pj suaian

15
HBPE 1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani 1.0 Pengenalan Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “Orang Kurang Upaya” (OKU) termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, golongan OKU ini adalah mereka yang mempunyai kecacatan atatu kekurangan sifat samaada dari aspek fizikal , mental ataupun deria sensori berbanding dengan orang normal. Golongan orang upaya ini mempuyai beberapa kategori iaitu: i. Kurang Upaya Anggota (Fizikal) iii. Kurang Upaya Pendengaran ii. Kurang Upaya Penglihatan iv. Kurang Upaya Pertuturan Pendidikan Jasmani memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar kurang upaya dalam meningkatkan kemampuan diri dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Oleh itu Pendidikan Jasmani Suaian dibentuk khusus dengan mengubahsuai kurikulum Pendidikan Jasmani bagi menyesuaikannya dengan keperluan dan tahap keupayaan pelajar istimewa ini. Pendidikan Jasmani Suaian ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada mereka untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam 1

Upload: moncb

Post on 18-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1

HBPE 1103

Pengenalan Pendidikan Jasmani

1.0 Pengenalan

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, Orang Kurang Upaya (OKU) termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, golongan OKU ini adalah mereka yang mempunyai kecacatan atatu kekurangan sifat samaada dari aspek fizikal , mental ataupun deria sensori berbanding dengan orang normal. Golongan orang upaya ini mempuyai beberapa kategori iaitu:

i. Kurang Upaya Anggota (Fizikal)

iii. Kurang Upaya Pendengaran ii. Kurang Upaya Penglihatan

iv. Kurang Upaya PertuturanPendidikan Jasmani memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar kurang upaya dalam meningkatkan kemampuan diri dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Oleh itu Pendidikan Jasmani Suaian dibentuk khusus dengan mengubahsuai kurikulum Pendidikan Jasmani bagi menyesuaikannya dengan keperluan dan tahap keupayaan pelajar istimewa ini. Pendidikan Jasmani Suaian ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada mereka untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan Pendidikan Jasmani Suaian ini ialah potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian:i. Menyediakan peluang kepada pelajar kurang upaya untuk menunjukkan bakat, kemahiran dan keupayaan diri.

ii. Membantu pelajar dalam pengawalan postur bagi membolehkan individu mengalami perkembangan, pertumbuhan dan kematangan motor berseseuaian dengan umur.

iii. Membantu pelajar untuk mempelajari kemahiran motor yang lebih kompleks

iv. Meningkatkan tahap kecergasan individu

v. Memupuk nilai berdikari supaya mereka tidak perlu sentiasa bergantung kepada bantuan orang lain dalam kehidupan seharian.1.1 Kertas Kerja Temasya Sukan Pelajar Kurang Upaya

1.1.1 PendahuluanPelajar kurang upaya merupakan aset negara yang berharga yang turut menjadi penyumbang dalam menentukan arah pembangunan negara. Oleh itu, mereka tidak boleh dipinggirkan hanya kerana kecacatan yang mereka alami. Golongan ini berhak untuk mempelajari dan mengaplikasikan Pendidikan Jasmani dalam kehidupan seharian. Mereka wajar menerima pendidikan seperti mana pelajar normal yang lain tetapi perlu disesuaikan mengikut keupayaan mereka dengan penyediaan kemudahan, peralatan dan aktiviti yang bersesuaian.1.1.2 Matlamati. Pendidikan Jasmani bertujuan menyuburkan potensi pelajar kurang upaya dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif, berdikari secara maksimum dalam persediaan untuk kehidupan.ii. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.iii. Dapat mencungkil bakat pelajar kurang upaya supaya mereka tidak berasa tersisih dan terpinggir dalam aktiviti sukan.iv. Meningkatkan penglibatan pelajar kurang upaya dalam aktiviti masyarakat.

v. Dapat meningkatkan penglibatan pelajar kurang upaya dalam keadaan sihat, selamat dan ceria bagi membentuk personaliti individu.

