pengenalan kepada pendidikan khas

25
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS Minggu 12 Cara Pengurusan Aktiviti Harian untuk Murid Kecederaan Otak / Traumatik / Pintar Cerdas

Upload: kartini-japar

Post on 12-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PPT

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

Minggu 12 Cara Pengurusan Aktiviti Harian untuk Murid Kecederaan Otak /

Traumatik / Pintar Cerdas

Page 2: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KECEDERAAN OTAK Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu

yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok.

Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen.

Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.

Page 3: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

TRAUMATIK

Trauma berasal dari bahasa Yunani yang bererti luka. Kata tersebut digunakan untuk menggambarkan situasi akibat peristiwa yang dialami seseorang.

Para Psikolog menyatakan trauma dalam istilah psikologi bererti suatu suatu kejadian yang dialami seseorang dan meninggalkan kesan.

Biasanya bersifat negatif, dalam istilah psikologi disebut post-traumatic syndrome disorder.

Page 4: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

PINTAR CERDAS Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi

yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal.

Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas.

Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan.

Page 5: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.

Page 6: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

CIRI-CIRI POSITIF PENGAMATAN TINGGI Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang.

KEINGINAN UNTUK TAHU TINGGI Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara.

MINAT MENDALAM Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut.

MENERIMA INFOMASI DENGAN PANTAS Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak.

INGATAN YANG TINGGI Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat.

MUNGKIN DAPAT MEMBACA LEBIH AWAL Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun.

Page 7: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KERAP MEMBACA SERTA MELUAS Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.

TATABAHASA YANG TINGGI Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik.

TAHAP PENUMPUAN YANG LAMA Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.

KEBOLEHAN MENYELESAIKAN MASALAH Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.

SUKA BERTANYA DENGAN LEBIH TELITI Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku.

Page 8: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KEUPAYAAN IMAGINASI YANG TINGGI Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya.

MINAT DALAM FALSAFAH DAN ISU-ISU SOSIAL Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu- isu alam sekitar.

SANGAT SENSITIF DARI SEGI EMOSI DAN EMOSI TINGKAH LAKU Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan.

SANGAT MENITIKBERATKAN HAL-HAL KEADILAN Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain.

BERSEMANGAT DAN BERTENAGA Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian.

Page 9: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

PANDAI BERJENAKA Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami.

SANGAT TELITI DAN MEMENTINGKAN KESEMPURNAAN Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

PERKEMBANGAN ASYNCHRONOUS Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.

Page 10: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

CIRI-CIRI NEGATIF PERMASALAHAN DARI SEGI PERKEMBANGAN ASYNCHRONOUS

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain.

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka ke arah kekecewaan.

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang.

Page 11: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

PERMASALAHAN DARI SEGI PERTUTURAN YANG KEHADAPAN DAN KEBOLEHAN MEMBERI ALASAN

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sungguh pun mereka itu bijak.

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain ke arah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru.

Page 12: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

PERMASALAHAN DARI SEGI SIKAP TELITI DAN KESEMPURNAAN SERTA MASALAH EMOSI YANG SENSITIF

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa.

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial.

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

Page 13: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Cara Pengurusan Aktiviti Harian : Berdasarkan Masalah

Masalah 1 : Kanak-kanak yang pintar cerdas mudah berasa bosan dengan arahan yang mudah serta berulang kerana mereka jemu dengan sesuatu yang mudah bagi mereka.

Cara Pengurusan : Kanak-kanak pintar cerdas memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar biasa. Guru kelas perlu mengetahui apakah keupayaan pelajar pintar cerdas mengenalpasti bentuk kecerdasannya berdasarkan kepintarannya.

Page 14: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Masalah 2 : Kanak-kanak yang pintar cerdas cenderung untuk menyoal guru sewaktu di dalam kelas sehingga keluar dari topik pengajaran malah menyebabkan rakan yang lain menjadi keliru disamping menggangu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.

Cara Pengurusan : kanak-kanak pintar cerdas seharusnya menjalani kurikulum yang berlainan daripada kanak-kanak normal yang lain bagi mengelakan proses pembelajaran kanak-kanak yang lain terganggu.

Page 15: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Masalah 3 : Sikap Terlalu Mementingkan Kesempurnaan

Cara Pengurusan : Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting dalam membendung perkara ini. Ibu bapa perlu cuba untuk memisahkan tingkahlaku anak-anak mereka terhadap perkara yang boleh dianggap satu kritikan atau pujian dari diri mereka sendiri. Sentiasa guna perkataan ‘Itu adalah perkara yang tidak baik untuk dilakukan’ daripada menggunakan ‘Kamu tidak baik’.

