jantung powerpoint

53
PJM 3106 : Anatomi dan Fisiologi Jantung (Heart) DISEDIAKAN OLEH : L.Gobinathan W.Kavithrra

Upload: daphne-brown

Post on 25-Dec-2015

464 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pjm

TRANSCRIPT

Slide 1

PJM 3106 : Anatomi dan Fisiologi

Jantung (Heart)

DISEDIAKAN OLEH :

L.GobinathanW.Kavithrra

Pengenalan JantungJantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum).Ia diselaputi oleh lapisan yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu.Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g.Jantung terbina daripada otot-otot jantung (miorkardium) yang diliputi epikardium dipermukaan luarnya dan endokardium dibahagian dalam.

Kedudukan Jantung dalam badan manusia.

Jantung terdiri daripada atrium dan ventrikal.Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial.Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel.Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru.

Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.Pengepaman jantung oleh otot-otot jantung (myocardium) menghasilkan tekanan darah sistolik dan distolik.Tekanan sistolik waktu jantung mengepam (penguncupan jantung)Tekanan distolik waktu jantung rehat (Pengenduran jantung)

6

Struktur Jantung

Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta

Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung.

Sistem Kitaran

Terdapat 2 jenis sistem kitaran dalam tubuh manusia.

Kitaran Pulmonari Kitaran Sistematik

Peredaran Pulmonari Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan.Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonari Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.

Kitaran Pulmonari

Kitaran SistemikPeredaran Sistemik Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru.Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aortaOksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar.

Arteri, Vena, KapilariTerdapat 3 jenis salur darah yang utama:

ArteriVenaKapilari

Arteri

Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari

Vena

Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkencil sekali dinamakan venul.Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

Kapilari Darah

Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

PENGUNCUPAN JANTUNGPenguncupan jantung dikenali sebagai sistolik dan pengenduran jantung dikenali senagai diastolik.Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat semasa penguncupan ventrikel.Tekanan darah diastolik merupakan tekanan darah minimum pada akhir pengenduran ventrikel.Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter merkuri).Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg.

Sambungan. (degupan jantung)Degupan jantung berbunyi seperti lubb-dupp yang dapat didengar melalui stethoscope.Lubb ventrikular mengucup (injap A-V tertutup)Dupp- ventrikular mengendur(pulmonary dan injap aortic tertutup)Bunyi injap aortic & pulmonari berlaku di ruang intercostal ke 2. * bunyi aortic disebelah kanan & bunyi pulmonari di sebelah kiri

SISTEM KONDUKSIJantung mempunyai satu rentak penguncupan secara tetap.Ini dapat katakan sekiranya sistem saraf pada jantung diancam, jantung masih berterusan menghasilkan nerverse impulse menyebabkan ia menguncup secara serentak.Biasanya keadaan autorythm berlaku khususnya pada bahagian tisu yang dikenali sebagai sino atrial node (S-A node) dan tisu jantung mempunyai ciri-ciri ini.

S-A node terletak pada bahagian belakang dinding autrium, Oleh kerana degup jantung normal, ia amnunjukkan S-A node, ia kadang-kadang merujuk kepada pemacu jantung.Daripada S-A node kardiak atau denyutan saraf merebak ke seluruh atria. Oleh sebab itu, atria menguncup terlebih dahulu, menghantar kandungan ke ventrikel.Denyutan daripada atria mengaktifkan kawasan khusus lain pada jantung dikenali sebagai atrio ventrikel node (A-V node), Ia terletak pada atrium kanan.

SISTEM KONDUKSI JANTUNG

ElektrokardiogramApakah Elektrokardiogram?Elektrokardiogram (ECG) ialah rakaman aktiviti elektrik jantung.Elektrokardiogram memberi anda maklumat tentang:Kehadiran penyakit jantung iskemia. Ini sangat berguna untuk pesakit yang pernah mengalami serangan jantung atau sedang menderita sakit dada. Ia adalah ujian asas yang bagus untuk perbandingan pada masa hadapan. Ia adalah sesuatu yang normal untuk pesakit jantung.Penyakit struktur jantung seperti pembesaran ruang-ruang jantung atau penebalan otot-otot jantung.Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju atau perlahan.

