11_modul ppg pjm3106 interaksi 3

36
Tajuk 7 Sistem Saraf Sinopsis Tajuk 7 dalam modul ini merangkumi tisu neural, sistem saraf pusat, sistem saraf pinggir, sensori dan laluan motor, sistem saraf autonomik dan fungsi sensori. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca Tajuk 7 modul ini, diharap anda dapat: 1. Membincangkan terminologi dalam sistem saraf 2. Membezakan antara sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik 3. Menjelaskan fungsi sensori deria umum keseimbangan dan pendengaran Kerangka konsep Tajuk 7 modul ini 7.0 Pengenalan Sistem Saraf 58 Sistem Saraf Tisu Neuron Organisas i Sistem Saraf Pusat Fungsi Sensori

Upload: nalamaran-thanarasa

Post on 20-Oct-2015

74 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

Page 1: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

Tajuk 7 Sistem Saraf

Sinopsis

Tajuk 7 dalam modul ini merangkumi tisu neural, sistem saraf pusat, sistem saraf

pinggir, sensori dan laluan motor, sistem saraf autonomik dan fungsi sensori.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 7 modul ini, diharap anda dapat:

1. Membincangkan terminologi dalam sistem saraf

2. Membezakan antara sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik

3. Menjelaskan fungsi sensori deria umum keseimbangan dan penden-

garan

Kerangka konsep Tajuk 7 modul ini

7.0 Pengenalan Sistem Saraf

Sistem saraf merupakan satu sistem sebagai media untuk berkomunikasi antara

sel mahupun organ. Penyelarasan dan kawalan sistem-sistem dalam badan adalah

berpusat di sistem saraf. Sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama, iaitu

sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi / pinggir. Organisasi sistem saraf sangat

kompleks. Namun begitu, organisasi sistem saraf yang kompleks ini hanya mempunyai

dua jenis sel iaitu neuron dan neuroglia.

58

Sistem Saraf

Tisu Neuron

Organisasi SistemSarafPusat

FungsiSensori

Page 2: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

7.1 Tisu Neuron (Rajah 7.1)

o Neuron terbahagi kepada tiga bahagian: badan sel, dendrit dan akson. Badan

sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi oleh sitoplasma.

Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan yang diperlukan

oleh sel saraf.

o Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel yang memanjang dan kelihatan

bercabang-cabang. Dendrit bertugas untuk menghantar impuls ke badan sel.

o Akson adalah satu cuaran yang panjang, nipis dan mengkhusus. Akson

bertindak sebagai pembawa impuls dari badan sel ke neuron atau tisu lain.

Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut kedudukan. Akson boleh

sepanjang 1mm di otak hingga ke 1m atau lebih dari tunjang korda ke jari kaki.

59

Rajah 7.1 : Struktur Tisu Neuron

Page 3: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

o Terdapat akson yang diseliputi oleh mielin. Sarung mielin berfungsi adalah

untuk meningkatkan kelajuan perjalanan impuls.

o Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmiter terhasil di hujung

saraf apabila neuron menerima rangsangan fizikal atau kimia. Reseptor

menerima neurotransmiter yang menyebabkan berlaku perubahan elektrik dan

mencetuskan potensi aksi.

7.2 Organisasi Sistem Saraf

7.2.1 Sistem Saraf Pusat

Sistem saraf pusat merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan

seluruh sistem ini terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Sistem saraf pusat

menerima semua kederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat

menerima maklumat kederiaan, ditafsir untuk menentukan tindakan yang perlu

diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi dan rangsangan kelenjar untuk

merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat.

60

Jadual 7.2 : Organisasi Sistem Saraf

Page 4: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

7.2.1.1 Otak

o Otak merupakan satu organ yang paling penting dalam tubuh manusia.

Otak dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5kg bagi orang dewasa.

Otak terletak di kaviti kranium dan merupakan sebahagian sistem saraf

pusat. Tisu saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan

putih dan berada di dalam tengkorak.

o Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak (medula

oblongata, pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus),

serebrum dan serebelum.

- Batang otak dipanggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti

batang. Batang otak terletak di bahagian bawah kranium.

Medula

oblongata

- Terbina dari jirim putih dan membentuk jaringan

jirim kelabu dan putih yang panjang kira-kira 3cm.

Berhubung dengan saraf tunjang dan dipisahkan

dari pons oleh alur horizontal.

- Pada bahagian posterior bawahnya terdapat dua

nukleus di setiap sisi yang dikenali nukleus grasilis

dan kuneatus.

