bermakna. Bunyi percakapan yang dituturkan secra perlahan juga tidak dapat dibezakan. Disleksia auditori juga merangkumi masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan.

3. Disleksia Auditori-Visual

Merupakan tahap yang teruk. Individu mempunyai kesukaran membaca disebabkan oleh kelemahan untuk memproses maklumat dari tulisan kepada bunyi secara visual dan audio.

Page 4: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

4

JILID 1:: BIL 2 /JUN 2014 BULETIN PENDIDIKAN KHAS

1in5 – DYSLEXIA IS / SIGNS + SYMPTOMS

LANGUAGE

Does your child have difficulty:

READING

Does your child have difficulty:

WRITING

Does your child have difficulty:

EMOTIONAL

Does your child have:

ADDITIONAL SIGNS and

SYMPTOMS Does your child have difficulty:

Age 5 – 8

x Learning the alphabet x Rhyming words x Repeating what has been said x Staying focused x Learning to speak

x Naming Letters x Matching letters to sounds x Learning to read at expected

age x Remembering printed words x Remembering sight words

x Learning to write and copy at an age-appropriate level

x Writing letters in correct order x Writing numbers in correct

order x Spelling correctly and

consistently x Writing neatly

x Poor self-confidence x Low self-esteem x Poor social skills - making

and keeping friends x A quick temper/frustration

Age 9 - 13

x Rhyming words x Pronouncing words correctly x Speaking smoothly x Understanding directions x Understanding

grammar/vocabulary

x Reading at age-appropriate level

x Enjoying reading x Remembering sight words x Learning and remembering new

words x Understanding math word

problems.

x Understanding spelling rules x Spelling words consistently

correct x Writing letters and numbers in

the correct order x Writing neatly x Listening and taking notes

x Fitting in with peers confidently

x Maintaining a positive social status

x Maintaining a positive attitude

x Interpreting non-verbal actions (e.g. body language) of others

x Maintaining an even temper

x Assuming a good sense of direction

x Learning new games easily x Learning and remembers

new skills easily x Remembering numbers

Age 14 – 18

x Speaking fluently x Grasping a wide vocabulary x Using the correct grammar

and vocabulary x Knowing the difference

between words that look and sound similar

x Getting to a point quickly

x Reading at expected grade level and accuracy

x Reading aloud proficiently x Recognizing sight words x Enjoying reading x Reading confidently

x Consistently spelling words accurately

x Fully developing ideas x Preparing accurate,

comprehensive outlines x Editing written work x Being logical and organized

x Identifying social strengths and weaknesses

x Dealing with being teased x Making and keeping friends x Dealing with unexpected

challenges x Identifying what others are

feeling

x Memorizing information x Organizing information x Being even keeled from day

to day x Understanding space and

direction

)ROORZLQJ�\RX�ZLOO�IJQG�VRPH�RI�WKH�PRUH�FRPPRQ�6LJQV�DQG�6\PSWRPV�DVVRFLDWHG�ZLWK�G\VOH[LD��EURNHQ�GRZQ�E\�DJH��7DNH�D�PRPHQW�WR�UHYLHZ�WKH�OLVW�WKDW�LV�PRVW�FORVHO\�DVVRFLDWHG�ZLWK�\RXU�FKLOGóV�DJH��,I�\RX�QRWLFH�WKDW�D�PDMRULW\�RI�WKH�VLJQV�DQG�V\PSWRPV�DUH�DSSDUHQW�LQ�\RXU�FKLOGóV�SURJUHVVLRQ��D�ORJLFDO�QH[W�VWHS�FRXOG�EH�WDNLQJ�WKH�Dyslexia Symptoms Quiz��RU�OHDUQLQJ�PRUH�DERXW�Getting Diagnosed��

http://explore1in5.org

1. Membawa berjumpa dengan pakar psikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.

2. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi. Beri galakan dan kasih sayang kepada mereka.

3. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang

mana biasanya mereka cepat kecewa dengan kegagalan yang berterusan.

4. Membacakan cerita untuk anak-anak serta

menjadi ahli persatuan dengan sokongan ibu bapa.

5. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran

sebelum memasuki tadika/pra sekolah 6. Mengamalkan suasana kasih sayang serta

bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana

7. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik. 8. Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri. 9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian. Contohnya ‘bagus’, ‘pandai’ dan sebagainya sebagai peneguhan positif.

