pernyataan profesional

2
PERNYATAAN PROFESIONAL Saya merupakan salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,Samarahan , Sarawak. Kursus yang saya ambili alah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan opsyen saya ialah Bahasa Arab, Pengajian Agama Islam dan al-Quran/. Saya akan menjalani praktikum kedua saya di Sekolah Kebangsaan Serpan, Asajaya selama 8 minggu iaitu dari 27 Julai hingga 18 Sepetember 2015. Bagi praktikum ini, latihan perguruan kami di bilik darjah adalah bagi subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam sahaja. Harapan saya semasa menjalankan praktikum nanti adalah saya berharap agar segala pengetahuan, teori dan amali semasa menuntut di institut pendidikan guru dapat diaplikasikan di sekolah praktikum kedua ini di SK Serpan nanti. Walaupun tempoh masa untuk menjalani latihan ini selama 8 seminggu, saya juga berharap dapat mengutip dan menimba seberapa banyak ilmu, pengetahuan serta pengalaman yang berguna agar dapat saya aplikasikan dalam dunia kerjaya saya kelak. Tambahan lagi, di institut perguruan saya telah didedahkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang pelbagai untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan .Saya berharap agar saya dapat aplikasikannya apabila berada bersama dengan pelajar-pelajar saya kelak. Selain itu,latihan praktikum juga pasti mengajar saya tentang pelbagai budaya dan masyarakat di Sk Serpan.Saya akan berharap agar saya cepat menerima budaya dan sesuaikan dengan diri saya sebagai seorang bakal guru yang mesti mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi dengan warga sekolah khasnya dan masyarakat amnya. Untuk mencapai harapan saya ini, saya bersedia menerima segala kritikan daripada pensyarah dan guru pembimbing untuk memperbaiki diri saya.Tanpa bimbingan pensyarah dan guru pembimbing sudah tentu saya tidak dapat memperlihatkan sebarang penambahbaikan dalam pedagogi pengajaran saya.

Upload: ahmad-zulhusni

Post on 23-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sem 6

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

Saya merupakan salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus

Tun Abdul Razak,Samarahan , Sarawak. Kursus yang saya ambili alah Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan opsyen saya ialah Bahasa Arab, Pengajian

Agama Islam dan al-Quran/.

Saya akan menjalani praktikum kedua saya di Sekolah Kebangsaan Serpan,

Asajaya selama 8 minggu iaitu dari 27 Julai hingga 18 Sepetember 2015. Bagi

praktikum ini, latihan perguruan kami di bilik darjah adalah bagi subjek Bahasa Arab

dan Pendidikan Islam sahaja.

Harapan saya semasa menjalankan praktikum nanti adalah saya berharap agar

segala pengetahuan, teori dan amali semasa menuntut di institut pendidikan guru dapat

diaplikasikan di sekolah praktikum kedua ini di SK Serpan nanti.

Walaupun tempoh masa untuk menjalani latihan ini selama 8 seminggu, saya

juga berharap dapat mengutip dan menimba seberapa banyak ilmu, pengetahuan serta

pengalaman yang berguna agar dapat saya aplikasikan dalam dunia kerjaya saya

kelak.

Tambahan lagi, di institut perguruan saya telah didedahkan strategi,

pendekatan, kaedah dan teknik yang pelbagai untuk memastikan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan .Saya berharap agar saya dapat aplikasikannya apabila

berada bersama dengan pelajar-pelajar saya kelak.

Selain itu,latihan praktikum juga pasti mengajar saya tentang pelbagai budaya

dan masyarakat di Sk Serpan.Saya akan berharap agar saya cepat menerima budaya

dan sesuaikan dengan diri saya sebagai seorang bakal guru yang mesti mempunyai

kemahiran interpersonal yang tinggi dengan warga sekolah khasnya dan masyarakat

amnya.

Untuk mencapai harapan saya ini, saya bersedia menerima segala kritikan

daripada pensyarah dan guru pembimbing untuk memperbaiki diri saya.Tanpa

Page 2: Pernyataan Profesional

bimbingan pensyarah dan guru pembimbing sudah tentu saya tidak dapat

memperlihatkan sebarang penambahbaikan dalam pedagogi pengajaran saya.

Tuntasnya, saya amat berharap agar dapat menimba ilmu danpengalaman

bukan sahaja daripada pensayarah dan guru pembimbing, malah daripada seluruh

warga Sekolah Kebangsaan Serpan nanti.InsyaAllah.