Pons - Terletak di atas medula dan mengandungi jirim

putih dan nukleus. Nukleus saraf kranial ke-5

hingga ke-8 dan nukleus pernafasan berada di

pons.

Otak

tengah

- Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon.

- Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum terdapat

di permukaan ventralnya.

- Unjuran ini berhubung dengan serebrum selepas

lencongan ke anterolateral.

- Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di

bawah terletak pada permukaan dorsalnya.

61

Page 5: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

- Diensefalon terletak antara otak tengah dan serebrum. Struktur utamanya

adalah talamus dan hipotalamus.

- Fungsi talamus adalah sebagai stesen pemancar untuk impuls deria,

semasa perjalanannya ke korteks serebrum. Talamus merupakan pusat

untuk mentafsir impuls deria seperti sakit, suhu, sentuhan dan tekanan.

- Hipotalamus pula terdiri daripada banyak struktur. Kedudukan

hipotalamus adalah di bawah talamus. Hipotalamus berfungsi mengawal

suhu tubuh dan aktiviti autonomik organ-organ bahagian dalam. Selain

itu, fungsi yang lain adalah mencetuskan reaksi emosi seperti ketakutan

dan kemarahan. Di hipotalamus juga terdapat pusat makan, pusat

kenyang dan pusat haus.

- Serebrum merupakan bahagian terbesar otak dan terbahagi kepada dua

hemisfera yang berwarna kelabu. Kedua-dua hemisfera ini dipercayai

mengawal aktiviti bagi sebelah tubuh sahaja. Contoh, deria tubuh sebelah

kanan dikawal oleh hemisfera kiri dan begitulah sebaliknya.

- Fungsi serebrum adalah terlalu banyak dan kompleks. Namun secara

umum, korteks serebrum terbahagi kepada tiga kawasan.

Deria Berfungsi untuk menerima kederiaan dari kulit, otot dan

bahagian dalam tubuh dan juga menerima impuls dari

berbagai-bagai deria seperti deria rasa, lihat, hidu, dengar

dan sentuh.

Motor Berfungsi mengawal atur pergerakan otot, pertuturan dan

sebagainya.

Asosiasi Menghubungkan kawasan motor dan deria melalui

traktusnya dan memainkan peranan penting dalam ingatan,

emosi, taakulan, personaliti dan kecerdikan.

62

Page 6: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

- Serebelum merupakan bahagian kedua terbesar otak yang memainkan

peranan dalam pergerakan separa sedar pada otot rangka. Pergerakan

separa sedar penting untuk koordinasi, keseimbangan tubuh dan

penetapan kedudukan tubuh.

7.2.1.2 Saraf Tunjang

o Saraf tunjang mempunyai kepanjangan kira-kira 45cm bagi orang dewasa.

Kedudukan saraf tunjang bermula dari dasar tengkorak turun ke bahagian

servikal, torasik dan seterusnya ke bahagian lumbar atas dan terdiri

daripada segmen-segmen yang mempunyai sepasang ganglion akar dorsal

dan ganglion akar ventral.

o Pada akar dorsal terdapat akson neuron deria yang bertugas untuk

membawa maklumat dari periferi ke saraf tunjang. Sementara akar ventral

mengandungi akson neuron motor visera dan somatik yang mengawal

organ efektor. Saraf spina pula terbentuk daripada gabungan ganglion akar

63

Rajah 7.3 : Bahagian Otak

Page 7: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

deria dan akar motor. Saraf ini dikelaskan sebagai saraf campuran kerana

mempunyai kedua-dua serat aferen dan eferen.

7.2.2 Sistem Saraf Pinggir / Periferi

Sistem saraf periferi merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan

saraf tunjang dengan reseptor, otot dan kelenjar. Sistem saraf periferi boleh

dibahagikan kepada sistem somatik yang terdiri daripada saraf otak dan saraf

tunjang dan sistem autonomik yang terdiri daripada saraf simpatetik dan

parasimpatetik.

7.2.3 Sensori dan Laluan Motor

Tiga jenis saraf yang membentuk sensori dan laluan motor sistem saraf

ialah neuron deria/aferen , neuron perantaraan dan neuron motor/eferen.