Page 5: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

5

JILID 1:: BIL 2 /JUN 2014 BULETIN PENDIDIKAN KHAS

Lawatan Pra Sekolah Pendidikan Khas ke Kuala Lumpur

TERAPI ANGGOTA Boling di Ampang Superbowl, Ipoh Parade.

14 Mei 2014 Terapi anggota – Boling

Sejajar dengan pemilihan sukan boling sebagai kebitaraan kokurikulum, aktiviti boling pada tahun ini diperbanyakkan sehingga 8 kali berbanding 2 kali pada tahun lepas.

Aktiviti bukan hanya meningkatkan kemahiran motor malah membimbing murid untuk berdikari, berdisiplin, berkeyakinan di tempat awam serta menerap nilai kepimpinan bagi murid-murid tahap tinggi. Tahniah kepada semua!

Lawatan sambil belajar murid Pra Sekolah Pendidikan Khas Negeri Perak ke Kuala Lumpur. Lawatan bersama 24 Pra Sekolah Pendidikan Khas seluruh negeri Perak. Lawatan diadakan pada hari Selasa, 27 Mei

2014. Seramai tiga orang murid Pra telah menyertai lawatan iaitu Muhammad Adam Fahim, Muhammad Haikal dan Muhammad Rifqi Danial. Murid-murid ini juga diiringi oleh ibu bapa/penjaga masing-masing.

Rombongan telah melawat Pusat Sains dan Muzium Coklat.

Page 6: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

6

JILID 1:: BIL 2 /JUN 2014 BULETIN PENDIDIKAN KHAS

NISFU SYAABAN

Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.” Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib. ▪ Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan

umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.

▪ Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.

▪ Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar. Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril

kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: “Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.”

(Al-Hadis)

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama). Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Page 7: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

7

JILID 1:: BIL 2 /JUN 2014 BULETIN PENDIDIKAN KHAS

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah) DOA, ZIKIR & SELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

BERTAUBAT

Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis) Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, InsyaAllah. Shared from Cahaya Purnama

PUASA SUNAT DI BULAN SYAABAN

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: “Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis) 1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Page 8: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

8

JILID 1:: BIL 2 /JUN 2014 BULETIN PENDIDIKAN KHAS

Pertukaran sana sini

Guru Besar baru En Mohamad Rosli bin Abdullah bertukar masuk ke SK Sungai Rokam daripada SK Hj Mahmud, Chemor (setelah Pn Hjh Rafiah bertukar keluar). Setelah beberapa tahun SK Sungai

Rokam diterajui oleh guru besar perempuan. Semoga warga SK Sungai Rokam di bawah pimpinan baru terus berganding bahu,

bekerja sama untuk lebih cemerlang.

Mantan Guru Besar Pn Hjh Rafiah bt Abdul Razak bertukar keluar ke SK Convent, Jalan Chamberlain Hulu pada 30 April 2014.

Mula bertugas di SK Sungai Rokam pada 1 Oktober 2012 menggantikan Pn Hjh Nafzah yang telah bersara. Selamat

bertugas di tempat baru Hajjah! Kami akan sentiasa merindui Hajjah.

PKPK baru Pn Rafidah bt Abdul Aziz bertukar ke SK Sungai Rokam sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas. Sebelum ini beliau

berkhidmat di SK Pendidikan Khas, Ipoh sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Bertukar setelah 13 tahun di SKPK. Mula

bertugas di PPKI SK Sungai Rokam pada 10 Mac 2014. Welcome to the family!

Guru Baru En Fakhrul Anwar b Abdullah. Guru opsyen Bahasa Melayu

aliran perdana dari SK Tasik Damai. Mula bertugas di Ipoh sejak 1999. Sekolah pertama ialah SK ACS Ipoh. Berada di SK Tasik

Damai selama 8 tahun. Mula berjinak dengan alam pendidikan khas sejak tahun lepas selepas melibatkan diri dengan aktiviti

yang dianjurkan oleh SK Tasik Damai. Semoga Cikgu Fakhrul

dapat menfaatkan ilmu untuk kecemerlangan PPKI. Welcome to the family!

Page 9: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

9

JILID 1:: BIL 2 /JUN 2014 BULETIN PENDIDIKAN KHAS

Tahukah Anda? Famous people with learning disabilities

2

4. Tom Cruise

Aktor terkenal dunia adalah seorang

disleksia.