1.1.3 Objektifi. Mempertingkatkan kemahiran psikomotor untuk membantu aktiviti sukan yang disertai.

ii. Mempertingkatkan kemahiran pergerakan asas dan pergerakan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan.iii. Mengamalkan cara hidup sihat dan selamat melalui aktiviti sukan.

iv. Membina minda yang sihat dan cerdas serta memupuk semangat persaingan sihat.

v. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar kurang upaya tentang aspek-aspek sukan yang diceburi.1.1.4 Kumpulan SasaranKategori pelajar kurang upaya yang disasarkan ialah:

i. Kurang Upaya Anggota (Fizikal)

- cacat tangan atau kaki

ii. Kurang Upaya Penglihatan (Buta)1.1.5 Jawatankuasa PengelolaPenasihat : En. Jerita

Pengerusi : En. Juna

Naib Pengerusi : En. Talang

Setiausaha : En. Raymond

Bendahari : En. Juti

AJK Kecil :

(i) Juruacara :En. Johnny / Pn. Lily (ii) Urusetia :En. Dominic / En. Munib / En. Najib(iii) Hadiah :Pn. Diana / Pn. Penny / Pn. Christy(iv) Pengadilan :Pn. Carolan / En. Roziman

(v) Siaraya :En. Abi / En. Aswandy(vi) Peralatan dan Kelengkapan :En. Helly / Cik Alice

(vii) Perasmian dan Penutupan :Cik Bibi / Cik Suhaina(viii) Publisiti :En. Osman

(iv) Kebersihan :Pn. Nima / Pn. Robena

(v) Keselamatan dan Kecemasan : En. David / En. Sawing

1.1.6 Anggaran Perbelanjaan / Kosi. Peralatan bola futsal (3 biji) RM100 bola loceng (3 biji) RM100

ii. Hadiah Trofi dan pingat RM300iii.Makanan dan Minuman RM300 (2 hari)1.1.7 Maklumat Tentang Sukana. Tarikh:25 Jun 2010 26 Jun 2010

(Jumaat Sabtu)

b. Tempoh:2 Hari

c. Lokasi:Gelanggang Badminton dan Padang Bola Sepak

d. Jenis Sukan : (i) Lari Pecut 50 meter

(ii) Futsal

(iii) Lontar Peluru

(iv) Kerusi Roda 100meter

(v) Bola Golek

1.1.8 Jadual AcaraTarikh / HariMasa AcaraPeringkat

25/6/2010

(Jumaat)0900Permainan Futsal Perlawananan 1

1000Lari Pecut 50meterSaringan 1 & 2

1015Bola GolekPerlawanan 1, 2 & 3

1400Kerusi Roda 100meterSaringan 1 & 2

1500Permainan FutsalPerlawanan 2

26/6/2010

(Sabtu)0800Lontar Peluru Akhir

0900Perlawanan FutsalPerlawanan 3

(tempat ke-3 & ke-4)

1030Kerusi Roda 100meterAkhir

1400Bola Golek Akhir

1500Lari Pecut 50meterAkhir

1520Perlawanan Futsal Akhir

1615Majlis Penutupan

1.1.9 Pelaksanaan Acara(i) Lari Pecut 50meterOlahraga Lari Pecut 50meter

LogistikPadang (jarak 50meter)

Peralatan - Starting block

Peraturan Setiap pasukan dikehendaki menghantar 3 orang peserta .

Golongan sasaran- tidak mengalami kecacatan kaki. Golongan cacat sensori tidak dibenarkan ikut serta. Peserta pertama, ke-2, ke-3 yang terlebih dahulu melepasi garisan penamat, diisytihar sebagai pemenang pertama, kedua dan ketiga.

(ii) Permainan FutsalPermainan Futsal

LogistikGelanggang bola jaring

Peralatan Bola futsal

Peraturan 7 sebelah termasuk 2 orang simpanan. Golongan sasaran- tidak mengalami kecacatan kaki.

Golongan cacat sensori tidak dibenarkan bermain. Pertukaran pemain tidak dihadkan. Masa 15 minit untuk separuh masa pertama. Rehat 5 minit dan 15 minit lagi untuk separuh masa kedua.

Keputusan perlawanan akan ditentukan oleh sepakan penalti sekiranya perlawanan seri.

Jaringan gol yang lebih banyak disytihar pemenang. Keputusan pengadil adalah muktamad.

(iii) Lontar PeluruOlahraga Lontar Peluru

LogistikPadang

Peralatan - Peluru, Pita Pengukur

Peraturan Setiap pasukan dikehendaki menghantar 2 orang peserta.

Golongan sasaran- tidak mengalami cacat tangan. Golongan cacat sensori tidak dibenarkan ikut serta.

Setiap peserta diberi peluang untuk melakukan 3 kali percubaan. Lontaran terbaik (paling jauh) daripada 3 percubaan akan dikira sebagai lontaran rasmi setiap peserta.

Sekiranya peserta terkeluar semasa melakukan lontaran, lontaran itu akan dibatalkan.

Peserta yang melakukan lontaran paling jauh akan disytiharkan sebagai pemenang (tempat pertama, ke-2, & ke-3).

