m8 tariqah dakwah rasulullah

26
ِ م يِ حَ ّ ر ل ٱِ نٰ َ مۡ حَ ّ ر ل ٱِ ه ل ل ٱِ مۡ سِ بTHARIQAH (KAEDAH) DAKWAH RASULULLAH.

Upload: cucur

Post on 21-May-2015

13.555 views

Category:

Spiritual


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

م� م�ي �� ر ٱل م ـ� ر ح� �� ر ٱل م� ٱلل م� ح� م�

THARIQAH (KAEDAH)

DAKWAH RASULULLAH.

Page 2: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

Thariqah:

-Tariqah bermakna metod atau kaedah melaksanakan atau merealisasi fikrah-fikrah dalam Islam.-Sesuatu mabda’ tidak dinamakan mabda jika hanya mengandungi ajaran semata-mata tanpa dapat dilaksanakan atau diterapkan di muka bumi.-Untuk menerapkan mabda tersebut , perlu ada kaedah perlaksanaannya. Kaedah inilah yang dinamakan THARIQAH

Page 3: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

Thariqah Dakwah Rasulullah terbahagi kepada 2 fasa iaitu:

1.Fasa Mekah.2.Fasa Madinah.

Page 4: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

Tahapan Dakwah Rasulullah.

Fasa Mekah;•Setelah Rasulullah menerima wahyu pertama dari Allah SWT di Gua Hira’, maka bermulalah dakwahnya secara sembunyi.•Hasil dari dakwah inilah munculnya sahabat yang ula (utama)memeluk Agama Islam seperti, Siti Khadijah,AbuBakar,Ali,Bilal,Mus’ab,Yasir,Amar,Sumayah dan lain-lain.* Terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan oleh Rasulullah dalam fasa ini iaitu;

Page 5: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

1.Tahap Pembinaan. 1. Pemantapan Akidah;

Ia dilakukan agar para sahabat tetap teguh didalam mentauhidkan Allah swt. Contohnya;

-Bilal bin Rabah diseksa oleh tuannya di tengah panas terik namun tetap dengan keislamannya.

- Keluarga Yasir diseksa dengan begitu azab sekali, namun tetap berpegang teguh dengan Islam sehingga Rasulullah bersabda; “ Bersabarlah keluarga Yasir , bagimu syurga Allah..” Akhirnya syahidlah Sumayah dan Yasir.

- Abu Bakar dan Mus’ab meninggalkan semua harta mereka demi Allah,Rasul dan dakwah Islam.

* Semua ini menunjukkan kepada kita wujudnya aktiviti pembinaan ‘ akidah islamiyah dalam fasa ini.’

Page 6: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

2. Pembentukkan Syakhsiyah Islamiyah.

Sebagai contohnya; - Umar, semasa jahiliyah merupakan seorang yang bengis, pemabuk dan pernah menanam anak perempuan. Apabila telah memeluk islam syakhsiyahnya bertukar 100%. - Peristiwa turunnya ayat pengharaman khamar.(Al Maidah :90) * Semua sahabat yang masih meminum arak memecahkan bejana yang berisi arak.Juga ada yang memuntahkan arak yang telah diminumnya. - Turunya ayat mewajibkan pemakaian tudung.(An.Nur :24) * Para muslimah dengan tidak berfikir panjang mengoyakkan kain mereka dan terus menutup kepala.

Page 7: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

3. Pembentukan Kutlah (kelompok) Dakwah.

-Pembentukan kelompok ini berlaku masih ditahap pertama. Sebagai contoh; Terjadinya Mayirah (demontrasi aman) parti Rasulullah mengelilingi Kota Mekah yang diketuai oleh Rasulullah sendiri berserta 40 orang muslim lainnya.(Rujuk kelengkapan Tarikh,Moenawar Chalil).

* Adalah mustahil bagi satu-satu individu itu sanggup berhadapan dengan siksaan, hatta kematian demi memperjuangkan agamanya, kecuali individu yang dibina dan memiliki ‘aqidah yang jelas serta syahsiyah yang unik’.

Page 8: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

Fasa Interaksi Dan Perjuangan.(marhalah tafa’ul kiffah.)