64

Rajah 7.4 : Saraf Tunjang

Page 8: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

o Dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa

maklumat dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala

sistem eferen pula mempunyai sel saraf yang membawa maklumat dari

sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar.

o Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian iaitu sistem saraf

somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai

neuron eferen yang bertugas membawa maklumat dari sistem saraf pusat

ke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap sebagai bersifat voluntari

dan boleh dikawal.

o Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang

membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan

kelenjar. Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di luar

65

Rajah 7.5 : Sensori dan Laluan Motor

Page 9: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

kawal. Kemudian, sistem saraf autonomik pula terbahagi kepada dua iaitu

sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

o Tindakan pantulan atau impuls adalah suatu tindak balas automatik yang

berlaku dengan cepat tanpa difikirkan terlebih dahulu. Tindakan impuls

adalah tindak balas motor terhadap rangsangan deria.

o Beberapa struktur yang membawa kepada tindakan impuls membentuk

‘lengkok impuls’ terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:

(a) Organ deria, contohnya kulit tubuh ataupun hujung gentian saraf

yang didapati di tendon, otot atau lain-lain binaan.

(b) Saraf deria atau saraf penghantara yang membawa rangsang deria

tersebut melalui bahagian saraf deria yang terkandung di dalam

saraf pinggir kepada saraf tunjang.

(c) Saraf tunjang dan neuron gegantinya.

(d) Saraf motor atau saraf pengeluar yang membawa utusan motor

melalui bahagian saraf motor di dalam saraf pinggir kepada organ

motor seperti otot atau kilang.

(e) Organ motor seperti otot atau kilang, yang bertindak balas terhadap

utusan motor tersebut.

66

Rajah 7.6 : Sistem Saraf Somatik dan Sistem Saraf Autonomik

Page 10: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

o Tindakan pantulan atau refleks (impuls) adalah gerakan perlindungan

yang membenarkan tindak balas motor berlaku dengan sangat cepat. Di

bawah adalah beberapa contoh impuls:

Bahagian

Sistem Saraf Pusat

Bahagian

Sistem Saraf Autonomi

Menarik tangan dengan segera

apabila terkena benda tajam atau

panas.

Sentakan sendi lutut apabila

dipukul dengan alat pemukul

sendi di atas tendon tempurung

lutut.

Tapak kaki yang digarit dengan

benda yang tumpul seperti kayu

akan menyebabkan ibu jari

membengkok ke bawah.

Tersedak atau terbatuk terhasil

apabila seseorang meminum

dalam keadaan gopoh.

Air liur akan terhasil

dengan lebih banyak jika

terhidu atau ternampak

makanan yang lazat.

Impuls anak mata terha-

dap cahaya. Anak mata

mengecil apabila cahaya

terang dan membesar apa-

bila cahaya gelap.

o Ada kalanya impuls boleh dikawal. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil,

buang air besar dan buang air kecil merupakan impuls yang tidak boleh

dikawal. Namun, bagi orang dewasa, gerakan-gerakan tersebut boleh

dikawal. Sekiranya berlaku kecederaan pada otak dan merosakkan kuasa

pengawalan pusat tinggi akan menyebabkan seseorang individu tidak

dapat lagi mengawal gerakan buang air besar dan buang air kecil.

o Jalaran impuls atau jalaran saraf motor bermula di pusat motor di frontal

serebrum. Akson sel saraf di pusat motor menjalar di dalam jirim putih

otak dan di pangkal otak. Pada medula oblongata, jalaran ini melintas ke

sebelah yang lain dan turun ke bawah jirim putih sisi luar saraf tunjang

sebagai jalaran piramid.

67

Page 11: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

o Di laras tertentu, fiber saraf ini akan keluar dari jalaran piramid dan tamat

di keliling saraf di depan jirim kelabu saraf tunjang. Kemudian sel depan

saraf tunjang membawa utusan tersebut melalui akar saraf depan iaitu

saraf depan otot tertentu.

o Bahagian neuron motor atas terbentuk daripada badan sel saraf di pusat

motor serebrum serta aksonnya yang turun sehingga ke sel saraf di

depan saraf tunjang. Bahagian neuron motor bawah pula terbentuk

daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum tunjang serta

aksonnya yang membekalkan otot tubuh.

o Kedudukan fiber motor yang melintas di bahagian medula oblongata

menyebabkan pusat motor di sebelah bahagian otak mengawal otot

tubuh di sebelah yang lain.