(iv) Kerusi Roda 100meterOlahraga Kerusi roda (100meter)

LogistikPadang

Peralatan - Kerusi roda

Peraturan Setiap pasukan dikehendaki menghantar 3 orang peserta .

Golongan sasaran- mengalami kecacatan kaki dan menggunakan kerusi roda. Golongan cacat sensori tidak dibenarkan ikut serta.

Peserta pertama, ke-2, ke-3 yang terlebih dahulu melepasi garisan penamat, diisytihar sebagai pemenang pertama, kedua dan ketiga.

(v) Bola GolekPermainan Bola Golek

LogistikGelanggang 7m x 15m

Peralatan - Bola loceng

Peraturan Setiap pasukan dikehendaki menghantar 2 orang peserta .

Perlawanan adalah secara individu.

Golongan sasaran- cacat sensori (buta). Kemahiran mendengar diperlukan dalam pertandingan ini. Pihak lawan akan menggolekkan bola ke arah kawasan lawannya dan sekiranya tidak dapat ditangkap, pihak lawan akan mendapat 1 jaringan gol.

10 minit untuk separuh masa pertama, 5 minit rehat dan pertukaran gelanggang akan dilakukan. 10 minit lagi untuk separuh masa kedua.

Peserta yang dapat menjaringkan gol terbanyak disytihar sebagai pemenang.

2.0 Rasional Aktiviti2.1 Acara Lari Pecut 50 Meter Jarak 50 meter yang ditetapkan adalah kerana mengambil kira tahap keupayaan setiap peserta yang jauh berbeza daripada individu normal. Golongan kurang upaya sensori (buta) tidak dibenarkan mengikut acara ini adalah kerana acara ini memerlukan deria penglihatan untuk melihat arah tujuan larian.

Golongan kurang upaya sensori (pekak dan bisu) tidak dibenarkan menyertai acara ini adalah kerana mereka mempunyai kelebihan fizikal dari segi keseimbangan badannya yang mana ia mempunyai tahap keupayaan yang terlalu jauh berbeza dengan tahap peserta lain.

2.2 Permainan Futsal

Saiz gelanggang bola jaring yang ditetapkan adalah kerana ia sangat sesuai dengan tahap keupayaan peserta.

Golongan cacat sensori (buta, pekak dan bisu) tidak dibenarkan menyertai acara ini kerana golongan buta ini tidak dapat melihat situasi permainan. Manakala golongan yang pekak dan bisu pula mempunyai kelebihan fizikal anggota badan. Ini bagi mengelakkan kekasaran dan ketidakadilan berlaku ketika permainan. Masa 10 minit yang tetapkan separuh masa pertama dan kedua diambil kira berdasarkan faktor kecergasan dan tahap keupayaan pemain.2.3 Lontar Peluru

Golongan yang tidak mengalami kecacatan tangan dibenarkan menyertai acara ini kerana acara ini hanya memerlukan kekuatan dan keupayaan tangan untuk membuat lontaran.

Golongan kurang upaya sensori (buta) tidak dibenarkan mengambil bahagian kerana mereka tidak dapat menentukan arah lontaran. Ini bagi mengelakkan kemalangan berlaku semasa lontaran dilakukan.2.4 Acara Kerusi Roda 100 Meter Jarak 100 meter yang ditetapkan adalah kerana mengambil kira tahap keupayaan setiap peserta yang jauh berbeza daripada individu normal.

Golongan kurang upaya sensori (buta) tidak dibenarkan mengikut acara ini adalah kerana acara ini memerlukan deria penglihatan untuk melihat arah pusingan roda mereka. Contoh pelajar yang layak menyertai acara ini.

2.5 Bola Golek Golongan kurang upaya sensori (buta) dibenarkan menyertai acara ini kerana acara ini direka khas untuk golongan ini dan acara ini memerlukan kemahiran mendengar untuk menentukan arah golekkan atau pergerakan bola daripada pihak lawan seterusnya menangkap bola tersebut untuk mengelakkan jaringan oleh pihak lawan. Bola loceng digunakan digunakan adalah bertujuan untuk menghasilkan bunyi supaya peserta dapat meramal pergerakan bola.

Masa 10 minit bagi separuh masa pertama dan 10 minit bagi separuh masa kedua yang ditetapkan adalah bertujuan memberi masa peserta untuk menjaringkan gol dengan mengambil kira faktor keupayaan peserta. Gelanggang bersaiz 20m x 7m yang ditetapkan pula sangat sesuai dengan tahap keupayaan pemain bagi membolehkan mereka mendengar dengan jelas bunyi loceng daripada bola tersebut seterusnya memberikan ruang untuk mereka bertindak.

PAGE 1