- Merupakan fasa yang paling getir bagi Rasulullah saw. dan para sahabat.-Fasa dimana Rasulullah berdakwah secara terang-terangan.- Dalam fasa ini Rasulullah dan para sahabat mengalami sekasaan yang dasyat. Contohnya; (Bilal bin Rabah diseksa, Sumayah dan Ammar Syahid.)

* Beberapa aktiviti yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat.Antaranya;

Page 9: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

1. Syira’ul Fikri (pertarungan pemikiran.)- Rasulullah mulai menyerang ‘aqidah serta ideologi

yang bertentangan dengan Islam.- Perang ini bertujuan memutuskan kepercayaan

umat daripada penguasa yang zalim.- Contohnya; “Kecelakaan besar bagi orang yang

curang (dalam timbangan dan sukatan)” (Al Muthaffifin : 1 )• Merupakan ayat makkiyah. Dalamnya Allah swt

mencela golongan peniaga yang menipu di dalam timbangan.

• Menunjukkan perintah Allah kepada Rasulullah untuk melakukan perang pemikiran kepada penduduk mekah.

Page 10: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

2. Kifahus Siyasi ( perjuangan politik )

-Pada tahap ini dakwah Rasulullah berubah dari sembunyi-sembunyimenjadi terang-terangan. -Dari aktiviti mendekati individu-individu kemudian membentuk kutlah (kelompok) menjadi menyeru secara langsung dan terbuka kepada masyarakat seluruhnya. -Hal ini dilakukan setelah Rasulullah beserta para pengikutnya mendapat perintahdaripada Allah SWT:

"Maka sampaikanlah secara terang-terangan segala apa yangdiperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang musyrik."[Al-Hijr: 94]

Page 11: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

Tatkala para pemimpin Mekah mengalami kejumudan dan mulai menyakiti Rasul setelah paman Baginda saw, Abu Thalib wafat. Rasulullah berusaha mencari pendukung ke kota Tha’if. Tetapi usaha Baginda tidak berhasil bahkan disambut dengan penghinaan dan lemparan batu.

- Rasulullah mulai mencari perlindungan dari kabilah-kabilah yang datang berniaga di Kota Mekah.Perlindungan ini dikenali sebagai tholabun nusrah.

Page 12: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

3. Tholabun Nusrah (Meminta pertolongan)

-Rasulullah mendatangan kaum yang berdagang di Mekah.-Meminta mereka melindungi baginda dan para sahabat.-Contohnya; Rasulullah pernah mendatangi Bani Tsa’labah untuk melindungi dakwah beliau dan memerangi kaum musyrikin Mekah.Bani tsa’labah mengenakan syarat supaya tidak memerangi Parsi.Syarat itu tidak boleh diterima oleh Rasulullah.

Page 13: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

-Baginda SAW selain aktif berdakwah kepada kabilah-kabilah di sekitar Mekah, Baginda juga mendatangi kabilah-kabilah di luar Mekah yang datang tiap-tiap tahun ke Mekah, baik untuk berdagang mahupun untuk mengunjungi Ka’bah, di jalan-jalan, pasar Ukadz, dan Mina.-Sampai suatu ketika pada musim haji, datanglah serombongan orang dari suku Aus dan Khazraj dari Yatsrib (Madinah). -Kesempatan ini digunakan oleh Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah. -Ketika rombongan ini mendengar ajakan Rasul, satu sama lain antara mereka saling berpandangan sambil berkata: “Demi Allah, dia ini seorang nabi seperti yang dianjurkan orang-orang Yahudi kepada kami.”Kemudian mereka menerima dakwah Rasulullah SAW sambil berkata: ‘Kami tinggalkan kaum kami disana dan tidak ada pertentangan serta permusuhan antara kaum kami dengan kaum yang lain, mudah-mudahan Allah SWT mempertemukan mereka denganmu dan menerima dakwahmu, maka tidak ada lagi orang yang paling mulia darimu.’ [Sirah Ibnu Hisham 1; 428]

Page 14: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

Tatkala tahun berikutnya tiba dan musim haji datang, dua belas orang lelaki dari penduduk Madinah bertemu dengan Rasulullah SAW di Aqobah. Mereka berbai’at kepada Rasulullah SAW yang dikenal dengan Bai’atul Aqabah.Isi baiat (Pengistiharan untuk patuh) tersebut adalah:

“Tidak menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak membunuh anak-anak kecil, tidak berbohong serta tidak menentang Rasulullah dalam perbuatan ma’ruf.”

