pjpk ting2 pertengahan

11
Jawab kesemua soalan 1. Seseorang individu itu dikatakan mempunyai kecergasan yang baik sekiranya…………… A. dapat melakukan aktiviti harian tanpa sebarang kecederaan. B. tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti penyakit jantung. C. mampu melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan tenaga yang minimum tanpa berasa letih dan lesu D. menggunakan tenaga yang maksimum ketika melakukan larian 1500 meter. 2. Nyatakan kaedah latihan untuk meningkatkan dayda tahan kardioaskular? A. Tekan tubi B. Bangkit tubi C. Lompat setempat D. Latihan pyramid 3. Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki? A. Naik turun bangku B. Lari pecut 30 meter C. Lompat jauh berdiri D. Meniarap,angkat tangan dan kaki secara bersilang 4. Aktiviti bersenam perlu dilakukan bagi….. A. Menambahkan berat badan B. Membolehkan tidur lebih nyenyak C. Mengelakkan daripada terdedah kepada penyakit bahaya D. Meningkatkan tumpuan dan daya pembelajaran lebih berkesan 5. Namakan jenis latihan seperti dalam jadual di atas A. Latihan Fartlek B. Latihan rintangan C. Latihan Parcourse D. Latihan berjalan,berjogging dan berlari 6. Apakah maksud yang sesuai bagi latihan “Fartlek”? A. Berbentuk larian ulang alik pada tempat yang sama 1 Berlar i perlah an Berjalan Lari zig zag Lari undur Lari pecut

Upload: mywindflowerlady

Post on 15-Sep-2015

272 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pjpk

TRANSCRIPT

Jawab kesemua soalan

1. Seseorang individu itu dikatakan mempunyai kecergasan yang baik sekiranyaA. dapat melakukan aktiviti harian tanpa sebarang kecederaan.B. tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti penyakit jantung.C. mampu melakukan aktiviti fizikal dengan menggunakan tenaga yang minimum tanpa berasa letih dan lesuD. menggunakan tenaga yang maksimum ketika melakukan larian 1500 meter.

2. Nyatakan kaedah latihan untuk meningkatkan dayda tahan kardioaskular?A. Tekan tubiB. Bangkit tubiC. Lompat setempatD. Latihan pyramid

3. Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki?A. Naik turun bangkuB. Lari pecut 30 meterC. Lompat jauh berdiriD. Meniarap,angkat tangan dan kaki secara bersilang

4. Aktiviti bersenam perlu dilakukan bagi..A. Menambahkan berat badanB. Membolehkan tidur lebih nyenyakC. Mengelakkan daripada terdedah kepada penyakit bahayaD. Meningkatkan tumpuan dan daya pembelajaran lebih berkesan

Berlari perlahanBerjalanLarizig zagLari undurLari pecut

5. Namakan jenis latihan seperti dalam jadual di atasA. Latihan FartlekB. Latihan rintanganC. Latihan ParcourseD. Latihan berjalan,berjogging dan berlari

6. Apakah maksud yang sesuai bagi latihan Fartlek?A. Berbentuk larian ulang alik pada tempat yang samaB. Kaedah latihan yang member ipenekanan beban dan kekerapan yang samaC. Sistem latihan daya tahan kardiovaskular berkonsepkan dpelnagai kelajuanD. Gabungan beberapa akitiviti kecergasan di sepanjang laluan larian berstesen

7. Pilih definisi yang sesuai bagi konsep kekuatan ototA. Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusanB. Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masayang lamaC. Keupayaan otot,sendi, tendon dan ligament membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimumD. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum

8. Mengacah ketika menyerang dalam permainan bola baling bertujuan .A. Menjaringkan golB. Mematahkan seranganC. Melakukan pertahananD. Mengelirukan pihak lawan

X

9. Rajah di atas menunjukkan ukuran gelanggang bola baling.Berapakah jarak X?A. 6 meterB. 7 meterC. 8 meterD. 9 meter

10. Antara bentuk servis dalam permainan badminton, yang manakah menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan?A. Servis kilasB. Servis tinggiC. Servis rendahD. Servis rendah dan kilas

11. Piala yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa bagi pasukan campuran badminton adalah piala.A. UberB. ThomasC. SudirmanD. Tun Sri Hasmah

12. Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.Apakah jenis pegangan pegangan tersebut?A. Gaya PolishB. Gaya FinnishC. Gaya AmerikaD. Gaya Pegangan U

13. Rejaman lembing dikira sah sekiranya.I. Lembing direjam dari atas bahuII. Lembing terpacak di atas ekorIII. Lembing yang patah semasa mendaratIV. Lembing yang mendarat tidak terpacak di tanah tetapi meninggalkan tanda di tanahA. I,II dan IIIB. I,II dan IVC. I,III dan IVD. II,III dan IV

* Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala* Tingkatkan kelajuan untuk mewujudkan daya pecut secara terkawal* Langkah terakhir lebih besar daripada langkah-langkah sebelumnya* Tumit kaki hadapan menekan kuat ke bumi semasa memberhentikan larian

