documentpj

24
Tajuk : Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis tulang. Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis sendi. Menyenaraikan jenis sendi dan melakarkan aksi pergerakan sendi tersebut. Obkejtif : Mengklafikasi jenis-jenis tulang dan ciri-cirinya. Mempelajari jenis-jenis sendi. Mempelajari aksi pergerakan sendi dan mengetahui jenis-jenis pergerakan. 1.1 Pengenalan : Sistem rangka sentiasa menyokong pergerakan tulang-tulang. Sistem ini merangkumi sendi, ligamen, tendon, rawan dan tulang. Tulang terbentuk khas supaya dapat menahan tekanan dan tarikan mekanikal. Tulang terbentuk daripada kalsium dan fosforus. Kalsium fosfat yang terdapat dalam tulang membentuk serat tulang yang kuat. Antara fungsi-fungsi sistem rangka adalah seperti berikut : Memberi perlindungan kepada organ. Contohnya tengkorak (otak) Memberi sokongan untuk pergerakan anggota badan. Contoh, tulang-tulang pada otot rangka,tulang rusuk dan tulang vertebrata. Sebagai tempat penghasilan dan penyimpanan sel-sel darah. Contoh, tulang femur dan pelvis. Sel-sel tulang akan dapat membaiki kerosakan tulang-tulang. Menyimpan garam galian untuk kegunaan tulang-tulang. Contohnya semua jenis tulang. a) Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis tulang.

Upload: zhi-wen-khor

Post on 15-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Tajuk : Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis tulang. Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis sendi. Menyenaraikan jenis sendi dan melakarkan aksi pergerakan sendi tersebut.

Obkejtif : Mengklafikasi jenis-jenis tulang dan ciri-cirinya. Mempelajari jenis-jenis sendi. Mempelajari aksi pergerakan sendi dan mengetahui jenis-jenis pergerakan.

1.1 Pengenalan :

Sistem rangka sentiasa menyokong pergerakan tulang-tulang. Sistem ini merangkumi sendi, ligamen, tendon, rawan dan tulang. Tulang terbentuk khas supaya dapat menahan tekanan dan tarikan mekanikal. Tulang terbentuk daripada kalsium dan fosforus. Kalsium fosfat yang terdapat dalam tulang membentuk serat tulang yang kuat. Antara fungsi-fungsi sistem rangka adalah seperti berikut :

Memberi perlindungan kepada organ. Contohnya tengkorak (otak) Memberi sokongan untuk pergerakan anggota badan. Contoh, tulang-tulang pada otot rangka,tulang rusuk dan tulang vertebrata. Sebagai tempat penghasilan dan penyimpanan sel-sel darah. Contoh, tulang femur dan pelvis. Sel-sel tulang akan dapat membaiki kerosakan tulang-tulang. Menyimpan garam galian untuk kegunaan tulang-tulang. Contohnya semua jenis tulang.

a) Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis tulang.

b) Melabel dan mengkategorikan jenis-jenis sendi.

c) Menyenarikan jenis sendi dan melakarkan aksi pergerakan sendi tersebut.

i) JENIS-JENIS SENDI

1. Tidak bergerak ( synarthroses)2. Gerakan terhad (amphiathroses)3. Gerakan bebas (diathroses)

Jenis Struktur Contoh

Sendi fibrousPada sendi fibrous tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap.Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan Sutur antara tulang-tulang tengkorak, sendi-sendi antara gigi dan maksila dan mandibel, lengkungan pelvis.

Sendi cartilagenousPada sendi cartilagenous tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen.Jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad.Simfisis pubis, sendi antara tulang rusuk dan sternum antara tibia, fibula dan radius ulna.

Sendi sinovialSendi sinovial diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara sel kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang.Sendi Lesung Sendi bahu, sendi pinggul Sendi Engsel (Hinge Joint) Sendi siku dan lutut

ii) Melakarkan aksi pergerakan sendi.

Tajuk : Melukis dan melabel neuron. Melakarkan proses refleksi dengan lakuan aktiviti beserta penerangannya.Objektif : Mempelajari struktur dan bahagian neuron. Mengetahui hubungkait antara sistem saraf dengan pergerakan. Memahami transmisi impuls dari neuron ke neuron. Mengenalpasti proses refleksi dengan pergerakan.