[ Hadis Riwayat Bukhari ]

Page 15: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah
Page 16: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

- Setelah bai’at itu, Rasul mengutus Mush’ab bin Umair untuk mengajarkan Al-Quran dan hukum agama. - Pada tahun berikutnya, Mush’ab bin Umair kembali ke Mekah bersama tujuh puluh lima orang Madinah yang telah masuk Islam. Dua diantaranya adalah wanita dan mereka membai’at Rasulullah SAW. Bai’at ini dinamakan Bai’atul Aqabah II. - Selesai melakukan bai’at, Rasulullah menunjuk dua belas orang untuk menjadi pemimpin masing-masing qabilah mereka.- Abbas bin Ubadah, salah seorang dari mereka berkata kepada Rasulullah:“Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, bila engkau mengizinkan, kami akan perangi penduduk Mina besok pagi dengan pedang-pedang kami.”

Jawab Rasulullah SAW:“Kita belum diperintahkan untuk itu, dan lebih baik kembalilah ke kenderaanmu masing-masing.”

Page 17: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.-Mush’ab bin Umair telah diutus ke Madinah untuk mengajarkan Al Quran.

-Di tangan Mush’ab lah, Rasulullah mendapatkan nusrah dari penduduk Madinah.

- Di tangan Mush’ab bin Umair jugalah terjadinya ( BAI’ATUL ‘AQABAH II )

Page 18: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

BAI’ATUL AQABAH II.Isi perjanjian;

1.Berjanji untuk taat dan setia kepadaku baik dalam keadaan sibuk maupun senggang. 2.Berjanji untuk tetap berinfaq baik dalam keadaan lapang maupun dalam keadaan sempit. 3.Berjanji untuk tetap melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar. 4.Berjanji untuk tetap teguh membela kebanaran karena Allah, tanpa rasa takut di cela oleh orang yang mencela. 5.Berjanji untuk tetap membantuku dan membelaku apabila aku telah berada ditengah-tengah kalian,sebagaimana kalian membela diri kalian sendiri dan anak istri kalian.Dengan demikian kalian akan memperoleh syurga.

Page 19: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

Fasa Madinah.-Hijrahnya kaum muslimin ke Madinah adalah sebagai awal mula marhalah (tahap) dakwah ketiga, yaitu Marhalah Tathbiq Al-Ahkaam Al-Islami (Penerapan Syari’at Islam).

-Terdirinya Daulah Islamiyah (Negara Islam) pertama sebagai pelaksana hukum Islam dan sebagai pengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad.- Ada pun tahap ketiga ini dimulai dengan tibanya Rasulullah ke Madinah melalui peristiwa hijrah Rasulullah pada tahun 622M bersama sahabat baginda, Abu Bakar. Setibanya di Madinah, Rasulullah SAW melakukan aktiviti sebagai berikut:

Page 20: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

Membina Masjid.

-Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat membangun Masjid.

-Pembangunan masjid mempunyai erti yang sangat penting bagi pembangunan masyarakat Islam yang terdiri daripada individu-individu muslim yang sentiasa berpegang teguh kepada aqidah dan syari’at Islam.

-Rasulullah SAW menjadikan masjid tidak hanya sebagai tempat solat melainkan juga sebagai tempat berkumpul, bermusyawarah, membina ukhuwah dan aqidah Islam serta mengatur berbagai persoalan kaum muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka.

Page 21: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

2.Membena Ukhuwah Islamiyah.

-Rasulullah mempersaudarakan antara kaum Anshar dan Muhajirin.-Persaudaraan yang digambarkan oleh Rasulullah ibarat satu tubuh.-Rasulullah mempersaudarakan Bilal dari Afrika dengan Abu Ruwaim,Salman dari Parsi dengan Mus’ab bin Umair dan sebagainya.-Persaudaraan ini tidak hanya sampai mewarisi harta bahkan isteri. Sebagaimana yang terjadi antara Sa’ad bin Rabi dengan Abdul Rahman Auf. Kata-kata Sa’ad kepada Abdul Rahman;

“Aku adalah orang Anshar yang paling kaya, inilah hartaku, aku bahagikan antara kita berdua. Aku mempunyai dua isteri, kuceraikan seorang dan kahwinilah olehmu.”[Sirah Al Halabiyah II: 292]

* Persaudaraan dengan ikatan Aqidah Islamiah ini semakin bertambah kukuh setelah dinaungi sebuah Daulah dibawah kepimpinan Rasulullah yang menerapkan Sistem Islam.