68

Rajah 7.7 : Tindakan Pantulan

Page 12: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

7.2.4 Sistem Saraf Autonomik

Sistem saraf autonomik merupakan sistem saraf luar kawalan yang

bertanggungjawab terhadap kawalan otot bebas dan kilang di tubuh. Sistem ini

terbahagi kepada dua iaitu:

7.2.4.1 Sistem saraf simpatetik terbina daripada dua rantai ganglion saraf yang

terletak di setiap sisi di hadapan vertebra. Semua komponen yang berada

dalam sistem saraf simpatetik berhubung dengan saraf tunjang. Antara

rangkaian penting yang terhasil daripada ganglion simpatetik adalah:

- Rangkaian saraf jantung : membekalkan jantung dan paru-paru.

- Rangkaian saraf siliaka : membekalkan perut usus, organ-organ di

abdomen serta kilang adrenal.

- Rangkaian saraf hipogastrik : membekalkan organ-organ di dalam

ruang pelvis.

7.2.4.2 Sistem saraf parasimpatetik terbina daripada dua bahagian seperti

berikut:

- Bahagian kranium yang terdiri daripada ganglion yang didapati di

beberapa bahagian otak serta gentian saraf yang terkandung dalam

urat saraf otak.

- Bahagian sakrum terdiri daripada ganglion yang didapati di

beberapa bahagian saraf tunjang. Sistem ini membekalkan

sebahagian daripada usus besar serta organ di pelvis iaitu usus

hujung, pundi kencing dan organ pembiakan.

7.3 Fungsi Sensori

Fungsi sensori ialah sebagai pusat kawalan aktiviti badan bagi kuasa deria

seperti pendengaran, penglihatan, menghidu bau, merasa, dan sentuhan.

69

Page 13: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

Tajuk 8 Sistem Sistem Endokrina

Sinopsis

Tajuk 8 dalam modul ini merangkumi struktur dan fungsi hormon, kelenjar sistem

endokrina dan cara interaksi hormon.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 8 modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan struktur dan fungsi hormon dalam Sistem

Endokrina

2. Menjelaskan cara interaksi hormon

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

8.0 Sistem Endokrina

Sistem endokrin menghasilkan sejenis bahan kimia yang dinamakan hormon.

Sistem pengaliran darah bertanggungjawab untuk membawa hormon ke seluruh tubuh.

70

Sistem Endokrina

Ciri dan Fungsi Hormon Kelenjar

EndokrinaCara

Interaksi

Page 14: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

8.1 Fungsi dan Ciri-ciri Hormon

Hormon yang dihasilkan oleh sistem endokrin mempunyai kesan yang banyak dan

berbeza-beza. Namun begitu, empat fungsi utama yang dilakukan oleh hormon ialah:

(a) Hormon menolong mengawal persekitaran dalaman dengan mengatur

kandungan kimia dan isi padunya dalam tubuh badan;

(b) Membantu tubuh dalam keadaan tertekan seperti semasa keadaan

jangkitan, trauma, stres, pendehidratan, kebuluran, pendarahan dan

perubahan suhu yang melampau;

(c) Memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan tubuh; dan

(d) Memainkan peranan dalam pembentukan gamet, persenyawaan,

pemakanan kepada embrio dan fetus, proses bersalin dan pemakanan

kepada anak yang baru lahir.

o Hormon-hormon yang dirembeskan pada tisu perantara bertindak ke atas sel-sel

sasaran di merata tubuh. Sistem endokrin mempunyai kesan yang perlahan tetapi

berpanjangan dan lebih merata. Sel-sel sistem endokrin bertugas dengan

mensintesis dan merembeskan hormon.

o Kelenjar endokrin terbina apabila sel-sel endokrin berkumpul. Hasil yang didapati

daripada kelenjar endokrin akan dirembeskan terus ke dalam tisu perantara.

Kelenjar-kelenjar endokrin yang terdapat dalam sistem tubuh terdiri daripada

kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

o Terdapat juga sel endokrin yang berkumpul di dalam organ tubuh badan seperti

pankreas, ovari, testis, ginjal, hepar, trek gastrousus, plasenta dan otot jantung.

8.2 Kelenjar Endokrin Utama

Kelenjar-kelenjar utama pada sistem endokrin adalah kelenjar pituitari, tiroid,

paratiroid, adrenal, pineal dan timus.

71

Page 15: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

(a) Kelenjar Pituitari

Digelar sebagai kelenjar induk kerana dapat menghasilkan banyak hormon

dan mengawal aktiviti tubuh;

Bergaris pusat hanya 1.3cm sahaja dan berbentuk bulat;

Dibahagikan kepada dua lobus: lobus anterior dan lobus posterior;

Lobus anterior mewakili 75% daripada berat kelenjar pituitari; dan

Kedua-dua lobus ini mengeluarkan beberapa hormon di dalam tubuh.