2.1 Pengenalan :Sistem saraf merupakan satu kawalan dan perhubungan bagi mengintegrasikan aktiviti dalam badan. Sistem saraf berfungsi sebagai penyusun tindak balas fizikal selaras dengan keadaan serta kawalan otot luar kawal dan organ seperti jantung dan paru-paru. Sistem ini terbina daripada otak, saraf tunjang, sel saraf dan gentian saraf yang membawa utusan daripada otak dan saraf tunjang ke seluruh badan serta membawa utusan daripada seluruh badan ke otak dan saraf tunjang.Sistem saraf juga dikatakan sebagai pusat kawalan tubuh yang mengawal segala aktiviti yang berlaku dalam badan. Selain itu, sistem ini juga mengawal semua organ badan supaya dapat menjalankan fungsi masing-masing pada masa yang betul dan kadar yang sewajarnya bergantung pada keperluan badan.

a) Melukis dan melabel neuron.

b) Melakarkan proses refleksi dengan lakuan aktiviti beserta penerangannya.

Impuls dan gerakan refleksi :

Jenis jenis impuls dan gerakan refleks Gerak sedar = menulis, membuka payung, berjalan dan mengambil makanan.

Lintasan refleks Cranialis Pada umumnya kita menggerakkan badan kerana kemahuan kita atas permintaan otak permintaan otak. Pada gerak sedar, gerakan tubuh dikoordinasikan oleh otak. Rangsangan yang diterima oleh reseptor indrol disampaikan ke otak melalui neuron sensorik. Di otak indrol disampaikan ke otak melalui neuron sensorik. Di otak rangsangan diertikan atau diputuskan apa yang akan dilakukan. Kemudian, otak mengirimkan perintah ke efektor melalui neuron motorik. Otot (efektor) bergerak melaksanakan perintah otak.Tajuk :a) Melukis dan melabel neuronb) Melakarkan proses refleksi dengan lakukan aktiviti dan terangkannya.Obejktif : Mempelajari jenis-jenis kelenjar yang terdapat dalam sistem endokrina. Mengetahui fungsi setiap kelenjar dan hormon yang dirembeskan.

3.2 Pengenalan : Sistem endokrina terdiri daripada kelenjar-kelenjar yang merembeskan hormon-hormon tertentu. Sistem ini akan merangsang pertumbuhan, perkembangan, metabolisme, homeostasis dan pertahanan badan. Kelenjar-kelenjar dalam sistem endokrina ialah :

i) Kelenjar pituitariii) Kelenjar tiroidiii) Kelenjar paratiroidiv) Kelenjar taimusv) Kelenjar adrenalvi) Kelenjar pankreasvii) Kelenjar gonad (testis dan ovari)

3)(a) Melukis peta minda dan senaraikan bahagian-bahagian kelenjar dan hormon yang dirembeskan.

3)(b) Kesan Kelebihan atau Kekurangan HormonNoKelenjarHormon yang dihasilkanGangguan / kelainanCiri - ciri

1HipofisisKekurangan hormon (hiposekresi) hormon pertumbuhan(growth hormone)DwarfismePenderita tampak bertubuh pendek (hanya sekitar satu meter atau bahkan kurang) tapi tetap memiliki proporsi tubuh yang normal

Kelebihan hormon (hipersekresi)hormon pertumbuhan (growth hormone)Gigantisme(giantism)Terjadi pada masa kanak kanak,dimana terjadi pertumbuhan berlebihan bahkan dapat sampai mencapai 8 kaki

AkromegaliTerjadi pada saat dewasa,penderita mengalami pembesaran tulang rahang dan wajah. Kulit bertambah tebal, diikuti gangguan akibat penekanan saraf oleh massa tulang yang bertambah