Page 22: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

3. Menyusun Piagam Perjanjian.Isi-isi Piagam Madinah.

1) Kesatuan umat Islam tanpa mengenal perbezaan suku, bangsa dan kaum.2) Persamaan hak dan kewajiban bagi seluruh warga masyarakat.3) Gotong-royong dalam segala hal yang bukan kezaliman, dosa dan permusuhan.4) Kompak dalam menentukan hubungan dengan musuh-musuh Islam.5) Membangunkan suatu masyarakat dalam suatu sistem yang sebaik-baiknya.6) Melawan orang-orang yang menentang negara dan membangkang sistemnya.7) Melindungi orang yang ingin hidup berdampingan dengan orang Islam dan tidak boleh berbuat zalim kepadanya.8) Umat non-muslim bebas melaksanakan agamanya dan tidak boleh dipaksauntuk masuk Islam dan tidak diganggu harta bendanya.9) Umat non-Muslim harus ambil bahagiaan dalam pembiayaan negara sebagaimana umat Islam.

Page 23: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

10) Umat Islam dan non-muslim tidak boleh melindungi musuh negara dan orang-orang yang memusuhi negara.11) Warga negara bebas keluar masuk negara selama tidak merugikan negara.12) Ikatan sesama anggota masyarakat didasarkan prinsip tolong-menolong untuk kebaikan dan ketakwaan. Tidak atas dosa dan aniaya.13) Dasar-dasar tersebut ditunjang oleh dua kekuatan. Kekuatan ruh (spritual) yaitu imannya kepada Allah, keyakinan akan pengawasan dan perlindungan Allah bagi orang yang berbuat baik. Begitu pula jika ditunjang oleh kekuatan meterialistik (kebendaan) yaitu kepimpinan negara yang dipimpin oleh Rasulullah SAW.

Page 24: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

4. Strategi Politik dan Militeri ( ketenteraan)

-Dalam rangka menyebarkan dakwah Islam ke luar negeri Madinah, sekaligus mengumumkan kepada bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain mengenai berdirinya . Daulah Islamiah, maka diambil beberapa langkah lanjutan sebagai berikut:

1) Mengirim surat (mengajak kepada Islam (dakwah Islam), jika tidak mahu menerima Islam sebagai agama, mestilah patuh dengan hukum Islam di bawah Daulah Islam)kepada kepala-kepala negara/ kerajaan, pimpinan kabilah/suku yang ada di sekitar jazirah Arab.2) Memaklumkan perang kepada orang-orang yang menetang dakwah Islam.3) Memerangi kabilah-kabilah yang mengkhianati perjanjian perdamaian bersama kaum muslimin.4) Menjadikan Daulah Islamiah sebagai satu kekuatan yang disegani dan ditakuti lawan-lawannya.

Page 25: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

Melalui penelitian dan penghayatan langkah-langkah dakwah Rasulullah sejak period Mekah hingga period Madinah dapat disimpulkan bahawa pada period Mekah, Baginda lebih bersikap sebagai seorang da’ie, muballigh, imam dan sekaligus sebagai tokoh politik dan pemimpin jemaah kaum muslimin.

Manakala dalam period Madinah, baginda bukan hanya berperanan sebagai seorang Rasul, tetapi juga sebagai kepala negara di dalam pemerintahan Daulah Islamiah (Khilafah).

Keberhasilan para da’ie penerus dakwah sangat ditentukan oleh sejauh mana kesetiaannya mengikuti jejak langkah (Thoriqah) dakwah Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita sentiasa dianugerahkan taufiq dan hidayah daripada-Nya dalam menegakkan Islam di bumi Allah ini.

Khatimah.

Page 26: M8 Tariqah Dakwah Rasulullah

.

SEKIAN

الله ورحمة عليكم والسالموبركاته.