Page 16: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Pengajaran & Pembelajaran Kanak-Kanak Pintar Cerdas

Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran

yang efektif untuk memaksimakan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas ini.

Kanak-kanak pintar cerdas memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar biasa.

Page 17: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Setiap pendidik memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya melalui strategi berkesan.

Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan antaranya kaedah pecutan, penggayaan, pengelompokan dan pembelajaran koperatif.

Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar.

Page 18: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

1. Menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi tugasan yang mencabar

2. Memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum atau disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai, dan mereka bentuk tingkat pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut

3. Bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru boleh merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep dan generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks.

Page 19: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

Kaedah Pengajaran KAEDAH PECUTAN• Kaedah pecutan juga boleh dikenali sebagai acceleration atau

memendekkan masa belajar.

• Kaedah ini merupakan suatu kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yang kebiasaanya diesediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi.

• Kaedah pecutan ini melibatkan penggunaan kurikulum sekolah yang

sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahan tambahan dalam pembelajaran.

• Program pecutan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah berterusan.

Page 20: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KAEDAH PENGAYAAN

• Program pengayaan adalah aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

• Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang baik bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu.

• Ia memberi peluang murid mendalami dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang diberi.

• Melalui aktiviti ini, pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada diri mereka.

• Terdapat dua bentuk pengayaan iaitu pengayaan yang mendalam dan pengayaan yang meluas.

• Pengayaan yang mendalam bermaksud membuka peluang untuk pelajar belajar dengan lebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di sekolah.

• Pengayaan yang meluas ialah para pelajar akan dibimbing untuk mempelajari sesuatu bidang yang di luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang yang tidak ada di dalam silibus pelajaran mereka

Page 21: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KAEDAH PENGELOMPOKAN• Pengkelompokan merujuk kepada penempatan kanak-

kanak yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam suatu kelas yang khusus .

• Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan yang membolehkan kanak-kanak yang mempunyai tahap yang sama dan dikumpulkan bersama untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih mencabar.

• Kaedah pengelompokan merangkumi pengelompokan sepenuh masa, pengelompkan kluster, pengelompkan dalam kelas, pengelompkan silang kelas (cross-class/grade grouping) dan pull-out grouping.

Page 22: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

KAEDAH KOPERATIF• Layanan di antara pelajar pintar cerdas dan pelajar biasa tidak

boleh kelihatan terlalu ketara agar pelajar pintar tidak merasa disisihkan oleh guru atau kawan-kawan.

• Bagi memastikan pelajar pintar cerdas ini tidak diasingkan oleh kawan-kawan, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.

• Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran umum yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana pelajar berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

• Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya

Page 23: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

• Jenis pembelajaran koperatif ada enam jenis iaitu yang pertama kaedah jigsaw. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang mereka perolehi.

• Jenis yang kedua pula ialah belajar bersama iaitu semua ahli kumpulan berusaha keras untuk menyelesaikan tugasan yang diberi

• Ketiga ialah Team Games Tournament yang dicipta oleh Robert Slavin. Ia berkonsepkan putaran biasa seperti dalam pengajaran, guru menyampaikan pelajaran yang berkaitan dan pelajar cuba untuk menyelesaikan lembaran kerja untuk menguasai konsep

• Jenis pembelajaran koperatif yang keempat ialah Student Team Achievement Division atau dikenali juga sebagai STAD.

Page 24: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

• Kelima ialah Team Accelerated Instruction Mathematics iaitu pendekatan secara menyeluruh dalam bidang matematik. Menerusi jenis pembelajaran ini, murid ditentukan berdasarkan kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza

• Selain itu, penyiasatan secara berkelompok antara kaedah koperatif yang membolehkan pelajar merancang satu kursus pembelajaran.

Page 25: Pengenalan Kepada Pendidikan Khas

RUMUSAN Pelajar pintar cerdas adalah sekelompok individu yang bukan sahaja berfikir

secara berbeza tetapi juga memiliki perasaan yang berbeza jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka.

Sehubungan itu, mereka terdedah kepada pelbagai isu sosio-emosi itu ialah perasaan sensitif dan rasa keterasingan (isolation) melampau, tahap daya saing (competitiveness) dan kesempurnaan (perfectionism) yang tinggi, kesukaran berinteraksi dan membina perhubungan dengan ahli keluarga dan rakan sebaya, pemilihan konsep kendiri serta kemahiran sosial yang rendah.

Hakikatnya ini secara tidak langsung berpotensi memberikan tekanan kepada kehidupan seharian mereka. sekiranya tekanan ini mampu ditangani dengan baik, pelajar pintar cerdas ini akan berupaya menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial kehidupan dan seterusnya menjalani kehidupan dengan harmoni dan selesa