2.TiroidHipersekresi hormone tiroksin(Hipertiroidisme)Graves disease/ morbus basedowPenderita ini mengalami metabolisme yang amat meningkat; penderita cenderung bertambah kurus walaupun disaat yang sama penderita memiliki nafsu makan yang meningkat . Keringat berlebihan, denyut nadi yang cepat, tidak tahan panas dan kelemahan badan. Dapat juga ditemukan penonjolan bola mata (exophtalmus)

Hiposekresi hormon tiroid (Hipotiroidisme)Kretinisme (Kerdil)Terjadi pada masa kanak kanak, cirinya penderita tidak dapat mencapai pertumbuhan fisik dan mental yang normal

Mix Oedema (Miksedema)Terjadi pada orang dewasa, cirinya laju metabolisme rendah, berat badan berlebihan, bentuk badan menjadi kasar, dan rambut rontok

3ParatiroidHipersekresi hormon paratiroidHiperparathormonKelainan pada tulang seperti tulang rapuh, bentuk abnormal dan mudah patah. Kelebihan kalsium yang diekskresikan dalam air seni bersama ion fosfat dapat menyebabkan batu ginjal

Hiposekresi hormon paratiroidHipoparathormonTerjadi gejala kekejangan otot (tetani)

4PankreasHiposekresi hormon insulinDiabetes tipe IPenyakit ini sepenuhnya bergantung dengan insulin, penyakit ini sering didapatkan pada anak-anak atau dewasa muda. Pengobatan dengan mengganti insulin sesuai dengan jumlah yang diperlukan

Diabetes tipe 2pada penyakit ini insulin diproduksi dalam jumlah memadai tetapi terdapat gangguan dalam kualitas dan mekanisme kerjanya. Faktor resiko penyakit ini seperti riwayat keluarga dengan Diabetes Mellitus dan obesitas

5Korteks AdrenalHipersekresi hormonkelenjar adrenalCushings syndromependerita mengalami peningkatan tekanan darah, gula darah akibat pengeluaran hormon kortisol yang berlebihan.

Hiposekresi hormonkelenjar adrenalAddisons diseaseGejala berupaHipoglikemia (kadar gula dalam darah menurun),Gangguanpembentukan glukosa oleh jaring (glukoneogenesis)Penurunan kadar glikogen di liver yang menjadi cadangan glukosa dalam tubuhGangguan akibat kekurangan aldosteron seperti pengeluaran natrium dan cairan yang berlebihan di ginjal.Dehidrasi,Penurunan tekanan darahShock yang dapat menimbulkan kematian, terutama bila tidak ditangani secara cepat.

6Kelenjar gonadHiposekresi hormon kelenjar gonad-dapat mengakibatkan gangguan terutama dalam proses reproduksi manusia.

Tajuk :Melabel aveoli dan terangkan proses pertukaran gas.Objektif : Mempelajari struktur dan bahagian aveoli. Memahami ciri-ciri aveoli dalam paru-paru. Mengenalpasti proses pertukaran gas di aveoli.

4.1 pengenalan :Sistem pernafasan manusia terdiri daripada organ pernafasan, paru-paru, tulang rusuk, diafragma dan oto-otot interkosta. Bulu dan lendir yang terdapat pada bahagian dinding hidung akan memerangkap zarah-zarah habuk dalam udara yang disedut. Trakea adalah satu saluran yang kuat. Trakea bercabang menjadi dua salur yang dipanggil bronkus. Bronkus mempunyai beberapa cabang untuk menjadi satu jalinan yang dipanggil bronkiol dan berakhir dengan pundi-pundi udara yang halus dipanggil alveolus.

a) Melabel aveoli

b) Terangkan proses pertukaran gas.

Proses pertukaran gas amat penting dalam mengekalkan kehidupan. Ia berlaku antara darah dan alveoli di paru-paru. Perbezaan dalampartial pressuremenyebabkan pertukaran gas di antara alveoli dan kapilari darah serta antara tisu kapilari dan sel badan.

