pernyataan profesional sebelum praktikum

4
PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM Sebagai salah seorang mahasiswi pendidik atau guru pelatih Institut Pe Guru Kampus Pulau Pinang, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupu selama sebulan bagi fasa 1 ini. Saya telah ditempatkan di Sekolah Keba Gambir, Gelugor, Pulau Pinang bersamasama ! orang lagi rakan saya. Pr akan bermuladari"1 #a$ %&1' hingga %! (pril %&1'. )atihan praktikum dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Bahagi Pendidikan Guru #alaysia. Sebagai seorang bakal guru, a*am dan harapan saya melalui praktikum in untuk membina jati diri seorang guru. Pengalaman perlu ditimba untuk m diri ini ke arah kemajuan. #anusia belajar melalui kesilapan. Kesilapa yang memajukan diri seseorang untuk lebih gigih berusaha memperbaiki diri. )atihan praktikum kali iniadalah merupakankali pertamabagi saya. Sememangnyatidakdinafikan perasaan gementarmenyelubungi diri ini. Bagi membina jati diri, saya perlu memperoleh pelbagai pendedahan d bidang berkaitan perguruan dan pendidikan matematik. Segala ilm di$urahkan oleh pensyarahsemasa di institut, akan saya $uba untuk mengaplikasikannya di sekolah ini. +alam praktikum ini juga, s memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelumsaya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat melatih seseorang guru mempunyai sekil atau teknik mengajar dengan bet

Upload: hambali-izam

Post on 06-Oct-2015

77 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pernyataan professional

TRANSCRIPT

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUMSebagai salah seorang mahasiswi pendidik atau guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama sebulan bagi fasa 1 ini. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang bersama-sama 5 orang lagi rakan saya. Program ini akan bermula dari 31 Mac 2014 hingga 25 April 2014. Latihan praktikum dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Institut Pendidikan Guru Malaysia.Sebagai seorang bakal guru, azam dan harapan saya melalui praktikum ini adalah untuk membina jati diri seorang guru. Pengalaman perlu ditimba untuk memajukan diri ini ke arah kemajuan. Manusia belajar melalui kesilapan. Kesilapan tersebutlah yang memajukan diri seseorang untuk lebih gigih berusaha memperbaiki kelemahan diri.Latihan praktikum kali ini adalah merupakan kali pertama bagi saya. Sememangnya tidak dinafikan perasaan gementar menyelubungi diri ini. Bagi membina jati diri, saya perlu memperoleh pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan matematik. Segala ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah semasa di institut, akan saya cuba untuk mengaplikasikannya di sekolah ini. Dalam praktikum ini juga, saya ingin dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting bagi melatih seseorang guru mempunyai sekil atau teknik mengajar dengan betul. Oleh itu, saya amat berharap dengan menjalani latihan ini, saya dapat mempertingkatkan prestasi saya dalam memiliki kemahiran-kemahiran seperti ini. Hal ini kerana mengajar bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak benda yang perlu dititikberatkan dalam sesebuah kelas. Saya harap saya dapat menyesuaikan diri dengan pentadbiran sekolah dan persekitaran sekolah. Selain itu, saya perlu menjalinkan hubungan yang baik dalam kalangan guru-guru dan warga sekolah.Akhir kata, diharapkan seluruh warga SK Bukit Gambir dapat menerima kehadiran saya dan memberi kerjasama serta tunjuk ajar kepada saya yang masih lagi mentah dalam bidang ini. Oleh itu, saya dapat memperbaiki kekurangan yang terdapat dalam diri ini.

PERNYATAAN PROFESIONAL SEMASA PRAKTIKUMPelbagai perkara yang telah dilalui dalam tempoh praktikum selama sebulan ini iaitu dalam usaha mencapai apa yang diharapkan secara langsung mahupun tidak. Antaranya ialah :-Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjahPerkara wajib yang dilakukan oleh pelajar guru sepanjang berpraktikum ialah menjalankan dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dalam Buku Rekod Mengajar (BRM), iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Pelajar guru ditugaskan mengendalikan pengajaran bagi subjek major Matematik.Pelajar guru perlu mengumpul dapatan hasil daripada P dan P pada hari tersebut. Hal ini adalah untuk menilai sama ada objektif pembelajaran tercapai ataupun tidak. Refleksi tentang P dan P perlu ditulis bagi setiap kali selepas P dan P berlangsung. Penulisan ini bertujuan membantu pelajar guru memperbaiki proses P dan p ke arah yang lebih kondusif. Selain itu, hal ini membantu pelajar guru bagi merancang RPH pada keesokan harinya dengan aktiviti yang lebih bersesuaian dengan tahap murid.Proses menyiapkan portfolioSelain daripada menyediakan RPH, pelajar guru dikehendaki menyiapkan portfolio praktikum. Ianya perlu dilengkapi dengan bahan-bahan yang disenaraikan dalam senarai semak portfolio. Portfolio ini memberi panduan terhadap pelajar guru supaya bersikap lebih teratur dan sistematik. Penulisan jurnal adalah untuk melihat punca sesuatu masalah tersebut berlaku, dan cara untuk mengatasinya. Pelajar guru berpeluang mengemukakan pendapat dan cadangan penyelesaian masalah dan penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi.hal ini sekaligus membantu pelajar guru meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Aktiviti yang dijalankan akan direkod .data-data tersebut dimuatkan ke dalam portfolio sebagai bukti pelaksanaan aktiviti. Sememangnya pelajar guru perlu bijak menguruskan sesuatu perkara dengan pantas dan bijak.Kolaborasi dengan guru pembimbing serta warga sekolah yang lainPelajar guru telah melalui banyak proses sepanjang pelaksanaan praktikum ini. Proses kolaborasi dan temubual bersama-sama guru-guru serta staf SKBG ini telah memberi ruang kami untuk bermesra dengan mereka. Kolaborasi bersama guru sangat membantu dalam memberi tips untuk mengawal sesebuah kelas. Dengan adanya kolaborasi sebegini, banyak pengetahuan dan pengalaman baru dapat ditimba bagi memperbaiki kekurangan diri ini.Menjadi tenaga guru ganti untuk beberapa kelasDi samping itu, kami juga ditugaskan membantu pihak sekolah dengan mengganti kelas-kelas yang tidak mempunyai guru disebabkan hal-hal tertentu. Peluang ini diambil untuk berkenal-kenalan dengan murid-murid di SKBG ini. Tugas sebagai seorang guru ganti ini membuatkan pelajar guru dapat membezakan cara yang digunakan untuk mengendalikan kelas berbeza tahap.