14. Tingkah laku di atas merujuk kepadaA. Fasa rejamanB. Fasa ikut lajakC. Fasa lari landasD. Fasa persediaan

15. Apakah dua kesalahan utama yang dilakukan oleh pemberi dan penerima baton dalam acara lari berganti-ganti?I. Pelari tidak memasuki lorong peserta lainII. Memberi dan menerima baton di luar zon pertukaranIII. Membaling atau melambung baton setelah menamatkan larianIV. Pemberi dan penerima baton perlu memegang baton dengan kemasA. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

16. Antara berikut,yang manakah merupakan teknik menghantar dan menerima baton yang biasa digunakan oleh pelari 4X100m dan 4X400 m?I. Teknik hantaran dari atas ke bawahII. Teknik hantaran dari bawah ke atasIII. Teknik hantaran dari kiri ke kananIV. Teknik hantaran dari kanan ke kiri

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

17. Antara berikut, yang manakah merupakan acara lari berganti-ganti yang dipertandingkan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)?I. 4X100 meterII. 4X400 meterIII. 4X400 meterIV. 4X800 meterA. I,II dan IIIB. I,II dan IVC. I,III dan IVD. II,III dan IV

Teknik memberi dan menerima baton secara dinamik

18. Rajah di atas menunjukkan teknik menghantar dan menerima baton dalam acara 4X100 meter.Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh atlet dalam gambarajah di atas?A. Penghantar baton memegang hujung batonB. Tidak menghantar dan menerima baton dari tangan ke tanganC. Menghantar dan menerima baton dilakukan daddlam zon pertukaranD. Penerima baton membuka tapak tangan menghadap ke atas apabila mendengar isyarat.

19. Dalam acara lari 4 X 100 meter, strategi penyusunan pelari mengikut kedudukan perlu di ambil kira untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada pelari keempat?A. Pelari yang paling pantas dan mempunyai larian yang pantas di lorong lurus.B. Mempunyai tindak balas yang baik semasa permulaan dan mempunyai larian yang pantas di selekoh C. Mahir menerima dan memberi baton dengan tangan kanan dan mempunyai larian yang pantas di selekohD. Mahir menerima dan memberi baton dengan menggunakan tangan kiri dan mempunyai larian yang pantas di lorong yang lurus

20. Pola gerak edar merupakan pola ketiga dalam gimnastik artistik yang memberi tumpuan kepada kualiti pergerakan yang dilakukan semasa bergerak. Antara yang berikut yang manakah merupakan contoh pergerakan yang terdapat pola tersebut?A MerangkakB MeringkukC MelunjurD Menggelongsor

21. Aspek keselamatan yang perlu dipatuhi semasa menjalani latihan gimnastik artistik di sekolah . Antara berikut yang manakah patut dipatuhi sebelum melakukan aktiviti A Menyimpan peralatan di tempat yang selamatB Melakukan ansur maju sebelum melakukan sesuatu aktivitiC Memastikan alat yang digunakan seperti bangku panjang , peti lombol dan lain-lain hendaklah selamat dan tidak membahayakanD Membina keyakinan diri sebelum melakukan sebarang aktiviti

Duduk di atas lantai dengan kedua-dua belah kaki lurus ke hadapan sambil kedua-dua belah tangan menapak di sisi. Angkat badan ke atas dengan menggunakan kekuatan otot. Bengkokkan lutut semasa badan tinggi dari lantai. Kedua-dua belah tangan dan kaki menyokong badan

22. Apakah nama gerak edar di atas ?A. Jalan tanganB . Jalan ketam di atas lantaiC . Jalinan pergerakan ke hadapan dan ke belakang D. Jalan dua langkah di atas bangku panjang, lompat dan cangkung23. Pergerakan berkoordinasi dan estatik diiringi muzik sambil menggunakan peralatan seperti reben, tali, gelung rotan atau bola adalah pergerakan dalamA Gimnastik artistikB Gimrastik PendidikanC Gimnastik iramaD Gimnastik kreatif

24. Komponen kecergasan fizikal yang diikatkan dengan akitviti gimrama ialahA KelenturanB Kesihatan badanC Komposisi badanD Kardiovaskular

25. Susun mengikut urutan perlakuan aktiviti lentik kucing I Berada dalam kedudukan merangkak II Kedudukan tangan lurus dengan jarak yang selesa ringkukkan badan sehingga dagu mencecah dada III Perlahan-lahan menukar bentuk daripada bulat ke meleding kepala didongakkan ke atas mengikut lentikan badan IV Kembali ke kedudukan asal A I , II , III , IV B I , III , II , IV C I ,II , IV , III D III , I , II , IV

