peraturan bola baling

31
JAWATANKUASA PENGADILAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH SEKOLAH MALAYSIA NEGERI JOHOR

Upload: izza-rahmat

Post on 06-Aug-2015

819 views

Category:

Documents


67 download

DESCRIPTION

peraturan bola baling yang meliputi peraturan permainan

TRANSCRIPT

Page 1: peraturan bola baling

JAWATANKUASA PENGADILAN BOLA BALINGMAJLIS SUKAN SEKOLAH SEKOLAH MALAYSIA NEGERI JOHOR

Page 2: peraturan bola baling

Gelanggang permainan

Page 3: peraturan bola baling

1. Masa permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil dan tamat oleh isyarat penjaga masa.2. Balingan 7 meter dan balingan percuma perlu diambil walaupun masa telah tamat.3. Time out (3 tiupan pendek dengan isyarat tangan) mesti

diberi semasa: a) pengantungan, pembatalan atau singkiran b) masa hentian pasukan (team time out) c) isyarat daripada penjaga masa d) perbincangan antara kedua pengadil4. Tiada ‘team time out’ dalam masa tambahan.5. Selepas balingan 7 meter di ambil oleh 5 pemain, situasi masih berkedudukan seri, balingan boleh diambil sama ada oleh pemain yang sama atau pemain yang lain.

Page 4: peraturan bola baling

1. Saiz 3 untuk lelaki 18 tahun

2. Saiz 2 untuk: a) perempuan bawah 18 tahun b) lelaki 15 tahun c) perempuan 15 tahun

3. Saiz 1 untuk lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.

Page 5: peraturan bola baling

1. Minimum 5 orang pemain untuk memulakan permainan.2. Maksimum 4 orang pegawai yang didaftarkan boleh

berada bersama pasukan. Hanya seorang dibenarkan berurusan dengan pengadil/penjaga masa/pencatat.

3. Jika lebih daripada seorang pemain melakukan kesalahan pertukaran pemain secara serentak,hanya pemain yang pertama sahaja akan dihukum. (Pergantungan 2 minit)

4. Ketua pasukan hendaklah memakai ‘arm band’.5. Semua pemain hendaklah memakai kasut.

Page 6: peraturan bola baling

1. Tidak dibenarkan: a) membahayakan pihak lawan semasa bertahan.

b) membawa bola keluar dari kawasannya. c) membawa masuk bola ke dalam kawasannya. d) menyentuh bola yang dihantar oleh pemain pasukannya

ke dalam kawasan gol. d) menyentuh bola yang sedang bergolek atau berhenti dengan tapak kaki atau bawah lulut. Hukuman (a-d) : balingan percuma e) melintasi garisan 4 meter semasa balingan 7 meter. Hukuman : balingan semula jika tidak gol.

Page 7: peraturan bola baling

1. Adalah kawasan penjaga gol termasuk garisan gol.2. Pemain gelanggang yang memasuki, akan dihukum: a) balingan percuma: jika masuk dengan bola b) balingan percuma: masuk tanpa bola tapi mendatangkan keuntungan kepada pasukannya. c) balingan 7 meter: jika masuk dengan tujuan memusnahkan peluang lawan menjaring gol.3. Pemain gelanggang dibenarkan menyentuh dan

memainkan bola jika berada di udara dalam kawasan gol.4. Apabila penjaga gol mengawal bola di dalam kawasan gol,

bola mesti dikeluarkan dengan balingan gol. (dianggap luar permainan, ‘out of play’ )

Page 8: peraturan bola baling

1. Memegang dalam jangka masa 3 saat.2. Mengambil 3 langkah maksimum. Dikira 1 langkah

apabila sebelah kaki diubah/bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain atau sebelah kaki diheret ke kaki yang pertama.

3. Mengawal bola dengan keadaan pemain berada di luar gelanggang sama ada dengan satu atau dua belah kaki, walaupun bola masih di dalam gelanggang, balingan percuma akan diberikan kepada lawan.

4. Tidak dibenarkan mengawal bola terlalu lama tanpa membuat sebarang serangan atau jaringan. Balingan percuma kepada lawan di mana bola diberhentikan oleh pengadil.

Page 9: peraturan bola baling

1. Semua hukuman beransur maju, bermula dengan amaran dan disusuli dengan hukuman lebih berat.

2. Boleh diberikan hukuman untuk pasukannya serta individu secara serentak. Contoh, balingan 7 meter serta pergantungan 2 minit.

2. Kad merah (dibatalkan) jika: a) memaut leher pihak lawan. b) menyepak atau menendang pihak lawan dengan lulut atau kaki. c) menarik tangan pemain yang sedang membaling bola.

Page 10: peraturan bola baling

1. Gol dikira apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol.2. Gol tetap dikira sekiranya pertahanan melakukan

kesalahan.3. Gol sendiri dikira jika pemain memasukkan bola ke gol

sendiri, kecuali penjaga gol yang melakukan balingan gol.4. Gol tidak dikira sekiranya pengadil atau penjaga masa

memberhentikan permainan sebelum bola melepasi garisan gol.