5. Slvester Stallone

Aktor dengan bayaran tinggi ini juga mempunyai disleksia tetapi mengembangkan

bakat dalam penulisan skrip. Skrip termasuk filem yang dibintanginya ‘Rocky’ dan ‘Over

the top’.

6. Leonardo da Vinci

Seorang ‘perfectionist’ berkemungkinan

mempunyai Asperger kerana mempunyai kemahiran tinggi secara semulajadi serta

sangat berdedikasi kepada seni dan sains.

7. YB Senator Prof Dato’ Dr Ismail

Md. Salleh

Tokoh akademik, aktivis ekonomi orang Melayu dan orang kurang upaya penglihatan. Beliau merupakan pakar ekonomi yang

bermula sebagai tenaga pengajar IPTA, pernah menjawat Timbalan Ketua Pengarah ISIS selama hampir dua tahun (1993-94) dan kemudian menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dan akhirnya Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Twintech sebelum dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada tahun 2007, mewakili golongan orang kurang upaya.

1

Masalah pembelajaran boleh menjadi sukar untuk diurus, tetapi tidak semestinya memberi kesan

terhadap peluang seseorang untuk berjaya. Banyak selebriti dan tokoh terkenal dari sejarah bergelut

dengan masalah pembelajaran, tetapi kekurangupayaan mereka mungkin telah

memainkan peranan penting dalam membentuk perspektif mereka dan membantu mereka untuk

lebih tekad bagi mencapai matlamat dan kejayaan. Berikut adalah senarai beberapa

orang yang terkenal dengan masalah pembelajaran.

1. Alexander Graham Bell

Bell mencipta telefon tetapi bergelut dengan sistem

pendidikan tradisional. Dipercayai beliau mempunyai

disleksia.

2. Richard Branson

Ahli perniagaan jutawan. Dia memberi

kredit kepada pergelutannya dengan Disleksia- (memberi kesan cara melihat huruf) untuk perspektif unik

dan gerak hati di dalam perniagaan.

3. Albert Einstein

Ibu bapa Einstein berpendapat

anak mereka terencat akal kerana kelakuan

pelik dan kesukarannya

di sekolah. Jika Eintein

dilahirkan sekarang, beliau

mungkin didiagnosis

mempunyai Asperger syndrome – Autism ringan.

http://bigdogdotcom.wordpress.com

Page 10: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

10

JILID 1:: BIL 2 /JUN 2014 BULETIN PENDIDIKAN KHAS

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a., dia berkata:

“Rasulullah SAW bersabda: ‘Allah سسسبببححاانننهه وووتتتععااللىى berfirman (kepada malaikat pencatat amal): Bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan buruk, maka Janganlah kamu catat sebagai amalnya. Jika ia telah mengerjakannya, maka catatlah sebagai satu keburukan. Dan bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan baik, lalu tidak jadi melaksanakannya, maka catatlah sebagai satu kebaikan. Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan itu sepuluh kali ganda.’”

(Hadis Riwayat Muslim)

Page 11: BULETIN PENDIDIKAN KHAS

Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran)

SK Sungai Rokam 31350 Ipoh, Perak.

05 -3115189 (Talian terus) 05-3121890 (Pejabat) 05-3115806 [email protected] Ppkimp SK Sungai Rokam

http://specialedurokam.blogspot.com

PENASIHAT En Mohamad Rosli b Abdullah Guru Besar PENGERUSI Pn Rafidah bt Abdul Razak Penolong Kanan Pendidikan Khas KETUA EDITOR Kapten Rosmalily binti Salleh GC Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) DG44 (KUP) SIDANG EDITOR Pn Suriani bt Saidin FOTOGRAFI Kapten Rosmalily binti Salleh En Zuraidi b Mohamed Yusof

Be better every day Assalamualaikum wbt to all..Hope every one is in good health, happy and

prosperous. Alhamdullillah I manage to complete the second edition of the Buletin for this year. Still, I have yet to receive any article from my

colleagues. Welcome..yes any good info is appreciated. “I am in competition with no one. I have no desire to play the game of being better

than anyone. I am simply trying to be better than the person I was

yesterday”. Till next time. Love and hugs. Peace!

Selamat Berpuasa dan memperbanyakkan

ibadah di bulan

Ramadhan

BULETIN PENDIDIKAN KHAS PENA REDAKSI

JILID 1:: BIL 2 /JUN 2014

BULETIN PENDIDIKAN KHAS

KAPTEN ROSMALILY BT SALLEH

Guru Cemerlang Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) DG44 KUP

Ketua Editor