Lobus Anterior

o Hormon pertumbuhan – mengawal tumbesaran tubuh.

o Hormon tirotropik – mengawal aktiviti kelenjar tiroid dalam

menghasilkan tiroksin.

o Hormon adrenokortikotropik – mengawal aktiviti suprarenal dalam

menghasilkan kortisol dari korteks kelenjar suprarenal.

o Hormon gonadotrofik:

72

Rajah 8.1: Sistem EndokrinSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang,

Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 16: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

Hormon perangsang folikel – merangsang perkembangan folikel

Graafian dalam ovari dan pembentukan spermatozoa dalam testis.

Hormon luteinising – mengawal rembesan estrogen dan progesteron

dalam ovari dan testosteron dalam testis.

Hormon prolaktin – mengawal rembesan air susu dan mengekalkan

bekalan korpus luteum semasa kehamilan.

Lobus Posterior

o Hormon antidiuretik – mengatur jumlah air yang dikumuhkan melalui

ginjal.

o Hormon oksitosik – meransang pengecutan uterus sewaktu melahirkan

bayi dan pengeluaran air susu sewaktu menyusukan bayi.

(b) Kelenjar Tiroid

Terletak di bahagian depan leher, anterior dan lateral terhadap larinks dan

trakea;

Kelenjar tiroid kaya dengan bekalan darah dan merembeskan koloid tiroid

yang mengandungi sebatian iodin;

Kelenjar tiroid berfungsi dalam mengatur susunan kimia tisu dan sebagai

perangsang proses pengoksidaan;

73

Rajah 8.2: Skema Kelenjar PituitariSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang,

Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 17: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

Secara tidak langsung kelenjar tiroid mengatur pengeluaran karbon

dioksida; dan

Terdapat dua keadaan dalam kelenjar tiroid iaitu hiperembesan dan

hiporembesan.

Hiporembesan

o Berlakunya kretinisme iaitu kekurangan rembesan pada waktu bayi

mengakibatkan pertumbuhan mental dan fizikal terencat.

o Bagi golongan dewasa, keadaan ini menyebabkan miksedema di mana

proses metabolik sangat perlahan dan cenderung untuk menjadi

gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan kering, rambut

gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan denyut

nadi perlahan.

Hiperembesan

o Kadar metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan lebih tinggi

daripada normal.

o Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan mudah

marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung bertambah dan

mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan

kegagalan jantung.

74

Rajah 8.3: Kelenjar TiroidSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu

Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 18: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

(c) Kelenjar Paratiroid

Terbina daripada tisu yang kecil dan bulat dan dilapisi oleh fasia pratrakea

berserta dengan kelenjar tiroid;

Hormon paratiroid dikeluarkan berfungsi untuk mengatur metabolisma

kalsium dan mengawal jumlah kalsium dalam darah dan tulang;

Dua keadaan pada kelenjar paratiroid

o Hipoparatiroidisma

- Kekurangan kalsium dalam kandungan darah.

- Keadaan ini menyebabkan keadaan seperti tetanus iaitu gejala

kekejangan otot dan konvulsi terutamanya pada tangan dan kaki

yang dikenali sebagai karpopedal spasma.

- Gejala di atas dapat diredakan dengan memberikan kalsium dalam

kadar segera.

o Hiperparatiroidisma

- Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran

(tumor) kelenjar.

- Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan

semula dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah.

- Ini akan menyebabkan penyakit tulang di mana bahagian tulang

menjadi nipis.

- Kegagalan ginjal juga boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam

ginjal.

75

Rajah 8.4: Empat kelenjar paratiroidSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan Fisiologi – untuk Jururawat.

Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Page 19: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

(d) Kelenjar Timus

Terletak dalam toraks;

Berwarna kemerah-merahan dan terdiri daripada dua lobus;

Saiznya sangat kecil dengan berat kira-kira 10 gram bagi bayi yang

baru lahir;

Beratnya bertambah kepada 30 hingga 40 gram pada waktu remaja

dan kemudian ia mengecut semula; dan

Kelenjar timus berkaitan dengan penghasilan antibodi.

(e) Kelenjar Adrenal

Terletak di bahagian atas setiap ginjal.

Mengandungi darah yang banyak dan dilapisi dengan kapsul

berserat.

