tugasan bola baling

27
Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2 Permainan Bola Baling Pengenalan: Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan- permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov. Perkembangan Sukan Bola Baling Peringkat Kebangsaan (Malaysia): Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai

Upload: amanda-law

Post on 21-Jul-2016

65 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Bola Baling

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Permainan Bola Baling Pengenalan: Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini

telah diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka

di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini

pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa

dahulu.

Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang

pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan

pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan

dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan

permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia,

permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada

tahun 1909 di Kharkov.

Perkembangan Sukan Bola BalingPeringkat Kebangsaan (Malaysia):

Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada

sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu,

dia bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor

dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola

baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan

Jasmani dan Sukan. Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978.

Sejak itu, kursus-kursus bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan

dan kejurulatihan) untuk guru-guru telah dijalankan untuk mempopularkan

permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun

1984 dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah

memesatkan lagi perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun

permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan

antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987

Page 2: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat

kebangsaan.

Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan

Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara

yang mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya,

Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling

Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti

kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.

Peringkat Sekolah dan Maktab:

Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling

untuk melatih guru-guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan

dan kejurulatihan. Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut,

Perak pada tahun 1985 bagi melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih

dan pengadil permainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru-

guru yang ingin menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah Menengah

Sains Selangor di Kuala Lumpur.

Di peringkat maktab perguruan pula, permainan bola baling telah mula

aktif dan dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985. Pada

tahun 1986, seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri

satu kursus pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan

mempopularkan permainan ini di kalangan penuntut maktab.

Page 3: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Peralatan PermainanPengenalan: Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan.

Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah

padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang

pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk

mengawal permainan.

Padang/Gelanggang (Kawasan Permainan) Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang

digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau

gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang

permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20

meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua

bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol

mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam

tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter

dari tepi dalam tiang gol.

Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah

garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari

tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan

pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah

ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas

dengan ukuran selebar 5 cm.

Page 4: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Bola Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah

berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori

pemain adalah seperti berikut :

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

Bola saiz 3.

Berat antara 425 g sehingga 475 g.

Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12

tahun sehingga 16 tahun)

Bola saiz 2.

Berat antara 325 g hingga 375 g.

Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun

hingga 12 tahun)

Bola saiz 1.

Berat antara 290 g hingga 330 g.

Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil

akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu

perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di

peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF

(Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

Page 5: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Tiang Gol Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri

daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2

meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang

panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik

yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di

bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.

Pemain Dan Pakaian Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju

lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but.

Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali

penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain

lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang

dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan.

Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu

10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain

dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16

dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk

pemain-pemain gelanggang.

Page 6: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Kemahiran Asas Permainan Bola Baling1. Berlari

2. Melompat

3. Hantaran bola

4. Menyambut bola

5. Mengelecek bola dengan tangan

6. Mengadang

7. Menjaring

8. Menjaga gol

Kemahiran asas dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan

kemahiran tersebut. 3 kemahiran asas tersebut ialah :

1. Hantaran bola

2. Menangkap bola

3. Menjaring

Kemahiran Pertama : Hantaran BolaDalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola

yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang

dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :

a) Hantaran bahu

b) Hantaran lantun

c) Hantaran aras dada

d) Hantaran lompat

e) Hantaran sisi

Page 7: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Hantaran Bahu Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam

permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran

jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak

lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring,

menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.

Hantaran Lantun Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya

adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas.

Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.

Hantaran Aras Dada Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola

keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu

adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir

tolakan.

Hantaran Lompat Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola

keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak

berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada

kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

Hantaran Sisi Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat

dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke

arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini

banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi

pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

Page 8: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Prinsip Asas Hantaran BolaKeberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat

dari sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:

a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?

b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?

c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?

d) Kekuatan – sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi

oleh pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang

menerima bola?

Prinsip Sains Dalam HantaranDalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem

tuas. Tuas ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan

daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan

adalah penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika

membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola

berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu

fungsi tuas yang berikut:

a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan

diatasi.

b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang

bergerak atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.

Konsep – konsep Penting dalam Sistem Tuas

1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.

2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota

badan itu sendiri.

3. Paksi/fulkrum – sendi

4. Lengan daya dan lengan beban.

a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih

diangkat.

Page 9: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih

dihasilkan.

Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran

menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak

tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak

manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan

bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola

tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan

menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat.

