permainan tradisional – tuju pot (tin)

9
Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin) DISEDIAKAN OLEH: TEOH KAI HERN SIAW JIA YE

Upload: kaihern

Post on 26-Jan-2016

88 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

menerangkan permainan tradisional tuju pot, yang juga dikenali sebagai baling tin.

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin)

Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin)DISEDIAKAN OLEH:

TEOH KAI HERN

SIAW JIA YE

Page 2: Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin)

Tuju Pot (Tin)

Gambar tentang permainan tradisional yang dinamakan tuju pot (tin).

Page 3: Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin)

Penerangan lanjut:

Perkataan "tuju" atau dengan istilah lainnya ialah "baling“.

Keadaan tempat untuk memainkan permainan ini sudah semestinya mempunyai kawasan yang luas. 

Pemain dalam permainan ini tidak terhad asalkan dapat dibahagikan sama banyak antara ke dua-dua kumpulan.

Alatan yang diperlukan adalah ringkas dan mudah di perolehi iaitu tin susu kosong dan bola tenis atau seumpamanya.

Page 4: Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin)

Cara Bermain:

Pada mulanya tin susu disusun membukit di tengah padang oleh kumpulan A manakala pemain kumpulan B pula membuat balingan.

Sekiranya susunan tin itu jatuh akibat lontaran bola tersebut, maka pemain kumpulan A akan cuba merebut bola itu dengan tujuan membalingkan kepada salah seorang ahli kumpulan B sebelum mereka sempat menyusun semula tin itu. 

Sementara itu, pelontar tadi hendaklah menyusun semula tin tersebut secepat mungkin dan boleh ditolong oleh rakan-rakan sekumpulan dengannya.

Page 5: Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin)

…sambungan

Jika pelontar tadi berjaya menyusun semula tin-tin itu sebelum kena baling daripada kumpulan A, maka kumpulan B mendapat satu mata. 

Jika pemain kumpulan B terkena balingan daripada kumpulan A maka pelontar itu dianggap "mati" dan pemindahan balingan pula berpihak kepada kumpulan A.

Perkara berikut akan berulang sehinggalah salah satu kumpulan mendapat kiraan mata yang tertinggi dalam masa yang ditetapkan atau kedua-dua kumpulan sudah bosan untuk meneruskannya.

Page 6: Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin)

Kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak

Page 7: Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin)

Perkembangan Intelek

Murid dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar.

Melalui bermain, murid dapat berusaha untuk menjayakan permainan tersebut dan meningkatkan daya keintelektuan murid-murid, kerana permainan ini memerlukan seseorang kanak-kanak itu untuk berfikir strategi supaya dapat menang bagi pihaknya.

Aspek kognitif yang utama menerusi bermain ialah murid dapat mendengar dengan teliti serta berbahasa dengan betul dan fasih.

Hal ini demikian kerana melalui permainan ini, murid dapat memahami arahan yang diberikan seterusnya berbincang untuk melakukan sesuatu atau strategi dalam aktiviti permainan itu.

Page 8: Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin)

Sambungan…

Menerusi permainan ini juga, murid dapat belajar mengenai syarat dan peraturan permainan. Dalam hal ini, murid akan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan itu supaya boleh mencapai kemenangan.

Menerusi permainan ini juga, perkembangan minda kanak-kanak akan berkembang dan mencapai satu potensi di mana kanak-kanak dapat mengaplikasikannya dalam sesebuah atau sesuatu aktiviti permainan yang lain.

Page 9: Permainan Tradisional – Tuju Pot (Tin)

Perkembangan Sosioemosi