Kelenjar adrenal bahagian korteks mengeluarkan kortisol dan

bahagian medula menghasilkan adrenalin dan noradrenalin.

Rembesan akan menjadi banyak apabila berada dalam keadaan

marah atau takut, asfiksia dan kelaparan.

76

Rajah 8.5: Kedudukan kelenjar timusSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan Fisiologi – untuk Jururawat.

Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Page 20: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

Keadaan ini menyebabkan tekanan darah naik dalam usaha

melawan kejutan yang disebabkan oleh situasi ini.

77

Page 21: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

Korteks adrenal

o Terbahagi kepada tiga zon:

- Zon pertama, glomerulosa menghasilkan rembesan mineralo-

kortikoid.

- Zon tengah, zon fasikulata merembeskan hormon

glukokortikoid.

- Zon dalam, zon retikularis merembeskan hormon androgen.

Medula adrenal

o Mempunyai sel-sel kromafin yang menghasilkan hormon.

o Rembesan hormon dikawal oleh sistem saraf autonomik.

o 80% daripada rembesan medula adalah adrenalin yang bersifat

lebih poten daripada noradrenalin.

78

Rajah 8.6: Kelenjar SuprarenalSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu

Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 22: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

(e) Kelenjar Pineal

Terletak pada korpus kalosum, bersaiz kecil dan berwarna merah.

Dilapisi oleh kapsul yang dipanggil pia mater.

Menghasilkan hormon melatonin dan adrenoglomerulotropin.

Melatonin boleh merencatkan aktiviti pembiakan dengan

merencatkan hormon gonadotropik. Adrenoglomerulotropin pula

merangsang korteks adrenal untuk merembeskan mineralokortikoid.

8.3 Tindakan Hormon

Tindakan hormon ada dua jenis iaitu tindakan positif dan tindakan negatif.

(a) Tindakan positif

Terdapat hormon yang terhasil dengan mengaktifkan kelenjar yang

menghasilkan hormon tersebut.

Hasilnya adalah berlawanan dengan tindakan negatif.

79

Rajah 8.7: Kedudukan Kelenjar PinealSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu

Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 23: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

Dalam tindakan positif, peningkatan sel hormon akan menghasilkan

lebih banyak hormon.

Contoh peningkatan hormon boleh dilihat pada kontraksi semasa

ingin melahir bayi.

(b) Tindakan negatif

Kekurangan hormon akan menyebabkan kelenjar merembes

dengan lebih banyak dan tekanan darah akan meningkat.

Tindakan negatif berlaku di mana pembuluh-pembuluh akan tertarik

semasa rembesan hormon yang banyak dikeluarkan.

Boleh dikatakan seperti mengawal kelajuan pada kereta, apabila

speedometer menunjukkan kelajuan melampau, kita akan

megurangkan kelajuan. Apabila kita sedar kelajuan semakin

berkurangan, kita akan menekan pedal minyak untuk menambah

kelajuan.

Kebanyakan kelenjar mempunyai kepekaan sebegitu untuk

memberitahu tentang ‘kelajuan’ endokrin. Oleh itu, kelenjar-kelenjar

ini akan mengeluarkan rembesan yang sesuai untuk

menyeimbangkan kandungan hormon dalam darah.

Tajuk 9

80

Page 24: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

Sistem Urinari

Sinopsis

Tajuk 9 dalam modul ini merangkumi fungsi dan pengurusan sistem urinari,

ginjal, penghantaran, penyimpanan dan pembuangan air kencing dan imbangan

cecair, elektrolit dan asid alkalina.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

.1. Memerihalkan struktur dan fungsi sistem urinari

Kerangka konsep

9.0 Sistem Urinari

Sistem urinari adalah laluan bagi sebahagian besar bahan buangan yang

mengandungi toksik dan bahan asas. Bahan-bahan buangan ini adalah

bercampur dengan air dan dikeluarkan sebagai urin (air kencing). Tugas

terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu

badan mengekalkan hemeostasis.

81

Sistem Urinari

Struktur Sistem Urinari

Fungsi Sistem Urinari

Pembentukan UrinImbangan Cecair

dan Elektrolit

Page 25: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

9.1 Struktur Sistem Urinari

Organ-organ dalam sistem urinari adalah dua ginjal, dua ureter, satu

pundi kencing dan satu uretra.

(a) Ginjal

Terletak di setiap sisi kolum vertebra, berwarna kemerahan dan

berbentuk seperti biji kacang hijau.