Kemahiran Kedua : Menangkap BolaPrinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan

kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan

menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.

Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah

setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan

atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang

tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau

sempurna.

Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi

permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor

berikut:

1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.

2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.

3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat

tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.

4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam

kedudukan yang selamat.

5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas

bahu dengan kaki belakang.

Page 10: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada

dalam kedudukan seimbang.

7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan

terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang

bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola

disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki

dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik.

Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran

tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak

atau statik.

Cara Menangkap Bola1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka

Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya

hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan

dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja

ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah

Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan

kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya.

Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.

3. Menangkap bola dengan sebelah tangan

Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak

menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran

dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya.

Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap

bola hendaklah berada di belakang bola.

4. Menangkap bola tinggi

Page 11: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi.

Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat

pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk

menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke

badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

Kesalahan-Kesalahan Menangkap Bola1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.

2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula

berada terlalu jauh di belakang.

3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.

4. Genggaman yang tidak kemas.

5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

Memegang Bola: Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih

daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat

jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya.

Pemain perlu memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika

sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya.

Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang

dibuka dan mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi

membolehkan pemain melakukan gerakan yang seterusnya.

Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah

tangan dan berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap

mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan

kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan lawan mengatur

pertahanannya atau mematah serangan.

Page 12: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Kemahiran Ketiga : Menjaring Bola Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah

tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol

berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan

purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling

ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak

menghasilkan gol.

Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh

semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu

ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan

menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam

mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat

disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.

Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti

utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang

ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai

ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas,

tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.

Prinsip – Prinsip Utama Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran

menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:

1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.

2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh

permainan.

3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak

dilaksanakan.

4. Pemain mengikut lajak.

5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.

Page 13: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

Jenis JaringanJaringan dari Atas Kepala:

Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan,

serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh

pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan

statik dan kedudukan bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.

2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan

membengkok.

3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke

belakang kepala pada aras bahu.

4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola

diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.

5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat

hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan:

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun,

ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan

tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada

kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol

pihak lawan.

Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:

1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan

dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya

melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.

3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Page 14: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Jaringan Lompat:

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas

kepala, tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain

perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia

agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah

mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya.

Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol

diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan

pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada

di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini

pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.

2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil

membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan

dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak

lawan.

3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.

4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:

1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat

lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.

2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas

secara memusingkan bahu dan lengannya.

3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke

dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.

4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka

mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Page 15: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Jaringan pada Aras Paha:

Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan

latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan

aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam

jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar

ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan.

Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold dan

membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan

pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di

bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi:

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan

pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain

yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada

arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya,

menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di

sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa

bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan.

Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh:

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-

pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik,

khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan

balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan

pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

Page 16: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.

2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara

menuju ke kawasan gol.

3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan

dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.

4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan

atau menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti:

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut

undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi

garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas

pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan

hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan

pergerakan yang bakal dilakukan.

2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.

3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan

melambung untuk menjaring.

4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung:

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah

bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan

begini, iaitu:

1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan

mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.

Page 17: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang

memperoleh bola untuk membuat jaringan.

3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan

ketika terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli:

Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.

Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:

1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.

2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah

tangan.

3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Page 18: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

Latihan Ansur MajuJaringan Lompat :

a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.

b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri

melonjak, angkat tangan kanan)

c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol).

Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.

d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa

melemparkannya.

e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan

di hadapan.

f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini

memerlukan 3 orang).

g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).

Jaringan – jaringan Lain :

a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.

b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.

c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)

d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)

e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

Page 19: Tugasan Bola Baling

Law Yii Hua 2PISMP BC/PJ/RBT-2

10 Peraturan Asas Permainan Bola Baling1.    Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang

bermain dan 5 orang sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain boleh

dilakukan bila – bila masa dalam permainan.

2.    Permainan diadili oleh 2 pengadil.

3.   Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang

memilih untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.

4.    Seorang pemain dibenarkan:

Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa

cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.

Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau

hantaran.

Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan

permainan yang ditetapkan.

5.    Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan

gol.

6.    Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang

pemain padang.

7.    Jika bola keluar garisan tepi permainan disambung semula dengan satu balingan

ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.

8.    Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan,

pihak lawan hendaklah sekurang – kurangnya 3 meter dari pembaling.

9.    Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu

menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.

10. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-

bola.html