5. Pengadil mesti mengesahkankan jaringan sebelum balingan permulaan dibuat.

Page 11: peraturan bola baling

1. Diambil dari garisan tengah, dengan sebelah kaki memijak garisan.

2. Rakan pembaling tidak boleh melintasi garisan tengah sehingga wisel dibunyikan.

3. Untuk balingan permulaan setiap separuh masa, semua pemain mesti berada di kawasan masing-masing.

4. Untuk balingan permulaan selepas gol dijaringkan, pihak penjaring sahaja boleh berada di kedua-dua bahagian gelanggang.

5. Pemain lawan mesti berada dalam jarak 3 meter dari pembaling.

Page 12: peraturan bola baling

1. Diambil tanpa tiupan wisel pengadil.2. Balingan ke dalam di sudut berhampiran sekiranya pemain

pertahanan adalah yang terakhir menyentuh bola.3. Sebelah kaki pembaling mestilah memijak garisan

sehinggalah bola dilepaskan dari tangannya. Tiada had kedudukan untuk sebelah kaki lagi.

4. Pihak lawan tidak boleh hampir 3 meter dari pembaling tetapi boleh berada di luar garisan gol apabila balingan ke dalam di sudut (walaupun kurang daripada 3 meter).

Page 13: peraturan bola baling

1.Balingan gol oleh penjaga gol sekiranya penyerang melakukan kesalahan di garisan gol. Untuk kesalahan:

a. memijak garisan gol b. menyentuh bola yang berada di dalam kawasan gol

2. Apabila penjaga gol mengawal bola di dalam kawasan gol, bola mesti dikeluarkan dengan balingan gol.

(dianggap luar permainan, ‘out of play’ )

Page 14: peraturan bola baling

4. Pengadil hendaklah membetulkan kedudukan pemain penyerang yang berada di kawasan 9 meter semasa balingan percuma diberikan kepada pasukannya, sekiranya kedudukan pemain tersebut boleh memberi kelebihan kepadanya.

1. Diambil tanpa tiupan wisel pengadil.2. Pemain yang akan membuat balingan percuma tidak

boleh meletak dan mengambil semula bola atau memantulkannya.

3. Pemain bertahan mestilah jarak 3 meter dari pembaling.

Page 15: peraturan bola baling

1. Diberikan apabila peluang menjaringkan gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan. Jika penyerang masih dapat mengawal bola dan mengimbang badannya, balingan 7 meter tidak perlu diberikan.

2. Tidak memberhentikan masa permainan, kecuali pengadil perlu memberi hukuman kepada pemain.

3. Dimulakan dengan tiupan wisel pengadil.4. Mesti dibaling ke arah gol dalam masa 3 saat selepas

tiupan wisel.5. Setelah bola dibaling, bola tidak boleh disentuh oleh

mana-mana pemain kecuali penjaga gol lawan atau terkena tiang gol.

6. Pemain lain mestilah berada di luar garisan 9 meter.

Page 16: peraturan bola baling

1. Bola mestilah berada pada tangan pemain sebelum melakukan balingan.

2. Tidak dibenarkan menyerahkan bola (dari tangan ke tangan) kepada rakan sepasukan semasa balingan hendak dibuat.

3. Jaringan boleh dibuat dari mana-mana balingan kecuali balingan penjaga gol ke golnya sendiri.

Page 17: peraturan bola baling

1. Tidak lebih daripada 1 kad kuning boleh diberikan kepada keseluruhan pegawai pasukan.

2. Seorang pemain tidak boleh diberi lebih daripada 1 kad kuning.

3. Pemain yang telah digantung 2 minit, tidak boleh diberi kad kuning berikutnya.

4. Pengadil hendaklah memberhentikan masa permainan semasa memberi kad atau mengantung pemain.

5. Pemain yang dikenakan kad merah, tidak dibenarkan berada di bangku simpanan. Pasukan akan bermain kurang seorang dalam masa 2 minit.

Page 18: peraturan bola baling

1. Bertanggungjawab memeriksa gelanggang, tiang gol dan bola sebelum permainan dimulakan.

2. Seorang sebagai referi gelanggang dan seorang bertindak sebagai referi gol dan akan bertukar fungsi dari masa ke semasa dalam permainan.

3. Hukuman harus diberi pada mana-mana kesalahan oleh sebarang referi.

4. Sekiranya pengadil meniup wisel serentak, tetapi mempunyai hukuman yang berbeza, hukuman yang lebih berat dikuatkuasakan.

5. Sekiranya pengadil meniup wisel serentak, tetapi mempunyai pandangan yang berbeza, pengadil gelanggang akan membuat keputusan.

Page 19: peraturan bola baling

1. Penjaga masa bertanggungjawab terhadap masa permainan, ‘time out’ dan penggantungan pemain.

2. Pencatat akan bertanggungjawab mencatat maklumat semasa permainan seperti jaringan atau rekod kesalahan-kesalahan

Page 20: peraturan bola baling
Page 21: peraturan bola baling
Page 22: peraturan bola baling
Page 23: peraturan bola baling
Page 24: peraturan bola baling
Page 25: peraturan bola baling
Page 26: peraturan bola baling
Page 27: peraturan bola baling
Page 28: peraturan bola baling
Page 29: peraturan bola baling
Page 30: peraturan bola baling
Page 31: peraturan bola baling