Apabila kita bernafas, kita akan menyedut oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida dan wap air. Proses ini berlaku bermula dengan menyedut udara yang mengandungi oksigen. Udara yang disedut melalui rongga hidung akan melalui selaput mukosa, dan ditapis dari habuk atau debu, manakala bakteria pula akan terperangkap di mukus. Setelah itu, udara yang disedut akan dibawa ke paru-paru melalui trakea dan seterusnya ke alveoli. Dinding alveoli dibentuk oleh satu lapisan sel skuamous yang nipis. Kapilari darah mengelilingi alveoli juga dibentuk oleh selapisam sel skuamous. Dinding kedua-dua struktur ini amat telap kepada gas.

Pertukaran gas ini berlaku secara resapan.Partial pressurebagi oksigen di dalam kapilari darah adalah lebih rendah berbanding di dalam alveoli kerana darah yang ada dalam kapilari darah adalah daripada tisu badan. Kebanyakan oksigen telah digunakan oleh tisu untuk pernafasan selular. Oleh itu, oksigen yang ada di dalam alveoli ini akan meresap masuk ke dalam kapilari darah lalu bergabung dengan haemoglobin.

Partial pressurebagi karbon dioksida dalam kapilari darah pula adalah lebih tinggi berbanding di dalam alveoli kerana ia dihasilkan oleh tisu badan dan dibawa oleh darah ke alveoli. Partial pressure bagi karbon dioksida dalam kapilari darah berbanding alveoli ini menyebabkan karbon dioksida dan air daripada kapilari darah meresap masuk ke dalam alveoli untuk disingkirkan melalui hembusan nafas. Sebahagian karbon dioksida ini juga larut di dalam plasma sebagai asid karbonik dan natrium bikarbonat. Ini adalah bagi merangsang pusat pernafasan di Medula Oblongata di otak.

Darah yang mengandungi oksigen ini dibawa melalui kapilari darah ke sel badan. Darah yang berada di dalam kapilari darah ini mempunyaipartial pressureyang lebih tinggi berbanding di dalam sel badan. Oleh itu, oksigen yang ada di dalam kapilari darah akan meresap ke dalam sel badan disebabkan partial pressure dalam sel badan yang lebih rendah. Tambahan pula, perhubungan/afiniti haemoglobin dengan oksigen di dalam sel badan adalah rendah disebabkanpartial pressureoksigen yang rendah. Ini menggalakkan oksigen daripada kapilari darah dilepaskan dan meresap ke dalam sel badan.

TAJUK: MELUKIS DAN MELABEL GINJAL

OBJEKTIF: I. Mengenalpasti ginjal II. Mengenalpasti struktur ginjal III. Memahami fungsi ginjal IV. Mengenalpasti dan melabel bahagian ginjal

5.1 Pengenalan

Bagi manusia, buah pinggang terletak di bahagian belakang (posterior) dalam ruang perut. Terdapat dua buah pinggang, satu setiap sebelah tulang belakang; buah pinggang kanan terletak betul-betul di bawah diafragma dan belakang hati, yang sebelah kiri di bawah diafragma dan belakang organ limpa. Di atas setiap buah pinggang adalah kelenjar adrenal (juga dikenali sebagi kelanjar suprarenal). Kedudukan tidak sekata dalam ruang perut disebabkan hati menyebabkan buah pinggang kanan terletak rendah sedikit berbanding buah pinggang kiri sementara buah pinggang kiri terletak lebih di tengah sedikit. Sebahagian besar air akan diserap kembali ke dalam buah pinggang vertebra melalui kitaran Henle.

Buah pinggang adalah retroperitoneum (dalam selaput rongga dalam perut) dan sekitar 9 hingga 13 cm in diameter; yang di kiri besar sedikit berbanding kanan. Ia sekitar paras vertebral aras T12 hingga L3. Sebahagian bahagian atas buah pinggang dilindungi oleh tulang rusuk ke sebelas dan dua belas, dan setiap buah pinggang dan kelenjar adrenal dikelilingi sepenuhnya oleh dua lapis lemak (lemak perirenal dan pararenal) dan renal fascia yang membantu melapiknya. Ketiadaan buah pinggang sejak lahir (kongenital) satu atau kedua-dua buah pinggang secara serentak, yang dikenali sebagai unilateral (sebelah) atau bilateral (kedua-dua belah) agenesis renal, boleh berlaku.