Berukuran 10-12cm panjang, 5-7cm lebar dan 2.5cm tebal dan se-

berat kira-kira 140gm bagi orang dewasa.

Sempadan luarnya berbentuk cembung dan mempunyai pembukaan

di tengahnya yang disebut sebagai hilum.

82

Rajah 9.1: Struktur Sistem UrinariSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005).

Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 26: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

Hilum merupakan pintu masuk dan keluar pembuluh-pembuluh gin-

jal.

Ginjal kanan adalah lebih pendek dan lebih tebal daripada ginjal kiri.

Ginjal diselaputi oleh tiga lapisan tisu:

1. Pertama, lapisan dalam adalah kapsul renal atau kapsul

sebenar yang terdiri daripada membran berserat nipis;

2. Kedua, lapisan yang dikenali sebagai fasia renal atau

kapsul palsu terdiri daripada tisu perantara padat; dan

3. Ketiga, lapisan berlemak yang terletak antara lapisan

dalam dan lapisan luar yang dikenali sebagai lemak

perirenal.

83

Page 27: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

(b) Ureter

Ureter juga dipanggil sebagai salur ginjal. Ureter merupakan tiub

yang keluar dari setiap ginjal.

Tugas ureter adalah membawa urin ke pundi kencing.

Terdiri daripada tiub berotot dan mempunyai panjang kira-kira 25cm.

Dua bahagian ureter:

1. Pertama, corong atau pelvis ginjal. Bahagian atas yang

kembang berbentuk seperti mangkuk dan dinamakan kaliks.

2. Kedua, salur buah pinggang. Mempunyai panjang lebih

kurang 25.4cm. Ia bermula dari hadapan otot belakang

abdomen terus ke ruang pelvis benar dan berakhir di

permukaan belakang pundi kencing.

Tisu-tisu yang terdapat pada ureter adalah:

1. Tisu berfiber – lapisan bahagian luar;

2. Tisu otot bebas – lapisan tengah, gerakan peraltasis

bertanggungjawab mengalirkan urin dari ginjal ke pundi

kencing; dan

3. Tisu epitelium peralihan – lapisan dalam ureter berfungsi

untuk melindunginya daripada asid urik.

(c) Pundi Kencing

84

Rajah 9.2: Struktur di luar dan struktur di dalam ginjal kanan Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu

Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 28: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

Pundi kencing adalah organ yang berotot dan

berongga.

Berfungsi untuk menakung air kencing, berbentuk

bulat apabila penuh dan berbentuk leper berlipat-lipat apabila

kosong.

Pundi kencing mempunyai apeks, dasar dan tiga

dinding. Ruang dalam pundi kencing berbentuk segi tiga dan disebut

sebagai trigon.

Dasar segi tiga menghala ke atas, manakala bahagian

puncaknya menghala ke bawah.

Trigon mempunyai banyak hujung saraf deria dan

sangat peka terhadap perubahan isi padu urin dalam pundi kencing.

Otot pundi kencing terdiri daripada otot licin dan

bersifat tidak voluntari.

Lapisan dalamnya adalah kalis air dan terbina

daripada membran mukus jenis epitelium peralihan.

Urin akan disimpan untuk sementara waktu sahaja

sehingga dikeluarkan melalui uretra.

Sebanyak 1 liter urin boleh ditakung oleh pundi

kencing. Namun, dalam keadaan luarbiasa, pundi kencing boleh

menakung sebanyak 3 liter urin. Pada keadaan normal, apabila

pundi kencing menakung 6 – 10 liter urin, perasaan hendak kencing

akan timbul.

(d) Uretra

Uretra berfungsi untuk membawa keluar urin dari pundi

kencing pada waktu yang sesuai.

Ukuran panjang uretra wanita adalah 4cm panjang.

Uretra wanita tidak mempunyai prostat dan bahagian spongiosa.

Panjang uretra lelaki pula berukuran 20cm panjang.

Terdapat tiga bahagian pada uretra lelaki:

85

Page 29: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

1. Bahagian prostat – mengeliling uretra, otot pencerut uretra

juga terletak di sini;

2. Bahagian membranus – uretra yang berlanjutan daripada

prostat; dan

3. Bahagian spongiosa – bahagian yang terdapat di dalam

zakar.

9.2 Fungsi Sistem Urinari

• Perkumuhan toksik dan bahan-bahan buangan.

• Mengawal keseimbangan air dan garam mineral dalam darah.

• Membantu mengawalatur tekanan darah.

• Mengawalatur keseimbangan asid-bes.