Electrocardiogram (ECG)

Hal-Hal yang dapat diketahui dari pemeriksaan EKG adalah :

Denyut dan irama jantungPosisi jantung di dalam rongga dadaPenebalan otot jantung (hipertrofi).Kerusakan bagian jantung.

Gangguan aliran darah di dalam jantung.Pola aktifitas listrik jantung yang dapatmenyebabkan gangguan irama jantung

Prosedurnya tidak invasif dan tidak berbahaya.Bertujuan untuk mengesan kehadiran penyakit jantung iskemia, penyakit jantung struktur atau keabnormalan ritma degupan jantung.Secara umumnya, ujian ini disyorkan untuk individu-individu tertentu :Tekanan darah tinggiPenyakit injap jantung , contohnya deruan jantungPenyakit jantung Kongenital (penyakit yang ada sejak lahir)Debaran jantungTidak sedar dan sukar bernafas

KITARAN KARDIAKMerupakan turutan setiap degupan jantungTerbahagi kepada 3 bahagian :Sistol atrium (atrial systole)-pengecutan kedua-dua atrium.Sistol ventrikel (ventricular systole)-pengecutan kedua-dua ventrikel. Diastol kardiak sepenuhnya (complete cardiac diastole)-pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.

Otot kardiak adalah myogenik. ~ Ini bererti bahawa berbeza dengan otot rangka yang memerlukan rangsangan ( sama ada seda atau reflex), rangasangan otot jantung adalah secara automatik.Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam. Aturan Kitar Kardiak

Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular ( atrioventricular valves) akan terbuka.Darah dipam masuk ke dalam ventrikel.Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka.

Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium. Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak akan berlaku kerana penutupan injap sabit.Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua).

Kegagalan Jantung

Kegagalan jantung adalah keadaan kronik dan berterusan yang menyebabkan otot jantung agak sukar untuk mengepam darah secukupnya ke seluruh jantung bagi memenuhi keperluan darah dan oksigen tubuh. Kegagalan jantung boleh melibatkan bahagian jantung sebelah kiri, kanan atau kedua-dua bahagian. Namun begitu, selalunya kegagalan jantung menyerang pada bahagian kiri terlebih dahulu.

Gejala-gejala Kegagalan Jantung

Gejala-gejala kegagalan jantung bermula untuk berlaku apabila jantung anda tidak dapat mengepam darah secukupnya ke seluruh tubuh. Pada peringkat awal, keadaan berikut boleh berlaku.

Rasa letih dengan mudah.Sukar untuk bernafas apabila bersenam.Rasa seperti jantung anda berdegup dengan terlalu laju (palpitasi).Rasa lemah, amat letih atau rasa pening.

Apabila kegagalan jantung semakin teruk, cecair mula akan mula berkumpul pada paru-paru dan bahagian lain tubuh. Keadaan ini boleh menyebabkan keadaan seperti berikut;

Rasa sukar bernafas walaupun ketika sedang berehat.Berlakunya pembengkakan (edema) terutamanya pada kaki, buku lali dan jari kaki.Pertambahan berat badan yang akan berlaku dalam masa kira-kira satu atau dua hari atau lebih perlahan.Batuk atau bernafas termengah-mengah terutamanya apabila berbaring.Rasa kencing yang mendesak terutamanya pada waktu malam.Rasa kembung atau sakit pada perut.

Apa itu kegagalan jantung sebelah kiri ? Tindakan jantung mengepam membawa darah yang kaya dengan oksigen daripada paru-paru ke atrium kiri,kemudian ke bahagian ventrikel kiri yang seterusnya akan mengepam ke seluruh tubuh. Ventrikel kiri membekalkan kebanyakan kuasa mengepam jantung.Oleh itu bahagian ventrikel kiri lebih besar daripada bahagian lain dan amat penting bagi fungsi normal. Jika ventrikel kiri menerima kegagalan, makan bahagian kiri jantung perlu bekerja keras bagi mengepam jumlah darah yang sama. Terdapat dua jenis kegagalan jantung bahagian kiri iaitu kegagalan sistolik dan kegagalan diastolik.

