pernyataan profesional (sebelum)

2
Pernyataan Profesional Saya merupakan guru pelatih dari 5 PISMP Pemulihan/ BC/ RBT ambilan Jun 2013. Pada semester ini, kami dikehendaki menjalani praktikum fasa pertama selama 4 minggu iaitu bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. Saya telah diarahkan untuk menjalani praktikum di SK Kampong Pasir bersama rakan sekelas saya, Lee Sook Teng dan Tai Thien Wee. Sebelum menjejaki SK Kampong Pasir, kami telah menghadiri taklimat pengurusan praktikum fasa satu di Dewan Sri Temenggung pada 18 Mei 2015 agar dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang perlaksanaan serta perkara-perkara yang perlu dititik berat sepanjang menjalani praktikum. Praktikum merupakan latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pada praktikum kali pertama ini, saya dikehendaki menjalani latihan praktik untuk subjek major saya iaitu Pemulihan. Saya dikehendaki berdepan dan mengajar murid dengan mengaplikasikan pengetahuan yang telah saya pelajari. Semoga pengalaman sebenar ini dapat membuka minda saya serta meningkatkan penguasaan dan pemahaman saya terhadap pengurusan program pemulihan serta kelas arus perdana. Tambahan pula, saya berharap saya dapat mengenali dunia kanak-kanak dengan lebih mendalam dengan mendampingi

Upload: liew-hui-hui

Post on 14-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Pernyataan Profesional

Saya merupakan guru pelatih dari 5 PISMP Pemulihan/ BC/ RBT ambilan Jun 2013. Pada semester ini, kami dikehendaki menjalani praktikum fasa pertama selama 4 minggu iaitu bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. Saya telah diarahkan untuk menjalani praktikum di SK Kampong Pasir bersama rakan sekelas saya, Lee Sook Teng dan Tai Thien Wee. Sebelum menjejaki SK Kampong Pasir, kami telah menghadiri taklimat pengurusan praktikum fasa satu di Dewan Sri Temenggung pada 18 Mei 2015 agar dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang perlaksanaan serta perkara-perkara yang perlu dititik berat sepanjang menjalani praktikum.

Praktikum merupakan latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah.

Pada praktikum kali pertama ini, saya dikehendaki menjalani latihan praktik untuk subjek major saya iaitu Pemulihan. Saya dikehendaki berdepan dan mengajar murid dengan mengaplikasikan pengetahuan yang telah saya pelajari. Semoga pengalaman sebenar ini dapat membuka minda saya serta meningkatkan penguasaan dan pemahaman saya terhadap pengurusan program pemulihan serta kelas arus perdana. Tambahan pula, saya berharap saya dapat mengenali dunia kanak-kanak dengan lebih mendalam dengan mendampingi mereka. Pengalaman ini tentu akan membantu saya dalam pengurusan kelas kelak.

Selain itu, saya sedar bahawa pengalaman daripada buku adalah jauh berbeza dengan konteks sebenar. Justeru, saya akan menghargai peluang ini dengan belajar bersungguh-sungguh serta mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing yang berpengalaman sepanjang lapan minggu ini.

Semoga praktikum pada fasa pertama ini dapat berjalan dengan lancar disamping menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman saya.