• Penghasilan hormon.

9.3 Pembentukan Urin

• Tiga proses penghasilan urin:

(i) Penurasan Tekanan

o Darah memasuki glomerulus.

o Tekanan darah cukup untuk menyebabkan molekul kecil (nutrien, air,

garam dan bahan buangan) untuk bergerak dari glomerulus ke bahagian

dalam Kapsul Bowman menjadi hasil turas glomerulus.

o Protein darah dan sel darah adalah terlalu besar untuk dituraskan dan

terus berada dalam darah dan bergerak ke dalam anteriol eferen.

o Hasil turas glomerulus mempunyai kandungan yang sama seperti

bendalir tisu, jika tidak perubahan berlaku di bahagian lain nefron,

kematian akan berlaku akibat kehilangan air (pengdehidratan),

kehilangan mutrien (kelaparan) dan tekanan darah rendah .

o Jadi, penyerapan semula berlaku.

(ii) Penyerapan Semula

o Proses penyerapan semula pasif dan aktif dari nefron ke darah berlaku

melalui dinding tubul berlingkar proksimal.

86

Page 30: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

o Nutrien, air dan sesetengah molekul buangan meresap semula secara

pasif ke dalam jaringan kapilari peritubul.

o Tekanan osmosis mempengaruhi pergerakan air.

o Protein yang tidak dituraskan masih berada dalam darah menwujudkan

suatu tekanan osmosis.

o Natrium (Na+) dan Klorin (Cl-) diserap secara aktif meningkatkan tekanan

osmosis.

o Penyerapan semula pilihan molekul nutrien berlaku melalui

pengangkutan aktif, hanya molekul yang dikenal pasti oleh molekul

pembawa sahaja yang diangkut secara aktif dari tubul ke darah.

(iii) Rembesan Tubul

o Cara bahan buangan yang tidak boleh dituraskan akan ditambah

ke bendalir apabila bergerak melalui tubul.

87

Page 31: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

9.4 Imbangan Cecair dan Elektrolit

• Imbangan cecair berlaku semasa penyerapan semula air dari gelung

Henle menurun dan duktus pengumpul.

• Suatu cerun kepekatan diwujudkan akibat pengeluaran garam, Na+Cl- oleh

lengan menaik dan peresapan urea dari duktus pengumpul.

88

Rajah 9.3 : Penghasilan Urin

Page 32: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

• Lengan menaik mula kehilangan garam melalui peresapan dan

pengeluaran aktif.

• Hormon Antidiuresis (ADH) dibebaskan oleh lobus posterior hormon untuk

mengawalatur jumlah air yang dalam duktus pengumpul.

• Jika tekanan osmosis darah meningkat, ADH akan dibebaskan, lebih

banyak air akan diserap semula dan urin berkurangan.

• Lebih daripada 99% Natrium (Na+) yang dituraskan di glomerulus akan

diresap semula ke dalam darah.

• Kebanyakan Kalium (K+) (67%) telah diserap semula di tubul berlingkar

proksimal.

• Aldosteron – satu hormon yang dirembeskan oleh Korteks untuk men-

gawal penyerapan semula Natrium dan air di tubul berlingkar distal.

• Aldosteron menyingkirkan ion Kalium (K+) dan ion Natrium (Na+).

• Hormon Atrial Natriuretik (ANH) dirembes daripada atriam jantung untuk

meningkatkan isipadu darah.

89

Rajah 9.4 :Imbangan Cecair dan Elektrolit

Page 33: 11_Modul PPG PJM3106 Interaksi 3

• ANH melarang pengeluaran renin dan aldosteron untuk menyinkirkan

Natrium (Na+). Apabila Na+ disingkirkan, air terhasil, jadi, isipadu dan

tekanan darah menurun.

• Pengaturan kepekatan H dalam cecair badan.

• Asidosis merujuk kepada nilai pH plasma arteri yang kurang daripada

7.40, manakala pH yang melebihi 7.40 menandakan alkalosis.

• Kombinasi asid karbonik (H2CO3) dan ion bikarbonat (HCO3-) dapat

mengekalkan kepekatan pH darah hampir 7.4.

H+ + HCO3- H2CO3

• Sintesis dan rembesan NH3 boleh ditambahkan dengan banyak jika

kuantiti H+ yang harus dikumuh meningkat.

_______________________________________________________________

TUGASAN TERARAH

Merujuk kepada Buku Latihan Essentials of human anatomy and physiology (Marieb, E.N., 2006).

90