Apa itu kegagalan jantung sebelah kanan ?Tindakan jantung mengepam membawa darah yang telah digunakan kembali semula ke jantung melalui vena melalui atrium kanan ke dalam ventrikel kanan. Ventrikel kanan ini kemudiannya akan mengepam darah keluar daripada jantung ke para-paru bagi menambah oksigen. Kegagalan jantung pada ventrikel kanan terjadi berikutan dengan akibat kegagalan bahagian kiri jantung. Apabila ventrikel kiri gagal, ia meningkatkan tekanan cecair dan kesannya dikembalikan semula ke paru-paru, sekaligus merosakkan jantung sebelah kanan.Apabila bahagian kanan kehilangan kuasa mengepam, darah simpanan berkumpul pada vena tubuh. Keadaan ini menyebabkan pembengkakan pada kaki dan buku lali.

Apa itu kegagalan jantung kongestif ?

Kegagalan jantung kongestif adalah jenis kegagalan jantung yang memerlukan bantuan perubatan yang tepat. Apabila darah keluar daripada jantung dengan perlahan-lahan darah akan kembali semula kejantung melalui vena simpanan menyebabkan kesesakan pada tisu tubuh. Selalunya pembengkakan (edema) akan berlaku. Kebanyakan bengkak ini akan berlaku pada kaki dan buku lali, namun ia juga boleh berlaku pada bahagian lain tubuh.

Kadangkala cecair boleh ditemui pada paru-paru dan mengganggu pernafasan sekaligus menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Keadaan ini selalunya berlaku apabila anda sedang berbaring. Keadaan ini dikenali sebagai edema pulmonari dan jika tidak dirawat boleh menyebabkab masalah pernafasan. Kegagalan jantung juga boleh memberi kesan pada kebolehan buah pinggang untuk membuang garam dan air. Air yang terkumpul ini juga turut meningkatkan pembengkakan pada tubuh atau edema.

Cara mencegah kegagalan jantung Bagi mencegah kegagalan jantung berlaku pada diri anda, berikut adalah beberapa cara bagi meransang kesihatan jantung anda.

1.Amalkan gaya hidup sihat. 2. Pastikan anda memeriksa tekanan darah, gula dalam darah dan tahap kolesterol dengan kerap. Jika salah satunya telah meningkat , pastikan, menurunkannya dalam apa cara sekalipun.3.Pastikan diri memakan ubat yang telah di preskripsi oleh doktor.

4.Jika berat badan semakin bertambah, anda perlu mengurangkannya. 5.Berhenti merokok, jika anda merokok. 6.Bersenam seperti yang diajar oleh pengamal perubatan bertauliah. 7.Bagi anda yang mengambil minuman beralkohol, perlulah menghadkannya atau terus meninggalkannya.

Penyakit jantung Iskemia (Ischaemic Heart Disease)

Simptom

Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagai penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung iskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.

Kesan

Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung iskemia. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi.Bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat dan berehat.

Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut. Tanda-tanda infarksi miokardia adalah : Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat. Sukar bernafas Pening kepala Muntah.

PencegahanSenaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh juga di amalkan ialah berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Berkebun dan melakukan kerja-kerja rumah juga boleh menyihatkan jantung anda.

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung : Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantungIa meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai kolesterol berketumpatan tinggi (HDL)Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihanIa mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

10 petua bagi memiliki jantung yang sihat :

1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali2. Makan secara teratur dan seimbang3. Kekalkan berat badan unggul4. Tidak merokok5. Menangani tekanan perasaan6. Mengawal tekanan darah7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah8. Mengawasi paras kolesterol9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.

VIDEO

SEKIANTERIMAKASIH.