26. Aspek keselamatan yang perlu dipatuhi semasa menjalani latihan gimrama di sekolah .Antara berikut yang manakah patut dipatuhi semasa melakukan aktiviti A Memakai pakaian yang sesuai B Melakukan aktiviti menyejukkan badan C Elak dari kawasan yang tidak selamat D Elak melakukan hiperektensi semasa akiviti kelenturan 27. Pergerakan boleh dilakukan dengan pebagai kelajuan seperti cepat,lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Apakah nama tema ini ? A Kesedaran masa B Kesedaran aras C Kesedaran ruang D Kesedaran tubuh badan

28. Pergerakan menolak awan atau menolak dinding ialah contoh pergerakan secaraA cepatB lambatC serta-mertaD kawal-lambat

29. Tema penyesuaian terhadap rakan mengaitkan komunikasi atau perhubungan dengan rakan melalui A perbualan B persentuhan C penggunaan D pergerakan

30. Pergerakan Kreatif menggalakkan kita mencipta pelbagai pergerakan dengan daya A usaha dan kreativiti B usaha dan imaginasi C imaginasi dan kreativiti D imaginasi dan pergerakan31. Apakah otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti cantasA Deltoid, bisep,dan latissimusdorsiB Deltoid , bisep dan trisep C Kuadrisep,femoris dan hamstringD Kuadrisep ,femoris ,hamstring dan gastroknemius

32. Apung adalah merupakan pergerakan dalam lakuan daya asas dalam pendidikan kreatif. Yang manakah antara berikut merupakan cirri-ciri pergerakan apungA Pergerakan yang kuat dan bertenaga seperti menolak kereta rosakB Pergerakan serta-merta secara berterusan seperti aksi dalam tarian buluhC Pergerakan yang licin, tenang dan terus seperti melintasi lantai yang baru di gilapD Pergerakan yang lemah lembut dan ringan seperti pergerakan layang-layang

33. Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti orienteering A.Aktiviti pengembaraan secara terancangB.Aktiviti perkhemahan secara kumpulan yang besarC. Aktiviti yang dijalankan menggunakan kenderaan darat dan mengutamakan masa. D. Aktiviti pandu arah yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat aktiviti secara individu atau kumpulan dengan menggunakan kompas dan peta

34. Bearing ialahA. arah utara B arah kompasC. arah mata angin D. arah pusingan jam

35. Dalam aktiviti orienteering kemahiran ... adalah diperlukan bagi memastikan perjalanannya licin. A .mengenali flora dan fauna B .mengenali grid dan bearingC. membaca peta dan kompasD .memahami ekologi dan konservasi

36. Dua dokumen yang digunakan dalam penyemakan stok sukan ialahI resit belianII rekod peralatanIII buku rekod keluar masuk alatan sukanIV jadual bertugas pengawas bilik sukanA. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

37. Faedah pengurusan peralatan sukan yang cekap ialahIalatan tahan lebih lamaIIdapat melahirkan lebih ramai atletIIImenjimatkan perbelanjaan sekolahIVmemberi imej yang baik kepada sekolahAI, II dan IIIBI, II dan IVCI, III dan IVDII, III dan IV

38. Insentif intrinsik bermaksud keinginan mencapai kejayaan yang didorong olehAdiri sendiriBibu bapaCjurulatihDguru pendidikan jasmani

39. Apakah kesan insentif intrinsik dan ekstrinsik kepada atlet?A. Lahir atlet yang mementingkan diriB. Semangat patriotisme semakin hilangC. Lahir atlet yang mengutamakan ganjaran dalam bentuk wangD. Meningkatkan semangat atlet untuk berlatih bersungguh-sungguh

40. Isu-isu sosiobudaya yang terdapat dalam sukan dan permainan termasukIpermilihan permainanIIpemilihan pakaianIIIpecah amanahIVpemakanan seimbang

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

41. Permainan apakah dalam kumpulan status sosioekonomi yang tinggi?A . EkuesterianB. BadmintonC. Bola sepakD. Sepak takraw

42. Pelari pecut, pelontar peluru atau perejam lembing memerlukan _________ ketika melakukan larian, balingan atau rejaman dengan kencang dan berkesan.A. kuasaB. kelajuanC. kekuatanD. daya tahan otot

43. Aktiviti ini dapat membantu seseorang untuk meningkatkan Akuasa Bimbangan CkepantasanDkekuatan otot

44. Selain sekolah, agen sosialisasi juga terdiri daripadaA. guruB. artisC. keluargaD. idola

45. Apakah peranan agen sosialisasi kepada seseorang dalam aktiviti sukan?A. Menaja pakaian sukanB. Menaja biasiswa pendidikanC. Menyediakan kemudahan alatan sukanD. Memperkenalkan dan mengajar kemahiran sesuatu permainan

46. Antara berikut yang manakah menunjukkan amalan permainan bersih dikalangan atlet? A. Menghormati perasaan penyokong lawanB. Mempertikaikan keputusan pengadilC. Mematuhi undang-undang dan peraturan permainanD. Mengambil tindakan ke atas peserta yang bermain kasar

8