pjm3112 permainan tradisional baling tin

Upload: oasisdessert

Post on 16-Jul-2015

406 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PERMAINAN TRADISIONAL BALING TIN

ASAL-USUL PERMAINAN

Permainan ini turut dikenali juga dengan baling tin, tuju pot dan bola cetong. Permainan ini mudah untuk dimainkan dan menjimatkan kos. Permainan ini boleh dimainkan di kawasan yang lapang. Biasanya permainan ini popular dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kampung.

OBJEKTIF PERMAINAN

Merangsang murid untuk berfikir dan merancang strategi. Memastikan murid sentiasa aktif dan cergas. Menerapkan semangat berkerjasama dan berpasukan. Meningkatkan daya tumpuan dan fokus murid.

1

BENTUK PERMAINAN

Kawasan Permainan Bilangan Pemain

: Gelanggang tenis/padang atau kawasan lapang : 5 orang dalam satu kumpulan

Alatan

:

Tin susu atau tin minuman yang ringan (semakin besar jumlah tin, semakin menarik permainan)

Bola kertas Papan (46 X 11)cm

Sistem Permainan : Kalah mati Tempoh permainan : 5 minit hingga 7 minit

Pengenalan Permainan : 2

Permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian bawahnya dengan susunan lima, empat, tiga, dua dan satu. Pemain pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan pelontar. Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan akan melontar bola mengenai susunan tin. Sekiranya tin itu jatuh, pasukan pelontar akan lari untuk mengelak balingan dari pasukan penyerang. Dalam masa yang sama, pasukan pelontar harus menyusun semula tin yang berselerak ke susunan asal.

PERLAKSANAAN KEMAHIRAN

3

Teknik menyerang : menjatuhkan tin dan seterusnya berusaha membina semula Perhatikan situasi dan kenalpasti situasi bahaya. Anggarkan jarak lawan sebelum membina semula tin

Teknik menahan : antisipasi lawan Perhatikan kedudukan pihak lawan Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang mengambil ingin membina semula tin Anggar perlakuan dan pergerakan bola. Bertindak balas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan.

Penilaian : Prestasi diambil kira dengan jumlah bilangan tin dibina semula oleh pemain penyerang sebelum terkena bola kertas

4